Anda di halaman 1dari 4

1

Soalan 1

1. Jawab soalan [1a] dan [1b] berdasarkan DATA 1.

DATA 1

(i) Pada umumnya modal menjadi bahagian harta yang paling besar sekali.

(ii) Proses ini masing-masingnya dinamakan sebagai proses mengekod dan


mendekod.

(iii) Mereka meneliti tentang kemungkinan mengkod dua jenis alat untuk melakukan
gerakan iaitu perkakas dan bahagian anggota tubuh-badan.

(iv) Waran terus mendahului senarai kaunter paling banyak diniagakan.

(a) Buktikan bahawa frasa yang bergaris dalam DATA 1 adalah gramatis walaupun
dalam tatabahasa preskriptif tidak menerimanya. (6 markah)

Tatabahasa preskriptif ialah satu pendekatan penghuraian nahu yang menekankan


peraturan betul atau salah penggunaan bahasa oleh pengguna bahasa. Kelahiran
tatabahasa preskriptif berkait rapat dengan proses perancangan bahasa yang
bermatlamatkan untuk mewujudkan nahu bahasa melayu yang dapat digunakan
sebagai pegangan dan sumber rujukan oleh pengguna Bahasa Melayu utama. Bagi
frasa bergaris dalam Data 1 iaitu (i)paling besar sekali menunjukkan kesalahan iaitu
‘paling’ dan ‘sekali’ kerana kedua-duanya adalah darjah penghabisan yang digunakan
dalam penggunaan kata adjektif tidak boleh hadir secara serentak dalam satu binaan
dan boleh menggunakan hanya salah satu sahaja daripada kedua-dua darjah
penghabisan tersebut.
Selain itu, frasa bergaris iaitu (ii) mengekod ini menggunakan awalan meng-
menjadi menge- apabila diimbuhan pada kata dasar yang bersuku kata satu. Frasa ini
dianggap sebagai gramatis berdasarkan tatabahasa deskriptif yang lebih kepada
penafsiran tidak berbentuk tentang pembinaan tatabahasa dalam bahasa manakala
2

tatabahasa preskriptif mementingkan peraturan dalam pembinaan tatabahasa yang


betul.
Di samping itu, frasa bergaris (iii) mengkod adalah salah dan tidak diterima
dalam tatabahasa preskriptif tetapi frasa tersebut adalah gramatis kerana leksikon iaitu
senarai leksikal yang terkandung atau tersimpan dalam minda manusia telah
menjadikan perkataan tersebut sering digunakan dan merasa frasa tersebut adalah
tepat dan sesuai untuk digunakan. Setiap leksikal mengandungi maklumat fonologi,
morfologi, semantik dan juga sintaksis dan juga sebagai glosari di dalam otak.
Akhir sekali, frasa yang bergaris dalam (iv)paling banyak diniagakan adalah
gramatis dalam tatabahasa deskriptif iaitu penghuraian peri laku tatabahasa dan aspek
kebahasaan sesuatu bahasa itu seadanya tetapi frasa ini tidak diterima dari segi
tatabahasa preskriptif. Hal ini berlaku kerana terdapat leksikon di dalam minda
menjadikan penutur menggunakan perkataan tersebut dan sudah terbiasa.

(b) Bagaimanakah anda mengaitkan frasa yang bergaris dengan kecekapan bahasa dan
perlakuan bahasa? (6 markah)

Berdasarkan frasa yang bergaris tersebut iaitu (i)paling besar sekali, (ii)mengekod,
(iii) mengkod dan juga (iv) paling banyak diniagakan apabila dikaitan dengan
kecekapan bahasa dan perlakuan bahasa ini adalah melalui pengetahuan berbahasa
oleh penutur sememangnya sudah ada di dalam minda malah bentuk penggunaan
bahasa yang sebenar dalam situasi yang sebenar. Selain itu, frasa-frasa bergaris
tersebut adalah salah mengikut tatabahasaa preskriptif namun apabila dikaitkan
dengan perlakuan bahasa menunjukkan telah dipengaruhi dengan faktor-faktor luaran
semasa ujaran dihasilkan atau dilafazkan malah dari segi kecekapan bahasa pula
penutur asli sesuatu bahasa dikatakan tidak mengetahui rumus bahasanya tetapi
mempunyai pengetahuan akaliah.
3

2.

ber- bersuami, berbantal

ber-...-kan bersuamikan, berbantalkan

-an kecil-kecilan

-wati seniwati

[a] Nyatakan makna morfem yang anda kenal pasti. (Anda digalakkan merujuk
kamus jika anda tidak pasti). (5 markah)

Menurut “Asmah Haji Omar 2015 halaman 7, morfem bermaksud unit nahu yang
paling kecil yang mempunyai makna”. Fonem yang paling kecil hanya membezakan
makna tetapi tidak mendukung makna. Antara morfem yang terdapat di dalam jadual
di atas terbahagi kepada dua iaitu morfem bebas dan morfem terikat. Morfem bebas
bermaksud morfem yang boleh berdiri sendiri sebagai satu kata atau sebagai ayat
minimal contohnya perkataan suami dan bantal. Perkataan suami dan bantal
mempunyai makna yang tersendiri maka ia boleh berdiri dengan sendirinya.
Manakala morfem terikat bermaksud morfem yang memerlukan bantuan morfem
lain contohnya bantuan morfem bebas atau morfem terikat untuk membentuk kata
yang mempunyai makna. Sebagai contoh, ber- merupakan morfem terikat satuan yang
tidak mempunyai makna tetapi apabila bergabung dengan morfem bebas seperti suami
akan menghasilkan sesuatu makna. Morfem terikat yang terdapat di dalam jadual di
atas terbahagi kepada dua iaitu morfem terikat satuan dan morfem terikat kompleks.
Imbuhan –wati merupakan morfem terikat satuan akhiran manakala imbuhan ber-...-
kan merupakn morfem terikat kompleks.

[b] Apakah kategori sintaksis (kata nama, kata kerja, kata adjektif, dan sebagainya)
bentuk kata sebelum digabungkan dengan morfem terikat dan apakah kategori
sintaksis hasil gabungan dengan morfem terikat?
(8 markah)

Imbuahan ber- merupakan morfem terikat satuan yang tidak mempunyai makna.
Manakala perkataan suami dan bantal merupakan morfem bebas yang mempunyai
4

makna dan merupakan kata nama. Apabila imbuhan ber- bergabung dengan perkataan
suami akan menjadi bersuami dan mengubah bentuk kata daripada kata nama kepada
kata adjektif. Manakala bagi perkataan bantal, apabila menerima imbuhan ber-
menjadi berbantal akan mengubah bentuk kata daripada kata nama kepada kata kerja.

Selain itu, imbuhan ber-…-kan merupakan morfem terikat kompleks. Perkataan


suami dan bantal pula merupakan kata nama dan apabila bergabung dengan imbuhan
ber-…-kan seperti bersuamikan dan berbantalkan akan mengubahkan bentuk kata
daripada kata nama kepada kata kerja. Imbuhan –an merupakan morfem terikat satuan
dan perkataan kecil merupakan morfem terikat bebas dan bentuk kata adjektif.
Apabila perkataan kecil menerima imbuhan –an menjadi kecil-kecilan dan hal ini
tidak akan mengubah bentuk kata bagi perkataan tersebut iaitu bantuk kata adjektif.

Imbuhan –wati merupakan morfem terikat satuan dan imbuhan pinjaman. Apabila
imbuhan –wati bergabung dengan perkataan seni iaitu morfem bebas akan
membentuk perkataan seniwati dan merupakan kata nama.

Anda mungkin juga menyukai