Anda di halaman 1dari 51

SEMESTER 1

BAHASA MELAYU

BAB 2 :
BIDANG FONOLOGI
DISEDIAKAN OLEH : NURISFARINI BINTI SULONG
2.1 DEFINISI FONETIK
DAN FONEMIK
2.1 DEFINISI FONETIK, FONOLOGI
DAN FONEMIK

2.1.1 KONSEP BUNYI BAHASA


2.1.2 KONSEP FONEM
2.1.3 KONSEP ALOFON
2.1.4 KONSEP HURUF
2.1.5 KONSEP SUKU KATA
DEFINISI FONETIK,
FONOLOGI
DAN FONEMIK
BIDANG FONETIK
• Bidang ini ialah subbidang linguistik yang mengkaji
cara bunyi-bunyi bahasa dihasilkan oleh organ-
organ pertuturan manusia.
• Antara organ tersebut ialah gusi, lidah, lelangit,
anak tekak dan sebagainya.
• Bidang ini terbahagi kepada 3 :
Fonetik artikulatori.
Fonetik akustik.
Fonetik auditori.
1.FONETIK ARTIKULATORI

• Menumpukan kajian pada fungsi organ pertuturan


dan cara organ tersebut menghasilkan bunyi-bunyi
tertentu.
• Kajiannya juga meliputi pengklasifikasian bunyi-
bunyi tersebut mengikut cara penghasilan dan
daerah artikulasinya serta menentukan lambang
fonetik tertentu bagi sesuatu bunyi.
2. FONETIK AKUSTIK
• Mengkaji unsur-unsur fizikal yang terkandung
dalam bunyi-bunyi pertuturan yang ditransmisikan
/dipindahkan oleh mulut penutur ke telinga
pendengar.
• Dengan kata lain, fonetik akustik mengkaji unsur
bunyi yang terdiri daripada gelombang-
gelombang bunyi yang mempunyai kelangsingan
dan kelantangan tertentu.
3. FONETIK AUDITORI
• Kajian tentang bagaimana bunyi yang dilafazkan
oleh penutur itu didengar atau diterima dan
dikenal pasti oleh pendengar.
• Saraf pendengaran pendengar menganalisis
bunyi-bunyi itu sebagai suatu ujaran yang
bermakna.
SOALAN
Apakah perbezaan bagi fonetik artikulatori,
fonetik akustik dan fonetik auditori ?

JAWAPAN
• FONETIK ARTIKULATORI :
Kajian tentang organ yang menghasilkan bunyi.
• FONETIK AKUSTIK :
Kajian tentang unsur fizikal dalam bunyi.
• FONETIK AUDITORI :
Kajian tentang bagaimana bunyi dianalisa
oleh pendengar.
BIDANG FONOLOGI
• Bidang ini merupakan subdisiplin linguistik yang
mengkaji pengorganisasian dan penstrukturan
bunyi yang dibuat secara sistematik mengikut
sistem bunyi sesuatu bahasa.
• Kajiannya meliputi penyebutan perkataan, frasa,
klausa atau ayat.
• Umumnya, bidang fonologi menghuraikan susunan,
fungsi dan cara bunyi-bunyi bahasa distrukturkan
untuk menimbulkan makna-makna yang berbeza.
BIDANG FONEMIK
• Bidang yang menganalisis bunyi-bunyi untuk
menentukan sama ada bunyi itu, boleh menjadi
unsur pembeza makna ataupun tidak.
• Bunyi atau kumpulan bunyi yang hampir-hampir
sama itu yang berfungsi membezakan makna, maka
bunyi itu merupakan fonem atau fitur distingtif.
• Bidang fonemik penting dalam penentuan sistem
ejaan bagi sesuatu bahasa.
BIDANG FONEMIK
• Dua perkataan yang mempunyai persamaan bunyi
yang minimal dibandingkan dan dilihat maknanya.
• Jika makna perkataan itu berbeza, maka bunyi yang
berbeza itu merupakan dua fonem yang berbeza.
• Contohnya :
pandang dan kandang merupakan pasangan
minimal kerana yang membezakannya hanya
bunyi /p/ dan /k/ pada awal kata itu.
Oleh sebab maknanya berbeza, maka bunyi /p/
dan /k/ adalah dua fonem yang berbeza
SOALAN 2
Adakah anda boleh membezakan bidang
fonetik, fonologi dan fonemik?

JAWAPAN
• FONETIK :
Mengkaji cara bunyi bahasa dihasilkan.
• FONOLOGI :
Mengkaji penstrukturan bunyi yang dibuat.
• FONEMIK :
Menganalisis bunyi sama ada berbeza makna
atau tidak.
KONSEP BUNYI
BAHASA
KONSEP BUNYI BAHASA

• Bunyi bahasa ialah bunyi-bunyi yang


dihasilkan oleh alat-alat pertuturan manusia
dan bunyi itu membawa makna.
• Bunyi-bunyi itu dapat diwakili oleh sesuatu
lambang yang sifatnya adalah universal.
• Sebagai contoh, bunyi ‘beh’ dalam abjad
“b” dilambangkan oleh lambang fonetik
sebagai [b].
KONSEP BUNYI BAHASA
• Lambang ini digunakan oleh semua bahasa di
dunia sebagai lambang bunyi/fonetik bagi bunyi
itu.
• Terdapat juga bunyi yang dihasilkan oleh alat
artikulasi manusia, seperti bunyi batuk, bunyi
siulan, bunyi dehem, bunyi decisan antara
hujung lidah dengan gigi.
• Tetapi kesemua bunyi ini bukanlah bunyi bahasa
walapun sesetengah masyarakat memberikan
makna padanya.
KONSEP FONEM
KONSEP FONEM

• Fonem ialah unit bahasa yang terkecil yang


membezakan makna.
• Contohnya, fonem /k/, /g/, /b/, /d/, /a/
apabila hadir dalam perkataan boleh
membezakan makna.
• Fonem juga dikatakan unit penggalan
terkecil yang tidak mempunyai makna.
• Contohnya, perkataan ‘”kembar” boleh
dipenggal menjadi /k/, /e/,/m/,/b/,/a/,/r/.
KONSEP FONEM

Contoh lain ialah :


“Batuk” dan “Katuk”
“Betul” dan “Ketul”
“Rantai” dan “Bantai”
“Keras” dan “Beras”
Perkataan2 ini mempunyai perbezaan bunyi
yang minimum tetapi mempunyai makna
berbeza.
Bunyi yang membezakan makna itulah yang
dinamakan fonem.
KONSEP ALOFON
KONSEP ALOFON

• Alofon ialah variasi atau kelainan bunyi


bagi sesuatu fonem.
• Alofon2 bagi sesuatu fonem itu mempunyai
ciri-ciri fonetik/bunyi yang sama, dan
mempunyai lambang asas yang sama.
• Kelainan bunyi itu wujud kerana kehadiran
fonem itu dalam sesuatu kedudukan atau
posisi tertentu dalam perkataan.
KONSEP ALOFON

• Contohnya, kedudukan bunyi [a] dalam


perkataan.
• Bunyi [a] yang mengikuti bunyi [k] tidak
mengalami penyengauan – “Kata”
• Namun, bunyi [a] yang mengikuti bunyi [m]
dan [n] akan tersengau kerana [m] dan [n]
ialah huruf sengauan – “Mana”.
• Bunyi [a] yang mengalami penyengauan
ditandai tanda diakritik [~] menjadi [mãnã].
• Oleh itu, bunyi [a] dan [ã] ialah alofon atau
kelainan bunyi bagi fonem /a/.
KONSEP HURUF
KONSEP HURUF

• Huruf ialah abjad yang mewakili bunyi


dalam sistem ejaan dan tulisan sesuatu
bahasa.
• Abjad dalam bahasa Melayu ada 26 dan
ditulis dalam bentuk Romawi/Rumi.
• Huruf2 tersebut mempunyai namanya yang
tersendiri seperti el untuk huruf /l/, pi untuk
huruf /p/ dan sebagainya.
KONSEP HURUF

• Sistem ejaan bahasa Melayu bersifat


fonemik :
kerana lambang huruf yang mewakili
sesuatu bunyi sama dengan
lambang fonemik sesuatu fonem
seperti huruf /p/ = lambang fonetik [p].
KONSEP
SUKU KATA
KONSEP SUKU KATA

• Suku kata ialah unit bunyi atau kumpulan unit


bunyi yang membentuk sesuatu perkataan.
• Suku kata boleh terdiri daripada satu bunyi
vokal, atau gabungan bunyi vokal dengan
bunyi konsonan.
• Contohnya,
Akar = a + kar (2 suku kata)
Benua = be + nu + a (3 suku kata)
Stok = stok (1 suku kata)
KONSEP SUKU KATA

• Suku kata mempunyai pola tertentu.


• Suku kata terbahagi kepada dua, iaitu :
1) Suku kata terbuka, iaitu suku kata yang
diakhiri oleh bunyi vokal.
Contohnya, ma + na = mana
2) Suku kata tertutup, iaitu suku kata yang
diakhiri oleh bunyi konsonan.
Contohnya, kam + bing = kambing
BEREHAT SEBENTAR !
5 MINIT
ALAT-ALAT
PERTUTURAN DAN
BUNYINYA
RAJAH ALAT atau ORGAN
PERTUTURAN / ALAT ARTIKULASI

1. Bibir atas 14.Epiglottis


2. Bibir bawah 15.Pita Suara
3. Gigi atas 16.Rongga tekak
4. Gigi bawah 17.Rongga hidung
5. Gusi 18.Rongga mulut
6. Lelangit keras 19.Rahang
7. Lelangit lembut 20.Tengkorak/laring
8. Anak tekak 21.Hujung lidah
9. Hujung lidah
10.Lidah
11.Tengah lidah
12.Belakang lidah
13.Akar lidah
ALAT PERTUTURAN PENTING
DAN FUNGSINYA
(1) BIBIR

➢ Organ ini terdiri daripada otot kenyal yang


boleh dihamparkan dan dibundarkan. Bibir
dibundarkan untuk menyebut [u] dan
dihamparkan untuk menyebut [i].
➢ Bibir juga boleh menyekat laluan udara dari
rongga mulut, misalnya kedua-dua bibir
dirapatkan untuk menyekat laluan udara
semasa menyebutkan bunyi [m].
ALAT PERTUTURAN PENTING
DAN FUNGSINYA
(2) GIGI

➢ Gigi juga berperanan dalam penghasilan


bunyi bahasa.
➢ Berfungsi sebagai tempat sekatan udara
dilakukan.
➢ Berperanan menahan udara daripada terus
keluar melalui rongga mulut.
➢ Berfungsi dalam penghasilan beberapa
konsonan pinjaman, contohnya /f/.
ALAT PERTUTURAN PENTING
DAN FUNGSINYA

(3) GUSI

➢ Gusi terletak selepas gigi hingga lelangit


keras.
➢ Keadaannya cembung dan berperanan
sebagai daerah artikulasi.
➢ Menjadi tempat sekatan atau sempitan udara
yang dilakukan oleh bahagian lidah tertentu
semasa menghasilkan bunyi.
ALAT PERTUTURAN PENTING
DAN FUNGSINYA
(4) LIDAH

➢ Alat yang paling penting dalam penghasilan


bunyi bahasa.
➢ Lidah terbahagi kepada enam bahagian yang
boleh digerakkan untuk menyekat atau
menyempitkan laluan udara.
- hujung lidah - daun lidah
- depan lidah - tengah lidah
- belakang lidah - akar lidah
➢ Hujung lidah merupakan alat artikulasi yang
paling aktif dan disebut sebagai artikulator.
ALAT PERTUTURAN PENTING
DAN FUNGSINYA
(5) LELANGIT

➢ Lelangit terbahagi kepada dua, lelangit


keras yang kedudukannya selepas gusi dan
agak keras.
➢ Lelangit lembut pula bersambung dengan
anak tekak.
➢ Bunyi sengau terbentuk apabila lelangit
lembut dan anak tekak diturunkan, rongga
mulut tertutup dan udara keluar melalui
rongga hidung.
ALAT PERTUTURAN PENTING
DAN FUNGSINYA
(6) ANAK TEKAK

➢ Alat pertuturan ini berada di belakang


rongga mulut dan bersambung dengan
lelangit lembut.

➢ Anak tekak lazimnya berfungsi Bersama-


sama dengan lelangit lembut dalam
penghasilan bunyi, misalnya kedua-duanya
diturunkan untuk menutup rongga hidung.
ALAT PERTUTURAN PENTING
DAN FUNGSINYA
(7) RONGGA

➢ Tempat laluan udara yang keluar daripada


paru-paru.
➢ Rongga terbahagi kepada tiga, iaitu rongga
tekak, rongga mulut dan rongga hidung.
➢ Rongga mulut dan rongga hidung boleh
dibuka dan ditutup.
➢ Jika lelangit lembut dan anak tekak
diturunkan maka rongga mulut tertutup dan
rongga hidung terbuka.
ALAT PERTUTURAN PENTING
DAN FUNGSINYA
(8) PITA SUARA

➢ Pita suara terletak dalam ruang tenggorok.


➢ Terdiri daripada selaput suara yang lembut
yang boleh berkeadaan renggang atau rapat.
➢ Pita suara penting untuk menentukan bunyi
itu sama ada bersuara atau tidak.
➢ Bunyi bersuara terhasil apabila udara keluar
melalui pita suara dan keadaannya rapat dan
berlaku getaran.
➢ Bunyi tidak bersuara pula berlaku
sebaliknya.
ALAT PERTUTURAN PENTING
DAN FUNGSINYA
(9) RAHANG

➢ Rahang merupakan bahagian yang bertulang


pada bahagian dagu.
➢ Rahang boleh dibuka dan ditutup.
➢ Kedudukan rahang sama ada terbuka luas,
separuh luas atau sempit dapat menentukan
jenis vokal.
➢ Jika rahang terbuka luas, maka vokal yang
terhasil ialah vokal luas /a/.
➢ Jika rahang terbuka sempit, maka vokal yang
terhasil ialah vokal sempit /u/.
ALAT PERTUTURAN PENTING
DAN FUNGSINYA
(10) TENGGOROK / LARING

➢ Juga disebut sebagai laring yang merupakan


saluran tempat laluan keluar udara dari paru-
paru.
➢ Melalui tenggorok, udara akan ke rongga
tekak, rongga mulut dan rongga hidung.
KONSEP-KONSEP PENTING
DALAM PENGHASILAN
DAN PENGGOLONGAN
BUNYI
(1) ARTIKULATOR

(2) DAERAH ARTIKULASI

(3) BUNYI BERSUARA

(4) BUNYI TAK BERSUARA

(5) PASANGAN MINIMAL

(6) VARIASI BEBAS


(1) ARTIKULATOR
➢ Organ pertuturan yang boleh digerak-
gerakkan.
➢ Artikulator yang paling aktif ialah hujung lidah.
➢ Alat ini boleh dinaikkan, dikedepankan atau
digerakkan ke belakang.
➢ Bahagian depan, tengah dan belakang lidah
juga boleh digerakkan.
➢ Kebanyakkan artikulator ialah organ
pertuturan yang terletak di bahagian bawah
rongga mulut.
(2) DAERAH ARTIKULASI
➢ Daerah artikulasi ialah bahagian yang
menjadi tempat berlakunya sekatan atau
gangguan udara oleh artikulator dalam
penghasilan bunyi-bunyi bahasa.
➢ Contohnya, gusi ialah daerah artikulasi bagi
penyebutan bunyi [t] kerana sewaktu
penghasilannya, hujung lidah diletakkan
pada gusi untuk menyekat laluan udara.
➢ Daerah artikulasi terletak pada bahagian
atas rongga mulut.
(3) BUNYI BERSUARA

➢ Bunyi yang semasa penghasilannya keadaan


pita suara berkeadaan rapat.
➢ Apabila udara keluar melaluinya, pita suara
bergetar. Bunyi yang terhasil ialah bunyi
bersuara, contohnya [b] dan [d].
(4) BUNYI TAK BERSUARA

➢ Bunyi yang sewaktu penghasilannya keadaan


pita suara renggang dan ketika udara yang
keluar melaluinya, pita suara itu tidak
bergetar.
➢ Contohnya ialah bunyi [p] dan [t].
(5) PASANGAN MINIMAL
➢ Pasangan minimal ialah pasangan kata
yang mempunyai perbezaan bunyi yang
minimal, iaitu hanya satu bunyi, tetapi
perbezaan bunyi itu membawa makna
yang berbeza pada perkataan2 itu.
➢ Juga menentukan bunyi itu fonem atau tidak.
➢ Contohnya,
“Berang” dan “Perang”
Hanya terdapat perbezaan yang minimum
pada bunyi /b/ dan /p/ dan membawa
makna yang berbeza.
Maka, /berang/ dan /perang/ merupakan
pasangan minimal.
(6) VARIASI BEBAS
➢ Variasi bebas adalah kebalikan daripada
pasangan minimal.
➢ Beza variasi bebas dengan pasangan minimal
ialah, ia tidak membezakan makna
perkataan.
➢ Contohnya,
/fikir/ dan /pikir/
Walaupun wujud perbezaan bunyi yang
minimal tetapi tiada perbezaan makna.
Contoh lain ialah,
perkataan /lihat/ dan /lehat/
perkataan /pukul/ dan /pukol/
SOALAN 3
Adakah anda boleh membezakan enam konsep
penting dalam penghasilan bunyi ?
SEKIAN,
TERIMA KASIH !

Anda mungkin juga menyukai