Anda di halaman 1dari 16

1

TUGASAN

SEMESTER JANUARI 2017

KOD KURSUS ETP 441

NAMA KURSUS TEACHING PRACTICUM (PROJEK INOVASI


PRAKTIKUM)

PROGRAM SARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR

NO. MATRIK

NAMA FASILITATOR
AKADEMIK

PUSAT
PEMBELAJARAN
2

BIL ISI KANDUNGAN HALAMAN

1.0 Pengenalan 3

2.0 Rasional 3 4

3.0 Pernyataan Masalah 45

4.0 Objektif 5

5.0 Pelaksanaan Inovasi 57

6.0 Refleksi Keseluruhan 79

7.0 Penutup 9 10

Rujukan 12

Lampiran 13 16
3

PROJEK INOVASI PRAKTIKUM

1.0 Pengenalan

Kreativiti adalah suatu bentuk proses pemikiran yang mendorong mengeneralisasi pemikiran
atau idea baru. Ini melibatkan kombinasi antara idea baru dan idea lama yang diolah kembali,
membuat pemilihan dan mengganti menjadi suatu yang baru. Sementara itu, inovasi pula
merupakan suatu idea, praktik atau objek yang dianggap baru dan yang lebih baik. Inovasi
dihasilkan manusia kreatif yang dapat membangun trend baru dan menggunakan kesempatan
maksimum meskipun dalam ekosistem yang banyak persaingan. kreativiti dan inovasi dapat
diterap secara langsung melalui kegiatan pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan secara
teratur. unsur ini dapat diajarkan oleh guru melalui pendekatan pengajaran yang berpusatkan
pelajar. Pengajaran berpusatkan pelajar maksudnya pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan
secara dua hala iaitu guru mengajar dan pelajar belajar. Guru diminta selalu mencabar
kemampuan berfikir para pelajar dengan menggunakan berbagai teknik mengajar dan alat bantu
pengajaran yang menarik minat pelajar.

2.0 Rasional

Dalam organisasi sekolah, kreativiti dilihat sebagai satu kekuatan yang penting bagi
mencorakkan perkembangan kreativiti dalam pengurusan sekolah (Abdul Rahim Abdul Rashid.
2002). Pengurusan organisasi sekolah harus kreatif untuk membuat sekolah organisasi
pembelajaran yang dinamis untuk mengembangkan pengetahuan baru, budaya ilmiah,
penyebaran teknologi informasi dan pengembangan potensi manusia. Tantangan sekolah dan
pendidikan dalam era perubahan k-ekonomi revolusi pengetahuan dan informasi memerlukan
sekolah mengadaptasikan berbagai perubahan yang terjadi (Harman, 1998). Visi dan misi
sekolah harus bersifat kreatif untuk membuat sekolah organisasi pembelajaran yang efektif dan
progresif (Wall, 1999).

Pengurusan perubahan memerlukan organisasi sekolah memantapkan lagi visi organisasi


yang mampu membawa dan menjadikan sekolah pusat keunggulan ilmu pengetahuan,
penyebaran idea baru dan menyuburkan pemikiran kreatif untuk perubahan sosial, teknologi dan
membentuk masyarakat berpengetahuan (Fransman, 1999) .Keperluan melaksanakan inovasi
sedikit sebanyak dapat membantu guru dalam diversifikasi metode pengajaran yang dapat
4

menarik minat pelajar untuk belajar topik yang diajarkan dan memastikan mereka memahami isi
pelajaran lalu tujuan pembelajaran tercapai.

3.0 Pernyataan Masalah

Sebagai guru yang mengajar di Tahun 1 dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia, saya mendapati
sebahagian murid-murid masih menghadapi masalah membina ayat. Ini mungkin disebabkan
kelas-kelas yang mempunyai murid yang kurang bermotivasi untuk belajar dan menganggap
masalah membina satu tugasan yang mudah.

Sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran terdapat sebilangan murid masih belum dapat
menguasai kemahiran menulis membina ayat berdasarkan gambar dengan betul. Setelah dibuat
pemerhatian dan penilaian saya mendapati murid-murid tersebut membina ayat hanya sambil
lewa dan kurang minat serta tumpuan semasa dalam pembelajaran. Dalam permasalahan ini saya
telah merenung semula pengajaran dan pembelajaran tersebut bagaimanakah cara menarik minat
murid - murid untuk mahir membina ayat agar ayat yang dibina itu menjadi gramatis dan betul.
Bagi mengatasi masalah ini,

Sehubungan itu, saya mengaplikasikan penggunaan elemen teknologi maklumat seperti


slaid powerpoint dan komponen teknologi maklumat lain seperti komputer riba dan projektor
overhead dalam pengajaran yang saya langsungkan. Matlamatnya adalah untuk mengenal pasti
asimilasi elemen pendekatan kontekstual mengikut model Hull (1987) seperti Menghubungkait
(Relating), Mengalami (Experiencing), Mengaplikasi (Applying), Bekerjasama (Cooperating),
dan Memindahkan (Transfering) bagi membantu murid - murid membina ayat yang gramatis dan
betul dari segi perbendaharaan kata dan struktur ayat.

Antara sebab-sebab murid - murid ini menghadapi masalah membina ayat adalah seperti berikut:

Kurang bacaan menyebabkan kurangnya perbendaharaan kata bagi membentuk sesuatu


ayat.
Tidak memahami konsep membentuk ayat.
Kurang minat untuk belajar kerana tiada motivasi daripada ibu bapa.
Tidak menyiapkan kerja rumah yang diberikan.
5

Kesemua masalah yang dinyatakan di atas adalah di antara masalah yang sering dilakukan
oleh murid murid di kelas. Keadaan ini menyebabkan mereka belum dapat menguasai
kemahiran menulis dalam membina ayat. Sebagai seorang pendidik yang berdedikasi sudah pasti
mencari jalan, bagaimana mengatasi setiap masalah yang dihadapi dalam pengajaran dan
pembelajaran agar timbul kepuasan dalam diri. Guru pasti merasa bangga melihat kejayaan anak-
anak didik mereka. Ini telah mendorong saya untuk menghasilkan sesuatu inovasi melalui
penggunaan teknologi maklumat . Oleh yang demikian, menerusi pelaksanaan projek inovasi ini,
teknik teknik penulisan seperti teknik latih- tubi dan penggunaan bahan bergambar yang
dijadikan sebagai medium dan bahan pengajaran untuk membantu murid murid membina ayat
dengan gramatis dan betul. Menerusi teknik latih tubi dan penggunaan bahan bergambar, murid
murid akan dirangsang dan didorong untuk sentiasa meningkatkan kemampuan dalam kemahiran
menulis.

4.0 Objektif

Antara objektif projek inovasi ini dilaksanakan adalah untuk :

i. Mengenalpasti keberkesanan PPBK (Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan


Komputer) dapat meningkatkan kefahaman dan peunguasaan para pelajar dalam
kemahiran menulis khususnya membina ayat.

ii. Mengenalpasti perbezaan keberkesanan PPBK (Pengajaran dan Pembelajaran


Berbantukan Komputer) dan kaedah konvensional.

iii. Mengemukakan cadangan bagi meningkatkan keberkesanan PPBK (Pengajaran dan


Pembelajaran Berbantukan Komputer) dalam sesi pengajaran pada masa hadapan

5.0 Pelaksanaan Inovasi

Tujuan utama penghasilan inovasi PDP yang berteraskan inovasi ini adalah untuk digunakan
dalam kelas sebagai alternatif kepada kaedah konvensional seperti menggunakan buku teks dan
papan putih. Dengan menggunakan teknologi bagi menghasilkan bahan inovasi PDP seperti
dalam bentuk PowerPoint interaktif ini mampu menarik perhatian murid terutamanya murid
pasif.
6

Penggunaan teknologi maklumat dalam PDP dilihat dalam konteks aspek pengajaran
guru dan aspek pembelajaran. Dalam konteks pembelajaran, penggunaan teknologi maklumat
dalam PDP boleh dikategorikan sebagai tutorial, penerokaan, aplikasi dan komunikasi. Dalam
konteks pengajaran pula teknologi maklumat digunakan sebagai tutor dan alat demonstrasi. Guru
berperanan sebagai penyampai maklumat dan memastikan bahawa murid telah mempunyai
pengetahuan sedia ada. Oleh itu segala perancangan dibuat mengikut turutan aktiviti supaya
objektif pembelajaran tercapai. Dalam konteks yang berkaitan dengan kajian yang saya jalankan
di mana saya dapat menggunakan sepenuhnya kemudahan teknologi maklumat iaitu dengan
mengaplikasikan sistem teknologi maklumat untuk membuat perancangan dan penyediaan bahan
bantu mengajar menggunakan perisian program PowerPoint untuk membuat perkataan dan ayat-
ayat tunggal mahupun petikan, Microsoft Power Point yang diaplikasikan dapat menghasilkan
persembahan grafik yang menarik dan bersesuaian dengan peringkat umur murid. Perkakasan
berupa cakera, VCD, MP3, projektor LCD, kamera digital disamping kemudahan internet
memudahkan saya mencari maklumat yang berkaitan dengan pengajaran Bahasa Malaysia.

Saya telah memutuskan untuk menggunakan PowerPoint Presentation berdasarkan


kepada sukatan pelajaran Bahasa Malaysia Tahun 1 dalam melaksanakan aktiviti Latih tubi. Draf
kasar PowerPoint tersebut itu dibuat serta-merta kerana kandungan PowerPoint untuk proses
pengajaran dan pembelajaran tidak boleh terlalu pendek atau terlalu panjang. saya memulakan
proses membuat PowerPoint dengan mengumpul semua bahan-bahan yang diperlukan. Saya
tidak mempunyai banyak masalah kerana saya hanya semua bahan-bahan yang diperlukan dan
seperti yang dikehendaki di mana Internet menyediakan segala-galanya. Ia adalah menakjubkan
dan terus terang saya katakan ia agak sukar bagi saya untuk mengumpul semua sumber tanpa
Internet. Saya menggunakan perisian PowerPoint untuk memasukkan dan menyunting visual,
audio dan memasukkan isi isi pengajaran yang akan saya laksanakan. PowerPoint tersebut
dibuat untuk set Induksi dan langkah 1 hingga langkah 3.

Fungsi PowerPoint adalah baik kerana ia dapat melakukan kerja yang banyak dan kerana
Ia mempunyai semua alat yang diperlukan daripada menambah animasi atau menambah audio.
Perisian Powerpoint memanipulasi fungsi hyperlink , command button , text box dan animation
untuk menghasilkan slide yang interaktif dan menciptakan hubungan dua hala dengan pengguna .
Bahan audio dan video diresapi dalam PowerPoint untuk meransang minat dan indera murid .
7

Ketika digunakan dalam kelas, guru membahagi murid kepada kelompok atau individu. Dengan
Perisian PowerPoint ini , ada unsur multimedia seperti gambar , video , audio dan animasi . Ada
juga tombol - tombol akses (button) untuk memudahkan murid menjelajahi perisian ini . Setiap
fakta dan informasi isi pelajaran yang harus diingat murid, disusun secara tersembunyi sehingga
murid menemukan sendiri. Kaedah ini bertujuan agar murid mudah menghafal dan memahami
hal yang dipelajari.

6.0 Refleksi Keseluruhan (Refleksi Selepas Pelaksanaan Inovasi)

Penggunaan inovasi PowerPoint semasa proses pengajaran dan pembelajaran, telah berjaya
menarik perhatian murid. Dengan menggunakan PowerPoint murid lebih tertarik dengan isi
pelajaran. Tayangan yang jelas dan lancar menyebabkan murid murid memberikan fokus
kepada setiap isi pelajaran yang ingin disampaikan. Melalui penggunaan LCD dan komputer,
saya dapat mengaitkan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia dengan lebih jelas dan
teratur.

Saya telah mengubahsuai sumber yang sedia ada iaitu gambar tunggal kerana ianya
merupakan bahan pandang lihat yang asli bagi murid sekolah rendah. Bahan ini juga merupakan
bahan maujud yang kekal yang membolehkan guru membuat ulangan penerangan dan murid
dapat mengunakannya secara berulang bagi menguasai pemerhatian dan dalam konteks ini
pengulangan terhadap kata kerja yang ingin diberikan perhatian. Justifikasi saya memilih sumber
yang digunakan adalah kerana ianya medium utama rangsangan masa kini. Pengunaan ICT dan
bahan maujud juga dapat membantu murid menyatakan respon dan pendapat peribadi mereka
dengan lebih ideal. Sesi soal jawab dan perbincangan juga berjalan lancar dan aktif. Murid-
murid dapat menjawab soalan yang ditanyakan oleh guru dan juga memberikan pendapat sendiri
berkenaan tajuk yang diberikan dengan baik. Selain itu, Variasi rangsangan juga turut
memainkan peranan sebagai pemangkin atau untuk merangsang. Ganjaran berbentuk cenderahati
atau pujian adalah unsur menggalakkan murid lebih bersemangat. Senyuman, isyarat mata dan
tangan guru juga merupakan komunikasi yang merapatkan hubangan membina yang berbentuk
motivasi antara guru dan murid. Menurut Egan (1994) komunikasi bukan lisan yang di utarakan
merujuk kepada tingkah laku badan,ekspresi wajah dan kualiti suara.
8

Isi pelajaran yang diajar adalah berkaitan dengan objektif yang ditetapkan oleh dalam
sukatan pelajaran Bahasa Malaysia. Tajuk, tema dan fokus kemahiran sering dengan langkah
pengajaran yang digalurkan secara tersusun, mengikut urutan dan berkiatan dengan kemahiran
yang diharapkan. Butir-butir isi pengajaran dan pembelajaran merupakan kandungan yang
penting. Saya cuba untuk mengawal masa dengan kehendak fokus utama da fokus sampingan
kemahiran bahasa. Saya juga memastikan penerangan saya sentiasa rasional dan tidak tersasar
dengan kemahiran dan sistem bahasa. Penerapan nilai dan ilmu serta penerapan kemahiran
bernilai tambah menjana idea dan kemahiran berfikir menjadikan butiran pengajaran ini
mempunyai unsur yang penting. Semua murid mendengar penerangan isi kandungan yang
disampaikan dalam PowerPoint yang disediakan. .Murid-murid dapat menjawab soalan yang
dikemukakan oleh saya dengan betul dan tepat berkaitan dengan slaid PowerPoint. Ini
menjelaskan bahawa murid memahami isi kandungan yang hendak disampaikan dengan jelas.

Set induksi telah dilakukan bagi merangsang dan mencetuskan kehadiran sesi Pengajaran
dan Pembelajaran secara formal. Langkah pengajaran yang tertentu telah dibahagikan dengan
fokus tersendiri dalam mencapai kemahiran lisan, bacaan dan tulisan secara berkesan. Rumusan
pengajaran diselitkan dengan penerapan nilai murni dan pengukuhan kemahiran bahasa. Isi
pelajaran juga mengandungi unsur yang kurang penting iaitu membaca perkataan melalui kad
imbasan. Sepatutnya perkataan - perkataan tersebut dapat ditayangkan melalui slide. Akan tetapi
dirasakan dengan adanya kad imbasan, murid - murid lemah dapat dibantu dengan dan
pengukuhan dengan mengunakannya secara berulang. Sehubungan itu, saya telah mengubahsuai
isi pelajaran yang akan disampaikan dan mengambil kira sifat perbezaan individu murid dan
dalam konteks ini, murid murid saya adalah lemah dari segi penulisan. Sesi bacaan secara kelas
dalam bentuk mengeja perkataan melalui kad imbasan dapat membantu murid lemah mengikuti
bacaan secara tidak langsung. Kemahiran yang terbina dalam set induksi jua perlu diberikan
nafas baru. Set induksi yang menggunakan medium ICT dan berbentuk muzikal secara umumnya
menarik minat murid.

Strategi pengajaran saya dapat merealisasikan objektif yang telah dirancang. Ini kerana
aktiviti-aktiviti pembelajaran yang berpusatkan murid dapat membantu mencapai objektif
pengajaran. Pengajaran berpusatkan murid adalah suatu yang rasional bagi pemilihan strategi
pengajaran yang digunakan. Ini kerana pengajaran berpusatkan murid, membolehkan murid
9

menjadi aktif dalam mengambil bahagian semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Saya dapati
murid-murid lebih peka dan cergas, saling berkomunikasi dan sentiasa berusaha. Tedapat juga
beberapa strategi dan langkah-langkah yang boleh dijayakan untuk mempertingkatkan lagi
pengajaran saya. Antaranya adalah pengajaran secara kobolaratif dan penerapan seni bahasa.
seperti aktiviti main peranan dan sebagainya.. Suasana komunikasi yang baik di antara guru
dengan murid dapat menjayakan objektif yang hendak dicapai. Unsur jenaka dan kecindan yang
diselitkan dapat mengurangkan situasi tegang dan tekanan kepada murid. Murid murid akan
berasa lebih tenang jika guru dapat menjadikan suasana sesi pengajaran dan pembelajaran lebih
kondusif dan ceria.

Selepas proses pelaksanaan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran. Saya tidak
mencadangkan aktiviti susulan kepada murid. Pengurusan masa juga sedikit terganggu dan masa
yang digunakan lebih menjurus kepada sesi penerangan. Selain itu, masa yang panjang dimabil
bagi menyiapkan aktiviti kumpulan dan menjawab soalan pada lembaran kerja untuk tugasan
individu. Kedudukan guru di dalam kelas hanya sekitar bahagian hadapan kelas. Secara
keseluruhannya, saya tidak berkesempatan untuk memantau kesemua aktiviti murid. Bimbingan
secara individu jua tidak dapat dijayakan dengan cepat kepada murid-murid yang menghadapi
kelemahan. Saya dapati beberapa orang murid tidak dapat mnyiapkan lembaran kerja kerana
penguasaan membaca yang lemah. Sehubungan itu, Saya perlu memastikan untuk merancang
strategi pengajaran yang lebih berpusatkan murid. Dari segi pengurusan masa, saya perlu untuk
mengawalnya dengan baik dengan mengadakan aktiviti bersesuaian dengan aras kebolehan
murid. Saya akan memberi lebih tumpuan terhadap pembahagian ahli kumpulan semasa aktiviti
kumpulan dijalankan. Susunan tempat duduk murid akan dilakukan bagi melancarkan proses
mmbimbing pelajar dan meningkatkan kawalan kelas dan pada masa yang sama mencari ruang
dan cara dalam sesi pemulihan bagi mambantu murid-murid yang lemah membaca berdasarkan
strategi yang sesuai. mengikut tahap kebolehan mereka.

7.0 Penutup

Teknologi komputer mampu dan berupaya untuk membantu dan menyumbang dalam proses
pengajaran dan pembeajaran bahasa Malaysia yang bersifat global. Dengan adanya teknologi
10

komputer, kita mampu untuk berkongsi maklumat dan idea mengenai bahasa Malaysia dari
seluruh pelosok dunia tanpa mengira waktu dan tempat. Selain itu, pelajar boleh belajar mata
pelajaran bahasa Malaysia mengikut kesesuaian masa mereka sendiri dengan menggunakan
komputer. Proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Malaysia tidak cukup hanya dilakukan
selama tiga jam seminggu seperti sistem pendidikan di sekolah, tetapi memerlukan lebih dari itu
untuk betul-betul menguasai bahasa dengan baik. Oleh sebab itu, teknologi komputer
membolehkan para pelajar untuk memantapkan lagi penguasaan bahasa mereka dengan
menggunakan cakera padat, laman sesawang dan sebagainya. Mereka akan belajar dengan
sendiri dan guru memainkan peranan untuk menolong dan memudahkan para pelajar untuk
belajar sendiri.

Pada pendapat saya, dalam dunia pendidikan yang semakin moden ini pengajaran
berbantukan komputer amat perlu bagi menarik minat pelajar di dalam satu-satu subjek.
Perkembangan IT telah membawa implikasi yang sangat besar terutamanya dalam konteks
pendidikan. Antara satu yang sering diaplikasikan adalah seperti permainan pendidikan yang
berorientasikan pembelajaran. Apa yang menarik tentang permainan pendidikan ini ialah pelajar
dapat mempelajari sesuatu konsep itu secara tidak langsung di mana terdapat unsur-unsur
hiburan dan keseronokan dalam mereka menyelesaikan masalah. Pada masa yang sama pelajar
mempelajari kemahiran baru dalam sistem pembelajaran mereka. Pengaplikasian pengajaran
komputer di sekolah membawa satu anjakan paradigma dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.

Pengajaran bahasa Malaysia dengan menggunakan komputer dapat membantu


menjadikan interaksi antara pelajar dan guru lebih interaktif dan spontan. Soalan-soalan yang
diberikan kepada para pelajar akan memperoleh maklum balas yang tepat dan cepat. Di samping
itu, para pelajar juga akan mengetahui alasan jika jawapan mereka betul atau salah. Jika jawapan
yang diberikan mereka betul, guru boleh memberi pujian yang berbentuk motivasi dan
dipaparkan pada skrin. Jika jawapan yang diberikan oleh pelajar salah, guru akan mengambil
inisiatif untuk membantu pelajar tersebut dengan memberi penerangan dan pertolongan dalam
talian.

Bahan pengajaran dan pembelajaran bahasa Malaysia boleh diprogramkan ke dalam


bentuk multimedia yang menggabungkan data, teks, grafik, animasi, audio dan video.
11

Penggabungan ini akan menjadikan teks yang dibaca lebih seronok kerana disampaikan
secara animasi dan disertai dengan bunyi. Guru juga dapat menerangkan sesuatu konsep dengan
lebih mudah dan boleh menjadikan aktiviti yang berpusatkan pelajar. Hal ini sejajar dengan
kaedah pendidikan pada masa kini yang menekankan tumpuan diberikan kepada pelajar. Di
samping itu, para pelajar juga dapat mengawal pembelajaran mereka dalam mata pelajaran
bahasa Malaysia mengikut tahap kefahaman, kelajuan, kemahiran dan latihan.
12

Rujukan

Abtar Kaur (2001). Multimedia dan internet dalam peningkatan pemikiran pelajar. Kuala
Lumpur: Universiti Malaya.

Al-Haq, F. A.-A. & Al-Sobh, M. A. (2001). The Effect of a web-based writing Instructional EFL
Programmed on Enhancing the Perfomance of Jordanian Secondary Students. The JALT
CALL Journal, 6 (3): 189-218

Chenu, F., Gayraud, F., Martinie, B. & Wu, T. (2007). Is Computer Assisted Language Learning
(CALL) efficient for grammar learning? An experimental study in French as a second
language. The JALT CALL Journal, 3(3): 85 -93.

Kamaruddin Hj. Hussin (1986). Kaedah Pengajaran & Pembelajaran Bahasa. Petaling Jaya:
Penerbitan Sarjana (M) Sdn. Bhd.

Kamus Dewan.(Edisi Keempat). (1991). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Dewan Pelajar.(Edisi Kedua). (1991). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Modul pengajaran dan pembelajaran bestari Bahasa Melayu. (1999). Bahagian Pendidikan
Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Pembelajaran secara konstruktivisme (2001). Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian


Pelajaran Malaysia.

Smart School Project Team. (1997a). Smart School flagship application: The Malaysian Smart

School A conceptual blueprint. Kuala Lumpur: Ministry of Education.

Smart School Project Team. (1997b). The Malaysian Smart School: Implementation plan.

Kuala Lumpur: Ministry of Education.

Yahya Othman & Dayang Rini Pakar. (2011). Kesan aplikasi perisian cerita interaktif semasa
mengajarkan kemahiran bacaan dan kefahaman dalam kalangan murid tahun 4 di Brunei
Darussalam. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1 (1): 27-49.
13

LAMPIRAN 1

Lampiran 1 Slaid PowerPoint Set Induksi

Lampiran 2 Slaid PowerPoint Langkah 1 dan 2

Lampiran 3 Slaid PowerPoint Langkah 3


14

LAMPIRAN 2

CONTOH DOKUMEN MURID 1

Gambar di bawah menunjukkan aktiviti-aktiviti di ruang dapur.


Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti yang dijalankan di ruang dapur itu.

Pelaku Perbuatan Huraian/keterangan


(Siapa/Apa) (Buat Apa/Mengapa) (Mana/Bagaimana)
1.
2.
3.
4.
5.
15

LAMPIRAN 3

CONTOH DOKUMEN MURID - 2

Lihat gambar di bawah ini dengan teliti. Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti yang
terdapat dalam gambar di bawah ini.

1.__________________________________________________________________

2.__________________________________________________________________

3.__________________________________________________________________

4.__________________________________________________________________

5.__________________________________________________________________
16

LAMPIRAN 4
Gambar Proses Pengajaran dan Pembelajaran

Anda mungkin juga menyukai