Anda di halaman 1dari 2

1.

0 PENGENALAN

Pada saat ini , penggunaan teknologi dalam kehidupan seharian berkembang dengan pesat . Dengan
perkembangan teknologi ini , kementrian Pendidikan Malaysia ( KPM ) juga meluluskan bajet dalam
memasukkan elemen teknologi sebagai instrument kepada guru dalam membantu mengajar semasa
sesi Pengajaran dan Pembelajaran ( PDP ) . Oleh itu , guru perlu mempunyai kemahiran
menggunakan teknologi tersebut agar sesi PDP ini berkembang ke arah abad ke-21 dengan jayanya .
Penggunaan teknologi ini dapat memudahkan pemahaman murid sama ada dari segi audio , visual
mahupun latihan dalam membuat penilaian bagi setiap murid bagi menguji kefahaman murid dalam
sesi PDP .

2.0 SUMBER DALAM TALIAN

Dalam opsyen Bahasa Melayu , saya memilih untuk mengajar kata nama Khas kepada murid tahun 3 .
Oleh itu , saya memilih satu bahan dari blogger di dalam talian sebagai bahan bantu mengajar dalam
sesi PDP . Berdasarkan blog tersebut , penulis membincangkan tentang jenis kata nama khas dan
contoh kata nama khas dengan terperinci . Mka , saya boleh gunakan bahan itu sebagai alat
sokongan saya kepada murid . Dalam blog tersebut memaparkan juga gambar dan ilustrasi untuk
memudahkan pembaca dalam memahami isi kandungan yang dipaparkan dalm blog tersebut .
Apabila diteliti Kembali blog tersebut sangat sesuai kepada kanak – kanak kerana ilustrasi yang
dipaparkan adalah dalam bentuk peta minda di mana segala isi kandungan dapat ditangkap oleh
setiap murid dengan mudah .

Bagi murid tahun 3 atau murid di bawah tahap 1 sememangnya masih tidak mampu untuk membaca
satu artikel mahupun petikan yang terlampau Panjang . Oleh itu penulis telah meringkaskan isi
kandungan dengan baik dan ia bersesuaian dengan tahap murid . Segala bahan yang dipiluh
sememangnya perlu diambil berdasarkan kreiteria yang ditetapkan di mana bahan itu boleh diolah
dalam sesi PDP di mana mengubah suai sedikit info tetapi tidak terlampu ketara iaitu “reuse” . Bagi “
Repurpose” pula tidak ditetkan kerana tujuan asal penulis sememangnya ingin menerangkan kata
nama khas begitu juga dengan tujuan sesi PDP dijalankan . “Reproduce” pula boleh dijalankan
dengan menujukkan sebuah model dari persekiran bilik darjah yang melibatkan kata nama khas
seperti tanda nama . Manakala “create” pula pelaksanaan Baharu dalam memenuhi kefahaman
murid tentang kata nama khas masih ditekankan dengan menambah elemen gambar supaya murid
dapat memahami kata nama Khas dengan baik . Selain itu , mengikut Digital Object Learning
penekanan yang dibawakan oleh saya berpandukan blog adalah dari segi visual kerana murid dalam
melihat dengan fokus semasa sesi PDP berlangsung . Hal ini dapat menarik minat apabaila
mempunyai ilustrasi dan gambar yang dapat menarik minat murid supaya tidak bosan sama sesi
PDP .

Bagi menguji kefahaman murid , ujian e-pentaksiran juga dilalankan kepada murid setelah sesi
pengajaran berakhir di mana guru menerangkan tentang kata nama khas tersebut . Sebagai contoh
guru membuat satu ujian ringkas menggunakan aplikasi google form bagi menguji kefahaman guru .
Penggunaan aplikasi ini dapat memudahkan guru dalam membuat penilaian dalam bilangan murid
yang ramai kerana ia mampu menyimpan data dalam google drive dengan baik dalam memastikan
data yang disimpan dapat dijadikan sebagai data statistic oleh guru dalam membuat penilaian bagi
setiap murid .

3.0 PENILAIAN KEBERKESANAN

Dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas , setelah guru menggunakan sumber atas talian
yang tepat besertakan e pentaksiran dalam menilai kefahaman murid . Bahan rujukan dalam talian
perlu dinilai supaya tahap keberkesanan terhadap murid dapat memberi impak yang baik kepada
guru dan murid .

Antara faktor asas pertimbangan dalam pemilihan media pengajaran adalah objektif pembelajaran
yang perlu dicapai dalam menggunakan bahan media pengajaran dalam sesi PDP di mana hubungan
bahan itu perlu dikaitkan dengan objektif pengajaran agar ia bertepatan dan tidak terpesong
daripada unsur lain .

Pemilihan media pengajaran juga perlu dikaitkan dengan kemampuan murid di mana bahan yang
digunakan adalah blog dan google form . Sesi PDP yang dijalankan adalah berfokuskan kepada semua
murid di dalam kelas di mana mereka mempunyai sifat pancaindera yang sempurna dan bukannya
berkeperluan khas . Maka bahan yang digunakan menekankan konsep visual bagi memudahkan
murid dalam memahami isi kandungan tersebut .

Kaedah yang digunakan dalam media pengajaran adalah pengajaran beramai – ramai dan kendiri di
mana semasa sesi PDP guru akan memberikan tunjuk ajar secara menyeluruh kepada semua murid
kemudian semasa menggunakan e-pentaksiran , murid akan menjalankan ujian secara kendiri . Selain
itu , bahan media pengajaran ini mudah diperolehi dan mudah digunakan dalam pelbagai peringkat
ilmu.

4.0 PENUTUP

Akhir sekali , guru perlu memastikan setiap bahan yang digunakan adalah bertepatan dengan
kesesuaian murid mengikut kepada objektif yang ingin disampaikan semasa sesi PDP . Sekiranya
pemilihan bahan media pengajaran tidak mengikut kepadal kriteria yang ditetapkan maka objektif
serta situasi PDP dalam kelas akan berlaku sedikit terpesong dariapda objektif yang telah ditertapkan
. Hal ini dapat menjadikan murd tidak memahami arah tuju PDP dijalankan dalam hari tersebut .

Anda mungkin juga menyukai