Anda di halaman 1dari 14

2.

0 bunyi konsonan
Konsonan ialah bunyi bahasa selain daripada bunyi vokal. Sekiranya bunyi vokal itu
adalah bunyi yang dihasilkan oleh alat artikulasi dengan udara keluar terusmenerus tanpa sekatan atau gangguan oleh alat artikulasi, maka bunyi konsonan
ialah bunyi yang semasa menghasilkannya terdapat gangguan atau halangan oleh
alat artikulasi. Konsonan boleh berdiri daripada konsonan bersuara dan konsonan
tidak bersuara. Konsonan bersuara ialah konsonan yang semasa penghasilannya,
pita suara digetarkan oleh arus udara yang keluar dari paru-paru, contohnya [b], [d]
dan [g]. Konsonan tidak bersuara pula adalah konsonan yang dihasilkan tanpa
mengalami getaran pita suara oleh arus udara seperti [p], [t] dan [k]. Konsonan
dalam bahasa Melayu terdiri daripada dua golongan iaitu konsonan asli dan
konsonan pinjaman.
2.1 Konsonan asli bahasa Melayu
Konsonan asli dalam bahasa Melayu adalah konsonan yang tersedia ada dalam
bahasa Melayu dan telah digunakan oleh penutur bahasa Melayu tanpa perubahan.
Menurut Yunus Maris, terdapat 19 konsonan asli dalam bahasa melayu yang terdiri
daripada:
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.
viii.
ix.
x.

2 konsonan letupan dua bibir bersuara dan tidak bersuara [p,b]


2 konsonan letupan gusi bersuara dan tidak bersuara [t,d]
2 letupan lelangit lembut bersuara dan tidak bersuara [k,g]
1 konsonan hentian glotis []
2 konsonan letusan bersuara dan tidak bersuara [,]
2 konsonan geseran tidak bersuara, iaitu geseran gusi tidak bersuara [s]
dan geseran glotis bersuara [h]
1 konsonan getaran bersuara [r]
1 konsonan sisian bersuara [l]
4 konsonan sengau bersuara [m,n,,]
2 konsonan separuh vocal bersuara, iaitu 1 separuh vocal dua bibir
bersuara [w] dan 1 separuh vocal lelangit keras bersuara [j]

Penghasilan konsonan-konsonan tersebut melibatkan daerah artikulasi tertentu


seperti dua bibir, gusi, lelangit keras, lelangit lembut, pita suara, glottis, rongga
hidung dan lain-lain. Berikut diberikan carta konsonan asli bahasa Melayu dan
daerah artikulasi dan cara penyebutannya sekali.

Cara
sebutan
Letupan tak
bersuara
Letupan
bersuara
Letusan tak
bersuara
Letusan
bersuara
Sengau
Geseran tak
bersuara
Geseran
bersuara
Getaran
Sisian
Separuh
vokal

Dua
Bibir

Gusi

Gusi
Lelangit
Keras

Lelangit
Keras

Lelangit
Lembut

Pita
Suara

n
s

h
r
l
w

y/j

Rajah : Carta konsonan Asli Bahasa Melayu

4.0 Cara penghasilan bunyi konsonan


4.1 Letupan dua bibir tidak bersuara [p]
(i)

Dua bibir dirapatkan untuk menghalang sepenuhnya udara dari paru-paru yang keluar ke

(ii)

rongga mulut.
Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan kepada dinding anak tekak bagi

(iii)
(iv)

menyekat udara supaya tidak keluar melalui rongga hidung.


Pita suara dibuka (direnggangkan).
Udara keluar dari paru-paru ke rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. Udara

(v)

tersekat sepenuhnya pada bibir, kemudian dilepaskan serta-merta


Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan letupan dua bibir tidak bersuara [p].
Kehadiran konsonan ini dalam perkataan adalah seperti yang berikut:
Di awal perkataan:
[papan], [pasu], [pukul]
Di tengah perkataan:
[dapur], [dapat], [lpas]
Di akhir perkataan:
[dakap], [atap], [santap]

Rajah 4.1 : penghasilan konsonan [p]

4.2 Letupan dua bibir bersuara[b]


Konsonan letupan dua bibir bersuara ini dihasilkan melalui proses yang berikut:
i.
Dua bibir dirapatkan untuk menghalang sepenuhnya udara yang keluar dari paru-paru ke
ii.

rongga mulut.
Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak untuk

iii.
iv.

menyekat udara supaya tidak dapat keluar melalui rongga hidung.


Pita suara dirapatkan.
Udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut dan
tersekat sepenuhnya seketika pada bibir mulut, kemudian udara dilepaskan dengan serta-

v.

merta.
Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan dua bibir bersuara [b] (lihat rajah ).
Kehadiran konsonan ini dalam perkataan adalah seperti yang berikut:
Di awal perkataan:
[buku], [batu], [buru]
Di tengah perkataan:
[tubuh], [subuh], [tabur]
Di akhir perkataan:
[sbab], [karib], [adab]

Rajah 4.2 : penghasilan konsonan [b]


4.3 Letupan gusi tidak bersuara [t]
Konsonan ini dihasilkan melalui proses seperti yang berikut:

i.

Hujung lidah dirapatkan pada gusi untuk membuat sekatan penuh pada arus udara yang

ii.

keluar dari paru-paru ke rongga mulut.


Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak untuk

iii.
iv.

menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung.
Pita suara dibuka (direnggangkan).
Udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut keluar tanpa mengetarkan pita suara,
kemudian tersekat pada bahagian gusi. Udara kemudiannya dilepaskan dengan serta-

v.

merta.
Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan letupan gusi tidak bersuara [t] (lihat rajah ).
Kehadiran konsonan ini dalam perkataan adalah seperti yng berikut:
Di awal perkataan:
[taan], [tahu], [tolo]
Di tengah perkataan:
[putus], [satu], [sbut]
Di akhir perkataan:
[patut], [lmbut], [pnuntut]

Rajah 4.3 : Penghasilan konsonan [t]


4.4 Letupan gusi bersuara [d]
Untuk menghasilkan bunyi konsonan ini, proses yang berikut perlu berlaku:
i.
Hujung lidah dirapatkan pada gusi untuk membuat sekatan penuh pada arus udara yang
ii.

keluar dari paru-paru ke rongga mulut


Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak untuk

iii.
iv.

menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung.
Pita suara dirapatkan.
Udara dari paru-paru keluar denggan menggetarkan pita suara ke rongga mulut dan

v.

tersekat sepenuhnya pada gusi, kemudian udara tersebut dilepaskan dengan serta-merta.
Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan letupan dua bibir bersuara [d] ( lihat rajah).
Konsonan ini hadir dalam perkataan berikut:
Di awal perkataan:
[dalam], [dahulu], [duka]
Di tengah perkataan:
[pada], [padah], [sida]
Di akhir perkataan:
[abad], [tekad], [hasad]

Rajah 4.4: penghasilan konsonan [d]


4.5 Letupan lelangit lembut tidak bersuara [k]
Konsonan ini dihasilkan melalui proses yang berikut:
i.
Belakang lidah dinaikkan dan dirapatkan pada lelangit lembut untuk membuat sekatan
ii.

penuh pada arus udara yang keluar dari pari-paru ke rongga mulut.
Lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan pada dinding tekak untuk menyekat udara

iii.
iv.

supaya tidak dapat keluar melalui rongga hidung.


Pita suara dibuka (direnggangkan)
Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. Udara

v.

tersekat pada bahagian lelangit lembut, kemudian dilepaskan dengan serta merta.
Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara [k]
(lihat rajah). Bunyi konsonan ini hadir dalam perkataan yang berikut:
Di awal perkataan:
[kawan], [kuda], [kalau]
Di tengah perkataan:
[sukat], [bakat], [pukat]
Di akhir perkataan:
[buda], [pka], [ma]

Rajah 4.5: Penghasilan konsonan [k]


4.6 Letupan lelangit lembut bersuara [g]
Konsonan ini dihasilkan melalui proses yang berikut:
i.
Belakang lidah dinaikkan dan dirapatkan pada lelangit lembut untuk membuat sekatan
ii.

penuh pada arus udara yang keluar dari paru-paru.


Lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan kepada dinding tekak untuk membuat sekatan
supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung.

iii.
iv.

Pita suara dirapatkan


Udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut dan
tersekat pada bahagian lelangit lembut. Udara tersebut kemudiannya dilepaskan dengan

v.

serta-merta.
Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan letupan lelangit lembut bersuara [g] ( lihat
rajah). Bunyi konsonan ini hadir dalam perkataan seperti yang berikut:
Di awal perkataan:
[guru], [ganti], [gambar]
Di tengah perkataan:
[agar], [ragu], [aga]
Di akhir perkataan:
[beg], [dialog], [monolog]

Rajah 4.6: Penghasilan konsonan [g]

4.7 Hentian glotis []


Untuk menghasilkan bunyi hentian glotis ini, proses yang berikut perlu berlaku:
i.
Pita suara dirapatkan serapat-rapatnya.
ii.
Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan kepada dinding tekak untuk
iii.

membuat sekatan supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung.
Udara dari paru-paru keluar dan tersekat dan terhenti pada bahagian glotis dan tidak

iv.

dilepaskan.
Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan hentian glotis [ ] yang terdapat dalam
bahasa Melayu ( lihat rajah). Contoh perkataan yang mengandungi bunyi konsonan ini
ialah:
Di awal perkataan:
[ibu], [ada], [ora]
Di tengah perkataan:
[saat], [umaat], [soal]
Di akhir perkataan:
[tida], [ana], [gala]

Rajah 4.7: Penghasilan konsonan []


4.8 Letusan lelangit keras-gusi tidak bersuara []
Konsonan ini dihasilkan melalui proses berikut:
i.
Depan lidah dirapatkan pada daerah lelangit keras-gusi untuk membuat sekatan pada arus
ii.

udara dari paru-paru ke rongga mulut.


Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding anak tekak untuk

iii.
iv.

membuat sekatan supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung.
Pita suara dibuka (direnggangkan).
Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara. Udara
tersebut tersekat seketika pada bahagian lelangit keras-gusi, kemudian udara tersebut
dilepaskan dengan perlahan (bukan dengan cepat atau dengan serta merta). Walau
bagaimanapun, untuk konsonan [] dalam bahasa Melayu, pelepasan udara adalah lebih
cepat sedikit berbanding dengan pelepasan udara untuk bunyi konsonan letusan (afrikat)
dalam bahasa Inggeris seperti dalam perkataan church. Bunyi konsonan [] yang hadir
dalam bahasa Melayu adalah seperti yang berikut:
Di awal perkataan:
[ari], [uri], [uti]
Di tengah perkataan:
[sui], [bani], [kuni]
Di akhir perkataan:
[ma], [ko]

Rajah 4.8 : Penghasilam konsonan []


4.9 Letusan lelangit keras-gusi bersuara []
Bunyi letusan lelangit keras-gusi bersuara ini dihasilkan melalui proses seperti yang berikut:

i.

Depan lidah dirapatkan pada daerah lelangit keras-gusi untuk membuat sekatan pada arus

ii.

udara dari paru-paru ke rongga mulut.


Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak untuk

iii.
iv.

menyekat udara daripada memasuki rongga hidung.


Pita suara dirapatkan.
Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dengan menggetarkan pita suara dan
tersekat pada daerah lelangit keras-gusi. Udara dilepaskan perlahan (bukan dilepaskan
dengan cepat atau serta-merta). Bagi bunyi konsonan [] dalam bahasa Melayu, pelepasan
udara adalah lebih cepat daripada pelepasan udara untuk bunyi konsonan j dalam bahasa

v.

Inggeris seperti untuk perkataan judge.


Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi [] (lihat rajah). Bunyi konsonan ini hadir dalam
perkataan seperti yang berikut:
Di awal perkataan:
[aan], [olo], [uga]
Di tengah perkataan:
[taam], [bua], [huan]
Di akhir perkataan:
[ime], [kole]

Rajah 4.9: Penghasilan konsonan []


4.10 Geseran gusi tidak bersuara [s]
Konsonan ini dihasilkan melalui proses yang berikut:
i.
Daun lidah dinaikkan ke arah gusi untuk membuat sempitan
ii.
Lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan pada dinding tekak bagi menyekat udara
iii.
iv.

daripada keluar melalui rongga hidung.


Pita suara dibuka (direnggangkan).
Udara dari paru-paru keluar dengan menggeser melalui sempitan pada daerah gusi. Pita

v.

suara tidak digetarkan.


Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi geseran gusi tidak bersuara [s] (lihat rajah). Bunyi
konsonan ini hadir dalam perkataan yang berikut:
Di awal perkataan:
[sapu], [saya], [suguh]
Di tengah perkataan:
[basuh], [kasar], [dasar]
Di akhir perkataan:

[habis], [bilis], [hiris]

Rajah 4.10 : Penghasilan konsonan [s]


4.11Geseran glotis bersuara [h]
Penghasilan bunyi konsonan geseran glotis bersuara ini melalui proses yang berikut:
i.
Pita suara dibuka (direnggangkan) sedikit untuk membuat sempitan pada glotis .
ii.
Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak bagi
iii.
iv.

menutup rongga ke hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui hidung.
Udara keluar dengan menggeser melalui sempitan glotis. Pita suara digetarkan.
Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan geseran glotis bersuara [h] (lihat rajah).
Kehadiran bunyi ini adalah seperti yang berikut:
Di awal perkataan:
[habis], [hulur], [hantu]
Di tengah perkataan:
[lihat], [tahap], [sehat]
Di akhir perkataan:
[brseh], [lteh], [kaseh]

Rajah 4.11 : Penghasilan konsonan [h]

4.12Getaran gusi bersuara[r]


Bunyi getaran gusi bersuara [r] dihasilkan denga cara yang berikut:
i.
Hujung lidah dikenakan pada gusi
ii.
Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak supaya
iii.
iv.

udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung.


Pita suara dirapatkan
Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan menggetarkan hujung lidah dan pita
suara digetarkan.

v.

Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi getaran gusi bersuara [r] (lihat rajah). Konsonan ini
hadir dalam perkataan seperti yang berikut:
Di awal perkataan:
[rasa], [rabun], [runtuh]
Di tengah perkataan:
[laras], [karut], [bras]
Di akhir perkataan:
[kasar], [lebar], [edar]

Rajah 4.12 : Penghasilan konsonan [r]


4.13Sisian gusi bersuara [l]
Konsonan sisian gusi ebrsuara [l] ini dihasilkan dengan cara:
i.
Hujung lidah dikenakan pada bahagian tengah gusi untuk membuat sekatan pada arus
ii.

udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut.


Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak untuk

iii.
iv.

menutup rongga ke hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung.
Pita suara dirapatkan
Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut tetapi hanya dapat melalui sisian atau

v.

tepian. Pita suara digetarkan.


Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan sisian gusi bersuara [l] (lihat rajah).
Kehadiran konsonan ini dalam perkataan adalah seperti yang berikut:
Di awal perkataan:
[lama], [lambat], [lampu]
Di tengah perkataan:
[kilat], [bulat], [slamat]
Di akhir perkataan:
[pukul], [pegal], [tigal]

Rajah 4.13 : Penghasilan konsonan [l]

4.14Sengau dua bibir bersuara [m]


Konsonan ini dihasilkan melalui cara:
i.
Bibir bawah dirapatkan pada bibir atas untuk membuat sekatan pada arus udara yang
ii.
iii.
iv.

keluar dari paru-paru ke rongga mulut.


Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan supaya suara dapat memasuki rongga hidung.
Pita suara dirapatkan.
Udara dari paru-paru memasuki rongga mulut dan keluar melalui rongg hidung. Bibir
mulut dibuka semasa menyebut bunyi [m] dan pita suara digetarkan (lihat rajah). Bunyi
konsonan ini hadir dalam perkataan seperti yang berikut:
Di awal perkataan:
[makan], [malam], [mula]
Di tengah perkataan:
[timun], [namun],[timur]
Di akhir perkataan:
[salam], [silam], [dalam]

Rajah 4.14 : Penghasilan konsonan [m]


4.15Sengau gusi bersuara [n]
Bunyi ini dihasilkan dengan cara:
i.
Hujung lidah dirapatkan pada gusi untuk membuat sekatan pada arus udara yang keluar
ii.

dari paru-paru ke rongga mulut.


Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan membuka rongga hidung supaya udara dapat

iii.
iv.

keluar melalui rongga hidung.


Pita suara dirapatkan.
Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan terhalang pada bahagian gusi, kemudian

v.

keluar melalui rongga hidung. Pita suara digetarkan.


Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi sengau gusi bersuara [n] (lihat rajah). Kehadiran bunyi
konsonan ini adalah seperti dalam contoh yang berikut:
Di awal perkataan:
[nasi], [nuri], [naluri]
Di tengah perkataan:
[binasa], [panas], [lontar]
Di akhir perkataan:
[papan], [simpan], [lapan]

Rajah 4.15 : Penghasilan konsonan [n]

4.16Sengau lelangit keras-gusi bersuara []


Untuk menghasilkan bunyi ini, proses yang berikut turut berlaku:
i.
Depan lidah diraparkan pada daerah lelangit keras-gusi untuk membuat sekatan pada arus
ii.

udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut.


Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan membuka ruang rongga ke hidung supaya

iii.
iv.

udara dari paru-paru dapat keluar melalui rongga hidung.


Pita suara dirapatkan.
Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan terhalang pada daerah lelangit keras-

v.

gusi, kemudian keluar melalui rongga hidung. Pita suara digetarkan.


Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan sengau lelangit keras-gusi bersuara []
9lihat rajah). Kehadiran bunyi konsonan ini adalah seperti dalam contoh yang berikut:
Di awal perkataan:
[ai], [ata], [yamo]
Di tengah perkataan:
[taa], [sui], [mia]

Rajah 4.16 : Penghasilan konsonan []

4.17Sengau lelangit lembut bersuara[]


Bunyi konsonan ini dihasilkan melalui proses yang berikut:
i.
Belakang lidah dinaikkan dan dirapatkan kepada lelangit lembut untuk menyekat udara
yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut.

ii.

Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan membuka rongga hidung supaya udara dapat

iii.
iv.

keluar melalui rongga hidung.


Pita suara dirapatkan.
Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan terhalang pada daerah lelangit lembut,

v.

kemudian keluar melalui rongga hidung. Pita suara digetarkan.


Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi sengau lelangit lembut bersuara[] (lihat rajah).
Kehadiran konsonan ini dalam perkataan adalah seperti dalam contoh yang berikut:
Di awal perkataan:
[aa], [iau]
Di tengah perkataan:
[bua], [sia], [baga]
Di akhir perkataan:
[bara], [gunu], [tagun]

Rajah 4.17 : Penghasilan konsonan []

4.18Separuh vokal dua bibir bersuara [w]


Bunyi konsonan ini dihasilkan dengan cara:
i.
Bibir dibundarkan
ii.
Belakang lidah diangkat ke arah lelangit lembut tetapi tidak menyentuh lelangit lembut
iii.
iv.

(sama seperti kedudukan lidah untuk membunyikan vokal belakang [u]).


Pita suara dirapatkan.
Udara keluar dari paru-paru ke rongga mulut menggetarkan pita suara. Semasa
menghasilkan bunyi vokal [u], lidah dengan pantas berubah ke kedudukan (posisi) untuk
menghasilkan vokal tengah [] (lihat rajah). Kehadiran konsonan ini adalah seperti
dalam contoh yang berikut:
Di awal perkataan:
[wau], [waris], [wa]
Di tengah perkataan:
[kawan], [lawan], [lewat]
Di akhir perkataan:
[sepa takraw]

Rajah 4.18: Penghasilan konsonan [w]


4.19Separuh vokal lelangit keras bersuara [j]
Bunyi konsonan ini dihasilkan dengan cara:
i.
Depan lidah dinaikkan ke gusi sepperti hendak menghasilkan bunyi vokal [i], kemudian
semasa menghasilkan bunyi itu, kedudukan lidah berubah dengan pantas ke kedudukan
ii.

vokal tengah [].


Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan kepada dinding tekak supaya

iii.
iv.

udara tidak keluar melalui rongga hidung.


Pita suara dirapatkan.
Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan menggetarkan pita suara. Semasa
menghasilkan bunyi vokal [i], kedudukan lidah berubah dengan pantas ke kedudukan

v.

vokal tengah [].


Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan separuh vokal [j] (lihat rajah). Kehadiran
bunyi konsonan ini dalam perkataan adalah seperti dalam contoh yang berikut:
Di awal perkataan:
[ja], [jakin], [jatim]
Di tengah perkataan:
[saja], [baja], [daja]

Rajah 4.19: Penghasilan konsonan [j]

Anda mungkin juga menyukai