Anda di halaman 1dari 13

HBML 1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

TOPIK 1: PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI


1.1 FONOLOGI Definisi: (a) ..suatu bidang yang mengkaji sesuatu bahasa, iaitu yang berkaitan rumus-rumus atau peraturan yang menentukan sebutan. -Parker (1974:122) (b) bidang linguistik yang mengkaji bunyi-bunyi bahasa mengikut fungsinya.Kamus Linguistik (Harimurti Kridalaksana, 1984:61) (c) the systems of sound used in a language. World Book of Dictionary (Banhart dan Banhart, 1981: 1567) (d) ilmu yang mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam bahasa. -Abdullah Hassan (1993:40) (e) phonology is concerned with the organisation of speech within specific languages. Clark dan Yallop (1995:5) (f) the study of the distinctive sound units of a language, the patterns they form, and the rules which regulate their uses. Phonetics (Roach, 2001:111) (g) the study of sound systems of a language. The Penguin Dictionary (2004:1045) 1.2 FONETIK Definisi: (a) Kamus Dewan (2005:354) - ilmu bahasa (linguistik) yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan penyebutannya. (b) International Encyclopedia of Linguistics (1992:194) the study of the physical characteristics of human speech sounds. (c) The World Book of Dictionary (C.L. Barnhart & R.K. Barnhart,1981:1566) the body of speech of sounds of any one language and their relation to one another (d) Kamus Linguistik (Harimurti Kridalaksana, 1984:51) - ilmu yang menyelidiki penghasilan, penyampaian dan penerimaan bunyi bahasa. (e) Marsono (1986:1) - mengkaji bunyi-bunyi bahasa tanpa meneliti fungsi bunyi itu sebagai pembeza makna dalam sesuatu bahasa. (f) Abdullah Hassan (1993:40) - mengkaji bunyi bahasa dari segi penyebutan, pendengaran atau sifatnya. 1.3 BIDANG-BIDANG FONETIK 1.3.1 Fonetik Artikulasi mengkaji bagaimana bunyi bahasa, organ- paru-paru, larings, rongga mulut, hidung & bibir. 1.3.2 Fonetik Akustik - mengkaji ciri fizikal bunyi & gelombang bunyi, aspek pentingnada, ton, kenyaringan, & tempoh masa. 1.3.3 Fonetik Auditori mengkaji berkenaan dengan pendengaran (semua organ pendengaran luar & dalaman telinga) & proses tertentu yang wujud ketika mendengar bunyi bahasa (proses memungut ransangan, salurke otak & menganalisis). 1.4 PENGENALAN ORGAN ARTIKULASI

HBML 1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

1.5 BUNYI BAHASA Gelombang-gelombang udara yang keluar daripada paru-paru melalui tenggorok, pita suara, rongga tekak dan mulut atau rongga hidung. Udara yang keluar itu akan mengenai bahagian gegendang.telinga dan didengar sebagai bunyi. (a) Bunyi Bahasa & Bunyi Bukan Bahasa Bunyi bahasa - bunyi yang terdapat dalam apa jua bahasa di dunia, berfungsi dalam pertuturan. Bunyi bukan bahasa bunyi bukan bahasa, batuk, berdehem, siulan sendawa,berdengkur & mengigil. (b) Bunyi Bersuara & Bunyi Tak Bersuara Sekiranya semasa udara keluar melalui pintu suara iaitu agak rapat,akan berlakulah getaran, dan bunyi yang terhasil adalah bunyi bersuara. Kalau keadaan glottis itu renggang,atau terbuka,sewaktu udara keluar udara keluar melaluinya tidak berlaku getaran jadi bunyi yang terhasil adalah bunyi tidak bersuara. (c) Cara Bunyi Dihasilkan Udara dikeluarkan dari kedua-dua paru-paru melalui ruang tenggorok atau pita sura dan kemudian masuk ke rongga tekak seterusnya ke rongga mulut atau rongga hidung. Dalam perjalanan ke luar melalui rongga tekak dan rongga dan mulut udara itu mungkin menerima gangguan daripada alat-alat artikulasi atau juga tidak. Bunyi bersuara - jika semasa udara itu melalui pita suara dan pita suara itu renggang sedikit,dan pita suara akan bergetar. Bunyi tidak bersuara- jika pita suara lebih renggang,udara boleh keluar dengan lebih mudah,pita suara tidak bergetar. Udara yang keluar dari pita suara akan masuk ke rongga tekak. Dan terus ke rongga hidung atau rongga mulut. Bunyi sengau - kalau lelangit lembut dan anak tekak tidak menutup ruang ke rongga hidung, udara akan keluar melalui hidung. Bunyi bukan sengau- sekiranya rongga rongga hidung tertutup udara keluar melalui rongga mulut. 1.6 PERANAN AHLI FONETIK & FONOLOGI 1.6.1 Bidang Pendidikan -guru mengajar menyebut @ membunyikan sesuatu huruf, titik artikulasi membantu guru mengajar, aktiviti lisan (nada & intonasi). 1.6.2 Bidang Perubatan- masalah sumbing (sengau)- pembedahan pada bahagian lelangit, bantu pakar perubatan mengatasi masalah fonetik artikulasi, akustik dan auditori. 1.6.3 Bidang Komputer -alat spektrogram - analisis suara manusia dengan bantuan komputer, teks bahasa dapat dibunyikan oleh komputer. 1.6.4 Bidang Perkamusan- kata masukan atau entri perlu diberi cara sebutan yang betul, menentukan bunyi perkataan dengan penggunaan huruf-huruf khas, penggunaan huruf atau lambang fonetik dalam perkamusan. 1.7 PENDEKATAN PEDAGOGI UNTUK MENGAJAR BUNYI BAHASA 1.7.1 Makmal Bahasa- Latihan sebutan sistematik(sebutan yang berasaskan transkripsi fonetik bahasa Melayu) 1.7.2 Aspek Pedagogi- P&P penyebutan fonem bahasa Melayu. Contoh: Latih tubi Langkah: Guru memperkenalkan lambang huruf atau fonem, menyebut bunyi vokal dan konsonan, merakamkan suara melalui pita rakaman atau dengan menggunakan teknik digital recording dan boleh diulang-ulang, Murid mengajuk apa-apa yang disebut oleh guru, guru sebut & murid ajuk dan guru membetulkannya jika tersalah sebut, secara kumpulan boleh mengajuk apa-apa yang disebut oleh guru, guru sebut, murid ajuk dan guru membetulkannya, murid secara individu boleh mengajuk apa-apa yang disebut oleh guru atau rakan. Guru atau rakan sebaya sebut, individu mengulang sebutannya.

HBML 1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU


TOPIK 2: VOKAL DAN KONSONAN BAHASA MELAYU
2.1 VOKAL Sifat- bunyi oral, bunyi bersuara, udara keluar melalui rongga tanpa sekatan, ditentukan oleh kedudukan lidah & bibir. 2.1.1 Vokal Hadapan [i]- depan lidah dinaikkan tinggi dalam mulut. [e]- depan lidah tidak dinaikkan setinggi membunyikan [i].

2.1.2 Vokal Belakang[u]- bibir dibundarkan & belakang lidah dinaikkan dkt dgn lelangit lembut. [o]- kedudukan blkg lidah lbh rendah.

2.1.3 Vokal Tengah [] ada satu iaitu [], dihasilkan dgn mletakkan tgh lidah dkt dgn
lelangit.

2.1.4 Vokal Dinasalkan (a)Vokal Hadapan i. [i] vokal hadapan sempit ii. [e] vokal hadapan separuh sempit iii. [] vokal hadapan separuh luas iv. [a] vokal hadapan luas (b)Vokal Tengah i. []vokal tengah pendek (c) Vokal Belakang i. [u] merupakan vokal belakang sempit ii. [o] merupakan vokal belakang separuh sempit. iii. [] merupakan vokal belakang separuh luas 2.1.5 Cara Penghasilan Vokal (a) Vokal Hadapan (i) Vokal Hadapan Sempit [i] Lidah dinaikkan tinggi ttp tdk menyentuh lelangit keras, lelangit lembut & anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung spy udara tdk keluar melalui rongga hidung, pita suara dirapatkan spy udara keluar dpt menggetarkan selaput suara.

HBML 1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Bunyi yang dihasilkan ialah [i] dalam perkataan contohnya: Awal Ikan Ibu Tengah Bila Tiba Akhir Tali Padi

Gambarajah Yang Menunjukkan Penghasilan Vokal [i]

(ii) Vokal Hadapan Separuh Sempit [e] Depan lidah dinaikkan ttp lbh rendah drpd bunyi vokal [i], lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan & pita suara dirapatkan.
Bunyi yang dihasilkan ialah [i] dalam perkataan contohnya: Bunyi yang dihasilkan ialah [e] dalam perkataan contohnya: Awal Enak Elok Tengah Merah Leka Akhir Kole Tempe

Gambarajah Yang Menunjukkan Penghasilan Vokal [e]

(iii) Vokal Hadapan Separuh Luas [] Depan lidah dinaikkan separuh rendah yg brgerak ke arah leleangit keras, hjg lidah mencecahi gigi & gusi sblh bwah,lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung & pita suara bergetar.
Bunyi vokal yang di hasilkan adalah seperti berikut;

Awal [mak]
Gambarajah Yang Menunjukkan Penghasilan Vokal [ ]

Tengah [pmbli]

Akhir

(iv) Vokal Hadapan Luas [a] Mulut dlm keadaan terbuka luas, hdpn lidah dinaikkan sdkit shj keatas lelangit keras, anak tekak & lelangit lembut menutup rongga hidung & pita suara bergetar.
Bunyi vokal yang di hasilkan adalah seperti berikut;

Awal [ahli] [ambil] Gambarajah Yang Menunjukkan Penghasilan Vokal [a]

Tengah [tapai] [malam]

Akhir [bola] [laba]

HBML 1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

(b) Vokal Belakang (i)Vokal Belakang Sempit [u] Belakang lidah dinaikkan tinggi ke arah lelangit lembut ttp tdk mencecah lelangit lembut, sementara lelangit lembut & anak tekak dinaikkan & pita suara bergetar.
Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal [u]. Awal [baru] [upah] Tengah [tiru] [bubuh] Akhir [pupus] [mulut]

Gambarajah Penghasilan Vokal [u]

(ii) Vokal Belakang Separuh Sempit [o] Belakang lidah dinaikkan separuh sempit ke arah lelangit lembut, lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung sementara pita suara digetarkan.
Contoh bunyi yang dihasilkan Awal [oleh] Tengah [tolol] Akhir [boleh]

Gambarajah Penghasilan Vokal [o]

(iii) Vokal Belakang Separuh Luas [] Belakang lidah dinaikkan separuh luas ke arah lelangit lembut, lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung & pita suara digetarkan.
Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal [] seperti berikut: Awal orang Tengah borang Akhir belot

Gambarajah Penghasilan Vokal []

(c) Vokal Tengah (i) Vokal Tengah Pendek [] Tengah lidah dinaikkan sedikit ke arah lelangit keras, lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung , pita suara dirapatkan supaya udara yang pita suara. [prahu], [tmpat], [mpat].

HBML 1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU


(d) Vokal Sengau Rongga hidung trlibat sama, lelangit lembut & anak tekak tdk dinaikkan cukup tinggi utk menutup rongga hidung. [makan], [nani], [mandi] Hadir dlm keadaan: sblumnya trdpt konsonan sengauan (minum), keduadua vokal dlm susunan perkataan KVKV atau KVKVK (mahu, mewah), kedua-dua vokal yg menuruti konsonan sengauan KVVK [m ?al], keduadu yg mngikuti konsonan sengauan KVKVV (duniya), vokal bg prkataan yg brsal drpd bhs Arab mnuruti geseran rongga tekak [?] dlm tlisan jawi dilambangkan oleh [E] (sa?at). 2.1.6 Diftong Gabungan 2 vokal yg trdpt dlm 1 suku kata yg disebut brterusan tanpa segmen. Ada 3 jenis: [ai], [au], [oi]

1. Diftong [ai] Mulanya, bhgian dpn lidah pd kedudukan utk vokal [a] kmudian brgrk utk vokal [i] tetapi tdk stinggi mnbnyikan [i]. 2. Diftong [au] Depan lidah berada pd kddkn utk vokal [a] kmudian brgerak kpd kddkn utk [u]. 3. Diftong [oi] lidah berada pd kedudukan [o] & kemudian brgrk kpd [i], bibir mula-mula bundar kmudian hampar 2.2 KONSONAN 2.2.1 Konsonan Letupan (a) Konsonan [p] dan [b] [p] - Lelangit lembut dinaikkan dan bibir dirapatkan kemudiaan udara tersekat pada 2 bibir & udara dipaksa keluar serta mulut cepat dibuka. Dipanggil letupan 2 bibir tak bersuara kerana pita suara tdk bergetar. Jika bergetar, letupan dua bibir bersuara [b]. (b) Konsonan [t] dan [d] [t] - Hujung lidah dirapatkan ke gusi, lelangit lembut dinaikkan, udara tertahan & sekatan dilepaskan (letupan gusi tak bersuara). Jika pita suara digetarkan, letupan gusi bersuara [d]. (c) Konsonan [k] dan [g] [k] - Belakang lidah dirapatkan dgn lelangit lembut utk mnyekat arus udara, lelangit lembut & anak tekak dirapatkan ke rongga tekak bg mnyekat arus udara ke rongga hidung. Jika pita suara dirapatkan, arus udara keluar melalui rongga mulut menggetarkan pita suara, [g] dihasilkan. (d) Konsonan [j] dan [dZ] [j] Hdpn lidah dinaikkan rpat ke lelangit keras utk mmbuat sekatan pd arus udara, lelangit lembut & anak tekak dinaikkan ke blkg @ ke dinding rongga tekak utk sekat arus udara ke rongga hidung. Kemudian, pita suara direnggangkan, arus udara tdk mngetarkan pita suara ttpi udara yg trsekat di hdpn lidah & lelangit keras dilepaskan perlahan. [dZ]- proses yg sama ttpi pita suara bergetar. (e) Hentian [?] Lelangit lembut & anak tekak dinaikkan ke dinding rongga tekak utk mmbuat sekatan udara ke rongga hidung. Pita suara dirptkan & arus udara yg kluar dari paru-paru trsekat di bhgian rptn pita suara udara. Pita suara tdk brgetar & hentian glotis trhasil.

HBML 1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU


2.2.2 Konsonan Geseran (a) [s] - Hujung lidah dirapatkan pada gusi , lelangit lembut & anak tekak dinaikkan ke blkg rongga tekak untuk menyekat arus udara ke rongga hidung, pita suara direnggangkan, arus udara melalui rongga mulut tanpa mgetarkan pita suara. (b) [h] - Udara keluar melalui pita suara yg renggang & rongga mulut dlm keadaan mbunyikan hruf vokal & terhasil bunyi geseran tak bersuara [h]. 2.2.3 Konsonan Getaran (a) [r] - Hujung lidah diletakkan dkt gusi sehingga udara melalui lidah & gusi, lidah bergetar & lelangit lembut dinaikkan. 2.2.4 Konsonan Sisian (a) [l] - Hujung lidah dinaikkan ke gusi laluan udara trsekat, lelangit lembut dinaikkan & pita suara bergetar, udara keluar melalui tepi lidah. 2.2.5 Konsonan Sengauan (Nasal) (a) [m] Dua bibir dirapatkan & bunyi yg dihasilkan bernama sengauan dua bibir bersuara. (b) [n]- Hujung lidah dinaikkan ke gusi & bunyi yg dihasilkan sengauan gusi bersuara. (c) [] Tgh lidah dinaikkan ke lelangit keras & bunyi yg dihasilkan dinamakan sengauan lelangit keras bersuara. 2.2.6 Separuh Vokal (a) Fonem konsonan [w]- Kedudukan awal lidah spt membunyikan [u], kmudian brgerak pd vokal lain & bnyi yg dihasilkan dinamakan separuh vokal dua bibir bersuara. (b) [j] Kedudukan lidah pd prgkt awal adalah spt membunyikan [i], kmudian brgrk kpd kedudukan vokal yg lain & bunyi yg dinamakan separuh vokal lelangit keras bersuara. 2.2.7 Konsonan Pinjaman Bunyi-bunyi drpd bahasa Arab; [th] menjadi [s], [gh] menjadi [g], [dh] menjadi [d] & [dz] menjadi [z]. [f] dan [v]- Bibir bawah atas dirapatkan sehingga apabila udara melalui terdapat geseran, lelangit lembut dinaikkan, pita suara tdk bergetar utk membunyikan [f] & pita suara bergetar utk membunyikan [v]. Fonem [z]- Seperti menghasilkan [s], berbeza apabila pita suara bergetar. [s] lelangit lembut dinaikkan & dpn lidah dinaikkan ke lelangit keras, pita suara tdk bergetar. 2.3 FONEM Bunyi bahasa yang menunjukkan perbezaan erti.Cth:kata bayang dan layang. Bunyinya hampir sama, beza [b] dan [l], bnyi mnyebabkan perbezaan erti, Oleh itu /b/ dan /l/ ialah fonem. Fonem dan transkripsi fonem diletakkan dalam kurungan / /. Pasangan kata yang berbeza perkataan yang paling kecil tetapi makna berlainan, dinamakan pasangan minimal atau pasangan terkecil. Pasangan perkataan yang mempunyai perbezaan yang minimum tidak berbeza maknanya, maka bunyi yang berbeza itu bukanlah dua fonem yang berlainan tetapi merupakan alofon dari satu fonem. Keadaan ini disebut variasi atau kelainan bebas. Contoh: /faham/ - /paham/ dan /bilik/ - /bili?/. 2.3.1 Fonem Vokal- /a/, /e/, /i/, /o/, /u/ 2.3.2 Fonem Konsonan 25 konsonan.

HBML 1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU


2.4 SUPRASEGMENTAL BAHASA MELAYU 2.4.1 Tekanan kelantangan sesuatu suku kata yg menandakan keras @ lembutnya penyebutannya, lmbg tekanan //, cth: /buda?/ 2.4.2 Nada kadar meninggi @ menurun pengucapan, ditandai oleh nombor 1 (rendah), 2 (biasa), 3 (tinggi), 4 (tinggi sekali). 2.4.3 Jeda persendian, unsur hentian yg memisahkan antara unsur-unsur linguistik, perkataan, ayat @ rangkai kata, lambang jeda- # 2.4.4 Panjang-pendek kadar panjang @ pendek bunyi yg diucapkan, lambang [ . ] dipanggil setengah mora, lambang [ : ] dipanggil satu mora, dan lambangt titik [ :: ] bermakna dua mora. 2.5 TRANSKRIPSI FONETIK DAN FONEMIK 2.5.1 Transkripsi Fonetik - cara mrkamkan bnyi bhsa dgn menggunakan lmbg2 fonetik, lmbg fonetik di tulis dlm kurungan [ ]. 2.5.2 Transkripsi Fonemik - 1 cara transkripsi lebih menumpukan transkripsi dlm bntuk tlisan, lmbg foneetik ditulis dlm krungan / / atau [ ], utk mmbntuk sistem ejaan brdsrkn fonem.

HBML 1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU


Topik 8: Analisis Kesilapan Ejaan
8.1 DEFINISI KESILAPAN EJAAN Kesilapan pengunaan bhs oleh pengguna yg memahami hukum hakam bahasa. 8.1.1 Konsep Kesilapan Bahasa brpunca drpd kelemahan menguasai peraturan Bahasa Melayu, kelemahan pnguasaan tatabahasa, mnjadi rujukan org ramai apabila kerap digunakan. 8.1.2 Kesalahan Umum Tatabahasa (a) Kata Ganti Diri beliau tdk wajar ditujukan kpd org yg tdk dihormati, dia dan ia tdk blh digunakan utk binatang & benda, kani-org yg diajak brckp tdk diserrtakan, mereka tdk blh digunakan utk benda & binatang, mereka tdk blh diulang, ia dan nya tdk blh digabungkan. (b) Kata Bilangan trdpt 6 jns kata blgn utk membilang (tentu tepat, tak tentu, pecahan, pisahan, himpunan, tingkat), setengah-setengah, tiap-tiap, berbagai-bagai dan kedua-duanya tdk blh disingkatkan, para tdk blh diulang, kata blgn tentu tdk blh didekatkan dgn kata blgn pecahan. (c) Penjodoh bilangan biasanya digunakan dgn kata bilangan, tdk juga diperlukan utk menghitung kaat nama abstrak. (d) Kata Sendi kata ke tempat, masa & benda, kata kepada- utk benda bernyawa, kata dari- org, perbndingan, asal kejadian, abstrak & utk menunjukkan keanggotaan, kata sendi di utk tmpt shj, kata sendi pada utk masa, org, binatang, benda abstrak & benda konkrik tertentu, kata sendi pada digunakan untuk.. (buku itu ada pada Suzie). (e) Kata Kerja i- Kata Kerja Transitif- berawalan men-, berapitan men kan, berawalan meng..i, berawalan rangkap memper, berapitan memper..kan, berapitan menper..i., semua kata kerja transitif mesti berawalan men- (kecuali mohon, makan, minum & minta). ii- Kata Kerja Tak Transitif kata kerja asal (ada, bangun , duduk), kaat kerja berawalan ber-, berapitan ber..an, berapitan ber..kan, berawalan men-, berawalan ter-, kata kerja tak transitif yg berwaalan ber-, men-, dan ter- tdk boleh ditiadakan awalannya. (f) Kata Hubung terdpt 3 iaitu gabungan, pancangan, berpasangan, seringa salah digunakan sebagai akibat, apabila sering ditulis sebagai bila, (g) Penggunaan Kata yang Tidak Tepat i- Adakah & apakah: Adakah utk mdptkan jwpn ya @ tdk, apakah utk mdpt jwpn ttg nama bntg, benda & perbuatan. ii- Boleh & dapat: Boleh lbh tepat dlm hbgn utk keizinan, dapat lebih sesuai dlm hbgn dgn keupayaan @ kemampuan. iii- Bukan & tidak: Bukan apabila frasa nama menjadi predikat. Tidak apabila frasa adjektif & frasa kerja menjadi predikat. iv- Pedalaman & pendalaman: pedalaman bererti kawasan, pendalaman bererti memperdalamkan. (h) Kesalahan dari Segi Frasa btk jamak dpt dinyatakan melaui pengulangan kata nama & kata adjektif serta penggunaan kata bilangna & kata yg mendukung makna jamak, jika blgn yg mmbwa jamak digunakan maka kata nama yg mnyertai blgn tdk perlu diulang ,jika kata adjektif yg diulang tlh mmbwa jamak maka kata nama tdk perlu diulang, Hukum DM (Diterangkan & Menerangkan) (i) Frasa Adjektif frasa adjektif sbg predikat ayat blh disertai kaat penguat, kata adjektif berawalan ter- blh bertugas sbg penerang, kata adjektif berawalan ter- sbgai pnerang maka kata penguat tdk diperlukan, kata penguat tdk blh diletakkan di depan atau di blkg kata adjektif sekali gus, frasa adjektif msti diikuti oleh frasa sendi apabila frasa adjektif diperluas. (j) Frasa Kerja Intransitif blh trdiri drpd skmpulan kata yg mmpunyai kata kerja intansitif sbg kata utamanya, kata kerja intransitif yg berapitan ber.. kan msti diikuti frasa nama utk dpt membentuk frasa kerja yg brtgas sbg predikat,

HBML 1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU


frasa kerja intansitif msti diikuti frasa sendi apabila frasa kerja intransitif diperluas. (k) Frasa Kerja Transitif- frasa kerja yg trdiri drpd kata kerja transitif serta frasa nama sbg objek, di antara kata kerja transitif dgn frasa nama sbg objek itu, kata-kata lain tdk boleh disisipkan. (l) Frasa Kerja Pasif- frasa kerja yg bertugas sbg predikat. i- Frasa Kerja Pasif Diri Pertama- frasa yg trdiri drpd kata kerja yg tdk berawalan men- ttpi didahului oleh kata ganti diri pertama. ii- Frasa Kerja Pasif Diri Kedua- frasa yg trdiri drpd kata kerja yg tdk berawalan men- ttpi didahului oleh kata ganti diri kedua. i- Frasa Kerja Pasif Diri Ketiga- frasa yg trdiri drpd kata kerja yg berawalan di- serta diikuti oleh frasa sendi (oleh+frasa nama). (m) Kesalahan daripada Segi Struktur Ayat i- Ayat Gabungan- trbntk drpd 2 @ beberapa ayat tunggal (dihbng dgn kaat hbng), biasanya ayat-ayat tunggal yg dibentuk tdk ayat gabungan tdk digabungkan dgn betul. ii- Ayat Pacangan- ayat yg berasal drpd 2 ayat tunggal yg salah satunya dipancangkan pd ayat yg 1 lg, kslhn brlaku apabila tdk ada kaat hubung pacangan yg mnghubungkan klausa bwhan dgn klausa utama. iii- Ayat Tergantung ayat msti trdiri drpd subjek & predikat, ayat biasa- subjek di depan & predikat di blkg, dlm ayat songsang sbjek di blkg & predikat di depan. (n) Ayat yang Tidak Betul Susunannya kata-kata shj blum bererti bahasa, apabila kata-kata tdk betul susunannya. 8.1.3 Konsep Kesilapan Ejaan ejaan rumi brdsrkan sistem keselarasan vokal, apabila menulis perkataan tdk mengikut peraturan & sistem yang dibakukan bermakna telah dianggap melakukan kesilapan ejaan. Ejaan Bahasa Melayu menggunakan Sistem Ejaan Rumi Baru Bahasa Malaysia. Dokumen yang menjadi asas pengejaan, ejaan rumi berdasarkan: (a) Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1975 (edisi kedua 1987). (b) Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1975 ( edisi semakan 1991); dan (c) Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1981 (edisi kedua 1988). 8.1.4 Punca Kesilapan Ejaan kuranga mahir menguasai bentuk sistem ejaan baku, sikap tdk ambil peduli dgn sistem & peraturan ejaan bahasa Melayu.

8.2 BENTUK KESILAPAN EJAAN


Salah Calun Pamiran Di tempatkan Ke 20 Maha guru urusetia Betul Calon Pameran Ditempatkan Ke-20 Mahaguru Urus setia Salah Perabut Ko-kurikulum Diantara Ke dua puluh Mahakaya Ibu-baap Betul Perabot Kokurikulum Di antara Kedua puluh Ibu bapa Antipenjajah

8.3 MENGANALISIS KESILAPAN EJAAN Kita perlu menganalisis dan meneliti kesilapan ejaan terlebih dahulu sebelum menggunakan kata, frasa klausa & ayat. Kita perlu mengetahui kenapakah dan bagaimanakah kesilapan itu boleh berlakau.

HBML 1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

HBML 1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

HBML 1203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU

Anda mungkin juga menyukai