Anda di halaman 1dari 15

PENGENALAN

1
Tokugawa Ieyasu telah mendominasi arena politik Jepun dari tahun 1603
sehingga 1616 dan merupakan pemimpin teragung Jepun dalam abad ke 17. Beliau telah
mengasaskan Kesyogunan Tokugawa (1603-1867) yang merupakan kerajaan tentera yang
memerintah paling lama dalam sejarah Jepun. Beliau telah berjaya menyatukan Jepun
yang merupakan satu tanggungjawab yang tidak pernah diselesaikan oleh Oda Nobunaga
dan Toyotomi Hideyoshi.
Secara amnya, Bakufu Tokugawa telah membawa satu era yang aman dan stabil
serta berlanjutan selama hampir 200 tahun. Pada zaman ini banyak kemajuan yang telah
dilakukan terutama dalam bidang pertanian, perdagangan, kesenian, sastera dan lain-lain.
Masyarakat Tokugawa adalah sebuah masyarakat yang berpelajaran dan terdapat hampir
60 000 Terakoya atau sekolah kampung yang menampung keperluan pendidikan anak -
anak kaum tani. Sekolah - sekolah elit yang memberikan didikan kepada anak - anak
samurai juga telah didirikan oleh Bakufu dan tuan - tuan tanah. Kajian tentang buku -
buku klasik Cina dan Kung Fu Tze telah dimajukan , di samping pembelajaran bahasa
Belanda atau Rangaku yang juga telah menerima sokongan golongan Daimyo.2
Di sebalik pencapaian dalam pelbagai bidang, pemerintahan Bakufu telah
mengalami kemerosotan dan tumbang pada tahun 1867. Masyarakat Tokugawa
mengalami masalah dalaman yang menjadi punca kemusnahan masyarakat itu sendiri.
Perdagangan yang berkembang pesat dan proses urbanisasi telah membawa banyak
kekayaan kepada kumpulan tertentu , misalnya golongan saudagar tetapi keadaan ini
telah mengakibatkan kemiskinan kelas tentera terutamanya golongan Daimyo dan
samurai yang menjadi tulang belakang sistem politik Tokugawa. banyak faktor dari segi
politik, ekonomi dan sosial telah membawa kehancuran kepada pemerintahan keluarga
Tokugawa.

1
Ieyasu yang dikenali dengan nama panggilan Takechiyo semasa beliau masih kanak kanak, adalah anak
sulung Matsudaira, seorang ketua pewira dari Okazaki. Lihat hasil tulisan M.Rajendran, Sejarah Jepun
halaman 36
2
Selain itu juga terdapat seni lukis terutamanya Ukiyo-e, puisi, sastera, kabuki dan sebagainya. Selain itu
juga Jidai Tokugawa telah menghasilkan beberapa orang pelukis , tokoh sastera dan penyair agung . Di
antara mereka termasuk Chikamatsu Monzaemon (pengarang drama yang agung), Hishikawa Moronobu
(pengasas sekolah seni lukis ukiyo-e) Ihara Saikaku (seorang penulis novel yang berbakat) dan Matsuo
Basho (seorang pakar ’haiku’atau pantun tujuh belas sukukata).Ibid halaman 37.
SEBAB SEBAB KEJATUHAN SYOGUN TOKUGAWA
Dalam membincangkan faktor - faktor runtuhnya pemerintahan Tokugawa, dapat
di bahagikan kepada tiga pekara yang utama iaitu dari segi politik, ekonomi dan juga
sosial.
SEBAB POLITIK
1) PENTADBIRAN YANG KERAS
Setelah Syogun Tokugawa merampas kuasa, mereka telah memberikan jaminan akan
menjaga dan mempertahankan kedudukan maharaja. Walaupun jaminan telah diberikan
masih terdapat pengawasan ketat dan keras terhadap maharaja dan juga rakyat. Maharaja
telah dinasihatkan supaya tidak terlalu aktif dalam soal pentadbiran (kedunian) dengan
alasan baginda seorang yang suci. Akibatnya, maharaja telah diasingkan ke Bandar
Kyoto sebagai boneka.3 Selain itu juga rakyat Jepun tidak terlepas dari menerima
pengawasan. Shogun Tokugawa telah mengadakan peraturan - peraturan yang sangat
keras dan mereka bertindak tegas dan hukuman bagi segala kesalahan adalah berat seperti
hukuman bunuh. Rakyat hendaklah membuat pekerjaan yang telah ditetapkan dan
golongan Daimyo yang lain hendaklah mengabdikan diri kepada Syogun Tokugawa di
istana pada masa tertentu.
Sehubungan dengan itu, dari ulasan C.P.Fitzgerald 4 seluruh penduduk telah
dibahagikan kepada empat golongan iaitu askar, peladang, tukang, dan saudagar. Pihak
istana adalah terasing , dihormati, dan di jaga tetapi di asingkan dari segala urusan
kerajaan sejauh tiga ratus batu atau lebih di mana Syogun memerintah dari Yedo. Orang -
orang lindunganya dan daimyo – daimyo di paksa mengembara keseluruh pelusuk
negara Jepun setiap tahun.5 Pemerintahan yang terlalu ketat dan mengongkong rakyat ini
telah mengakibatkan berlakunya ketidakpuasan hati rakyat lebih - lebih lagi golongan
petani yang semakin terdesak akibat tekanan yang di terima dari pihak pemerintah.
3
Lihat Maswari Rosdi (1983). Sejarah China dan Jepun moden 1800-1955. halaman 70
4
Ibid hlmn 70
5
Sistem ini di namakan sebagai sistem Sankin Kotai di mana sistem ini juga di gelar sebagai sistem
bergilir. Di bawah sistem ini setiap daimyo terpaksa menukar tempat kediamanya setahun selang setahun di
antara Edo dan tanahnya sendiri. Apabila beliau pulang ke tanahnya sendiri, beliau harus meninggalkan
isteri dan anak anak di Edo sebagai penjamin. Ketika di Edo, seorang daimyo berkewajipan melaksanakan
pelbagai pelbagai upacara dan tugas pentadbiran untuk Bakufu dan apabila beliau tinggal di tanahnya
sendiri, beliau tidak di benarkan melawat tanah lain tanpa persetujuan Bakufu. Lihat tulisan M. Rajendran.
Sejarah Jepun ms 43.
2) KELEMAHAN SYOGUN TOKUGAWA
Peringkat awal pemerintahan Syogun Tokugawa merupakan zaman kejayaan dan
kegemilangan . Pada zaman Syogun Tsunayoshi (1680-1709) negeri Jepun mencapai
kemewahan tetapi semasa pemerintahan Yoshimune negeri Jepun telah mengalami
masalah ekonomi sehingga berlaku peristiwa kebuluran.6 Keadaan ini bertambah buruk
lagi apabila shogun - shogun selepas Yoshimune merupakan shogun yang lemah. Contoh
Ieshige (1745-1788) adalah bebal dan berpenyakit gagap sehingga sukar untuk
memahami percakapanya.7 Syogun berikutnya iaitu Ieharu adalah pemalas dan tidak
mengambil berat tentang urusan pentadbiran. Segala urusan pentadbiran kerajaan di
serahkan kepada pegawai - pegawainya. Selain itu, Ienari yang merupakan shogun yang
lemah mempunyai 40 dayang dan 900 orang pembantu di istananya. Ienari juga
mempunyai 20 orang gundik dan 55 orang anak. Beliau amat boros dan ramai anak
perempuanya telah dikahwinkan mengikut upacara secara besar besaran.8
3) GERAKAN MENGGULINGKAN TOKUGAWA
Semasa awal pemerintahan Syogun Tokugawa, beliau telah banyak mengalahkan
suku kaum lain. Oleh itu tidak hairanlah perasaan dendam masih tertanam di kalangan
suku - suku kaum ini. Walaupun mereka menyatakan taat setia dan mengakui kekuasaan
Tokugawa namun mereka tetap mencari jalan untuk menentang Tokugwa. Suku kaum
seperti Satsuma, Chonshu, Toza dan Hizen merupakan golongan yang aktif menentang
Syogun Tokugawa. Salah satu jalan untuk menjayakan rancangan itu adalah dengan
menyokong maharaja yang selama ini di pencil oleh Tokugawa. Mereka juga telah
bersatu dengan golongan bangsawan Kyoto serta golongan saudagar yang anti-Tokugawa
terutama di bandar Osaka. Mereka juga telah menggunakan alasan penerimaan Syogun

6
Walaupun ini bukan kesalahan beliau, sebaliknya di akibatkan kejadian bencana alam dan
ketidakseimbangan harga beras , namun unsur unsur ini telah menjejaskan kedudukan Syogun Tokugawa.
Ibid halaman 71
7
Beliau lebih banyak meletakkan kuasa yang ada padanya kepada jurubahasanya, Ooka Tadamitsu. Ooka
yang menterjemah percakapan Ieshige telah di naikkan pangkat menjadi pegawai penyelenggara istana dan
berikutnya telah di anugerahkan darjah kuasa tinggi . Sila rujuk Maswari Rosdi .Sejarah China dan Jepun
Moden 1800 – 1955. halaman 71.
8
Syogun - syogun Tokugawa juga amat boros. Mereka menjadi penaung kepada kebanyakan aktiviti
kesenian. Selain itu juga membazir wang dengan membina dan melengkapan istana , mereka juga
bertanggungjawab mengeringkan sumber sumber kewangan Bakufu. M. Rajendran. Sejarah Jepun hlmn 52.
Tokugawa terhadap orang asing seperti Amerika, Belanda dan Perancis untuk
mendapatkan sokongan maharaja dan rakyat Jepun.9
SEBAB EKONOMI
1) KEMELESETAN EKONOMI
Abad ke 18 dan awal abad ke 19 merupakan zaman kejatuhan ekonomi. Zaman ini
dikatakan ’musim kebuluran’. Keadaan ini juga telah melibatkan golongan daimyo
kerana kekurangan hasil pendapatan.10 Untuk mengatasi masalah ini daimyo dan tuan
tanah telah memeras petani.11 Akibatnya, daimyo menjadi semakin bergantung kepada
golongan saudagar dan peminjam wang untuk membantu mereka dalam masalah
kewangan. Kemelesetan ekonomi mulai dirasai dalam tahun tahun 1830-an dan ia
merupakan zaman krisis bagi Syogun Tokugawa. Salah satu sebab yang mempengaruhi
krisis ekonomi adalah akibat daripada bencana alam12 di samping pengaruh pegawai
pegawai yang mengamalkan rasuah.Hal ini juga telah mengakibatkan bakufu mengalami
masalah kewangan yang meruncing.13 Keadaan ini telah menimbulkan rasa gelisah
terutama di kalangan petani malah ada pegawai Tokugawa sendiri yang merasa tidak
puas hati terhadap apa yang telah berlaku.

9
Mereka telah mengecam perjanjian Kanagawa yang ditandatangani pada tahun 1854 oleh Tokugawa
dengan Amerika ternyata isu ini benar benar telah menggugat kedudukan Syogun Tokugawa . Dengan ini
di dapati bahawa kedatangan Perry dan perjanjian Kanagawa telah menjadi salah satu sebab yang
membawa kepada kejatuhan Syogun Tokugawa.
10
Sistem Sankin-Kotai yang melibatkan pengendalian istana istana besar di Edo dan perjalanan yang
sering dibuatyang disertai oleh rombongan besar, memiskinkan tuan tuan feudal. Lebih lebih lagi,ramai
daimyo mengikut jejak langkah Syogun dan hidup serba mewah , menikmati hiburan hiburan yang mahal,
membelanjakan sejumlah wang yang besar ke atas rasuah dan hadiah hadiah serta pembinaan bangunan
bangunan baru.
11
Keadaan penderitaan petani yang berlebih lebihan menyebabkan pemberontakan para petani pada akhir
pemerintahan Tokugawa dan pemberontakan ini semakin menjadi jadi dan bertukar menjadi semakin
ganas. Rusuhan beras atau uchi-kowashi meletus di bandar besar dari semasa ke semasa. Lihat E.Herbert
Norman. (1991) Kemunculan Jepun Sebagai Negara Moden halaman 22.
12
Dalam tahun 1732 sebahagian besar dari tanam tanaman di Jepun barat telah musnah di serang serangga .
ini telah mengakibatkan beratus ratus ribu orang petani kebuluran. Dalam tahun 1770-1779, banyak daerah
daerah di bawah pemerintahan Tokugawa menderita akibat dari keadaan kemarau yang serius. Dalam tahun
1772 , banjir telah memusnahkan beribu ribu tanah sawah di Jepun barat dan ini telah di ikuti oleh satu
wabak penyakit yang telah membunuh hampir 200 000 petani. Dalam tahun 1778 berikutnya, banjir besar
sekali lagi memusnahkan beribu ribu tanah sawah di Kyoto dan Khushu. Pada tahun berikutnya (1779)
berpuluh puluh ribu pertani telah menjadi mangsa oleh letupan gunung berapi di pulau Oshima dan di
Kagoshima. Bencana bencana ini telah di ikuti oleh kebuluran besar di Temmei dan letupan gunung berapi
yang selanjutnya di Asama. Kesengsaraan yang di alami kaum petani semakin bertambah dan ramai dari
mereka telah melakukan ”mabiki” di mana bayi bayi mereka di bunuh oleh ibu bapa mereka.
13
Kewangan Bakufu semakin berkurang akibat pemberian bantuan mangsa kebuluran, pembinaan semula
Edo yang telah musnah dalam kebakaran besar pada tahun 1698 dan juga pemberian bantuan bagi mangsa
gempa bumi yang telah mengakibatkan 150 000 terbunuh di daerah Kanto dalam tahun 1730.
2) BERKEMBANGNYA PERDAGANGAN
Perkembangan perdagangan yang pesat berlaku di bandar Osaka dan Yedo. Dengan
berkembangnya perdagangan , golongan saudagar merasa dasar isolasi yang di jalankan
oleh Syogun Tokugawa tidak lagi sesuai di gunakan kerana ia boleh menjadi penghalang
kepada perkembangan perdagangan yang selanjutnya. Pengamalan dasar isolasi
bermakna pasaran barang hanya untuk dalam negeri sahaja. Namun, jika diadakan
hubungan perdagangan dengan dunia luar, peluang mendapat pasaran yang lebih luas
adalah tinggi. Untuk mencapai matlamat ini golongan saudagar turut melibatkan diri
dalam kegiatan menggulingkan Syogun Tokugawa. Misalnya, saudagar di bandar Osaka
telah membantu golongan anti- Tokugawa.
SEBAB SOSIAL
1) BERTAMBAHNYA PENGARUH DIRAJA.
Pertambahan pengaruh diraja ini di sebabkan beberapa faktor misalnya munculnya
beberapa sarjana sejarah dan pelajar pelajar Shinto.14 Ahli sejarah Shinto pula menulis
buku - buku yang memperkenalkan kembali tradisi dan mitos kepada masyarakat Jepun.
Kesan yang penting dari penulisan buku sejarah ini ialah orang Jepun mendapati bahawa
maharaja adalah keturunan Dewi Matahari (Amiterasu). Oleh itu, maharaja adalah
berkuasa dan mesti dihormati serta tempat untuk meletakkan taat setia. Tetapi keadaan
sebaliknya telah berlaku di mana Syogun Tokugawa yang berkuasa sepenuhnya bukan
maharaja. Keadaan ini akhirnya menimbulkan rasa kurang senang di kalangan orang
Jepun terhadap Tokugawa lebih - lebih lagi tindakan Tokugawa mengasingkan maharaja
di Kyoto.
Dengan kemasukkan buku - buku dan ilmu pengetahuan dari barat orang Jepun dapat
mempelajari bukan sahaja ilmu pengetahuan malah sistem pentadbiran yang terdapat di
negara barat.15 Hasil daripada pengkajian mereka orang Jepun mendapati sistem
pemerintahan beraja di negara barat adalah sama dengan yang terdapat di Jepun. Di barat
raja mempunyai kuasa mutlak dan di bawah pemerintahan beraja , negara barat telah
mencapai kemajuan yang pesat.16 Pengaruh Syogun Tokugawa menjadi lemah di

14
Pada awal pemerintahan Syogun Tokugawa orang Jepun telah digalakkan mempelajari ilmu pengetahuan
terutama mengkaji sastera dan sejarah Jepun kuno. Akhirnya beberpa buah buku sejarah telah dapat
dihasilkan seperti Kojiki dan Nihon Shokiyang mengandungi unsur unsur dongengan dan lagenda.
15
Lihat Maswari Rosdi . Sejarah China dan Jepun moden 1800-1955. halaman 73
16
Ibid halaman 74
sebabkan oleh penubuhan maktab yang dikenali sebagai Koge. Maktab ini di tubuhkan
bertujuan memberi didikan dan pelajaran kepada anak anak kaum bangsawan istana. 17
Dari maktab ini secara tidak langsung lahir pemimpin yang mengetahui selok belok
pentadbiran. Dengan ini mereka semakin sedar terhadap peranan maharaja dalam
pentadbiran.
2) GOLONGAN SAMURAI
Selain itu juga salah satu sebab kejatuhan pemerintahan Syogun adalah di sebabkan
oleh golongan samurai (kelas pahlawan).18 Bagaimanapun semasa era keamanan yang
panjang (250 tahun) golongan samurai yang tinggal di Edo dan bandar - bandar istana
menjadi ketagih kepada sifat kemewahan dan keborosan. Ini menjadikan mereka
golongan yang lemah dan bergantung ke atas orang lain. Kemiskinan kesyogunan
Tokugawa dan golongan daimyo telah menjejaskan kesejahteraan golongan samurai.
Golongan daimyo yang jatuh miskin biasanya mengurangkan gaji samurai mereka atau
menahan sebahagian daripada gaji mereka.19 Kesan yang penting dari kemiskinan mereka
yang berterusan ialah kemerosotan kesetiaan golongan samurai secara beransur - ansur
kepada tuan mereka. Oleh sebab tidak mendapat gaji, ada di antara mereka telah
memutuskan hubungan perikatan dan menjadi ronin atau samurai tidak bertuan. Mereka
merayau - rayau sambil melibatkan diri dalam kegiatan menyamun dan keganasan. 20Di
sebabkan kehilangan taat setia golongan samurai terhadap Syogun ini telah
mengakibatkan runtuhnya pemerintahan Syogun Tokugawa kerana mereka merupakan
salah satu daripada tulang belakang pemerintah Syogun Tokugawa.
3) BERTAMBAHNYA PENGARUH GOLONGAN SAUDAGAR
Zaman keamanan yang merupakan zaman permulaan pemerintahan Syogun tokugawa
merupakan zaman yang memberikan keuntungan kepada golongan saudagar. Mereka
menjadi kaya raya dan mempunyai pengaruh yang lebih besar daripada golongan daimyo.
17
Dengan pengetahuan yang diterima mereka diharapkan akan aktif dalam hal ehwal pentadbiran dan
kebajikan orang ramai. Antara pemimpin pemimpin yang lahir dari maktab ini ialah putera Kanoye dan
putera Saionji yang telah memainkan peranan penting pada zaman Meiji.
18
Golongan samurai telah melaksanankan fungsi tentera yang penting dalam kemunculan Ieyasu dan
penubuhan Bakufu. M. Rajendran . Sejarah Jepun halaman 54
19
Ini menimbulkan banyak kesulitan kepada kelas ini. Akibatnya menjelang akhir abad ke 18 golongan
samurai menghadapi masalah ekonomi yang serius. Mereka banyak berhutang kepada kelas saudagar
terutamanya peminjam peminjam wang dan broker broker beras. Ibid hlmn 54
20
Golongan ronin ini merupakan penyumbang utama kepada keadaan yang kacau bilau ketika itu . Ada di
antara mereka yang terlibat dalam pertanian atau perdagangan , sementara yang lain menjadi buruh dan
dengan itu mereka menghadapi kejatuhan yang serius dalam status sosial mereka.
Walaupun golongan Daimyo mempunyai status sosial yang lebih tinggi daripada
golongan saudagar tetapi kebanyakan golongan daimyo dan samurai banyak berhutang
kepada golongan saudagar. Oleh itu, golongan ini mempunyai pengaruh yang besar
ketika itu. Hutang yang semakin bertambah secara tidak langsung menyebabkan ramai
daimyo dan samurai terpaksa tunduk di bawah pengaruh saudagar. 21 Oleh kerana
kedudukan mereka telah menjadi semakin kukuh , mereka sering mengadakan pakatan
dengan suku kaum lain untuk menentang Tokugawa. Lama kelamaan golongan saudagar
tidak sahaja mengusai ekonomi malah secara beransur ansur memainkan peranan penting
dalam politik.
SEBAB PEMULIHAN KUASA MAHARAJA MEIJI.
PERANAN GOLONGAN SAMURAI
Peranan golongan samurai dalam membantu memulihkan kuasa Maharaja Meiji
sangat terserlah. Pada zaman Shogun Tokugawa, mereka merupakan pahlawan yang
mendapat kedudukan yang tinggi selepas Daimyo22. Pada akhir pemerintahan Shogun,
golongan ini merupakan antara elemen yang berperanan mempercepatkan kejatuhan
Shogun. Matlamat utama golongan ini ialah mengembalikan semula kedudukan maharaja
sebagai ketua masyarakat Jepun yang tertinggi sesuai dengan kedudukannya dari
keturunan Dewi Matahari23.
Namun pada waktu itu, Maharaja Meiji yang berumur 16 tahun masih tidak
mampu menjalankan urusan pentadbiran negara24. Oleh itu, golongan samurai muda yang
21
Selain itu juga terjadi peristiwa di mana golongan daimyo dan samurai berkahwin dengan anak gadis
golongan saudagar tidak sahaja bertujuan untuk melangsaikan hutan tetapi mungkin juga di pengaruhi sikap
tamak iaitu untuk menjamin kedudukkan ekonomi mereka.
22
Samurai merupakan golongan yang amat mementingkan reputasi, penghormatan dan semangat
kepahlawanan yang tinggi. Mereka sanggup berperang dan mengorbankan diri demi meningkatkan
martabat dan kehebatan mereka. Kekuatan yang di miliki akan memberi kelebihan dari segi politik kepada
samurai di mana mereka dapat menempatkan diri dalam sistem politik seperti di zaman Tokugawa. Mereka
tidak perlu bekerja untuk memperoleh pendapatan sebaliknya berkhidmat dengan Tokugawa bagi
memastikan kuasa Tokugawa kekal Hasil pendapatan di perolehi dari petani . Untuk keterangan lanjut sila
rujuk dalam The Culture of War oleh Friday, K.F (2004) Warfare and History : Samurai, Warfare and The
State in Early Medieval Japan. London and New York :Routledge, Taylor and Francis Group . halaman
137 – 138.
23
Maharaja Meiji atau nama sebenarnya Mutsuhito Tenno telah menjadi pemerintah Jepun dari 1868 –
1912. Semasa pemerintahan Meiji, baginda telah mengarahkan pemodenan dan perubahan dalam politik.
Meiji mahu menjadikan Jepun sebagai sebuah kuasa besar dunia. Untuk keterangan lanjut sila rujuk
Stevenson, A (1997) The Pocket Oxford Dictionary of Biography. New York : Oxford University Press.
Halaman 264.
24
Pda Disember 1867, penyerahan kuasa rejim Tokugawa kepada Maharaja Meiji. Walaubagaimanapun,
ketika itu Maharaja Meiji masih muda dan kuasa pemerintahan telah di ambil alih oleh golongan samurai
muda kerana maharaja berada dalam keadaan yang keliru. Golongan ini yang menggunakan bendera Di
bimbang kelemahan pentadbiran akan memudahkan campurtangan asing telah
menjalankan pentadbiran negara. Golongan samurai muda terdiri daripada suku Satsuma
dan Chonshu. Maharaja hanya ketua negara secara simbolik sahaja. Mereka berperanan
sebagai penggerak ke arah pemulihan Meiji ( Meiji Restoration) serta pemodenan negara.
Samurai telah menjadi pentadbir dan negarawan bagi memastikan usaha pemulihan
berjalan dengan lancar. Mereka juga berjaya menyesuaikan diri kepada perubahan dari
sistem feudal Tokugawa dengan menjadi birokrat, pegawai kerajaan dan tentera Imperial
( Shimpeitai). Pada 1869, kerajaan berusaha membantu samurai membuka perusahaan
dan menjadi pengusaha industri. Namun pada 1877, golongan samurai bangkit
memberontak kerana peranan mereka semakin berkurangan dan ingin kembali kepada
sistem feudal akibat pembaharuan yang di lakukan tetapi dapat di hapuskan oleh tentera
Maharaja25.
MENYATUKAN NEGARA JEPUN
Sistem feudal26 yang di amalkan oleh Shogun Tokugawa menyebabkan daerah –
daerah di kuasai oleh daimyo yang mempunyai pengaruh besar terhadap pemilikan tanah
, hasil cukai dan politik daerah. Tujuannya bagi memastikan kesetiaan daimyo kepada
Tokugawa dan melemahkan daimyo yang ingin menentang kekuasaan Shogun. Terdapat
empat daiyo utama iaitu Chonshu, Hizen, Satsuma dan Tozama. Mereka mempunyai
wilayah, sumber kewangan dan pasukan tentera sendiri. Golongan Satsuma paling di
geruni dan mereka melakukan penentangan terhadap pemerintahan Shogun secara
terbuka.

Raja telah mengambil peluang ini untuk menghapuskan semua musuh yang cuba menggugat mereka.
Untuk keterangan lanjut sila rujuk Mitsuo Kure (2001) Samurai : An Illustrated History. Boston : Tuttle
Publishing. Halaman 158.
25
Menjelang 1871, Maharaja Meiji telah melaksanakan reformasi politik bagi mengukuhkan kuasa baginda
dan mengurangkan pengaruh samurai terhadap pentadbiran negara. kedudukan Han telah di hapuskan dan
di gantikan dengan sistem menteri dan kerajaan pusat. Pasukan tentera feudal di gantikan dengan tentera
kebangsaan. Hal ini menyebabkan status dan pekerjaan samurai hilang. Pada tahun 1876, pemakaian
pedang di larang kecuali anggota tentera. Ibid halaman 159.
26
Pengamalan dasar isolasi oleh Tokugawa menolak sebarang kemasukan pengaruh atau kehadiran orang
asing ke Jepun kecuali dengan orang Belanda dan China dalam jumlah yang terhad. Perkara ini
menyebabkan pemikiran orang Jepun telah biasa dengan gelaran Barbarian terhadap orang asing dan tidak
mempunyai taraf yang sama dengan mereka. Persepsi begini telah menyebabkan timbulnya sentimen anti
orang asing yang kuat selepas Perjanjian Kanagawa 1854 di mana banyak berlaku serangan terhadap orang
asing. Untuk keterangan lanjut sila rujuk Grolier (1999). Negara dan Bangsa : Jilid 4. Jakarta : Grolier
International Group. Halaman 73.
Sistem yang di amalkan oleh Shogun memudahkan kuasa asing untuk
menceroboh dan mengambil wilayah Jepun. Sebuah kuasa yang mula menunjukkan
minat untuk meluaskan pengaruh dan menguasai kawasan strategik Jepun ialah Rusia.
Negara tersebut berjaya mengambil Pulau Sakhalin dan Hokkaido di utara Jepun. Usaha
perluasan ini tidak terhenti setakat itu. Pada 1792, Utusan Lexman telah di hantar serta di
ikuti oleh utusan Rezanov dan Krusenstern (1804).Selain itu, Kapten Golovin (1811)
turut di hantar bagi tujuan yang sama. Tindakan agresif Rusia berterusan pada 1859, iaitu
selepas Jepun menandatangani Perjanjian Kanagawa dengan Amerika Syarikat 27. Armada
tentera laut Rusia yang di ketuai Count Muravieff Amur telah belayar ke Shinagawa bagi
memaksa Jepun menerima La Prouse Strait sebagai sempadan antara Jepun dan Rusia.
Manakala pada tahun 1861, armada tentera laut Rusia pimpinan Kapten Birilev
menawan Pulau Tsushima.
Selain Rusia, British dan Perancis turut menunjukkan minat untuk meluaskan
pengaruh mereka di Jepun28. Kedua – dua kuasa melihat Jepun sebagai pusat perdagangan
yang berpotensi serta sebagai pusat memasarkan barangan hasil keluaran mereka.
Kedudukan yang berhampiran dengan China di mana kuasa barat mempunyai wilayah di
sana juga menjadi daya penarik kuasa barat. Bagi mengatasi masalah ini dan menyatukan
Jepun di bawah satu kerajaan yang teguh, penyatuan politik telah di lakukan bagi
menjamin kedaulatan Jepun. Pada 1869, Pengisytiharan Haihan Hokan atau daftar tanah
telah di buat bagi menyatukan semua tanah yang di agihkan kepada daimyo semasa
zaman pemerintahan Shogun Tokugawa. Seterusnya pada 1871, Pengisytiharan Haihan
Chiken telah di buat di mana jawatan ketua daerah dan penubuhan daerah baru di
27
Peningkatan aktiviti perdagangan Amerika di Pasifik dan China menyebabkan mereka memerlukan
sebuah pelabuhan sebagai tempat perlindungan dan mendapatkan bekalan. Oleh itu, Amerika merasakan
Jepun sesuai untuk persinggahan kapal mereka. Pada 1853, Komodor Perry telah memasuki Teluk Tokyo
(kemudian di panggil Teluk Edo) dengan empat buah kapal perang berkuasa wap. Perry membawa
permintaan presiden Amerika, Millard Fillmore dan akan kembali pada tahun berikutnya untuk
mendapatkan jawapan. Tokugawa yang mengetahui kekalahan China terhadap kuasa barat telah bersetuju
menerima Perjanjian yang di kehendaki oleh Amerika. 1858, Perjanjian perdagangan yang menguntungkan
Amerika telah di buat .Manakala pada 1860, misi diplomatik Jepun pertama ke Amerika dan misi
diplomatik ke Eropah di buat pada 1862. Untuk keterangan lanjut sila rujuk Daniel S.P. , Hyslop S. G.
(2003) National Geographic Almanac Of World History : From Pre History to Present Day. Washington :
National Geographic Society. Halaman 266 – 267.
28
Perjanjian Kanagawa telah memberi peluang kepada British dan Perancis untuk menjalinkan hubungan
perdagangan dengan Jepun yang sebelum ini di anggap mustahil. Kedua – dua kuasa yang telah bertapak di
China telah melihat potensi yang akan menguntungkan mereka jika berdagang di Jepun. Untuk keterangan
lanjut sila rujuk Overy. R (2004) Complete History of The World : The Ultimate Work of Historical
Reference : Times Book. Halaman 68.
mansuhkan. Matlamat kedua – dua pengisytiharan ini bagi menghapuskan sistem feudal
yang menyebabkan Jepun tidak bersatu. Selain itu, ia bertujuan menyatukan seluruh
wilayah Jepun di bawah kuasa Maharaja Meiji.
MENYEKAT DASAR PERLUASAN KUASA BARAT KE JEPUN
Pemimpin pemulihan Meiji menyedari kedatangan kuasa barat merupakan satu
ancaman kepada kedaulatan dan kebebasan negara mereka. Hal ini telah di sedari sejak
kedatangan wakil Amerika Syarikat, Komodor Perry ke Jepun pada 1853. Desakan dan
ancaman yang telah di buat oleh kuasa barat tersebut telah mencabar kewibawaan dan
menjatuhkan maruah negara Jepun. Setahun kemudian, merupakan sejarah hitam bagi
Jepun apabila terpaksa menandatangani perjanjian berat sebelah yang menjadikan Jepun
negara yang mengikut kehendak kuasa barat29.
Implikasi perjanjian ini telah membuka mata kuasa barat yang lain bahawa Jepun
tidak sehebat yang di dakwa. Oleh itu, tidak hairanlah banyak kuasa barat yang berlumba
– lumba untuk meluaskan pengaruh mereka di Jepun. Pembukaan pelabuhan tambahan
iaitu Shimoda dan Hakodate selain Nagasaki telah meningkatkan lagi aktiviti
perdagangan. Bagi menyekat perluasan pengaruh barat, mereka telah melakukan
pemodenan dalam semua aspek kehidupan di Jepun. Pemodenan meliputi politik,
ekonomi dan sosial30. Dari aspek ketenteraan, penggunaan senjata moden telah di
serapkan dalam angkatan tentera. Selain itu, pemodenan tentera darat, laut, penubuhan
akademi tentera dan penubuhan tentera pusat telah di buat. Manakala pengenalan sistem
perundangan moden di buat bagi mengkaji semula perjanjian berat sebelah yang di buat
29
Menjelang 1858, Jepun telah menandatangani perjanjian perdagangan dengan Amerika, Britain,
Perancis, Rusia dan Belanda. Bagi Jepun, ia membawa suatu era baru yang menamatkan zaman tradisi
Jepun dalam hubungan luar dengan kuasa asing. Sebelum perjanjian, maklumat tentang dunia luar hanya di
ketahui melalui pedagang China di Nagasaki, Laporan China dari pulau Okinawa, Maklumat dari kedutaan
Korea dan pedagang Korea yang berdagang di Pulau Tsushima atau maklumat dari pedagang Belanda di
Dejima dan Nagasaki. Dasar yang di amalkan oleh kuasa asing ialah persamaan antara negara. Tetapi
dalam kes Jepun dan China, perjanjian yang memihak kepada mereka di buat kerana sikap benci orang
asing yang di amalkan oleh kedua – dua negara tersebut.Untuk keterangan lanjut sila rujuk Auslin, M.R
(2004) Negotiating With Imperialism : Unequal Treaties and The Culture of Japanese Diplomacy.
Massachussets: Harvard University Press. Halaman 1 – 16.
30
Pemimpin pemulihan Meiji sangat takjub dengan kemajuan yang telah di miliki oleh barat. Pembuatan
dan perdagangan menjadi sumber utama kekuatan Eropah seperti juga memiliki kapal perang dan meriam.
Kido Koin yang merupakan seorang pegawai dalam kerajaan Meiji telah menyatakan rasa yang amat luar
biasa terhadap pencapaian yang di alami oleh barat semasa melawat Amerika dan Eropah pada 1872. Oleh
itu, Maharaja Meiji telah melancarkan slogan ” Fukoku Kyohei ” yang bermaksud negara kaya dan tentera
yang kuat.Untuk keterangan lanjut sila rujuk dalam Samurai Revolution oleh Gordon A (2003) A Modern
History of Japan : From Tokugawa Times to The Present Day. New York : Oxford University Press.
Halaman 70.
pada 1850 an dan 1860 an dengan kuasa barat. Hal ini di perkukuhkan dengan
perlantikan seorang peguam Perancis, Gustave Riossonade De Fontanabe sebagai
penasihat Kementerian Keadilan.
Pemodenan dari segi pentadbiran juga membantu Jepun menyekat campurtangan
kuasa barat dalam urusan negara dengan alasan memperbaiki pentadbiran yang tidak
teratur. Cadangan Pembentukan Diet oleh Itagaki Taisuke31 , Majlis Penasihat Raja,
Dewan Agung dan Dewan Perwakilan (1890) dan Undang – Undang Dasar Baru (1889)
Oleh Ito Hirobumi32 berjaya menyelamatkan kedaulatan Jepun .
MEMPERKUKUH SEMANGAT NASIONALISME DAN MEMBINA
MASYARAKAT JEPUN YANG KUAT.
Semasa Shogun memerintah, mereka mengamalkan dasar pecah dan perintah bagi
memastikan kekuasaan mereka bertahan lama. Golongan rakyat di pecahkan berdasarkan
hirarki sosial yang telah di tetapkan. Walaupun petani menduduki kedudukan ketiga,
namun Shogun memperlakukan mereka seperti hamba yang tidak mempunyai hak dan
membuat keputusan dalam kehidupan mereka. Penindasan dan perpecahan yang berlaku
menyebabkan Jepun berada dalam keadaan yang tidak stabil 33. Selepas Perjanjian
Kanagawa 1854, perpaduan di kalangan rakyat Jepun semakin tipis. Keadaan ini
menimbulkan kebimbangan di mana perasaan cintakan negara semakin di lupakan 34. Bagi
menguatkan kembali semangat nasionalisme, pemimpin pemulihan Meiji merasakan
perlunya membentuk satu ideologi negara bagi menanam semula semangat ini dalam diri
setiap rakyat Jepun. Ideologi baru ini di kenali sebagai Kokutai.
Kokutai merupakan ideologi kerohanian masyarakat Jepun yang memberi
kesetiaan dan ketaatan sepenuhnya kepada maharaja. Dalam proses ini, keutamaan di

31
Beliau merupakan Kaunselor Jepun dari suku Toza. Itagaki membantu melancarkan penubuhan
Perhimpunan Elektif Prefektur dan juga pengasas Pertubuhan Pembebasan (Risshisha) pada 1877.Pada
1881 beliau telah menubuhkan Parti Liberal (Jiyutai). Beliau menyandang jawatan Menteri Dalam Negeri
di bawah Ito Hirobumi. Pada 1898, beliau dan Okuma Shigenobu membentuk Parti Perlembagaan
(Kenseito).Untuk keterangan lanjut sila rujuk Butt J. J (2006) The Greenwood Dictionary of World History.
Westport : Greenwood Press. Halaman 171
32
Beliau menjadi Perdana Menteri Jepun yang pertama dan juga arkitek pemodenan Jepun. Beliau juga
memperkenalkan sistem kewanagan dan perbankan moden ke Jepun. Beliau juga antara pembuat
perlembagaan Jepun pada 1889 yang membentuk parlimen di mana kuasa terletak di tangan maharaja dan
penasihat baginda. Selepas tamat Perang Rusia – Jepun 1905, beliau telah di lantik menjadi Residen Jeneral
di Korea dan mati di bunuh oleh nasionalis Korea selepas beliau meletak jawatan. Ibid halaman 172
33
Sila rujuk Alexander. F, Isaacs. S, Law. J dan Lewis. P ( 1998) Encyclopedia of World History. New
York : Oxford University Press. Halaman 429.
34
Sila rujuk Black. J (1999) Encyclopedia of World History . London : Dempseyy Parr. Halaman 125
berikan kepada agama rasmi Jepun, Shinto. Manakala perkembangan agama Buddha di
sekat bagi memberi laluan pelaksanaan polisi ini. Ajaran Kung Fu Tze telah di serap
dalam agama Shinto bagi memperkukuhkan nilai tradisional yang akan meningkatkan
semangat nasionalisme. Pendidikan moden yang seragam telah di wujudkan dengan
berorientasikan negara Jepun agar generasi yang di lahirkan mempunyai perasaan
cintakan negara dan nasionalisme yang tinggi. Penghantaran pelajar ke luar negara untuk
mempelajari ilmu dan teknologi baru juga di laksanakan seperti ke Britain, Jerman dan
Amerika Syarikat. Apabila mereka pulang dapat memberi sumbangan dalam memajukan
negara agar dapat menandingi kehebatan kuasa barat.
MENGHADAPI PERSAINGAN EKONOMI DARI KUASA BARAT.
Jepun merupakan sebuah negara yang mengamalkan dasar isolasi atau
pemencilan dari berinteraksi dengan dunia luar35. Walaubagaimanapun, Jepun bukanlah
mengamalkan dasar tersebut sepenuhnya kerana masih terdapat hubungan dengan kuasa
barat seperti Belanda yang di benarkan berdagang di pelabuhan Nagasaki secara terhad.
Ekonomi Jepun terlalu bergantung terhadap bidang pertanian yang menyumbang kepada
pendapatan negara36. Hal ini di buktikan dengan kedudukan petani sebagai golongan yang
ketiga penting selepas samurai.
Namun , selepas pembukaan Jepun melalui Perjanjian Kanagawa 1854 telah
meningkatkan aktiviti perdagangan orang asing di Jepun melaliu pembukaan beberapa
pelabuhan baru. Perkara ini terbukti dengan wujudnya petempatan orang asing di
Yokohama dan Osaka. Kehadiran mereka telah memberi saingan yang sengit kepada
kegiatan ekonomi masyarakat tempatan yang ketinggalan. Keruntuhan Rejim Tokugawa
pada 1868 telah membuka sistem ekonomi tradisional Jepun kepada persaingan dari
kuasa asing. Keadaan ini memberi cabaran dan survival Jepun dalam meneruskan
kewujudannya37. Jepun sedar kebergantungan yang berlebihan kepada kuasa asing dari
35
Jepun kekal tidak berhubung dengan dunia luar selama 200 tahun. Dalam tempoh ini Tokugawa
memerintah dengan tegas dan melarang orang Jepun dari keluar negara. Tokugawa memastikan tiada
perang saudara seperti yang berlaku pada zaman sebelumnya. Banyak bandar baru muncul di Jepun dan
Edo menjadi sebuah bandar yang terbesar di dunia. Untuk keterangan lanjut sila rujuk dalam Changes in
Japan oleh Chisholm. J (2000) The Usborne Internet Linked Encyclopedia of World History. London :
Usborne Publishing. Halaman 356 – 357.
36
Sila rujuk Steele. M.W. (2003) Alternative Narratives in Modern Japanese History. London and New
York : RoutledgeCurzon, Taylor and Francis Group. Halaman 133 – 141.
37
Bagi meningkatkan kemampuan ekonominya, Jepun telah melantik penasihat ekonomi dari barat seperti
Amerika bagi menyusun sistem ekonominya. Pembangunan infrastruktur juga di laksanakan. Pada 1872,
landasan keretapi pertama di bina dengan mendapatkan pinjaman dari Britain. Perkembangan industri
segi ekonomi akan memberi kesan negatif seperti yang terjadi kepada negara China yang
banyak kehilangan wilayah.
Oleh itu, pemimpin pemulihan Meiji merasakan mereka harus mempunyai
perusahaan dan industri sendiri yang mantap dan mampu memberi saingan kepada
barangan keluaran asing. Pada 1873, Kementerian Perusahaan di tubuhkan dengan Ito
Hirobumi sebagai menteri yang pertama(1873 – 1878). Usaha memajukan ekonomi
Jepun mengambil tempoh yang panjang serta perbelanjaan yang besar kerana Jepun tidak
mempunyai asas industri yang kuat. Selain itu, kekurangan kemudahan Infrastruktur dan
jalan raya melambatkan perkembangan ekonomi Jepun. Namun, masalah ini berjaya di
atasi apabila Jepun berjaya menubuhkan beberapa syarikat iaitu, Mitsubishi, Sumitomo,
Mitsui dan Yasuda. Kemudian Syarikat ini bergabung menjadi entiti baru yang di kenali
sebagai Zaibatsu.
KESIMPULAN.
Rumusannya, dengan kejatuhan Rejim Tokugawa pada 1868 telah membawa satu
perubahan yang mencorakkan perubahan politik, ekonomi dan sosial Jepun.
Pengembalian semula kuasa maharaja yang pernah di sisihkan semasa zaman Shogun
telah mengubah persekitaran politik di Jepun. Pemulihan Meiji yang pada mulanya di
lakukan oleh golongan samurai muda telah di ambil alih oleh Maharaja Meiji setelah
menghapuskan pemberontakan golongan tersebut pada 1877. Dasar perluasan pengaruh
oleh kuasa barat seperti Amerika Syarikat, Rusia, British dan Perancis semasa zaman
Shogun telah memberi kesedaran kepada Jepun agar memajukan diri supaya setaraf
dengan kuasa asing tersebut.
Akhirnya, Jepun berjaya menjadi sebuah kuasa yang di geruni oleh kuasa barat38
selepas berjaya menewaskan China dalam Perang China – Jepun 1894 – 1895. Prestij
Jepun semakin meningkat apabila berjaya menewaskan sebuah kuasa barat yang menjadi
semakin rancak semasa zaman Meiji . Jepun telah mampu membina kapal sendiri dengan memperolehi
teknologi dari Britain. Manakala teknologi persenjataan banyak di perolehi dari Jerman yang merupakan
kuasa tentera di Eropah. Untuk keterangan lanjut sila rujuk Duiker W..J, Jackson J, Speilvogel (2001)
World History : Comprehensive Volume Third Edition. Belmont : Wadsworth/ Thompson Learning.
Halaman 707.
38
Kejayaan Jepun membangunkan angkatan tentera yang setanding dengan kuasa barat menyebabkan ia
mampu berhadapan dengan semua kuasa asing . Selain itu, Prestij dan imej Jepun yang tercalar semasa era
Tokugawa berjaya di bersihkan. Pertempuran Laut di Tsushima menunjukkan kemampuan angkatan laut
Jepun menewaskan Armada Baltik Rusia yang mengandungi 6 buah kapal perang moden tanpa sebarang
kemusnahan kapal milik mereka.Untuk keterangan lanjut sila rujuk Gordon A. (2003) A Modern History
of Japan : From Tokugawa Times to The Present Day. New York : Oxford University Press. Halaman 135.
musuh tradisinya, Rusia dalam Perang Rusia – Jepun 1904 – 1905 di Port Arthur 39.
Kejayaan ini menunjukkan bahawa Jepun juga setanding dengan kuasa barat yang lain.
Pemulihan ekonomi telah membawa kemajuan Jepun sehingga dalam beberapa aspek
Jepun mendahului negara barat sehingga ke hari ini.
BIBLIOGRAFI

Abu Talib Ahmad (2005) Tamadun Jepun. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Alexander, F , Isaacs, A , Law, J, Lewis, P (1998) Encyclopedia of World History. New


York : Oxford University Press.

Auslin, M,R (2004) Negotiating With Imperialism : The Unequal Treaties and The
Culture of Japanese Diplomacy. Massachussets : Harvard University Press.

Black, J (1999) Encyclopedia of World History. London : Dempseyy Parr.

Butt, J.J (2006) The Greenwood Dictionary of World History. Westport : Greenwood
Press.

Chisholm, J (2000) The Usborne Internet Linked Encyclopedia of World History. London
: Usborne Publishing

Daniels, P, S, Hyslop, S, G (2003) National Geographic Almanac of World History :


From Pre History to Present Day. Washington : National Geographic Society.

Duiker, W.J, Jackson,J, Speilvogel (2001) World History : Comprehensive Volume Third
Edition. Belmont.: Wadsworth/ Thomson

Friday, K, F (2004) Warfare and History : Samurai, Warfare and The State in Early
Medieval Japan. London and New York : Routledge, Taylor and Francis Group.

.Grolier (1999) Negara dan Bangsa Jilid 4. Jakarta : Grolier International Group.

Gordon, A (2003) A Modern History of Japan : From Tokugawa Times to The Present
Day. New York : Oxford University Press.

39
Port Arthur merupakan sebuah pelabuhan yang di kuasai oleh Rusia setelah tamatmya konflik China dan
Jepun pada 1894 – 1895. Kepentingan Rusia di China terutamanya di Manchuria semakin meningkat
semenjak siapnya laluan keretapi Trans Siberia. Selain itu, Rusia juga ingin mengawal Semenanjung Korea
yang memberi kelebihan strategik kepada mereka dan memantau perkembangan kuasa tentera laut Jepun.
Oleh itu, Port Arthur telah di jadikan pangkalan Tentera Laut Rusia serta penempatan beberapa bateri
meriam pertahanan pantai bagi menjamin kepentingan perdagangan Rusia di kawasan tersebut. Untuk
keterangan lanjut sila rujuk Abu Talib Ahmad (2005) Tamadun Jepun. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
dan Pustaka. Halaman 161.
Maswari Rosdi (1983) Sejarah China dan Jepun Moden 1800 – 1955. Kuala Lumpur :
Adabi Publishing.

Mitsuo Kure ( 2001) Samurai : An Illustrated History. Boston : Tuttle Publishing.

M. Rajendran (1986) Sejarah Jepun. Kuala Lumpur : Arena Buku.

Norman, E.H (Terj Ismail Ahmad) (1991) Kemunculan Jepun Sebagai Negara Moden.
Kuala Lumpur : Yayasan Penataran Ilmu.

Overy, R (2004) Complete History of The World : The Ultimate Work of Historical
Reference. London : Times Book.

Stevenson, A ( 1997) The Pocket Oxford Dictionary of Biography. New York : Oxford
University Press.

Steele, M,W (2003) Alternatives Narratives in Modern Japanese History. London and
New York : RoutledgeCurzon, Taylor and Francis Group.

Anda mungkin juga menyukai