Anda di halaman 1dari 41

SEKOLAH PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN SOSIAL

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH


 
 
KOD KURSUS TL 1O303

FONETIK DAN FONOLOGI


 
 
 
 
 
 

NAMA: NOR AFIZA BINTI MOHD RAFIK

NO. MATRIK:  CT10210540

PROGRAM PPG UMS

NAMA PENSYARAH PROF.MADYA DR HJ BAHAROM MOHAMAD

TARIKH SERAHAN 3 JUN 2011

TAJUK 
 
 

1
 

   

1.0 PENGENALAN

Kebolehan bertutur manusia mengalami peringkat demi


peringkat iaitu dari bayi kepada kanak-kanak dan seterusnya menjadi
dewasa. Kebolehan memperolehi bunyi manusia semasa bayi adalah
dipengaruhi oleh faktor-faktor interaksi dengan sekelilingnya. Lebih
banyak interaksi dilakukan semasa bayi maka lebih cepat pemerolehan
bunyi bahasa di pelajari. Pemerolehan bunyi bahasa terjadi daripada
atas sokongan organ-organ penting yang melalui proses-proses
penghasilan bunyi.

1.1 OBJEKTIF

Diantara objektif kajian yang ingin dihuraikan adalah untuk :-


- mendedahkan mekanisme edaran udara yang menghasilkan
bunyi bahasa

2
- memberi gambaran sebenar alat-alat artikulasi yang
disampaikan melalui gambarajah, dan
- menghuraikan secara terperinci fungsi alat-alat artikulasi dalam
penghasilan bunyi bahasa.

1.2 KAEDAH KAJIAN

Untuk menyiapkan tugasan, beberapa buah buku, jurnal dan


artikel digunakan sebagai panduan dan rujukan. Perbincangan dengan
rakan-rakan samaada melalui pertemuan, menggunakan ‘sms’, telefon
dan forum di dalam LMS ataupun blog. Mencari dan mengola dari
pelbagai sumber dengan melayari internet demi memastikan isi-isi
penting dapat dihuraikan mengikut kesesuaian tugasan yang diberikan.

1.3 BATASAN

Huraian tugasan hanya dibataskan kepada penerangan tentang


mekanisme edaran udara yang menghasilkan bunyi serta alat-alat
artikulasi yang dihuraikan melalui gambarajah beserta dengan
fungsinya.

3
1.4 DEFINISI KONSEP

Fonetik berasal dari perkataan Inggeris ‘phonetics’, ilmu yang


mengkaji bagaimana bunyi bahasa dihasilkan. Berpandukan Kamus
Dewan edisi ke-3 terbitan DBP (1994) perkataan fonetik membawa
pengertian ilmu bahasa yang berkaitan dengan penyebutan kata dan
lambang yang menunjukkan sebutannya. Artikulasi bermaksud cara
atau proses mengeluarkan sebutan bunyi atau kata dengan jelas.

4
2.0 FONETIK ARTIKULASI

Fonetik Artikulasi merupakan ilmu yang menghuraikan


bagaimana gelombang bunyi diproses oleh telinga dan seterusnya
dihantar ke otak untuk diproses menjadi bunyi-bunyi yang bermakna.
Ini mendedahkan bagaimana sesuatu bunyi dihasilkan
mengikut tekanan, intonasi, panjang pendek keras lembut dan irama
bagi bunyi satu-satu bahasa. Secara tidak langsung organ-organ
penting yang terlibat dalam penghasilan bunyi bahasa diperkenalkan
dalam bentuk gambarajah.

5
Alat tutur atau alat artikulasi merupakan alat-alat yang
memainkan peranan amat penting dalam mengeluarkan atau
menghasilkan bunyi bahasa. Alat-alat ini adalah terdiri daripada bibir
atas dan bibir bawah, hujung lidah, hadapan lidah, belakang lidah,
gusi, batas gusi, lelangit keras, lelangit lembut dan pita suara.
Kesemua alat-alat yang dinyatakan di atas berfungsi bagi
menghasilkan bunyi bahasa ( vokal, konsonan, dan diftong ) yang
dilabelkan mengikut alat dan daerah pengeluaran yang terlibat. Bunyi
bahasa merupakan bunyi-bunyi yang berfungsi di dalam pertuturan.
Bunyi-bunyi bukan bahasa pula adalah bunyi-bunyi yang dihasilkan
oleh alat-alat tutur ( artikulasi ) manusia tetapi masih belum dapat
dianggap sebagai bunyi salah satu bahasa di dunia ini. Contoh-contoh

6
bukan bunyi bahasa ialah bunyi batuk, bunyi siulan, bunyi orang
berdehem, tiruan kepada bunyi-bunyi binatang, sendawa, mendengkur,
bunyi orang kedinginan ( menggigil ) dan sebagainya.
Dapatlah disimpulkan penghasilan bunyi-bunyi bahasa yang
berbeza adalah disebabkan perubahan bentuk organ-organ sebutan
serta pengolahan udara.

2.1 BUNYI

Bunyi adalah gelombang-gelombang udara yang keluar


daripada kedua belah paru-paru, seterusnya melalui pita suara, menuju
ke rongga tekak dan akhirnya keluar terus melalui rongga mulut atau
rongga hidung. Ketika udara itu melalui rongga tekak dan rongga
mulut, udara itu mungkin mengalami gangguan atau sekatan atau juga
mungkin tidak. Jadi, udara yang keluar itu akan mengenai bahagian
gegendang telinga dan akhirnya didengar sebagai bunyi.

Bunyi-bunyi bahasa Melayu dikelas kepada tiga golongan


- vokal

7
- konsonan
- diftong.

2.1.1 Vokal

Vokal adalah bunyi-bunyi bahasa yang bersuara yang ketika


menghasilkannya, udara dari paru-paru keluar berterusan menerusi
rongga tekak dan rongga mulut tanpa sebarang gangguan dan sekatan.
Selain itu, bunyi-bunyi vokal mempunyai ciri-ciri kelantangan dan
kepanjangan dalam kata lain, bunyi itu dapat didengar dengan jelas itu
lebih panjang daripada bunyi-bunyi konsonan.

2.1.2 Konsonan

8
Konsonan atau huruf mati adalah fonem yang bukan vokal.
Konsonan ialah bunyi yang dihasilkan dengan menyekat arus
pernafasan menggunakan organ-organ pertuturan. Lawan bagi
konsonan ialah vokal. Sifatnya boleh bersuara atau tidak bersuara.

2.1.3 Diftong

Diftong, adalah vokal berganda. Diftong terjadi jika dua vokal


yang berurutan –harus dalam satu suku kata–menciptakan bunyi
luncuran (bunyi yang berubah kualitinya) yang berbeza dengan lafal
bunyi aslinya

2.2 MEKANISME UDARA

Udara dan artikulator memainkan peranan penting dalam


menentukan dan menghasilkan bunyi, khususnya bunyi bahasa dalam
pertuturan manusia.
Udara yang keluar daripada artikulator daripada ketiga-tiga
bahagian yang terlibat seperti artikulator bahagian dada, tekak atau
kepala akan menghasilkan bunyi yang berbeza-beza.

9
Hal ini kerana penghasilan bunyi bahasa yang berbeza-beza itu
dipengaruhi juga oleh udara yang dihembus yang disebut sebagai udara
egresif atau udara yang dihisap yang dikenali sebagai udara ingresif.
Selain itu, penghasilan bunyi bahasa yang berbeza-beza juga
ditentukan oleh artikulator seperti pita suara yang bergetar atau tidak
bergetar, akan menentukan bunyi bahasa yang terhasil itu bunyi
bersuara atau bunyi tidak bersuara. Di samping itu, tekanan udara yang
keluar dari paru-paru seperti tekanan kuat atau perlahan, berhalangan
atau tidak, bahagian lidah yang terlibat seperti hujung lidah, akar lidah
(root ), pangkal lidah (dorsum), tengah lidah (medium) dan daun lidah
(lamina ), dan kedudukan velum pun boleh menentukan bunyi oral atau nasal
serta mampu mempengaruhi penghasilan bunyi-bunyi bahasa yang
berbeza-beza, selain beberapa perkara yang lain lagi.
Penghasilan bunyi bahasa juga bergantung pada tempat yang
dilalui oleh udara. Antaranya ialah paru-paru ( lungs ),
batang tenggorak ( trachea ), pangkal tenggorok ( Larynx ), pita suara
(vocal cords), farinks (  pharynx ) atau dinding rongga kerongkong, rongga
mulut (mouth cavity /oral  cavity ) atau rongga hidung ( nose cavity
/ nasal  cavity), di samping artikulator yang lain.
Jadi, bunyi bahasa yang terjadi kerana adanya halangan pada
artikulator aktif atau pasif sehingga terhasilnya bunyi konsonan, vokal dan

10
bunyi diftong. Semua bunyi vokal ialah bunyi bersuara, manakala bunyi konsonan
boleh bersifat bersuara dan tidak bersuara.

2.3 ALAT-ALAT ARTIKULASI

Manusia yang dilahirkan ke dunia biasanya amat sempurna


kejadiannya. Salah satu anugerah yang ada pada manusia ialah mereka
dilengkapi dengan alat-alat yang berkaitan dengan penghasilan bunyi.
Dalam hal ini, ia melibatkan aspek alat tutur dan peranannya dalam
pengeluaran bunyi. Alat-alat artikulasi adalah alat-alat atau organ-
organ yang mempunyai peranan untuk berfungsi dalam mengeluarkan
bunyi-bunyi bahasa bagi manusia untuk berkomunikasi. Alat-alat
artikulasi ataupun yang dikenali sebagai artikulator, dapat dilihat
seperti yang ditunjukkan di dalam gambarajah

11
1. bibir atas
2. bibir bawah

3. gigi atas

4. gigi bawah

5. gusi

6. lelangit keras

7. lelangit lembut

12
8. anak tekak

9. hujung lidah

10. hadapan lidah

11. tengah lidah

12. belakang lidah

13. akar lidah

14. epiglotis

15. pita suara

16. rongga tekak

17. rongga hidung

18. rongga mulut

19. rahang

20. tenggorok

13
Seperti mana yang diketahui bahawa bunyi bahasa terjadi jika
udara mengalami halangan atau hambatan pada alat-alat artikulasi.
Dalam erti kata yang lain, alat artikulasi ialah bahagian-bahagian
tubuh yang bertindak secara langsung ataupun tidak langsung dalam
hal terjadinya bunyi bahasa. Alat tutur ( artikulasi ) dalam penghasilan
bunyi-bunyi bahasa, terdiri daripada alat-alat yang berikut:

a Paru-paru ( lungs ).
b Batang tenggorok ( trachea ).
c Pangkal tenggorok ( larynkx ).
e Pita-pita suara ( vocal cord ).
f krikoid ( cricoid ).
g Tiroid ( throid ) atau halekum.
h Aritenoid ( arythenoids ).
i Dinding rongga kerongkong ( wall of pharynx ).
j Epiglotis ( epiglottis ).
k Akar lidah ( root of the tongue ).
l Akar lidah, lidah belakang, pangkal lidah ( hump, back of
tongue, dorsum ).
m Tengah lidah ( middle of the tongue, medium ).
n Daun lidah ( blade of the tongue, lamina ).

14
o Hujung lidah ( tip of the tongue, apex ).
p Anak tekak ( uvula ).
q Langit-langit lembut ( soft palate, velum ).
r Langit-langit keras ( hard palate, palatum ).
s Gusi dalam, gusi belakang, ceruk gigi, lengkung kaki gigi
alveola, ( alveolum ).
t Gigi atas ( upper teeth, deria ).
u Gigi bawah ( lower teeth, denta ).
v Bibir atas ( upper lip, labia ).
w Bibir bawah ( lower lip, labia ).
x mulut ( mouth ).
y Rongga mulut ( oral cavity, mouth cavity ).
z Rongga hidung ( nose cavity, nasal cavity ).

ataupun boleh juga dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu:-


- artikulator bahagian dada
- artikulator bahagian tekak
- artikulator bahagian kepala

15
2.3.1 Artikulator Bahagian Dada

Artikulator yang terlibat dalam proses penghasilan bunyi


bahasa bahagian dada adalah seperti yang berikut:
i. Paru-paru ( lungs)
Paru –paru adalah organ yang bertanggungjawab menyedut
udara dan mengepam udara keluar yang juga boleh
menghasilkan bunyi. Kualiti bunyi yang dihasilkan
bergantung kepada proses pengembangan dan pengucupan
paru-paru.

ii. Batang tenggorok ( trachea)


Trakea merupakan saluran udara di antara larinks dan paru-
paru. Alat ini membolehkan laluan udara dari rongga
hidung dan mulut keluar masuk melalui paru-paru.

16
2.3.2 Artikulator Bahagian Tekak 

Artikulator yang terlibat secara langsung dan tidak langsung


dalam proses penghasilan bunyi bahasa bahagian tekak adalah seperti
yang berikut:
i. Pangkal tenggorok ( Larynx )
Organ ini adalah bahagian pipa mengandungi tisu ( pita
suara ) yang mana terlibat dalam menghasilkan semua
suara.
ii. Pita suara ( vocal  cords )
Organ ini terdiri daripada dua keping tisu nipis. Dua keping
tisu ini boleh dirapatkan dan direnggangkan menjadi
terbuka luas. Apabila dibiarkan terbuka luas, udara akan
keluar dengan cepat. Jika dirapatkan,saluran udara
menyempit. Tinggi rendah kelangsingan bunyi bergantung
kepada pita suara ini diubahsuai.
iii. Krikoid ( cricoid )
Tulang rawan krikoid, atau hanya krikoid (dari krikoeides
Yunani yang bermaksud "cincin berbentuk"), adalah hanya
berdering lengkap tulang rawan di sekitar trakea
iv. Tiroid ( thyroid) atau halkumv. Aritenoid ( arythenoids )

17
merupakan tempat letaknya pita suara. Ia terdiri daripada
beberapa keping tulang rawan pada bahagian luarnya.
Bahagian ini juga dikenali sebagai kotak suara.
v. Farinks ( pharynx ) atau dinding rongga kerongkong
Adalah pipa yang membentuk kerongkong untuk menghubungkan
larinks dengan bahagian atas rongga tekak, anak tekak dan rongga
hidung.

2.3.3 Artikulator Bahagian Kepala

Artikulator bahagian kepala boleh bersifat statik dan


sebaliknya kerana boleh bergerak dan sebaliknya. Malahan, artikulator
ini juga dianggap sebagai alat artikulasi aktif dan pasif.Artikulator
yang terlibat dalam proses penghasilan bunyi bahasa bahagian kepala
ini dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu:
i. artikulator aktif 
ii. artikulator pasif / daerah artikulasi pasif 

18
2.3.3.1 Artikulator Aktif

Artikulator aktif ialah artikulator yang digunakan bagi


menghasilkan bunyi bahasa. Artikulator aktif tidak bersifat statik
kerana boleh bergerak. Malahan, artikulator ini disifatkan sebagai alat
artikulasi aktif. Antaranya adalah seperti yang berikut:
i. Anak tekak ( uvula)
Lokasi anak tekak terletak di bahagian belakang rongga
mulut dan berhampiran dengan lelangit lembut (anak tekak
bersambungan dengan lelangit lembut). Anak tekak
berperanan sebagai alat artikulasi bersama dengan lelangit
lembut khususnya dalam menentukan sama ada sesuatu
bunyi yang hendak dikeluarkan itu bunyi sengau atau tidak.
Di samping itu, anak tekak juga boleh digerak-gerakkan
sama ada dinaikkan atau diturunkan

ii. Lidah
Lidah merupakan alat yang paling aktif dalam
menghasilkan bunyi bahasa. Hujung lidah dapat digerakkan
ke depan dan ke belakang bagi menghasilkan bunyi. Depan
lidah pula boleh diangkat ke atas menyentuh lelangit keras,

19
dan belakang lidah ( akar lidah ) boleh diangkat menyentuh
lelangit lembut. Beberapa bahagian lidah yang berperanan
dalam menghasilkan bunyi ialah :-
- Akar lidah ( root of the tongue - hump)
- Belakang lidah ( back of the tongue - dorsum)
- Tengah lidah ( middl e of the tongue - medium)
- Daun lidah ( blade of  the tongue -laminal)
- Hujung lidah ( tip of the tongue - apex)

iii. Lelangit lembut ( soft palate - velum)


Lelangit lembut terletak ke dalam sedikit, iaitu selepas
lelangit keras dan sebelum anak tekak. Lelangit lembut
boleh diturun naikkan. Apabila ia diturunkan, rongga mulut
akan tertutup dan udara akan keluar melalui rongga hidung.

Apabila lelangit lembut diturunkan, bunyi yang keluar


adalah bunyi sengau dan kalau dinaikkan bunyi yang keluar
bukanlah bunyi sengau

20
 2.3.3.2 Artikulator Pasif

Artikulator pasif ialah bahagian yang menjadi tempat sentuhan


artikulator aktif yang digunakan semasa menghasilkan sesuatu bunyi
bahasa. Artikulator pasif atau daerah artikulasi pasif ini bersifat statik
kerana tidak boleh bergerak. Malahan, artikulator pasif disifatkan
sebagai alat artikulasi pasif. Antaranya adalah seperti yang berikut:
i. Gelungan ( retroflex)
gelungan ialah bunyi konsonan yang disebut dengan lidah
berhubungan dengan bahagian atas rongga mulut di
belakang batas gusi, dan boleh digulung ke belakang untuk
menyentuh lelangit, dalam erti kata lain disebut pada
bahagian mulut antara belakang gusi dan lelangit.

ii. Lelangit keras ( hard  palate - palatum)


Lelangit keras terletak di antara gusi dan lelangit lembut.
Lelangit keras ini berfungsi sebagai daerah artikulasi
dalam pengeluaran bunyi-bunyi.

iii. Gusi lelangit keras ( alveolar ridg e)

21
Gusi adalah alat pertuturan yang letaknya di antara gigi dan
lelangit keras. Keadaannya cembung dan ia berfungsi
sebagai daerah artikulasi, iaitu daerah penyebutan. Gusi
berperanan dalam pengeluaran bunyi-bunyi seperti [ t ],
[ d ], [ l ] dan sebagainya dengan bantuan hujung lidah
yang berfungsi membuat penyekatan.

iv. Gigi
tidak berperanan aktif di dalam penghasilan bunyi.
Bahagian ini tidak boleh digerak-gerakkan dan fungsinya
ialah menahan udara daripada terus keluar dengan bebas
dari rongga mulut. Dalam penyebutan bunyi-bunyi [ ө ],
[ ĵ ], [ č ] dan [ Õ ] gigi turut sama berperanan , iaitu
sebagai daerah penyebutan. Gigi terdapat dua bahagian
iaitu :-
- Gigi atas ( upper teeth - denia)
- Gigi bawah ( lower teeth - denta)

v. Bibir
merupakan alat artikulasi yang terletak di bahagian luar
rongga mulut yang menyekat perjalanan udara. Ia terdiri

22
daripada otot-otot yang kenyal yang boleh dihampar dan
dibundarkan. Bibir terbahagi kepada 2 bahagian :-
- Bibir atas ( up perlip - labia)
- Bibir bawah (lower lip - labia)

vi. Rongga ( cavity )


Rongga merupakan bahagian lapang yang menjadi tempat
lalunya udara yang keluar dari paru-paru. Rongga tekak
bermula daripada bahagian di sebelah atas selepas pita
suara hinggalah ke bahagian anak tekak

vii. Rongga mulut ( mouth cavity / oral  cavity )


Rongga mulut pula bermula dari ruang di hadapan belakang
lidah membawa kepada bahagian bibir ( sebelah dalam )

viii. Rongga hidung ( nose cavity / nasal cavity)


Terletak di atas rongga mulut yang dipisahkan oleh
lelangit. Rongga hidung boleh dibuka atau ditutup,
bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak dan
lelangit lembut dinaikkan atau tidak
 

23
2.4 CONTOH BUNYI – BUNYI BAHASA YANG
DIHASILKAN OLEH ALAT-ALAT ARTIKULASI

2.4.1 Sengauan
Depan lidah dirapatkan kepada lelangit keras gusi. Selain itu,
dua bibir, gusi dan gusi lelangit keras turut terlibat ( m, n ).
Contoh bunyi yang dihasilkan.:-
- ( awal perkataan ) mihad, mungngangis
- ( tengah perkataan ) sumayau, kumaa
- ( akhir perkataan ) minggisom, taim

2.4.2 Letupan
Pita suara dirapatkan menyebabkan aliran udara terkumpul dan
bertahan. Alat artikulasi yang terlibat dua bibir ( p, b ) dan
gusi. ( t, d ) Contoh bunyi bahasa yang dihasilkan :-
- ( awal perkataan ) panahak, dilo
- ( tengah perkataan ) kinaantakan, nupaan
- ( akhir perkataan ) modop, doid, katalib

24
2.4.3 Vokal Hadapan Sempit
Depan lidah dinaikkan hingga menyentuh lelangit keras dan
hujung lidah didekatkan dengan gusi ( i ). Contoh bunyi bahasa
yang dihasilkan :-
- ( awal perkataan ) ilo, isio
- ( tengah perkataan ) disio, tiso
- ( akhir perkataan ) nogi, diti, suai, miampai

2.4.4 Vokal Hadapan Luas


Depan lidah diturunkan serendah-rendahnya. Lelangit lembut
terangkat rapat ke belakang tekak dan menutup rongga hidung.
( a ). Contoh bunyi bahasa yang dihasilkan :-
- ( awal perkataan ) amu, ababayan, ambuyat
- ( tengah perkataan ) watas, raan, mokianu, nayatan, karaja
- ( akhir perkataan ) komitikuasa, kumaa, karaja

2.4.5 Vokal Separuh Sempit


Dihasilkan dengan menurunkan belakang lidah 1/3 di antara
tempat yang paling tinggi dan tempat yang paling rendah.
Keadaan bibir pula dibundarkan. ( o ). Contoh bunyi bahasa
yang dihasilkan :-

25
- ( awal perkataan ) oinsanan, om, oku, ogumu
- ( tengah perkataan ) koyuon, momorisa, wookon
- ( akhir perkataan ) diolo, do, pinapaharo, tongo

2.4.6 Vokal Belakang Sempit


Dihasilkan dengan mengangkat belakang lidah setinggi
mungkin ke atas, tetapi tidak menutup ruang aliran udara.
Bentuk bibir dibundarkan. ( u ). Contoh bunyi bahasa yang
dihasilkan :-
- ( awal perkataan ) upis, upisor,
- ( tengah perkataan ) tulun, nulu, luguan, sikula
- ( akhir perkataan ) magaganu, puru, amu

26
3.0 FUNGSI ARTIKULASI 

Pelbagai alat artikulasi atau artikulator iaitu artikulator


bahagian dada, tekak dan kepala,di samping dua jenis artikulator
bahagian kepala, iaitu artikulator aktif dan pasif telah dikenal pasti
menghasilkan bunyi bahasa secara langsung atau tidak langsung
semasa berkomunikasi.
Fungsi bagi setiap alat artikulasi atau artikulator diterangkan
secara terperinci beserta huraian seperti yang berikut :-

3.1 PARU - PARU

Paru-paru atau lungs ialah artikulator yang terlibat dalam proses


penghasilan bunyi bahasa dalam pertuturan bagi manusia. Paru-paru terletak
di bahagian dada. Fungsi utama paru- paru adalah untuk pernafasan, iaitu
berperanan untuk menyedut udara dan mengepamnya kembali ke luar, di
samping membantu dan menghasilkan bunyi bahasa dalam pertuturan. Proses
yang pertama itu juga dikenali sebagai tarik nafas, manakala proses
yang kedua itu pula dipanggil lepas semula. Paru-paru disifatkan
sebagai alat artikulasi manusia yang secara langsung terlibat dalam
proses penghasilan bunyi bahasa. Menurut pendapat Pike (1947: 4 ) dan

27
Malmberg, B. (1963: 21-22) yang dipetik oleh Abdul Hamid Mahmood dan
Nurfarah Lo Abdullah (2007: 22) bahawa selama manusia masih hidup,
proses mengembang dan mengempis yang dikerjakan oleh otot-otot di bahagian
paru- paru, otot perut dan rongga dada berjalan terus secara teratur.
Proses ini terjadi oleh sebab udara yang mengandungi oksigen
akan memasuki paru-paru, jikalau tekanan udara luar lebih besar
daripada tekanan udara yang ada dalam paru-paru. Dalam erti kata
yang lain, arus udara inilah yang menjadi sumber syarat mutlak
terhasilnya bunyi.
Walau bagaimanapun, mereka turut bersetuju dan menjelaskan
bahawa epiglotislah yang berfungsi untuk melindungi masuknya makanan
dan minuman ke batang tenggorok.Tambahnya lagi, semasa kita
membentuk bunyi bahasa, epiglotis tidak mempunyai
sebarang peranan.
Pendeknya, dapatlah disimpulkan bahawa kualiti bunyi bahasa
yang dihasilkan oleh seseorang itu bergantung sepenuhnya pada proses
pengembangan dan pengempisan paru- paru.

3.2 BATANG TENGGOROK

28
Batang Tenggorok atau trachea ialah artikulator yang terlibat
secara tidak langsung dalam proses penghasilan bunyi bahasa dalam
pertuturan bagi manusia. Alat artikulasi ini merupakan terowong atau
saluran udara yang terletak di antara paru-paru atau lungs
dengan pangkal tenggorok atau larynx.
Fungsi batang tenggorok atau trachea ialah sebagai laluan udara
yang disedut masuk dan dipam semula oleh paru-paru keluar melalui rongga
mulut dan hidung dalam proses penghasilan bunyi bahasa.

3.3 PANGKAL TENGGOROK

Pangkal Tengorok atau Larynx ialah artikulator yang terlibat


secara tidak langsung dalam proses penghasilan bunyi bahasa dalam
pertuturan manusia. Alat artikulasi ini merupakan suatu bahagian yang
kedudukannya berada di atas batang tenggorok atau trachea Yang
menjadi laluan udara pernafasan.
Menurut Malmberg, B. (1963: 22 ) dan Peter Roach (2004: 13)
bahawa di dalam pangkal tengkorak atau larynx ini ada empat komponen
seperti yang berikut
:i. pita suara
ii tulang rawan tiroid

29
iii. tulang rawan krikoidiv.
iv dua tulang rawan aritenoid
Bahagian penting di dalam pangkal tenggorok atau Larynx ini
ialah sepasang pita suara yang terbentuk oleh dua keping otot dan tisu
yang kedudukannya bertentangan antara satu sama lain yang dikenali
sebagai vocal folds kerana kita dapat menggerakkannya kepada beberapa
posisi seperti membuka luas dan menutup rapat.
Tujuan utama pita suara membuka luas adalah untuk
membolehkan udara antara paru-paru dengan mulut atau hidung
melepasinya dengan pantas. Demikian halnya apabila pita suara
menutup rapat. Hal ini bermakna pita suara berfungsi sebagai pintu
klep yang mengatur pengawasan dan pengaliran arus udara yang disedut
masuk dan dipam semula oleh paru-paru keluar melalui rongga mulut dan hidung
dalam proses penghasilan bunyi bahasa. Suatu ruang atau celah yang wujud
diantara pintu klep itu disebut sebagai glotis.
Glotis yang terbuka luas yang terjadi semasa kita bernafas
secara normal menghasilkan bunyi tidak bersuara. Sebaliknya, jika
glotis tertutup sehingga arus udara yang melaluinya mengalami
getaran, maka terhasillah bunyi bersuara atau phonation.
Maknanya proses pengaliran arus udara yang disedut masuk dan dipam
semula oleh paru-paru keluar melalui rongga mulut dan hidung dalam proses

30
penghasilan bunyi bahasa boleh mempengaruhi pita suara iaitu pita suara
boleh menjadi bergetar dan sebaliknya. Jikalau pita suara
bergetar  bererti bunyi bahasa yang terhasil ialah bunyi bersuara dan
sebaliknya, iaitu jika pita suara tidak bergetar bererti bunyi bahasa
yang terhasil itu pula ialah bunyi tidak bersuara.
Walau bagaimanapun, kebanyakan bunyi bahasa ialah bunyi
bersuara, manakala yang lain ialah bunyi tidak bersuara. Dalam
hubungan ini, jikalau kita ingin mengesan bunyi bahasa itu bunyi
bersuara atau bunyi tidak bersuara, bolehlah kita melakukannya.
Antara caranya adalah dengan melafazkan bunyi [s] dan [z]. Dengan
itu, hasil yang kita peroleh ialah kedua-dua bunyi konsonan itu berbeza.
Satunya terdiri daripada bunyi bersuara, iaitu [z] dan satu lagi ialah
bunyi tidak bersuara, iaitu [s]. Perbezaan bunyi bersuara dan bunyi
tidak bersuara ini dapat kita kesan dengan baik, jika semasa kita
memasukkan jari tangan ke dalam lubang telinga , kita menyebutkan bunyi
[z].
Malahan, kita juga dapat mengesan getaran, sekiranya dengan lembut jari
menekankan bahagian pangkal tenggorok atau Larynx semasa
menyebutkan bunyi [z].
Dalam bahasa Melayu dan bahasa lain bunyi vokal ialah bunyi
bersuara. Demikian juga dengan bunyi konsonan nasal seperti [m] dan [n].

31
seperkara lagi, jika pintu klep atau glotis itu ditutup serapat-rapatnya
dan semasa dihalang arus udara daripada keluar, maka akan terhasillah
bunyi yang dikenali sebagai bunyi glotal atau glottal stop. Dalam bahasa
Melayu, bunyi glotal ialah bunyi huruf hamzah.

3.4 RONGGA KERONGKONG

Farinks (pharynx) atau Rongga Kerongkong ialah rongga yang


menghubungkan pangkal tenggorak atau larynx dengan bahagian atas
rongga tekak, anak tekak, rongga mulut dan rongga hidung. Maknanya
farinks atau rongga kerongkong bermula dari bahagian atas pangkal
tenggorak atau larynx hingga ke bahagian atas rongga tekak, anak
tekak, bahagian bawah rongga mulut dan bahagian bawah rongga
hidung.
Fungsi utama farinks atau rongga kerongkong ialah sebagai
saluran makanan dan minuman. Di samping itu, dalam
proses penghasilan bunyi bahasa, fungsi farinks atau rongga kerongkong ialah
sebagai tabung udara yang akan turut bergetar apabila pita suara bergetar.
Bunyi bahasa yang terhasil oleh farinks atau rongga kerongkong ialah

32
bunyi faringal seperti yang dalam bahasa Arab dan Hebrew
(Davenport, M. dan Hannahs, S.J., 1998: 13)

3.5 LELANGIT LEMBUT

Lelangit Lembut (soft palate / velum) Lelangit Lembut atau


soft palate boleh bergerak-gerak. Lelangit lembut yang terletak
di bahagian paling belakang yang boleh bergerak turun dan naik bagi
menentukan bunyi oral atau bunyi nasal dikenali sebagai velum.
Velum ialah sebahagian kecil lelangit lembut yang dapat
menyentuh belakang lidah. Apabila bahagian paling belakang lelangit
lembut diangkat (menutup rongga hidung), maka udara tidak dapat
melalui rongga hidung atau sebaliknya,iaitu bahagian paling belakang
lelangit lembut diturunkan bererti udara dapat melalui rongga hidung.
Jika sekiranya bahagian paling belakang lelangit lembut
diturunkan dan menyentuh belakang lidah, maka udara dapat melalui
rongga hidung bererti bunyi yang akan terhasil dikenali sebagai bunyi
nasal atau sengau. Bunyi bahasa yang terhasil yang disebabkan oleh
lelangit lembut disebut sebagai bunyi velar. Fungsi lelangit lembut

33
diangkat adalah untuk menyekat udara daripada keluar melalui rongga
hidung.
Walau bagaimanapun, bahagian lelangit lembut yang dikenali
sebagai velum yang paling pengesut ialah secebis tisu kecil yang
dikenali sebagai Uvula atau anak tekak itu berperanan sebagai
sebahagian dalam penyebutan bagi beberapa bahasa di dunia. Jika
bunyi yang terhasil yang disebabkan oleh halangan anak tekak atau
uvula maka bunyi itu disebut sebagai bunyi anak tekak atau uvular

3.6 LELANGIT KERAS

Lelangit Keras atau hard  palate / palatum merupakan


artikulator pasif kerana tidak boleh bergerak-gerak sebagaimana
lelangit lembut. Lelangit keras boleh disentuh oleh artikulator aktif
seperti bahagian depan lidah. Lelangit keras ialah bahagian selepas
gigi-gusi, iaitu yang merupakan tetulang, iaitu bahagian yang tinggi
dan melengkung.
Menurut Bloch dan George, L. Trager (1942: 15) bahawa
bunyi bahasa yang hasilannya disebabkan oleh lelangit keras dikenali
sebagai palatal. Bunyi yang terhasil oleh sebab halangan tengah lidah
(medium) dikenali sebagai medial, manakala bunyi bahasa yang

34
dihasilkan oleh hujung lidah (apex) disebut sebagai apikal . Bunyi
terhasil kerana hujung lidah dan lelangit keras disebut sebagai apiko-
palatal, manakala bunyi bahasa yang terhasil kerana tengah lidah dan
lelangit keras disebut sebagai medio-palatal 

3.7 LIDAH

Lidah atau tongue merupakan aktikulator aktif kerana boleh


bergerak-gerak. Dalam penghasilan bunyi bahasa, fungsi lidah sangat
penting. Beberapa bahagian lidahlah yang menentukan bunyi bahasa.
Antaranya ialah bahagian hujung lidah jika menyentuh gigi
atas akan menghasilkan bunyi geseran [] seperti dalam perkataan
misali [miali] dan sebagainya.Sekiranya hujung lidah menyentuh
gusi akan menghasilkan bunyi letupan [t] seperti dalam perkataan tali
[tali] dan sebagainya. Seterusnya, jika hujung lidah digetar-getarkan
dan menyentuh gigi-gusi akan menghasilkan bunyi getaran [r] seperti
dalam perkataan [rakit] dan sebagainya.
Demikian juga, jika hujung lidah menyentuh lelangit keras
akan menghasilkan bunyi sisian [l] seperti dalam perkataan [lalu] dan
sebagainya.

35
Bahagian lidah yang lain ialah akar lidah (root ), pangkal lidah
(dorsum), tengah lidah (medium) dan daun lidah (lamina). Bunyi
dorsovelar ialah hasil antara akar lidah dengan rongga kerongkong.

3.8 BIBIR

Bibir atau lip, labia sama seperti lidah ada bahagian. Bibir boleh
dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu bibir atas dan bibir bawah.
Bibir bawah merupakan artikulator aktif kerana boleh bergerak-gerak,
manakala bibir atas sebagai artikulator pasif. Dalam penghasilan
bunyi bahasa, fungsi bibir bawah sangat penting. Antaranya ialah
bahagian bibir bawah jika menyentuh rapat dengan bibir atas akan
menghasilkan bunyi letupan dua bibir tidak bersuara [p] atau letupan dua bibir
bersuara [b] seperti dalam perkataan [palu], [balu] dan sebagainya
Sekiranya bibir bawah bersentuhan dengan gigi atas akan
menghasilkan bunyi labio-dental atau bunyi geseran tidak bersuara [f]
seperti dalam perkataan [fitnah] atau bunyi geseran bersuara [v] seperti
dalam perkataan [veto]

36
3.9 RAHANG

Rahang tidaklah begitu memainkan peranan yang teramat


penting di dalam proses pengeluaran bunyi-bunyi bahasa . Walau
bagaimanapun kedudukannya adalah penting di dalam pembunyian
bunyi-bunyi vokal. Keadaan buka di antara kedua rahang ( rahang atas
dan rahang bawah ) adalah sempit sewaktu membunyikan vokal-vokal
[ i ] dan [ u ] dan terbuka luas sewaktu membunyikan vokal [ a ] dan
[ э ].

3.10
TULANG RAHANG

Tulang rahang juga terlibat dalam penghasilan bunyi-bunyi


bahasa dalam menentukan kedudukan gigi dan bibir. Tulang rahang
memainkan peranan utama kerana mulut akan terbuka luas jika rahang
dibuka dan tertutup jika rahang ditutup.

37
4.0 KESIMPULAN
Ilmu Fonetik bukan sahaja mengkaji bunyi bahasa
secara mutlak tetapi juga melibatkan proses-proses lain seperti
gelombang bunyi dan penangkapan serta pemprosesan bunyi.
Pemahaman terhadap ilmu fonetik sebagai asas bahasa akan
dapat membantu kita memahami bahasa dengan lebih berkesan.
Bunyi-bunyi yang berbeza akan dihasilkan dengan aksi yang
berbeza bagi bahagian-bahagian organ tutur yang boleh
bergerak. Organ artikulasi berperanan penting di dalam
menghasilkan bunyi bahasa.
Alat-alat tutur ( alat artikulasi ) atau organ-organ yang
berfungsi di dalam menghasilkan bunyi-bunyi bahasa
memainkan pernana utama dalam kehidupan seharian untuk
berinteraksi antara individu dengan individu yang lain. Secara

38
terperinci bahagian-bahagian tubuh yang ikut menentukan baik
secara langsung atau tidak dalam hal terjadinya bunyi bahasa
itu ialah alat tutur ( alat artikulasi )
Kesemua alat artikulasi memainkan peranan yang amat
penting dalam pengeluaran bunyi bahasa. Bunyi-bunyi bahasa
yang dihasilkan bergantung kepada alat artikulasi dan daerah
artikulasi yang terlibat.
Untuk menghasilkan pengeluaran bunyi konsonan dan
bunyi vokal melayu perlu mengambil kira tentang pita suara
bagi menentukan sama ada bunyi yang dihasilkan itu bersuara
ataupun tidak. Perlu juga mengetahui tentang alat dan daerah
artikulasi yang diperlukan semasa pengeluaran bunyi, dengan
cara ini dapat diketahui bunyi apa yang dapat didengari oleh
telinga.

39
BIOGRAFI

Indirawati Zahid, Mardian Shah Omar (2006), Fonetik dan Fonologi,


PTS Professional Publishing Sdn Bhd

Dr Ali Mahmood, Masudi Bahari, Lokman Abdul Wahid ( IPBMM )


( 2007 ). Pengenalan Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu.
Selangor. Meteor Doc Sdn. Bhd

New Sabah Times, Sabah’s First Established Paper


PPH 223/04/2012(029617)

40
http://ms.wikipedia.org

http://www.docstoc.com

http://prpm.dbp.gov.my/

41

Anda mungkin juga menyukai