Anda di halaman 1dari 28

PPGPJJ SEMESTER 2 SESI 2013/2014

BML 3043 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU



TAJUK TUGASAN








DISEDIAKAN OLEH:
NAMA NO. MATRIK



PUSAT PEMBELAJARAN : EL-
NO UNTUK DIHUBUNGI:



PEMARKAHAN
1. Dengan bantuan gambar rajah, huraikan vokal dan konsonan bahasa Melayu.
2. Bincangkan hal mengenai pasangan minimal bahasa Melayu.
1. 3. Bincangkan hal mengenai Sistem Ejaan Baharu bahasa Melayu serta contoh-contoh
perkataan dalam 18 jenis keselarasan vokal dalam ejaan baharu bahasa Melayu tersebut.


ISI KANDUNGAN
TAJUK MUKA SURAT
Soalan 1:
Dengan bantuan gambar rajah, huraikan vokal dan
konsonan bahasa Melayu.


Soalan 2:
Bincangkan hal mengenai pasangan minimal bahasa
Melayu.

Soalan 3:
Bincangkan hal mengenai Sistem Ejaan Baharu
bahasa Melayu serta contoh-contoh perkataan dalam
18 jenis keselarasan vokal dalam ejaan baharu bahasa


3-20



21

21-28
Rujukan 29


























SOALAN 1: Dengan bantuan gambar rajah, huraikan vokal dan konsonan bahasa Melayu.
PENGENALAN
Bahasa merupakan alat komunikasi yang penting bagi manusia. Alat pertuturan ini
sememangnya kompleks, tetapi teratur dengan menggunakan kod-kod tertentu. Asmah Hj Omar
(1986) mengatakan bahasa yang digunakan oleh manusia adalah menggunakan alat-alat ujaran
yang terdapat dalam tubuh badan manusia itu sendiri. Contohnya bibir, lidah, lelangit dan pita
suara.
Huraian mengenai vokal dan konsonan tergolong dalam bab fonetik dan fonologi. Maksud
dan definisi fonetik menurut Kamus Dewan (1996:354), fonetik ialah ilmu bahasa (linguistik) yang
berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya. Manakala
mengikut Merriam Websters Collengiate Dictionary tenth edition (1996:873), fonetik dikatakan
sebagai the system of speech sounds of a language or group of languages.
Maksud dan makna fonologi adalah seperti yang berikut menurut kamus dewan, fonologi
merupakan kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatu bahasa (1996:354). Dalam Merriam
Websters Collegaite Dictionanry tenth edition (1996:874) fonologi dihuraikan sebagai the
science of speech sounds including, especially the history and theory of sound changes in a
language or in two or more related languages.
Mengikut Kamus Linguistik (Harimurti Kridalaksana,1984:51) memberikan definisi fonologi
sebagai bidang dalam linguistik yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa mengikut fungsinya.

Huraian huruf Vokal

Menurut Mohamad Yunus Maris (1964), terdapat lapan buah vokal Dalam bahasa
Melayu. Ini diterapkan dalam rajah berikut.
Terdapat empat vokal depan dalam bahasa Melayu iaitu [i], [e], [] dan [a] manakala tiga
Vokal belakang iaitu [u], [o] dan [] dan satu vokal tengah, iaitu []. secara nyata vokal -vokal Ini
tidak betul-betul menyerupai vokal kardinal sepenuhnya. Walau bagaimanapun Vokal Melayu ini
dapat dijelaskan menurut persamaannya dengan vokal-vokal Kardinal.
Bunyi-bunyi vokal ialah bunyi-bunyi bahasa yang bersuara yang ketika menghasilkannya
udara dari paru-paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa
mendapatkan sebarang sekatan atau geseran. Dengan kata lain bunyi-bunyi vokal mempunyai
ciri-ciri seperti bersuara, udara keluar dari paru-paru berterusan dan udara keluar tanpa sekatan
atau geseran.

Manakala penghasilan bunyi-bunyi vokal pula ditentukan oleh beberapa ciri tertentu iaitu,
keadaan bibir sama ada dihamparkan atau dibundarkan, bahagian lidah yang terlibat sama ada
depan lidah atau belakang lidah, turun naik lidah sama ada dinaikkan setinggi-tingginya,
dinaikkan sedikit atau diturunkan, keadaan lelangit lembut, sama ada dinaikkan dan udara dari
paru -paru keluar melalui rongga mulut sahaja ( menghasilkan bunyi-bunyi vokal atau oral) atau
dinaikkan tetapi tidak rapat sehingga udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan juga
rongga hidung ( menghasilkan bunyi-bunyi vokal yang disengaukan) dan keadaan glotis
dirapatkan dan semasa udara keluar dari paru-paru pita suara bergetar. Selain vokal terdapat
juga separuh vokal, diftong dan vokal rangkap.

Huraian Huruf konsonan
Konsonan ialah bunyi selain dari bunyi vokal. Konsonan terhasil apabila terdapat
gangguan atau halangan oleh alat artikulasi terhadap udara dari peparu. Konsonan terdiri
daripada konsonan bersuara dan konsonan tidak bersuara. Konsonan bersuara bermaksud
konsonan yang terhasil apabila tekanan udara yang keluar dari peparu menggetarkan pita suara
manakala konsonan tidak bersuara adalah konsonan yang terhasil apabila udara dari peparu
tidak menggetarkan pita suara.
Dalam bahasa Melayu konsonan terbahagi kepada 2 iaitu konsonan asli dan konsonan
pinjaman. Konsonan asli bahasa Melayu merupakan konsonan yang sedia ada dan diguna oleh
penutur bahasa Melayu tanpa sebarang perlakuan adaptasi oleh penutur. Dalam bahasa melayu
terdapat 9 jenis konsonan iaitu :

a) Dua konsonan letupan dua bibir bersuara dan tidak bersuara ( p, b ).
b) Dua konsonan letupan gusi bersuara dan tidak bersuara ( t, d ).
c) Dua konsonan letupan lelangit lembut bersuara dan tidak bersuara ( k, g ).
d) Satu konsonan hentian glotis. ( ? )
e) Dua konsonan letusan bersuara dan tidak bersuara ( c, j )
f) Dua konsonan geseran tidak bersuara, iaitu geseran gusi tidak bersuara ( s) dan geseran glotis
bersuara ( h ).
g) Satu konsonan getaran bersuara ( r ).
h) Satu konsonan sisian bersuara ( i ).
i) Empat konsonan sengauan bersuara (m, n, , n )
j) Dua konsonan separuh vokal bersuara, iaitu ( i ) dan separuh vokal dua bibir bersuara (w).
k) Satu konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara ( j ).

Penghasilan konsonan-konsonan tersebut melibatkan daerah-daerah artikulasi seperti
dua bibir, gusi, lelangit keras, lelangit lembut, pita suara, glotis dan rongga hidung.

Cara bunyi huruf Vokal
Bunyi vokal ialah bunyi yang dihasilkan tanpa halangan, sekatan, ataupun sisian
pada arus udara yang dikeluarkan dari paru-paru. Sifat-sifat bunyi vokal adalah;
i. vokal adalah bunyi oral, tetapi ada yang dinasalkan;
ii. vokal adalah bunyi bersuara;
iii. untuk menghasilkan vokal, udara keluar melalui rongga oral tanpa sekatan; dan
iv. sifat vokal ini ditentukan oleh kedudukan lidah dan keadaan bibir.
Terdapat lapan bunyi vokal, iaitu enam vokal asli bahasa Melayu dan dua vokal
pinjaman. Vokal-vokal asli ialah [a, e, i, o, u]. Vokal-vokal pinjaman pula ialah [, ]. Kelapan-
lapan vokal ini ditunjukkan dalam Rajah 11.1 di bawah. Bahagian depan, tengah dan belakang
pada rajah menunjukkan bahagian lidah yang berperanan ketika menghasilkan bunyi-bunyi vokal.

Rajah 1: Kedudukan bunyi vokal dalam Bahasa Melayu
Semasa bunyi vokal dihasilkan;
i. berlaku getaran pada pita suara;
ii. anak tekak dinaikkan;
iii. udara yang keluar dari paru-paru tanpa sebarang halangan atau sekatan, malahan
keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut;
iv. bentuk bibir boleh berkeadaan bundar atau leper.

Vokal Hadapan
Semasa kita menyebut bunyi akhir dalam kata beli, depan lidah dinaikkan tinggi
dalam mulut. Antara depan lidah dan lelangit keras terdapat saluran sempit untuk udara keluar.
Huruf akhir pada perkataan beli, dilambangkan [ i ]. Lambang ini [ i ] ialah lambang fonetik.
Manakala bunyi [ e ] pada perkataan elok, saluran udaranya lebih luas kerana depan lidah
dinaikkan tidak setinggi kedudukannya sewaktu membunyikan vokal [ i ].
Selepas anda membunyikan vokal [ i ], pegang tulang rahang dan sebut bunyi
[ a ]. Anda akan dapat merasakan bahawa tulang rahang turun. Saluran udara menjadi luas
kerana depan lidah juga diturunkan. Jadi bunyi [ a ] adalah bunyi vokal hadapan luas.

a. Vokal Hadapan Sempit [ i ]
Untuk menghasilkan vokal ini, hadapan lidah dinaikkan tinggi tetapi tidak
menyentuh lelangit keras, lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga
hidung. Udara dari paru-paru melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara tanpa
sekatan, halangan atau himpitan yang boleh menyebabkan geseran kedengaran. Pita suara
dirapatkan supaya udara yang keluar dapat menggetarkan selaput suara. Bibir berada dalam
keadaan terhampar.
Cuba anda sebut perkataan-perkataan berikut;
Awal kata Tengah Kata Akhir Kata
[ikan] [lipat] [gali]
[ikat] [lihat] [sari]
[ipar] [bila] [cari]







Rajah 2: Pengujaran vokal depan sempit [ i ]
b. Vokal Hadapan Separuh Sempit [ e ]
Vokal ini terletak di tengah bahagian hadapan mulut. Kalau kita menyebut vokal [
e ], bahagian depan lidah diturunkan satu pertiga daripada kedudukan vokal [ i ]. Untuk
menyebutnya, hadapan lidah dinaikkan tetapi lebih rendah daripada bunyi vokal [ i ]. Lelangit
lembut terangkat rapat ke belakang tekak dan menutup rongga hidung. Udara dikeluarkan dari
paru-paru melalui rongga mulut tanpa sekatan. Pita suara akan bergetar. Lihat Rajah 2 di atas.
Cuba anda sebut perkataan-perkataan berikut;
Awal Kata Tengah Kata Akhir Kata
[ elo ] [ laher ] [ kole ]
[ esa ] [ merah ] [ sate ]
[ ela ] [ sepa ]
c. Vokal Hadapan Separuh Luas [ ]
Bahagian depan lidah diturunkan sepertiga daripada kedudukan vokal semasa
melafazkan bunyi [ e ]. Lelangit lembut pula terangkat rapat ke belakang tekak dan menutup
rongga hidung. Udara keluar melalui rongga mulut dan pita suara bergetar. Semasa bunyi
dilafazkan kedudukan bibir dalam keadaan terhampar.





Rajah 3: Vokal Depan Separuh Luas
d. Vokal Hadapan Luas [ a ]
Vokal ini dihasilkan dengan menurunkan hadapan lidah serendah-rendahnya. Lelangit
lembut berkeadaan terangkat rapat ke belakang tekak dan menutup rongga hidung. Pita suara
bergetar. Vokal ini paling banyak terdapat dalam Bahasa Melayu. (rujuk Rajah 4)


Rajah 4: Vokal Hadapan Luas [ a ]

Contoh:

Awal Kata Tengah Kata Akhir Kata
[ ala ] [ mkan ] [ lala ]
[ ali ] [ sara ] [ papa ]

Vokal Belakang
Vokal belakang dihasilkan dengan mengangkat belakang lidah ke lelangit lembut.
Kemudian belakang lidah diturunkan satu pertiga ke bawah di bahagian belakang lidah seperti
dalam menghasilkan bunyi vokal depan. Udara keluar dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa
sekatan. Pita suara bergetar. Bibir dibundarkan semasa menghasilkan bunyi ini.

a. Vokal Belakang Sempit [ u ]
Bahagian belakang lidah diangkat tinggi ke arah lelangit lembut tetapi tidak menyentuhnya.
Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan pita suara bergetar. Bibir berada dalam keadaan
bundar. (rujuk Rajah 5)

Rajah 5: Vokal Belakang Sempit [ u ]
Contoh;
Awal Kata Tengah Kata Akhir Kata
[ upah ] [ sulam] [ buku ]
[ ubah ] [ luka ] [ dulu ]
b. Vokal Belakang Separuh Sempit [ o ]
Vokal ini dihasilkan dengan belakang lidah diturunkan sedikit daripada titik yang paling
tinggi semasa melafazkan bunyi [u]. Belakang lidah dinaikkan separuh sempit ke arah lelangit
lembut, sementara lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga hidung
sementara pita suara digetarkan. (lihat Rajah 6)


Rajah 6: Vokal Belakang Separuh Sempit [o]
Contoh:
Awal Kata Tengah Kata Akhir Kata
[ oleh ] [ sogo ] [ solo ]

c. Vokal Belakang Separuh Luas [ ]
Untuk menghasilkan bunyi vokal ini, belakang lidah dinaikkan separuh luas ke arah
lelangit lembut. Lelangit lembut pula diangkat rapat kepada belakang tekak dan menutup rongga
hidung. Udara keluar melalui rongga mulut sambil menggetarkan pita suara. Semasa bunyi ini
dilafazkan, bibir berada dalam keadaan bundar.

Contoh:
Awal Kata Tengah Kata Akhir Kata
[ ra] [ tlak] [ blt ]



d. Vokal Tengah [ ]
Vokal tengah dihasilkan dengan meletakkan lidah seperti biasa di bahagian bawah
rongga mulut. Bahagian tepi lidah dilengkungkan sedikit, manakala rongga mulut berkeadaan
sederhana luasnya. Lelangit lembut terangkat rapat ke belakang tekak untuk menutup rongga
hidung. Udara keluar daripada paru-paru tanpa sekatan. Pita suara bergetar.


Rajah 7: Vokal Tengah
Contoh:
Awal Kata Tengah Kata Akhir Kata
[ ma ] [ sma ]

Bunyi Konsonan
Konsonan ialah bunyi-bunyi bahasa yang apabila dikeluarkan, bunyi-bunyi ini menerima
sekatan, sempitan dan geseran sama ada di bahagian rongga mulut, tekak atau hidung. Bunyi
konsonan terhasil apabila berlakunya sekatan udara yang mengalir dalam saluran suara. Bunyi-
bunyi konsonan ada yang bersuara dan ada yang tidak bersuara. Rujuk Rajah 8 untuk melihat
cara-cara menghasilkan bunyi-bunyi konsonan bahasa Melayu.

Rajah 8: Konsonan Bahasa Melayu
Dalam Bahasa Melayu, konsonan terbahagi kepada konsonan asli dan pinjaman. Konsonan asli
terdiri daripada bunyi-bunyi letupan, letusan, sengauan, geseran, sisian, getaran dan bunyi
separuh vokal.
Konsonan Letupan (Plosif)
Konsonan letupan dihasilkan dengan merapatkan alat sebutan kepada mana-mana
daerah sebutan.. Udara yang keluar dari paru-paru melalui rongga mulut akan tersekat. Apabila
udara yang tersekat ini dilepaskan dengan serta merta maka terhasillah bunyi letupan. Bunyi
letupan akan berubah-ubah apabila daerah dan alat sebutannya diubah.

a. Letupan bibir [ p ], [ b ]
Letupan bibir dihasilkan dengan merapatkan bibir nbawah ke bibir atas dan lelangit
lembut dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Udara dari paru-paru akan tersekat dan
dilepaskan serta-merta. Apabila letupan itu dilakukan dengan pita suara tak bergetar maka bunyi
yang dihasilkan adalah letupan bibir tak bersuara [ p ]. Contoh, [ parah ], [ rupa ]. Apabila pita
suara bergetar maka bunyi yang dihasilkan ialah letupan bibir bersuara [ b ]. Contoh, [ baru ],
[ biru ], [ habuk ]


Rajah 9: Konsonan letupan bibir [p] dan [b]

b. Letupan gusi [ t ], [ d ]
Bunyi konsonan letupan gusi dihasilkan dengan hujung lidah dirapatkan ke gusi atas.
Lelangit lembut dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Udara yang tertahan dalam rongga
mulut dilepaskan serta-merta pada bahagian hujung lidah dan gusi.Jika pita suara bergetar maka
bunyi yang dihasilkan ialah letupan gusi bersuara [ d ]. Contoh, [ dada ], [ nada ], [ tidur ]. Jika
pita suara tidak bergetar, maka bunyi yang dihasilkan ialah letupan gusi tak bersuara [ t ]. Contoh,
[ tanah ], [ mata ]

Rajah 10: Konsonan letupan gusi [t] dan [d]
c. Letupan lelangit lembut [ k ], [ g ]
Letupan lelangit lembut dihasilkan apabila belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut.
Lelangit lembut dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Udara yang tertahan dilepaskan
dengan serta-merta pada bahagian belakang lidah dan lelangit lembut. Bunyi suara yang
dihasilkan ialah letupan lelangit lembut [ k ] tak bersuara di mana pita suara tidak bergetar.
Contoh, [ kaki ], [ laku ], [ saku ]. Apabila pita suara bergetar maka bunyi suara yang dihasilkan
ialah letupan lelangit lembut [ g ] bersuara. Contoh, [ gaya ], [ pagar ], [ segar ]

Rajah 11: Konsonan letupan lelangit lembut [k] dan [g]

d. Letupan pita suara/hentian glotis [ ]
Hentian glotis terhasil dengan cara lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke dinding
rongga tekak untuk membuat sekatan udara ke rongga hidung. Udara kemudian terhalang, iaitu
disekat dan dilepaskan serta-merta pada bahagian pita suara. Pita suara tidak bergetar. Maka
terhasillah [ ]. Contoh, [ poko ], [ keadaan ]

Konsonan Letusan (Afrikat)
Bunyi letusan dihasilkan dengan merapatkan alat artikulasi sehingga udara tersekat.
Lelangit lembut dinaikkan untuk menutupi rongga hidung. Udara kemudiannya terhalang, iaitu
disekat dan dilepaskan perlahan-lahan pada bahagian lelangit keras. Maka terhasillah fonem [ ]
di mana pita suara tidak bergetar. Contoh, [ awan ], [ baa ]. Apabila pita suara
bergetar, bunyi suara yang dihasilkan ialah konsonan letusan lelangit keras bersuara [ ]. Contoh,
[ alan ], [ baa ]

Rajah 12: Konsonan letusan [ ] dan [ ]

Konsonan Sengauan (Nasal)
Dalam Bahasa Melayu terdapat empat bunyi nasal. Bunyi nasal berlaku apabila alat
artikulasi dirapatkan kepada daerah artikulasi. Lelangit lembut diturunkan untuk membuka
rongga hidung. Udara keluar dari paru-paru melalui rongga hidung dan rongga mulut. Pita suara
akan bergetar.

a. Konsonan sengauan dua bibir bersuara [ m ]
Udara dari paru-paru dipam ke pita suara. Lelangit lembut diturunkan untuk membuka
rongga hidung. Udara terhalang pada bahagian dua bibir, kemudian keluar melalui rongga
hidung dan rongga mulut, maka terhasillah fonem [ m ]. Contoh perkataan [ mlu ], [ amn ].
(rujuk Rajah 13)






Rajah 13: Konsonan Sengauan [m]
b. Konsonan sengauan gigi-gusi bersuara [ n ]
Bunyi terhasil apabila udara terhalang pada bahagian hujung lidah dan gusi
kemudian keluar melalui rongga hidung dan rongga mulut. Apabila udara tiba di rongga tekak,
lelangit lembut diturunkan untuk membuka rongga hidung. Bunyi yang dihasilkan ialah konsonan
sengauan gigi-gusi bersuara [ n ]. Contoh perkataan ialah, [ nsi], [ nns ]. (rujuk Rajah 14)









Rajah 14: Konsonan Sengauan [n]

c. Konsonan sengauan lelangit keras [ ]
Bunyi konsonan ini dihasilkan apabila udara yang terhalang pada bahagian depan
lidah dan lelangit keras, kemudian keluar melalui rongga hidung dan rongga mulut. Bunyi suara
yang dihasilkan ialah fonem [ ]. Contoh perkataan ialah, [ ala ], [ baak ]. (rujuk Rajah 15)






Rajah 15: Konsonan sengauan [
d. Konsonan sengauan lelangit lembut bersuara [ ]
Belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut. Udara terhalang pada bahagian
belakang lidah dan lelangit lembut, kemudian keluar melalui rongga hidung dan rongga mulut.
Pita suara akan bergetar. Bunyi suara yang dihasilkan ialah [ ]. Contoh perkataan ialah, [ aa ],
[ mail ]. (rujuk Rajah 16)

Rajah 16: Konsonan sengauan [ ]

Konsonan Geseran (Frikatif)
Bunyi geseran dihasilkan dengan menyempitkan rongga aliran udara sewaktu melalui
rongga mulut. Lelangit lembut dinaikkan untuk menutup rongga hidung dan udara hanya keluar
melalui rongga mulut.

a. Geseran gigi-gusi tak bersuara [ s ]
Bunyi dihasilkan apabila udara yang keluar dari paru-paru bergeser pada sempitan lidah
dan gusi. Pada masa ini lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak
untuk menyekat arus udara ke rongga hidung. Pita suara direnggangkan. Arus udara melalui
rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara maka terhasillah bunyi gusi tak bersuara [ s ].
Contoh perkataan ialah, [ salah ], [ msa ], [ bas ]. (rujuk Rajah 17)


Rajah 17: Konsonan Geseran [ s ]

b. Geseran glotis tak bersuara [ h ]
Bunyi dihasilkan apabila udara keluar melalui pita suara yang renggang tanpa halangan.
Glotis terbuka luas dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke dinding belakang tekak. Bunyi suara
yang dihasilkan ialah [ h ], geseran glotis tak bersuara. Contoh perkataan ialah, [ hawa ], [ mha ]
(rujuk Rajah 18)

Rajah 18: Konsonan Geseran [ h ]

Konsonan Getaran (Tril)
Bunyi dihasilkan apabila udara dari paru-paru ditekan keluar melalui rongga mulut
hingga menggetarkan lidah pada bahagian gigi-gusi. Lelangit lembut dinaikkan untuk menutup
rongga hidung. Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi getaran gusi bersuara [ r ]. (rujuk Rajah 19)

Rajah 19: Konsonan Getaran [ r ]

Konsonan Sisian (Lateral)
Udara dikeluarkan melalui rongga mulut terhalang dan keluar melalui kedua-dua belah
kiri dan kanan lidah. Hujung lidah dinaikkan ke bahagian gusi. Pita suara bergetar. Bunyi yang
dihasilkan ialah [ l ]. Contoh perkataan ialah, [ lari ], [ sila ], [ selamat ]. (rujuk Rajah 20)

Rajah 20: Konsonan Sisian [ l ]



Konsonan Separuh Vokal
Untuk menghasilkan bunyi separuh vokal, kedudukan lidah dan ruang udara di dalam
mulut sama kedudukannya seperti ketika menyebut bunyi vokal. Ujaran dilakukan separuh jalan
sahaja.

a. Konsonan separuh vokal dua bibir bersuara [ w ]
Bibir dan belakang lidah seperti untuk membunyikan [ u ], kemudian berlaku geluncuran.
Bunyi yang dihasilkan ialah separuh vokal dua bibir bersuara [ w ]. Contoh perkataan ialah,
[ waya], [ wa ]. (rujuk Rajah 21)

Rajah 21: Konsonan Separuh Vokal [ w ]

b. Konsonan separuh vokal lelangit keras bersuara [ y ]
Kedudukan lidah pada peringkat awal adalah seperti untuk membunyikan [i], kemudian
bergerak kepada kedudukan vokal yang lain. Bunyi ini ialah separuh vokal lelangit keras
bersuara [ y ]

Diftong
Diftong ialah bunyi yang terdapat geluncuran semasa menyebutnya. Diftong
dilambangkan oleh dua huruf vokal yang membentuk satu suku kata. Semasa bunyi diftong
dihasilkan, berlaku getaran pada pita suara. Dalam Bahasa Melayu, terdapat tiga bentuk diftong,
iaitu [ai], [au] dan [oi]. Bunyi diftong dihasilkan apabil sebuah vokal menggeluncur dan bergabung
dengan sebuah vokal lain. Ini dapat dilihat dalam diftong [ai].
Bunyi vokal dimulai dengan cara penghasilan vokal depan luas [a], kemudian berlaku
geluncuran ke arah bunyi vokal depan sempit [i]. Contoh perkataan ialah, [ rumpai ], [ sampai ],
[salai]. Diftong [au] pula dihasilkan apabila vokal depan luas [a] menggeluncur ke arah bunyi
vokal belakang sempit [u] iaitu bibir berada dalam keadaan bundar dan lidah berada di belakang.
Contoh perkataan ialah, [ panau ], [ surau ], [ pulau ]. Pengujaran diftong [oi] dimulai dengan cara
penghasilan vokal belakang separuh sempit [o], kemudian berlaku geluncuran ke arah bunyi
vokal depan sempit [i]. Bibir berkeadaan leper dan lidah berada di hadapan dan bukaan mulut
separuh sempit. Contoh perkataan ialah, [ dodoi ], [ boikot ].




KESIMPULAN

Kajian fonetik dan fonologi melibatkan organ pertuturan manusia secara lansung. Organ
tutur manusia ini disebut alat artikulasi. Terdapat banyak alat artikulasi manusia dan setiap
satunya mempunyai kedudukan dan fungsi yang berbeza dalam menghasilkan bunyi bahasa.
Namun demikian terdapat unsur yang bukan dikategorikan sebagai alat artikulasi manusia, tetapi
mempunyai peranan yang amat penting dalam menghasilkan bunyi. Unsur tersebut ialah udara
dan merupakan sumber tenaga utama dalam menghasilkan bunyi.

Bunyi vokal atau konsonan merupakan antara bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat
artikulasi manusia. Semua bunyi vokal merupakan bunyi-bunyi bersuara, manakala bunyi
konsonan ada yang bersuara dan ada yang tidak bersuara. Bunyi bersuara dan tidak bersuara ini
berkait rapat dengan keadaan pita suara. sekiranya keadaan pita suara (glotis) tertutup rapat
sewaktu udara keluar melaluinya, maka getaran akan berlaku pada pita suara dan bunyi yang
terhasil ialah bunyi bersuara. Sebaliknya jika pita suara itu direnggangkan atau terbuka sewaktu
udara melaluinya, maka getaran pada pita suara tidak berlaku maka yang terhasil ialah bunyi
yang tidak bersuara.

























SOALAN 2: Bincangkan hal mengenai pasangan minimal bahasa Melayu.

Menurut Kamus Linguistik (1997), pasangan minimal ialah dua butir linguistik yang hanya
berbeza pada satu unit, seperti batu dan baku. Perbezaan berlaku pada fonem /t/ dan /k/.Dua
fonem berkontras dalam dua perkataan yang membawa makna yang berbeza.Perbezaan yang
wujud hanya melibatkan satu fonem.Namun, perbezaan ini membawa perbezaan makna.
Dengan demikian, pasangan minimal ialah pasangan terkecil perkataan, iaitu pasangan
perkataan yang hampir sama dari segi sebutan dan juga cara menghasilkan bunyi perkataan
tersebut tetapi masih terdapat perbezaan kecil pada bunyi (fonem) tertentu yang membezakan
makna antara perkataan tersebut. Oleh itu, pasangan minimal ialah pasangan perkataan yang
dibezakan oleh satu fonem sahaja.Ringkasnya, pasangan minimal ialah pasangan kata yang
mempunyai perbezaan fonem terbatas pada satu fonem sahaja (Paitoon, 2006).
Contoh pasangan minimal adalah seperti yang berikut:

paku/paku/-baku/baku/
padan/padan/-padam/padam/
tari/tari/-dari/dari/
laku/laku/-lagu/lagu/
baca/baca/-baja/baja/
sama/sama/-sana/sana/
bawang/bawa/-bayang/baya/
situ/situ/-satu/satu/
garu/garu/-guru/guru/
bila/bila/bela/bela/
serong/sro/-sorong/soro/
buka/buka/-buku/buku/
karam/karam/-garam/garam/
kali/kali/-gali/gali/
guli /guli/ - kuli /kuli/










SOALAN 3
1. Bincangkan hal mengenai Sistem Ejaan Baharu bahasa Melayu serta contoh-contoh
perkataan dalam 18 jenis keselarasan vokal dalam ejaan baharu bahasa Melayu tersebut.
Pengenalan
Dalam Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu yang kita guna pada hari ini merangkumi
penggunaan abjad, penulisan huruf, pengenalan vokal, penulisan konsonan, penulisan digraf,
pembentukan suku kata, penulisan kata, sistem keselarasan vokal, huruf diftong, sistem ejaan
kata pinjaman dan juga kesilapan-kesilapan umum dalam tatabahasa.
Antara aspek penting yang dikaji dalam tugasan ini pula ialah sistem keselarasan vokal
secara umumnya terdiri daripada 18 jenis pola keselarasan vokal. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz,
keselarasan vokal bermaksud kesesuaian dua huruf vokal yang membentuk dua suku kata pada
kata dasar iaitu pasangan natara huruf vokal pada kata pengakhir dengan huruf vokal pada suku
kata tertutup. Prinsip keselarasan vokal ini berlaku dengan syarat-syarat berikut iaitu keselaran
adalah antara dua huruf vokal pada dasarnya, kata dasar hendaklah berakhir dengan sukukata
tertutup dan bagi kata yang mengandungi lebih daripada dua suku kata yang terlibat dengan
sistem keselarasan huruf vokal hanyalah suku kata yang terakhir sahaja.
Aspek keselarasan vokal agak luas mempengaruhi sistem Ejaan Baru. Dalam sistem
baharu ini, pemakaian huruf vokal telah diselaraskan dan dikenali sebagai Sistem Keselarasan
Vokal yang mempunyai 18 pola. Penyelarasan vokal hanya berlaku pada dua sukukata akhir,
kata akhir ndan kata akar sahaja, itupun sekiranya suku kata akhir tertutup.
Kata akar ialah bahagian perkataan yang tertinggal apabila semua imbuhan telah
diasingkan. Contohnya perkataanmempersoalkan akarnya ialah soal. Suku kata ialah pecahan
perkataan mengikut adanya bunyi vokal. Jika perkataan akar itu terdiri daripada tiga sukukata
atau lebih, maka penyelarasan vokal hanya berlaku dalam dua suku kata akhir sahaja, sekiranya
perkataan itu adalah suku kata akhir tertutup. Suku kata tertutup ialah suku kata yang berakhir
dengan huruf konsonan sepertidak, kang. ih, ut dan lain-lain.
Penyelarasan vokal berlaku jika vokal dalam suku kata sebelum akhir itu( iaitu dalam kata
akar) terdiri daripada i, a, u dan e taling. Maka hanya vokal i dan u yang boleh berlaku dalam
suku kata terkahir tertutup contohnya perkataan bilik menjadi bilek. Sekiaranya suku kata
sebelum akhir mempunyai vokal e atau o, maka suku kata akhir tertutupnya juga mempunyai
vokal yang sama.
Selain pola-pola keselarasan vokal tersebut , Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Melayu
juga menerima beberapa pola lain sebagai kekeculian kepada pola keselarasan vokal. Pola
kekecualian ini digunakan untuk mengeja kata-kata pinjaman seperti kata-kata Nusantara atau
bahasa inggeris. Contohnya seperti perkataan kabaret iaitu perkataan inggeris. Perkataan ini
menggunakan pola vokal a-e (taling) sepatutnya, tetapi perkataan dikecualikan dalam kerana
salah satu daripada perkataan pinjaman Bahasa Inggeris.


Sistem Keselarasan Huruf Vokal

Keselarasan vokal bermaksud kesesuaian dua vokal yang membentuk dua suku kata
pada kata dasar, iaitu pasangan di antara huruf vokal pada suku kata praakhir dengan huruf
vokal pada suku kata akhir tertutup.





Pola Keselarasan Huruf Vokal

Keselarasan di antara dua huruf vokal pada kata dasar. Kata dasar hendaklah berakhir
dengan suku kata tertutup. Bagi kata yang mengandungi suku kata lebih daripada dua, yang
terlibat dengan sistem keselarasan huruf vokal hanyalah dua suku kata terakhir sahaja.



Lambang Vokal


Menurut Abdul Hamid Mahmood (1998:65), dalam bahasa Melayu terdapat
enam fonem atau bunyi vokal standard dan huruf-huruf yang melambangkan fonem-fonem
tersebut ialah /a, e, i, o, , dan u. huruf e melambangkan dua fonem iaitu fonem /e/ dan // .
dalam system Zaba /e/ dan // diberi lambing yang berlainan iaitu e dan . Penggunaan ini
menguntungkan dalam mengajar sebutan dan dapat menentukan penyelarasan vocal.
Kekeliruan ejaan yang melibatkan e dan berlaku apabila tidak diberi lambing yang
berlainan. Contohnya, kita sukar membezakan sepak [sepak] dan sepak [spak]. System
ejaan baharu tentu lebih sempurna apabila e dikekalkan atau vocal /e/ diberi lambing
baharu // supaya kita dapat membezakan perkataan seperti spak tendang dan
sepaktempeleng. Seterusnya adalah contoh penggunaannya adalah seperti rajah di bawah.



Huruf Fonem di depan di tengah di belakang
a
e
i
o
u
[a]
[]
[e]
[i]
[o]
[u]
sapi
emak
enak
itu
oleh
usang
badi
sena
petak
simpan
kota
tunas
lupa
imperialisme
tauge
sini
pidato
siku


Rangkap (diftong)

Di dalam bahasa Melayu ada tiga fonem diftong dilambangkan oleh tiga pasang huruf
vokal. Contoh penggunaannya adalah seperti jadual di bawah:


ai
au
oi
/ai/


/au/


/oi/
aising
aurat
oidium
ghairah
saudar
a boikot
pandai
harimau
amboi
Huruf bunyi di depan di tengah dibelakang


Berdasarkan laman sesawang (http://www.scribd.comdoc14981267), sistem keselarasan
huruf vokal bererti sistem atau aturan mengikut kesesuaian dua huruf vokal yang membentuk
dua suku kata pada kata dasar, iaitu pasangan antara huruf vokal pada suku kata praakhir
dengan suku kata akhir penutup. Berlaku mengikut 3 syarat yang berikut:
1. Keselarasan antara dua huruf vokal pada kata dasar.

2. Kata dasar hendaklah berakhiran suku kata penutup.

3. Bagi kata yang melebihi dua suku kata, yang terlibat dalam sistem keselarasan
huruf vokal hanyalah dua suku kata yang terakhir sahaja

Sistem keselerasan huruf vokal adalah untuk memantapkan sistem bahasa Melayu yang
lama kerana dalam Sistem Ejaan Zaba, cara mengeja perkataan tidak diselaraskan
pada vokal. Vokal yang hadir pada suku kata pertama tidak di selaraskan dengan vokal yang
hadir pada suku kata kedua. Contohnya ejaan bagi burong (du+rong), untok (un+tok), dan
bilik (bi+lek) yang menunjukan tiada kedelarasan vokal dalam suku kata pertama dengan
suku kata kedua tertutup menjadi burung (bu+rung) seperti di dalam Sistem Ejaan Baharu.
Terdapat 18 pola keselarasan vokal mengikut sistem ejaan baru bahasa Melayu, iaitu:

Bil. Suku kata praakhir Suku kata Akhir
Tertutup
Contoh Penggunaan
1. a a asal talak halaman
2. a i alih tarik parit
3. a u asuh datuk baruh
4. e (pepet) a emas kelam selam
5. e (pepet) i betik ketil lebih
6. e (pepet) u belut telur perut
7. e (taling) a elak dewan perang
8. e (taling) e (taling) belek gelek leceh
9. e (taling) o elok belok telor
10. i a bilah kilang selinap
11. i i intip pilih sisih
12. i u pikul ribut tidur
13. o a otak borang sekolah
14. o e (taling) oleh boleh celoteh
15. o o obor borong kelompok
16. u a ulat bulat ketupat
17. u i ulit kulit putih
18. u u untuk buluh seluruh

Kekecualian Keseluruhan Huruf Vokal
Kekecualian keselarasan vokal berlaku pada kata-kata asing, khususnya bahasa-
bahasa di Nusantara dan bahasa Inggeris. Prinsip kekecualian vokal sama dengan prinsip
keselarasan huruf vokal. Pola-pola kekecualian yang dimaksudkan adalah seperti berikut:
Bil Pola
Vokal
Contoh Bahasa Nusantara Contoh Bahasa Inggeris
1. a-e taling aneh kaget pamer kabaret panel
2. a-o calon lapor perabot atom faktor
3. e pepet e taling gembleng
4. e pepet o bendok jempol gabenor interkom
5. i-e taling imlek simen tiket
6. i-o ijon pilon diftong transistor
7. u-e taling tulen ulet subjek dokumen
8. u-o bunglon lelucon kupon konduktor
9. a-e pepet pakem teater
10. e taling hipotesis objektif
11. e taling-u petroleum spektrum
12. e pepet e pepet demdem pepet
13. i-e pepet iseng artikel filem
14. o-i fosil hipokrit
15. o-u bonus forum
16. u-e pepet lumer skuter
17. e taling e pepet meter
18. o-e pepet Oktober
Kesalahan Ejaan


Walau bagaimanapun, berlaku juga kesalahan dalam mengeja kata yang tidak
mematuhi pola keselarasan vokal. Hal ini berlaku disebabkan pengarug ejaan lama yang
tidak mengikut pola keselarasan vokal, seperti


Bi
l
Pola Betul Salah
1 a i adik Adek
2 a u batuk Batok
3 e
(pepet)
i
cerdik Cerdek
4 e
(pepet)
u
sentuh Sentoh
5 e
(taling)
i
geletek Gelitek
6 e
(taling)
o
tengkok Tengkuk
7 e
(taling)
- a
aneka Anika
8 i I sirih Sireh
9 i u bisul Bisol
1
0
o o bongko
k
Bungkuk
1
1
o a sekolah Sekulah
1
2
o e topeng Toping
1
3
u I putih Puteh
1
4
u u buruk Burok
27

KESIMPULAN

Kesimpulannya, Perubahan dan penyusunan semula ini telah dapat membantu
pengguna Bahasa Melayu mengeja atau menulis kata-kata dengan ejaan yang betul dan
tepat. Apa yang jelas ialah pelaksaanaan sistem ejaan baru itu telah banyak membantu
mempertingkatkan lagi martabat bahasa Melayu itu sendiri. Satu perkara yang menarik
dalam sistem ejaan baru bahasa Melayu ini ialah perubahan dari Sistem Ejaan Rumi
Zaaba, atau ejaan lama kepada bentuk ejaan baru (1972). Walaupun begitu perubahan
sistem ejaan ini tidaklah banyak atau jauh berbeza, kecuali beberapa perubahan dan
penyelarasan yang telah dibuat.

Salah satu perubahannya ialah huruf gabungan yang digunakan dalam sistem
ejaan Rumi Zaba, iaitu ch, dh, dz, sh, dan th telah diubah menjadi "c, d, z, sy, dan s".
Contoh: chinchin = cincin / dharab = darab / dzalim = zalim / sharat = syarat /
mithal = misal contoh lain : ayer = air. Berdasarkan penjelasan diatas juga, maka jelaslah
kepada kita bahaw perubahan yang nyata dalam Sistem Ejaan Rumi Baharu ini adalah
perubahan 8 pola keselarasan vokal daripada 18 pola kesemuanya. Demikian juga
dengan sistem ejaan yang digunakan dalam konsonan dan beberapa kekecualian dalam
ejaan bahasa Melayu. Ringkasnya, Sistem Ejaan Baharu Bahasa Malaysia adalah antara
yang termudah di dunia kerana hampir seratus peratus bersifat fonemik.























28

RUJUKAN

Abdul Hamid Mahmood(2007). Linguistik Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu, Kuala
Lumpur: Aslita Sdn.Bhd.

Abdul Hamid Mahmood (2012:24). Modul BML 3043: Fonetik dan Fonologi Bahasa
Melayu, Tanjung Malim, UPSI.

Abdullah Hassan, (1980). Lingustik Am Untuk Guru Bahasa Malaysia, Petaling Jaya :
Fajar Bakti

Arbak Othman,(1984). Tatabahasa bahasa Malaysia, Kuala Lumpur : Penerbitan Sarjana
(M) Sdn. Bhd.

Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar, (2006). Fonetik dan Fonologi. Batu Caves: PTS
Publications

Nik Safiah Karim et. al (2006) Tatabahasa Dewan Edisi Baharu, Kuala Lumpur : Dewan
Pustaka.

Siti Hajar Abdul Aziz,(2006). Siri Pendidikan Guru, Bahasa Melayu 1, Oxford Fajar Sdn.
Bhd.

Asmah Hj Omar, Bahasa dan Pemikiran Bahasa Melayu, (1986); Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Kamus Dewan, edisi keempat, (2007 ); Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka..

Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam, Kajian Bahasa, 1986 ; Petaling Jaya: Fajar
Bakti.

Abdullah Bin Hassan (1982). Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia: Fajar Bakti Sdn
Bhd, Kuala Lumpur.

Arbak Othman Dan Ahmad Mahmood Musanid (2000). Linguistik Am. Kuala Lumpur:
Penerbitan Sarjana.

Prof. Dr. Abdul Hamid Mahmood. ( 2000 ). Fonetik Dan Fonologi Bahasa Melayu,Kuala
Lumpur: Affluent Master Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai