Anda di halaman 1dari 25

KATA TUGAS BAHASA MELAYU

Kelompok Dasar Kata Tugas Kata Praklausa Kata Prafrasa Kata Pascakata

Kata Tugas
Kata tugas ialah perkataan yang tergolong ke dalam golongan kata yang bersifat pelbagai jenis atau heterogen, iaitu tidak boleh menjadi unsur inti bagi frasa-frasa endosentrik : frasa nama, frasa kerja dan frasa adjektif.

Kata-kata tugas hadir dalam ayat, klausa atau frasa untuk mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu, sama ada sebagai penghubung, penerang, penentu, penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar, pemeri atau tugas-tugas lain.

Kata tugas dapat dijeniskan kepada jenis-jenis berikut :

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17.

Kata hubung Kata seru Kata tanya Kata perintah Kata pangkal ayat Kata bantu Kata penguat Kata penegas Kata nafi Kata pemeri Kata sendi nama Kata pembenar Kata arah Kata bilangan Kata adverba Kata penekan Kata pembenda

Kelompok Dasar Kata Tugas


i. ii. iii. iv. Kata penyambung ayat Kata praklausa Kata prafrasa dan pascafrasa Kata pascakata

Kata penyambung ayat

Kata hubung

Kata hubung gabungan

Kata hubung pancangan


a) Keterangan b) Komplemen c) Relatif

Kata Praklausa

1. 2. 3. 4. 5.

Kata seru Kata tanya Kata perintah Kata pembenar Kata pangkal ayat

Kata Prafrasa dan Pascafrasa

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

Kata bantu Kata penguat Kata penegas Kata nafi Kata pemeri Kata sendi nama Kata arah Kata bilangan Kata adverba

Kata Penyambung Ayat


Kata penyambung ayat ialah kata hubung, iaitu sejumlah perkataan yang bertugas menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu bentuk ayat yang berlapis, yang dikenali sebagai ayat majmuk.

Terdapat dua jenis ayat majmuk yang terbentuk, iaitu ayat majmuk gabungan dan ayat majmuk pancangan. Ayat majmuk gabungan dihubungkan oleh kata hubung gabungan, manakala ayat majmuk pancangan dihubungkan oleh kata hubung pancangan.

Kata Hubung Gabungan


Kata hubung gabungan ialah jenis kata yang menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama tara sifatnya. Ayat yang terbentuk yang menggunakan kata hubung gabungan ini dapat disebut ayat majmuk gabungan.

Contoh kata hubung gabungan : dan atau tetapi serta lalu malahan sambil kemudian

Contoh ayat :

1. Syidah mengemas rumah dan ibunya membasuh kain. 2. Tetamu itu bangun lalu turun ke serambi. 3. Bukan Ahmad sahaja yang pemurah malahan anaknya juga dermawan.

Kata Hubung Pancangan


Kata hubung pancangan ialah jenis kata hubung yang menyambung klausa tak setara atau klausa pancangan pada klausa utama atau klausa induk. Kata hubung pancangan terbahagi kepada tiga jenis, iaitu : i. Kata hubung pancangan relatif ii. Kata hubung pancangan komplemen iii. Kata hubung pancangan keterangan

i.

Kata hubung pancangan relatif

Kata hubung pancangan relatif atau ringkasnya kata relatif ialah perkataan yang berfungsi menghubungkan klausa utama dengan klausa kecil yang lain. Bentuk kata hubung jenis ini ialah yang.

Contoh ayat :

1. Budak yang sedang membaca itu adik saya. 2. Mereka menonton drama yang disukai ramai. 3. Saya membeli baju yang berwarna merah.

ii. Kata hubung pancangan komplemen


Kata hubung pancangan komplemen, ringkasnya kata komplemen, berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada klausa utama. Dua contoh kata komplemen yang sering digunakan ialah bahawa dan untuk.

Contoh ayat :

1. Guru itu menyatakan bahawa muridnya sangat rajin. 2. Kami tidak sedar bahawa mereka bukan ahli persatuan. 3. Untuk memaksa dia hadir adalah tidak wajar.

iii. Kata hubung pancangan keterangan


Kata hubung pancangan keterangan, ringkasnya kata keterangan, berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama.

Beberapa contoh kata keterangan adalah seperti yang berikut :

kerana sekiranya kalau hingga sementara ketika walaupun

agar semoga andai kata jika setelah tatkala sungguhpun

meskipun supaya kendatipun semasa sewaktu untuk apabila

Contoh penggunaan dalam ayat :


1. Pegawai itu sering dipuji kerana rajin bekerja. 2. Pertunjukan itu akan ditangguhkan sekiranya tiada sambutan. 3. Kalau musuh menyerang, kami akan melawan. 4. Sementara menanti padi masak, petani itu menanam jagung.

Kata Pascakata
Dalam bahasa Melayu terdapat satu bentuk kata yang hadir selepas perkataan. Bentuk itu ialah -nya yang berfungsi sebagai penekan dan pembenda. Antara bentuk kata yang demikian ialah sesungguhnya, nampaknya, lajunya dan datangnya.

Kata penekan
Kata penekan ialah bentuk yang memberikan penegasan kepada kata yang bergabung dengannya. Contoh dalam ayat :
1. Lapisan ozon sesungguhnya semakin menipis. 2. Pokok rambutan itu nampaknya akan berbuah lebat. 3. Bahawasanya pindaan perlembagaan itu wajar dilakukan pada masa ini.

Kata pembenda
Kata pembenda ialah bentuk yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada kata nama sebagai kata nama, misalnya lajunya, sakitnya, lantangnya. Contoh dalam ayat :
1. Bukan kepalang sakitnya. 2. Dia berhujah dengan lantangnya. 3. Datangnya secara mendadak.

Anda mungkin juga menyukai