Anda di halaman 1dari 1

PENUTUP

Penggunaan Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu
ini mampu meningkatkan motivasi murid dalam mengikuti pengajaran dan pembelajaran
(PdP), PBP ini juga lebih menarik minat murid untuk terlibat dalam pembelajaran
seterusnya PBP juga lebih berkesan daripada kaedah pembelajaran tradisional yang
berpusatkan guru ini kerana pelaksanaan PBP dalam PdP ini pada akhir sesi PdP guru
akan dapat menilai dan melihat segi hasil projek pembelajaran yang dihasilkan oleh murid.
Selain itu, PBP ini juga membolehkan peluang kepada murid untuk mengaplikasi apa-apa
yang dipelajari oleh mereka. Contohnya, mereka membina projek buku skrap untuk
menghasilkan nota-nota penting untuk mata pelajaran Bahasa Melayu.

Seterusnya, pelaksanaa PBP ini juga boleh menggunakan projek yang berasaskan
tekonologi maklumat dan komunikasi. Murid boleh menghasilkan pembelajaran multimedia
interaktif. Oleh itu, dalam pendidikan arus globalisasi dunia pendidikan ini, guru perlu
bersiap sedia dengan ilmu pengetahuan dan mempelbagaikan strategi dan kaedah
pengajaran bagi menjadikan suasana kelas lebih menarik seterusnya dapat menghasilkan
PdP yang berkesan contohnya penggunaan PBP dan penggunaan TMK. Secara
keseluruhannya, PBP ini mempunyai kekuatan dan kelemahan dalam pelaksaannya dalam
PdP oleh itu guru haruslah bijak untuk menggunakan kaedah ini.

Anda mungkin juga menyukai