Anda di halaman 1dari 7

Artikukasi

Konsonan Melayu Asli


a) Konsonan letupan
Konsonan letupan dua bibir bersuara [b]
1. Dua bibir dirapatkan untuk membuat sekatan penuh pada arus udara dari paru-paru ke
rongga mulut.
2. Lelangit lembut dinaikkan ke belakang/ke dinding rongga tekak untuk membuat sekatan
udara dari paru-paru ke rongga hidung.
3. Pita suara dirapatkan.
4. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dengan menggetarkan pita suara.
5. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan dua bibir bersuara [b].
Konsonan letupan dua bibir tidak bersuara [p]:
1. Dua bibir dirapatkan untuk membuat sekatan penuh pada arus udara dari paru-paru ke
rongga mulut.
2. Lelangit lembut dinaikkan ke belakang/ke dinding rongga tekak untuk membuat sekatan
udara dari paru-paru ke rongga hidung.
3. Pita suara direnggangkan.
4. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara.
5. Sekatan pada dua bibir dilepaskan serta-merta.
Konsonan letupan gusi bersuara [d]
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Hujung lidah dinaikkan rapat ke gusi untuk membuat sekatan penuh pada arus udara.
Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang/ke dinding rongga tekak untuk
menutup arus udara ke rongga hidung.
Pita suara dirapatkan.
Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dengan menggetarkan pita suara.
Sekatan yang dibuat oleh hujung lidah dan gusi dilepaskan serta-merta.

7. Bunyi yang dihasilkan ialah letupan gusi tidak bersuara [d]


Konsonan letupan lelangit lembut bersuara [g]
1

Belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk membuat sekatan pada arus udara.

Lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan ke rongga tekak untuk menyekat arus udara
dari paru-paru ke rongga hidung.

Pita suara dirapatkan.

Arus udara dari paru-paru yang keluar melalui rongga mulut dengan menggetarkan pita
suara.

Sekatan yang dibuat oleh belakang lidah dilepaskan serta-merta.

Bunyi yang dihasilkan ialah letupan lelangit lembut bersuara [ g ].

b) Konsonan letusan
Konsonan letusan lelangit keras tidak bersuara []
1.
2.

Depan lidah dinaikkan ke lelangit keras untuk membuat sekatan pada arus udara.
Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk

3.
4.
5.
6.

menyekat arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.


Pita suara direnggangkan.
Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara.
Udara yang tersekat oleh depan lidah di lelangit keras dilepaskan perlahan-lahan.
Bunyi yang dihasilkan ialah letusan lelangit keras gusi tidak bersuara [ ].

Konsonan letusan lelangit keras bersuara [j]


1

Depan lidah dirapatkan ke lelangit keras untuk membuat sekatan pada arus udara.

Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat
arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.

Pita suara dirapatkan.

Arus udara dari paru-paru yang keluar melalui rongga mulut dengan menggetarkan pita
suara.

Sekatan yang dibuat oleh depan lidah di lelangit keras dilepaskan perlahan-lahan.

Bunyi yang dihasilkan ialah letusan lelangit keras gusi bersuara [ j ].

c) Konsonan geseran
Konsonan geseran glotis tidak bersuara [h]
1. Lelangit lembut dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak untuk membuat sekatan udara
dari paru-paru ke rongga hidung.
2. Pita suara direnggangkan.
3. Udara keluar dari paru-paru dengan bebas melalui glotis yang terbuka itu seperti
keadaan biasa ketika bernafas.
4. Bunyi yang dihasilkan ialah geseran glotis tidak bersuara [h].
Konsonan geseran gusi tidak bersuara [s]:
1. Hadapan lidah dinaikkan ke gusi untuk membuat sempitan pada arus udara.
2. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat
arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.
3. Pita suara direnggangkan.
4. Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara.
5. Udara keluar melalui sempitan depan lidah dan gusi untuk menghasilkan bunyi
konsonan geseran gusi tidak bersuara [s].

Konsonan geseran bersuara [z]


1. Hujung lidah ditemukan dengan daerah gusi.
2. Lelangit lembut dinaikkan.
3. Arus udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan dibiarkan bergeser di
pertemuan hujung lidah dengan gusi.
4. Glotis dirapatkan dan pita suara bergetar bunyi yang terhasil ialah bunyi konsonan
geseran bersuara,[z].
Bunyi konsonan [x] hampir sama dengan bunyi konsonan [z].

d) Konsonan sisian
Konsonan sisian gusi bersuara [l]:
1. Hujung lidah dikenakan pada gusi.
2. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk membuat
sekatan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.
3. Pita suara dirapatkan dan digetarkan.
4. Arus udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dengan menggetarkan pita suara.
5. Arus udara dibiarkan keluar melalui tepi lidah sahaja.

e) Konsonan getaran
Konsonan getaran gusi bersuara [r]:
1. Hujung lidah dikenakan pada gusi.
2. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk membuat
sekatan arus udara dari paru-paru ke rongga hidung.
3. Pita suara dirapatkan.
4. Arus udara yang keluar dari paru-paru melalui rongga tekak menggetarkan pita suara.
5. Arus udara melalui rongga mulut menggetarkan hujung lidah.

f) Konsonan sengauan
Konsonan sengau dua bibir bersuara [m]:
1. Bibir bawah dan bibir atas dirapatkan untuk membuat sekatan pada aras udara.
2. Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara dari
paru-paru ke rongga hidung.

3. Arus udara dari paru-paru masuk ke rongga mulut dan terus ke rongga hidung.
4. Pita suara dirapatkan untuk membuat getaran.
5. Arus udara dilepaskan perlahan-lahan.
Konsonan sengau gusi bersuara [n]:
1. Hujung lidah dinaikkan pada gusi/gigi gusi untuk membuat sekatan arus udara.
2. Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara dari
paru-paru ke rongga hidung.
3. Pita suara dirapatkan untuk membuat getaran.
4. Arus udara dari paru-paru melalui rongga mulut terus ke rongga hidung.
5. Arus udara dilepaskan perlahan-lahan.

g) Konsonan separuh vokal


Konsonan separuh vokal dua bibir bersuara [w]:
1. Bibir di bundarkan.
2. Belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut.
3. Lelangit lembut dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara udara
dari paru-paru ke rongga hidung
4. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut
5. Pita suara digetarkan dan lidah bergerak dengan pantas ke kedudukan untuk
membunyikan vokal tengah [w].
Separuh vokal lelangit keras bersuara [j]
1. Depan lidah diangkat tinggi ke arah gusi.
2. Bibir di hamparkan.
3. Lelangit lembut dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat udara dari paruparu ke rongga hidung.
4. Pita suara digetarkan sambil lidah bergerak pantas ke kedudukan untuk membunyikan
vokal [j].
5. Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi separuh vokal lelangit keras bersuara [j]

Konsonan pinjaman
Konsonan geseran bibir gusi tidak bersuara [f]
1. Bibir bawah dirapatkan pada gigi atas untuk membuat sempitan
2. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan rapat ke belakang
3. Tekak untuk membuat sekatan udara dari paru-paru ke rongga nasal.

4. Pita suara direnggangkan dan tidak digetarkan.


5. Arus udara yang keluar dari paru-paru melalui rongga mulut dibiarkan bergeser di
kawasan sempitan.
Bunyi yang dihasilkan ialah geseran bibir gigi tidak bersuara [ f ]
Konsonan geseran bibir gigi bersuara [v]
1. Bibir bawah dirapatkan ke gigi atas.
2. Udara dari paru-paru yang keluar melalui rongga mulut mengalami geseran sewaktu
melalui sempitan bibir bawah dan gusi tersebut.
3. Lelangit lembut dinaikkan untuk menutup rongga hidung.
4. Bagi menghasilkan bunyi geseran bibir-bibir tidak bersuara, glotis dirapatkan, pita suara
digetarkan,bunyi yang terhasil ialah [v].

Diftong
Diftong [a]
1. Udara dari paru-paru keluar melalui pita suara.
2. Pita suara dalam keadaan rapat digetarkan.
3. Velar dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui
rongga hidung.
4. Udara keluar melalui rongga mulut.
5. Bahagian depan lidah diturunkan ke lantai rongga mulut dan kena gigi bawah seperti
membunyikan vokal depan rendah [a].
6. Kemudian, lidah secara cepat digeluncurkan naik ke bahagian atas depan mulut
seperti kedudukan untuk vokal [i] tetapi tidak setinggi sebagaimana membunyikan
vokal [i].
7. Keadaan bibir agak terhampar.

Diftong [a]
1. Udara dari paru-paru keluar melalui pita suara.
2. Pita suara dalam keadaan rapat digetarkan.
3. Velar dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui
rongga hidung.
4. Udara keluar melalui rongga mulut.
5. Bahagian depan lidah diturunkan ke lantai rongga mulut dan kena gigi bawah seperti
membunyikan vokal depan rendah [a].
6. Kemudian, lidah secara cepat digeluncurkan naik ke arah cara membunyikan vokal
belakang tinggi [u] dengan lidah melengkung ke arah lelangit keras.
7. Bibir pada mulanya dihamparkan dan kemudian dibundarkan.

Diftong [o]
1. Udara dari paru-paru keluar melalui pita suara.
2. Pita suara dalam keadaan rapat digetarkan.
3. Velar dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui
rongga hidung.
4. Udara keluar melalui rongga mulut.
5. Bahagian belakang lidah dinaikkan separuh tinggi ke arah lelangit lembut seperti
kedudukan vokal [o].
6. Kemudian, lidah digeluncurkan secara cepat ke arah cara membunyikan vokal depan
tinggi [i] dengan lidah dinaikkan ke arah lelangit keras, rendah sedikit daripada cara
membunyikan vokal [i].
7. Bibir pada mulanya bundar menjadi hampar.

Digraf
Konsonan Sengauan Gusi - Lelangit Keras Bersuara []
1. Udara dari paru-paru keluar melalui pita suara.
2. Pita suara dalam keadaan rapat digetarkan.
3. Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara yang
keluar dari paru-paru ke rongga hidung.
4. Depan lidah dinaikkan ke lelangit keras untuk membuat sekatan arus udara.
Konsonan Sengauan Gusi - Lelangit Lembut Bersuara []
1. Udara dari paru-paru keluar melalui pita suara.
2. Pita suara dalam keadaan rapat digetarkan.
3. Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan untuk memberikan laluan arus udara yang
keluar dari paru-paru ke rongga hidung.
4. Belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut dan membuat sekatan arus udara.
Konsonan Geseran Gusi Lelangit Keras Tak Bersuara - sy []
1.
2.
3.
4.

Udara dari paru-paru keluar melalui pita suara.


Glotis direnggangkan dan pita suara tidak digetarkan.
Lelangit lembut dinaikkan untuk menghasilkan bunyi geseran lelangit keras bersuara.
Hadapan lidah dinaikkan ke arah gusi lelangit keras untuk menyekat arus udara yang
keluar melalui rongga mulut.

Konsonan Geseran Lelangit Lembut Bersuara kh [x]


1. Udara dari paru-paru keluar melalui pita suara.
2. Glotis dirapatkan dan pita suara digetarkan
3. Belakang lidah dinaikkan untuk menutup rongga hidung.

4. Udara dari rongga tekak keluar ke arah rongga mulut melalui ruang yang telah
mengalami sempitan pada lelangit lembut.
Konsonan Geseran Lelangit Lembut Tidak Bersuara gh []
1.
2.
3.
4.

Udara dari paru-paru keluar melalui pita suara.


Glotis direnggangkan pita suara tidak digetarkan.
Belakang lidah dinaikkan untuk menutup rongga hidung.
Udara dari rongga tekak keluar ke arah rongga mulut melalui ruang yang telah
mengalami sempitan pada lelangit lembut.

Anda mungkin juga menyukai