Anda di halaman 1dari 31

CADANGAN SKIMA JAWAPAN PERCUBAAN STPM PENGGAL 1 2018

SOALAN 1 :

Bincangkan ciri-ciri masyarakat agraria di Belanda pada abad ke-16 dan abad ke-17
Masihi.

Jawapan

Pendahuluan

Kemajuan pesat dalam bidang pertanian menyebabkan lahir masyarakat


agrarian di negara Belanda pada abad ke-16 dan 17 Masihi. Masyarakat agraria di
Belanda tinggal di kawasan pedalaman termasuk kawasan-kawasan pertanian yang
subur. Mereka melibatkan diri dalam kegiatan yang berasaskan kepada aktiviti
pertanian dan penternakan. Pada abad ke-16 dan 17, Belanda mengalami perubahan
politik dan ekonomi selepas berjaya melepaskan cengkaman pemerintahan Raja
Philip II dari Sepanyol. Perkembangan ini memperlihatkan bahawa kerajaan Belanda
memainkan peranan yang besar dan secara langsung dalam perkembangan ekonomi
sehingga masyarakat agraria yang miskin berubah kepada masyarakat agraria yang
maju pada abad ke-17. Masyarakat agraria ini memberi keutamaan kepada aktiviti
bercucuk tanam, penternakan dan perikanan sebagai sumber ekonomi mereka.

CIRI CIRI MASYARAKAT AGRARIA BELANDA

Isi 1 Kegiatan Ekonomi

Pada abad ke-16, masyarakat agrarian di utara Belanda mengusahakan


ekonomi utama dalam bidang pertanian dan perikanan. Aktiviti pertanian meliputi
penanaman pelbagai jenis tanaman sayur-sayuran seperti bawang, ketumbar, lobak
dan teasel serta bijirin seperti barli, gandum dan oat. Masyarakat petani ini
mengusahakan pertanian secara kecil-kecilan untuk dijual di pasar tempatan dan
dipasarkan ke bandar lain di Belanda. Menjelang akhir abad ke-16, petani Belanda
menghasilkan gandum antara 1150 kilogram hingga 1900 kilogram bagi setiap
hektar. Selain itu, tanaman seperti kobis, kekacang dan bunga-bungaan turut
diusahakan. Tanaman jagung pula dusahakan di Amsterdam. Hasil pertanian ini telah
dieksport ke luar negara. Tanaman dagang seperti hem, biji kol dan mader juga
diusahakan di Zeeland dan Bogaurden. Masyarakat Belanda juga menanam bunga
secara meluas pada abad ke-17 seperti bunga tulip dan hop yang di tanam di
sepanjang Sungai Maas berikutan permintaan yang tinggi di pasaran. Masyarakat
Belanda juga menternak binatang secara meluas seperti lembu dan kambing di
kawasan Friesland untuk daging dan hasil tenusu. Industri perikanan juga penting di
Belanda dan dianggarkan satu per lima penduduk terlibat selain industri pembinaan
kapal. Masyarakat Belanda juga terlibat dalam industri tenusu seperti menghasilkan
keju dan mentega. Jelas pertanian merupakan kegiatan ekonomi utama di Belanda.
Isi 2 - Petempatan

Petempatan masyarakat agraria Belanda banyak terletak di kawasan lembah


sungai yang subur dan menjadi tumpuan. Kawasan pinggir pantai juga mempunyai
mendapan tanah lanar yang subur dan menjadi petempatan masyarakat agraria
Belanda. Antara kawasan petempatan tersebut ialah Friesland, Zeeland dan Utretch.
Sebahagian besar negara Belanda berada di bawah paras laut. Disebabkan berlakunya
pertambahan penduduk dan keperluan terhadap bahan makanan, pihak kerajaan telah
bertindak menambak tanah laut untk dijadikan kawasan pertanian. Menjelang 1680,
tanah seluas 127 ribu hektar ditebus guna. Abad ke-17 menunjukkan pertambahan
tanah pertanian dan petempatan kepada 36 ribu ekar sekitar tahun 1590 hingga 1615
yang membawa kepada peningkatan hasil pertanian. Antara kawasan yang terletak di
kawasan yang ditambak dan ditebus guna ialah Pulau Zuid-Beveland, Middlezee,
oud-Beijerland dan New-Beijerland. Di Pulau Zuid-Beveland, usaha menebus tanah
diperluas hingga menjadi 5500 hektar. Jelas kegiatan petempatan penduduk
dikawasan tanah pamah yang subur dan berhampiran pinggir pantai dan sungai.

Isi 3 Kemahiran Pengairan dan Kesuburan Tanah

Masyarakat Agraria Belanda membina terusan, kolam, takungan air dan tali
air bagi mengairi kawasan pertanian. Kemajuan dalam bidang pengairan
membolehkan pertanian secara moden dapat dijalankan secara intensif. Masyarakat
Belanda juga mendirikan kincir angin bagi membolehkan air yang berlebihan dari
kawasan tanah rendah dialirkan kewasan pertanian.masyarakat Belanda juga
mempunyai kemahiran tinggi dalam memelihara kesuburan tanah bagi menjamin
produktiviti. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti memugarkan tanah pertanian dan
menggunakan baja asli yang terdiri daripada najis ternakan untuk mengekalkan
kesuburan. Mereka mempunyai bekalan baja asli yang mencukupi dari kawasan
penternakan lembu. Petani Belanda mengamalkan sistem pertanian padang terbuka.
Dalam sistem ini, tanah pertanian dibahagikan kepada tiga bidang iaitu dalam setiap
bidang terdapat jalur-jalur yang dibahagikan secara memanjang untuk diusahakan.
Dalam setiap musim, petani hanya mengusahakan dua daripada tiga bidang tersebut,
satu lagi bidang dibiarkan sebagai tanah rang bertujuan untuk memulihkan kembali
kesuburan tanah sebelum diusahakan pada musim yang berikutnya dan najis binatang
ternakan menjadi baja untuk menyuburkan tanah apabila digunakan untuk aktiviti
penternakan. Jelas masyarakat agrarian menjalankan kemajuan ekonomi pertanian
untuk membekalkan sumber makanan, tenusu dan daging di seluruh Eropah.

Isi 4 Kaedah Pertanian dan Penyelidikan

Masyarakat agrarian Belanda juga ada kemahiran dalam memperkenalkan


pelbagai kaedah pertanian. Petani-petani Belanda merupakan perintis dalam
memperkenalkan sistem penggiliran tanaman. Dengan mengamalkan sistem ini,
sistem tanah rang dapat dimansuhkan. Sistem penggiliran tanaman melibatkan
penanaman pelbagai tanaman mengikut musim seperti tanaman sengkuang dan
kekacang berselang dengan tanaman bijirin Selain sistem ini, sistem batas juga
diperkanalkan. Sistem menanam dengan membuat batas memudahkan saliran.
Kedudukan batas juga diubah setiap tahun supaya tanaman tumbuh dengan subur dan
mengekalkan kesuburan tanah. Sistem ini menggalakkan penanaman dalam jajaran.
Satu lagi sistem penanaman yang diperkenalkan ialah penanaman deretan. Antara
tanaman yang ditanam secara deretan ialah jagung, madder, hop, dan cole.
Penanaman di atas alur yang dibuat menyebabkan kemunculan amalan sistem
deretan. Pertambahan produktiviti dalam pertanian telah menambahkan bekalan
makanan antara tahun 1550 hingga 1650. Penduduk Belanda juga mnencapai dua juta
orang. Ahli sains di Belanda juga kerap menjalankan penyelidikan untuk memajukan
bidang pertanian seperti penciptaan baja kimia, penghasilan biji benih yang bermutu
tinggi dan penggunaan rumah hijau untuk penanaman sayuran dan buah-buah yang
segar dan berkualiti. Oleh itu kemajuan teknologi membantu meningkatkan ekonomi
pertanian di Belanda.

Isi 5 Kemajuan Teknologi Pertanian

Masyarakat Belanda juga mencapai kemajuan dalam teknologi pertanian.


Mereka mencipta pelbagai jenis peralatan untuk kegunaan pertanian secara skala
besar. Sebagai contoh, penciptaan tenggala beroda adalah untuk memugar dan
membajak tanah pertanian.Terdapat juga mesin untuk menampi bijirin. Selain itu,
mereka juga melakukan aktiviti tebus guna tanah dan penambakan tanah laut untuk
dijadikan kawasan pertanian dengan mengeringkan kawasan tambakan laut
menggunakan kincir angin dan daik seperti yang berjaya dijalankan oleh Jan
Adriaanszoon pada tahun 1600-an. Menjelang abad ke-17, 49% wilayah Zeeland
ditebus guna untuk pertanian. Pada tahun 1612, Tasik Beemster telah berjaya
dikeringkan membentuk sebuah dataran baharu yang dikenali sebagai Beemster
Polder. Terdapat kajian pertanian seperti kajian penanaman rumput jenis Clover,
Lucerne dan Burnet untuk ternakan pada tanah-tanah rang. Ini menunjukkan
masyarakat Belanda telah mencapai kemajuan pertanian secara moden dan produktif.

Kesimpulan

Kesimpulannya, masyarakat agrarian di Belanda menjalankan ekonomi


berasaskan pertanian, penternakan, industri swasta dan pertanian. Perkembangan
ekonomi pertanian telah membawa kepada kemunculan ekonomi perdagangan di
Belanda menjelang abad ke-18 dan menjadi inspirasi kepada masyarakat petani di
negera-negara lain di Eropah.
SOALAN 2

2. Sejauh manakah kemajuan kegiatan industri Jepun bermula pada abad ke-19 yang
dicetuskan oleh Maharaja Meiji ?

Pendahuluan

Perkembangan pesat dalam bidng perindustrian di Jepun di sebabkan oleh


dasar yang diamalkan oleh kerajaan Meiji. Pemimpin-pemimpin Meiji meletakkan
asas bagi perkembangan dalam sektor perindustrian. Jepun merupakan negara
kepulauan yang mempunyai kawasan tanah yang sempit. ( Honshu, Shikoku, Khyusu
) Pemodenan dijalankan untuk menjadikan Jepun maju seperti negara barat. Terdapat
banyak kilang-kilang dibangunkan ( kilang kertas, percetakan buku, kilang simen,
kaca dan pakaian ) didirikan di Osaka, Kyoto, Kobe dll.

Isi Jawapan

Isi 1 - Dasar Pemerintahan Maharaja Meiji ( wajib/ isi utama )

Langkah kemajuan yang telah diambil adalah melalui Dasar


Pemerintahan Kerajaan Meiji dengan memajukan sektor perindustrian
.Pelbagai langkah diambil untuk memajukan sektor tersebut. Antaranya,
kerajaan memberi bantuan kepada pengusaha-pengusaha persendirian.
kerajaan turut memberikan bantuan modal kepada pengusaha-pengusaha
industri. Kerajaan turut menyediakan bantuan latihan perindustrian dan
khidmat nasihat kepada pengusaha industri. Bengkel-bengkel mengenai
teknik perniagaan turut diadakan.Kerajaan mendapatkan khidmat pakar-
pakar luar negara untuk memodenkan perindustrian. Sebagai contoh, pada
tahun 1870, Kementerian Perusahaan telah ditubuhkan bagi memastikan
sektor ini memberikan pulangan yang lumayan kepada kerajaan Jepun.
Malah, kerajaan Meiji juga membina banyak kilang-kilang simen seperti
di Fukugawa pada tahun 1875, kilang kaca di Shinnagawa.pada tahun
1875 Di samping itu,, kerajaan Meiji juga turut mengambil 130 orang
pegawai asing untuk memajukan sektor perindustrian pada tahun 1879.
Hal ini secara tidak langsung memberikan pulangan lumayan kepada
kerajaan Jepun. Jelas dasar pemodenen oleh Maharaja Meiji sangat pentig
untuk perkembangan perindustrian di Jepun.

Isi 2 - Sistem Pengangkutan


Seterusnya kerajaan pimpinan Meiji juga telah bertindak dengan
menyediakan kemudahan sistem pengangkutan, perhubungan serta komunikasi
bagi memastikan kelancaran sektor ini. Antaranya, kemajuan tersebut adalah dengan
membina landasan-landasan kereta api sepanjang 26 batu pada tahun 1872 yang
menghubungkan Tokyo dan Yokohama. Manakala pada thun 1874, landasan kereta
api menghubungkan Kobe dan Osaka dan seterusnya diperluaskan ke Kyoto pada
tahun 1877. Selain itu, landasan kereta api telah diteruska lagi dengan
menghubungkan Kyoto dengan Otsu, Tsuruga dan Nagahama pada tahun 1878
Kemajuan dalam bidang pengangkutan telah Berjaya merangsang perkembangan
sektor perindustrian di Jepun

Isi 3 - Kemudahan Sistem Perhubungan

Perkembangan pesat dalam sektor perindustrian di Jepun di dorong


oleh kemajuan dalam bidang perhubungan. Kerajaan Jepun mengambil
langkah untuk membangunkan sistem perhubungan seperti perkhidmatan
telegraf. Talian telegraf dibina untuk memudahkan perhubungan dan
komunikasi. Stesen-stesen telegraf dan talian telegraf dibina di seluruh
negara Jepun. . Sebagai contoh pada tahun 1863, kawat telegraf telah
dibina sepanjang 4000 batu di seluruh Jepun. Kemajuan sistem telegraf
telah membantu pembangunan sektor perindustrian dan modenisasi di
Jepun

Isi 4 - Kemajuan Sistem Perbankan


Perkembangan dalam sektor perindustrian disebabkan oleh
pengurusan sistem kewangan yang teratur dan sistematik di Jepun.
Perkembangan pesat dalam bidang ekonomi menyebabkan mata wang
diperkenalkan dan bank ditubuhkan. Pada tahun 1872, Mitsu-Ono Bank
ditubuhkan. Pada tahun 1873, Bank Negara ditubuhkan berasaskan model
bank di Amerika Syarikat. Menjelang tahun 1882, bank pusat Jepun
ditubuhkan dan bank ini menjadi agensi kewangan utama kerajaan. Pada
tahun 1868, unit mata wang kertas ditukar dari ryo kepada yen. Pada tahun
1880, bank Yokohama Specie muncul sebagai bank asing utama di Jepun.
Pada tahun 1896, kerajaan menubuhkan bank Hypothec. Bank Hypoyhec
berperanan sebagai bank pusat bagi bank-bank pertnian dan perindustrian di
47 buah wilayah di Jepun. Secara keseluruhan terdapat lebih 200 buah bank di
Jepun dan berperanan membantu pertumbuhan perindustrian. Oleh itu sistem
bank amat membantu kepesatan industri di Jepun dari segi penawaran modal
dan urusniaga mata wang.
Isi 5 - Zaibatsu / Kemunculan Pengusaha Baharu
Perkembangan sektor perindustrian di Jepun di dorong oleh kemunculan
pengusaha-pengusaha baharu yang kaya-raya. Pada awal abad ke-20, empat
buah keluarga telah menguasai sektor perindustrian di Jepun. Empat keluarga
tersebut menjadi penaung kepada perkembangan sektor perindustrian di Jepun.
Keluarga ekonomi baharu tersebut dikenali sebagai Zaibatsu. Antaranya,
Mitsui, Mitsubishi, Kawasaki, Fukukawa, Okura .Jelaslah bahawa tidak
langsung peranan syarikat-syarikat gergasi ini berupaya untuk mengembangkan
lagi sektor perindustrian di Jepun kerana kemampuan dan kekuatan kewangan
mereka. Jelas kemunculan pengusaha baru amat membantu memastikan kegiatan
perindustrian di Jepun terus berkembang pesat.

Penutup
Kesimpulannya, sememangnya tidak dinafikan bahawa peranan
pemerintah dan pemimpin2 kerajaan Meiji merupakan penyumbang kepada
kemajuan kepada kegiatan perindustrian di Jepun terutama melalui galakan
serta insentif di samping sikap terbuka yang menerima teknologi baru . Jepun
muncul sebagai salah sebuah negara yang termaju dalam bidang ekonomi dan
teknologi perindustrian di dunia.
Soalan 3
Pengasingan Kuasa dan Amalan Demokrasi Merupakan Ciri Utama
Pemerintahan Negara Persekutuan Amerika Syarikat pada abad ke- 19.
Bincangkan.
JAWAPAN

Pengenalan
Istilah Persekutuan berasal dari perkataan Greek iaitu foedus yang
membawa maksud perjanjian
Persekutuan merupakan gabungan beberapa buah negeri atau wilayah
yang dahulunya bebas tetapi kemudian menjadi negara Bersekutu di
bawah satu Perlembagaan pusat.
Sistem pemerintahan kerajaan persekutuan bermaksud pembahagian
kuasa antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri. Contohnya
Amerika Syarikat .
Selepas kemerdekaan, Perlembagaan baharu untuk Amerika Syarikat telah
digubal pada 1789.
Perlembagaan ini memperuntukan penubuhan sebuah kerajaan
persekutuan yang bercirikan pembahagian kuasa dan berasaskan
pemerintahan demokrasi.

ISI-ISI JAWAPAN

1 Wujud pembahagian kuasa yang jelas antara kerajaan pusat dengan


kerajaan wilayah
Kuasa autonomi kepada kerajaan tempatan yang bersifat liberal . Hal-hal
tempatan terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri masing-
masing.contohnya kerajaan tempatan, perhutanan dan sungai .

Memberi kuasa dan kekuatan yang sebenar kepada kerajaan pusat.


Kerajaan pusat menguasai perkara-perkara penting seperti dasar luar
negeri , pertahanan , cukai dan mata wang.

Negara Amerika Syarikat memberikan kebebasan kepada setiap peringkat


pentadbiran atas kuasa yang diperuntukkan

Jelas pengasingan kuasa ini dapat meningkatkan pengurusan yang cekap


dan mengelakkan pertindahan bidang kuasa pusat dan wilayah.
2 Pemerintahan Persekutuan Amerika Syarikat mempunyai tiga cabang
pentadbiran utama
Badan Eksekutif, badan Kehakiman, badan Legislatif
Setiap badan mempunyai pengagihan kuasa yang tersendiri dan tidak
berlaku pertindahan kuasa
Badan Eksekutif diketuai oleh seorang Presiden yang dipilh melalui
pilihanraya.. Presiden boleh dilantik semula untuk penggal kedua selama
empat tahun selepas tamat tempoh.
Semua undang-undang yang diluluskan oleh Kongres mesti
ditandatangani oleh Presiden
Presiden boleh menolak daripada menandatangani sesuatu undang-
undang.
Presiden merupakan Ketua Turus Angkatan Tentera
Keistimewaan presiden ialah boleh membatalkan undang undang
dengan kuasa veto dan boleh mengawasi Kongres.
Jelas perlaksanaan ketiga tiga badan utama dalam pentadbiran
menunjukan amalan demokrasi di Amerika.

4. Wujud Badan Perundangan dalam Persekutuan Amerika syarikat


Badan perundangan Amerika Syarikat dikenali sebagai Kongres dan
ahlinya turut dipilih melalui piliharaya.
Peranannya menggubal undang-undang adalah tugas utama Kongres
Kongres terdiri daripada Dewan Rakyat dan Dewan Senat
Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Senat dipilih oleh rakyat. Setiap negeri
akan memilih dua ahli Dewan Senat dan memilih ahli Dewan Rakyat
mengikut jumlah penduduknya.
Perlaksanaan sistem ini di Amerika Syarikat mengambarkan satu kuasa
mengawasi kuasa lain.
Oleh itu badan perundangan membantu mengawal keselamatan, keadilan
dan ketenteraman di Amerika yang lantang menyuarakan kebebasan hak
asasi.

5. Wujudnya Badan Kehakiman


Badan kehakiman daripada Mahkamah Tinggi dan mahkamah-mahkamah
lain
Ia merupakan badan yang bebas dan tidak menerima campur tangan
daripada ahli-ahli kongres.
Mahkamah boleh mengambil tindakan terhadap presiden dan ahli-ahli
kongres sekiranya mereka melanggar perlembangaan.
Bukti kebebasan dan ketelusan badan ini ialah jika Presiden dan ahli
Kongres melanggar perlembagaan.
Jelas badan kehakiman membantu menegakkan keadilan untuk rakyat
dalam sebuah negara yang memperjuangkan amalan demokrasi.

6. Pemerintahan dan amalan demokrasi


Pembentukan Amerika Syarikat adalah berasaskan amalan demokrasi
Dibuktikan melalui pelaksanaan pilihan raya umum bagi memilih
Presiden dan ahli- ahli Kongres
Parti Republikan dan Federealis telah bertanding untuk memilih presiden
Amalan demokrasi membolehkan pemindahan kuasa secara aman
Jelas amalan demokrasi menunjukkan bahawa rakyat berhak memilik
wakil pemimpin yang berjuang untuk mempertahankan hak rakyat.

KESIMPULAN

Perlembagaan Amerika Syarikat telah menggariskan secara terperinci


badan-badan yang memerintah Amerika Syarikat.
Sistem persekutuan juga memperuntukkan kuasa kepada Presiden
membatalkan undang undang dengan menggunakan kuasa veto dan
boleh mengawasi Kongres
Kerajaan persekutuan Amerika Syarikat menjadi sebuah negara yang
berjaya serta dapat mengawal kedudukan ekonomi dan politik
antarabangsa.

(Jawapan yang memenuhi kehendak soalan ini mesti merangkumi aspek


pembahagian kuasa dan pemerintahan demokrasi)
Soalan 4

Nilaikan Sumbangan Jean Jacques Rousseau dalam Bidang Intelektual dan


Inspirasi kepada Revolusi Perancis pada Abad ke 18 hingga 19 masehi

Pengenalan:

Latar Belakang Jean Jacques Rousseau:

Jean Jacques Rousseau lahir di Geneva merupakan seorang pemikir yang sangat
berpengaruh semasa era Enlightenment di Eropah. Beliau banyak memberikan
sumbangan dalam bidang muzik, politik, psikologi dan pendidikan. Ideanya menjadi
inspirasi kepada Revolusi Perancis. Di antara karyanya yang terkenal ialah Discourse
on the Arts and Sciences, Emily dan The Social Contract.

Isi isi Jawapan : Peranan Jean Jacques Rousseau:

1 Karya Discourse on the Arts and Sciences Hak Sosial dan mengkritik
Kemajuan Sains

Beliau berpendapat seni dan sains tidak menyumbang kepada pemurnian moral
individu, sosial dan tahap politik. Bidang seni dan sains bukan sahaja tidak
bermanafaat malah boleh membawa kepada keruntuhan moral dan akhlak. Beliau
juga berpendapat, masyarakat Eropah perlu memperbaiki tingkah laku dan akhlak
untuk meningkat taraf hidup. Jelas bahawa sains hanya merosakan pemikiran
masyarakat dan bidang seni dapat meningkatkan kreativiti dan inspirasi hidup
masyarakat.

2. Karya Discourse on the Origin of Inequality Persamaan Hak Manusia

Beliau juga berpendapat cara terbaik untuk memahami tingkahlaku ialah memahami
manusia dalam keadaan alam semula jadi tulen. Setiap individu yang lahir ke dunia
adalah suci dan tidak terikat dengan mana-mana kuasa. Manusia mempunyai
kebebasan untuk bersuara, berpolitik dan menyatakan pendapat. Jelas ideanya
memperjuangkan nasib golongan kelas bawahan atau proletariat dan mengkritik
kehidupan golongan atasan yag kaya raya dan hidup mewah di Paris .
3. Karya The Social Contract Kebebasan Hak Indvidu

Karya beliau yang paling terkenal ialah The Social Contract yang ditulis pada 1762.
Karya tersebut begitu berpengaruh dalam Revolusi Amerika dan Perancis. Beliau
berpendapat manusia dilahirkan bebas . Mementingkan kepentingan umum
berbanding kepentingan individu. kontrak sosial adalah satu perkara yang semulajadi
dan kontrak ini perlu dipatuhi oleh manusia. Bagi beliau pendidikan yang sempurna
membataskan tingkah laku manusia supaya berada di landasan yang betul.
Seterusnya, beliau berpendapat perpaduan negara datang dari persetujuan bersama.
Kerajaan menjalankan kuasa berdasarkan perjanjian yang dibuat oleh manusia. Bagi
beliau, manusia selalu dirosakkan oleh masyarakat . Jelas bahawa idea perpaduan
dan bentuk kerajaan yang baru dan diingini oleh rakyat perlu didirikan bagi
memenuhi aspirasi rakyat. Sistem beraja mutlak di Perancis perlu digulingkan dan
digantikan dengan negara republik atau demokrasi yang baru.

4. Karya Emile Psikologi Pendidikan

Karya Emile merupakan karya yang menjurus kepada bidang pendidikan psikologi.
Ia memperkatakan tentang pendidikan awal kanak-kanak. Bagi beliau kanak-kanak
perlu hidup secara semula jadi dan perlu menghindari pengaruh unsur negatif
dalam masyarakat.Beliau menegaskan pendidikan bermula sejak lahir. Beliau sangat
menekankan pendidikan melalui pengalaman sendiri. Jelas bahawa persekitaran
yang baik penting untuk pertumbuhan mental seseorang kanak-kanak yang genius,
bijak dan berkualiti.

Kesimpulan :

Kesimpulan Jean Jacques Rousseau telah mencetuskan idea perubahan


dalam pemikiran masyarakat di Eropah . Falsafah dan pemikiran beliau dilahirkan
melalui karya-karya yang terkenal terutama The Social Contract. Idea idea beliau
telah menjadi inspirasi kepada pejuang nasionalis Perancis dan Amerika Syarikat
Soalan 5:
Sejaumanakah Dasar Pemerintahan British merupakan faktor Kebangkitan
Nasionalisme di India Pada Abad Ke-20.
Pengenalan.

Kebangkitan kesedaran kebangsaan dalam kalangan rakyat India bermula


sejak tahun 1857 lagi iaitu dengan kemunculan pertubuhan-pertubuhan sosioagama.
Pertubuhan-pertubuhan ini membangkitkan kesedaran kebangsaan melalui
pembaharuan sosial.Selain itu, dasar pentadbiran serta amalan diskriminasi British
dalam pentadbiran, pendidikan, ekonomi dan perkhidmatan awam turut
membangkitkan semangat nasionalisme dalam kalangan penduduk tempatan di India.

Isi-isi Penting
1. Dasar Pendidikan Barat.
Pendidikan barat yang diperkenalkan di India melahirkan ramai golongan cerdik
pandai .Mereka yang berpendidikan ini terdedah kepada konsep-konsep seperti
kebebasan, demokrasi, persamaan dan hak asasi manusia.Perkembangan ini
melahirkan tokoh-tokoh nasionalis yang memainkan peranan dalam gerakan
kebangsaan di India. Tokoh-tokoh tersebut ialah Raja Ram Mohan Roy,
W.C.Banerjee, Surendranath Banerjee, G.K. Gokhale. Namun diskriminasi dalam
dasar pemerintahan Inggeris menimbulkan semangat nasionalis kerana rakyat yang
berpendidikan masih tidak diberi peluang dalam pentadbiran.

2. Dasar Pengenalan Bahasa Inggeris


Bahasa Inggeris memainkan peranan membangkitkan kesedaran kebangsaan. Di
India lebih kurang 600 bahasa daerah yang dituturkan menjadi batu penghalang untuk
memupuk persafahaman. Bahasa Inggeris juga memainkan peranan sebagai alat
perpaduan yang menyatukan rakyat India yang terpisah dari segi agama, bangsa dan
wilayah. Jelas isu bahasa Inggeris telah memupuk semangat nasionalisme untuk
memudahkan media perhubungan antara penduduk di India.
3. Dasar Diskriminasi dalam Perkhidmatan Awam
British mengamalkan dikriminasi dalam pengambilan rakyat India bagi memegang
jawatan tinggi dalam perkhidmatan awam. 6 orang sahaja penduduk tempatan
menjawat jawatan dalam pentadbiran awam. Amalan diskriminasi ini melahirkan rasa
tidak puas hati dalam kalangan golongan terpelajar di India. Pada 1930- an hanya
terdapat 6 orang sahaja penduduk tempatan diberi peluang menjawat jawatan penting
dalam pentadbiran. Hal ini mencetuskan rasa tidak puas hati dan mendorong rakyat
menentang dasar Inggeris di India.
4. Dasar Pentadbiran - Lord Lytton
Lord Lytton memperkenalkan Akta Senjata Royal Enfield dan Akta Akhbar Akta
Sistem Vernakular yang melahirkan sentiment anti-British
Langkah-langkah yang diambil seperti menggalakkan import kain kapas dari England
dan menghadkan umur penyertaan dalam perkhidmatan awam kepada 18 tahun
dalam pentadbiran. Jelas bahawa perubahan dasar ini hanya menjaga kepentingan
orang Eropah sehingga telah menimbulkan kemarahan rakyat India terhadap
pemerintahan British.

5. Dasar Kehakiman - Akta Ilbert 1883


Akta Ilbert 1883merancakkan lagi sentimen anti-British
Akta ini memberi kuasa kepada hakim-hakim berketurunan India mengadili dan
menjatuhkan hukuman ke atas orang Inggeris
Akta ini mendapat tentangan daripada golongan Anglo-India hingga menyebabkan
British menarik balik akta tersebut
Tindakan British menyedarkan rakyat India tentang perasaan anti-India yang
terpendam dalam hati orang Inggeris
Contohnya - Surendranah Banerjee mengambil langkah untuk menganjurkan
Persidangan Kebangsaan bagi menentang British. Penentangan ini jelas
menunjukkan rasa tidak puas hati orang India terhadap dasar British.
6. Dasar Ekonomi British
British mengamalkan dasar ekonomi bagi memenuhi keperluan sektor perindustrian
di England
Dasar ini menyebabkan British tidak menggalakkan perkembangan industri tempatan
dan mengawal perusahaan-perusahaan tempatan
Langkah-langkah ini membangkitkan perasaan benci rakyat tempatan terhadap
British di India
( Faktor- Faktor lain )
7. Perkembangan sistem Perhubungan dan Pengangkutan
Pembinaan sistem perhubungan dan pengangkutan moden juga pencetus kepada
semangat kebangsaan
Pembinaan jalan keretapi dan jalan raya menyatukan rakyat India yang terdiri
daripada pelbagai bangsa dan keturunan
8. Peranan akhbar
Akhbar-akhbar tempatan memainkan peranan penting dalam membengkitkan
kesedaran kebangsaan
Akhbar seperti - Kesari, The Maratha, Amrit Bazar Patrika dan Patriot merupakan
akhbar yang mengkritik dasar British.
Akhbar ini turut menyebarkan idea pemerintahan sendiri dan amalan demokrasi
dalam kalangan penduduk tempatan.
9. Kajian terhadap keagungan silam
Kajian ini melahirkan keyakinan rakyat India teradap kebudayaan dan peradaban
mereka
Sarjana yang mengakaji peradaban India ialah Sir William Jones, Max Muller dan
Monier Williams. Kajian seperti ini membangkitkan kesedaran kebangsaan dalam
kalangan masyarakat India
10. Peranan kesusasteraan
Karya-karya kesusasteraan juga memainkan peranan penting dalam membangkitkan
kesedaran kebangsaan
Karya-karya telah dimuatkan dalam akhbar-tempatan menyebabkan idea
nasionalisme tersebar keseluruh India.
Tokoh-tokoh yang banyak menulis ialah Bankim Chandra Chatterjee dan
Rabindranath Tagore
Langkah-langkah ini membangkitkan perasaan benci rakyat tempatan terhadap
British di India
11. Penindasan Terhadap Buruh-buruh India di Seberang Laut
Buruh-buruh India yang bekerja di seberang lautmenerima layanan buruk daripada
British
British tidak mengambil berat tentang kebajikan dan hak asasi mereka
Layanan sedemikian menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan golongan
nasionalis terhadap British
12. Gerakan Refomasi Sosioagama
Kemunculan pertubuhan-pertubuhan sosioagama melahirkan semangat nasionalisme
dalam kalangan masyarakat India.
Antara pertubuhan yang memainkan peranan ialah Brahmo Samaj, Brahma Samaj,
Arya Samaj dan Pertubuhan Ramakrishna
Pertubuhan-pertubuhan agama ini meletakkan asas bagi kebangkitan semangat
kebangsaan dan kemunculan Parti Kongres India pada tahun 1885
Kesimpulan

Perubahan pelbagai dasar baru yang dilaksanakan oleh British merupakan


asas kepada kemunculan sentiment anti-British. Kebangkitan semangat kebangsaan
melahirkan pemimpin-pemimpin nasionalisme yang mengatur gerakan untuk
membebaskan negara daripada cengkaman penjajah. Penduduk tempatan di India
berjuang untuk menuntut kemerdekaan daripada British. Selain faftor dasar
pemerintahan British terdapat pelbagai faktor lain turut membantu dalam
menyemarakkan semangat nasionalisme di India.
Soalan 6

Jelaskan Penglibatan United Kingdom dan Amerika Syarikat dalam NATO


selepas penubuhannya.

Pengenalan

Latarbelakang NATO

NATO (North Atlantic Treaty Organization) merujuk Pertubuhan Perjanjian


Atlantik Utara
ditubuhkan pada 4 April 1949
ibu pejabat pertubuhan terletak di Paris
sebuah pakatan bercorak ketenteraan yang menekankan sistem pertahanan
bersama antara negara anggota.
12 buah negara yang terlibat sahaja pada awalnya
Amerika Syarikat ditonjolkan sebagai satu kuasa besar berperanan utama
untuk mempertahankan keselamatan di Eropah Barat dan membendung
pengaruh komunis yang disebarkan oleh Soviet Union

Pengenalan

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), juga dikenali sebagai


(North) Atlantic Alliance, satu pakatan ketenteraan antara kerajaan
berdasarkan Perjanjian Atlantik Utara yang telah ditandatangani pada 4 April
1949. Organisasi membentuk satu sistem pertahanan kolektif di mana negara
anggota bersetuju untuk pertahanan bersama dalam tindak balas kepada
serangan oleh mana-mana pihak luar terutama Rusia. Ibu pejabat NATO
terletak di Paris. Pada peringkat awal, NATO dianggotai oleh 12 buah negara
iaitu Amerika Syarikat, United Kingdom, Kanada, Perancis, Itali, Belgium,
Belanda, Norway, Denmark, Portugal, Iceland dan Luxemberg. Kini telah
menjadi 28 negara anggota di seluruh Amerika Utara dan Eropah, yang
terbaru iaitu Albania dan Croatia telah menyertai NATO pada April 2009.
ISI- ISI JAWAPAN

PENGLIBATAN AMERIKA SYARIKAT DAN UNITED KINGDOM - NATO

1. Menghalang Kebangkitan Semula Jerman

NATO yang beribu pejabat di Paris telah menonjolkan Amerika Syarikat


sebagai kuasa besar yang memainkan peranan utama dalam pertahanan dan
keselamatan di Eropah Barat. NATO ditubuhkan untuk menghalang
kebangkitan semula kuasa ketenteraan Jerman di Eropah. Jelas selepas
kekalahan Jerman dalam Perang Dunia Kedua Amerika dan Britin berkuasa
mengikat Jerman daripada terlibat dalam usaha memperbesarkan kuasa dalam
bidang ketenteraan.

2. Menyekat Pengaruh Russia


NATO berjaya mengheret dan melibatkan secara langsung Amerika Syarikat
dalam hal ehwal ketenteraan dan politik Eropah untuk mengekang perluasan
ideologi komunis dan ketenteraan Rusia di Eropah . Hal ini seterusnya
mengatasi ketidak yakinan Eropah terhadap ketidak kemampuan PBB sama
ada dari sudut pendekatan dan strategi bagi menyelesaikan atau mengatasi
pelbagai konflik antarabangsa, khususnya dalam konteks dunia secara
berkesan. Berdasarkan pengalaman Britain sesuatu pertubuhan itu kurang
berkesan jika tidak disertai oleh Amerika Syarikat seperti yang berlaku ke
atas Liga Bangsa. Andrew Priest dalam bukunya Kennady Johnson And
NATO menyatakan Ernest Bevin, Setiausaha Luar Britain
dipertanggungjawabkan untuk Educating The Americans bagi menghadapi
ancaman Soviet khususnya selepas tahun 1945. Ritchie Ovendale pula
menegaskan bahawa Presien Harry S. Truman masih belum bersedia
menghadapi ancaman Soviet di Eropah dan bagi pihak United Kingdom pula
perlu membuat perancangan jangka panjang penglibatan Amerika Syarikat
dalam soal keselamatan di Eropah.

3. Mengadakan Latihan Ketenteraan Bersama


Bagi mencapai matlamat NATO, strategi yang digunakan ialah untuk
mewujudkan sistem pertahanan bersama yang melibatkan semua negara
anggotanya terhadap keselamatan dan kedaulatan setiap negara anggota.
Latihan ketenteraan bersama Amerika, Britin dan negara anggota di Lautan
Pasifik meningkatkan kemahiran berperang dan menguji asset-asset
ketenteraan yang dimiliki oleh NATO. Jelas Amerika dan Britin bersama
sama meningkatkan penglibatan dalam NATO.
4. Membendung Pengaruh Komunisme
NATO yang bertujuan untuk membendung pengaruh komunis yang diterajui
oleh Soviet Union termasuk negara-negara Eropah Timur yang prokomunis
juga telah menambah kekuatan ketenteraan, oleh itu NATO telah
mengesahkan kehadiran tentera Amerika Syarikat dan Britain selepas tahun
1945 di Eropah terutamanya di Jerman dan Turki supaya komunisme dari
Moscow dapat disekat dengan berkesan. Tambahan pula pada tahun 1949
Soviet telah meletupkan bom atomnya yang pertama. Hal ini amat
membimbangkan sehingga memaksa Amerika , Britin dan Perancis
bekerjasama meningktakan usaha dalam NATO.

5. Idea Pencetus Penubuhan NATO


Britain adalah negara yang memainkan peranan penting dalam proses
penubuhan NATO. Jika dirujuk kepada koleksi surat-surat peribadi Ernest
Bevin, Setiausaha Luar Britain dari tahun 1946 hingga 1951 dan dokumen
yang dihasilkan oleh Foreign Office, pihak British sememangnya menyusun
strategi dengan mengetengahkan peranan besar Amerika Syarikat dalam
proses penubuhan NATO. Ini bermakna pihak British berjaya untuk tidak
menonjolkan peranan mereka walaupun British merupakan key player
dalam proses pembentukan NATO. Britain yang diterajui oleh Parti Buruh
telah menyusun pelbagai strategi bagi memastikan pertubuhan antarabangsa
yang bakal dibentuk akan turut disertai oleh Amerika Syarikat. Jelas Britin
sebagai peneraju utama penubuhan NATO disampingpenglibatan Amerika
sebagai tulang belakang dalam kejayaan NATO.

6. Mengeratkan Hubungan Amerika dan Britin Selepas Perang Dingin


Selepas Perang Dingin tamat 1976, telah menyebabkan hubungan antara
United Kingdom dan Amerika Syarikat menjadi lebih baik dan ianya boleh
dilihat melalui tiga bentuk hubungan iaitu perundingan diplomatik iaitu
merunding dan membincang pelbagai peringkat diplomasi, kerjasama
ketenteraan; kerjasama bilateral terutama tentera udara dan laut, perisikan;
kerjasama yang menguntungkan kedua-dua pihak khususnya menerusi
Federal Bureau of Investigation (FBI) dan Central Intelligence (CIA) di pihak
Amerika dan M16 Secret Intelegence Service (SIS) dan M15 Security Service
di pihak Britain. Jelas kerjasama antara Negara anggota NATO bagi
memastikan kejayaan di peringkat dunia dan global.

7. Penciptaan Senjata Nukler


Hubungan keduanya renggang apabila Atomic Energy Act of 1946
diperkenalkan yang melarang Amerika mengadakan kerjasama nuklear
dengan negara-negara lain kerana bimbang berlaku percambahan aktiviti
pembinaan senjata nuklear di tempat-tempat lain. Ianya mengecewakan
Britain yang bercita-cita membangunkan senjata nuklear dan ingin meminta
bantuan Amerika. Britain akhirnya mendirikan sendiri senjata nuklear setelah
mengadakan beberapa siri rundingan nasihat dari Amerika. Akhirnya pada
tahun 1952 Britain berjaya menghasilkan empat senjata nuklear di belakang
Amerika Syarikat dan Rusia.
Amerika bertanggung jawab dalam penciptaan senjata canggih seperti armada
perang, torpedo dan senjata nukler

8. Membantu PBB Mengekalkan Keamanan Dunia


NATO dianggap oleh Soviet sebagai Amerika dan Amerika adalah NATO
ianya menunjukkan pengaruh Amerika sangat besar dan kuat di dalam NATO
berbanding negara-negara lain. Komitmen berterusan Amerika di dalam
NATO di lihat sebagai kunci keseimbangan, keutuhan dan kestabilan NATO
sebagai institusi yang berperanan memelihara keamanan dan keselamatan
dunia secara praktikal bukan sekadar di Eropah sahaja malah di seluruh dunia
dunia. NATO membantu PBB dalam mengekalkan keamanan dan
mengelakkan P.Dunia 3. Jelas bahawa NATO yang didominasikan oleh
Amerika Syarikat berbandingkan negara-negara lain selain mempunyai kuasa
VETO menunjukkan kuasanya sebagai polis dunia.

KESIMPULAN

Menurut seorang ahli psikologi Jerome Brunner pada tahun 1944


mengatakan orang Amerika tidak akan menyertai sepenuhnya sesuatu
organisasi yang tidak boleh dikuasai oleh mereka. Jika tidak mahu NATO
merosot mereka mesti memberi kuasa yang lebih kepada Amerika. Jelas
Amerika menguasai dan mendominasi NATO seterusnya mengenepikan
United Kingdom. Komitmen Amerika Syarikat dalam NATO di lihat sebagai
kunci keseimbangan seterusnya berperanan memelihara keamanan dan
keselamatan.

Disediakan oeh Guru guru Sejarah T6

JKD Daerah Muar.


TAMBAHAN : TAJUK PENTING 2018

Soalan 1

Jelaskan Penglibatan United Kingdom dalam Komanwel Selepas


Penubuhannya

Pedahuluan:
Komanwel merupakan sebuah pertubuhan negara-negara bekas tanah jajahan
British yang telah mencapai kemerdekaan. Pertubuhan ini ditubuhkan pada tahun
1931 dan Raja British dianggap sebagai Ketua Komanwel. Terdapat beberapa
peranan United Kingdom dalam Komanwel antaranya sebagai pengasas komanwel,
memberi bantuan ekonomi, ketenteraan, kerjasama dalam pendidikan dan bantuan
keselamatan

Isi-isi Penting:
1. (UK )- Perintis Idea Penubuhan Komanwel
Sumbangan utama United Kingdom ialah perintis menubuhkan
Pertubuhan Komanwel. Pertubuhan ini dianggap sinonim dengan United Kingdom
dan boleh dianggap sebagai pengasas dan ketua Komanwel. Pertubuhan ini
bermatlamatkan menggalakkan kerjasama dalam bidang bidang politik, ekonomi dam
sosial dalam kalangan negara angggta selain daripada memaju dan menyelesaikan
masalah bersama . Antara negara-negara yang menjadi anggota Komanwel adalah
Australia, New Zealand, Kanada, India dan Malaysia. Jelaslah bahawa United
Kingdom memberikan sumbangan utama dalam penubuhan Komanwel ini.

2. Pembangunan Negara BekasTanah Jajahan British


Seterusnya dalam Komanwel United Kingdom berperanan membangunkan tanah
jajahannya yang ketinggalan dalam bidang ekonomi. Pembangunan ekonomi ini
dapat dicapai dengan mewujudkan kerjasama dengan negara-negara anggota demi
kepentingan bersama. Negara-negara Komanwel menjalinkan kerjasama dalam
urusan perdagangan dengan negara-negara Komanwel yang diketuai oleh United
Kingdom ini. Bantuan United Kingdom pula seperti mengenakan cukai yang rendah
ke atas hasil eksport negara anggota. Antara kejayaan dalam bidang ekonomi ini ialah
negara Komanwel mengeksport lebih 50 peratus daripada teh, bijih timah, jus, getah,
minyak sawit dan koko dunia. Selai itu negara komanwel juga menyumbang separuh
daripada keluaran aluminium dunia. Jelslah bahawa peranan United Kingdom ini
dapat memajukan lagi pencapaian negara ahli dari sudut ekonomi.
3. Bantuan Ekonomi, Teknikal dan Biasiswa
Penglibatan seterusnya, United Kingdom telah menggunakan pengaruhnya
yang ada utuk memujuk Amerika Syarikat, kanada dan Jepun bagi mewujudkan
Rancangan Colombo pada tahun 1950. Rancangan in bertujuan memberi bantuan
kewangan, teknikal dan biasiswa kepada negara-negara kurang maju. Contohnya
dalam bidang ekonomi, bantuan pembangunan tanah dan pertanian serta pengekalan
kaedah pertanian moden dilaksanakan. Antara negara yang menikmati racagan
Colombo seperti Pakistan, Seri Lanka, Fiji dan India. Tanah Melayu umpamanya
mendapat pembiayaan dalam bidang insfratuktur dengan pembinaan lebuh raya timur
barat dan pembinaan jalan raya dan jambatan di Sabah dan Sarawak. Jelaslah bahawa
memalui pengaruh United Kingdom yang mengilhamkan rancangan ini telah member
manfaat kepada negara anggota komanwel.
4. Kemajuan Pendidikan
Seterusnya United Kingdom telah mengambil inisiatif dalam meningkatkan
bidang pendidikan. Bagi menjayakan usaha ini, United Kingdom mewujudkan
Jawatankuasa Perhubungan Pelajaran Komanwel pada tahun 1950 bagi membantu
negara-negara anggota menyediakan sistem pelajaran yang lebih teratur dan
sempurna. Jawatankuasa ini merupakan sebuah badan penasihat dan perunding dalam
bidang pendidikan yang dianggotai oleh beberapa orang pakar dalam bidang
pelajaran. Dalam hal ini, Universiti di negara-negara Komanwel sering mengadakan
kerjasama melalui Persatuan Universiti Komanwel yang dianggotai lebih 200 buah
universiti. Antara tujuan penubuhan persatuan ini adalah untuk membantu university
terutama universiti yang baru ditubuhkan dari segi tenaga pengajar, kelengkapan
penyelidikan, dan lain-lain keperluan yang berkaitan pendidikan.
5. Bantuan Ketenteraan
United Kingdom tidak ketinggalan dalam mengetuai Komanwel memberikan
bantuan dari sudut ketenteraan kepada negara-negara anggota. Bantuan dari sudut
ketenteraan ini dapat mempertahankan keamanan dan kestabilan dalam kalangan
negara anggota yang menghadapi masalah ancaman dari negara luar atau ancaman-
ancaman lain. Contohnya tentera-tentera daripada Negara Komanwel (Britain dan
Australia) telah mempertahankan Tanah Melayu daripada serangan Jepun semasa
Perang Dunia Kedua. Tentera-tentera Komanwel juga membantu Tanah Melayu
menghadai ancaman komunis pada zaman darurat. Begitu juga, tentera Komanwel
telah membantu memulihkan keamanan Negara Uganda yang mengalami kehancuran
akibat perang saudara.

6. Model Sistem Politik Barat


Sumbangan United Kingdom dalam penubuhan Komanwel adalah
memperkenalkan sistem sosial, ekonmi dan politik berdasarkan model Barat.
Pemerintahah model Barat yang telah diterapkan melalui pengamalan sistem undang-
undang, birokrasi, ekonomi dan lain-lain ini telah menjadikan struktur pentadbiran
Negara-negara Komanwel lebih kemas dan berkesan. Keselarasan struktur politik,
sosial, birokrasi serta sistem ekonomi yang sudah sebati dan menjadi tradsisi kepada
negara Komanwel ini menyebabkan mereka lebih cenderung mengekalkan hubungan
baik dengan United Kingdom.

Kesimpulan
Penglibatan United Kingdom sebagai peneraju utama dalam penubuhan
Komenwel telah memberi manfaat kepada negara anggota dari sudut sosial, ekonomi
dan politik. Kerjasama erat dalam kalangan anggota telah mengukuhkan lagi
pertubuhan ini.
Soalan 2

Huraikan Faktor dan Kesan Perang Dunia Pertama ( 1914-1918 )

Pengenalan :

Perang Dunia Pertama berlangsung antara tahun 1914-1918 dan hanya


berlaku dalam kalangan negara-negara Eropah sahaja. Negara-negara Eropah
yang terlibat dalam peperangan ini ialah Jerman, Britain, Rusia, Perancis,
Austria-Hungary, Serbia, Itali, Belgium dan Turki. Negara-negara di Asia dan
Afrika turut dilibatkan apabila wilayah di kedua-dua benua tersebut menjadi
rebutan negara-negara Eropah untuk dijadikan tanah jajahan. Perang Dunia
Pertama melibat dua pihak iaitu Triple Alliance (Perikatan Tiga Kuasa) dan
Triple Entente (Pakatan Tiga Kuasa). Akhirnya, Triple Entente yang dipimpin
oleh Rusia berjaya menewaskan Triple Alliance yang diketuai oleh Jerman.

Isi-isi :

Sebab-Sebab Meletusnya Perang Dunia Pertama :

Kegagalan Sistem Pakatan :

Kegagalan sistem pakatan untuk mewujudkan keseimbangan kuasa dalam


kalangan negara-negara Eropah telah menjadi salah satu sebab meletusnya
Perang Dunia Pertama. Sistem pakatan ini telah menyebabkan dunia Eropah
terbahagi kepada 2 kuasa iaitu Triple Alliance (Perikatan Tiga Kuasa) yang
diketuai oleh Jerman dan disertai oleh Austria-Hungary, Turki dan Bulgaria.
Manakala Triple Entente (Pakatan Bertiga) pula diketuai oleh Rusia yang
turut disertai oleh Perancis, Britain, Itali, Serbia, Romania dan Greece.
Tujuan pakatan ini ialah untuk menyekat mana-mana kuasa atau blok menjadi
lebih kuat daripada lawannya. Selepas tahun 1870, sistem ini berjaya
menghalang meletusnya peperangan dalam kalangan negara-negara Eropah
sehingga tahun 1900.
Sistem pakatan ini tidak lagi sesuai pada abad ke-20 disebabkan oleh
wujudnya persaingan negara-negara Eropah untuk mendapat pengaruh di
rantau Balkan setelah runtuhnya Empayar Turki Uthmaniyah, tindakan
Jerman membesarkan tentera lautnya yang menimbulkan kebimbangan
Britian dan tibdakan Perancis menggunakan bantuan Rusia dengan cara
peperangan untuk mendapatkan semula Alsace-Lorraine.
Keadaan ini menyebabkan wujudnya ketidakstabilan politik yang berterusan
di Eropah. Pergolakan yang berlaku antara tahun 1911 hingga 1914 di negara-
negara Balkan yang bebas daripada penguasaan Turki jelas menonjolkan
kegagalan sistem pakatan sebagai satu cara mengawal negara-negara
berdaulat dalam hubungan antarabangsa.
Selepas tahun 1908, sistem pakatan ini tidak bermakna lagi apabila negara
seperti Serbia yang disokong Rusia begitu bebas bertindak dengan
menggunakan ketenteraan, tindakan Austria-Hungary dan Rusia untuk
mengukuhkan pengaruh masing-masing dalam kalangan bangsa Slav dan
tindakan Rusia berusaha mencari jalan keluar bagi angkatan lautnya dari Laut
Hitam ke Laut Tengah dengan menguasai Selat Bosporus dan Istanbul.

Imperialisme Ekonomi :

Pada penghujung abad ke-19, negara-negara Eropah mula mencari tanah


jajahan baru untuk membolehkan mereka menjadi kuasa yang kuat di Eropah
seperti Jerman, Britain, Perancis dan Itali. Ini telah menyebabkan wujudnya
persaingan antara negara-negara tersebut untuk mendapatkan tanah jajahan
sama ada di Asia, Afrika dan Kepulauan Pasifik.
Negara Jerman dan Itali yang belum mempunyai tanah jajahan berusaha
bersungguh-sungguh untuk mendapatkan tanah jajahan. Oleh itu, Jerman
telah memulakan tindakan dengan merampas tanah jajahan di Afrika daripada
negara-negara yang dianggap lemah seperti Portugal dan Perancis pada tahun
1890-an. Manakala Itali pula cuba mendapatkan bekas jajahan Turki
Uthmaniyah dengan menakluki Cyrenaica dan Tripoli dan menjadikannya
tanah jajahan baharu yang dikenali sebagai Libya.
Tindakan Jerman ini telah menimbulkan kebimbangan negara Britian dan
Perancis terutamanya apabila Jerman telah bertindak memperbesarkan
angkatan lautnya. Oleh itu, Britain turut memperkuatkan angkatan lautnya
untuk melindungi empayar dan aktiviti perdagangan antarabangsanya.Jerman
dilihat mempunyai kekuatan ekonomi melebihi jirannya iaitu Britain dan
Perancis, terutama dalam pengeluaran besi pada tahun 1900.
Perancis cuba menyaingi Jerman di Morocco pada tahun 1911 sehingga
hampir menggugat kestabilan di Eropah. Kehancuran kerajaan Turki
Uthmaniyah menyebabkan munculnya negeri-negeri Slav yang baru seperti
Serbia dan Bulgaria. Kesan semangat nasionalisme yang melampau,negeri-
negeri kecil tersebut berjaya mengalahkan Turki keluar dari Eropah pada
tahun 1908 hingga 1913.
Keadaan ini dirumitkan lagi dengan minat kuasa-kuasa besar seperti Austria-
Hungary dan Rusia untuk mendapatkan pengaruh politik. Pada tahun 1908,
Austria-Hungary berjaya menakluki Bosnia-Herzegovina dan sasaran
seterusnya ialah menguasai Serbia. Bagi menghalang serangan Austria-
Hungary ke atasnya, Serbia berjaya mendapatkan sokongan Rusia yang
bercita-cita menguasai Selat Bosporus dan sebahagian wilayah Turki. Ini
telah mendorong ke arah meletusnya Perang Dunia Pertama di Eropah.

Perlumbaan Dalam Teknologi Ketenteraan :

Perlumbaan senjata telah berlaku terutamanya antara Jerman, Britain dan


Perancis yang telah membawa keuntungan kepada syarikat pengeluar senjata
seperti Syarikat Krupp di Jerman dan Coventry Ordanance Work di Britain.
Pada tahun 1906, Britain berjaya menghasilkan HMS Dreadnought iaitu
sebuah kapal perang yang canggih dan terhebat di dunia pada ketika itu serta
berkuasa tinggi untuk menyaingi angkatan tentera Jerman walaupun
melibatkan peruntukkan perbelanjaan yang besar.
Kuasa besar seperti Britain, Jerman, Rusia dan Austria-Hungary telah
menambah lebih 50% perbelanjaan ketenteraan sekitar tahun 1908 hinggga
1914 terutama apabila golongan tentera semakin berpengaruh dalam bidang
politik dan pentadbiran di sesebuah negara.
Negara Jerman golongan tenteranya bertanggungjawab terus kepada
Kaiser/Raja, nilai-nilai ketenteraan diterima oleh sebahagian besar rakyat
Jerman dan rakyat telah memberi sokongan terhadap pengisytiharaan perang
yang dibuat kerajaan pada tahun 1914. Peningkatan bilangan anggota tentera
yang ketara selepas tahun 1900 telah meningkatkan ketegangan sedia ada dan
perang tidak dapat dielakkan lagi.

Idea dan Pendidikan :

Sistem pendidikan yang dilaksanakan di beberapa negara Eropah turut


meningkatkan semangat patriotik yang akhirnya menyemai bibit-bibit ke arah
peperangan. Kurikulum pendidikan di Jerman memberi penekanan terhadap
bahasa Jerman telah berjaya menyuburkan semangat cintakan negara dalam
kalangan generasi muda.
Manakala, persatuan-persatuan belia di Jerman diterapkan perasaan
mengagungkan peperangan dan ciri-ciri keperwiraan dengan setiap anggota
sehingga rakyat Jerman percaya mati dimedan pertempuran adalah lebih baik
daripada mati di atas katil, malah nama mereka yang terkorban akan dipahat
di tugu peringatan.
Di Perancis pula, pendidikan Sejarah yang dilaksanakan pada tahun 1912
mengingatkan rakyatnya tentang kemungkinan berlakunya perang dan
rakyatnya diingatkan supaya membuat persiapan yang sewajarnya. Setiap
pelajar diberitahu kewajipan mempertahankan negara Perancis.

Pembunuhan Arcduke Franz Ferdinand :

Peristiwa pembunuhan Arcduke Franz Ferdinand iaitu pewaris takhta Austria-


Hungary dan isterinya Duchess Sophie di Sarajevo pada 28 Jun 1914 oleh
seorang pemuda Serbia yang merupakan ahli kongsi gelap Black Hand telah
menjadi sebab serta-merta meletusnya Perang Dunia Pertama.
Kerajaan Austria mengambil kesempatan daripada peristiwa ini untuk
menghapuskan kedaulatan Serbia kerana Serbia sudah lama menghasut rakyat
Austria yang berbangsa Serb supaya membebaskan diri daripada
pemerintahan Austria. Tindakan Austria mendapat sokongan sekutunya iaitu
Jerman.
Melihatkan keadaan tersebut, Rusia yang merupakan sekutu Serbia memberi
amaran kepada Austria dan bersiap sedia untuk menyerang Austria. Jerman
yang bimbang dengan perkembangan tersebut meminta Rusia menghentikan
persiapannya. Oleh kerana Rusia enggan menuruti saranan Jerman telah
menyebabkan Jerman mengisytiharkan peperangan terhadap Rusia dan
sekutunya.

Termeterainya Perjanjian Versailles :

Perjanjian yang ditandatangani pada tahun 1919 telah menamatkan Perang Dunia
Pertama. Perjanjian ini dianggap tidak adil kerana pihak yang kalah dipaksa
menerima syarat-syarat yang berat sebelah. Jerman menerima hukuman yang berat
daripada pihak yang menang (Triple Entente).

Syarat yang terpaksa dipatuhi oleh Jerman ialah:

Menyerahkan 12% daripada jumlah penduduknya.


Menyerahkan 13% daripada daerahnya termasuk hasil besi dan 1/5 hasil
arang batu.
Membayar ganti rugi dan pampasan perang yang tinggi.
Mengurangkan jumlah tentera.Jumlah tentera akan dikurangkan daripada
400,000 kepada 200,000 menjelang 30 September 1919 dan 100,000
menjelang 31 Mac 1920.

Matlamat perjanjian ini ialah untuk melumpuhkan Jerman sebagai satu kuasa besar.
Rakyat Jerman begitu marah dan terhina dengan syrat-syarat tersebut. Perdana
Menteri Jerman, Philip Scheidemann meletak jawatan sebagai tanda protes. Para
perwakilan Jerman ke Versailles terpaksa menurunkan tandatangan mereka kerana
yakin Jerman tidak mampu ingkar dan berperang semula.

Terbentuknya Liga Bangsa :

Selepas Perang Dunia Pertama, Liga Bangsa dibentuk pada tahun 1919 bagi
menjaga keamanan serta mengelak daripada berlakunya peperangan.
Pertubuhan yang berpusat di Geneva ini berharap sebarang masalah
antarabangsa dalam kalangan negara-negara anggota dapat diselesaikan
melalui rundingan.
Hampir semua negara Eropah kecuali Rusia dan Amerika Syarikat menyertai
pertubuhan ini dan taraf kuasa besar diberikan kepada Britain, Perancis, Itali
dan Jepun. Di peringkat awal pertubuhan ini berjaya menyelesaikan masalah
sempadan antara Bulgaria dengan Greece pata tahun 1926.
Bagaimanapun, ketiadaan Amerika Syarikat dan Rusia sebagai anggota
melemahkan pertubuhan ini kerana berhadapan dengan masalah yang lebih
mencabar pada tahun 1930-an seperti penaklukan Itali terhadap Habsyah dan
penaklukan Jepun ke atas Manchuria. Liga ini telah dibubarkan pada bulan
April 1945.

Kesan-kesan Perang Dunia Pertama

Kesan Politik
Rusia :

Menamatkan Sistem Pemerintahan Beraja :

Perang Dunia Pertama telah menamatkan pemerintahan beraja di Rusia di


bawah kerajaan Tsar yang pernah memerintah Rusia selama 400 tahun.
Perang Dunia Pertama telah menguji kemampuan kerajaan menghadapi
keadaan semasa. Kekalahan demi kekalahan yang dihadapi oleh Rusia
khususnya pertempuran dengan Jerman menyerlahkan kelemahan kerajaan
Tsar. Kekalahan teruk tentera Rusia di medan perang menyebabkan kesetiaan
sebahagian tentera berbelah bagi.

Kerajaan Hilang Imej dan Sokongan :

Selain imej kerajaan beraja jatuh kepada golongan tentera dan kelas
menengah, kerajaan juga kehilangan sokongan daripada golongan petani dan
pekerja kerana tidak membela nasib mereka dalam suasana ekonomi yang
muram kesan daripada Perang Dunia Pertama.

Pejuang Revolusi Berpecah :

Pejuang-pejuang Revolusi yang terdiri daripada kelas menengah, pekerja dan


petani telah berpecah ekoran daripada perbezaan kepentingan. Vladimir Lenin
telah mengambil kesempatan untuk mendapatkan sokongan pekerja dan
petani serta menyokong rampasan tanah yang dilakukan oleh golongan petani.

Kerajaan Komunis Terbentuk :

Dengan sokongan daripada pekerja, petani, tentera dan komunis yang


berdisiplin, Lenin berjaya menggulingkan pemerintahan dan membentuk
sebuah kerajaan komunis yang pertama di dunia.

Rusia Kehilangan Wilayah :

Bagi menamatkan perang dengan Jerman dan Austria, Lenin telah


menandatangani Perjanjian Brest-Litovsk pada 3 Mac 1918. Melalui
perjanjian tersebut, Rusia telah kehilangan wilayahnya di Eropah yang
diserahkan kepada Jerman dan sumber arang batu dan besi. Kejayaan
tersebut turut dibantu oleh peranan ejen perisikan Jerman.

Wujud Golongan Kapitalis :

Pada tahun 1905, ekonomi Rusia mula berkembang tetapi perlahan


berbanding dengan negara-negara Eropah Barat. Wujud sebilangan kecil
golongan kapitalis yang menyediakan modal bagi melibatkan diri dalam
perniagaan.

Kemunculan Golongan Pekerja Industri :

Golongan tersebut membiayai dan menguruskan pembinaan kilang dan jalan


kereta api. Situasi ini membawa kepada kemunculan golongan pekerja
industri yang miskin dan persekitaran kerja yang kurang memuaskan. Jumlah
pekerja industri kecil iaitu kira-kira 10% daripada penduduk Rusia pada tahun
1917.

Penubuhan Parti Buruh Demokratik Sosial :

Perkembangan dalam bidang ekonomi turut membawa kesan dalam bidang


politik. Parti-parti politik ditubuhkan seperti Parti Buruh Demokratik Sosial
oleh golongan pekerja yang kemudiannya dikenali sebagai Parti Komunis.
Oleh kerana perselisihan pendapat, maka parti ini berpecah kepada dua iaitu
Mensheviks yang dipimpin oleh Julius Martov dan Bolsheviks yang dipimpin
oleh Lenin

Berlaku Demonstrasi / Rusuhan :

Demonstrasi diadakan di beberapa bandar yang disertai oleh golongan


pekerja, petani dan pemimpin parti-parti politik yang akhirnya membawa
kepada rusuhan ekoran polis kerajaan Tsar melakukan kekerasan terhadap
penunjuk perasaan.

Gerakan Tanah, Roti dan Keamanan :

Dengan bantuan Jerman, Lenin kembali ke Rusia. Lenin dan Bolsheviks


meminta tanah, roti dan keamanan. Tanah untuk diberikan kepada golongan
petani miskin manakala roti untuk diberikan kepada pekarja yang kelaparan.
Keamanan pula bermaksud untuk menamatkan penglibatan Rusia dalam
Perang Dunia Pertama. Bolsheviks berhasrat untuk menubuhkan kerajaan,
khususnya untuk membela nasib pekerja dan petani. Demonstrasi terbesar
berlaku di ibu negara iaitu di Petrograd, kini dikenali sebagai St.Petersburg.
Walaupun Tsar telah melakukan sedikit pembaharuan politik
dengan menubuhkan Duma (Parlimen), namun Duma mempunyai kuasa
yang terhad.

Jerman dan Austria Hungary :

Keresahan Rakyat Bawahan :


Perang Dunia Pertama yang berterusan menimbulkan keresahan dalam
kalangan golongan bawahan seperti petani, pekerja dan tentera.

Tentangan Golongan Ahli Politik :

Penentangan terhadap peperangan juga timbul dalam kalangan ahli-ahli


politik walaupun sebelum ini mereka menyokong penglibatan kerajaan dalam
Perang Dunia Pertama.

Kaiser Wilhem II Turun Takhta :

Dalam keadaan ekonomi dan sosial yang terumbang-ambing di samping


keadaan perang yang tidak menentu, Kaiser Wilhem II bersetuju untuk turun
takhta dan mendapat suaka politik di Belanda.

Kerajaan Republik Terbentuk :

Parti Sosialis Demokrat pimpinan Friedrich Ebert telah membentuk sebuah


kerajaan republik yang dikenali sebagai Republik Weimer yang menggunakan
khidmat golongan tentera dan pentadbir lama untuk mengendalikan urusan
negara sehinggalah Adolf Hitler berkuasa pada tahun 1933 apabila semua
pihak terpaksa mengikut semua kemahuannya dalam usaha menguasai
Eropah.

Dinasti Habsburg Tamat :

Kerajaan Austria-Hungary turut mengalami kemusnahan apabila Dinasti


Habsburg ditamatkan. Keadaan ini menyebabkan berlakunya pemberontakan
yang dicetuskan oleh bangsa-bangsa yang pernah dikuasainya seperti Czech,
Pole, Slovak, Finn dan Liithuania. Kejayaan pemberontakan tersebut telah
menyebabkan lahirnya negara-negara baharu seperti Czechoslovakia, Estonia,
Finland, Hungary, Latvia, Lithuania, Rumania dan Yugoslavia.

Kesan Ekonomi :

Berlaku Inflasi Dan Kekurangan Bekalan Makanan :

Di Jerman, kekurangan bekalan makanan menyebabkan berlakunya masalah


inflasi dan terpaksa mengenakan catuan terhadap bahan makanan yang
penting seperti roti, kentang, susu dan daging sehingga menyebabkan rusuhan
anti-kerajaan pada tahun 1917 di Berlin dan Leipzip yang melibatkan hampir
300,000 orang pekerja.
Di Rusia, timbul masalah dalam sektor pertanian akibat kekurangan buruh
kerana 4 juta buruh dalam sektor ini dikerah menyertai pasukan tentera.
Keadaan tersebut menyebabkan pengeluaran pertanian terus berkurangan.
Kejatuhan Nilai Mata Wang :

Pada tahun 1922, nilai mata wang Jerman iaitu Mark telah menjunam turun
hingga kurang daripada seperseratus daripada nilainya pada tahun 1914.
Pengeluaran industri Jerman juga terjejas. Pengeluaran arang batu dan besi
Jerman juga berkurangan daripada jumlah pengeluaran sebelum perang.

Sistem Pengangkutan Terganggu :

Pada tahun 1916, sistem pengangkutan tidak berfungsi. Kepincangan sistem


pengangkutan memberi kesan kepada tentera Rusia yang berada di medan
peperangan kerana bekalan gagal dihantar kepada pasukan yang memerlukan
bantuan.

Penutupan Kilang/Kekurangan Bahan Bakar :

Pemerintahan Tsar di Rusia turut menghadapi masalah dalam belanjawan


kerana terpaksa mengagihkan peruntukan dalam bidang pendidikan dan
perumahan kepada bidang ketenteraan. Lebih memburukkan keadaan ialah
kesan perang yang berterusan menyebabkan kilang yang ditutup semakin
bertambah dan Rusia menghadapi kekurangan bahan bakar yang serius.

Berlaku Mogok/Revolusi Rakyat :

Keresahan dalam kalangan masyarakat juga berlaku dan mogok yang


melibatkan 3 juta pekerja terjadi pada tahun 1916. Keadaan seperti ini
memudahkan rakyat melancarkan revolusi terhadap pemerintahan Tsar.

Beban Hutang :

Pertempuran yang berlaku di utara Perancis menyebabkan keupayaan


pengeluaran Perancis merosot kepada 70% bagi arang batu, 81% bagi keluli
dan 63% bagi besi. Setelah perang tamat, Perancis terpaksa menanggung
hutang luar yang amat besar. Maka tidak hairanlah dalam Perjanjian
Versailles, wakil Perancis menuntut ganti rugi yang besar terhadap Jerman.

Amerika Syarikat Dan Jepun Menguasai Pasaran Dunia :

Pasaran dunia mula diambil alih oleh Amerika Syarikat dan Jepun. Perkara ini
amat dirasai oleh negara-negara Eropah terutamanya Britain, sebuah negara
industri yang sebelum ini menguasai peratus perdagangan terbesar di dunia.
Perang Dunia Pertama menyebabkan Britain kehilangan 1/3 daripada
perdagangan luarnya.

Kesan Sosial :
Korban Nyawa dan Kecederaan :

Perang Dunia Pertama banyak mengorbankan nyawa. Kira-kira 8.5 juta


tentera terkorban dan 12.5 juta orang awam terkorban. Dari segi harta benda
pula, peperangan ini mengakibatkan kemusnahan yang bernilai AS$ 36 760
juta. Britain kehilangan 750,000 rakyatnya, iaitu 9% daripada jumlah
penduduk lelakinya yang berumur 45 tahun ke bawah manakala bilangan
yang cedera dianggarkan berjumlah 2 juta orang. Lebih kurang 1.4 juta rakyat
Perancis terkorban dan 3.5 juta tercedera. Angka ini melibatkan hampir 10%
jumlah rakyat lelakinya yang cergas dan ini merupakan satu kehilangan besar
kepada Perancis. Tambahan pula,Perancis mengalami kadar pertumbuhan
penduduk yang rendah.

Kesimpulan

Perang Dunia membawa kesan mendalam dari segi politik soaio dan ekonomi. Usah
perlu dilakukan untuk mengelakkan sebarang konflik antara bangsa yang boleh
mencetuskan Perang Dunia Ketiga.

Anda mungkin juga menyukai