Anda di halaman 1dari 24

FAKULTI: FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER / TAHUN : SEPTEMBER 2012

KOD KURSUS: HBML 2103

TAJUK KURSUS: MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU

NAMA NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL PUSAT PEMBELAJARAN

: : : : : :

MOHAMAD NAJIF BIN RAMLAN 750810016577001 750810016577 012-7347470 tuan_jimmy34@yahoo.com.my OUM BATU PAHAT

MOHAMAD NAJIF BIN RAMLAN 750810016577001 HBML2103

1.0

PENGENALAN

Ramai orang menganggap setiap perkataan mempunyai makna. Ya, memang betul kebanyakan perkataan mempunyai makna tersendiri. Perkataan seperti kata nama, kata adjektif, kata kerja sememangnya mempunyai makna tersendiri. Bagaimanapun ada perkataan yang tidak ada makna sendiri. Perkataan-perkataan yang tidak mempunyai makna itu hanya mempunyai tugas. Perkataan-perkataan yang dimaksudkan ialah kata tugas. Kata tugas tergolong dalam salah satu daripada golongan kata.

Sebenarnya, kata tugas hadir dalam, ayat, klausa, atau frasa yang bertindak sebagai pendukung sesuatu tugas tertentu sama ada sebagai penerang, penghubung, penguat, penentu, pembantu, pendepan, penafi, pembenar, penegas, pemeri dan beberapa tugas-tugas yang lain. Dalam tatabahasa Melayu, kata tugas ini sangat penting walaupun tidak membawa sebarang makna. Tanpa kata tugas sesuatu binaan ayat tidak lengkap dan kelihatan janggal apabila dibaca atau diucapkan.

Oleh itu pada kali ini saya akan membincangkan tentang jenis-jenis kata tugas dan fungsinya dalam ayat beserta huraian yang jelas beserta contoh-contoh ayat menurut pakar-pakar atau ahli-ahli bahasa terkenal.

2.0

DEFINISI DAN KONSEP KATA TUGAS

Sebagaimana yang kita bincang dari awal tadi, kata tugas tidak mempunyai makna tersendiri. Bagaimanapun kata tugas pempunyai fungsi tatabahasanya sendiri dalam ayat. Namun begitu apakah definisi yang tepat apabila kita memperkatakan tentang kata tugas ini?

Menurut Nik Safiah Karim, et al, (2010:249), dalam Tatabahasa Dewa Edisi Ketiga menyatakan kata tugas ialah perkataan yang tergolong ke dalam golongan kata yang bersifat pelbagai jenis atau heterogen, iaitu tidak boleh menjadi unsur inti bagi frasa-frasa endosentrik: frasa nama, frasa kerja, dan frasa adjektif. Kata-kata tugas ini hadir dalam ayat, klausa atau frasa

MOHAMAD NAJIF BIN RAMLAN 750810016577001 HBML2103

untuk mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu, sama ada sebagai penghubung, penerang, penentu, penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar, pemeri atau tugas-tugas lain.

Menurut Abdullah Hassan (2007:268) mendefinisikan pula kata tugas sebagai perkataan yang mempunyai fungsi tatabahasa. Hal ini bermaksud, kata tugas tidak mempunyai sebarang makna tetapi digunakan dalam ayat dan frasa bagi menjalankan sesuatu tugas tatabahasa. Kata tugas ini tidak boleh menjadi inti kepada frasa nama, frasa kerja, dan frasa adjektif.

Kata tugas juga didefinisikan sebagi golongan kata yang berbeza daripada golongan kata isian Bahasa Melayu (kata nama, kata kerja dan kata adjektif) yang menjadi inti dalam pembinaan frasa menurut Abdul Aziz Abdul Rahman (2001:68). Menurut beliau lagi, Sungguhpun kata sendi nama (satu golongan kata tugas) boleh membentuk frasa tetapi kata sendi nama perlu bersandar pada kata nama atau frasa nama. Tambah beliau lagi, umumnya kata tugas hadir dalam ayat untuk memikul tugas nahu atau tugas sintaksis tertentu.

Seorang lagi ahli bahasa iaitu Goay Teck Chong dan Choo Say Tee (2000:96) menjelaskan bahawa kata tugas ialah kata yang tidak berfungsi sebagai unsur inti dalam sebarang predikat, baik predikat frasa nama, frasa kerja ataupun frasa adjektif. Kata tugas mempunyai tugas-tugas tertentu dalam pembinaan sesuatu frasa, klausa dan ayat.

Golongan kata tugas ini merangkumi pelbagai jenis dan penjelasannya dibuat mengikut fungsinya. Perkataan yang membezakan golongan kata ini dengan golongan kata yang lain ialah golongan kata tugas tidak boleh menjadi unsur kepada binaan frasa yang menjadi predikat ayat berbanding dengan kata nama, kata kerja dan kata adjektif (Ahmad Khair Mohd Nor, 2012:17).

Jika kita amati definisi yang diberikan oleh ahli-ahli bahasa seperti di atas maka bolehlah kita membuat kesimpulan kata tugas ini sangat penting dalam pembentukan sintaksis supaya frasa, klausa atau ayat yang hendak dibentuk menjadi sempurna. Walaupun kebanyakan pakar bahasa menyatakan bahawa kata tugas tidak mempunyai maksud atau makna tertentu tetapi kehadirannya penting untuk menjalankan tugas-tugas tertentu dalam ayat. Perkataan-perkataan

MOHAMAD NAJIF BIN RAMLAN 750810016577001 HBML2103

dalam golongan kata tugas ini masuk ke dalam binaan ayat sama ada melalui perhubungan dengan perkataan daripada golongan kata kerja, kata nama dan kata adjektif, ataupun melalui perhubungan secara langsung dengan binaan frasa atau klausa tertentu.

3.0

SENARAI DAN PENJELASAN KATA TUGAS

Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2010) menjelaskan kata tugas dikelompokkan ke dalam empat kelompok daripada 17 jenis kata tugas. Pengelompokan ini berdasarkan kriteria kedudukan dan fungsinya dalam binaan ayat. Empat kelompok yang dimaksudkan seperti berikut:

i) Kata penyambung ayat. ii) Kata praklausa. iii) .Kata prafrasa dan pascafrasa. iv) Kata pascakata

3.1

Kata Penyambung Ayat

Kata penyambung ayat juga dikenali sebagai kata hubung. Kata hubung ini terdiri daripada sejumlah perkataan yang bertugas untuk menghubungkan dua atau lebih binaan ayat lalu menjadi satu bentuk ayat yang berlapis juga dikenali sebagai ayat majmuk. Daripada kata hubung ini dua ayat majmuk boleh dibentuk iaitu ayat majmuk gabungan dan ayat majmuk pancangan. Kata hubung gabungan akan digunakan untuk membentuk ayat majmuk gabungan. Manakala kata hubung pancangan yang terdiri daripada kata hubung keterangan, kata hubung komplemen dan kata hubung relatif akan digunakan untuk membentuk ayat majmuk pancangan.

a)

Contoh kata hubung gabungan dan, atau, tetapi, serta, lalu, malahan, sambil, kemudian.

MOHAMAD NAJIF BIN RAMLAN 750810016577001 HBML2103

b)

Contoh kata hubung pancangan i. ii. iii. Keterangan kerana, sekiranya, kalau, hingga, sementara, ketika Komplemen bahawa dan untuk. Relatif - yang

3.2

Kata Praklausa

Kata praklausa terdiri daripada sejumlah perkataan yang terletak di hadapan klausa yang terdiri daripada kata tanya, kata seru, kata pembenar, kata perintah dan kata pangkal ayat. Perkataan daripada kata praklausa ini ditugaskan untuk menimbulkan seruan, pertanyaan, pengeyaan atau sebagai penerang kepada pangkal klausa. Berikut jenis-jenis kata praklausa dan contoh-contoh perkataan: i. ii. iii. iv. v. Kata seru Kata tanya Kata perintah Kata pembenar Kata pangkal ayat - aduh, cis, aduh, amboi, oh, syabas, wah, aduhai. - siapa, berapa, bila, dimana, kenapa, mengapa - jangan, usah, sila, jemput, minta, tolong, harap. - ya, benar, betul. -hatta, maka, syahadan, kalakian, sebermula, alkisah.

3.3

Kata Prafrasa dan Kata Pascafrasa

Kata prafrasa dan kata pascafrasa ialah sejumlah perkataan yang hadir sebelum dan selepas frasa sama ada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, atau frasa sendi nama. Semua jenis perkataan ini bertugas untuk menonjolkan maksud yang terkandung dalam ayat, seperti tugas membantu, menguatkan, menegas, menafikan, memerikan menyediakan, menunjukkan arah, dan membilang.

MOHAMAD NAJIF BIN RAMLAN 750810016577001 HBML2103

Kata Prafrasa yang hadir sebelum frasa mengandungi sembilan jenis. Berikut disenaraikan sembilan jenis kata prafrasa berikut beserta contoh perkataannya: i. Kata bantu a) Kata bantu aspek b) Kata bantu ragam - telah, sudah, baru, pernah, sedang, masih. - hendak, mahu, harus, mesti, boleh, dapat.

ii.

Kata penguat a) Kata penguat hadapan b) Kata penguat belakang c) Kata penguat bebas - terlalu, paling, agak, cukup, makin, kurang. - sekali, benar, betul, nian. - amat, sangat, sungguh.

iii.

Kata penegas a) Menegaskan frasa predikat atau bahagiannya, -kah, -tah, -lah. b) Menegaskan kedua-dua bahagian ayat, - juga, jua, pun, sahaja, lagi, memang.

iv. v. vi. vii. viii. ix.

Kata nafi Kata pemeri Kata sendi nama Kata arah Kata bilangan Kata adverba

- bukan, tidak. - ialah, adalah. - di, ke, dari, daripada, pada, demi, tentang, seperti, dll. - atas, antara, bawah, tepi, sudut, selatan, timur dll. - dua, dua puluh, segala, semua, beratus-ratus dll. - selalu, sentiasa, esok, sering kali.

Tiga daripada kata tugas seperti yang disenaraikan di atas boleh juga hadir sesudah frasa iaitu sebagai pascafrasa iaitu: i. ii. iii. Kata penguat Kata penegas Kata adverba.

MOHAMAD NAJIF BIN RAMLAN 750810016577001 HBML2103

3.4

Kata Pascakata

Dalam bahasa Melayu terdapat satu bentuk kata sahaja yang hadir selepas perkataan iaitu -nya. Antara bentuk kata yang demikian ialah sesungguhnya, cantiknya, nampaknya, lambatnya Bentuk -nya berfungsi sebagai: i) Kata penekan

ii) Kata pembenda

4.0

HURAIAN DAN CONTOH-CONTOH KATA TUGAS

4.1

Kata hubung

4.1.1 Kata hubung gabungan Kata hubung gabungan merupakan kata yang menghubungkan dua atau lebih klausa yang sama tara akan sifatnya. Ayat yang dibentuk menggunakan kata hubung gabungan ini disebut ayat majmuk gabungan. Contoh kata hubung gabungan : dan, atau tetapi, serta, lalu, malahan, sambil, kemudian. Penggunaan kata hubung gabungan dalam ayat adalah seperti di bawah:

1. Rosminah menyapu sampah dan adiknya memasak di dapur. 2. Rahmad duduk lalu menuang air. 3. Kami bercadang pergi ke Langkawi atau ke Pulau Pangkor. 4. Zainab bukan sahaja pandai malahan rajin di dalam kelas. 5. Manaf gagal dalam ujian itu tetapi abangnya lulus. 6. Dia memandu kereta sambil mendengar radio. 7. Pak Mahat memangku anaknya serta membelai pipinya. 8. Buku itu diambil kemudian dimasukkan ke dalam almari.

MOHAMAD NAJIF BIN RAMLAN 750810016577001 HBML2103

4.1.2 Kata hubung pancangan Kata hubung yang menyambung klausa tak setara atau klausa pancangan pada klausa utama atau klausa induk disebut kata hubung pancangan. Kata hubung ini terbahagi kepada 3 jenis: i) Kata hubung pancangan relatif Kata hubung relatif ialah perkataan yang bertugas menghubungkan klausa utama dengan klausa kecil yang lain. Perkataan yang merupakan bentuk kata relatif. Penggunaannya dalam ayat seperti berikut:

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

Kanak-kanak yang menangis itu anak Encik Rustam. Encik Hisham seorang usahawan yang berjaya. Shafiqa seorang pelajar yang pintar dan rajin. Ibu memakai baju yang berwarna biru. Saloma seniwati agung yang selalu dikenang. Mereka memilih pakaian yang murah harganya. Puan Aisah seorang ibu yang penyayang. Yang comel itu anak saudara Puan Zaiton

ii) Kata hubung pancangan komplemen Kata komplemen berfungsi untuk menghubungkan kalusa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada klausa utama. Perkataan yang selalu digunakan ialah bahawa dan untuk. Beberapa contoh ayat yang mempunyai kata hubung komplemen seperti berikut:

1. 2. 3. 4. 5. 6.

Guru Besar itu menyatakan bahawa semua peserta perkhemahan dapat hadir. Kami sedia maklum bahawa Encik Ahmad sudah berangkat ke New Zealand. Mereka mulai perasan bahawa paip di rumah itu telah dicuri. Semua orang harus faham bahawa melanggar lampu isyarat suatu kesalahan. Untuk memaksa dia hadir ke majlis itu adalah tidak wajar. Untuk sementara waktu kita tangguhkan dulu urusan ini.

MOHAMAD NAJIF BIN RAMLAN 750810016577001 HBML2103

7. 8.

Untuk berjaya dalam pelajaran kita perlu rajin berusaha. Untuk memenangi pertandingan itu bukanlah sesuatu yang mustahil.

iii) Kata hubung pancangan keterangan Kata hubung pancangan keterangan atau ringkasnya kata keterangan bertugas menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama. Terdapat beberapa kata keterangan adalah seperti berikut: kerana, sekiranya, kalau, hingga, sementara ketaka, walaupun, agar, semoga dan sebagainya. Contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut:

1. 2. 3. 4. 5. 6.

Pekerja itu sering dimarahi kerana malas bekerja. Wang akan dikembalikan apabila semua tugasan berjaya disiapkan. Peperiksaan itu ditangguhkan sekiranya banjir berlaku. Dia terpaksa berenang hingga ke seberang sungai. Sementara menunggu bajunya kering, Hisham memakai baju sepupunya. Benteng pertahanan pasukan hoki negara perlu diperkuat agar tidak mudah dibolosi pihak lawan.

7. 8.

Meskipun hari sudah senja, anaknya masih belum pulang. Mulai saat itu dia berusaha bersungguh-sungguh supaya berjaya dalam pelajaran.

4.2

Kata seru Kata seru merupakan kata yang berfungsi melahirkan berbagai-bagai perasaan. Kara seru

ini digunakan dalam ayat seruan. Contoh kata seru ialah: aduh, cis, celaka, aduhai, wah, oh, amboi, wahai, eh, syabas. Contoh penggunaannya dalam ayat:

1. 2. 3.

Wahai rakan-rakanku, berjuanglah demi Negara yang tercinta! Aduh, sakitnya perutku! Wah, besarnya kereta itu!

MOHAMAD NAJIF BIN RAMLAN 750810016577001 HBML2103

4. 5. 6. 7. 8.

Cis, berani kau mempermainkanku! Amboi, cantiknya tudung awak! Oh, Tuhanku, ampunkanlah dosa-dosaku! Eh, tadi buku itu ada di sini! Syabas, awak lulus dengan cemerlang!

4.3

Kata tanya Kata yang digunakan untuk menanyakan sesuatu atau menyoalkan sesuatu dikenali

sebagai kata tanya. Perkataan yang tergolong dalam kata tanya ialah mengapa, berapa, bila dan bagaimana. Kehadiran kata tanya dalam ayat sebagai sebahagian daripada predikat. Kata tanya yang hadir di depan ayat hendaklah disertai partikel kah.

Contoh ayat: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Mengapakah adik menangis? Bilakah kamu pulang? Berapakah umur kamu? Bagaimanakah perkara itu boleh berlaku? Harga baju itu berapa? Dia sampai bila? Kesihatannya sekarang bagaimana? Mengapakah kamu pulang lewat?

4.4

Kata perintah Kata perintah merupakan perkataan yang ditugaskan menimbulkan sesuatu tindak balas

terhadap perintah, arahan, larangan, silaan, atau permintaan. Jangan, usah, jemput, sila, tolong, harap, dan minta merupakan beberapa contoh kata perintah. Contoh penggunaan dalam ayat seperti berikut:

1. 2.

Jangan memandu terlalu laju. Usah biarkan dia bersendirian.

10

MOHAMAD NAJIF BIN RAMLAN 750810016577001 HBML2103

3. 4. 5. 6. 7. 8.

Silalah tuan-tuan masuk ke dalam dewan. Harap semuanya berjalan lancar. Minta hadirin bersabar sebentar. Jemput makan! Tolong bersihkan bilik ini. Jangan membuang sampah merata-rata.

4.5

Kata pembenar Kata pembenar merupakan perkataan yang mengesahkan sesuatu pernyataan. Contoh kata

pembenar : ya, benar, dan betul. Contoh dalam ayat:

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

Ya, itulah rumahnya. Benar, dialah yang memenangani pertandingan itu. Betul, kereta itu kereta Rosli. Ya, kami bersalah. Benar, itulah kekasihnya. Betul, dia lulus dengan cemerlang. Ya, saya yang mengekorinya. Benar, di situlah mereka berkelah.

4.6

Kata pangkal ayat Kata pangkal ayat hadir di bahagian hadapan ayat yang menjadi penanda kesinambungan

ayat dalam wacana. Beberapa contoh kata pangkal ayat seperti : hatta, maka, arakian, alkisah, kalakian, adapun, dan syahdan. Zaman moden ini kita jarang dapat melihat penggunaan perkataan ini. Perkataan ini digunakan dalam bahasa Melayu lama. Beberapa contoh dalam ayat seperti berikut:

1. 2. 3.

Hatta mahligai baginda pun siaplah. Arakian bersemayamlah puteri baginda di istana itu. Sebermula berangkatlah putera sultan untuk berburu.

11

MOHAMAD NAJIF BIN RAMLAN 750810016577001 HBML2103

4. 5. 6. 7. 8.

Syahadan baginda pun berangkat meningkalkan Temasik. Adapun keris itu dipunyai oleh Hang Tuah. Alkisah tidak berapa lama kemudian lahirlah puteri bungsu baginda. Maka baginda punbertitah kepada semua pembesar Negara. Kalakian berlakulah permusuhan antara kedua-dua pembesar itu.

4.7

Kata bantu Perkataan yang bertugas membantu frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama

dengan menimbulkan makna tambahan dari aspek waktu atau ragam dikenali sebagai kata bantu. Kata bantu hanya hadir sebelum frasa. Tatabahasa Dewan menetapkan kata bantu terbahagi kepada dua kumpulan iaitu:

i.

Kata bantu aspek Kata bantu aspek membangkitkan suasana perbezaan masa, iaitu sama ada masa kini, masa lampau, atau masa hadapan. Contoh-contoh kata bantu ialah masih, sedang, pernah, baru, sudah, belum, mula, akan. Penggunaannya dalam ayat seperti di bawah:

1. 2. 3. 4.

Majikannya telah pulang ke rumah. Kanak-kanak itu baru makan ais krim. Mereka pernah ke Kutub Utara. Makanan itu belum dijamah.

ii.

Kata bantu ragam Merupakan bentuk kata yang menyatakan atau menerangkan ragam perasaan. Bentukbentuk kata bantu ragam ialah hendak, mahu, harus, mesti, dapat, boleh, mungkin, patut, enggan yang masing-masingnya digunakan seperti dalam ayat di bawah:

1. 2. 3.

Pengantin baharu itu hendak masuk ke bilik. Dia mahu pulang sekarang. Mereka mesti hadir ke majlis itu dengan segera.

12

MOHAMAD NAJIF BIN RAMLAN 750810016577001 HBML2103

4.8

Kata penguat Kata penguat berfungsi menguatkan maksud yang terkandung dalam kata atau frasa

adjektif. Kata penguat boleh hadir di hadapan atau di belakang frasa atau kata adjektif. Buku Tatabahasa Dewan menyenaraikan 3 jenis kata penguat iaitu:

i.

Kata penguat hadapan Kata penguat hadapan letaknya di hadapan frasa atau kata adjektif. Contoh kata penguat hadapan ialah terlalu, paling, kuat, agak, cukup, makin dan kurang.

1. 2. 3. 4.

Ubat yang dimakannya itu kurang sesuai. Harga getah makin murah. Pakaiannya paling cantik. Cuaca hari ini agak mendung.

ii.

Kata penguat belakang Kata penguat belakang terletak di belakang kata adjektif. Contoh perkataan seperti, sekali, betul, benar, dan nian. Penggunaannya dalam ayat:

5. 6. 7.

Indah nian istana baginda. Cepat benar masa berlalu. Tutur katanya baik sekali.

iii.

Kata penguat bebas Kata penguat bebas ialah perkataan yang bebas berada di hadapan atau belakang kata adjektif. Contohnya sungguh , sangat, amat.

8.

(a) Persembahan lakonan tadi amat dipuji oleh penonton. (b) Persembahan lakonan tadi dipuji amat oleh penonton.

9.

(a) Bangunan itu sangat tinggi. (b) Bunganan itu tinggi sangat.

13

MOHAMAD NAJIF BIN RAMLAN 750810016577001 HBML2103

4.9

Kata Penegas Kata penegas juga disebut partikel atau kata penyerta. Kata ini memberikan penekanan

pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Terdapat dua jenis kata penegas iaitu:

i) Yang menegaskan hanya frasa predikat atau bahagiannya. Contohnya, -kah, -tah, dan lah. ii) Yang menegaskan kedua-dua bahagian ayat, iaitu frasa nama sebagai subjek atau bahagiaannya atau frasa predikat atau bahagiannya. Contoh: juga, jua, pun, sahaja, lagi, memang.

Ayat: 1. (a) Siapakah nama kamu? (b) Nama kamu siapakah? (betul) ( salah)

2. (a) Orang itulah bapanya. (b) Bapanya orang itulah.

(betul) (salah)

Mengapakah ayat (a) betul, manakala ayat (b) salah? Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2010) menyatakan kedudukan kata penegas dalam ayat (b) menyalahi hukum tatabahasa kerana bentuk yang menerima kah, -tah dan lah mesti dikedepankan. Kesemua kata penegas ini merupakan bentuk pascafrasa.

4.10

Kata nafi Kata nafi menurut Nik Safiah Karim hanya hadir sebelum frasa. Kata ini merupakan

perkataan yang menjadi unsur nafi frasa-frasa predikat, iaitu frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama. Dua contoh kata nafi iaitu bukan dan tidak.

Contoh ayat kata nafi bukan menjadi unsur nafi frasa nama dan frasa sendi nama: 1. Hadiah itu bukan untuk Saroja. 2. Kemenangan itu bukan usahanya seorang.

14

MOHAMAD NAJIF BIN RAMLAN 750810016577001 HBML2103

Contoh ayat kata nafi tidak yang menjadi unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektif seperti berikut:

1. Bapanya tidak turun ke bendang hari ini. 2. Mereka tidak akan bermain di situ lagi. 3. Kampung itu tidak berpenghuni.

4.11

Kata pemeri Kata pemeri adalah hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Manakala kata

pemeri ialah hadir di hadapan frasa nama. Kedua-duanya iaitu adalah dan ialah menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dangan frasa-frasa utama dalam predikat.

Contoh ayat kata pemeri ialah: 1. 2. 3. 4. Bangunan yang tertinggi itu ialah bangunan Menara Berkembar Petronas. Nama budak itu ialah Muhammad Ammar Aqeef. Bahasa Inggeris ialah bahasa antarabangsa. Yang mustahak ialah sikapnya.

Contoh ayat kata pemeri adalah: 1. 2. Makanan yang disediakan oleh ibu adalah baik untuk kesihatan. Kejayaan besar beliau adalah apabila berjaya meraih gelaran dunia tiga kali berturutturut. Harus diingat bahawa kata pemeri tidak boleh hadir di hadapan frasa kerja atau kata kerja. Oleh itu contoh-contoh ayat di bawah dianggap salah iaitu: 1. Adalah dimaklumkan bahawa latihan pada petang ini dibatalkan. 2. Kegagalan projek itu adalah disebabkan kecuaian pihak pengurusan.

15

MOHAMAD NAJIF BIN RAMLAN 750810016577001 HBML2103

4.12

Kata sendi nama Kata sendi nama hadir di hadapan frasa nama. Walaupun semua kata sendi nama hadir di

hadapan kata nama atau frasa, namun tiap-tiap satu mempunyai tugas atau fungsi yang berlainan. Kata sendi nama di Digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Perkataan di mesti ditulis terpisah daripada kata nama yang mengikutnya. Contoh ayat: 1. Bapanya bekerja di sekolah itu. 2. Pelukis itu melukis di Dataran Segamat.

i.

Kata sendi nama tidak boleh hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang menerangkan waktu, masa atau zaman. Contoh ayat: 1. Raja Iskandar memerintah pada zaman itu. (betul) 2. Raja Iskandar memerintah (di) zaman itu. Kata sendi nama ke Digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah tempat yang dituju. Juga digunakan di hadapan frasa atau kata nama menunjukkan masa dan waktu. Contoh ayat: 1. Burung-burung itu terbang ke arah utara. 2. Pak Mail akan ke Melaka esok. 3. Mereka mengadakan lawatan dari semasa ke semasa. 4. Warisan itu kekal dari dulu ke sekarang. Kata sendi nama dari Digunakan untuk menunjukkan tempat atau arah, serta menunjukkan waktu dan masa. Contoh ayat: 1. Pemuda itu merantau dari Perlis ke Sabah. 2. Perkara itu telah diketahui dari semalam lagi. (tempat / arah) (waktu / masa) (tempat) (tempat) (masa) (masa) (salah)

ii.

iii.

16

MOHAMAD NAJIF BIN RAMLAN 750810016577001 HBML2103

iv.

Kata sendi nama daripada Hadir di hadapan kata nama atau frasa nama bertujuan menyatakan punca bagi manusia,

haiwan, benda atau asal kejadian sesuatu benda dan perbezaan atau perbandingan. Penggunaannya dalam ayat: 1. Pemain bola sepak itu menerima bola daripada rakan sepasukannya. 2. Ukiran itu diperbuat daripada kayu. 3. Daripada Ahmad lebih baik Abu. Kata sendi nama kepada Kata ini berfungsi untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad, menyatakan pecahan, dan menyatakan perubahan keadaan. 1. Latif mengirim bungkusan itu kepada sepupunya. 2. Kek yang besar itu dibahagikan kepada beberapa potongan kecil. 3. Harga kelapa sawit menurun kepada paras yang membimbangkan pekebun. Kata sendi nama pada Digunakan di hadapan frasa nama dan kata nama yang berfungsi sebagai keterangan waktu dan tempat dan digunakan dalam ungkapan ada + pada (manusia dan haiwan). Contoh: 1. Pemergiannya ke tanah sucu Makkah telah ditetapkan pada hari Khamis minggu hadapan. 2. Hadiah itu ada pada kawannya. 3. Baju itu disangkut pada dinding rumah.

v.

vi.

vii.

Lain-lain kata sendi seperti untuk atau bagi, demi, tentang, bagai, dengan, sejak terhadap, akan, oleh, hingga, antara. Kasemua kata sendi ini membawa fungsi tersendiri dan tidak boleh digunakan untuk fungsi yang lain. Contoh dalam ayat seperti di bawah:

1. Derma untuk mengsa kebakaran akan dipungut. (menunjukkan kegunaan untuk sesuatu)

17

MOHAMAD NAJIF BIN RAMLAN 750810016577001 HBML2103

2. Rakyat Malaysia mesti hidup dalam keadaan rukun damai demi kestabilan ekonomi. (membawa makna tujuan)

3. Merka berbincang tentang program perkhemahan. (menjadi hal yang diperlakukan atau dibicarakan)

4. Wanita itu cantik bagai bidadari. (membawa maksud perbandingan)

5. Munif pergi ke pasar malam dengan buah hatinya. (membawa maksud bersama-sama atau beserta)

6. Sejak hari itu dia insaf. (sebagai penanda waktu)

7. Sebagai ketua kita harus bersikap adil terhadap orang bawahan. (Sebagai rujukan yang melibatkan penyambut tertentu, sama ada manusia, haiwan atau benda)

8. Encik Zahari sayang akan keluarganya. (Digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama dan penggunaannya mesti didahului oleh kata adjektif yang bersifat emotif).

9. Filem Ombak Rindu diarahkan oleh Aziz M. Osman. (menunjukkan hubungan pembuat)

10. Dia mati oleh sebab kecederaan serius yang dialaminya. (membawa maksud sebab)

18

MOHAMAD NAJIF BIN RAMLAN 750810016577001 HBML2103

4.13

Kata arah Kata arah merupakan sejumlah perkataan yang hadir di hadapan grasa nama dan

selalunya sesudah kata sendi nama. Kata ini bertujuan menunjukkan hala atau jurusan. Contoh perkataan: atas, antara, bawah, tepi, belakang, utara, hadapan, sudut, segi, selatan dll. Contohnya dalam ayat:

1. Hisham memandu kereta ke selatan tanah air. 2. Pesakit itu telah ada di dalam dewan bedah. 3. Barang-barang itu diimport daru luar negara. 4. Dia duduk di hadapan sekali. 5. Makanan itu telah dihidang di atas meja. 6. Buku-buku itu disimpan di bawah katil. 7. Pasu bunga itu diletakkan di penjuru rumah. 8. Akibat kecederaan, pemain itu hanya berada di tepi padang.

4.14

Kata bilangan Nik Safiah Karim dalam Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga menjelaskan kata

bilangan merupakan sejumlah perkataan yang menjadi penerang jumlah pada frasa nama dan hadir sebelum frasa tersebut. Contoh ayat:

1. Tiga hari lagi ibu bapa saya akan pulang ke Malaysia. 2. Segala peraturan perlu dipatuhi. 3. Projek itu melibatkan para siswa Universiti Malaya. 4. Beratus-ratus mangsa banjir telah ditempatkan di dewan itu. 5. Anas ke sekolah pada pukul tujuh pagi tiap-tiap hari. 6. Sepertiga wang derma itu akan disumbang kepada anak-anak yatim. 7. Setengah-setengah murid tidak suka bersarapan. 8. Dia makan setengah daripada kek itu.

19

MOHAMAD NAJIF BIN RAMLAN 750810016577001 HBML2103

4.15

Kata adverba Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga menjelaskan kata adverba ialah perkataan yang

menerangkan kata kerja, kata adjektif, kata nama, dan frasa sendi nama dari segi cara, masa, dan tempat.Contoh kata adverba seperti, sentiasa, selalu, seringkali, esok. Dalam Tatabahasa Dewan juga menjelaskan kata adverba tidak dianggap golongan kata utama, bahkan golongan kata tugas, kerana tidak boleh menjadi unsur inti kepada konstituen frasa predikat, seperti halnya dengan kata nama, kata kerja, dan kata adjektif. Kata adverb digolonkan kepada empat bentuk iaitu: i) Kata adverba jati terdiri daripada perkataan yang sememangnya berfungsi sebagai penerang kepada golongan kata yang terdiri daripada kata kerja dan frasa kerja, kata adjektif dan frasa adjektif atau frasa sendi nama. Contoh ayat: 1. 2. Pelancong akan tiba esok dari Australia. Sejak hari itu, dia sering berhati-hati.

ii) Kata adverba yang asalnya kata adjektif berfungsi penerang kata kerja, kata adjektif, atau frasa sendi nama. Contoh perkataan dan penggunaan dalam ayat: 1. 2. Ketua Pengarah itu sering di pejabat. Dia pulang apabila mendengar bapanya sakit kuat.

iii) Kata adverba yang asalnya kata kerja - berasal daripada kata kerja yang berfungsi sebagai penerang kepada kata kerja, kata adjektif, atau frasa sendi nama. Contoh perkataan dan penggunaannya dalam ayat: 1. 2. Kulit pramugari itu cantik berseri. Layang-layang itu tinggi melangit ditiup angin.

iv) Kata adverba bentuk gandaan terbahagi kepada 3 iaitu kata adverba gandaan penuh, kata adverba penggandaan separa, kata adverb penggandaan serentak. Contoh perkataan dan penggunaannya dalam ayat: 1. 2. 3. Dia benar-benar gembira dengan kepulangan ayah dan ibunya. Adik menangis teresak-esak apabila dimarahi ibu. Mat Rempit itu lari lintang-pukang dikejar polis peronda.

20

MOHAMAD NAJIF BIN RAMLAN 750810016577001 HBML2103

4.16

Kata penekan Tatabahasa Dewan juga menjelaskan kata penekan sebagai bentuk yang memberikan

penegasan kepada kata yang bergabung dengannya. Satu-satunya bentuk kata dalam bahasa Melayu dalam kata penekan ini ialah nya. Contoh dalam ayat: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Kek itu sesungguhnya sedap. Kelas 5 Cemerlang itu nampaknya bersih sangat. Bahawasanya saya berjanji akan menurut perintah. Masakan Chef Wan sememangnya enak sekali. Nampaknya awak sudah mula berubah. Sudah semestinya perkara itu didahulukan. Motorsikal yang rosak itu, nampaknya sudah dibaiki. Banjir di beberapa buah kampung sesungguhnya semakin surut.

4.17

Kata pembenda Menurut Nik Safiah Karim (2010). Kata pembenda ialah bentuk yang menjadikan sesuatu

perkataan yang bukan daripada kata nama sebagai kata nama, misalnya lajunya, sakitnya, lantangnya, besarnya. Beberapa contoh dalam ayat seperti berikut:

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

Lajunya kereta itu ialah 300 km sejam. Perginya secara mendadak. Besarnya rumah itu tidak siapa yang tahu. Dia berhujah dengan lantangnya. Sakitnya bukan kepalang. Meriahnya majlis perkahwinan Siti Nurhaliza. Cantiknya kereta baru yang dibeli oleh Rusdi. Kemunculannya amat dinanti-nantikan.

21

MOHAMAD NAJIF BIN RAMLAN 750810016577001 HBML2103

Rumusan

Kesimpulannya kita tidak boleh mengabaikan peranan kata tugas dalam pengolahan ayat. Tanpa penggunaan kata tugas yang betul dan mantap sesuatu ayat itu menjadi janggal dan tidak gramatis. Secara keseluruhannya melalui perbincangan di atas kita dapat satu gambaran jelas yang menunjukkan kata tugas ini mempunyai fungsi-fungsi tertentu di dalam ayat. Kata tugas dapat dijadikan sebagai penghubung, penerang, penentu, penguat, pendepan, penegas, penafi, pembenar, pemeri ataupun tugas-tugas lain.

Tidak seperti golongan kata yang lain iaitu seperti kata nama, kata kerja dan kata adjektif, kata tugas tidak mempunyai fungsi tertentu yang bertindak sebagai inti sesuatu frasa. Namun begitu fungsi-fungsinya seperti yang diterangkan di atas menjadi pelengkap kepada sesuatu ayat. Namun begitu, kata tugas tidak akan membawa sebarang makna tanpa kehadiran kata kerja, kata nama dan kata adjerktif.

Akhirnya, sekali lagi dijelaskan kata tugas lazimnya hadir dalam ayat sama ada di bahagian hadapan ayat, di bahagian hadapan frasa, ataupun di bahagian belakang ayat atau frasa memberikan maksud dan makna yang khusus bagi memainkan peranan dalam sintaksis tertentu. Dengan 17 kata bantu yang diterangkan di atas diharapkan dapat membantu kita semua menggunakan kata bantu dengan betul dalam ayat atau penulisan.

(4,232 patah perkataan)

22

MOHAMAD NAJIF BIN RAMLAN 750810016577001 HBML2103

RUJUKAN

Nik Safiah karim (et al.), (2010). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Prof Dr Abdullah Hassan, (2006). Morfologi Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu, Kuala Lumpur: PTS Professional Sdn. Bhd.

Prof Dr Asmah Haji Omar, (1985). Perancangan Bahasa Dengan Rujukan Khusus kepada Perancangan Bahasa Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dr. Ali Mahmood (et al.), (2012). HBML2103 Morfologi dan Sintaksis Bahasa Melayu, Seri Kembangan, Selangor: OpenUniversity Malaysia.

23

MOHAMAD NAJIF BIN RAMLAN 750810016577001 HBML2103

24

Anda mungkin juga menyukai