Anda di halaman 1dari 5

Definisi Imperialisme

 Dasar sesebuah negara meluaskan pengaruh dan wilayahnya dengan menjajah negara lain untuk
kepentingan tertentu.

Menyenaraikan kuasa imperialisme barat di Asia Tenggara dan Menyatakan lokasi kuasa-kuasa
imperialisme barat di Asia Tenggara

Menyusun secara kronologi kedatangan kuasa Barat ke Asia Tenggara

1599 Spain Philippines

1619 Belanda Indonesia

1913 Britain Malaysia, Burma

1705 Portugal (Timur Timor)


1887 Peranchis (Indochina)

Menyatakan faktor-faktor imperialisme barat dan huraikan faktor-faktor imperialisme Barat di Asia
Tenggara

1.1.2 Faktor-Faktor Imperialisme Barat

Faktor-faktor Imperialisme
1. Keistimewaan Asia Tenggara Dari sudut geografi
● Kedudukan strategik kerana terletak antara China dan India.
● Jaminan pasaran yang luas.
● Tanah-tanih yang subur untuk pertanian.
● Kaya dengan bahan mentah spt tanah melayu dan indonesi dengan biji timah, fili (tebu dan kelapa), Burma
(kayu jati)

2. Revolusi Perindustrian
● Kepesatan perindustrian membolehkan pengeluaran hasil perkilangan secara besar-besaran.
● Bekalan bahan mentah konsisten dan kawasan pasaran baru diperlukan.
● Asia tenggara menjadi sasaran kerana bahan mentahnya dan penduduk.

3. Pengangkutan dan Perhubungan


● Kapal wap membolehkan muatan banyak, mempecepat,menjimatkan kos perjalanan dan lebih selamat
● Pembukaan terusan Suez (1869) memendekkan jarak perjalanan.antara benua barat dan timur dan
menguhungkan laut mediterranian dan laut merah
● Telegraf memudahkan perhubungan.seperti ahli perdagangan boleh hubungi wakil di timur dan arahan
ketenteraan

4. Persaingan Kuasa-kuasa Barat


● Semakin luas tanah jajahan, semakin tinggi sanjungan yang diterima.
● Keluasan tanah jajahan melambangkan kekuatan dan kekayaan untuk belumba-lumba

5. Bebanan Orang kulit putih “The White Man Burden” Orang Barat
● Mendakwa jadi mereka maju dan bertamadun (Peranchis)
● Menjadi tanggungjawab mereka untuk membantu dan memajukan kawasan Asia
● Mubaligh Kristian berpendapat mereka bertanggungjawab menyebarkan agama Kristian kepada penduduk di
tanah Jajahan.
SKOP KAJIAN

 Maksud imperialisme
 Kuasa imperialis yang menjajah negara Asia Tenggara
 Faktor yang mendorong imperialisme
 Kesan imperialism
 Iktibar daripada imperialism Barat

SOALAN STRUKTUR

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan imperialisme ?


[1 markah]

(b) Berikan dua kuasa Barat yang menjalankan dasar imperialismenya di Asia Tenggara.
[2 markah]

(c) Pada pendapat anda, mengapakah Asia Tenggara menjadi tarikan kuasa Barat menjalankan dasar imperialisme di rantau
tersebut ?
[2 markah]

(d) Berdasarkan pengetahuan anda, bagaimanakah perkembangan sistem perhubungan dan pengangkutan mendorong
imperialisme Barat di Asia Tenggara ?
[2 markah]

(e) Imperialisme Barat di Asia Tenggara bukanlah bertujuan mentamadunkan orang Timur, tetapi mempunyai muslihat
tertentu. Jelaskan muslihat tersebut.
[3 markah]

JAWAPAN STRUKTUR

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan imperialisme ?

 Dasar sesebuah negara meluaskan pengaruh dan wilayah


 dengan menjajah negara lain
 untuk kepentingan tertentu
[1 markah]

(b) Berikan dua kuasa Barat yang menjalankan dasar imperialismenya di Asia Tenggara.

Imperialis Negara yang dijajah


 Britain Tanah Melayu dan Burma
 Perancis IndoChina
 Belanda Indonesia
 Sepanyol Filipina
[2 markah]

(c) Pada pendapat anda, mengapakah Asia Tenggara menjadi tarikan kuasa Barat menjalankan dasar imperialisme di
rantau tersebut ?

 Kedudukannya strategik
 Menjadi tempat persinggahan perdagangan
 Dekat dengan kawasan pasaran
 Terletak antara China dan India
 Tanah yang subur
 Kaya dengan bahan mentah
 Mana-mana jawapan munasabah
[2 markah]

(d) Berdasarkan pengetahuan anda, bagaimanakah perkembangan sistem perhubungan dan pengangkutan mendorong
imperialisme Barat di Asia Tenggara ?

Pembukaan Terusan Suez


 Mempercepatkan perjalanan antara Timur – Barat..
 Memendekkan jarak perjalanan Timur – Barat.
 Perjalanan lebih selamat.
 Menjimatkan kos perjalanan.
 Mana-mana jawapan munasabah

Penggunaan Telegraf
 Memudahkan perhubungan.
 Membolehkan kuasa imperialis memberi arahan kepada pegawainya dengan lebih cepat.
 Ahli perniagaan Barat dapat berhubung dengan wakilnya di Timur.
 Urusan perniagaan lebih mudah.
 Perdagangan antarabangsa menjadi lebih pesat.
 Mana-mana jawapan munasabah
[2 markah]

(e) Imperialisme Barat di Asia Tenggara bukanlah bertujuan mentamadunkan orang Timur, tetapi mempunyai muslihat
tertentu. Jelaskan muslihat tersebut.

 Bertujuan meluaskan tanah jajahan


 Bertujuan mencari kekayaan
 Bertujuan menguasai bahan mentah
 Bertujuan menguasai pasaran
 Bertujuan menyebarkan agama Kristian
 Mana-mana jawapan munasabah
[3 markah]

SOALAN ESEI

(a) Terangkan faktor yang mendorong imperialisme Barat di Asia Tenggara.


[6 markah]

(b) Imperialisme Barat banyak mendatangkan kesan negatif terhadap masyarakat di negara Asia Tenggara. Jelaskan kesan
tersebut.
[6 markah]

(c) (i) Kuasa Barat menggunakan slogan “beban orang putih” dan “tugas menyebarkan tamadun” untuk melindungi muslihat
imperialisme mereka di Asia Tenggara. Pada pandangan anda, apakah muslihat tersebut ?
[4 markah]

(ii) Apakah langkah yang perlu dilakukan oleh pemimpin negara untuk memastikan kemerdekaan yang kita nikmati akan
terus terpelihara ?
[4 markah]

JAWAPAN ESEI

(a) Terangkan faktor yang mendorong imperialisme Barat di Asia Tenggara.

 Keistimewaan Asia Tenggara


Kedudukan Asia Tenggara yang strategik
Terletak antara China dan India.
Asia Tenggara dekat dengan kawasan pasaran.
Asia Tenggara memiliki tanah yang subur.
Asia Tenggara kaya dengan bahan mentah.
 Revolusi perindustrian
Sektor perkilangan meningkat.
Hasil perkilangan dikeluarkan secara besar-besaran.
Kuasa Barat memerlukan bahan mentah.
Mereka juga perlukan pasaran yang luas.
 Perkembangan sistem perhubungan.
Kapal wap membolehkan muatan lebih banyak.
Terusan Suez memendekkan jarak dan mempercepatkan perjalanan.
Perjalanan menjadi lebih selamat serta menjimatkan kos.
Penciptaan telegraf mempercepatkan urusan perdagangan.
 Persaingan kuasa Barat.
Kuasa Barat bersaing untuk meluaskan tanah jajahan
Semakin luas tanah jajahan, semakin tinggi sanjungan.
Tanah jajahan melambangkan kekuatan dan kekayaan.
 Slogan
British dan Belanda gunakan slogan “Beban Orang Putih”.
Mereka mendakwa mereka lebih maju dan bertamadun.
Mereka mahu majukan orang Timur.
Perancis menggunakan slogan “Tugas Menyebarkan Tamadun”.
Mereka hendak mentamadunkan orang Timur.
Mubaligh Kristian berhasrat menyebarkan agama Kristian.
[6 markah]

(b) Imperialisme Barat banyak mendatangkan kesan negatif terhadap masyarakat di negara Asia Tenggara. Jelaskan kesan
tersebut.

 Asia Tenggara menjadi tanah jajahan kuasa Barat.


 Sistem birokrasi Barat diperkenalkan di Asia Tenggara.
 Berakhirnya sistem beraja di Asia Tenggara.
 Undang-undang Barat dilaksanakan di Asia Tenggara
 Sumber ekonomi dibolot oleh penjajah
 Penyebaran agama Kristian di Asia Tenggara
 Lenyapnya tamadun masyarakat di Asia Tenggara
 Munculnya semangat menentang penjajah
 Mana-mana jawapan munasabah
[6 markah]

(c) (i) Kuasa Barat menggunakan slogan “beban orang putih” dan “tugas menyebarkan tamadun” untuk melindungi
muslihat imperialisme mereka di Asia Tenggara. Pada pandangan anda, apakah muslihat tersebut ?

 Bertujuan meluaskan tanah jajahan


 Bertujuan mencari kekayaan
 Bertujuan menguasai bahan mentah
 Bertujuan menguasai pasaran
 Bertujuan menyebarkan agama Kristian
 Mana-mana jawapan munasabah
[4 markah]

(ii) Apakah langkah yang perlu dilakukan oleh pemimpin negara untuk memastikan kemerdekaan yang kita nikmati
akan terus terpelihara ?

 Mewujudkan keamanan dalam negara


 Mengekalkan perpaduan
 Mewujudkan pentadbiran yang cekap
 Memajukan ekonomi negara
 Mana-mana jawapan munasabah
[4 markah]

Anda mungkin juga menyukai