Anda di halaman 1dari 5

Alat Artikulasi: bibir atas

bibir bawah gigi atas gigi bawah gusi lelangit lembut lelangit keras anak tekak hujung lidah hadapan lidah tengah lidah belakang lidah akar lidah epiglotis pita suara rongga tekak rongga hidung rongga mulut rahang tonggorok

- Setiap alat mempunyai fungsi tertentu sebagai alat pertuturan. Dua jenis alat pertuturan iaitu: a. Artikulator (pengeluar) alat pertuturan yang boleh digerak-gerakkan dengan bebas dan dapat diletakkan di beberapa kedudukan. Alat ini terdiri daripada : bibir mulut, hujung lidah, leangit lembut, dan rahang.

b. Titik Artikulasi (daerah pengeluar) merupakan tempat pertuturan yang tidak bergerak (tetap). Alat ini terletak di sebelah atas alat pengeluar dan boleh dicapai alat-alat artikulasi. Titik artikulasi terdiri daripada gigi atas, gusi, dan lelangit keras.

Bunyi-bunyi Bahasa
a. Alat-alat pertuturan manusia menghasilkan dua jenis bunyi, iaitu bahasa dan bukan bahasa iaitu gerak tubuh. b. Bunyi bahasa terhasil daripada alat-alat pertuturan manusia. Terdapat 3 jenis bunyi bahasa iaitu vokal, konsonan dan bunyi diftong. c. Bunyi bukan bahasa dihasilkan oleh alat-alat pertuturan tetapi mesej yang ingin disampaikan tidak difahami sepenuhnya. - contoh; Bunyi batuk, berderham, pergerakan tangan.

Vokal
a. Bunyi vokal dihasilkan tanpa halangan , sekatan ataupun sisihan pada arus udara yang dikeluarkan oleh paru-paru. b. Terdapat 8 bunyi vokal iaitu 6 vokal asli bahasa Melayu dan 2 vokal pinjaman. vokal depan sempit [i]

vokal depan separuh sempit [e] taling vokal depan luas [a] vokal tengah [e] pepet vokal belakang sempit [u] vokal belakang separuh sempit [o]

c. [ i], [a] dan [u] dapat hadir pada awal, tengah dan akhir perkataan asli bahasa Melayu.

d. [e] taling, [e] pepet, dan [o] hanya hadir pada awal dan tengah perkataan asli bahasa Melayu, jika di akhir perkataan tersebut adalah perkataan pinjaman.

Sifat-sifat Vokal bergetar


bersuara lantang dan berpanjangan. udara keluar dari paru-paru berterusan posisi bibir sama ada terhampar, biasa atau bundar bagian depan, tengah dan belakang lidah terlibat dalam pengeluaran bunyi vokal posisi lidah sama ada dinaikkan atau diturunkan keadaan glotis dirapatkan pita suara bergetar

udara yang keluar dari rongga mulut tidak mengalami gangguan, halangan,geseran atau sekatan. Kedudukan Vokal Dalam Bahasa Melayu a. Vokal membentuk suku kata dan kata. b. Vokal depan ( i, e, , a ) adalah pada suku kata. c. Vokal didahului oleh bunyi "hentian glotis". Awal Tengah Akhir Terbuka Akhir Tertutup e = e/kor Belas Sate Telek i = i/bu Bilah Kali Saling a = a/yam Malu Saya Botak DIFTONG - Bunyi yang dihasilkan melalui gabungan 2 huruf vokal yang dikeluarkan dengan satu hembusan nafas. - Semasa menghasilkannya, tidak ada sebarang hentian yang dapat memisahkan kedua-dua bunyi vokal itu. - Mempunyai satu puncak kelantangan, kemudian digelunsurkan ke satu vokal yang mengikutinya. - Bersifat sebagai satu suku kata. - Terdapat 3 bunyi diftong iaitu : # [ai] - hairan, sungai, pantai (dimulai dengan menyebut bunyi vokal depan luas ke satu puncak kelantangan lalu digelunsurkan ke arah bunyi vokal depan sempit.

Posisi bibir terhampar).

# [au]- saudara, kalau ( dimulai dengan menyebut vokal depan luas lalu digelunsurkan ke arah vokal belakang sempit. Posisi bibir daripada terhampar kepada bundar).

# [oi]- tomoi, amboi (dimulai dengan menyebut vokal belakang separuh sempit, lalu digelunsurkan ke arah vokal depan sempit. Posisi bibir drp. bundar menjadi terhampar).

VOKAL RANGKAP
* Vokal rangkap ialah urutan dua vokal penuh. Tiap-tiap vokal adalah vokal penuh yang tersendiri. Contohnya : baik = ba + ik = kv + vk

laut

= la + ut = kv + vk

air = a + ir = v + vk -Dalam perkataan 'baik, laut, dan air - kedua-dua vokalnya adalah vokal penuh yang tersendiri dan terdiri dari dua suku kata. http://becahpelting.blogspot.com/2011/05/cara-bunyi-bertelur.html Fungsi Alat Artikulasi Anak tekak Menurut buku Bahasa Melayu 1 yang ditulis oleh Siti Hajar Abdul Aziz , anak tekak berfungsi sebagai alat pertuturan bersama-sama dengan lelangit lembut, khususnya dalam menentukan sama ada sesuatu bunyi yang hendak dikeluarkan itu bunyi sengau atau tidak. Lidah Menurut buku Bahasa Melayu 1 yang ditulis oleh Siti Hajar Abdul Aziz, bahagian hadapan, tengah, belakang lidah penting dalam pengeluaran bunyi- bunyi vokal, iaitu vokal hadapan, vokal tengah dan vokal belakang. Hujung lidah pula berfungsi untuk menyekat perjalanan udara. Pita suara Menurut buku Bahasa Melayu 1 yang ditulis oleh Siti Hajar Abdul Aziz, pita suara berperanan penting dalam menentukan sama ada sesuatu bunyi yang dihasilkan itu bersuara ataupun tidak

bersuara. Rahang Menurut buku Bahasa Melayu 1 yang ditulis oleh Siti Hajar Abdul Aziz, rahang berperanan penting dalam pembuyian vokal. Rongga Menurut buku Bahasa Melayu 1 yang ditulis oleh Siti Hajar Abdul Aziz, rongga berperanan dalam menetukan penghasilan bunyi-bunyi bahasa. Bibir Menurut buku Bahasa Melayu 1 yang ditulis oleh Siti Hajar Abdul Aziz, bibir berfungsi untuk menyekat perjalanan udara. Bibir juga berfungsi untuk membuat sekatan kepada udara yang keluar melalui rongga mulut. Gigi Menurut buku Bahasa Melayu 1 yang ditulis oleh Siti Hajar Abdul Aziz, gigi berfungsi untuk menahan udara daripada terus keluar dengan bebas melalui rongga mulut. Gigi juga berperanan dalam penghasilan bunyi-bunyi bahasa, tetapi peranannya tidaklah aktif. Menurut Linguistik Am yang ditulis oleh Prof Gusi Menurut buku Bahasa Melayu 1 yang ditulis oleh Siti Hajar Abdul Aziz, gusi berfungsi sebagai daerah artikulasi, iaitu daerah penyebutan dan tidak boleh digerak-digerakkan. Gusi juga berperanan dalam pengeluran bunyi-bunyi bahasa dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi untuk membuat penyekatan, misalnya ketika mengujarkan bunyi [ t ] dan [ d ]. Lelangit Menurut buku Bahasa Melayu 1 yang ditulis oleh Siti Hajar Abdul Aziz, lelangit keras berfungsi sebagai daerah artikulasi dalam mengeluarkan bunyi- bunyi bahasa. Lelangit lembut berperanan dalam menentukan sama ada bunyi yang dihasilkan itu bunyi oral atau bunyi nasal. Menurut Linguistik Pengenalan yang ditulis oleh Radiah Yussoff dan Nor Aini Ismail, lelangit lembut berfungsi untuk mengawal udara untuk sama ada keluar melalui mulut atau hidung. Epiglotis Menurut buku linguistik untuk bukan ahli linguistik yang ditulis oleh Frank Parker, epiglotis berfungsi menutup peti suara semasa makan, justeru itu ia melindungi saluran ke paru-paru. Menurut buku yang ditulis oleh Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar, epiglotis berfungsi sebagai penutup kepada masuknya makanan dan minum ke trakea. http://erynnsyah.blogspot.com/

Anda mungkin juga menyukai