Anda di halaman 1dari 21

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

MEI 2012

HBML 1203

FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

NO. MATRIKULASI NO. KAD PENGNEALAN NO. TELEFON E-MEL

: : : :

700505075540001 700505-07-5540 013 3946585 hanita.hashim@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN

SHAH ALAM

HBML 1203

KANDUNGAN 1.0 PENGENALAN 1.1 2.0 Konsep Fonetik dan Fonologi

MUKA SURAT

2 3 3 4 4 4 5-9 10 10 10 11 11 12 13 14 14 15 15 15 16 16 16 - 17

Penghasilan Bunyi Vokal dan Konsonan 2.1 Penggunaan alat-alat artikulasi

2.1.2 Penghasilan bunyi vokal 2.1.3 2.1.4 2.1.5 2.2.0 Ciri-ciri Vokal Jenis Vokal Cara Penghasilan Bunyi Vokal

Penghasilan Bunyi Konsonan 2.2.1 2.2.2 2.2.3 Ciri-ciri konsonan Jenis-jenis Konsonan Bagaimana Bunyi Dihasilkan

2.2.3.1 Konsonan Letupan 2.2.3.2 Konsonan Letusan Lelangit Keras Tidak Bersuara 2.2,3.3 Konsonan Geseran 2.2.3.4 Konsonan Getaran 2.2.3.5 Konsonan Sisian 2.2.3.6 KOnsonan Sengauan 3.0 Pengenalan Fonem dan Alofon 3.1 3.2 3.2.1 3.3 Konsep Fonem Konsep Alofon Contoh dan Huraian Alofon Kaedah Penentuan Fonem dan Alofon dalam Bahasa Melayu 4.0 Takrif Suprasegmental 4.1 4.2 Ciri-ciri Suprasegmental Kepentingan Suprasegmental dalam Pengajaran Kemahiran Lisan 5.0 Kesimpulan

18 18

19 20

HBML 1203

1.0

PENGENALAN

Bidang fonologi adalah bidang yang mengkaji salah satu daripada aspek yang terpenting dalam bahasa iaitu bunyi. Bidang ini juga disebut sebagai bidang fonetik namun terdapat sedikit perbezaan.

1.1

KONSEP FONETIK DAN FONOLOGI

Fonetik ialah satu pengkajian terhadap bunyi pertuturan bahasa yang dikeluarkan oleh manusia ketika bertutur dengan menggunakan organ-organ tertentu. Menurut Kamus Dewan (2007 - 414) fonetik ialah ilmu bahasa (linguistik) yang berkaitan dengan

penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2006) asal perkataan fonetik adalah daripada bahasa Greek yang kemudiannya disebut sebagai phone yang bermaksud bunyi (suara). Kajian fonetik memberikan tumpuan kepada fon atau bunyi bahasa dan bagaimana bunyi-bunyi bahasa itu dihasilkan, didengar dan diinterpretasikan. Kajian fonetik dapat dipecahkan kepada tiga bahagian iaitu fonetik akustik, fonetik artikulasi dan fonetik auditori. Bidang fonetik ini juga mengkaji unsur setiap bunyi dan menghasilkan transkripsi fonetik untuk semua bunyi dari semua bahasa. Fonologi juga adalah suatu bidang bahasa dalam linguistik yang berfungsi menyelidiki bunyi-bunyi bahasa yang dikeluarkan oleh organ-organ ujaran

manusia.Menurut Kamus Dewan (2007 414) fonologi ialah kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatu bahasa. Manakala menurut Rahimah Hj Sabran dan Rahim Sham, bidang fonologi ialah bidang yang mengkaji sistem bunyi-bunyi yang tertentu dalam pertuturan khusus bagi sesuatu bahasa.

HBML 1203

2.0

PENGHASILAN BUNYI VOKAL DAN KONSONAN Bunyi vokal atau konsonan merupakan antara bunyi bahasa yang dihasilkan oleh

alat-alat artikulasi manusia. Semua bunyi vokal merupakan bunyi bersuara manakala bunyi konsonan ada yang bersuara dan ada yang tidak bersuara. Bunyi-bunyi bahasa yang dikeluarkan secara sistematik telah melibatkan banyak proses.

2.1

Penggunaan Alat-Alat Artikulasi Menurut Dr.Abdullah Hassan, alat artikulasi adalah alat untuk menghasilkan

bunyi. Organ dalam sistem penghasilan bunyi dikenali sebagai organ artikulasi. Terdapat banyak alat yang terlibat dalam mengeluarkan bunyi bahasa iaitu alat-alat yang terlibat dalam sistem udara yang keluar dan masuk ke paru-paru untuk menghasilkan bunyi bahasa. Alat-alat artikulasi utama terdiri daripada bibir, lidah, gusi(alveolar),

lelangit(palatal), anak tekak, gigi, rongga, pita suara dan rahang. Keseluruhan organ artikulasi dapat dijelaskan dalam rajah 1.0 di bawah.

1. Bibir atas 2. Bibir bawah 3. Gigi atas 4. gigi bawah 5. Gusi

6. Lelangit keras 7. Lelangit lembut 8. Anak tekak 9. Hujung lidah 10. Hadapan lidah

11. Tengah lidah 12. Belakang lidah 13. Akar lidah 14. Epiglotis 15. Pita suara

16. Rongga tekak 17. Rongga hidung 18. Rongga mulut 19. Rahang 20. Tenggorok

HBML 1203

2.1.2

Penghasilan Bunyi Vokal Menurut Harimurthi Kirdalaksana (1983:177) vokal adalah bunyi suara yang

dihasilkan dengan getaran pita suara dan tanpa penyempitan dalam saluran suara di atas glotis.Perkataan vokal berasal dari perkataan latin vocalis yang bermaksud bertutur kerana dalam kebanyakan bahasa, perkataan dan perbualan tidak menjadi tanpa bunyi vokal

2.1.3

Ciri-ciri Vokal Dalam penghasilan bunyi vokal lidah dan bibir dianggap mempunyai peranan

yang terpenting. Vokal ialah bunyi-bunyi bersuara yang apabila dihasilkan, udara dari paru-paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa sebarang sekatan atau gangguan. Bunyi vokal mempunyai ciri-ciri kelantangan dan kepanjangan. Ini bermaksud bunyi-bunyi vokal dapat didengar dengan lebih jelas dan lebih panjang daripada bunyi-bunyi konsonan. Seterusnya udara mesti keluar menerusi rongga mulut bagi menghasilkan bunyi vokal bukan bunyi sengauan. Pita suara pula mesti bergetar dan lelangit lembut mesti dinaikkan.

2.1.4

Jenis-jenis Vokal Vokal bahasa Melayu terbahagi kepada tiga jenis iaitu vokal hadapan, vokal

tengah dan vokal belakang. Vokal-vokal itu ialah [a], [e], [], [i], [o], [u]. Vokal dalam bahasa Melayu terdiri daripada enam jenis dari segi tulisan dan sebutan baku iaitu tiga vokal depan[i], [e], [a], satu vokal tengah [], dan dua vokal belakang iaitu [u] dan [o]. Kedudukan vokal-vokal dapat dilihat seperti berikut

HBML 1203

2.1.5

Cara Penghasilan Bunyi Vokal Dalam penghasilan bunyi vokal lidah merupakan alat artikulasi yang penting.

Kedudukan tinggi dan rendah lidah semasa menghasilkan bunyi vokal ditunjukkan dalam gambar rajah 1.1 di bawah :

Rajah 1.1

Untuk menghasilkan vokal hadapan sempit [i] depan lidah dinaikkan tinggi tetapi tidak menyentuh lelangit keras, lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Bibir dihamparkan. Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara. Bunyi yang dihasilkan ialah [i] dalam perkataan. Contohnya :

i) ii) iii)

awal perkataan tengah perkataan akhir perkataan

: : :

ikan, ibu, biru, sila, tali, beri,

Rajah 1.2 yang menunjukkan penghasilan vokal hadapan sempit [i]

Rajah 1.2

HBML 1203

Seterusnya, vokal hadapan separuh sempit [e] terletak di tengah bahagian hadapan mulut. Untuk menyebut vokal ini hadapan lidah dinaikkan tetapi lebih rendah daripada bunyi vokal [i] sementara alat-alat lain serupa peranannya. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan pita suara dirapatkan. Contoh: bilik, jari dan cari.Rajah 1.3

menunjukkan penghasilan vokal hadapan separuh sempit[e].

Rajah 1.3

Vokal hadapan separuh luas [] pula hadapan lidah dinaikkan separuh luas yang bergerak ke arah lelangit keras, iaitu hujung lidah mencecah gigi dan gusi sebelah bawah. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga hidung dan pita suara bergetar.Contoh di awal kata ialah [mak] dan tengah kata pula ialah [pmbli]. Rajah 1.4 yang menunjukkan vokal hadapan separuh luas.[]

Rajah 1.4

HBML 1203

Vokal hadapan luas [a] pula terletak jauh di bawah, seolah-olah terhampar dan mulut dalam keadaan terbuka luas. Hadapan lidah dinaikkan sedikit sahaja ke arah lelangit keras, anak tekak dan lelangit lembut menutup rongga hidung dan pita suara bergetar. Rajah 1.5 vokal hadapan luas [a]

Rajah 1.5

Bagi vokal belakang sempit [u] bahagian belakang lidah dinaikkan ke arah lelangit lembut untuk menyempitkan rongga mulut tetapi tidak mencecah lelangit lembut, sementara lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan pita suara bergetar. Contoh perkataan : [baru] [tiru] [pupus]

Rajah 1.6 vokal belakang sempit [u]

Rajah 1.6

HBML 1203

Seterusnya vokal belakang separuh sempit [o] kita perlu menaikkan belakang lidah separuh sempit ke arah lelangit lembut, sementara lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga hidung sementara pita suara digetarkan. Contoh : [oleh] [tolol] [boleh]. Rajah 1.7 vokal belakang separuh sempit [o]

Rajah 1.7

Bagi menghasilkan bunyi vokal belakang separuh luas [ ] bibir dibundarkan, belakang lidah dinaikkan separuh luas ke arah lelangit lembut, lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga hidung. Pita suara digetarkan. Contoh [ ra], [b ra], [b l t]. Rajah 1.8 menunjukkan vokal belakang separuh luas.

Rajah 1.8

HBML 1203

Vokal tengah pendek [] dihasilkan dengan menaikkan bahagian tengah lidah ke arah pertemuan antara lelangit keras dan lelangit lembut. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan untuk menutup rongga hidung, pita suara dirapatkan supaya semasa udara melaluinya, pita suara akan bergetar. Contohnya ialah [prahu], [tmpat] dan [mpat]. Rajah 1.9 menunjukkan vokal tengah pendek.

Rajah 2.0

Vokal sengau terhasil apabila lelangit lembut dan anak tekak tidak dinaikkan cukup tinggi untuk menutup rongga hidung. Apabila rongga hidung tidak tertutup rapat, udara keluar dari kedua-dua rongga iaitu rongga hidung dan mulut. Untuk menandakan bunyi sengaunya, vokal tadi digunakan [-] di atas vokal berkenaan. Contoh [makan]

2.2.0

Penghasilan Bunyi Konsonan Konsonan ialah bunyi selain bunyi vokal. Bunyi konsonan dihasilkan dengan

melakukan sekatan terhadap arus udara yang dilepaskan melalui paru-paru. Sekatan itu dapat dilakukan dalam bentuk hentian sepenuhnya, hentian sebahagian atau hentian sekejap-sekejap.

2.2.1

Ciri-ciri Konsonan Konsonan terhasil apabila terdapat gangguan seperti sekatan, sempitan dan

geseran oleh alat artikulasi terhadap udara dari peparu. Ada konsonan yang bersuara dan ada konsonan yang tidak bersuara, bergantung sama ada pita suara digetarkan atau tidak. 9

HBML 1203

Dalam Bahasa Melayu konsonan terbahagi kepada dua iaitu konsonan asli dan konsonan pinjaman. Konsonan asli Bahasa Melayu merupakan konsonan sedia ada dan diguna oleh penutur Bahasa Melayu tanpa sebarang perlakuan adaptasi oleh penutur.

2.2.2

Jenis-jenis Konsonan Terdapat lapan jenis konsonan iaitu :

Konsonan letupan Konsonan letusan Konsonan geseran Konsonan getaran Konsonan sisian Konsonan sengauan (nasal) Konsonan separuh vokal Konsonan pinjaman

2.2.3

Bagaimana Bunyi Konsonan Dihasilkan Dalam Bahasa Melayu terdapat lapan belas bunyi konsonan asli dan sembilan konsonan pinjaman. Cara-cara menghasilkan bunyi-bunyi konsonan dapat diklasifikasikan mengikut cara dan daerah sebutannya seperti yang terdapat dalam jadual berikut Daerah Sebutan Lelangit Gigi-gusi keras Td Cj N (ny) S R L -

Cara sebutan Letupan Letusan Sengau Geseran Getaran Sisian Separuh vokal

Bibir Pb M W

Lelangit lembut Kg (ng) -

Glottis H -

10

HBML 1203

2.2.3.1

Konsonan Letupan Jika lelangit lembut dinaikkan dan bibir dirapatkan, kemudian udara tersekat pada

dua bibir dan udara dipaksa keluar. Jika dengan cepat dibuka mulut keluarlah bunyi [p]. Penghasilan konsonan ini dinamakan letupan dua bibir tidak bersuara kerana pita suara tidak bergetar. Jika pita suara bergetar, bunyi itu ialah letupan dua bibir bersuara. [b]. Rajah 2.1 bunyi letupan dua bibir.

Rajah 2.1

Bagi konsonan [t] dan [d] hujung lidah dikenakan pada gusi, lelangit lembut dinaikkan dan udara tertahan. Jika proses sekatan dilepaskan terdapat bunyi [t] letupan gusi tidak bersuara. Jika p[ita suara digetarkan terbitlah bunyi letupan gusi bersuara [d]. Seterusnya konsonan [k] dan [g]. Untuk menghasilkan bunyi [k] rapatkan belakang lidah ke lelangit lembut untuk menyekat arus udara. Di samping itu, lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan ke rongga tekak bagi menyekat arus udara ke rongga hidung. Untuk menghasilkan bunyi [g] caranya sama seperti bunyi konsonan [k] tetapi pita suara dirapatkan, arus udara yang keluar melalui rongga mulut menggetarkan pita suara.

11

HBML 1203

2.2.3.2 Konsonan letusan lelangit keras tidak bersuara []. Depan lidah ditemukan pada daerah lelangit keras dan lelangit lembut dinaikkan rapat ke bahagian belakang rongga tekak. Kemudian, udara daripada paru-paru melalui bahagian rongga mulut dan dibiarkan tersekap di bahagian belakang pertemuan di antara depan lidah dan lelangit keras tersebut. Sekatan udara itu dilepaskan dengan serta-merta tanpa menggetarkan pita suara. Contoh: awalan [atan] [uba] pertengahan [bea] [kaa] akhiran [ma] [kla]

Rajah 2.2 menunjukkan penghasilan konsonan letusan lelangit keras tidak bersuara [].

Rajah 2.2

12

HBML 1203

2.2.3.3 Konsonan Geseran Hadapan lidah dinaikkan ke gusi untuk membuat sempitan pada arus udara. Ketika ini lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara ke rongga hidung. Pita suara direnggangkan. Arus udara melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita udara lalu terhasillah bunyi [s]. Bunyi [h] yang dinamakan bunyi geseran glotis tak bersuara akan dihasilkan apabila udara keluar melalui pita suara yang renggang dan rongga mulut berkeadaan seperti sewaktu mengeluarkan bunyi vokal.Rajah 2.3 menunjukkan konsonan geseran [h]

Rajah 2.3

2.2.3.4 Konsonan Getaran

Apabila hujung lidah diletakkan dekat gusi sehingga udara melalui antara lidah dan gusi, lidah bergetar. Lelangit lembut pada waktu itu dinaikkan. Bunyi yang terhasil dinamakan bunyi getaran gusi bersuara.Rajah 2.4 menunjukkan konsonan getaran [r]

Rajah 2.4 13

HBML 1203

2.2.3.5 Konsonan Sisian Bagi menghasilkan bunyi sisian gusi bersuara [l] hujung lidah dinaikkan ke gusidan lauan udara tersekat. Lelangit lembut dinaikkan dan pita suara bergetar. Udara keluar melalui bahagian tepi lidah.Rajah 2.5 Konsonan sisian [l]

Rajah 2.5

2.2.3.6 Konsonan Sengauan (nasal) Ada empat bunyi nasal dalam Bahasa Melayu. Bibir bawah dirapatkan ke bibir atas. Lelangit lembut dalam keadaan biasa dan tidak dinaikkan rapat ke belakang rongga tekak. Kemudian, udara yang dikeluarkan daripada paru-paru disalurkan terus melalui rongga hidung sambil pita suara digetarkan. Sebagai contoh: awalan [mantan] pertengahan [semak] akhiran [selam

Rajah 2.6 konsonan sengauan dua bibir bersuara [m].

Rajah 2.6

14

HBML 1203

3.0

PENGENALAN FONEM DAN ALOFON

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007) fonem ialah unit bunyi yang terkecil yang boleh membezakan makna.Manakala alofon pula ialah bunyi yang berlainan yang terhasil daripada satu fonem (bunyi), misalnya /k/dalam kita dan kata

3.1

Konsep fonem Fonem ialah unit bahasa terkecil yang berfungsi dalam sesuatu bahasa. Fonem

ialah bunyi bahasa yang dapat membezakan makna kata. Misalnya kata palu. Kata ini terdiri daripada empat unit bunyi iaitu p, a, l, u. Unit-unit bunyi ini dipanggil fonem, iaitu unit terkecil yang berfungsi. Jika p diganti dengan m, maka palu akan bertukar menjadi malu. Oleh itu p dan m adalah unit terkecil yang berfungsi kerana unit itu membezakan maksud kata. Oleh itu /p/ dan /m/ ialah fonem. Fonem dan transkripsi fonem diletakkan dalam kurungan / /.

3.2

Konsep Alofon Alofon merupakan anggota-anggota kepada satu fonem. Alofon juga merupakan

kelainan bunyi antara satu sama lain tetapi masih tergolong ke dalam satu fonem. Kelainan bunyi yang tergolong ke dalam satu fonem ini berlaku akibat terpengaruh oleh bunyi tertentu sama ada yang terdahulu atau terkemudian daripadanya. Dalam fonem jika terdapat dua fonem pada awal dan akhir perkataan dan mempunyai sebutan yang berbeza dipanggil alofon.

3.2.1

Contoh dan huraian alofon Fonem /k/ dalam bahasa Melayu mempunyai beberapa kelainan bunyi (alofon)

kerana terpengaruh oleh bunyi di sekitarnya, misalnya alofon k, k

dan

. Bunyi alofon

k terjadi akibat kehadiran dalam perkataan kiri (atau k yang diikuti oleh vokal depan i). Bunyi k terjadi kerana kehadirannya dalam perkataan kuda (iaitu k yang diikuti oleh terjadi kerana kehadirannya diakhiri kata dalam suku kata 15

vokal belakang u). Bunyi

HBML 1203

tertutup seperti dalam perkataan kaka . Dalam hal ini, alofon k, k

dan

adalah

alofon-alofon daripada keluarga bunyi yang sama, iaitu fonem /k/. Ketiga-tiga bunyi k, k , iaitu adalah bunyi yang mempunyai kesamaan fonetik. Maksudnya bunyi-bunyi

alofon tersebut hampir-hampir sama dari segi cara pengucapannya dan juga cara penghasilannya.

4.0 KAEDAH PENENTUAN FONEM DAN ALOFON DALAM BAHASA MELAYU

Konsep pasangan minima ini merujuk kepada keadaan

dua kata yang

mempunyai perbezaan hanya pada satu bunyi sahaja dan perbezaan ini wujud pada kedudukan dan lingkungan yang sama. Bunyi-bunyi atau segmen-segmen berkenaan dianggap fonem sekiranya ada persamaan dari segi fonetik dan penggantian satu segmen dengan segmen lain menghasilkan perbezaan dari segi makna. Contoh : [tari] [saku] [dari] [sagu]

Perkataan [tari] dan [dari] memperlihatkan perbezaan hanya pada satu segmen iaitu [t] dan [d]. Segmen [t] dan [d] mempunyai persamaan dari segi fonetik kerana dihasilkan secara letupan dan di daerah artikulasi yang sama. Kehadiran kedua-dua segmen berkenaan jelas menghasilkan perbezaan makna.Oleh yang demikian, kedua-dua segmen boleh dianggap dua fonem yang berbeza. Kaedah pasangan minima terdekat juga bertujuan mengenal pasti satu segmen sebagai fonem. Kaedah ini diterapkan sehingga kaedah pertama tidak berjaya. Sekiranya terdapat segmen yang berbeza hadir pada lingkungan yang sama dalam dua perkataan berbeza makna, maka kedua-dua segmen tersebut boleh dianggap sebagai dua fonem yang berbeza.. Bunyi-bunyi dalam lingkungan yang sama mempunyai persamaan dari segi fonetik, misalnya [p]~[b] dan [g]~[k] dalam perkataan [pagar] dan [bakar]. Kaedah penyebaran saling melengkapi adalah kaedah utama dalam usaha mengenal pasti sesuatu segmen sebagai alofon. Konsep ini wujud apabila terdapat dua 16

HBML 1203

segmen tidak boleh hadir dalam lingkungan yang sama. Dengan kata lain, satu segmen mungkin hanya boleh hadir di lingkungan awal kata manakala segmen yang satu lagi pula tidak boleh hadir di lingkungan kata awal. Dalam hal ini segmen-segmen yang memperlihatkan penyebaran saling lengkap-melengkapi adalah alofon kepada satu fonem. Contoh : [kita] [suka] [to] Kaedah variasi bebas bertujuan untuk mengenal pasti sesuatu segmen sebagai alofon. Kaedah ini diterapkan sekiranya kaedah penyebaran saling melengkapi tidak dapat dilaksanakan.Variasi bebas merujuk kepada suatu keadaan di mana alofon kepada satu fonem tersebar dalam satu lingkungan yang sama tetapi tidak membezakan erti.Misalnya makna bagi perkataan [orang] dan [ rang] adalah sama dalam Bahasa

Melayu. Justeru dua fonem yang berlainan tetapi merupakan alofon kepada suatu fonem..

4.0

TAKRIF SUPRASEGMENTAL

Suprasegmental bermaksud unsur-unsur bahasa yang terdapat dalam Bahasa Melayu. Setiap satu bunyi merupakan satu segmen atau penggalan daripada arus turutan.

4.1

Ciri-ciri suprasegmental Ciri-ciri suprasegmental atau suprapenggalan adalah sifat bunyi yang menindihi

sesuatu segmen bunyi sama ada bunyi vokal atau bunyi konsonan. Segmen bunyi yang dicantumkan menjadi urutan yang bermakna akan menghasilkan kata jika dilengkapkan dengan ciri-ciri yang bukan segmental seperti panjang, tekanan, jeda dan intonasi maka barulah makna perkataan itu menjadi pasti dan jelas. Ciri-ciri suprasegmental ada lima jenis iaitu kepanjangan, tekanan, intonasi, jeda dan nada. Kepanjangan adalah kadar panjang atau pendek sesuatu bunyi diucapkan. Untuk kepanjangan diberi lambang titik [ : ] yang dipanggil mora. Dua titik [ : : ] dikatakan dua mora. Seterusnya tekanan menandakan keras atau lembutnya suara yang diperlukan bagi menyebut sesuatu suku kata. Tekanan biasanya ditandakan dengan / /. Lambang ini

17

HBML 1203

diletak di atas suku kata yang menerima tekanan itu.Dalam Bahasa Melayu tekanan ini tidak membezakan makna. Jeda atau persendian pula adalah unsur senyap atau hentian dalam ujaran yang memisahkan antara unsur-unsur linguistik sama ada perkataan, ayat atau rangkai kata. Jeda ditandai dengan lambang [ # ]. Jeda dalam Bahasa Melayu bersifat fonemik kerana boleh membezakan makna. Nada adalah kadar meninggi atau menurun pengucapan sesuatu suku kata atau perkataan. Nada ditandai oleh nombor-nombor 1 (rendah), 2 (biasa), 3 (tinggi) dan 4 (tinggi sekali). Intonasi merupakan lagu bahasa iaitu turun naik nada suara dalam pengucapan ayat atau frasa. Jika digunakan dalam perkataan unsur ini dipanggil tona. Intonasi ayat dalam Bahasa Melayu adalah berbeza, misalnya intonasi ayat berita menurun di akhir ayat, manakala intonasi ayat tanya meninggi di akhir ayat.

4.2

Kepentingan Suprasegmental dalam Pengajaran Kemahiran Lisan

Kemahiran lisan merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh setiap orang sebelum mereka menguasai kemahiran bahasa yang lain. Kebiasaannya kanak-kanak yang dapat menguasai kemahiran lisan dengan baik akan dapat menguasai kemahiran yang lain juga Pertuturan boleh didefinisi sebagai tingkah laku untuk menghasilkan satu kod bahasa dengan membentuk pola-pola bunyi yang sesuai. Pertuturan boleh dibahagi

kepada dua komponen iaitu komponen segmental (artikulasi) dan komponen bukan segmental (suprasegmental / prosody) Penguasaan dan pemahaman yang baik mengenai suprasegmental dapat membantu murid-murid berketrampilan dalam berbahasa. Selain itu, penggunaan unsurunsur bahasa dengan baik ketika pengajaran kemahiran lisan menambah keyakinan murid-murid untuk menguasai kemahiran tersebut.

18

HBML 1203

Semasa kita bertutur penggunaan jeda yang tidak tepat boleh menyebabkan penyampaian makna yang berbeza. Bagi memastikan pengajaran kemahiran lisan yang baik murid perlu mengetahui dan menggunakan jeda di tempat yang betul. Ketika pengajaran kemahiran lisan ujaran yang dihasilkan hendaklah jelas dan lantang serta tersusun rapi. Selain itu, walaupun panjang pendek bunyi diucapkan tidak membezakan makna tetapi murid-murid perlu menguasai unsur suprasegmental ini untuk menjadikannya seorang penutur yang baik. Selain itu, unsur intonasi juga memainkan peranan yang penting dalam pengajaran kemahiran lisan. Dalam Bahasa Melayu intonasi amat penting dalam

membezakan bahagian subjek dan predikat dalam ayat, membezakan jenis-jenis ayat dan situasi percakapan formal atau tidak formal.

5.0

KESIMPULAN Bahasa Melayu mempunyai sistem bunyi yang tersendiri. Bagi menguasai

kemahiran bertutur dengan baik dan berkesan seorang pengguna bahasa perlulah mempunyai pengetahuan yang mendalam tentangnya.Kemahiran dalam menyebut dan membunyikan huruf-huruf vokal dan konsonan boleh menjadikan kita seorang penutur yang baik dan menyampaikan maklumat dengan tepat.Unsur-unsur suprasegmental perlulah diberi perhatian dalam mengkaji dan memartabatkan Bahasa Melayu.Tanpa tekanan, jeda, nada dan intonasi pengucapan Bahasa Melayu kita pasti menjadi kekok dan hambar.

3071 perkataan

19

HBML 1203

RUJUKAN

Indirawati bt. Zahid dan Mardian Shah bt. Omar, (2006),Fonetik dan Fonologi,PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Paitoon M.Chaiyanara,(2006), Pengenalan Fonetik dan Fonologi,Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam ,(1985),Kajian Bahasa : Untuk Pelatih Maktab Perguruan, Fajar Bakti Sdn. Bhd

http://ba-cemerlangbahasadansastera.blogspot.com/2011/02/fonologi-bunyi-vokal-dankonsonan.html

http://www.scribd.com/doc/62449884/14/Definisi-Diftong-dan-Konsonan

20

Anda mungkin juga menyukai