Anda di halaman 1dari 14

Pengenalan

Bahasa adalah sebuah pendekatan yang digunakan bagi menghubungkan


seseorang dengan seseorang individu yang lain bahasa yang sering
digunakan dalam acara formal adalah Bahasa Melayu. Menurut Gumperz
(1971), bahasa ini merupakan apa yang dituturkan adalah bahan percakapan
dimana merupakan buah fikiran atau idea serta merupakan huraian sesuati
situasi atau perlakuan sosial yang diceritakan. Bahasa ini merupakan suatu
alat yang digunakan untuk berkomunikasi dengan individu yang lain dan
sememangnya tidak dinafikan bahawa bahasa disetiap negara ini sangat
pelbagai. Dimana bahasa Melayu ini menjadi bahasa penghantar di dalam
negara Malaysia dan kemudian diikuti dengan Bahasa Inggeris. Namun,
melalui tugasan ini akan menganalisis secara mendalam berkenaan dengan
fonetik dan fonologi yang terdapat dalam Bahasa Melayu khususnya. Dalam
melaksanakan tugasan ini terdapat beberapa bahagian yang akan difokuskan
dimana akan menerangkan secara terperinci apa yang dimaksudkan dengan
fonetik dan fonologi. Kemudian, diikuti dengan bagaimana penghasilan bunyi-
bunyi bahasa oleh alat-alat artikulasi manusia. Seterusnya, penyediaan
Rancangan Pengajaran Harian yang mana akan memfokuskan kepada aspek
fonetik dan fonologi bahasa melayu. Melalui tugasan ini akan menerangkan
beberapa aspek yang mungkin tidak semua orang mengetahui berkenaan
dengan Bahasa Melayu kerana bidang ini bukan hanya mengkaji berkenaan
dengan ayat sahaja malah melihat dari sudut lain iaitu melihat bagaimana
boleh terjadinya penghasilan bunyi melalui alat-alat artikulasi yang berada
dalam tubuh manusia. Perkara ini jelas membuktikan bahawa dalam tugasan
ini terdapatnya unsur Sains yang digunakan dalam menjalani tugasan ini.
Aspek-aspek ini yang akan difokuskan dalam tugasan ini dan akan
diterangkan secara terperinci berkenaan dengan

i. Definisi fonetik dan fonologi Bahasa Melayu

Merujuk kepada definisi fonetik dan fonologi ini kedua-dua aspek ini
merupakan aspek yang berbeza dan akan diterangkan pada bahagian
seterusnya:
Fonetik
Merujuk kepada fonetik bidang ini mengkaji bunyi bahasa dan terdapat
beberapa pandangan ahli bahasa berkenaan dengan fonetik. Menurut
Abdullah Hassan (1993), fonetik ini adalah bidang yang mengkaji bunyi
bahasa dari segi penyebutan, pendengaran atau sifatnya secara amnya
fonetik ini mengkaji terhadap unsur-unsur dalam bentuk bunyi. Kemudian,
menurut Kamus Dewan (2005), fonetik ini adalah ilmu bahasa iaitu linguistik
yang berkenaan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan
sebutannya. Selain daripada itu, menurut The Penguin Dictionary (2004),
fonetik adalah sebagai “the study and classification of speech sound”. Bukan
itu sahaja, W. Bright (1992), mendefinisikan fonetik ini dalam International
Encyclopedia of Linguistics fonetik ini adalah “the study of the physical
characteristicd of human speen sounds”. Kemudian, menurut Kamus
Linguistik (Harimurti Kridalaksana 1984), mendefinisikan fonetik ini
merupakan sebagai ilmu yang menyelidik penghasilan penyampaian dan
penerimaan bunyi bahasa. Seterusnya, menurut ahli bahasa iaitu Nik Safiah
Karim dan Wan Malini Ahmad (2006), fonetik adalah bidang yang mengkaji
bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh manusia dan memberikan lambang kepada
bunyi-bunyi tersebut. Oleh yang demikian dapat dilihat setiap ahli ini
mempunyai pandangan yang berbeza berkenaan dengan makna fonetik dan
apa yang dapat disimpulkan bidang fonetik ini mengkaji berkenaan dengan
bunyi bahasa. Justeru itu, fonetik ini adalah bagi mengkaji bunyi bahasa yang
dituturkan oleh manusian iaitu dengan mengkaji bunyi-bunyi bahasa dari segi
cara pengeluarannya, daerah pengeluarannya serta alat-alat pengucapan
yang terlibat dalam menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. Merujuk kepada
bidang fonetik terdapat tiga bidang yang akan dilakukan iaitu:

1. Fonetik artikulasi
Aspek ini akan mengkaji bagaimana bunyi-bunyi bahasa itu dapat dikelurkan
dengan menggunakan alat-ala artikulasi

2. Fonetik akustik
Aspek ini pula mengkaji berkenaan dengan sifat bunyi itu sendiri, iaitu
bagaimana gelombang udara dari paru-paru mengalami perubahan yang
disediakan oleh gangguan yang dibuat oleh alat artikulasi seperti pita suara,
lidah, bibir dan sebagainya.

3. Fonetik auditori
Aspek ini pula merupakan kajian yang berkaitan dengan pendengaran
terhadap bunyi-bunyi yang dihasilkan agar bunyi-bunyi itu dapat
diperturunkan ke dalam lambang-lambang yang tepat.

Fonologi
Fonologi adalah bunyi-bunyi bahasa yang mempunyai sistem atau peraturan
pula dikaji dalam bidang ini. Terdapat banyak pandangan ahli berkenaan
dengan makna fonologi diantaranya ialah F. Parker (1974), mendefinisikan
pengertian fonologi sebagai suatu bidang yang mengkaji sesuatu bahasa iaitu
rumus-rumus yang menentukan sebutan. Kemudian, menurut Abdullah
Hassan dalam bukunya iaitu Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia
(1993), menyatakan bahawa “fonologi adalah mengkaji bunyi-bunyi yang
berfungsi dalam sesuatu bahasa itu”. Kemudian, menurut J. Clark dan C.
Yallop (1995), fonologi adalah “phonology is concerned with the organization
of speech within specific languages”. Seterusnya, P. Roach melalui bukunya
Phonetics iaitu menjelaskan berkenaan dengan fonologi sebagai “the study of
the distinctive sound units of a language, the patterns they form, and the rules
which regulate their use. Seterusnya, menurut Kamus Linguistik (Harimurti
Kridalaksana 1984), mendefinisikan fonologi adalah sebagai bidang dalam
linguistik yang menyelidiki bunyi-bunyi bahasa mengikut fungsinya.
Seterusnya, merujuk dalam World Book of Dictionary fonologi adalah “the
systems of sounds used in a language”. Oleh yang demikian, dapat
disimpulkan bahawa fonologi ini merupakan kajian berkenaan dengan fungsi-
fungsi bunyi bahasa. Perkara ini merujuk kepada sistem bunyi satu-satu
bahasa dengan berdasarkan jenis-jenis bunyi sama ada bunyi itu distingtif
iaitu dapat membezakan makna atau tidak distingtif tidak dapat membezakan
makna.

Justeru itu dapat disimpulkan bahawa fonetik dan fonologi ini merupakan
bidang pengajian yang melibatkan pengkajian terhadap bunyi-bunyi bahasa
dan fungsi-fungsi bunyi bahasa dalam bahasa melayu. Kedua-dua bidang ini
meliputi bidang bagaimana bunyi-bunyi bahasa Melayu itu boleh dihasilkan
atau bagaimana dituturkan. Contohnya, bunyi-bunyi vokal, konsonan dan
diftong kemudian apakah alat-alat artikulasi yang terlibat serta daerah mana
yang memainkan peranan dalam menghasilkan bunyi-bunyi ini. Misalnya,
bagaimana cara menghasilkan bunyi vokal hadapan, vokal belakang dan
vokal tengah di dalam bahasa melayu. Bukan itu sahaja, penghasilan bunyi
konsonan juga diperlukan iaitu konsonan letupan, konsonan letusan,
geseran, sengau, separuh vokal dan seumpamanya. Diftong juga
difokuskan dengan memberi perhatian dengan au, ai dan oi dalam bahasa
Melayu.
ii. Penghasilan bunyi-bunyi bahasa oleh alat-alat artikulasi manusia
Penghasilan bunyi ialah kesan yang didengar oleh telinga yang berlaku
apabila udara daripada paru-paru keluar melalui pita suara ke rongga tekak,
kemudian terus keluar ke rongga mulut atau rongga hidung. Semasa udara
keluar melalui rongga tekak dan rongga mulut atau rongga hidung, udara
mungkin mengalami gangguan atau sekatan atau mungkin tidak. Udara yang
keluar dalam bentuk gelombang itu mengenai bahagian gegendang telinga
dan terhasillah bunyi.

Alat-alat artikulasi juga turut memainkan peranan dalam penghasilan bunyi-


bunyi bahasa terdapat banyak alat artikulasi yang terlibat dalam penghasilan
bunyi. Selain itu, alat yang terliba ini merupakan alat yang menerbitkan bunyi
setelah udara dari paru-paru dipamkan ke dalam organ yang terlibat oleh
yang demikian terdapat 20 organ yang terlibat dalam alat artikulasi ini.
Alat-alat artikulasi

Artikulator pula merujuk kepada bahagian alat pertuturan yang boleh digerak-
gerakkan seperti lidah, bibir dan gigi bawah yang terletak di bahagian bawah
rongga mulut. Oleh yang demikian, pada bahagian ini akan menerangkan
cara penghasilan bunyi dengan menggunakan alat-alat artikulasi dimana alat
ini termasuklah gigi bahagian atas, gusi, lelangit keras dan lelangit lembut.

Alat Artikulasi Cara Penghasilan Bunyi


Bibir Bibir merupakan alat artikulasi yang mana
terletak dibahagian luar rongga mulut dimana
alat ini burfungsi dalam menyekat perjalanan
udara. Bibir ini juga mempunyai ciri dimana
mempunyai beberapa otot yang kenyal yang
boleh dihamparkan dan boleh dibundarkan.
Misalnya, semasa membunyikan bunyi [ i ] bibir
dalam keadaan terhampar namun apabila
membunyikan [ u ] pula keadaan bibir berada
dalam keadaan bundar. Fungsi bibir juga
membuat sekatan kepada udara yang keluar
dari rongga mulut. Contoh keadaan ini berlaku
apabila membunyikan [ m ], [ p ], dan [ d ] udara
secara tidak langsung telah tersekat apabila
bibir membunyikan huruf ini.
Lidah Alat artikulasi lidah ini merupakan alat yang
sangat penting dan paling aktif dalam membuat
pengeluaran bunyi bahasa. Keadaan lidah ini
jga terbahagi kepada empat bahagian utama
iaitu hujung, tengah, hadapan dan belakang.
Keadaan alat arikulasi ini juga boleh digerakkan
sama ada dengan diangkat, dinaikkan atau
diturunkan bagi membuat penyekatan udara
yang keluar dari rongga mulut. Bahagian
hadapan, tengah dan belakang ini penting
dalam pengeluaran bunyi vokal iaitu vokal
hadapan, vokal tengah dan vokal belakang.
Manakala, pada bahagaian hadapan lidah juga
sangat aktif dimana bahagian ini membuat
penyekatan udara.
Gusi (Alveolar) Kemudian, alat artikulasi gusi merupakan organ
yang terletak diantara gigi dan lelangit keras.
Keadaan gusi yang cembung, melengkung
ianya dapat berfungsi sebagai daerah
penyebutan. Contohnya, gusi ini juga membantu
dalam membuat penyekatan contoh huruf
adalah [ t ]. [ d ], [ I ], [ r ], [ s ], [ z ] dan
beberapa huruf lagi yang terlibat penyebutan
huruf ini dengan bantuan hujung lidah sehingga
membuat penyekatan.
Lelangit (Palatal) Bahagian ini dibahagikan kepada dua iaitu
lelangi keras dan lelangit lembut. Merujuk
kepada lelangi keras diantara gusi dan lelangit
lembut ianya berfungsi sebagai daerah artikulasi
dalam pengeluaran bunyi. Manakala, lelangit
lembut ini terletak dibahagian ke dalam sedikit
selepas sahaja lelangit keras dan lelangit lembut
ini terletak sebelum anak tekak. Keadaan
lelangit lembut ini boleh diturunkan serta
dinaikkan. Apabila diturunkan, rongga mulut
akan tertutup dan udara akan keluar melalui
rongga hidung. Bahagian ini sangat penting
dalam mengeluarkan bunyi secara sengau
ataupun tidak. Kemudian, apabila lelangit
lembut ini diturunkan hasil bunyi yang
dikeluarkan adalah sengau dan kalau dinaikkan
bukan keluar bunyi sengau.
Anak Tekak Anak tekak ini terletak dibahagian belakang
rongga mulut serta kedudukan anak tekak ini
sangat berhampiran dengan lelangit lembut.
Fungsi anak tekak ini adalah sebagai alat
pertutuan bersama-sama dengan lelangit lembut
yang mana anak tekak akan menentukan sama
ada sesuatu bunyi yang hendak dikeluarkan ini
bunyi sengau atau tidak. Anak tekak ini juga
boleh digerakkan sama ada dengan menaikkan
dan diturunkan. Jika kedudukan anak tekak ini
dinaikkan akan menutup rongga hidung dan
apabila dinaikkan rongga mulut pula akan
tertutup.
Gigi Alat artikulasi ini juga memainkan peranan
dalam penghasilan bunyi namun peranan tidak
seaktif alat artikulasi yang lain. Kerana bahagian
ini tidak boleh digerakkan ianya berfungsi
sebagai penahan udara daripada untuk terus
keluar dengan bebas dari rongga mulut.
Contohnya dalam penyeburan [ e ], [ y ], [ c ],
dan [ q ] dimana gigi juga turut sama
berperanan dengan daerah penyebutan.
Rongga Rongga ini juga terbahagi kepada tiga bahagian
iaitu rongga mulut, rongga hodung dan rongga
tekak. Rongga ini adalah bahagian yang lapang
yang akan menjadi tempat lalaun udara keluar
masuk melalui paru-paru.

 Rongga tekak
Bermula dari bahagian di sebelah atas selepas
pita sura sehinggalah bahagian anak tekak

 Rongga mulut
Bermula dari ruang di hadapan belakang lidah
membawa kepada bahagian bibir sebelah dalam
 Rongga hidung
Bermula dari bahagian di belakang anak tekak
sehingga ke hidung.

Kedua-dua rongga hodung dan tekak ini boleh


terbuka dan tertutup dan ianya bergantung
kepada keadaan sama ada anak tekak dan
lelangit lembu dinaikkan ataupun diturunkan.
Pita suara Alat artikulasi ini berada dalam ruang tenggorok
dan ianya amat penting bagi menghasilkan
bunyi. Seseorang yang mengalami masalah
kerosakkan pita suara akan mengalami
gangguan suara serta orang yang tidak
mempunyai pita suara akan menjadi bisu. Pita
suara ini juga mempunyai dua keping selaput
dimana ianya boleh terbuka dan tertutup.
Pita suara tertutup dan terbuka
Rahang Memainkan peranan dalam pengeluaran bunyi
kedudukannya amat penting dalam
membunyikan huruf vokal. Rahang juga
terbahagi kepada dua iaitu rahang atas dan
bawah. Keadaan rahang akan menjadi sempit
apabila membunyikan vokal-vokal [ I ] dan [ u ]
dan ianya akan terbuka luas apabila
membunyikan huruf vokal [ a ] dan [ e ].

iii. Rancangan Pengajaran Harian

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


MATA BAHASA MELAYU NAMA SURIANA
PELAJARAN GURU
TARIKH/HARI 14 November Rabu MASA 8.30 pagi – 9.30
2018 pagi
JUMLAH 28 Orang
PELAJAR
USIA 15 Tahun TAJUK Cara mengaplikasikan
fonetik dan fonologi
dalam pembelajaran
OBJEKTIF Pada akhir pembelajaran ini pelajar akan mendapati:
PEMBELAJARAN I. Mengenalpasti makna fonetik dan fonologi
II. Menyenaraikan ala-alat artikulasi yang terlibat
KEMAHIRAN Kemahiran menulis
PAK21
KBAT Mengaplikasi dan menilai
NILAI Rasional
EMK Kreativiti dan inovasi

Langkah-Langkah Pengajaran
Fasa / Isi Kandungan Aktiviti pengajaran dan Catatan
pembelajaran
Induksi 1. Murid dipaparkan 2 BBM :
(5 Minit ) gambar yang berbeza. *Gambar berkaitan
2. Gambar tersebut dengan fonetik dan
Soalan KBAT : dilekatkan pada bahagian fonologi
Menganalisis hadapan kelas
3. Setiap murid diberikan 2 PAK21 :
keping kertas berwarna Brainstorming
bersaiz kecil.
KBAT :
4. Murid diminta untuk
Menganalisis
menulis pemahaman mereka
terhadap setiap gambar
KBK :
tersebut.
Kemahiran berfikir
5. Hasil penulisan tersebut
perlu ditampal pada setiap
NILAI :
meja.
Rasional
6. Murid yang lain diberi
Berdasarkan gambar Empati
peluang untuk membaca
tersebut, apakah yang Peka kepada sekeliling
pemahaman rakan yang lain
anda faham mengenai
berkaitan setiap gambar
setiap gambar tersebut ?
tersebut.

Jangkaan jawapan :
1. Gambar 1 menunjukkan
kedudukan bahagian
dalam mulut

2. Gambar 2 menunjukkan
rongga yang ada dalam
mulut
Fasa 1 1.Murid diedarkan dengan BBM :
Pengenalan : “gambar ala-alat artikulasi” Kepingan gambar alat-
(5 Minit) 2.Murid diminta untuk alat artikulasi
memahami gambar yang
Soalan KBAT : Menilai diberikan PAK21 :

3.Murid juga diminta untuk Sumbang saran


Berikan satu fungsi lidah?
mengenal pasti dimana
Dan berikan satu fungsi KBAT :
rongga yang paling penting
gigi? Menilai
dalam menghasilkan bunyi

Jangkaan jawapan : KBT :


1. Lidah tempat Kemahiran berfikir
meletakkan makanan Kemahiran
2. Lidah boleh berfungsi berkomunikasi
untuk menjilat
3. Gigi tempat Nilai :

mengunyah makanan Fokus


Rasional

Fasa 2 1) Sebaik sahaja sesi BBM :


Aktiviti : Gallery Walk pengajaran dan Lembaran kerja
(30 minit) pembelajaran guru
melaksanakan aktiviti. PAK21 :

2) Guru meminta murid ini Brainstorming


membentuk 5 kumpulan Rangka isi
dan 1 kumpulan
KBAT :
mempunyai 5 orang ahli
sahaja Menganalisis
3) Guru mula
membahagikan alat KBT :
bantu mengajar kepada Kemahiran berfikir
setiap kumpulan Kemahiran menulis

4) Setiap kumpulan Kemahiran


dibekalkan dengan berkomunikasi
kertas mahjong dan
Nilai :
marker pen
Fokus
5) Setiap kumpulan di beri
Rasional
satu tajuk contohnya
“Apakah fungsi anak
tekak dan bagaimana
cara pengeluaran bunyi
serta huruf apa yang
terlibat”
6) Setiap murid ini akan
merumuskan dalam
kertas mahjong dan akan
dibentangkan kepada
rakan-rakan mereka
7) Setiap kumpulan
mempunyai satu tajuk
yang perlu dibentangkan
Fasa 3 1. Murid masih dalam BBM :
Merumus : kumpulan yang sama Lembaran kerja
(10 minit) 2. Murid diminta untuk
menghasilkan satu fungsi KBAT :
Soalan KBAT : alat artikulasi dan Mengaplikasi
Mengaplikasi menerangkan dihadapan
KBT :
kelas
Apakah kelebihan Kemahiran berfikir
3. Ahli kumpulan
seseorang mengetahui Kemahiran menulis
digalakkan bekerjasama
makna fonetik dan
fonologi? dalam menghasilkan satu Nilai :
fungsi yang sangat penting Rasional
Jangkaan jawapan : Fokus
1. Mengetahui cara Jati diri
penghasilan bunyi
2. Mengetahui alat
artikulasi yang terlibat
Fasa 4 1. Berdasarkan kumpulan BBM :
Penilaian : yang telah dibahagikan, Lembaran kerja
(10 minit) murid perlu berkongsi Kertas mahjong
pandangan mereka
SoalanKBAT : Menilai berkenaan dengan PAK21 :
kepentingan alat artikulasi Sumbang saran
Adakah alat artikulasi ini
2. Murid yang lain perlu Sudut pembelajaran
sangat penting dalam
mencatat fungsi yang penting
penghasilan bunyi? KBAT :
dalam alat artikulasi nota ini
Menilai
juga berfungsi sebagai nota
Jangkaan jawapan :
tambahan kepada murid.
 Sangat penting KBT :
3.Hasil yang telah dicatat
Kemahiran berfikir
perlu dilekatkan pada sudut
Kemahiran
bahasa melayu yang
berkomunikasi
disediakan oleh guru.

Nilai :
Rasional
Fokus
Keyakinan diri

Kesimpulan
Secara kesimpulan tugasan ini menerangkan berkenaan dengan perkara
yang paling asas dalam fonetik dan fonologi diikuti dengan cara penyebutan
dan pengeluaran bunyi dari setiap alat artikulasi. Perkara ini menunjukkan
bahawa bahasa ini bukanlah hanya tertumpu kepada kesalahan ejaan
mahupun karangan yang dilaksanakan tetapi boleh dikaji berkenaan dengan
penghasilan bunyi dan alat yang terlibat dalam penghasilan bunyi. Oleh yang
demikian, melalui tugasan ini memperlihatkan bahawa kajian ke atas fonetik
dan fologi bidang ini bukanlah suatu perkara yang mudah namun perlu
dipelajari dengan sebaiknya. Tambahan pula, dengan adanya tugasan ini
sebenarnya dapat membantu pelajar untuk mengetahui secara mendalam
berkenaan dengan penyebutan bunyi huruf vokal mahupun huruf konsonan.
Diharapkan dengan melaksanakan tugasan ini dapat memberi sumbangkan
kepada pembaca begitu juga mereka yang ingin membuat kajian berkenaan
dengan fonetik dan fonologi kerana ianya boleh dijadikan sebagai rujukan
tamabahn sahaja.

Rujukan
Zahid, I. H., & Omar, M. S. (2006). Fonetik dan fonologi. Akademia.

Hassan, R. (2010). Sistem fonetik dan fonologi bahasa Melayu dan bahasa


Perancis: satu analisis kontrastif dan analisis kesilapan/Roshidah bt
Hassan (Doctoral dissertation, University of Malaya).

Abdul Hamid Mahmood. 2015. Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu untuk
Pengajian Jarak Jauh.

Anda mungkin juga menyukai