Anda di halaman 1dari 4

FEUDALISME DI JEPUN

PENGENALAN

Sebelum abad ke-16 dan 17, pemerintahan feudal Jepun di bawah Keshogunan
Kamakura (1185-1333). Pada tahun 1192, Minamoto no Yoritomo telah dilantik oleh
Maharaja Go-Saga menjadi Shogun. Yoritomo telah menjalankan pemerintahannya di
bandar tepi laut Kamakura dipanggil kerajaan Bakufu yang dikenali pemerintahan
Keshogunan Kamakura. Shogun Yoritomo mula mengasingkan pemerintahan Jepun
daripada Kyoto. Semasa Maharaja Go-Daigo, pemerintahan Keshogunan Kamakura
telah diambil alih oleh Keshogunan Ashikaga pada tahun 1336-1573 selama 237 tahun.
Pemerintahan Shogun Ashikaga Yoshimitsu dijalankan tanpa merujuk kepada maharaja.
Bermula tahun 1603, pemerintahan di Jepun telah bermulanya era Keshogunan
Tokogawa berpusat di Edo yang diasaskan oleh Shogun Tokogawa Ieyasu. Shogun
Tokogawa telah menguasai kesemua aspek pemerintahan seperti pengawalan terhadap
agama, ekonomi, golongan bangsawan, cukai dan sebagainya. Era Tokogawa telah
membawa keamanan dan kemakmuran kepada negara dan rakyatnya seramai 31 juta
orang selama 265 tahun.

CIRI-CIRI SISTEM FEUDAL DI JEPUN


1. Sistem feudal juga dapat dilihat dengan jelas di Jepun, iaitu maharaja yang berada
di kemuncak struktur pemerintahan mempunyai kuasa yang tidak terhad ke atas
segala aspek di bawah pemerintahannya termasuklah tanah. Hakikat ini dapat
dilihat pada zaman Keshogunan Kamakura antara tahun 1185 hingga 1333 (abad ke-
12-14), di mana keluarga Minamoto menjadi keluarga yang penting di
Jepun. Keluarga ini mampu membekalkan keperluan keselamatan
yang diperlukan oleh maharaja dan mereka turut menguasai tanah dan
segala penghasilannya.
2. Sebagai ketua kepada keluarga Minamoto, Yoritomo misalnya telah melantik
mereka yang setia kepadanya mewarisi jawatan jito atau pengurus tanah dan
bertanggungjawab mengutip cukai.Shugo merupakan pegawai yang bertanggungjawab
memastikan agar semua cukai di bayar walaupun kekerasan terpaksa digunakan.
Sistem sebegini terus kekal sehingga zaman Meiji sehingalah beberapa perubahan
besar dilakukan.
3. Menurut Abdullah Zakaria Ghazali (2003:101) dalam usaha melihat sejarah sistem
Feudal di Jepun, maka zaman Kamakura tidak harus ditinggalkan kerana zaman ini
merupakan akar kepada keberlangsungan sistem feudal yang hanya tamat pada
pertengahan abad ke-19. Menurutnya lagi, sistem feudal tumbuh subur di Jepun kerana
kewujudan estate persendirian yang dikenali sebagai syo atau syoen. Pertumbuhan
estate-estate persendirian ini telah dipercepatkan oleh kemerosotan golongan
aristokrat dan kebangkitan golongan perwira (buke).Golongan ini memberi taat
setia kepada Kamakura dan hasil daripada ketaatsetiaan
ini menyebabkan mereka mendominasi jawatan jito serta shugo.
Gabungan organisasi inilah yang menjadi asas kepada kemunculan sistem feudal
di Jepun.
4. Sehubungan itu kita dapat melihat sistem feudal di Jepun telah melahirkan dua
golongan yang saling bergantung antara satu sama lain, iaitu golongan birokrasi
pemerintahan dan golongan tentera. Golongan birokrasi pemerintahan termasuklah
tuan-tuan tanah atau daimyo yang bertanggungjawab menyumbangkan sebahagian
daripada hasil tanah kepada maharaja.
5. Selain itu perjalanan sistem feudal di Jepun agak unik dan berbeza dengan negara
lain. Ini disebabkanwujud keterikatan yang kuat antara golongan daimyo dengan
tentera dan petani , manakala maharaja tidak mempunyai sebarang
peranan. Kemunculan golongan tentera khusus (profesional) di Jepun
begitu berpengaruh dalam menentukan hala tuju pemerintahan. Golongan daimyo
merupakan kelompok yang sangat berkuasa di Jepun dan kuasanya dikatakan
mengalahkan kuasa maharaja.
6. Golongan tentera mempunyai kebolehan yang besar dalam peperangan dan
digunakan oleh golongan bangsawan sama ada untuk mempertahankan hak milik
mereka atau menjaga keselamatan tuan-tuan mereka. Kekuatan ketenteraan ini
menjadi tulang belakang kepada kebangkitan daimyo di Jepun sehingga maharaja
tidak berfungsi sebagaimana sepatutnya.

STRUKTUR MASYARAKAT FEUDAL DI JEPUN


Struktur sistem feudal di Jepun berbentuk piramid yang terdiri daripada golongan pemerintah dan golongan
diperintah. Golongan pemerintah adalah Maharaja, Shogun dan Daimyo.. Golongan diperintah terdiri
daripada samurai, petani, atisan (tukang) dan saudagar. Sistem ini dapat dilihat dengan jelas semasa
pemerintahan Shogun Tokugawa.

1. Dalam hierarki pemerintahan di


Jepun Maharaja menduduki lapisan teratas. Namun pada abad ke16 dan 17 di bawah
pemerintahan Shogun Tokugawa, maharaja Jepun tidak mempunyai kuasa untuk
memerintah. Baginda hanya menjadi lambang perpaduan rakyat dan boneka sahaja.
Maharaja dikatakan dari keturunan dewi matahari (amaterasu). Maharaja dianggap
pemerintah keduniaan dan kerohanian. Baginda ditempat di Kyoto iaitu bandar diraja
yang sentiasa dikelilingi oleh pegawai istana (kuge). Maharaja hanya memerintah di
Kyoto sahaja yang dikenali sebagai kerajaan Mikado (Kerajaan Maharaja).
2. Shogun merupakan golongan bangsawan yang berada dihaeiraki yang ke-2.
Kuasa memerintah yang sebenar berada di tangan Shogun Tokugawa. Shogun
menjalankan tugas atas nama maharaja melalui dasar pecah dan perintah. Hal ini
dilakukan supaya kuasa dan kedudukan Shogun terjamin. Shogun telah membahagikan
kawasan pemerintahan berdasarkan golongan bangsawan atau Daimyo yang
menyokong dan menentangnya. Daimyo yang menyokong Shogun akan diberi tanah
manakala bangsawan yang menentangnya ditempatkan di kawasan yang akan dikawal
oleh sekutu Tokugawa. Kerajaan Tokogawa ini di kenali sebagai Kerajaan Bakufu
(ketenteraan) yang berpusat di Edo.
3. Daimyo merupakan golongan bangsawan yang mempunyai peranan penting
dalam pentadbiran Tokugawa. Mereka terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu daimyo
Fudai, Daimyo Shimpan dan Daimyo Tozama. Daimyo Fudai ialah ahli keluarga Shogun
Tokugawa dan telah dikurniakan tanah yang berhampiran kediaman Shogun. Daimyo
Shimpan terdiri daripada pelbagai cabang keluarga Tokugawa iaitu membentuk
keluarga Kii, Owari dan Mito. Mereka diberi tanah tidak jauh daripada shogun. Daimyo
Tozama meruapakan daimyo yang memusuhi shogun iaitu terdiri daripada puak-puak
suku barat (Satsuma, Hizan, Toza dan Chosu). Mereka telah ditempatkan jauh daripada
shogun untuk mengelak ancaman daripada mereka.
4. Samurai merupakan kelas pahlawan (tentera) yang berada bi bawah golongan
daimyo dan paling atas golongan di perintah. Mereka mempunyai kedudukan istimewa

iaitu mempunyai nama keluarga dan membawa dua bilah pedang.


Samurai berfungsi untuk menjaga keamanan negara dan keselamatan shogun serta
daimyo. Mereka tidak dibenarkan melakukan kerja lain. Jumlah golongan samurai kira-
kira 400,000 orang iaitu kira-kira 6% daripada jumlah penduduk Jepun. Golongan
samurai terbahagi kepada taraf seperti tinggi, sederhana dan rendah. Samurai bertaraf
tinggi tidak ramai bilangannya dan dibenarkan memilki tanah. Samurai sederhana
merupakan samurai berkuda manakala kelas rendah adalah samurai berjalan kaki. Ketika
masa aman, samurai akan melakukan kerja lain seperi mengurus kewangan, mentadbir
ladang, menjaga kebun dan menjadi utusan.
5. Dalam kalangan rakyat biasa, petani (nomin) menduduki tempat yang tertinggi
dan dianggap golongan yang mulia di Jepun. Hal ini kerana mereka merupakan
pengeluar beras yang menjadi bahan makan rakyat Jepun dan sebagai balasan mereka
diberi upah hanya secukup makan sahaja kerana hasil beras untuk negara. Jepun telah
menjalankan dasar tutup pintu ini menyebabkan rakyat hanya bergantung kepada beras
yang dikeluarkan oleh petani sahaja.
6. Kelas tukang-tukang mahir (artisan) berada dibawah petani. Mereka mahir
dalam pembuatan pedang samurai, menenun kain, alatan tembaga, besi dan alat-alat
lain yang berguna. Mereka diberi gaji yang baik dan diberi rumah yang baik. Mereka
dibenarkan menggunakan pedang.
7. Kelas pedagang (chonin) terletak dibawah artisan. Mereka dipandang rendah dan
tidak dibenarkan berlaku mobiliti sosial. Namun keadaan aman telah menyebabkan
ekonomi berkembang dan para pedagang telah berjaya mengumpul harta yang banyak.
Mereka kemudian telah memperbaiki status diri mereka.

Anda mungkin juga menyukai