Anda di halaman 1dari 19

FRASA ADJEKTIF BAHASA MELAYU

Disediakan Oleh:

Susunan Frasa Adjektif Dalam Ayat 3 jenis kedudukan frasa adjektif dalam susunan ayat biasa, : iaitu :
Selepas subjek sebagai predikat Selepas frasa kerja sebagai keterangan Selepas frasa nama sebagai penerang

Frasa Adjektif sebagai Predikat


Dalam susunan ayat biasa frasa adjektif sebagai predikat hadir selepas subjek, seperti dalam contoh berikut :
Subjek Rumah Ayu Predikat sangat mewah

Susunan ini boleh disongsangkan, iaitu frasa adjektif yang berfungsi sebagai predikat mendahului subjek, seperti berikut:
Subjek Sangat mewah Predikat rumah Ayu

Frasa Adjektif sebagai Keterangan


Frasa adjektif boleh hadir selepas frasa kerja, iaitu menjadi keterangan. Contohnya :
Predikat Subjek Frasa Kerja berlari pulang tidur datang terbang mengalir Keterangan Frasa adjektif sangat laju. segera. sungguh nyenyak kerap sangat tinggi tenang

Rosalyn Kim Tan Kanak - kanak itu Rakan - rakannya Burung itu Sungai itu

Kata Adjektif sebagai Penerang Kata Nama


Kata adjektif juga boleh hadir dalam frasa nama, iaitu sebagai penerang kepada kata nama. Contohnya :
Frasa Nama Kata Nama pekerja warna minyak bulan baju rumah Kata Adjektif baharu ungu wangi terang hitam haram

Unsur Keterangan dalam Frasa Adjektif


Dalam frasa adjektif, unsur keterangan boleh hadir sesudah kata adjektif. Contohnya : Pegawai itu selalu sibuk dengan pekerjaannya.
Rumah kita harus bersih demi kesihatan hidup kita. keadaannya selalu lemah pada bulan puasa. Buahnya manis ibarat gula.

Dari segi keterangan makna, keterangan bagi kata adjektif boleh digolongkan dalam beberapa golongan, iaitu:
keterangan cara, contohnya: Badannya sihat dengan tiba-tiba. Lukanya baik dengan sendirinya. Pokok itu segar dengan cepatnya.

Keterangan bandingan, contoh:


Buahnya manis ibarat gula. Badannya kurus bagai lidi. Suaranya merdu seperti buluh perindu.

Keterangan hal atau keadaan, contohnya :


- Guru itu selalu sibuk dengan pekerjaannya. - Ramai penduduk desa masih melarat dalam kemiskinan. - Murid itu pandai dalam semua mata pelajaran.

Keterangan tujuan, contohnya:


Rumah kita harus bersih demi kesihatan hidup kita. Kita mesti cergas untuk kemajuan masyarakat kita. Juruterbang harus hati-hati demi keselamatan semua penumpang.

Keterangan kekerapan, contohnya:


Dia sakit selalu. Pekerja itu jarang-jarang lewat. Wanita itu sering sedih.

Keterangan terhadap, contohnya :


Bayi itu sangat rindu akan emaknya. Kita harus cinta akan tanah air. Sultan itu sungguh kasih akan rakyatnya.

Keterangan musabab, contohnya :


Lelaki itu malas oleh sebab keletihan. Pelajar itu lemah kerana tiada usaha. Kek itu sedap kerana cukup bahanbahannya.

Keterangan waktu, contohnya:


Ardina selalu sakit ketika masih bayi dahulu. Pegawai itu sungguh cekap pada masa sekarang ini. Pelatih-pelatih itu mahir dalam masa dua bulan sahaja.

Keterangan tempat, contohnya :


Budak perempuan itu sakit pada kakinya. Buah nanas manis pada bahagian pangkalnya.

Frasa Adjektif Dan Ayat Komplemen


Frasa adjektif sebagai predikat Boleh diikuti oleh ayat

Menghasil
kan ayat majmuk

komplemen

Contoh :
AYAT INDUK DENGAN FRASA ADJEKTIF 1. Ketua kampung itu percaya 2. Zulmazran Zulkifli yakin 3. Peserta kursus sedar 4. Dia insaf AYAT KOMPLEMEN bahawa anak buahnya memberikan sokongan padu. bahawa pasukan Malaysia akan meraih pingat emas dalam acara boling. bahawa mereka harus tidur di khemah sementara. bahawa dia perlu meningkat kualiti ibadahnya.

Frasa adjektif sebagai predikat ialah satu binaan yang boleh terdiri daripada beberapa unsur yang dapat digambarkan seperti dalam jadual di bawah :
Kata Bantu + Kata Penguat + Kata Adjektif + Kata Adjektif + Kata Penguat + Unsur Keterangan + Ayat Komplemen Dalam jadual di atas, frasa adjektif boleh mengandungi kata bantu, dua kata penguat, dua kata adjektif, unsur keterangan dan ayat komplemen.
Kata adjektif yang pertama merupakan unsur inti yang wajib bagi seluruh binaan itu. unsur unsur lain pula berperanan sebagai unsur tambahan yang menerangkan unsur inti.

Jika dua kata adjektif hadir berderetan yang membawa maksud berlawanan, maka kedua duanya tidak boleh digugurkan. Contoh, pahit manis, tinggi rendah. Sebaliknya, jika unsur adjektif yang kedua membawa maksud keserasian atau berunsur rima, maka perkataan kedua boleh digugurkan. Contoh, gagah berani, kaya raya.

Contoh frasa adjektif dengan pelbagai keadaan binaan unsur unsurnya;

Kata bantu + kata adjektif


masih Kata penguat + kata adjektif lebih baik kuat

Kata bantu + kata penguat + kata adjektif masih terlalu banyak


Kata adjektif + kata penguat

banyak

sungguh

belum
sungguh sangat sangat yakin sudah

Kata bantu + kata adjektif + kata penguat


masak
indah

benar
nan

Kata penguat + kata adjektif + kata penguat

Kata penguat + kata adjektif + unsur keterangan


manis

pada bahagian pangkalnya bahawa kita masih lemah

Kata penguat + kata adjektif + ayat komplemen


sedar

Kata adjektif + kata penguat + ayat komplemen


betul

pasukannya akan menang panjang

Kata bantu + kata adjektif + kata adjektif


besar

Frasa adjektif yang terdiri daripada dua kata adjektif boleh didahului oleh kata bantu tetapi tidak boleh disertai kata penguat. Contoh :
Kata bantu Kata penguat Kata adjektif Kata adjektif Kata penguat Unsur keterangan Ayat komplemen

belum -

sungguh

sihat cantik

belum
belum -

terlalu
sungguh

lewat
-

besar masak indah

sekali benar nan

pada bahagian pangkalnya

sangat

manis

sungguh

yakin

bahawa mereka telah tiba bahawa persiapan nya tidak mencukupi

sedar

sungguh

sudah

besar

panjang

Anda mungkin juga menyukai