Anda di halaman 1dari 4

Konsonan terhasil apabila terdapat gangguan atau halangan oleh alat artikulasi terhadap

udara dari peparu. Konsonan terdiri daripada konsonan bersuara dan konsonan tidak
bersuara.
Berdasarkan penyataan di atas, banding beza Konsonan letupan dua bibir tidak bersuara [p]
dan konsonan letupan dua bibir bersuara [b] dengan memberikan contoh perkataan yang
betul.

Bunyi konsonan [p] Bunyi konsonan [b]


 Dua bibir dirapatkan untuk membuat  Cara membunyikan sama seperti
sekatan penuh pada arus udara dari membunyikan konsonan [p].
paru-paru ke rongga mulut.
 Lelangit lembut dinaikkan ke belakang
atau ke dinding rongga tekak untuk
membuat sekatan udara dari paru-paru
ke rongga hidung.
 Pita suara direnggangkan.  Pita suara dirapatkan.
 Udara dari paru-paru keluar ke rongga  Arus udara dari paru-paru keluar melalui
mulut tanpa menggetarkan pita suara rongga mulut dengan menggetarkan
pita suara.
 Sekatan pada dua bibir dilepaskan  Bunyi yang dihasilkan ialah letupan dua
serta- merta. Bunyi yang dihasilkan ialah bibir bersuara [b].
letupan dua bibir tidak bersuara [p].

 Contoh perkataan konsonan [p] – pokok


 Contoh perkataan konsonsn [b] – sabun
Bunyi diftong melibatkan dua deretan vokal yang hadir secara serentak, manakala digraf
merupakan dua huruf konsonan berturut-turut yang mewakili satu bunyi dalam satu suku
kata yang sama.
Berikan pendapat anda tentang kepentingan diftong dan digraf dalam Bahasa Melayu
berserta contoh yang relevan.

 Bunyi diftong berkait rapat dengan vokal kerana vokal merupakan asas untuk
menyebut sesuatu bunyi diftong itu. Bunyi diftong melibatkan dua deretan vokal yang
hadir secara serentak.
 Guru perlu mengajarkan murid membunyikan sebutan dengan betul untuk
mengelakkan kekeliruan makna dan sebutan.
 Terdapat tiga diftong dalam bahasa Melayu iaitu ai, au, dan oi. Antara ketiga-tiga
diftong tersebut, diftong ai merupakan diftong yang paling banyak digunakan dalam
pembentukan kata, manakala bunyi diftong oi amat kecil jumlahnya dalam kosa kata
bahasa Melayu. Selain itu, kecuali diftong oi, kedua-dua diftong ai dan au dapat
hadir di bahagian hadapan, tengah dan belakang kata asli dan kata serapan bahasa
Melayu.
 Apabila wujud dua huruf vokal (a,e,i,o,u) yang duduk bersebelahan dalam perkataan
dan disebut dalam satu suku kata atau satu sebutan bunyi.
Contohnya: wau, pulau, aising, landai, kedai, amboi
 Digraf merupakan kewujudan dua huruf konsonan (selain a,e,i,o,u) yang duduk
bersebelahan dalam perkataan seperti ng, ny dan sy. Contoh: nganga, nyanyi,syair
 Digraf dikenali juga sebagai dwihuruf, dwilambang atau huruf rangkap. Dalam
Bahasa Melayu, terdapat lima dwihuruf berbeza untuk konsonan:
- gh mewakili /ɣ/ (geseran velar bersuara) - dipinjam dari bahasa Arab, contohnya:
ghairah, Afghan dan baligh.
- kh mewakili /x/ (geseran velar tak bersuara) - dipinjam dari bahasa Arab,
contohnya: khidmat, akhbar dan tarikh.
- ng mewakili /ŋ/ (sengauan velar)
- ny mewakili /ɲ/ (sengauan lelangit)
- sy mewakili /ʃ/ (geseran belakang gusi tak bersuara)
 Diftong penting untuk membezakan penggunaannya dengan vokal rangkap, iaitu
yang merupakan urutan dua vokal penuh yang mempunyai dua puncak kelantangan
dan mempunyai dua suku kata. Contoh perkataan main.
 Dapat mengeja gabungan dua huruf vokal yang dilafazkan sebagai bunyi luncuran.
Alat artikulasi merupakan alat atau organ yang digunakan bagi menghasilkan bunyi. Alat
artikulasi terbahagi kepada dua, iaitu alat artikulasi pasif dan aktif.
Perincikan fungsi alat artikulasi dalam penghasilan bunyi vokal.

Alat artikulasi merupakan alat-alat yang memainkan peranan amat penting dalam
mengeluarkan atau menghasilkan bunyi bahasa. Alat-alat ini adalah terdiri daripada bibir
atas dan bibir bawah, hujung lidah, hadapan lidah, belakang lidah, gusi, batas gusi, lelangit
keras, lelangit lembut dan pita suara. Semua alat tersebut berfungsi untuk menghasilkan
bunyi vokal. Vokal depan sempit [i] dihasilkan dengan keadaan bibir dihamparkan. Depan
lidah pula dinaikkan setinggi yang mungkin ke arah lelangit keras tetapi tidak sampai
menyentuh lelangit keras. Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga
hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung Udara daripada paru-paru keluar ke
rongga hidung dan pita suara digetarkan. Contoh bunyi vokal sempit [i] ialah ikan, tali, dan
bila.

 Vokal depan separuh sempit [e]

- Keadaan bibir dihamparkan. Bahagian depan lidah dinaikkan setinggi yang mungkin
ke arah gigi gusi. Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga
hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung. Udara daripada paru-paru
keluar ke rongga hidung manakala pita suara digetarkan.
- Contoh: elok, leher, tempe

 Vokal depan separuh luas atau lapang [ε]

- Keadaan bibir dihamparkan. Bahagian depan lidah dinaikkan separuh rendah ke


arah gusi. Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung
supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung. Udara daripada paru-paru keluar
dari rongga mulut dan pita suara digetarkan.
- Contoh: esa, belek, tauge

 Vokal depan luas atau lapang [a]


- Keadaan bibir dihamparkan. Bahagian depan lidah diturunkan serendah
mungkin. Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung
supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung. Udara daripada paru-paru ke
luar ke rongga mulut dan pita suara digetarkan.
- Contoh: awan, kadar, siapa

 Vokal belakang sempit [u]


- Keadaan bibir dibundarkan. Bahagian belakang lidah dinaikkan setinggi mungkin
ke arah lelangit lembut tetapi tidak sampai menyentuh lelangit lembut. Anak
tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara
tidak keluar melalui rongga hidung. Udara daripada paru-paru ke luar ke rongga
mulut dan pita suara digetarkan.
- Contoh: ubat, bulat, batu

 Vokal belakang separuh sempit [o]


- Keadaan bibir dibundarkan. Bahagian belakang lidah dinaikkan separuh
tinggi ke arah lelangit lembut tetapi tidak sampai menyentuh lelangit lembut.
Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya
udara tidak keluar melalui rongga hidung. Udara daripada paru-paru ke luar ke
rongga mulut dan pita suara bergetar.
- Contoh: orang, bohong, pidato

Anda mungkin juga menyukai