Anda di halaman 1dari 2

Skema jawapan.

Soalan.

Huraikan ciri-ciri Masyarakat Feudal yang diamalkan di Jepun

Masyarakat Feudal ialah masyarakat yang tinggal dalam sesuatu komuniti Pendahuluan.
dan terikat dengan aturan yang ditetapkan oleh kerajaan atau pemerintah
ke atas golongan bawahan, kedua-dua golongan ini hidup mengikut susun
lapis yang telah ditetapkan berdasarkan keturunan dan hubungan di antara
keduanya berasaskan saling memerlukan antara satu sama lain. di Jepun,
kedudukan Maharaja diletakkan pada kedudukan yang tertinggi dan
mempunyai kuasa yang tidak terbatas ke atas segala aspek dalam
pemerintahan termasuklah tanah. Namun demikian, Maharaja telah
mewakilkan kuasa baginda kepada keluarga Shogun dan dibantu oleh
Daimyo serta Samurai
Isi pertama
Sistem Feudal dapat dilihat dengan jelas di Jepun iaitu Mharaja yang Fakta
berada di kemuncak struktur pemerintahan mempunyai kuasa yang tidak
terhad ke atas segala aspek di bawah pemerintahannya termasuklah tanah.
Hakikat ini dapat dilihat pada zaman Kamakura antara abad ke-12 dan 14, Huraian
di mana keluarga Minamoto menjadi keluarga yang penting di Jepun.
Keluarga ini mampu membekalkan keperluan keselamatan yang diperlukan Contoh
oleh Maharaja
Mereka turut menguasai tanah dan segala penghasilannya Penegasan
Isi kedua
Sebagai ketua kepada keluarga Minamato, Yoritomo sebagai contoh telah Fakta
melantik mereka yang setia kepadanya mewarisi jawatan Jito atau
pengurus tanah dan bertanggungjawab mengutip cukai.
Shugo merupakan pegawai yang bertanggungjawab memastikan agar Huraian
semua cukai dibayar
Shugo perlu menjalankan tanggungjawabnya walaupun terpaksa Contoh
menggunakan kekerasan
Sistem sebegini terus kekal sehingga zaman Meiji apabila beberapa Penegasan
perubahan besar dilakukan
Isi ketiga
Menurut Abdullah Zakaria Ghazali, dalam usaha melihat sejarah sistem Fakta
Feudal di Jepun, maka zaman Kamakura tidak harus ditinggalkan sistem
Feudal d zaman ini merupakan akar kepada keberlangsungan sistem
Feudal yang hanya tamat pada pertengahan abad ke-19. Menurutnya lagi,
sistem Feudal tumbuh subur di Jepun kerana kewujudan estet persendirian
yang dikenali sebagai Syo atau Syoen.
Pertumbuhan estet-estet persendirian ini telah dipercepatkan oleh Huraian
kemerosotan golongan Aristokrat dan kebangkitan golongan perwira
(Buke). Golongan ini taat setia kepada kepada Kamakura.
Hasil daripada ketaatsetiaan ini menyebabkan mereka mendominasi Contoh
jawatan Shugo dan Jito
Gabungan organisasi inilah yang menjadi asas kepada kemunculan sistem Penegasan
Feudal di Jepun
Isi keempat
Sistem Feudal di Jepun telah melahirkan dua golongan yang saling Fakta
bergantung antara saru sama lain iaitu golongan birokrasi pemerintahan
dan golongan tentera,
Golongan birokrasi pemerintahan termasuklah tuan tanah atau Daimyo Huraian
yang bertanggungjawab menyumbangkan sebahagian daripada hasil tanah
kepada Maharaja.
Golongan tentera sebagai contoh mempunyai kebolehan besar dalam Contoh
peperangan dan digunakan oleh golongan bangsawansama ada untuk
mempertahankan hak milik mereka atau menjaga keselamatan tuan-tuan
mereka
Kekuatan tentera menjadi tulang belakang kepada kebangkitan Daimyo di Penegasan
Jepun sehingga Maharaja tidak berfungsi sebagaimana sepatutnya
Kesimpulannya, masyarakat Feudal Jepun mempunyai ciri-ciri yang Kesimpulan.
merangkumi aspek sosial, ekonomi dan politik. Dalam konteks ini,
perlindungan dan perkhidmatan yang ditawarkan di Jepun adalah ketat
kerana pembahagian golongan masyarakat adalah berdasarkan pekerjaan
yang diwarisi. Malah kedudukan masyarakat Jepun diperkukuhkan semasa
pemerintahan Meiji dan diangap sebagai raja berperlembagaan Maharajaja
dihormati dan kekal sehingga hari ini.

Anda mungkin juga menyukai