Anda di halaman 1dari 4

DEFINISI SISTEM FEUDAL 1.

Feudalisme secara umumnya boleh ditakrifkan sebagai , kuasa politik yang dikuatkuasakan dengan secara tempatan oleh individu persendirian dan bukan kerajaan pusat.Kamus Dewan, feudalism adalah sistem kemasyarakatan yang dikuasai oleh kaum bangsawan. Sistem feudal yang diamalkan di Jepun ditakrifkan sebagai sebuah kerajaan yang ditadbir oleh individuindividu tertentu iaitu raja atau maharaja dibantu oleh golongan pembesar . Dalam sistem feudal, kedudukan sseorang individu adalah mengikut hierarki. 2. Perkembangan sistem feudal dalah berdasarkan kepada konsep soerang raja atau maharaja yang mempunyai kuasa tertinggi dan dianggap menguasai dan memiliki tanah. Tanah-tanah tersebut dikawal oleh golongan pembesar setelah mendapat penganugerahan daripada raja. raja atau maharaja berkuasa meminta segala bentuk .Keperluan daripada golongan pembesar sama ada dari segi ekonomi, sosial dan ketenteraan .Hubungan antara raja atau maharaja dengan pembesar adalah saling bergantung antara satu sama lain. 3. Sistem feudal ini adalah berbentuk piramid yang terdiri daripada golongan pemerintah dan golongan yang diperintah. Golongan pemerintah iaitu maharaja atau raja akan menduduki tempat teratas dalam hierarki social. lapisan kedua ialah golongan anak raja dan bangsawan yang juga golongan pembesar negeri. Golongan yang diperintah ialah rakyat biasa. Hubungan antara raja dan rakyat biasa ialah melalui bangsawan. Hubungan antara golongan pemerintah dengan golongan diperintah wujud dengan konsep golongan pemerintah memberi perlindungan kepada golongan yang diperintah manakala golongan diperintah pula memberi taat setia kepada golongan pemerintah. SISTEM FEUDAL DI JEPUN 1. Sistem feudal di jepun pada zaman shogun Tokugawa terdiri daripada beberapa kelas golongan pemerintaha dan golongan yang diperintah. Golongan pemerintah ialah maharaja, Shogun, daimyo dan samurai. Golongan yang diperintah pula terdiri daripada petani, tukang mahir dan saudagar. 2. Maharaja di Jepun tidak berasaskan kepada konsep mandat dari syurga yang dipegang oleh Maharaja China yang menjadi kelayakan utama untuk menjadi pemerintah. maharaja Jepun telah mendapat pengiktirafan sebagai ketua Negara tetapi baginda tidak mempunyai kuasa pemerintahan . maharaja hanya dianggap sebagai symbol perpaduan. kuasa pemerintahan yang sebenarnya terletak di tangan Shogun Tokugawa. Keluarga maharaja tinggal terpencil di Kyoto sedangkan pusat pentadbiran sistem yang diamalkan . 3. Kuasa pemerintahan sebenar terletak dalam tangan Shogun Tokugawa yang menjalankan pemerintahan atas nama maharaja. Shogun Tokugawa menjalankan pemerintahan dengan bantuan daimyo melalui dasar pecah dan perintah. hal ini dilakukan supaya kuasa dan kedudukan Shogun terjamin. Shogun Tokugawa telah membahagikan kawasan pemerintahan berdasarkan bangsawan atau daimyo yang menyokongnya dan bangsawan yang menentang. bangsawan yang menyokong diberi tanah, manakala bangsawan yang menentang ditempatkan di kawasan yang akan dikawal oleh sekutu Tokugawa

4. Daimyo merupakan golongan bangsawan yang mempunyai peranan penting dalam pentadbiran tokugawa di Jepun. Mereka terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu Daimyo Fudai, Daimyo Shimpon dan Daimyo Tozama. Daimyo Fudai ialah ahli keluarga Tokugawa dan sekutu-kutunya. Mereka akan membantu Tokugawa menguasai pemerintahan dan telah dikurniakan tanah di bahagian tengah dan utara Honshu. Daimyo Shimpon juga dikenali sebagai rumah-rumah bersaudara dan mereka terdiri daripada pelbagai cabang keluarga Tokugawa. Keluarga Tokugawa yang utama dikenali sebagai go-sanke atau tiga rumah kepunyaan anak Ieyasu yang terletak di daerah Owari , kii dan mito. 5. Daimyo Tozama juga dikenali sebagai daimyo luar. Mereka adalah musuh Shogun Tokugawa yang terdiri daripada suku-suku Barat seperti Satsuma, Chosu, Tosa dan Hizen. Shogun Tokugawa sentiasa mengawasi tindak-tanduk mereka dengan melucutkan jawatan kerajaan di Edo dan melarang mereka memasuki istana . Mereka juga tidak dibenarkan mengumpul kekayaan demi mengelakkan mereka daripada menjadi terlalu kuat dan mengancam kedudukan Shogun. 6. Samurai (kelas panglima) mempunyai kedudukan istimewa dalam masyarakat. Mereka berfungsi menjaga keamanan Negara dan memelihara kepentingan daimyo. Mereka juga menunjukkan kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada daimyo. Mereka tidak dibenarkan berkecimpung dalam bidang pekerjaan lain walaupun negara dalam keadaan aman. Oleh itu, semasa keadaan di dalam Negara aman dan tiada peperangan, kehidupan golongan samurai akan ditanggung oleh golongan petani. 7. Dalam kalangan rakyat petani (nomin) menduduki tempat yang tertinggi. Hal ini demikian kerana Jepun adalah sebuah Negara pertanian yang tidak mengadakan hubungan perdagangan dengan Negara luar berikutan amalan dasar tutup pintunya. Oleh itu petani mengeluarkan beras untuk masyarakatjepun dan membayar sebahagian besar cukai. Sebagai balasan mereka cuma diberi secukup makan sahaja kerana hasil yang dikeluarkan adalah untuk Negara. 8. Masyarakat petani juga dikenakan sistem kerah. Berdasarkan sistem ini, petani akan mengangkut barang-barang pertanian melalui sepanjang jalan tokaido dan akan melalui beberapa tempat untuk sekatan bagi membolehkan pegawai dan pengintip bakufu menjalankan pemeriksaan ke atas setiap petani yang melalui jalan tersebut. Petani yang menggunakan jalan lain, akan dihukum . Oleh itu menurut sistem ini , setiap kampung akan menyediakan sebilangan orang lelaki dan kuda sebagai kenderaan rasmi dalam masa tiga bulan pada musim bunga dan tiga bulan pada musim buah. Kerja paksa ini adalah suatu beban dan menyusahkan petani-petani, malahan mereka sering tertekan dan dikenakan cukai yang berlebihan. 9. Kelas tukang-tukang mahir (Artisan) adalah di bawah petani. mereka mahir membuat ped ang . Mereka diberi penghormatan kerana sumbangan kepada masyarakat .Mereka diberi gaji dan rumah yang baik . Tukang kayu juga diberi layanan yang sama iaitu diberi gaji sebanyak 500 koku dan dibenarkan memakai sebilah pedang. Manakala tukang-tukang yang tidak mempunyai kemahiran khusus akan dilayan dengan buruk dan bekerja untuk daimyo.

10. Kelas pedagang(chonin) terletak di bawah tukang mahir. Mereka dipandang rendah oleh masyarakat Jepun yang mengamalkan feudal tentera dan tidak dibenarkan berlaku mobiliti sosial. Namun begitu, keadaan aman mengakibatkan ekonomi semakin berkembang dan para pedagang telah Berjaya mengumpul wang dan harta yang banyak. Mereka kemudian memperbaiki status diri dengan mengikat ramai bangsawan melalui hutang. MAHARAJA (kedudukan yang tertinggi tetapi tiada kuasa politik)

SHOGUN (pemerintah sebenar)

DAIMYO (Tuan tanah)

SAMURAI (pahlawan yang setia kepada daimyo)

PETANI ( daripada jumlah penduduk)

ARTISAN (Tentera dan pembuat pedang)

PEDAGANG (bertaraf rendah tetapi kemudiannya secara beransur-ansur mendapat pengaruh) PERBANDINGAN CIRI-CIRI FEUDALISME DI EROPAH DAN JEPUN CIRI Golongan memerintah Golongan diperintah Ketua Pemerintah (raja/ maharaja) Pemerintah sebenar Wujud golongan tuan tanah Golongan bangsawan Petani Pengurniaan tanah Sitem kerah dan serah Hierarki berbentuk piramid EROPAH Raja (baron) 3 JEPUN Syogun (daimyo)

Anda mungkin juga menyukai