Anda di halaman 1dari 18

Kesan Revolusi Perindustrian (England)

1 Masyarakat pertanian
(a) Masyarakat pertanian sebelum zaman perindustrian mengamalkan
kaedah tanaman lama, iaitu open field yang bergantung kepada sistem
pusingan.
(i) Setiap dua daripada ladang diusahakan manakala yang satu
lagi dikosongkan.
(ii) Kesemua petani dikehendaki menanam tanaman yang sama
sepanjang tahun dan kegiatan membajak dan menuai dilakukan
secara serentak.
(iii) Jentera seperti tenggala dikongsi bersama.

(b) Pada zaman perindustrian, masyarakat petani di England telah
memulakan sistem tanah berpagar untuk menggantikan tanah lapang.
(i) Sistem pertanian yang berkonsepkan memagar tanah lapang
adalah untuk memisahkan kawasan yang dimiliki dan
diusahakan daripada tanah yang diusahakan dan dimiliki oleh
orang lain.
(ii) Konsep mi berjaya mengenepikan adat serta peraturan tradisi
yang diamalkan sebelumnya dan memberi kebebasan yang
lebih kepada seseorang dalam usahanya untuk memajukan
tanah yang disewa atau dimilikinya.

(c) Berikutan dengan kepesatan proses pemagaran tanah awam,
parlimen England telah mengeluarkan akta berhubung dengan proses
pembahagman tanah awam kepada pemilikan secara perseorangan.
(i) Melalui akta ini, tanah awam yang hendak dijadikan hak
perseorangan perlu mendapat kelulusan parlimen.
(ii) Kesannya, antara tahun 1761 hingga 1792, hampir 5 000 000 ekar
tanah telah dipagar melalui Akta Pemagaran Tanah.
(iii) Pemagaran tanah mi telah menimbulkan kesan terhadap petani
yang memiliki tanah yang kecil.
(iv) Petani terpaksa menjual tanah mereka kerana tidak mempunyai
modal untuk memagar kawasan tanah milik mereka.
(v) Akhirnya, golongan petani tradisional di kawasan luar bandar
England telah pupus kerana kawasan tanah pertanian
persendirian telah bertukar kepada tanah ladang persendirian
yang besar saiznya.

Berikutan dengan pemagaran tanah ini, kaedah penggunaan tanah
secara intensif telah diwujudkan bagi memaksimumkan penggunaan
tanah. Oleh itu, sistem Tanaman Bergilir Norfolk diperkenalkan oleh
Lord Townshend pada akhir abad ke-18.
(i) Dalam sistem tanaman bergilir mi, Townshend menganjurkan
tanah pertanian digunakan sepanjang tahun.
(ii) Dalam satu-satu tahun itu, tanah berkenaan hendaklah ditanam
secara bergilir-gilir dengan jenis tanaman yang berlainan.
(iii) Misalnya, ditanam dengan gandum, turnip, barli, dan rumput.
Kaedah mi dapat mengekalkan kandungan nitrogen dalam tanah
dan mengekalkan kesuburan tanah setiap masa.
(iv) Bagi menjayakan sistem tanaman bergilir mi, Townshend telah
memperkenalkan tanaman turnip (sejenis lobak) dan ubi kentang.
(v) Teknik yang diperkenalkan berjaya mengekalkan kesuburan
tanah serta meningkatkan produktiviti ladang.
(vi) Para petani seterusnya diperkenalkan dengan tanaman baru.
Beberapa tanaman berakar diperkenalkan seperti parsnips,
swedes, dan mangolds.




Para petani turut mengamalkan sistem pertanian campuran, iaitu
menternak bin-bin dan lembu serta menanam rumput dalam kawasan
pertanian yang sama.
(i) Kaedah ini berjaya mengatasi masalah bekalan makanan binatang
ternakan, khususnya pada musim sejuk.
(ii) Bulu-bulu binatang ternakan digunakan untuk industri membuat
kain.
(iii) Najis binatang dijadikan baja.

Pada tahun 1730 1760, Robert Blakewell telah
memperkenalkan kaedah baru yang dapat mempercepatkan proses
pembesaran binatang ternakan.
(i)Beliau berjaya mempercepatkan pembesaran binatang ternakan dan
menghasilkan saiz ternakan yang besar.
(ii) Beliau berjaya merevolusikan baka bin-bin yang terbaik, iaitu baka
Leicestershire. Kaedah beliau telah tersebar luas dan digunakan di
England.
(iii) Kesannya, bekalan daging dan susu meningkat bagi memenuhi
keperluan England ketika itu,

(g) Pengenalan penggunaan teknik penanaman baharu dan jentera.
(i) Mat penggali dan penabur benih oleh Jethro Tull memudahkan
para petani menggali lubang dan menabur benih dalam jarak yang
ditetapkan.
(ii) Membolehkan tanaman tumbuh secara teratur mengikut bans
yang sama jaraknya dan memudahkan petani menggembur serta
membersihkan tanah.

(h) Bagi menyuburkan tanah, kemajuan sains berjaya
memperkenalkan baja tiruan kepada masyarakat petani.
(i) Penggunaan baja tiruan mi dapat memenuhi keperluan baja
yang meningkat terutama dalam ladang yang luas.
(ii) Malahan, kesuburan tanah juga dapat ditingkatkan dengan
penggunaan baja kimia.
(i) Coke of Holkham telah memperkenalkan cara menebus guna tanah.
(i) Beliau menggunakan sistem guna tanah secara heavy-
manuring, iaitu rnenjadikan kawasan tanah yang berpasir
sebagai tempat penanaman gandum yang subur.
(ii) Beliau juga memperkenalkan sistem pengurusan ladang paling
moden di England ketika itu.
(iii) Beliau bekerjasama dengan para pemajak tanahnya dan
memperkenalkan sistem pemajakan jangka panjang kepada
para pemajak untuk menggalakkan mereka membuat
pelaburan yang besar.


2. Masyarakat perindustrian
(a) Bidang penindustnian tekstil berkembang pesat pada zaman mi.
(i) Permintaan yang tinggi bagi barangan tekstil telah membawa
kepada penciptaan mesin pemintal (Spinning Jenny) yang
pertama oleh James Hangreaves pada tahun 1764.
(ii) Pada tahun 1795, Edmund Cartwnight telah mencipta mesin
tenun pertama yang menggunakan kuasa air.
(b) Perkembangan perindustrian besi telah membawa kepada
kemajuan peleburan besi dengan menggunakan arang bagi
menghasilkan besi tempa bagi membuat peralatan mesin.
(i) Siemens menemui kaedah baharu untuk menghasilkan keluli yang
murah dan cepat danipada besi belum tempa.
(ii) Bessemer menemui kaedah mengurangkan masa untuk
menghasilkan keluli daripada besi belum tempa.
(c) Pada akhir abad Ice- 18, kuasa wap telah digunakan dalam industni
untuk mengendalikan jentera.





3.Kemajuan sistem pengangkutan
(a) Revolusi Penindustrian telah membawa kemajuan dalam bidang
pengangkutan seperti perkapalan, jalan raya, kereta api, dan
terusan.
(i) Kapal-kapal mula dibina daripada besi menggantikan balak dan
Baltik. Teknologi pembinaan kapal besi oleh Wilkinson pada tahun
1787 telah menyaksikan kapal-kapal dibina menggunakan besi
sebagai rangka dan kayu sebagai dinding.
(ii) Kapasiti kapal menjadi lebih besar dengan penggunaan besi kerana
boleh mengangkut lebih banyak kargo berbanding kapal yang dibuat
daripada kayu.
(iii) Pada tahun 1802, kapal-kapal menggunakan enjin kuasa wap dan
keluli menggantikan besi dalam industi pembinaan kapal.
(iv) Hal mi menyebabkan kapal-kapal boleh mengangkut lebih banyak
kargo.
(v) Dalam pembinaan jalan, John Macadam telah memperkenalkan
pembinaan daripada batu dan minyak tar. Kemajuan ini
memudahkan perhubungan antara kawasan.
b) Terusan Worsley yang pertama dibina pada tahun 1761 oleh James
Bridley telah digunakan untuk membawa arang batu ke Bandar
perusahaan Manchester.
c) Pada tahun 1801, Richard Trevithick mencipta lokomotif atau
jentera wap untuk menanik gerabak. Lokomotif ini kemudiannya
dikenali sebagai kepala kereta api dan dimajukan lagi oleh George
Stephenson pada tahun 1825.
d) Landasan kereta api moden yang pertama dibina di England pada
tahun 1825 yang menghubungkan lombong arang batu Durham di
Stockton dengan Danlington.
(i) Jurutera yang bertanggungjawab dalam mengendalikan pembinaan
landasan Great Western yang menghubungkan London-Bristol-South
Wales ialah Isambard Kingdom Brunel (1806 1859).
(ii) Pada tahun 1875, Robert Stephenson telah membina landasan
yang menghubungkan London dengan Birmingham.
(iii) Menjelang tahun 1873, England telah muncul sebagai peneraju
dalam bidang pembmnaan landasan kereta api dengan memiliki
landasan sehingga 14 000 batu.
(iv) Perkembangan mi merancakkan perlombongan arang batu dan
logam lain.
(v) Malahan, perkhidmatan kontraktor England seperti Thomas
Brassey telah digunakan dalam membina landasan kereta api di Itali,
India, dan Australia.


4 Penghijrahan penduduk dan pertambahan
penduduk
(a) Revolusi Perindustrian menyumbang kepada pertambahan
penduduk.
(i) Pertambahan penduduk telah meningkat dua kali ganda di
England antara tahun 1800 dan 1850.
(ii) Pertambahan daripada 11 juta orang kepada 21 juta orang.
(iii) Penduduk bandar London sahaja antara 50 000 orang dan 100
000 orang pada tahun 1800.
(iv) Pada tahun 1850, penduduk meningkat kepada 2 363 000 orang
dan lebih separuh populasi England tinggal di pekan dan bandar.
(v) Pada tahun 1851, penduduk dan Ireland telah berhijrah beramai-
ramai ke England.

(b) Selain itu, kemajuan infrastruktur turut menyumbang kepada
penghijrahan penduduk dan kawasan luar bandar ke kawasan
bandar untuk mendapatkan pekerjaan.
(i) Penghijrahan penduduk mi membantu kepada pertambahan
penduduk dalam kawasan bandar.
(ii) Antara kawasan yang mengalami pertambahan penduduk ialah
Lancashire, West Riding di Yorkshire,
Warwickshire,Nottinghamshire, dan Staffordshire.

(c) Kesannya, penghijrahan mi telah membawa kepada penyatuan
Ireland-England dan penduduk tertumpu kepada pekerjaan industry
tekstil. Mereka menjadi buruh dalam pelbagai bahagian dalam
industri tekstil. Jika mereka tidak berhijrah, industri tekstil di
England akan lumpuh kerana kekurangan tenaga pekerja.
(d) Bekalan makanan dan peluang pekerjaan yang ada telah
menggalakkan masyarakat England berkahwin pada usia yang muda
dan memperolehi ramai anak. Kadar kelahiran yang tinggi
menyebabkan England menyumbang kepada penggunaan tenaga
buruh kanak-kanak dalam perlombongan arang batu. Pada abad ke-
19, kanak-kanak yang berusia 15 tahun adalah seramai 40 peratus
daripada keseluruhan penduduk England.

5. Perluasan perdagangan antarabangsa
(a) Masyarakat industri juga mengalami pertambahan penghasilan
barangan dalam industri pembuatan.
(i) Pertambahan mi telah menyebabkan lebihan barangan dan
membawa keperluan untuk dieksport ke luar negara.
(ii) Pada tahun 1820-an, kilang-kilang kapas Manchester dan Leeds
mengeluarkan keluaran melebihi permintaan dalam pasaran
tempatan.
(iii) Hal ini membawa kepada pengeksportan kain kapas dan
England dan berlaku peningkatan pada kadar 10 peratus setiap
tahun antara tahun 1783 hingga 1792 dan melebihi 17 peratus
antara tahun 1792 hingga 1802.

(b) Masyarakat industri juga menerima permintaan dalam kapas
mentah.
(i) Peningkatan kadar import pada tahun 1770 ialah 3 juta paun,
menjelang tahun 1790-an, meningkat kepada 30 juta paun, dan
melebihi 50 juta paun selepas tahun 1800.
(ii) Pengeluaran besar-besaran mi telah menyebabkan England
memperkenalkan pembaharuan dalam kos pengeluaran. Jika kos
pengeluaran dapat dikurangkan maka barangan mi dapat dijual
dalam pasaran luar dengan harga yang murah.

(c) Demi untuk meningkatkan perdagangan antarabangsa, England
telah memansuhkan tarif import bahan mentah bagi
membolehkan negara luar membeli barangan siapnya.
(i) Situasi tersebut menggalakkan England menjalankan dasar
perdagangan yang lebih liberal.
(ii) Idea liberalisme mi telah dipopularkan oleh Adam Smith dalam
bukunya, The Wealth of Nation.
(iii) Salah satu bab dalam buku mi menceritakan bahawa usaha
untuk mengekalkan kekayaan negara pada tahap maksimum
ialah dengan menghapuskan perlindungan duti kastam.
(iv) Idea mi telah digunakan oleh William Huskinson yang
kemudiannya menjadi Presiden Lembaga Perdagangan pada
tahun 1823 dan telah membawa kepada peningkatan kekayaan
England.
(v) Kesannya, berlaku peningkatan pengeksportan kain kapas oleh
Syarikat Hindia Timur Inggeris dan satu juta ela pada tahun 1814
kepada 56 juta ela pada tahun 1932.

6.Kerajaan dan perdagangan bebas
a) Parlimen England banyak membantu dalam amalan dasar
perdagangan bebas. Pada tahun 1820-an dan 1830-an, Parlimen
England telah meluluskan beberapa akta yang menghapuskan
dasardasar ekonomi yang boleh menyekat kebebasan.

b) Antara yang telah diluluskan ialah pemansuhan ekonomi
perdagangan Syarikat Hindia Timur Inggeris dengan negara China
pada tahun 1883. Seterusnya, mengurangkan senarai barangan yang
dikenakan duti import dan eksport serta meminda akta perkapalan
pada tahun 1825. Pada tahun 1822, parlimen England telah
melonggarkan Undangundang Jagung (Corn Law).

(i) Mengikut Undang-undang Jagung pada tahun 1815, import
jagung diharamkan melainkan harga dalam negeri mencapai 8
syiling satu per empat.
(ii) Hal ini membawa kepada Gerakan Chartist yang dilancarkan
oieh golongan pekerja dan majikan-majikan kilang untuk
menyakinkan kilang-kilang bahawa undang-undang ini hanya
menganggu perdagangan bebas.
(iii) Mereka mengadakan rapat umum di seluruh negara dan
menghantar bantahan kepada parlimen.
(iv) Hasilnya, pada tahun 1846, Undang-undang Jagung teiah
dimansuhkan.
(d) Pada tahun 1849, Undang-undang Pelayaran dimansuhkan.

7. Perubahan gaya hidup
(a) Sebelum Revolusi Perindustrian di England, masyarakat terikat
kepada tradisi kekeluargaan yang kuat dan kebanyakan mereka
tinggal di luar bandar.
(i) Hidup mereka ringkas dan tiada usaha untuk melakukan mobiliti
sosial.
(ii) Ibu bapa memainkan peranan penting dan mempunyai hak
mutlak ke atas anak-anak mereka.
(iii) Golongan muda mula berhijrah ke bandar untuk mencari
peluang pekerjaan dan menyebabkan hubungan kekeluargaan
mula longgar.
(iv) Kehidupan di bandar menuntut hidup yang lebih berdikari dan
mereka perlu mempunyai bakat dan kekayaan untuk
menghadapi cabaran di bandar berbanding di kampung yang
menentukan keturunan dalam gaya sosial.

(b) Kehidupan bebas di bandar telah membawa kepada masalah sosial
yang kritikal, iaitu aktiviti pelacuran dan jenayah.
(i) Peningkatan taraf hidup golongan masyarakat pertengahan telah
membawa kepada permintaan pelacuran yang tinggi di bandar-bandar
besar di England.
(ii) Pihak kerajaan seolah-olah menerima kegiatan pelacuran ml
dengan menyediakan polis untuk menjaga rumah pelacuran dan
mengarahkan pelacur-pelacur mi menjalani pemeriksaan kesihatan
bagi mengelakkan penyakit berjangkit menular di England.
(iii) Dianggarkan pada tahun 1840-an, terdapat 7 000 hingga 8 000
pelacur di Kota London dan menjelang akhir abad ke-19, London
mempunyai 80 000 orang pelacur. (Gordon A. Craig, 1961: 581)

8. Masalah pencemaran dan kesihatan
(a) Penggunaan bahan bakar seperti arang batu telah membawa
pencemaran udara yang teruk di England.
(b) Pekerja terdedah secara langsung kerana kilang dan kawasan
tempat tinggal dibina dalam lokasi yang sama.
(c) Masyarakat menghadapi masalah pencemaran air dan membawa
kepada merebaknya pelbagai penyakit.
(d) Menurut laporan Chadwick, keadaan kebersihan dan kualiti
kesihatan penduduk miskin di bandar telah mengalami kadar
kematian yang lebih tinggi berbanding golongan kaya pada tahun
1842 (Gordon A. Craig, 1961: 114).
(e) Seterusnya, kolera dan penyakit yang berpunca daripada
persekitaran yang kotor membawa punca bertambahnya bilangan
kematian di bandar.
(f) Akta Kesihatan Awam telah diluluskan pada tahun 1875 bagi
memperbaiki keadaan kesihatan masyarakat di bandar.





9. Kemunculan kelas baharu
(a) Revolusi Perindustrian telah membawa perubahan dalam
masyarakat di England.
(i) Masyarakat tradisional terdiri daripada golongan bangsawan,
pemilik tanah, pedagang, tukang, dan petani.
(ii) Kumpulan masyarakat mi telah berubah dengan wujudnya kelas
pekerja dan individu tumbuh dengan pesat dan segi saiz dan
kepentingan.
(iii) Golongan kelas pertengahan mi terdiri daripada pemiik kilang,
peniaga, ahli perbankan, peguam, dan jurutera.
(iv) Golongan mi berkeinginan dan bersedia menerima risiko untuk
mendapatkan kekayaan.
(v) Oleh yang demikian, pertumbuhan ekonomi England telah
meningkatkan pendapatan dan kedudukan kelas pertengahan.

(b) Golongan kelas pertengahan yang baharu mi disertai oleh kuasa
politik.
(i) Mereka berjuang untuk mendapatkan perwakilan di parlimen bagi
menyuarakan kepentingan mereka.
(ii) Perjuangan mereka berjaya apabila pada pertengahan abad ke-
18, parlimen England mempunyai 61 wakil parlimen yang terdiri
daripada kelas menengah.
(iii) Perwakilan mi berjaya memperjuangkan hak mereka dalam
meluluskan akta-akta perdagangan dan kepentingan ekonomi
bagi pihak mereka.
(iv) Misalnya, pemansuhan monopoli Syarikat Hindia Timur Inggeris
pada tahun 1813, pemansuhan Akta Perantis pada tahun 1814,
dan akta yang mensyaratkan penggunaan binatang dalam
pembuatan kasut pula dimansuhkan pada tahun 1824.

c) Kesan Akta Pemagaran Tanah di England:
(i) Hampir 85 peratus tanah pertanian dikuasai oleh pemajak yang
mempunyai modal untuk mengusahakan tanah-tanah berpagar.
(ii) Hanya 15 peratus diusahakan oleh petani secara kecil-kecilan. (iii)
Akhirnya, semakin ramai petani tidak memiliki tanah dan menjadi
buruh untuk mendapat upah di ladang atau berhijrah ke kawasan
bandar untuk bekerja dalam bidang perindustrian.

d) Golongan tersebut bertukar menjadi golongan proletariat.
(i) Mereka bekerja dengan mengendalikan mesin menggunakan
tangan dalam kerja-kerja memintal, menjadi penenun, dan
pelombong.
(ii) Namun, pekerjaan pengendalian mesin mi telah digantikan
dengan mesin berkuasa wap yang tidak lagi memerlukan
kemahiran manusia.
(iii) Kesannya, pekerja-pekerja mi menjadi penganggur dan dibayar
dengan harga buruh yang rendah kerana kilang perindustrian pada
abad ke- 18 dan ke- 19 telah menggantilcan tenaga manusia
kepada tenaga mesin.

10. Pekerja dan keadaan kerja di kilang
a) Perkembangan drastik dalam bidang perindustrian telah
menyebabkan pertambahan pekerja dalam perkilangan.
(i) Pekerja-pekerja kilang pada abad tersebut mempunyai tempoh
masa bekerja yang panjang, iaitu selama 12 jam sehari dan enam
setengah hari bekerja setiap minggu.
(ii) Manakala upah yang dibayar pula hanya sekadar untuk cukup
hidup sahaja.
(iii) Pengusaha kilang pula lebih suka mengambil pekerja wanita dan
kanak-kanak yang berusia seawal lima atau enam tahun kerana
mereka boleh dibayar upah yang rendah.


b) Semua kilang dan lombong di Britain mengambil pekerja wanita.
(i) Antaranya kilang besi, kilang kulit, kawasan perlombongan, dan
pembmnaan.
(ii) Dianggarkan pada tahun 1840-an, 6 000 pekerja wanita telah
bekerja di lombong-lombong.
(iii) Di Lancashire, utara England, lebih daripada 3/4 wanita yang
berkahwin bekerja di kilang tekstil.


Pergerakan Luddite merupakan gerakan pekerja di Britain pada tahun
1810 yang membantah penggunaan kaedah pengeluaran baharu di
kilang dan mahu mengekalkan kaedah tradisional. Namun, lama-
kelamaan, semua pihak mula sedar bahawa penggunaan mesin dalam
industri pembuatan tidak dapat disekat.

(iv) Pada pertengahan abad ke-19, sebanyak 1.3 juta pekerja dan
40 peratus adalah pekerja wanita.
(v) Penindasan juga dilakukan terhadap pekerja wanita apabila
mereka dibayar gaji yang lebih rendah berbanding pekerja lelaki.
(c) Buruh kanak-kanak diambil bekerja di kilang dan lombong arang
batu dan bekerja selama empat belas jam sehari.
(i) Kanak-kanak bekerja dalam keadaan yang berbahaya dan gelap.
Mereka terpaksa menarik dan menolak kereta sorong di dalam
lombong arang batu.
(ii) Kanak-kanak yang bekerja dalam sektor perkilangan pula
menghadapi risiko kehilangan jari.
(iii) Pada awal tahun 1830-an, 1/3 buruh kanak-kanak yang
berumur kurang daripada 21 tahun telah diambil bekerja.

(d) Pekerja kilang terpaksa menghirup udara tercemar dalam kilang
dan dipaksa bekerja mengikut kelancaran mesin.
(i) Jika ke tandas atau berehat, pekerja akan didenda.
(ii) Keadaan ini menyebabkan pekerja keletihan dan mengakibatkan
kemalangan dan kematian apabila pekerja terjatuh ke dalam
mesin.

(e) Tempat tinggal pekerja juga tidak disediakan dengan baik oleh
pengusaha kilang.
(i) Rumah pekerja hanya dibina sederet, tiada tandas, dan tiada
bekalan air tetapi dikenakan kadar sewa yang tinggi.
(ii) Keadaan tempat tinggal yang padat dan tidak menjaga
kebersihan menyebabkan pelbagai penyakit melanda seperti
taun dan batuk kering.
(iii) Oleh itu, masyarakat pekerja mi mengalami kadar kematian
yang tinggi dalam usia muda dan separuh dan bayi mati sebelum
menjangkau usia satu tahun.

(f) Tekanan yang dialami oleh para pekerja menyebabkan mereka
mengambil beberapa tindakan untuk menentang penindasan.
(i) Para pekerja yang menganggur telah meminta kerajaan
menyekat penggunaan mesin, namun ditolak oleh parlimen.
(ii) Pada tahun 1800, Akta Kombinasi telah dikuatkuasakan, iaitu
mengharamkan para pekerja menubuhkan kesatuan untuk
membela nasib mereka.
(g) Para pekerja yang tidak berpuas hati telah mengadakan
rusuhan.
(i) Rusuhan yang terkenal ialah Luddite, yang telah dilakukan oleh
pekerja-pekerja mahir dan bahagian penenunan.
(ii) Rusuhan mi dianggap berjaya kerana kerajaan telah
memansuhkan Akta Kombinasi 1800 dan membenarkan pekerja
menubuhkan kesatuan sekerja.

(h) Pada tahun 1830, terdapat segolongan pekerja membuat tuntutan
masa bekerja dihadkan selama 10 jam sahaja.

(i) Seterusnya, pada tahun 1832, kerajaan telah menubuhkan
Suruhanjaya Diraja pengambilan buruh kanak-kanak di kilang untuk
meninjau keadaan kanak-kanak yang sedang bekerja.Suruhanjaya
Diraja ini telah mendedahkan segala kepincangan dan keburukan
yang berlaku di kilang.

(j) Laporan Suruhanjaya Diraja pengambilan buruh kanak-kanak di
kilang telah membawa kepada penggubalan Akta Kilang pada tahun
1833. Akta ini memperuntukkan:
(i) Masa bekerja bagi kanak-kanak dihadkan tidak lebih daripada 9
jam
(ii) Kanak-kanak di bawah umur 9 tahun dilarang bekerja dan
mesti bersekolah.
(iii) Para majikan mesti menjamin keselamatan pekerja kilang.

(k) Beberapa akta telah digubal untuk menjamin nasib pekerja kilang.
Akta tersebut ialah:
(i) Akta Lombong 1842 yang melarang kanak-kanak perempuan
dan wanita bekerja dalam perusahaan arang batu.
(ii) Akta Sepuluh Jam 1847 yang mengehadkan masa bekerja bagi
wanita dalam perusahaan tekstil ialah 10 jam.

11. Perubahan dalam pemikiran politik
(a) Perubahan dalam politik berlaku pada abad ke- 18 di England.
(i) Politik tidak lagi terbatas kepada golongan elit atau keturunan
seseorang sebaliknya lebih dipengaruhi oleh bakat dan
keupayaan setiap individu.
(ii) Ini membawa penolakan kepada keistimewaan golongan
tertentu dalam masyarakat.
(iii) Sebaliknya, memberi peluang kepada setiap golongan
memainkan peranan mereka dalam menentukan dasar
pemerintahan.

(b) Kewujudan masyarakat yang terbahagi kepada dua kumpulan.
(i) Kumpulan kelas pertengahan yang terus menambah kekayaan
dan kekuasaan.
(ii) Kumpulan kedua, iaitu golongan proletariat yang tidak dijaga
gaji, makan, minum dan kebajikan mereka.
(iii) Keadaan tersebut mewujudkan golongan yang merasakan
bahawa golongan kaya telah mengeksploitasi golongan miskin
dengan menguasai sumber kekayaan negara.
(iv) Golongan mi mahu pihak kerajaan campur tangan dalam
perdagangan dan industri bagi melahirkan masyarakat yang adil
dalam ekonomi.

(c) Hasilnya, lahirlah idea sosialisme pada tahun 1830-an.
(i) Seorang pemikir sosialis awal, iaitu Claude Henri de Saint-
Simon (rakyat Perancis) telah menyeru agar kerajaan
memiliknegarakan semua kilang, merancang perkembangan
ekonomi, dan memajukan kebajikan rakyat.
(ii) Golongan sosialis telah mengecam tindakan majikan yang
terlalu mementingkan keuntungan tanpa menghiraukan
kebajikan para pekerja.

(d) Pemikir terkenal British, Robert Owen (1771 1858) pula percaya
bahawa sistem kapitalis harus bersifat kemanusiaan dan mencari
keuntungan. Majikan perlu membayar upah yang tinggi kepada para
pekerja, menyediakan perumahan yang sempurna, pendidikan untuk
anak-anak pekerja, dan masa kerja dihadkan kepada 10 jam sehari.

(e) Kelahiran idea-idea ini membawa perubahan dalam menjaga
kebajikan golongan pekerja dan pada masa yang sama
membolehkan majikan mengaut keuntungan.

Anda mungkin juga menyukai