Anda di halaman 1dari 3

Saya NOOR AFIZAH BINTI MUSA, saya akan menjelaskan Cadangan penyelesaian

terhadap isu-isu permasalahan yang berlaku

yang pertamanya adalah:

Guru seharusnya merancang secara sistematik pentaksiran yang ingin dilakukan berpandukan DSKP
mengikut garis Panduan Pelaksanaan PBD yang ditetapkan oleh (KPM).

Disamping itu, Dalam merancang kaedah pentaksiran, guru perlu meneliti dan memahami isi
kandungan setiap tajuk dalam DSKP supaya guru melaksanakan PBD mengikut kesesuaian standard
pembelajaran.

Selain itu, Guru perlu merancang pelbagai kaedah pentaksiran yang sesuai dan menarik supaya dapat
meningkatkan minat murid dalam pembelajaran.

Dan akhir sekali, Guru perlu memastikan setiap murid untuk aktif dan mengambil bahagian
semasa pembelajaran dilaksanakan. Dengan merancang pentaksiran yang sistematik ini guru
dapat memantau kemajuan murid, Guru juga dapat membantu perkembangan pembelajaran
serta membantu murid mencapai kecemerlangan dalam pembelajaran.

Seterusnya, Penyelesaian bagi permasalahan yang kedua adalah dengan membangun modul
pentaksiran bilik darjah.

Dengan membangunkan modul pentaksiran ia dapat membantu guru-guru, pelajar, pentadbir


sekolah serta pihak yang terlibat dalam melaksanakan aktiviti pentaksiran yang dijalankan di sekolah.

modul pentaksiran ini mengandungi maklumat yang berkaitan dengan organisasi dan syarat
pentaksiran, instrument pentaksiran, panduan merekod dan menyimpan dan juga panduan
penskoran.

Jadi guru dapat menjadikan modul ini sebagai rujukan dan panduan dalam menjalankan kaedah PBD.

Selain itu, dengan menjadikan modul ini sebagai panduan melaksanakan PBD ia dapat memberikan
idea kepada guru tentang kaedah yang perlu dilakukan dalam mempelbagaikan Teknik pengajaran
agar Kemahiran dan kefahaman murid dalam pembelajaran dapat ditingkatkan.

Akhir sekali, dengan merujuk panduan modul pentaksiran ini kaedah pentaksiran yang
dilaksanakan oleh guru-guru dapat diselaraskan serta penilaian murid juga dapat dilaksanakan
dengan adil.
Penyelesaian seterusnya adalah dengan meningkatkan program Pembangunan profesionalisme guru.

Sebagai contoh program Latihan, kursus dan bengkel dapat meningkatkan pengetahuan serta
Kemahiran guru dalam melaksanakan PBD.

Program seperti ini perlu ditingkatkan supaya dapat membantu guru untuk penambahbaikkan proses
pengajaran mereka supaya dapat membantu meningkatkan prestasi murid serta melonjakkan
kecemerlangan sekolah kearah penambahbaikan yang berterusan.

Pihak sekolah juga haruslah berperanan dalam membantu guru untuk melaksanakan pengajaran dan
pentaksiran dengan terbaik dalam meningkatkan pengembangan pembelajaran murid.

JADI usaha meningkatkan program ini dapat mengurangkan jurang pengetahun guru-guru tentang
PBD yang berkesan.

Ada kajian berpendapat bahawa pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia hendaklah sentiasa
menganjurkan kursus dan bengkel berkaitan peningkatan profesionalisme guru sebagai contoh
kursus berkaitan aspek pentaksiran seperti cara pembinaan item pentaksiran yang betul, cara
menggunakan atau mengaplikasikan maklumat pentaksiran sebelum, semasa dan selepas
pengajaran, cara membangunkan kaedah pengajaran yang sesuai mengikut hasil pentaksiran, cara
berkomunikasi tentang keputusan pentaksiran kepada murid, ibu bapa dan pentadbir dan sebagainya

Akhir sekali, Pihak pentadbir serta pihak yang berkaitan perlu memastikan semua guru diberikan dan
terlibat dalam program pembangunan profesionalisme guru ini. Dalam keterlibatan semua guru
dalam program ini akan melahirkan semua guru yang berkemahiran dan berkeyakiranan dalam
melaksanakan kaedah PBD.

Yang terakhir penyelesaian permasalahan bagi bebanan guru dalam melaksanakan PBD adalah
dengan meningkatkan bilangan guru dan staf pembantu guru.

Meningkatkan guru dan staf adalah untuk membantu guru dalam melancarkan proses pengajaran
dan pembelajaran.

Melalui peningkatan guru dan staf ini ia dapat meringankan tugas guru, kesannya guru dapat
melaksanakan pentaksiran dalam bilik darjah dengan berkesan.

Selain itu, guru juga dapat melaksanakan PBD dengan fokus sekiranya bebanan guru ini dikurangkan.

Jadi Guru berpeluang merancang pengajaran mereka dengan lebih teliti dan mempunyai
ruang untuk memantapkan pengetahuan, kemahiran dan tahap profesionalisme mereka

SETERUSNYA SAYA SERAHKAN KEPADA RAKAN SAYA


APA YANG DAPAT KAMI RUMUSKAN DARIPADA KAJIAN INI ADALAH
1. Hasil kajian yang kami perolehi telah mencapai objektif kajian.

2. Isu-isu permasalahan yang berlaku dan cabaran Guru dalam PBD telah dikenalpasti

3. Begitu juga dengan penyelesaian terhadap permasalah yang berlaku juga telah
dikenalpasti.

4. Dapatan kajian ini akan memberikan implikasi kepada pelbagai pihak terumatanya
kepada pihak sekolah, para guru dan juga kepada kami sendiri.

5. Kajian ini memberi kesedaran tentang permasalahan yang berlaku dalam PBD serta
cabaran yang dihadapi guru-guru dalam melaksanakan PBD.

6. Jadi pentadbir sekolah dan juga pihak yang terlibat perlu bersama-sama mengatasi
masalah yang dihadapi dalam PBD dan memastikan semua guru-guru diberi
pendedahan tentang PBD yang berkesan bagi meningkatkan prestasi murid.

7. Implikasi kajian ini kepada kami, kami dapat pendedahan tentang masalah yang
berlaku dlm PBD. jadi kajian ini berguna untuk kami supaya bersedia awal dri segi
kemahiran dan pengetahuan PBD apabila menjadi seorang pendidik nanti.

Anda mungkin juga menyukai