Anda di halaman 1dari 29

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER SEPT / TAHUN 2012

HBML 2103 MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU


NAMA NO.MATRIK NO. KAD PENGENALAN NO.TELEFON EMAIL PUSAT PEMBELAJARAN NAMA TUTOR : SATINA BINTI SURI : 710826125106001 : 710826125106 : 0198219691 : satinasuri@yahoo.com : SABAH LEARNING CENTRE : ENCIK SABTO AZIS

Isi Kandungan
1.0 Pendahuluan 2.0 Definisi Kata Tugas 3.0 Kata Penyambung ayat 3.1 Kata penyambung ayat gabungan 3.2 Kata Penyambung ayat pancagan 3.2.1 3.2.2 3.2.3 4.0 Kata Praklausa 4.1 Kata Seru 4.2 Kata Tanya 4.3 Kata Perintah 4.4 Kata Pembenar 4.5 Kata Pangkal Ayat 5.0 Kata Prafrasa 5.1 Kata Bantu 5.1.1 5.1.2 5.1.3 5.2.1 5.2.2 5.2.3 5.2.4 5.2.5 5.2.6 5.3 Kata Arah 5.4 Kata Sendi nama 5.5 Kata Pemeri 2 Kata bantu Nafi Kata Bantu Aspek Kata Bantu Ragam Kata Bilangan Tentu Kata Bilangan Tak Tentu Kata Bilangan Pecahan Kata Bilangan Pisahan Kata Bilangan Himpunan Kata Bilangan Tingkat Kata Hubung Pancangan Relatif Kata Hubung Pancangan Komplemen Kata Hubung Pancangan Keterangan

Muka Surat
34 58 9 9 9 9 10 9 10 11 11 12 13 14 14 14 15 15 15 15 15 16 17 17 17 - 18 18 18 18 19 19 20 20 20 23 23

5.2 Kata Bilangan

5.6 Kata Penegas 5.7 Kata Penguat 5.7.1 5.7.2 5.7.3 6.0 Rumusan 7.0 Rujukan Senarai Rajah Rajah 1: Kelompok kata utama dalam Bahasa Malaysia Rajah 2: Jenis-jenis kata tugas Kata Penguat Hadapan Kata Penguat Belakang Kata Penguat Bebas

24 24 24 24 24 25 26 27 27 28

5 8

1.0 Pendahuluan Apabila jenis kata menjadi judul perbincangan maka apa yang dimaksudkan ialah kata-kata menurut bentuknya. Jika kita lihat bentuk kata-kata dalam Bahasa Malaysia, maka bentuk-bentuknya boleh diperhitungkan dari segi fonologi dan morfologi (Asmah Hj Omar. 2005). ata membentuk ayat, perenggan dan seterusnya keseuruhan penulisan. Oleh sebab itu, semua golongan kata hendaklah dikuasai dengan baik. Dengan demikian, kita mampu memilih kata yang paling tepat untuk membwa sesuatu maksud (Roselan Baki. 2003). Kata adalah unit nahu yang bebas (yakni berdiri sendiri sebagai ayat minimal), yang mempunyai makna. Bentuk fonologi suatu kata yang mengambil kir susuan fonem dan juga susuanan dan jumlah suku kata. suku kata sebenarnya merupakan unit fonologi yang terpenting dalam kata. (Asmah Haji Omar. 2005). Morfologi berasal dari perkataan Greek iaitu morphemics. Ia telah dipinjam oleh bahasa Inggeris menjadi morphology. Istilah morphology terbentuk dari tiga unsur morph, o, logy. Morph membawa pengertian bentuk. Sementera itu, logy berasal dari perkataan Yunani iaitu logos yang bermaksud pengetahuan atau ilmu. Oleh itu, morfologi bermaksud ilmu atau pengetahuan tentang bentuk kata yang menjadi bahan kajian (Ahmad Khair Mohd Nor. 2009). Bentuk kata dalam bahasa Melayu dapat dijeniskan kepada empat bentuk iaitu kata tunggal, kata terbitan, kata ganda dan kata majmuk. Golongan dibahagikan kepada empat jenis berdasarkan beberapa kriteria antaranya ialah ciri-ciri persamaan yang dimiliki oleh kategori kata tersebut, makna kata, taburan kata dan fungsinya dalam ayat. Dalam cabang bahasa morfologi, tatabahasa adalah bidang yang sering menjadi masalah kepada semua penuturnya. Ini kerana, tatabahasa akan mempengaruhi keindahan bahasa sama ada gramatis, sesuai atau sebaliknya. Menurut Nik Safiah Karim (2003), antara semua jenis golongan kata, golongan kata tugas adalah yang paling menyulitkan kerana kepelbagaiannya. Bukan sahaja jumlahnya yang besar, tetapi jenisnya amat pelbagai sehingga mengelirukan. Hashim Othman (2000), juga telah membuat kajian yang bertajuk, Bahasa Melayu daripada Perspektif Komunikatif: Penetapan Piawai Perlakuan Minimum dan Analisis Kecekapan dan

beliau telah mengkaji penulisan daripada tiga sudut iaitu sosiolonguistik, wacana dan tatabahasa. Hasilnya menunjukkan, menyatakan bahawa secara keseluruhannya, penguasaan tatabahasa bagi pelajar sekolah menengah yang menunjukkan tahap penguasaan masih minimum. Tatabahasa dalam Bahasa Melayu meliputi skop yang sangat luas dan cabang yang pelbagai. Oleh yang demikian, kekeliruan sering berlaku dalam lisan mahupun penulisan. Tatabahasa dalam bahasa Melayu boleh digolongkan kepada tiga yang utama iaitu ayat, frasa dan kata. Penulisan ini membincangkan cabang unit tatabahasa yang kecil iaitu kata tugas. Kata tugas adalah salah satu cabang dari jenis kata. Kata sebenarnya dapat dibahagikan kepada 4 iaitu kata nama, kata adjektif, kata kerja dan kata tugas. Namun, antara semua jenis golongan kata yang telah disebutkan, kata nama, kata kerja dan kata adjektif adalah kata inti yang boleh berdiri sendiri, manakala, kata tugas pula ialah kata yang perlu bergantung dengan kata lain. Selain itu, dalam penulisan ini juga penulis memberikan beberapa contoh kesalahan yang sering dilakukan oleh pelajar semasa bertutur mahupun dalam penulisan. Sebilangan besar ahli bahasa telah mempersetujui bahawa kata tugas juga adalah sebahagian dari kelompok kata seperti yang ditunjukkan dalam rajah 1 di bawah.
Golongan kata

Kata nama

Kata kerja

Kata adjektif

Kata tugas

Rajah 1: Kelompok kata utama dalam bahasa Melayu Kesalahan bahasa boleh ditafsirkan sebagai penggunaan bahasa yang rnelanggar peraturan bahasa yang telah dipersetujui, sama ada pada peringkat sebutan, pilihan kata, atau susunan frasa dan ayat. Berdasarkan permasalahan yang telah diutarakan oleh ahli bahasa sendiri, penulisan ini adalah untuk menjelaskan fungsi, definisi, konsep beserta contoh-contoh kata tugas yang telah disenaraikan oleh beberapa orang tokoh ahli bahasa.

2.0 Definisi Kata Tugas Menurut Nik Safiah Karim (1997), kata tugas ialah sejenis perkataan yang hadir dalam ayat, klausa, atau frasa untuk mendukung sesuatu tugas sintaksis tertentu, sama ada sebagai kata penghubung, penerang, penentu, penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar, pemeri atau tugas-tugas lain. Tiap-tiap jenis kata tugas mempunyai peranan tertentu, yang jikalau tidak hadir dalam ayat sama ada akan merosakkan ayat itu atau mengurangkan maksud-maksud tertentu. Darwis Harahap (2005) menyatakan kata tugas tidak mempunyai makna sebagaimana halnya kata utama dalam Bahasa Melayu (kata nama, kata kerja dan kata sifat). Namun kata tugas mempunyai fungsi yang sangat penting dalam ayat. Walaupun tidak memiliki makna, ternyata ia mempunyai tugas yang penting dalam pembinaan makna kerana jika penggunaannya salah ia mengakibatkan makna keseluruhan ayat tersebut tidak boleh diterima. Abdullah Hassan (1993) dalam bukunya yang bertajuk Tatabahasa Pedadogi Bahasa Melayu juga menegaskan bahawa kata tugas tidak mempunyai makna, ia hanya digunakan dalam ayat dan frasa untuk menjalankan sesuatu tugas tatabahasa. Heterogen, iaitu yang terkandung dalamnya golongan-golongan kecil yang berbezabeza tetapi mempunyai satu sifat yang sama, iaitu tidak boleh menjadi unsur inti bagi frasa-frasa endosentrik: frasa nama, frasa kerja dan frasa adjektif. Istilah kata tugas merujuk kepada taraf kata tersebut yang bukan merupakan kata utama, tetapi sebagai kata yang berfungsi gramatis, iaitu melengkapkan susunan ayat. Menurut Ahmad Khair (2009) pula, istilah kata tugas merujuk kepada taraf kata tersebut yang bukan merupakan kata utama, tetapi sebagai kata yang berfungi gramatis, iaitu melengkapkan susunan ayat. Raminah Hj Sabran (1993) pula menakrifkan kata tugas ialah golongan kata yang mempunyai tugas tertentu didalam binaan sesuatu frasa, klausa ataupun ayat. Ciri-ciri kata tugas menurut Ahmad Khair (2009) ialah seperti berikut: 1. Tidak mempunyai makna leksikal atau makna kamus. Maknanya adalah tersendiri. Maksudnya disini, kata dan, amat, yang hanya akan diketahui apabila dikaitkan dengan kata lain dalam frasa atau ayat.

2. Tidak dapat berfungsi sebagai unsur inti dalam frasa predikat. Ia bermaksud kata tugas tidak diterima dalam bahasa ataupun tidak gramatis. Contohnya: i. ii. Siti yang tidak boleh diterima Siti cantik diterima

3. Hampir semua kata tugas tidak mengalami perubahan bentuk atau proses morfologi, tetapi bagi kata utama boleh. Contohnya: i. ii. iii. iv. kata kerja datang kedatangan, mendatangi, mendatangkan Kata adjektif gemuk tergemuk, gemuk-gemuk, segemuk Kata Nama bunga berbunga, debunga, bunga-bunga Kata tugas yang menyang, diyang, mengyang-yang * tidak gramatis 4. Kelas kata yang tertutup. Ini kerana kata utama mudah untuk menerima kata asing sebagai kata baharu. Contohnya, kata komputer, definisi, takrifan dan klasifikasi. Sebaliknya kata tugas tidak mudah menerima atau terpengaruh oleh unsur asing. 5. Memerlukan kata lain untuk berfungsi dalam frasa atau ayat. Contohnya: i. ii. Sedang memerlukan kata kerja selepasnya seperti sedang mandi. Ialah memerlukan kata nama selepasnya seperti ialah Ahmad.

Secara keseluruhannya, kata tugas adalah kata yang tidak membawa apa-apa makna tanpa disokong oleh tiga kata utama iaitu kata nama, kata kerja dan kata adjektif. Tetapi, kata utama tidak dapat dibina menjadi satu ayat yang gramatis tanpa kata tugas yang hadir sebelum mahupun selepas kata utama semasa lisan dan penulisan dalam bahasa Melayu. Untuk memudahkan penghuraian, kata tugas di bahagikan kepada 16 jenis kata tugas ini ke dalam kelompok, berdasarkan kriteria kedudukan dan fungsinya dalam binaan ayat (Nik Safiah Karim. 1997). Kata tugas dapat dikelompokkan dalam empat kelompok seperti rajah 2 di bawah:

Kata Tugas Kata penyambung ayat Kata hubung gabungan Relatif Komplemen Keterangan Kata hubung pancangan Kata praklausa Kata prafrasa Kata pascafrasa Penekan

Seru

Penguat

Tanya Perintah Pembenar Pangkal ayat Penegas Pemeri

Hadapan Belakang Bebas

Pembenda

Sendi nama

Arah Bilangan Tentu Tak tentu Pecahan Pisahan Himpunan Tingkat Bantu Bantu Nafi Bantu Aspek Bantu Ragam

Rajah 2: Jenis-jenis kata tugas

3.0 Kata Penyambung Ayat Kata yang bertugas menyambung ayat ialah kata hubung. Ia bertugas untuk menghubungkan dua binaan ayat atau lebih menjadi satu bentuk ayat yang berlapis, yang dikenali sebagai ayat majmuk. Kata hubung dapat dikelompokkan kepada 2 iaitu kata hubung pancangan dan kata hubung gabungan. Terdapat tiga bentuk kata hubung, iaitu bentuk tunggal, bergabung dan berpasangan. i. ii. iii. Bentuk tunggal, contohnya - seperti, dan, serta, agar, kecuali Bentuk bergabung, contohnya walaupun, selain itu, manakala, oleh sebab Bentuk berpasangan, contohnya jangankan..pun, sedangkan... tambahan pula, entah.........entah, 3.1 Kata Hubung Gabungan Kata hubung gabungan ialah kata hubung yang digunakan untuk menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama tara sifatnya. Tempat kata hubung dalam ayat majmuk gabungan adalah di antara kedua-dua klausanya. Kata hubung gabungan juga boleh terdiri daripada kata-kata berpasangan. Kata hubung berpasangan terdiri daripada dua bahagian yang dipisahkan oleh satu kata, frasa atau klausa yang dihubungkan. Perbezaan antara kata hubung gabungan tunggal dengan kata hubungan gabungan berbentuk pasangan ialah kata hubung pasangan memberi tekanan pada unsur-unsur yang digabungkan, sedangkan kata hubung tunggal tidak. Berikut adalah kata hubung gabungan iaitu: dan, atau, lalu, malahan, sambil, kemudian, serta Contoh ayat seperti berikut: i. ii. iii. iv. Umi dan Siti sedang menulis nota. Yahya ingin memancing atau bermain bola. Salme berkulit putih tetapi Salma berkulit hitam. Entah betul entah tidak berita itu.

Satu cara untuk mengenal kata hubung gabungan ialah kalausa yang diawali oleh kata hubung gabungan tidak dapat dibawa ke depan. Jikalau dilakukan, ayat yang terhasil tidak gramatis. Contohnya:

i. ii. iii. iv. 3.2.1

Dan Umi Siti sedang menulis Atau Yahya ingin memancing bermain bola Tetapi Salme berkulit putih Salma berkulit gelap. Entah-entah betul tidak berita itu. Kata Hubung Pancangan

Kata hubung pancangan ialah jenis kata hubnng yang menyambungkan klausa-klausa tak setara atau atau tidak serasi sifatnya untuk menjadi ayat majmuk. Kata hubung pancangan boleh dibahagikan kepada kata pancanagan relatif, komplemen dan keterangan. 3.2.2 Kata Hubung Pancangan Relatif

Kata hubung relatif berfungsi menghubungkan klausa utama dengan klausa kecil yang lain untuk menjadi ayat majmuk. Kata hubung relatif ialah yang. Contoh penggunaannya adalah seperti berikut: i. ii. iii. 3.2.3 Bangunan yang sedang dibina itu bangunan bangunan Menara Kuala Lumpur. Buku yang Ahmad baca itu diambil dari bilik guru. Pelajar yang menjadi juara Malaysian Idol itu kakak saya. Kata Hubung Pancangan Komplemen

Kata hubung pancangan komplemen, ringkasnya kata komplemen, berfungsi menghubungkan klausa komplemen (pelengkap) kepada klausa utama untuk menjadi ayat majmuk. Kata hubung pancangan komplemen ialah bahawa dan untuk. Contoh ayat yang menggunakan kata hubung ini seperti: i. ii. Untuk mendapatkan rumah itu Siti terpaksa bekerja 13 jam sehari. Rama diberitahu bahawa jalan ke Teluk Intan telah ditutup akibat tanah runtuh.

10

3.2.4

Kata Hubung Pancangan Keterangan

Kata hubung ini berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan kepada satu klausa utama untuk membentuk ayat majmuk. Antara contoh kata hubung pancangan keterangan ialah : Kalau, walaupun, sekiranya, sungguhpun, andaikata, setelah, hingga, agar, supaya, sewaktu, apabila, semasa, sementara, kerana, setelah, tatkala, jika, kendatipun, sering, selain itu, di samping itu, pendek kata, apatah lagi, sebenarnya Contoh ayat penggunaan Kata Hubung Pancangan Keterangan ialah: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. Jika Nurul jatuh sakit, saya tidak akan bertanggungjawab. Ambilah duit ini walaupun kamu tidak memintanya. Penonton semua bersurai setelah perlawanan bola sepak tamat. Kesihatan anda perlu dijaga agar kehidupan lebih bermakna. Ah seng mendapat biasiswa pengajian di luar negara kerana mendapat keputusan yang baik dalam SPM. Usah kita bercakap kasar kepadanya, kendatipun dia seorang yang sombong. Kami tidak sependapat. Namun demikian, kami masih boleh berbincang. Antara kesalahan itu adalah menggunakan dua kata hubung yang mendukung makna yang sama. Bentuk kata hubung sepert yang berikut tidak gramatis. Oleh itu, pilihlah salah satu sahaja. Misalnya: i. ii. iii. Jika sekiranya dia datang semula, tolong beritahu saya. jika sekiranya gunakan jika atau sekiranya Jagalah diri anda agar supaya sihat walafiat hingga ke akhir hayat. agar supaya gunakan agar atau supaya Kami akan buat kerja bila kamu berikan kami duit pendahuluan. Bila gunakan apabila kerana bila adalah kata tanya bukan kata hubung 4.0 Kata Praklausa Kata praklausa ialah kata yang letaknya di hadapan klausa atau ayat. Kata praklausa terdiri daripada kata seru, kata tanya, kata perintah, kata pembenar, dan kata pangkal ayat.

11

4.1 Kata Seru Kata seru ialah perkataan yang digunakan untuk menyampaikan perasaan-perasaan seperti marah, sakit, gembira, terperanjat, ejekan, hairan dan pelbagai jenis perasaan lagi. Untuk mengenalpasti ayat di kata seru dalam ayat, selepas kata seru tersebut adanya tanda koma (,) dan akhir ayat diletakan tanda seru (!), kecuali dalam beberapa situasi1. Contoh-contoh kata seru ialah: i. ii. iii. iv. Wah, hebatnya gaya rambut dia! Eh, kenapa masih berada di sini! Cis, sungguh biadap kamu kepada orang tua! Wahai, kekasih hati yang dicintai! Menurut pengalaman penulis, kesalahan penggunaan kata seru agak jarang berlaku semasa penutur menuturkan bahasa Melayu. Kesalahan sering berlaku dalam penulisan pelajar kerana penggunaan kata seru yang tidak gramatis dalam ayat. Misalnya: i. ii. Cis, sakit benar kaki ku ini! Aduh, alimnya lelaki itu! Contoh (i) di atas menunjukkan kata seru cis merujuk kepada perasaan kemarahan dan kebencian. Kata seru aduh sepatutnya digunakan agar ayat ini menjadi lebih gramatis. Contoh (ii) pula penggunaan aduh tidak sesuai kerana kata seru aduh dikategorikan dalam kategori kata yang merujuk kepada kesakitan dan kesedihan. Ayat seterusnya pula menunjukkan perasaan kagum. Ayat ini sepatutnya menggunakan kata amboi atau wah. Kata seru yang betul digunakan adalah seperti contoh di bawah: i. ii. Aduh, Sakit benar kaki ku ini! Wah, alimnya lelaki itu!

Antara kata yang tidak terdapat tanda seru seperti kata tahniah! dan Selamat Datang! adalah janggal apabila diletakan tanda seru dan menjadi tidak gramatis apabila dituturkan. (Ahmad Khair Mohd. Nor. Pembentukan kata dalam Bahasa Melayu. Pustaka Salam. m/s 143-144.

12

4.2 Kata Tanya Kata tanya adalah perkataan yang digunakan untuk menanyakan sesuatu atau menyoal sesuatu. Antara kata tanya yang lazim digunakan ialah: Mengapa, berapa, apa, bila, bagaimana, siapakah Kata tanya di atas boleh menggunakan kata partikel kah sebagai penegas. Namun begitu, adalah salah sekiranya kata tanya yang disertai dengan partikel kah dihujung kata diletakan dihujung ayat. Ayat tersebut menjadi tidak boleh diterima, contohnya: i. ii. iii. Brazil terletak di mana? Di mana terletak Brazil? Brazil di manakah? Dalam contoh (i) dan (ii) ayat tersebut gramatis dan boleh diterima. Contoh (iii) pula tidak boleh diterima kerana ayat tanya akan dimulakan dengan soalan pada awal ayat bukan pada hujung ayat. Ini adalah kesalahan yang sering dilakukan oleh pelajar tanpa mereka sedari. Yang berikut adalah jenis kata tanya dan maknanya: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. orang atau nama orang benda binatang pilihan tentang orang, hal atau benda sebab tempat atau lokasi cara jumlah atau urutan hal atau perkara : siapa : apa : apa : mana : kenapa, mengapa : di mana, dari mana, ke mana : bagaimana : berapa : apa

Kesalahan yang sering dilakukan oleh pelajar apabila menggunakan kata soal yang salah. Contohnya penggunaan kata tanya apa: i. ii. Apakah nama anda? Apakah dia masih seperti dahulu? Penggunaan kata apakah adalah salah kerana apakah hanya boleh digunakan untuk merujuk sesuatu hal atau perkara bukan merujuk pada orang.

13

4.3 Kata Perintah Kata perintah merupakan perkataan yang digunakan untuk memberi perintah, arahan, silaan atau permintaan. Kata perintah boleh dilembutkan dengan partikel lah. Contoh kata perintah yang lazim digunakan ialah: Sila, jemput, jangan, usah, minta, tolong, harap, sudi, biar Contoh penggunaan kata perintah tersebut dalam ayat adalah seperti yang berikut: 1. Sila masuk. 2. Tolong diam. 3. Harap maklum. 4. Minta tuan tukar baju sekarang. 4.4 Kata Pembenar Kata pembenar ialah perkataan yang digunakan untuk mengesahkan sesuatu pernyataan. Antara kata pembenar yang lazim digunakan ialah: Ya, benar, betul Contoh penggunaan kata pembenar ialah: i. ii. iii. Ya, itulah baju saya. Betul, dialah orang yang saya cari. Benar, saya yakin padamu.

4.5 Kata Pangkal ayat Kata pangkal ayat ialah perkataan yang hadir di bahagian hadapan ayat sebagai penanda kesinambungan ayat dalam satu-satu wacana. Kata pangkal ayat ini banyak terdapat dalam sastera klasik. Antara kata pangkal ayat yang lazim digunakan ialah: Hatta, syahadan, alkisah, sekali peristiwa, arakian Pada hari ini kata-kata pangkal ayat diatas tidak popular lagi dan tidak banyak digunakan dalam tulisan atau sastera moden. Contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti berikut: i. Hatta istana itupun siaplah.

14

ii. iii.

Kalakian berlakukan pertempuran yang sengit antara dua hulubalang Melaka. Alkisah ada seorang puteri yang menetap dinegeri Lukacendana.

5.0 Kata Prafrasa Kata prafrasa ialah perkataan yang hadir dihadapan frasa, sama ada frasa nama, frasa kerja atau frasa adjektif. Kata frasa ini mendukung tugas-tugas tertentu dalam ayat seperti tugas membantu, menguatkan, menegaskan, menafikan, memerikan, menyendikan, menunjukkan arah dan membilang. Berdasarkan tugas-tugas itu, kata prafrasa dapat dibahagikan kepada lapan jenis seperti yang berikut: 1. Kata bantu 2. Kata Penguat 3. Kata penegas 4. Kata nafi 5. kata Sendi Nama 6. Kata arah 7. kata Bilangan 5.1 Kata Bantu Kata Bantu ialah perkataan yang memberi keterangan tentang sesuatu perbuatan atau kata kerja. Meurut Darwis Harahap (2005) kata Bantu boleh dibahagikan kepada tiga iaitu Kata Bantu Nafi, Kata Bantu Masa dan Kata Bantu Ragam. 5.1.2 Kata Bantu Nafi

Kata Bantu Nafi menerangkan penafian perkataan yang didahuluinya, misalnya bukan, tidak, entah, usah, tiada, dan tanpa. Kata bantu nafi bukan menyiratkan perlu adanya maklumat tambahan dalam ayat selapis. Contohnya: i. ii. Sofea bukan makan nasi, tetapi bubur nasi. Sofea bukan makan nasi (?).

15

Berdasarkan contoh (i) diatas, pembaca mahupun penutur tidak akan tertanyatanya kerana telah diberitahu pada ayat seterusnya. Berbanding dengan contoh (ii), akan timbul persoalan kepada pembaca dan penutur. Kata Bantu Nafi tidak menyiratkan, bahawa ayat selapisnya mencukupi. Namun demikian, jika memerlukan maklumat lain, ayat masih boleh ditambah tanpa mencacatkan ayat tersebut. Contohnya: i. Saya tidak mahu menggantikan tempatnya sebagai Setiausaha. ii. Saya tidak mahu menggantikan tempatnya sebagai setiausaha tetapi akan membantunya menguruskan kerja-kerja amal sahaja. 5.1.3. Kata Bantu Aspek Kata bantu aspek menerangkan masa dilakukan, sama ada masa itu belum berlaku atau telah berlaku kata kerja, misalnya akan, sedang dan sudah. Namun begitu, dalam sebilangan kecil keadaan kata bantu aspek bertugas menerangkan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Kata bantu aspek pula menerangkan perbezaan masa. Bentukbentuk kata bantu aspek ialah sudah, pernah, sedang, akan, dan belum. Contoh penggunaan kata bantu aspek dalam ayat ialah: i. Ibu akan ke pasar petang nanti. ii. Dia sudah berkahwin. iii. Ayah sedang membaiki bumbung rumah. iv. Kakak belum pernah melihat wajah ibu. 5.1.4 Kata Bantu Ragam Kata bantu ragam menerangkan kemahuan atau perasaan yang berkait dengan perbuatan yang dilakukan. Contoh Kata bantu ragam ialah boleh, mesti, ingin, hendak, dapat, mahu, haru. Contoh ayat dalam penggunaan Kata bantu ragam ialah: i. ii.
2

Saya boleh menyertai kem motivasi Ahad ini.2 Anda harus mengikuti kami ke Kem Motivasi.

Kata Bantu Ragam boleh dan dapat sering disalahgunakan oleh pelajar mahupun penutur Bahasa Malaysia. Boleh adalah kata yang hanya menunjukkan keizinan mendapatkan atau melakukan satu perkara. Manakala, kata bantu ragam dapat hanya digunakan dalam hubungannya dengan keupayaan atau kemampuan. Ayat ini menjadi tidak gramatis sekiranya kata boleh ditukarkan kepada perkataan dapat. Misalnya, saya dapat menyertai kem motivasi Ahad ini.

16

iii. iv.

Jamal tidak dapat berjalan dengan baik kerana kakinya sakit. Haris hendak ke majlis perpisahan pelajar tingkatan 3.

5.2 Kata Bilangan Kata bilangan adalah kata yag digunakan untuk menghitung jumlah bagi sesuatu. Bentuk kata bilangan boleh terdiri daripada kata asal, kata terbitan atau kata ganda. 5.2.1 Kata Bilangan Tentu

Kata Bilangan Tentu adalah kata yang telah ditentukan jumlahnya. Kata ini seperti yang termaktub dalam Matematik tetapi pecahan dikecualikan. Contoh perkataan ini ialah satu, dua puluh, sejuta, seribu dan tiga ratus sebelas. Kata bilangan tentu memerlukan penjodoh bilangan untuk menjadikan ayat gramatis. Selain itu, kata bilangan tentu tidak boleh sama sekali diletakkan dekat dengan kata bilangan pecahan. Contoh penggunaan kata bilangan tentu dalam ayat ialah: i. Ibu memasak tiga ekor ikan. ii. Ibu memasak tiga ikan. iii. Saya menunggu awak dua tahun setengah. iv. Saya menunggu awak dua setengah tahun. Berdasarkan contoh di atas, contoh (i) ayat tersebut boleh diterima manakala, contoh (ii) tidak kerana penjodoh bilangan ekor tidak diletakkan. Contoh (iv) salah kerana hukum kata bilangan ia tidak boleh dihimpunkan dalam satu ayat bersebelahan atau berdekatan. 5.2.2 Kata Bilangan Tak Tentu

Kata bilangan tak tentu adalah kata bilangan yang tidak jelas jumlahnya. Antara contoh kata bilangan adalah banyak, segala, para, sebahagian, sebilangan, semua, sekalian, pelbagai, suatu dan segenap. Contohnya:

17

i. ii. iii. iv.

Para tetamu dijemput makan. Ada beberapa ekor beruang panda lagi yang masih hidup di China.3 Ramai artis malam ini. Ada beberapa acara lagi yang belum dia sertai. Pelajar sering melakukan kesalahan semasa menggunakan kata bilangan tak

tentu dan kata ganda. Contoh yang sering didapati penulis ialah: i. ii. Para murid-murid sila beratur semasa keluar makmal. Ramai guru-guru kurang cekap berbahasa Inggeris. Para dan ramai adalah penjodoh bilangan menunjukkan jamak. Oleh yang demikian, menggandakan kata selepasnya adalah salah dari segi tatabahasa Melayu. 5.2.3 Kata Bilangan Pecahan Kata ini mengandungi pecahan. Contoh kata bilangan pecahan ialah suku, setengah, separuh, satu perseribu, tiga perempat dan sebagainya. Contohnya: i. ii. iii. 5.2.4 Tiga perempat dari bangunan ini hangus terbakar. Saya menunggu awak selama setengah jam. Penyakit awak ini hanya berlaku dalam satu perlima ribu orang sahaja. Kata Bilangan Pisahan

Kata ini dibentuk dengan cara mengulang kata bilangan. Misalnya, masing-masing, tiap-tiap dan setiap. Kata bilangan setiap adalah singkatan kata tiap-tiap yang membawa erti masing-masing. Contohnya: i. ii. 5.2.5 Semua pelajar dikehendaki menggunakan buku teks masing-masing. Setiap manusia ada kekurangan diri, tidak ada yang sempurna. Kata Bilangan Himpunan

Kata bilangan himpunan adalah bentuk bilangan yang dihimpunkan atau besar. Kata bilangan himpunan menekan sejumlah makhluk (manusia, haiwan dan benda) yang

Hanya perkataan beberapa sahaja yang memerlukan kata penjodoh bilangan selepasnya. Namun demikian, jika kata selepas penjodoh bilangan merujuk kepada sesuatu yang abstrak kata penjodoh bilangan mestilah digugurkan.

18

memiliki ciri-ciri persamaan. Contohnya berpuluh-puluh, kedua-dua ratusan ribu, jutaan dan sebagainya. Misalnya: i. ii. iii. Jutaan ringgit telah dilaburkan untuk projek besarkan Sungai Langat. Remaja belasan tahun itu ditangkap kerana disyaki merompak. Ketiga-tiga mangsa kejadian rompakan bersenjata itu cederah parah. Kesalahan penggunaan kata bilangan himpunan yang sering dilakukan oleh pelajar ialah menggantikan kata bilangan himpunan kepada kata bilangan tingkat. Contohnya: i. ii. i. ii. Berbagai pakaian beragam dipamerkan semasa majlis makan malam itu. Berbulan dia ditinggalkan tanpa khabar daripada suaminya. Berbagai-bagai pakaian beragam dipamerkan semasa majlis makan malam itu. Berbulan-bulan dia ditinggalkan tanpa khabar dari suaminya.

Ayat yang betul ialah:

5.2.6 Kata Bilangan Tingkat Kata bilangan tingkat merujuk kepada urutan atau kedudukan. Kata bilangan tingkat mengandungi awalan ke- kecuali pada kata bilangan satu yang menggunakan awalan per-. Selain tiu, kedudukan kata bilangan tingkat di belakang kata nama, dan secara pilihan didahului oleh kata yang. Contohnya, pertama, kedua, keenam dan sebagainya. i. ii. iv. v. Kakak menduduki tempat pertama dalam kelasnya. Jawapan yang kedua adalah salah. Kerajaan kita telah mengadakan kajian tentang pencapaian pelaksanaan Rancangan Malaysia kelima. Kerajaan kita telah mengadakan kajian tentang pencapaian pelaksanaan Rancangan Malaysia ke lima.4 Contoh (i) dan (ii) adalah betul. Namun begitu, contoh (iv) adalah salah kerana perkataan ke dalam ayat tersebut telah bertukar fungsi sebagai kata sendi
4

Contoh (vi) telah mengubah makna ayat. Pembaca yang kurang berpengetahuan akan keliru sekiranya membaca ayat di atas kerana kata sendi nama ke- menunjukkan tempat. Kemungkinan pembaca akan berfikiran lima merujuk kepada sebuah negara bukan merujuk kepada bilangan Rancangan Malaysia yang telah dilaksanakan.

19

nama. Menurut Ismail Dahaman (2006) menyatakan bahawa sebagai awalan kedisatukan atau ditulis serangkai dengan kata dasar atau bentuk kata yang mengikutinya. Oleh itu, awalan ke- pada kata bilangan ordinal tidak boleh dipisahkan. 5.3 Kata Arah Kata arah sering berpasangan dengan kata sendi nama bagi menunjukkan ciri arah atau tempat. Oleh sebab itu, tokoh bahasa mengelompokkan kata arah dalam kata sendi namaan. Contoh kata arah ialah bawah, antara, atas, depan, belakang, utara, selatan, dan sebagainya. Contoh ayat kata arah ialah: i. ii. iii. Majalah itu saya simpan di atas almari. Saya menjumpai dompet ini di belakang rumah kita. Jalan ke utara tanah air ditutup sementera.

5.4 Kata Sendi Nama Kata sendi nama adalah kata tugas yang paling banyak salah digunakan oleh pelajar mahupun penutur Bahasa Malaysia. Ini disebabkan jumlahnya yang banyak, fungsinya dalam ayat hampir serupa dan tergolong dalam kata lain selain sendi nama. Kata sendi nama dalam juga berfungsi sebagai kata arah. Perkataan dalam juga boleh berfungsi sebagai kata arah tetapi masih berfungsi sebagai kata sendi nama. Antara kata sendi nama yang lazim digunakan ialah di, ke, bagi, demi, dari, daripada, kepada, pada, hingga, untuk, antara, dalam, akan, sampai, oleh, umpama, sejak dan sebagainya. Namun demikian, masih terdapat kata sendi nama yang terhasil daripada gabungan kata berimbuhan (Ahmad Khair. 2009). Contohnya: Se + bagai = Sebagai Me + turut = Menurut Se + lain = Selain Ter + hadap = Terhadap Me + kena = Mengenai Kata sendi nama dari digunakan dalam kata nama yang menunjukkan tempat. Kata atau frasa yang ada selepas kata sendi dari ialah frasa nama. Manakala, kata sendi nama daripada merujuk kepada orang dan juga perbandingan. Contohnya:

20

i. ii. iii. iv.

Kain yang siti pakai itu di bawa dari India. Pejabat saya tidak jauh dari sini. Saya menerima surat daripada Amer. Abang lebih tinggi daripada saya. Kata sendi nama kepada adalah untuk menyatakan sasaran iaitu manusia,

haiwan, unsur mujarad, menyatakan pecahan dan menyatakan perubahan keadaan. Manakala, perkataan pada pula merujuk kepada keterangan waktu dan tempat (Nik Safiah et. al (1997). Contohnya: i. ii. iii. iv. Serahkan borang ini kepada saya esok. Ia memberitahu berita itu kepada kawannya. Saya datang pada jam 7.12 pagi setiap hari. Berdoalah pada yang Maha Berkuasa.

Selain itu, hasil perkembangan Bahasa Malaysia, pada juga telah digunakan dalam ayat yang berbentuk ungkapan. Contohnya: i. ii. Pada pendapat saya memang benar kata-katanya. Pada saya jika kita berusaha dengan bersungguh-sungguh pasti akan membawa hasil Kata sendi nama untuk dan bagi pada dasarnya boleh digunakan dalam semua ayat yang menunjukkan kegunaan sesuatu. Tetapi, apabila ayat tersebut membawa maksud bahagian yang telah ditentukan kata sendi untuk mesti digunakan. Contohnya: i. ii. iii. iv. Wang pos disediakan untuk/bagi anda yang berminat. Siti membalut luka untuk/ bagi mengurangkan tekanan. Ku siapkan puisi cinta ini untuk Sofea Jane. Untuk siapakan bunga ini?

Kata sendi nama di digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat. Contohnya: i. ii. iii. Saya berada di Shanghai, China sekarang. Di sinilah Akmal jatuh semalam. Ibu pejabat polis terletak di sebelah rumah saya.

21

Kesalahan yang sering dilakukan oleh pelajar ialah semasa penulisan kerana kurang peka meletakkan kata sendi nama di dengan betul. Perkataan di yang membawa maksud tempat mesti dijauhkan. Manakala, kata sendi nama di yang membawa maksud kata kerja atau abstrak mesti ditulis dekat. Misalnya: i. ii. iii. Saya berada diShanghai, China sekarang. Disinilah Akmal jatuh semalam. Kamu adalah ratu di hatiku.

Kata sendi nama demi berfungsi sebagai makna tujuan yang digunakan di hadapan kata kerja dan kata nama. Selain itu, kata tugas demi juga berfungsi menegaskan ayat. Misalnya: i. ii. iii. Demi kebaikan bersama, perselisihan faham ini harus dilupakan. Saya menyusun buku ini demi aktiviti esok. Demi Tuhan, apa yang saya katakan adalah benar.

Contoh (i) dan (ii) menunjukkan penggunaan kata demi membawa maksud tujuan,manakala contoh (iii) perkataan demi membawa maksud penegasan. Kesalahan penggunaan kata demi sering berlaku apabila ia digunakan secara serantak dengan perkataan untuk. Ini adalah salah kerana kedua-dua perkataan ini membawa maksud tujuan. Contohnya: i. ii. Saya melakukan hal itu demi untuk dirinya. Demi untuk mu, aku sanggup melakukan apa sahaja. Ayat yang benar ialah dengan menggugurkan salah satu daripada kata tugas tersebut, misalnya: i. ii. Saya melakukan hal itu demi dirinya. Demi mu, aku sanggup melakukan apa sahaja.

Kata sendi nama tentang digunakan dalam ayat yang membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu atau umum, atau mujarad iaitu kata nama atau frasa nama yang mengikuti kata sendi nama ini menjadi hal yang diperlakukan atau dibicarakan. Kesalahan yang sering dilakukan oleh pelajar adalah menukar perkataan tentang kepada kata mengenai. Kata mengenai salah kerana ia membawa maksud kena sasaran. Oleh itu, sekiranya kata seterusnya merujuk kepada sesuatu yang abstrak, kata mengenai tidak boleh digunakan. Contoh ayat:

22

i. ii. iii.

Kami sedang membicarakan tentang masalah disiplin pelajar sekolah. Kisah tentang gerakan anti penjajah itu sudah tersebar di sekuruh negara. Kenyataan mengenai kejadian kebakaran semalam telah keluar di dada akhbar.

Contoh (i) dan (ii) adalah benar, tetapi contoh (iii) kurang tepat kerana ayat selepas kata tugas mengenai tidak merujuk kepada sasaran. Ayat yang betul ialah: i. Kenyataan tentang kejadian kebakaran semalam telah keluar di dada akhbar. 5.4 Kata Pemeri Kata Pemeri ialah unsur yang menjadi pemeri hal atau perangkai antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat (Nik Safiah et. al. 1997). Ada kalanya kata pemeri berfungsi sebagai penegas. Ada tiga jenis kata pemeri iaitu ialah, adalah dan merupakan. Kata pemeri ialah dan merupakan digunakan apabila predikatnya terdiri daripada frasa nama. Kata pemeri ialah juga berfungsi menyampaikan maksud persamaan di hadapan frasa nama. Dalam hal ini subjek dan predikat boleh bertukar tempat. Contoh penggunaan kata pemeri ialah: i. ii. Sotong ialah/merupakan haiwan yang unik kerana boleh menukar warna kulitnya. Bahasa merupakan/ialah alat komunikasi manusia. Kata pemeri adalah digunakan untuk memerikan huraian atau kualitatif. Kata pemeri adalah juga digunakan untuk ayat yang predikatnya frasa nama, frasa adjektif dan frasa sendi nama. Misalnya: i. ii. Kita berada di sini adalah untuk memberikan pertolongan. Orbit adalah landasan bumi matahari yang berbentuk elips. Kata pemeri tidak boleh hadir bersama-sama kata nafi kecuali dalam beberapa keadaan sahaja. Contohnya; i. ii. Dia adalah bukan ayah saya. Beg dia adalah bukan berwarna merah. Contoh ayat (i) dan (ii) kata pemeri digunakan bersama-sama kata nafi bukan menyebabkan ayat tersebut menjadi tidak gramatis. Bahasa Malaysia menjadi sukar

23

difahami sekiranya menyatukan kedua-dua kata pemeri dan kata nafi seperti yang berlaku dalam ayat di atas. 5.5 Kata Penegas Kata penegas berfungsi menekankan bahagian ayat tertentu. Terdapat dua jenis kata penegas, iaitu yang menegaskan frasa predikat atau bahagian tertentu sahaja. Contohnya, -kah, -tah dan lah. Misalnya: i. ii. Apatah saya yang serba kekurangan ini. Siapakah yang datang? Kata penegas yang kedua pula menegaskan subjek dan predikat (bersifat bebas). Contohnya: i. ii. iii. Anak-anak kita juga yang dapat manfaatnya. (juga menekankan subjek). Sofea belum pergi ke sekolah lagi. ( lagi menekankan predikat) Hujan turun pada musim tengkujuh saja. (saja menekankan predikat).

5.6 Kata Penguat Perkataan yang digunakan bersama-sama kata adjektf, yang berfungsi untuk memberi tekanan maksud pada kata adjektif. Terdapat 3 jenis kata penguat iaitu, kata penguat hadapan, kata penguat belakang dan penguat bebas. 5.6.1 Kata Penguat Hadapan Kata ini terletak di hadapan frasa adjektif dan tidak boleh di pindahkan ke belakang kata adjektif. Contoh kata penguat hadapan ialah terlalu, paling, cukup, lebih, agak dan maha. Contoh ayat: i. ii. Lukisan beliau paling cantik. Siti agak kurus sekarang berbanding dahulu.

24

iii.

Adunan ini sudah cukup lembut untuk diuli.

Kesalahan yang selalu dilakukan oleh pelajar dan penutur adalah dengan menggabungkan dua kata penguat yakni di hadapan dan di belakang kata adjektif dan menggunakan dua kata penguat sekaligus di hadapan atau belakang kata adjektif. Misalnya: i. ii. iii. Lukisan beliau paling cantik sekali. Siti agak lebih kurus sekarang berbanding dahalu. Adunan ini sudah cukup lembut sekali untuk diuli.

5.6.2 Kata Penguat Belakang Kata ini terletak di belakang kata adjektif, contohnya kata nian, betul, benar dan sekali. Misalnya: i. ii. iii. iv. Abu memiliki akhlak yang baik sekali. Indah nian fajar menyinsing hari ini. Sedih benar hatiku mendengar kisah hidup mu Siti. Segak betul kau hari ini ya Rashid.

5.6.3 Kata Penguat Bebas Kata ini boleh terletak di hdapan atau di belakang kata adjektif. Contohnya, sangat, amat dan sungguh. Contoh ayat pula seperti berikut; i. ii. Pemandangan persisir pantai Pulau Sipadan indah sungguh. Sungguh indah pemandangan persisir pantai Pulau Sipadan.

Kedua-dua contoh (i) dan (ii) boleh diterima dalam bahasa Malaysia. Namun begitu, hendaklah penutur dan penulis berjaga-jaga menyusun ayat kerana kesalahan meletakkan kata menjadikan ayat tidak gramatis dan menyalahi hukum tatabahasa. Contohnya: i. ii. Pemandangan sungguh indah pesisir pantai Pulau Sipadan. Pesisir pantai Pulau Sipadan sungguh indah pemandagan.

Kata penguat juga boleh digandakan untuk memberi tekanan kepada maksud sesuatu ayat. Contohnya: i. Saya sangat-sangat berterima kasih kepada penduduk kampung yang sudi menolong kami.

25

6.0 Kata Pascakata Kata pascakata ialah kata yang hadir dan melekat selepas perkataan. Bentuk kata tersebut ialah nya yang berfungsi sebagai penekan dan pembenda. Kata penekan ialah ialah satu bentuk yang memberi penegasan kepada kata yang bergabung dengannya. Contohnya: i. ii. Sesungguhnya, dialah orang yang paling baik yang pernah saya kenali. Cuaca nampaknya mendung hari ini. Kata pembenda ialah bentuk yang menjadikan sesuatu perkataan yang bukan daripada kata nama sebagai kata nama, misalnya lajunya, sakitnya, lantangnya (Nik Safiah. 1997). Contohnya: i. ii. Air sungai mengalir dengan derasnya. Tingginya 176 cm.

7.0 Kesimpulan Berdasarkan huraian kata tugas yang telah dibincangkan di atas, dapat disimpulkan bahawa kata tugas adalah kata yang penting dalam mewujudkan bahasa Malaysia yang indah dan berdaya saing dengan bahasa asing. Jenis kata tugas telah dihuraikan dan kesalahan yang sering dilakukan pelajar dalam penulisan dan pertuturan juga telah dibincangkan. Kekeliruan yang sering berlaku disebabkan oleh kepelbagaian jenis kata tugas kini telah jelas diterangkan. Kepelbagaian kata tugas, keluasan makna kata tugas yang hampir serupa menyebabkan ramai menganggap kata tugas lebih sukar untuk difahami dan diingati. Kesalahan bahasa yang dilakukan oleh pelajar dalam kata tugas mengakibatkan kepincangan bahasa kebangsaan ini. Selain itu, perkara yang berkaitan dengan bahasa akan diaplikasikan atau digunakan dengan sewenang-wenangnya berdasarkan cita rasa sendiri atau berdasarkan proses analogi bahasa yang tidak mengambil kira sistem atau peraturan bahasa yang baku. Golongan ini mengetepikan pandangan pakar bahasa atau badan yang berwibawa. Mereka menganggap bahawa pandangan dan pendapat mereka betul. Dengan alasan ciptaan sendiri, aspek bahasa yang betul dikatakan salah dan aspek bahasa yang salah dikatakan betul (Abdul Ghalib. 1997).

26

Kemahiran berbahasa dipengaruhi oleh tahap penguasaan individu dalam tatabahasa sesuatu bahasa. Untuk mguasai tatabahasa, setiap individu pula seharusnya belajar dan menggunakan tatabahasa yang betul dalam pertuturan harian agar tidak menjatuhkan martabat Bahasa Kebangsaan. Pelajar, guru, dan masyarakat hendaklah bertanggungjawab dalam setiap ayat semasa berkomunikasi dan semasa membuat penulisan. Ini membolehkan kita terbiasa dalam keadaan bahasa yang betul dan melatih pelajar menulis karangan dengan lebih baik lagi tanpa kesalahan kata tugas, mahupun jenis kata-kata yang lain.

Rujukan

27

Abdul Ghalib Yunus 1997. "Kesalahan, Kesilapan atau Kejahilan?" dim. Pelita Bahasa 16:9 September, him 4. Abdullah Hassan. 1993. Tatabahasa Pedadogi Bahasa Melayu. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. Abdul Hamid Mahmood. 2006. Menguasai Bahasa Melayu Mudah. Universiti Pendidikan Sultan Idris. Perak. Ahmad Khair Mohd Nor. 2009. Pembentukan kata Dalam Bahasa Melayu. Pustaka Salam. Kuala Lumpur. Asmah Haji Omar. 2005. Bahasa Malaysia Saintifik. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. Habibah Bt. Mohd. Samin (Munsyi Dewan) & Hasnah Bt. Awang. 2010. Revisi Bahasa Melayu Akademik 1 untuk PPISMP. Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Kuala Lumpur. Darwis Harahap. 2005. Pembicaraan Bahasa. Dewan Bahasa dan Pustaka. Selangor Darul Ehsan. Ismail Dahaman. 2006. Bahasa Kita: Edisi Kedua. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. Nik Safiah Karim et al. 1997. Tatabahasa Dewan: Edisi Baharu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. Nik Safiah Karim. 2003. Bimbingan Pelajar: Bahasa kita jilid 1. K publishing Sdn. Bhd. Selangor Darul Ehsan.

28

Hashim Othman. 2000. Jurnal Pembinaan dan Pengembangan Bahasa: Jilid 44 Bil 2. Febuari 2000. Bahasa Melayu daripada Perspektif Komunikatif: Penetapan Piawai Perlakuan Minimum dan Analisis Kecekapan. Rahimah Hj. Sabran. 1993. Kecekapan Berkomunikasi dalam Bahasa Melayu untuk Pelatih Maktab Perguruan. Penerbit Fajar Bakti. Kuala Lumpur. Roselan Baki. 2003.Pengajaran dan Pembelajaran Penulisan Bahasa Melayu: Senario, teori dan Panduan untuk guru dan pelajar. Karisma Publication. Selangor Darul Ehsan.

29

Anda mungkin juga menyukai