Anda di halaman 1dari 2

Soalan 3 : Bincangkan konsep dan ciri-ciri masyarakat feudal yang diamalkan di Jepun.

Pengenalan:

.Masyarakat yang tinggal dalam sesuatu komuniti dan terikat dengan aturan yang ditetapkan oleh kerajaan atau
pemerintah ke atas golongan diperintah/bawahan. Kedua-dua golongan ini hidup mengikut susun lapis yang
ditetapkan berdasarkan keturunan dan hubungan di antara keduanya berasaskan saling memerlukan antara satu
sama lain.

Konsep feudal Di Jepun masyarakat feudal terbahagi kepada dua golongan iaitu golongan pemerintah
dan golongan yang diperintah. Golongan pemerintah terdiri daripada Maharaja, shogun
dan daimyo manakala golongan diperintah terdiri daripada samurai, petani, artisan dan
pedagang.

Ciri-ciri: Maharaja merupakan pimpinan teratas dalam pentadbiran Jepun. Namun maharaja tidak
1. Kedudukan Maharaja memiliki sebarang kuasa pemerintahan sebaliknya maharaja hanya dijadikan sebagai
simbol ketuhanan bagi negara Jepun. Maharaja juga ditempatkan di sebuah istana di
Kyoto yang dikawal rapi oleh pegawai istana.

2. Kedudukan Shogun. Kedudukan shogun berada di bawah maharaja walaupun kekuasaan pentadbiran Jepun
yang sebenar berada di tangan beliau. Hal ini bagi memastikan rakyat taat setia kepada
pemerintahan beliau dengan menggunakan nama maharaja sebagai ketua pemerintah.
Shogun telah membahagikan wilayah-wilayah pemerintahan beliau dan diserahkan
kepada para daimyo untuk membantu memerintah wilayah tersebut.

3. Kedudukan Samurai. Samurai adalah kelompok teratas dalam golongan yang diperintah. Mereka tidak
dibenarkan membuat pekerjaan selain melindungi dan memastikan keselamatan Shogun
dan para Daimyo. Kehidupan mereka ditanggung oleh golongan petani.

4. Pemilikan Tanah. Pada zaman pemerintahan Shogun Tokugawa, beliau menyerahkan tanah kepada vassal
dan para daimyo yang setia kepadanya. Golongan daimyo yang setia mengurus tanah
tersebut dan turut mengawasi daimyo yang ingin menentang Shogun Tokugawa. Mereka
yang menentang dirampas tanahnya oleh Shogun. Tanah yang dirampas itu diberikan
kepada tuan tanah yang setia dan beliau turut melantik pegawai untuk mengurus tanah
tersebut. Pegawai ini dikenali sebagai Gundai dan Daskan.

5. Kewajipan Peribadi. Di dalam masyarakat feudal di Jepun wujud satu hubungan peribadi antara Shogun dan
Daimyo. Shogun memberikan tanah kepada daimyo yang setia kepadanya dan sebagai
balasan para Daimyo perlu memberi sokongan terhadap pemerintahan beliau dengan cara
memberi bantuan ketenteraan. Di sini dapat dilihat kepentingan antara satu sama lain
iaitu satu golongan menawarkan khidmat mentadbir kekuasaan dan satunya memberi
perlindungan.

6. Mobiliti Sosial. Dalam abad ke-16 dan 17 masyarakat feudal di Jepun hidup mengikut kelas kedudukan
masing-masing. Setiap lapisan masyarakat mempunyai status ekonomi, politik dan sosial
yang berlainan mengikut keturunan. Sebagai contoh, golongan pedagang memiliki kelas
terendah dan tidak berlaku mobiliti sosial bagi mereka

Kesimpulan Kesimpulannya, kehidupan masyarakat feudal di Jepun lebih ketat kerana pekerjaan
mereka bergantung kepada apa yang diwarisi. Sistem ini diperkukuh semasa
pemerintahan Meiji dan sehingga hari ini Maharaja masih dihormati dalam masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai