Anda di halaman 1dari 27

BIL ISI KANDUNGAN Muka

Surat
1.0 PENDAHULUAN
Pengenalan
Objektif
Kaedah
Batasan
Definisi konsep

1
2
2
3
3-4

2.0 FONETIK ARTIKULASI
2.1 Alat Tutur (Alat Artikulasi)
2.2 Fungsi Alat Artikulasi Dalam Pengeluran Bunyi Bahasa
2.3 Alat-alat Bahagian Dalam Tubuh

2.3.1 Paru-paru
2.3.2 Batang Tenggorak (Trakea)
2.3.3 Pangkal Tenggorak (Larnks)
2.3.4 Pita Suara
2.3.5 Kotak Suara
2.3.6 Epiglotis
2.3.7 Farinks (Rongga rengkuk)

2.4 Alat-alat Artikulasi
2.4.1 Definisi
2.4.2 Lidah
2.4.3 Bibir
2.4.4 Gigi
2.4.5 Lelangit
2.4.5 Gusi
2.4.6 Rongga
2.4.7 Rahang
2.5 Daerah Artikulasi




5-6
7
7-9









10-14






14-15

3.0

PERANAN ALAT-ALAT TUTUR DALAM PENGELUARAN
BUNYI BAHASA MELANAU, KERTO SIBU, SARAWAK
3.1 Vokal Dialek Melanau
3.2 Vokal Depan
3.2.1 Vokal Depan sempit [i]
3.2.2 Vokal depan separuh sempit [e]
3.2.3 Vokal hadapan separuh luas hampar []
3.2.4 Vokal depan luas hampar /a/
3.3 Vokal Tengah
3.4 Vokal Belakang

16-20










3.5 Diftong Bahasa Melanau Kerto
3.6 Konsonan Bahasa Melanau Kerto
3.6.1 Konsonan geseran gusi tidak bersuara [s]
3.6.2 Konsonan getaran gusi bersuara [ r ]
21
22
4.0 KESIMPULAN 23
BIBLIOGRAFI 24























1.0 PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Bahasa Melayu dipercayai mula digunakan di Kepulauan Melayu abad ke-7 dan
dianggap satu daripada 200 bahasa yang dituturkan di kepulauan tersebut. Ahli biasa dan ahli
linguistik telah mentakrifkan bahasa sebagai satu sistem bunyi yang terdiri daripada lambang-
lambang yang diujarkan oleh manusia dengan menggunakan alat-alat artikulasi yang ada
pada mereka Bahasa yang dihasilkan melalui alat artikulasi manusia disebut pertuturan,
kalimat atau ujaran. Alat tutur atau alat artikulasi merupakan alat-alat yang memainkan
peranan amat penting dalam mengeluarkan atau menghasilkan bunyi bahasa. Alat-alat ini
adalah terdiri daripada bibir atas dan bibir bawah, hujung lidah, hadapan lidah, belakang
lidah, gusi, batas gusi, lelangit keras, lelangit lembut dan pita suara. Pengetahuan tentang
perkara ini amat penting terutamanya kepada para guru bagi memastikan setiap perkataan
disebut dengan betul.
Dalam tugasan kumpulan saya, saya akan mengkaji penghasilan bunyi bahasa dalam
bahasa etnik suku kaum Melanau di Kerto, Sibu Sarawak. Menurut Morris (1994:51), nama
Melanau merupakan gelaran yang diberikan oleh orang Brunei. Masyarakat Melanau
mengelarkan diri sebagai a-Likou yang bermaksud masyarakat sungai (the people of the
river). Masyarakat Melanau, sebahagian besar adalah menetap di pinggir pantai Sawarak ,
iaitu di muara Sungai Rejang hinggalah ke Bintulu. Jumlah penduduk yang beretnikan
Melanau di Sawarak seramai 96000 orang ataupun 5.8%(1990) daripada populasi majmuk di
Sawarak (Kroeger,1990:139).


1


1.2 OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk :
i. Mendedahkan kepada para pembaca kerja kursus ini tentang organ-organ penting di
dalam penghasilan bunyi bahasa etnik suku kaum Melanau, Kerto Sarawak.
ii. Dengan membaca kerja kursus ini, maka akan memberi pendedahan serta huraian
terperinci kepada pembacanya tentang proses-proses yang berlaku semasa
penghasilan bunyi vokal dalam Suku kaum Melanau, Kerto Sarawak.
iii. Mengenali alat-alat artikulasi dan cara bunyi dihasilkan.
iv. Memberi gambaran sebenar kepada pembaca kertas ini tentang organ-organ
penting penghasilan bunyi bahasa menerusi gambar rajah yang disertakan
bersama dalam suku kaum Melanau.

1.3 KAEDAH KAJIAN
Kaedah yang digunakan dalam proses menyiapkan kertas kerja ini ialah dengan
menggunakan kaedah kepustakaan. Beberapa buah buku, jurnal dan artikel telah
digunakan sebagai panduan dan rujukan. Segala bahan yang diperolehi daripada pelbagai
sumber ini dianalisis dan disusun mengikut kesesuaian untuk dikelaskan atau
dikategorikan di bawah sub-topik kertas kerja ini.
Kaedah kedua yang saya gunakan ialah kaedah ICT iaitu dengan melayari
internet. Tujuan saya menggunakan kaedah ini adalah untuk memudahkan saya mencari
maklumat yang lebih banyak mengenai tajuk yang saya pilih dengan mengakses
maklumat dari internet.



2


1.4 BATASAN KAJIAN
Kajian ini hanya terbatas mengenai alat artikulasi atau alat tutur dan peranannya
dalam mengeluarkan bunyi bahasa terutamanya dari segi pengeluaran bunyi vokal dan
konsonan dalam bahasa suku kaum Melanau, Kerto Sibu Sarawak. Selain itu, kajian ini juga
terbatas kepada mendapatkan rajah-rajah dalam bentuk grafik dan menunjukkan tempat-
tempat di mana vokal dibunyikan dan daripada bahan yang sudah dikumpul, saya ringkaskan
serta melakukan olahan untuk penulisan kajian saya.

1.5 DEFINISI KONSEP
Menurut Asmah Hj.Omar(1983),unsur-unsur kestrukturan yang baku seperti
fonem,morfem dan sintaksis dalam bahasa Melayu dan bahasa Indonesia tetapi disebabkan
oleh latar belakang politik dan sosial yang berbeza,terdapat beberapa penyimpangan dalam
pertumbuhan dan perkembangannya.Hal ini demikian menjadikan sebutan konsonan dan
vokal berbeza dan membawa kepada penggunaan alat artikulasi yang berbeza-beza.
(Sumber: Jurnal Dewan Bahasa 1998. Julai Jilid 42 Bil. 7)
Menurut Kamus Dewan, alat membawa maksud bahagian tubuh manusia yang
mengerjakan sesuatu atau organ 1998 : 27 ). Tutur pula bererti apa yang diucapkan, kata,
perkataan atau ucapan (1998 : 1502 ). Manakala peranannya menjelaskan maksud
mempunyai peranan, tugas, fungsi atau memainkan sesuatu peranan ( 1998 : 1011 ). Dalam
pula menjelaskan tentang antara, bahagian atau yang berkaitan dengan atau terbatas pada
lingkungan sesuatu (1998 : 264 ). Pengeluaran pula membawa maksud perihal mengeluarkan,
usaha ( proses ) menghasilkan, atau penghasilan (1998:620 ). Bunyi mengikut Kamus Dewan
merupakan sesuatu yang kedengaran atau dapat di dengar (1998:191).
Manakala bahasa ialah satu sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat
3


perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia iaitu antara seorang individu dengan
individu yang lain ( 1998 : 87 ).
Jelaslah sudah bahawa definisi berkaitan tajuk ini ialah membincangkan bahagian-
bahagian alat artikulasi pada tubuh manusia dan seterusnya menyatakan peranan alat-alat
tersebut sewaktu atau dalam menghasilkan bunyi bahasa dalam entik suku kaum Melanau di
Kerto Sibu, Sarawak.



















4


2.0 FONETIK ARTIKULASI
Fonetik artikulasi atau fonetik penyebutan ialah kajian bunyi melalui sebutan. Ini
adalah kaedah yang baik bagi menghasilkan deskripsi yang memuaskan untuk tujuan
mengajar bahasa. Oleh itu banyak faedahnya kita mengkaji cara bunyi dihasilkan. Dengan
mendeskripsi cara bunyi bahasa dihasilkan kita dapat memahami bagaimana bunyi bahasa
disebut atau dituturkan. Walaupun mengkaji unsur bunyi dengan menggunakan alat-alat
akustik semakin penting dalam masa kebelakangan ini, tetapi deskripsi cara sebutan masih
kekal penting. Ini kerana cara ini lebih mudah difahami oleh pelajar.
Bunyi bahasa itu tidak mempunyai hubungan pasti dengan bentuk lambang itu.
Umpamanya bunyu [b] dalam bahasa Melayu diberi lambang b dalam tulisan Rumi. Apabila
kita mengkaji cara sebutan bunyi, kita terlebih dahulu perlu mengkaji alat-alat sebutan yang
menghasilkan bunyi bahasa.

2.1 ALAT TUTUR (ARTIKULASI)
Seperti mana yang kita ketahui bahawa bunyi bahasa terjadi jika udara mengalami
halangan atau hambatan pada alat-alat artikulasi. Secara terperinci bahagian-bahagian tubuh
yang ikut menentukan baik secara langsung ataupun tidak langsung dalam hal terjadinya
bunyi bahasa itu adalah alat artikulasi. Alat tutur (artikulasi) atau disebut juga artikulator
yang berfungsi dalam penghasilan bunyi-bunyi bahasa terdiri daripada alat-alat yang berikut:
Senarai alat artikulasi :
1. Rongga hidung
2. Lelangit keras
3. Rongga mulut
4. Gusi
5. Gigi atas
6. Bibir atas
7. Bibir atas
8. Gigi bawah
5


9. Depan lidah
10. Tengah lidah
11. Glotis
12. Paru-paru
13. Larings
14.Esofagus
15. Epiglotis
16. Rongga tekak
17. Anak tekak
18. Belakang lidah
19.Lelangit lembut







RAJAH 2.1: Alat-alat yang Menghasilkan Bunyi Bahasa

6


2.2 FUNGSI ALAT ARTIKULASI DALAM PENGELUARAN BUNYI BAHASA

Manusia yang dilahirkan ke dunia biasanya amat sempurna kejadiannya. Salah satu
anugerah yang ada pada manusia ialah mereka dilengkapi dengan alat-alat yang berkaitan
dengan penghasilan bunyi. Dalam hal ini, ia melibatkan aspek alat tutur dan peranannya
dalam pengeluaran bunyi yang mana kita boleh bahagikan kepada tiga iaitu:
a) alat bahagian dalam tubuh
b) alat artikulasi
c) daerah artikulasi

2.3 Alat-alat Bahagian Dalam Tubuh
Bahagian dalam tubuh adalah yang memulakan sesuatu gerakan udara seperti paru-
paru. Trakea, kotak suara, epiglottis dan farinks.
2.3.1 Paru-paru
Paru-paru adalah organ yang bertanggungjawab menyedut udara dan
mengepam udara keluar yang seterusnya menghasilkan bunyi-bunyi bahasa.
Kebanyakan bunyi yang dihasilkan adalah proses daripada pengepaman keluar udara
dari paru-paru. Kualiti bunyi yang dihasilkan bergantung pada proses pengembangan
dan pengucupan paru-paru. Lazimnya, apabila kita bercakap, udara yang disedut
masuk ke dalam paru-paru tidaklah sama banyak seperti kita bernafas biasa.

2.3.2 Batang Tenggorok (Trakea)
Trakea adalah saluran udara di antara larinks dan paru-paru. Alat ini
membolehkan laluan udara dari rongga hidung dan mulut masuk paru-paru, dan
keluar kembali. Udara yang keluar dari paru-paru inilah yang dimanipulasi oleh alat
dan daerah artikulasi bagi menghasilkan bunyi.


7


2.3.3 Pangkal Tenggorok (Larinks)
Pangkal tenggorok atau laring (Larynx) adalah rongga pada hujung pipa
pernafasan. Bahagian ini merupakan bahgian pipa yang mengandungi tisu yang
dinamakan pita suara. Ini adalah alat yng terlibat dalam menghasilkan semua suara.
Rongga ini terdiri daripada empat kompenan iaitu tulang rawan krikoid, dua tulang
rawan aritenoid, sepasang pita suara dan tulang rawan.

2.3.4 Pita Suara
Organ ini terdiri daripada dua keping tisu nipis yang dipanggil pita suara. Dua
keping ini dapat dirapatkan menjadi tertutup rapat dan direnggangkan menjadi terbuka
luas. Apabila pita suara ini dibiarkan terbuka luas, udara akan keluar dengan cepat.
Apabila pita suara ini dirapatkan, saluran udara menyempit. Ini menyebabkan udara
keluar menghasilkan bunyi seperti apabila kita melafazkan bunyi awal kata habis dalam
bahasa Melayu. Manakala apabila dirapatkan hingga tertutup, iaitu sehingga tisu pita
suara ini menyentuh satu sama lain, maka udara yang melaluinya menyebabkan ia
bergetar. Tinggi rendah kelangsingan bergantung pada bagaiman pita suara ini diubah
suai. Ruang di antara pita-pita suara ini dinamakan glottis. Di kawasan inilah terhasilnya
bunyi hentian glottis.

Rajah 2.3.4 : Membolehkan kita mengenal pasti kedudukan pita suara dan glotis.







8


2.3.5 Kotak Suara
Kotak suara merupakan tempat letaknya pita suara. Ia terdiri daripada beberapa
keping tulang rawan pada bahagian luarnya. Bahagian ini juga dikenali sebagai halkum.
Fungsi kotak suara boleh dipecahkan kepada dua, iaitu fungsi biologi dan fungsi bahasa.
Fungsi biologinya ialah bagi melindungi paru-paru dengan menahan butir-butir
makanan dan juga cecair daripada memasuki trakea. Sementara fungsi bahasa, ia
menghasilkan bunyi-bunyi bahasa mengikut kedudukan posisinya yang diubah suai.

2.3 .6 Epiglotis
Epiglotis ialah tisu yang terletak di belakang lidah dan di depan pintu masuk
ke larinks. Ia tidak mempunyai fungsi menghasilkan bunyi. Epiglotis hanya memberikan
laluan kepada udara melalui larinks dan semua sistem pernafasan yang lain. Semasa
makan atau minum, epiglottis berfungsi sebagai penutup kepada masuknya makanan dan
minuman ke trakea. Epiglotis tidak mempunyai fungsi meghasilkan bunyi. Epiglotis
hanya memberikan laluan kepada udara melalui larinks dan semua sistem pernafasan
yang lain.

2.3.7 Farinks (Rongga rengkuk)
Rongga rengkuk atau farinks ialah rongga yang terletak di antara pangkal
tenggorok dengan rongga mulut dan rongga hidung. Alat ini adalah pipa yang
membentuk kerongkong yang menghubungkan larinks dengan bahagian atas rongga
tekak, anak tekak, dan rongga hidung. Fungsi utamanya adalah sebagai saluran makanan
dan minuman. Dalam pembentukan bunyi bahasa peranan utamanya hanyalah sebagai
tabung udara yang akan ikut bergetar apabila pita suara bergetar. Bunyi bahasa yang
dihasilkan oleh Farinks disebut bunyi faringal. (Bloch & George L. Trager, 1942:16).



9


2.4 Alat-alat artikulasi
2.4.1 Definisi
Alat artikulasi merupakan alat yang digunakan bagi menghasilkan bunyi. Alat-alat ini
adalah bibir atas dan bawah, hujung lidah, hadapan lidah, belakang lidah, gusi, batas gusi,
lelangit keras, lelangit lembut, dan pita suara. Alat ini dapat kita bahagi kepada dua, iaitu yang
aktif dan pasif. Alat artikulasi aktif adalah alat yang boleh digerakkan manakala yang pasif pula
adalah sebaliknya. Antara alat artikulasi aktif ialah lidah, lelangit lembut dan gigi bawah.
Terdapat banyak alat yang terlibat dalam mengeluarkan bunyi bahasa iaitu alat-alat yang terlibat
dalam sistem udara yang keluar dan masuk ke paru-paru untuk menghasilkan bunyi bahasa.
Bunyi bahasa yang dihasilkan ialah vokal, konsonan dan diftong. Setiap alat artikulasi
mengeluarkan bunyi bahasa mengikut daerah pengeluaran bunyi bahasa yang tertentu. Alat-alat
artikulasi utama terdiri lidah, gigi, bibir, gusi, lelangit, rongga hidung dan pita suara.

2.4.2 Lidah (dalam suku kaum Melanau di panggil Jila)
Lidah merupakan alat artikulasi yang terpenting paling aktif dan digelar tulang
belakang kepada pertuturan manusia.Lidah terbahagi kepada lima bahagian iaitu belakang
lidah,tengah lidah,hadapan lidah,daun lidah dan hujung lidah serta pembahagian ini
membolehkan lidah menghasilkan pelbagai bunyi.
a. Belakang lidah : bahagian lidah yang paling belakang dan bertentangan dengan
lelangit lembut
b. Tengah lidah atau akar lidah :bahagian lidah yang bertentangan antara pertemuan
langit keras dan lelangit lembut
c. Hadapan lidah : bahagian lidah yang bertentangan dengan lelangit keras
d. Daun/akar lidah : bahagian lidah sepanjang garisan menghadap gusi
e. Hujung lidah : bahagian lidah yang paling akhir dan bertemu dengan gig


10


Contoh :
i. vokal depan sempit [i] dalam perkataan suku kaum Melanau inah yang
bermaksud ibu memerlukan bahagian hujung lidah berada pada kedudukan
paling tinggi dalam rongga mulut.
ii. Perkataan ikoy dalam bahasa Melanau yang membawa maksud ekor dalam
bahasa Melayu.

2.4.3 Gigi (dalam bahasa Melanau di panggil ipen )
Gigi juga berperanan penting dalam penghasilan bunyi bahasa meskipun peranannya
tidaklah aktif. Gigi terbahagi kepada dua iaitu gigi bawah dan gigi atas. Walaupun gigi
bawah digerakkan ke bawah dan ke atas namun dalam pembentukan bunyi bahasa
peranannya tidaklah aktif. Fungsinya adalah untuk menahan udara terus keluar dengan bebas
dari rongga mulut. Gigi atas bekerjasama dengan bibir bawah atau hujung lidah berfungsi
penuh sebagai artikulator atau dasar artikulasi. Kedudukan yang statik dan sentiasa digunakan
sebagai penampan aliran udara dalam penghasilan bunyi. Dalam penyebutan bunyi-bunyi
[ ], [ ], [ ] dan [ ] gigi turut sama berperanan, iaitu sebagai daerah penyebutan. Bunyi
yang dihasilkan oleh gigi (denta) disebut bunyi dental. Bunyi yang dihasilkan oleh bibir
(labia) disebut labial. Bunyi yang dihasilkan oleh halangan atau hambatan gigi atas dengan
bibir bawah disebut bunyi labio-dental, dan dihasilkan oleh hambatan gigi atas dengan
hujung lidah disebut bunyi apiko-dental.




11



2.4.4 Bibir (dalam bahasa Melanau di panggil Bujoy)
Bibir merupakan alat artikulasi yang terletak di bahagian luar rongga mulut yang
boleh berfungsi menyekat perjalanan udara. Ia terdiri daripada otot-otot yang kenyal yang boleh
dihampar dan dibundarkan. Apabila membunyikan bunyi [ i ] misalnya keadaannya menjadi
terhampar, Contoh perkataan dalam bahasa Melanau ialah idun dalam bahasa Melayu
bermakna itu. sebaliknya apabila membunyikan bunyi [ u ] bibir menjadi bundar contohnya
dalam perkataan suku kaum Melanau tuun yang bermakna berenang dalam bahasa
Melayu. Bibir juga berfungsi dalam membuat sekatan kepada udara yang keluar daripada rongga
mulut. Untuk membunyikan bunyi [ m ] misalnya, udara disekat di bibir. Contohnya dalam
bahasa Melanau ialah mnais maksudnya menangis dalam bahasa Melayu.








RAJAH 2.4.4: Menunjukkan Bentuk Bibir Dengan Bunyi Vokal Yang Dihasilkan

2.4.5 Gusi (dalam bahasa Melanau di sebut gusiy)
Gusi adalah alat pertuturan yang letaknya di antara gigi dan lelangit keras.
Keadaannya cembung dan ia berfungsi sebagai daerah artikulasi, iaitu daerah penyebutan.
Dalam pembentukan bunyi bahasa, gusi ini sebagai articulator pasif, sedangkan articulator
aktifnya adalah hujung lidah. Bunyi yang dihasilkan oleh gusi disebut alveolar. Bunyi yang
dihasilkan dengan halangan atau hambatan hujung lidah dengan gusi disebut bunyi apiko-
12


alvelor. Selain itu, gusi bekerjasama dengan daun lidah (lamina) disebut bunyi laminal.
Gabungan keduanya menjadi bunyi lamino-alveolar. Gusi berperanan dalam pengeluaran
bunyi-bunyi seperti [ t ], [ d ], [ l ] dan sebagainya dengan bantuan hujung lidah yang berfungsi
membuat penyekatan.

2.4.6 Lelangit (dalam bahasa Melanau di panggil Kt)
Lelangit dapat dibahagi kepada dua bahagian, iaitu lelangit keras dan lelangit
lembut. Lelangit keras terletak di antara gusi dan lelangit lembut. Lelangit keras ini juga
berfungsi sebagai daerah artikulasi dalam pengeluaran bunyi-bunyi. Sementara lelangit lembut
pula terletak ke dalam sedikit, iaitu selepas lelangit keras dan sebelum anak tekak. Lelangit
lembut boleh diturun naikkan. Apabila ia diturunkan, rongga mulut akan tertutup dan udara akan
keluar melalui rongga hidung. Dengan demikian alat ini amat penting untuk menentukan sama
ada bunyi yang dikeluarkan itu bunyi sengau atau tidak. Apabila lelangit lembut diturunkan,
bunyi yang keluar adalah bunyi sengau dan kalau dinaikkan bunyi yang keluar bukanlah bunyi
sengau.
Contoh dalam bahasa Melanau Makna dalam bahasa Melayu
i. udu hidung
ii. emba bahu
iii. bla dada

2.4.7 Rongga Hidung (dalam bahasa Melanau di sebut Suang udun )
Rongga rengkuk atau farinks ialah rongga yang teletak di antara pangkal tenggorok
dengan rongga mulut dan rongga hidung. Fungsi utamanya adalah sebagai saluran makanan dan
minuman. Dalam pembentukan bunyi bahasa peranan utamanya hanyalah sebagai tabung udara
yang akan ikut bergetar apabila pita suara bergetar. Rongga merupakan bahagian lapang yang
menjadi tempat lalunya udara yang keluar dari paru-paru. Rongga tekak bermula daripada
bahagian di sebelah atas selepas pita suara hinggalah ke bahagian anak tekak.
13


Rongga mulut pula bermula dari ruang di hadapan belakang lidah membawa kepada
bahagian bibir (sebelah dalam) sementara rongga hidung bermula dari bahagian di belakang anak
tekak hinggalah ke hidung. Rongga tekak dan rongga hidung boleh di buka atau ditutup,
bergantung kepada keadaan sama ada anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan ataupun
diturunkan.
2.4.8 Rahang (dalam bahasa Melanau di sebut gam ayak)
Rahang tidaklah begitu memainkan peranan yang teramat penting di dalam proses
pengeluaran bunyi-bunyi bahasa. Walau bagaimanapun kedudukannya adalah penting di dalam
pembunyian bunyi-bunyi vokal. Keadaan buka di antara kedua rahang ( rahang atas dan rahang
bawah ) adalah sempit sewaktu membunyikan vokal-vokal [ i ] dan [ u ] dan terbuka luas
sewaktu membunyikan vokal [ a ] dan [ ].

2.5 Daerah Artikulasi
Daerah artikulasi ialah kawasan tempat sentuhan alat artikulasi semasa menghasilkan
sesuatu bunyi. Pelbagai bunyi bahasa dapat dihasilkan apabila daerah sebutan dan alat sebutan
dimanipulasi. Alat artikulasi yang sama menghasilkan bunyi bahasa yang berlainan apabila
menyentuh daerah artikulasi yang berlainan.
Penamaan bunyi-bunyi bahasa adalah berdasarkan kepada cara sesuatu bunyi itu
dihasilkan. Ini melibatkan alat dan daerah yang disentuh oleh alat artikulasi tersebut. Sebagai
contoh, jika hujung lidah menyentuh bahagian belakang atas gusi dan lelangit lembut pula
menyentuh rongga belakang tekak, maka bunyi yang dihasilkan adalah bunyi [ t ]. Bunyi ini
dilabelkan sebagai letupan gusi tak bersuara kerana udara yang tersekat di belakang lidah
dilepaskan secara serta-merta dengan tidak menggetarkan pita suara. Dalam hal ini pita suara
menentukan sama ada bunyi yang dihasilkan itu diklasifikasikan sebagai bersuara ataupun
sebaliknya.
Jikalau pita suara bergetar maka bunyi yang dirujuk itu dikatakan bersuara sebaliknya
pula jika tidak bergetar maka bunyi yang dihasilkan itu dinamakan sebagai tak bersuara.
Apabila pada masa menghasilkan sesuatu bunyi itu terasa getaran yang berlaku, maka bunyi
tersebut diklasifikasikan sebagai bunyi bersuara. Selain itu, cara lain yang boleh dilakukan ialah
meletakkan jari di dalam telinga, kemudian lafazkan bunyi bersuara, maka yang akan
14


kedengaran nanti adalah bunyi berdesir, atau dalam bahasa Inggeris dikatakan hissing dan
buzzing. Ini menunjukkan bahawa pita suara sedang bergetar.










Rajah 2.5 : Titik atau Daerah Artikulasi










Petunjuk :
1. Gigi atas dan gigi bawah
2. Gusi
3. Lelangit keras


15



3.0 PERANAN ALAT ARTIKULASI DALAM MENGELUARKAN BUNYI
BAHASA IAITU BAHASA MELANAU, KERTO SIBU SARAWAK

3.1 Vokal Dialek Melanau
Bunyi Vokal dalam dialek Melanau Kerto boleh diklasifikasikan kepada beberapa
jenis-jenis seperti yang dinyatakan dibawah:
a) Vokal Hadapan [i], [e], [a]
b) Vokal tengah []
c) Vokal belakang [u], [], [o]

3.2 Vokal Depan
Terdapat empat vokal depan dalam dialek suku kaum Melanau:

3.2.1 Vokal depan sempit [ i ]:
Keadaan bibir hampar. Depan lidah dinaikkan setinggi mungkin kearah lelangit
keras.Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menetup rongga hidung supaya udara
tidak keluar melalui rongga hidung. Udara dari paru-paru keluar ke rongga hidung. Pita suara
digetarkan
Contohnya:
Dalam perkataan suku kaum Melanau: Makna Bahasa Melayu
[kiri] (kiri)
[kulit] (kulit)
[silo] (kuku)
[layip] (paha)
16



3.2.2 Vokal depan separuh sempit [ e ]
Keadaan bibir hampar. Depan lidah dinaikkan separuh tinggi ke arah gusi.Anak tekak
dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar. Udara
dari paru-paru keluar ke rongga hidung. Pita suara digetarkan. Vokal ini wujud pada semua
posisi seperti dalam bahasa Melanau:
Contohnya:
Perkataan Suku kaum Melanau: Makna dalam Bahasa Melayu
[tetis] (usus)
[kaseh] (arus)
[de] (tiang)

3.2.3 Vokal hadapan separuh luas hampar []
Vokal yang hanya wujud pada suku kata akhir terbuka dan tertutup. Tiada data bahasa
dalam dialek Melanau Kerto yang menunjukkan terdapat distribusi [] pada posisi awal kata.
Contohnya:
Perkataan suku kaum Melanau Makna dalam Bahasa Melayu
[bl] (membeli)
[lak] (tua)
[gh] (dekat)

17



3.2.4 Vokal depan luas hampar /a/.
Vokal ini berdistribusi pada semua posisi. Contohnya:
Bahasa Melanau Bahasa Melayu
[agm] (tangan)
[tula] (belakang)

3.3 VOKAL TENGAH
Vokal tengah [] dalam dialek Melanau Kerto pula wujud pada lingkungan awal kata
dan awal suku kata pra akhir. Contohnya:
Bahasa Melanau Bahasa Melayu
[h] (ini)
[btis] (betis)
[bseh] (bersih)
[ko] (kerongkong)




18



3.4 VOKAL BELAKANG
i. Dialek Melanau Kerto memperlihatkan tiga vokal belakang iaitu [u], [], [o]. Contoh
Bahasa Melanau Bahasa Melayu
[gusiy] (gusi)
[tutup] (tutup)
[debu] (debu)
ii. Vokal belakang sempit bundar sengau []. Lazimnya, penyengauan terjadi apabila
kehadiran bunyi nasal sebelum atau selepasnya. Namun satu cirri tatabunyi dalam dialek ini
ialah berlakunya penyengauan pada keadaan tanpa kehadiran konsonan nasal, baik sebelum
vokal berkenaan mahupun selepasnya. Di sini, vokal ini harus dianggap sebagai vokal yang
tersendiri dan membezakannya dengan vokal /u/. Kata-kata tersebut ialah:
Bahasa Melanau Bahasa Melayu
[Kt] (lelangit)
[bukt] (memukul)
[kug] (menggali)



19


iii. Vokal belakang separuh tinggi bundar [o] bertaburan pada lingkungan contohnya
dalam kata-kata seperti:
Bahasa Melanau Bahasa Melayu
[janto] (jantung)
[jipo] (sepupu)
[tolay] (lelaki)

Manakala, vokal balakang separuh rendah (separuh bundar) [] yang wujud dalam
posisi akhir kata terbuka, pada tahap fonemik, merupakan alofon kepada fonem /u/.
Ini dapat diperlihatkan dalam kata-kata seperti berikut:
Bahasa Melanau Bahasa Melayu
[sus] (susu),
[tmu] (perempuan),
[kuto b] (kutu rambut)
Ringkasnya, vokal-vokal dialek Melanau Kerto yang dibincangkan di atas diklasifikasikan
dalam fonetik vokal seperti rajah dibawah:

20





3.5 DIFTONG BAHASA MELANAU KERTO
Dalam dialek Melanau Kerto, terdapat empat diftong yang dikenalpasti. Diftong-
diftong tersebut ialah /oy/, /ay/, /uy/, /aw/. Contoh-contoh diftong ini wujud dalam kata-kata
seperti:
/oy/ /uy/
Teloy (telur) [babuy] (babi)
Saloy (perahu) [opuy] (api)
/ay/ /aw/
Petay (petai) [pulaw](pulau)
suay (sungai) [limaw] (limau)




21


3.6 KONSONAN BAHASA MELANAU KERTO
3.6.1 Konsonan geseran gusi tidak bersuara [s]
Hadapan lidah dinaikkan ke gusi untuk membuat sempitan pada arus udara.Lelangit
lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara dari
paru-paru ke rongga hidung. Pita suara direnggangkan.Arus udara dari paru-paru melalui
rongg mulut tanpa menggetarkan pita suara .Udara keluar melalui sempitan depan lidah dan
gusi untuk menghasilkan bunyi konsonan geseran gusi tidak bersuara
Contohnya pada perkataan bahasa Melanau:
i. sab [s]abe (makna dalam bahasa Melayu dulu)
ii. asp a[s]p (makna dalam bahasa Melayu asap)
iii. malas mal[s] (makna dalam bahasa Melayu malas)

3.6.2 Konsonan getaran gusi bersuara [ r ]
Hujung lidah dikenakan pada gusi.Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke
belakang rongga tekak untuk membuat sekatan arus udara dari paru-paru ke rongga
hidung.Pita suara dirapatkan.Arus udara yang keluar dari paru-paru melalui rongga tekak
menggetarkan pita suara.Arus udara melalaui rongga mulut menggetakan hujung lidah
Contohnya pada perkataan bahasa Melanau:
i. Rbu [r]abu (makna dalam bahasa Melayu rumah)
ii. Lumpr Lump[r] (makna dalam bahasa Melayu lumpur)

22



4.0 KESIMPULAN

Berdasarkan kajian yang dilakukan tentang alat-alat artikulasi, kita dapat mentafsirkan
bahawa bahasa mempunyai suatu sifat yang dikatakan sebagai bahasa sebagai simbol bunyi.
Dialek Melanau Kerto menampilkan beberapa ciri fonologi yang berbeza dengan etnik yang
terdapat di Negara Malaysia. Bahasa Melanau dirasakan masih memerlukan usaha pengkajian
yang berlipat ganda. Walaupun bahasa Melanau bukanlah satu varian bahasa Melayu, bahasa
ini tetap adalah merupakan khazanah dialek di nusantara dan tidak harus di abaikannya.
Dengan hanya menggunakan bahagian-bahagian tubuh manusia,kita dapat berbahasa
dengan menggunakan pelbagai bunyi yang dapat dihasilkan. Terdapat banyak bahagian
tubuh manusia yang mendukung peranan sebagai alat artikulasi seperti bibir, gigi, gusi,
lidah,tulang rahang dan anak tekak. Berdasarkan alat-alat artikulasi inilah manusia dapat
bertutur dengan sempurna dan membezakan sebutan huruf-huruf vokal dan konsonan.
Konklusi keseluruhannya, pendedahan tentang alat-alat pertuturan atau artikulasi
adalah penting untuk meningkatkan kefahaman kita bahawa alat-alat artikulasi atau organ-
organ yang berperanan dalam mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa mempunyai fungsi yang
sangat penting dalam kehidupan kita sehari-hari terutamanya untuk berkomunikasi antara
individu. Tambahan pula,penguasaan ilmu fonetik dan fonologi ini dapat memudahkan kita
untuk mempelajari cara-cara menghasilkan bunyi dengan sebutan yang betul. Alat-alat
artikulasi yang telah dijelaskan di atas sememangnya memainkan peranan yang amat penting
dalam penghasilan bunyi bahasa. Bunyi-bunyi bahasa yang dikeluarkan bergantung kepada
alat artikulasi dan daerah artikulasi yang digunakan.



23


BIBLIOGRAFI


Abdullah Hassan. (2006). Linguistik Am. Kuala Lumpur : PTS Profesional
Publishing Sdn. Bhd.

Blust R.A. 1974. The Proto-North Sarawak vowel deletion hypothesis. Tesis Phd.
Universiti or Hawaii: Hawaii

_____________.1989. Antologi kajian dialek Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka : Kuala
Lumpur.

Indrawati Zahid, Mardian Shah Omar. (2006). Fonetik dan Fonologi. Kuala Lumpur:
Publishing Sdn. Bhd.

Kamarudin Hj. Husin, Siti Hajar Hj. Abdul Aziz, Arbie B. Sujud. (1997). Pengajiann
Melayu 1. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Nor Hasimah Jalaludin. (1998). Asas Fonetik. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Zaini Ozea. 1989. Bahasa Melanau: Suatu Tanggapan Awal. The Sarawak Musuem Journal.
XL(61):232-246.




24



SEKOLAH PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN SOSIAL
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH


KOD KURSUS TL 1O303
FONETIK DAN FONOLOGI



TAJUK
1. FONETIK ARTIKULASI (PERSEPSI)
MEKANISME EDARAN UDARA YANG MENGHASILKAN BUNYI, ALAT
ARTIKULASI, FUNGSI DAN ARTIKULASI





NAMA:
FREADY FOOK LIEW
NO. MATRIK:
CT10210213
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURUSEKOLAH RENDAH
(PGSR)
NAMA PENSYARAH PROF.MADYA DR HJ BAHAROM MOHAMAD
TARIKH SERAHAN 03.JUN.2011

Anda mungkin juga menyukai