Anda di halaman 1dari 8

1.

2 Masyarakat Agraria

CIRI-CIRI MASYARAKAT AGRARIA DI BELANDA ABAD KE-16 DAN KE-17


MASIHI

Soalan 1
Bincangkan ciri-ciri masyarakat agrarian di Belanda pada abad ke-16 dan abad
ke-17 Masihi.

Pendahuluan

Kemajuan pesat dalam bidang pertanian menyebabkan lahir masyarakat agrarian di negara
Belanda pada abad ke-16 dan 17 Masihi. Masyarakat agraria di Belanda tinggal di kawasan
pedalaman termasuk kawasan-kawasan pertanian yang subur. Mereka melibatkan diri dalam
kegiatan yang berasaskan kepada aktiviti pertanian dan penternakan. Pada abad ke-16 dan 17,
Belanda mengalami perubahan politik dan ekonomi selepas berjaya melepaskan cengkaman
pemerintahan Raja Philip II dari Sepanyol. Perkembangan ini memperlihatkan bahawa
kerajaan Belanda memainkan peranan yang besar dan secara langsung dalam perkembangan
ekonomi sehingga masyarakat agraria yang miskin berubah kepada masyarakat agraria yang
maju pada abad ke-17. Masyarakat agraria ini memberi keutamaan kepada aktiviti bercucuk
tanam, penternakan dan perikanan sebagai sumber ekonomi mereka.

Isi 1 – Kegiatan ekonomi

Pada abad ke-16, masyarakat agrarian di utara Belanda mengusahakan ekonomi utama dalam
bidang pertanian dan perikanan. Aktiviti pertanian meliputi penanaman pelbagai jenis
tanaman sayur-sayuran seperti bawang, ketumbar, lobak dan teasel serta bijirin seperti barli,
gandum dan oat. Masyarakat petani ini mengusahakan pertanian secara kecil-kecilan untuk
dijual di pasar tempatan dan dipasarkan ke bandar lain di Belanda. Menjelang akhir abad ke-
16, petani Belanda menghasilkan gandum antara 1150 kilogram hingga 1900 kilogram bagi
setiap hektar. Selain itu, tanaman seperti kobis, kekacang dan bunga-bungaan turut
diusahakan. Tanaman jagung pula dusahakan di Amsterdam. Hasil pertanian ini telah
dieksport ke luar negara. Tanaman dagang seperti hem, biji kol dan mader juga diusahakan di
Zeeland dan Bogaurden. Masyarakat Belanda juga menanam bunga secara meluas pada abad
ke-17 seperti bunga tulip dan hop yang di tanam di sepanjang Sungai Maas berikutan
permintaan yang tinggi di pasaran. Masyarakat Belanda juga menternak binatang secara
meluas seperti lembu dan kambing di kawasan Friesland untuk daging dan hasil tenusu.
Industri perikanan juga penting di Belanda dan dianggarkan satu per lima penduduk terlibat
selain industri pembinaan kapal.

Isi 2 - Petempatan

Petempatan masyarakat agraria Belanda banyak terletak di kawasan lembah sungai yang
subur dan menjadi tumpuan. Kawasan pinggir pantai juga mempunyai mendapan tanah lanar
yang subur dan menjadi petempatan masyarakat agraria Belanda. Antara kawasan
petempatan tersebut ialah Friesland, Zeeland dan Utretch. Sebahagian besar negara Belanda
berada di bawah paras laut. Disebabkan berlakunya pertambahan penduduk dan keperluan
terhadap bahan makanan, pihak kerajaan telah bertindak menambak tanah laut untk
dijadikan kawasan pertanian. Menjelang 1680, tanah seluas 127 ribu hektar ditebus guna.
Abad ke-17 menunjukkan pertambahan tanah pertanian dan petempatan kepada 36 ribu ekar
sekitar tahun 1590 hingga 1615 yang membawa kepada peningkatan hasil pertanian. Antara
kawasan yang terletak di kawasan yang ditambak dan ditebus guna ialah Pulau Zuid-
Beveland, Middlezee, oud-Beijerland dan New-Beijerland. Di Pulau Zuid-Beveland, usaha
menebus tanah diperluas hingga menjadi 5500 hektar.
Isi 3 – Kemahiran Pengairan dan Kesuburan Tanah

Masyarakat Agraria Belanda membina terusan, kolam, takungan air dan tali air bagi mengairi
kawasan pertanian. Masyarakat Belanda juga mendirikan kincir angin bagi membolehkan air
yang berlebihan dari kawasan tanah rendah dialirkan kewasan pertanian.masyarakat Belanda
juga mempunyai kemahiran tinggi dalam memelihara kesuburan tanah bagi menjamin
produktiviti. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti memugarkan tanah pertanian dan
menggunakan baja asli yang terdiri daripada najis ternakan untuk mengekalkan kesuburan.
Mereka mempunyai bekalan baja asli yang mencukupi dari kawasan penternakan lembu.
Petani Belanda mengamalkan sistem pertanian padang terbuka.
Dalam sistem ini, tanah pertanian dibahagikan kepada tiga bidang iaitu dalam setiap bidang
terdapat jalur-jalur yang dibahagikan secara memanjang untuk diusahakan. Dalam setiap
musim, petani hanya mengusahakan dua daripada tiga bidang tersebut, satu lagi bidang
dibiarkan sebagai tanah rang bertujuan untuk memulihkan kembali kesuburan tanah sebelum
diusahakan pada musim yang berikutnya dan najis binatang ternakan menjadi baja untuk
menyuburkan tanah apabila digunakan untuk aktiviti penternakan.

Isi 4 – Kaedah Pertanian

Masyarakat agrarian Belanda juga ada kemahiran dalam memperkenalkan pelbagai kaedah
pertanian. Petani-petani Belanda merupakan perintis dalam memperkenalkan sistem
penggiliran tanaman. Dengan mengamalkan sistem ini, sistem tanah rang dapat
dimansuhkan. Sistem penggiliran tanaman melibatkan penanaman pelbagai tanaman
mengikut musim seperti tanaman sengkuang dan kekacang berselang dengan tanaman bijirin
Selain sistem ini, sistem batas juga diperkanalkan. Sistem menanam dengan membuat batas
memudahkan saliran. Kedudukan batas juga diubah setiap tahun supaya tanaman tumbuh
dengan subur dan mengekalkan kesuburan tanah. Sistem ini menggalakkan penanaman
dalam jajaran. Satu lagi sistem penanaman yang diperkenalkan ialah penanaman deretan.
Antara tanaman yang ditanam secara deretan ialah jagung, madder, hop, dan cole.
Penanaman di atas alur yang dibuat menyebabkan kemunculan amalan sistem deretan.
Pertambahan produktiviti dalam pertanian telah menambahkan bekalan makanan antara
tahun 1550 hingga 1650. Penduduk Belanda juga mnencapai dua juta orang.

Isi 5 – Kemajuan Teknologi Pertanian

Masyarakat Belanda juga mencapai kemajuan dalam teknologi pertanian. Mereka mencipta
pelbagai jenis peralatan untuk kegunaan pertanian secara skala besar. Sebagai contoh,
penciptaan tugal dan tenggala beroda adalah untuk memugar dan membajak tanah
pertanian.Terdapat juga mesin untuk menampi bijirin. Selain itu, mereka juga melakukan
aktiviti penambakan tanah laut untuk dijadikan kawasan pertanian dengan mengeringkan
kawasan tambakan laut menggunakan kincir angin dan daik seperti yang berjaya dijalankan
oleh Jan Adriaanszoon pada tahun 1600-an. Menjelang abad ke-17, 49% wilayah Zeeland
ditebus guna untuk pertanian. Pada tahun 1612, Tasik Beemster telah berjaya dikeringkan
membentuk sebuah dataran baharu yang dikenali sebagai Beemster Polder. Terdapat kajian
pertanian seperti kajian penanaman rumput jenis Clover, Lucerne dan Burnet untuk ternakan
pada tanah-tanah rang.

Kesimpulan

Kesimpulannya, masyarakat agrarian di Belanda menjalankan ekonomi berasaskan


pertanian, penternakan, industri swasta dan pertanian. Perkembangan ekonomi pertanian
telah membawa kepada kemunculan ekonomi perdagangan di Belanda menjelang abad ke-18
dan menjadi inspirasi kepada masyarakat petani di negera-negara lain di Eropah
Soalan: Huraikan perkembangan sistem ekonomi pertanian di Belanda

Pendahuluan

Iklim Belanda yang sederhana membolehkan pertanian menjadi punca ekonomi yang utama.
Belanda mempunyai tanah yang subur dan sungai utama seperti sungai Rhine dan sungai
Mass serta beberapa terusan yang membantu perkembangan ekonomi Belanda pada abad ke-
17 hingga ke-18

Isi-isi penting

Sistem pengairan yang baik digunakan untuk mengairi tanaman. Petani mengusahakan
tanaman sayur-sayuran untuk memenuhi permintaan di Bandar. Belanda masih
mendahuluhi dalam bidang pertanian pada ketika ini. Pengeluaran pertanian Belanda
meningkat kerana penebusgunaan tanah yang dilaksanakan. Pada separuh pertama abad ke-
17, penyaliran tanah secara besar-besaran telah dijalankan. Benteng-bentebg yang dibina
menggunakan dinding tanah, kadang-kadang kayu yang di perkukuhkan san diliputi rumput.
Sejenis alat digunakan untuk mengepam air yang berlebihan dari kawasan rendah.
Penyelanggaraan sistem seperti ini memerlukan usaha bersama dan menjadi Belanda
jurutera enjin hidrolik yang terbaik pada zaman itu.

Belanda juga merupakan pengasas dalam inovasi pertanian. Pertanian bergilir diperkenalkan
oleh petani-petani Belanda. Tanah yang telah dituai hasilnya tidak dibiarkan begitu sahaja.
Sementara menunggu masa untuk menanam semula, tanaman lain seperti lobak, kacang pis
dan sebagainya diselang-selikan dengan bijirin-bijirin. Ini membolehkan meraka
mengekalkan pengeluaran pertanian yang tinggi di samping memastikan kesuburan tanah.
Penggiliran tanaman dengan bijirin membolehkan mereka membela haiwan ternakan dan
menggunakan najis haiwan tersebut sebagai baja untuk tanah. Walaupun Belanda merupakan
Negara yang maju dalam pertanian, Negara itu tetap terpaksa mengimport bijirin untuk
kegunaan penduduk kerana penduduknya sangat padat.

Petani di Belanda juga mengusahakan penternakan haiwan secara intensif. Lembu-lembu di


sini dijaga dengan baik dan hasilnya sangat memberansangkan. Belanda memiliki kawasan
yang sesuai untuk member makan lembu dan menggemukkan lembu-lembu sebelum
penyembelihan. Akhirnya, lembu-lembu yang telah disembelih dieksport ke Bandar-bandar
wilayah selatan. Perdagangan lembuh disembelih berkembang dari tahun 1500 hingga tahun
1660. Tetapi langkah-langkah perlindungan di pihak berkuasa Belanda yang mahu
menggalakkan penggemukkan lembu di rumah belaan menyebabkan pengucupan
perdagangan lembu antarabangsa antara tahun 1660 dan tahun 1750.

Perdagangan gandum dengan baltik telah menjadi sumber utama pekerjaan bagi Belanda
bukan sahaja dalam bidang maritim tetapi juga dalam hal menguruskan bekalan.
Perdagangan ini telah diibaratkan sebagai ibu perdagangan. Ini bermaksud perdagangan yang
tertua dan teguh merangkumi perkapalan, kelasi dan komoditi. Dalam jangka waktu
panjang ,gandum dari Baltik telah memajukan sektor perkapalan, perdagangan, dan industri
pembuatan.

Penutup

Ekonomi pertanian di Belanda telah menggalakkan pertumbuhan ekonomi perdagangan dan


seterusnya industri perkapalan
Soalan: Huraikan faktor-faktor perkembangan pertanian di Belanda

Pendahuluan

Menjelang abad ke-17 dan 18, berlaku pertambahan bilangan penduduk di Belanda. Dalam
pada itu, bilangan penduduk yang tinggal di Bandar-bandar turut meningkat. Peningkatan
penduduk di kawasan Bandar menyebabkan permintaan untuk sayur-sayuran dan hasil
tenusu meningkat. Perkembangan ini menyebabkan muncul kawasan-kawasan pertanian di
sekitar Bandar.

Isi-isi penting

Menebus Guna Tanah

Perkembangan pesat dalam sector pertanian disebabkan oleh aktiviti menebus guna tanah.
Melalui aktiviti ini sebahagian besar tanah yang berada di bawah paras laut di tebus guna
untuk menjalankan aktiviti pertanian. Menjelang pertengahan kurun ke-17, sebahagian besar
tanah di wilayah Zeeland di tebus guna untuk tujuan pertanian. Menerusi kegiatan tebus guna
kawasan tanah, seluas 1772 ekar telah ditebus untuk menjalankan aktiviti antara tahun 1765
hingga 1789. Aktiviti menebus guna tanah menyebabkan keluasan kawasan tanah pertanian
meningkat di Belanda

Pengenalan Tanaman Bergilir

Kemajuan dalam bidang pertanian disebabkan pengenalan sistem tanaman bergilir. Sistem
penggiliran tanaman dijalankan secara meluas di wilayah weas pada tahun 1644. Dalam
sistem penggiliran tanaman yang diamalkan di Negara Belanda,sistem tanah rang di
mansuhkan. Melalui sistem ini, Kesuburan tanah pertanian dipelihara dan hasil pertanian
turut meningkat.

Kesuburan Tanah

Salah satu faktor yang mendorong perkembangan aktiviti pertanian di Belanda ialah
Kesuburan tanah. Kajian menunjukkan sebahagian besar daripada tanah di Negara Belanda
amat subur dan sesuai untuk menjalankan aktiviti pertanian. Kesuburan tanah menyebabkan
petani-petani Belanda memperoleh hasil pertanian yang banyak. Petani-petani di Belanda
mempunyai pengetahuan dalam memelihara kesuburan tanah. Mereka menjalanjan pelbagai
langkah untuk memelihara kesuburan tanah. Antaranya ialah : Melakukan pemugaran tanah,
Penggunaan baja asli seperti najis ternakan , Akhir sekali membuang rumput dan Tanaman
Perosak

Sistem Penanaman Deretan

Penanaman dalam Deretan telah dipraktikkan di Belanda sejak abad ke-14 lagi. Sistem ini
digunakan dalam penanaman tanaman seperti jagung, mader, hop, biji kol dan tembakau.
Penanaman dalam deretan menyebabkan berlaku peningkatan dalam pengeluaran hasil
pertanian.

Sistem Batas

Petani-petani di Belanda juga memperkenalkan sistem penanaman dengan membuat batas.


Melalui sistem ini, Saliran yang baik dapat diwujudkan bagi memastikan tanaman tumbuh
dengan subur. Pengenalan sistem batas menyebabkan penanaman dalam deretan atau jajaran
diperkenalkan.
Kemajuan dalam teknologi Peralatan

Perkembangan pesat dalam sector pertanian juga disebabkan oleh kemajuan dalam teknologi
peralatan. Petani-petani di Belanda telah mencipta pelbagai jenis peralatan seperti tenggala
dan mesin menampi bijirin. Penemuan peralatan-peralatan baharu menyebabkan berlaku
peningkatan dalam pengeluaran hasil pertanian.

Penutup

Faktor-faktor yang mendorong perkembanagn Revolusi Pertanian di England ialah dengar


menggunakan Menebus Tanah, Pengenalan Tanaman Bergilir, Kesuburan Tanah, Sistem
Penanaman Deretan, dan Sistem Batas. Perkembanagn Revolusi pertanian di Belanda telah
mangakibatkan perubahan-perubahan kemajuan dalam teknologi Peralatan pertanian di
Belanda

Terangkan ciri-ciri masyarakat agraria yang diamalkan di Belanda.

Pendahuluan

Masyarakat agraria merupakan masyarakat yang bergantung kepada kegiatan pertaniaan


sebagai sumber kehidupan mereka. Masyarakat ini member keutamaan kepada aktiviti
bercucuk tanam dan penternakan sebagai sumber ekonomi mereka. Masyarakat agraria
tinggal menetap di kawasan tanah pertanian yang subur dan sesuai untuk menjalankan
kegiatan pertanian.
Masyarakat Belanda menggunakan kaedah dan teknik pertanian yang lebih maju berbanding
dengan Negara-negara Eropah. Belanda juga membekalkan hasil pertanian dan produk
tenusu ke Negara-negara lain sejak abad ke-16 dan ke-17 lagi. Perkembangan pesat dalam
aktiviti pertanian dan penternakan menyebabkan muncul masyarakat agrarian di Belanda.

Isi-isi Penting:

1 Kegiatan ekonomi

Pertanian menjelang abad ke-17, berlaku pertambahan penduduk yang pesat terutama di
kawasan Bandar di Belanda. Peningkatan penduduk menyebabkan aktiviti pertanian dapat di
jalankan secara ekstensif. Kegiatan pertanian yang dijalankan termasuk penanaman sayur-
sayuran, bijirin, dan tanaman dagangan. Antara sayur-sayuran yang di tanam ialah
bebawang, bijirin, biji cole, ketumbar, lobak, dan teasel. Menurut K.H.D. Halley, massyarakat
Belanda merupakan masyarakat yang paling banyak makan sayur-sayuran di Eropah.

Industri berasaskan pertanian yang berkembang pesat ialah linen, pakaian, dan minuman
keras. Penanaman madder merangsang pertumbuhan industri tekstil. Akar tanaman ini di
jadikan serbuk pewarna dalam industri tekstil. Belanda mengeksport madder ke England
untuk kegunaan industri tekstil. Pada peringkat awal, industri tekstil berpusat di Wilayah
Brabant dan Flanders. Penanaman madder menyebabkan kilang-kilang tekstil didirikan di
Leiden. Selain madder, tanaman teasel juga digunakan dalam industri tekstil. La digunakan
dalam menenun kain.

Aktiviti penternakan juga dijalankan secara giat di bahagian timur Belanda. Kegiatan
penternakan juga dijalankan di sekitar Bandar seperti Hertogenbosch, Lier, dan Diest.
Perkambangan sektor penternakan didorong oleh pertambahn penduduk yang berlaku di
Belanda sekitar abad ke-16 dan abad ke-17. Petani dan Penternak di Belanda terlibat dalam
aktiviti penternakan lembu dan kambing.
2 Petempatan

Petempatan masyarakat agrarian di Beland terletak di kawasan pinggir pantai yang amat
subur untuk aktiviti pertanian. Sebahagian besar dari kawasan pertanian di Belanda berada di
bawah paras laut. Masyarakat agraria Belanda menjalan kan usaha menebus guna tanah
untuk menjalankan aktiviti pertanian. Menjelang tahun 1680 tanah seluas 127 000 hektar
ditebus guna untuk menjalankan aktiviti pertanian.

Petempatan masyarakat agrarian yang terletak di Pinggir pantai merupakan tanah yng
telah ditebus guna. Antara petempatan yang terletak di kawasan yang di tebus guna ialah
Pulau Zuid-beveland, Middlezee, Oud-Beijerland, dan New-Beijerland. Selain itu, petempatan
masyarakat agraria terletak di Kawasan Friesland, Zeeland, Flanders, dan Utrect.

3 Sistem pengairan

Masyarakat agrarian di Belanda mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang tinggi dalam
pengairan. Mereka mendirikan kincir angin untuk menyalurkan air dari tanah yang di tebus
guna bagi tujuan pertanian. Kegiatan tebus guna dilakukan kerana sebahagian besar tanah
pertanian yang subur berada di bawah paras laut.

Masyarakat Belanda memulakan usaha untuk menambak tanah bagi menebus guna tanah
untuk tujuan pertanian sejak tahun 1545. Pada tahun 1505 hingga 1506, muara Sungai
Middelzee ditembak bagi tujuan menebus guna tanah tersebut untuk tujuan pertanian.
Menjelang pertengahan abad ke-17, sebahagian besar tanah di wilayah Zeeland di tebus guna
untuk tujuan pertanian.

Di seluruh wilayah Zeeland, tanah yang di tebus guna meningkat kepada 49% iaitu
daripada 85000 hektar kpada 127 000 hektar menjelang tahun 1600 dan 1680. Usaha
penambakan tanah dilakukan di Oud-Beijerland (1557) dan Nieuw-beijerland (1582)
menyebabkan tanah seluas 2300 hektar ditebus guna.

4 Peningkatan teknologi

Menjelang abad ke-16 dan ke-17 , berlaku kemajuan pesat dalam teknik dan kaedah pertanian
di Belanda. Pengembara-pengembara di England, Prancis, Jerman dan Itali yang melawat
Belanda pada abad ke-16 dan ke-17 berasa kagum dengan kemajuan yang dicapai oleh
masyarakat Belanda. Menurut mereka, kegiatan pertanian di Belanda amat maju berbanding
dengan Negara-negara Eropah yang lain.

Banyak kaedah pertanian yang diamalkan di Belanda telah di sebarkan ke Negara-negara


lain. Antara perkembangan yang berlaku dalam bidang teknologi pertanian ini adalah Kajian
Mengenai Sistem Pertanian Belanda dan Sistem pinggiliran Tanaman.

5 Pembinaan sistem pengairan

Masyarakat Belanda berkemahiran dalam pembinaan terusan, kolam takungan air dan tali
air dengan tujuan untuk mengairi kawasan pertanian. Mereka berkemahiran menyalurkan air
dari sungai untuk tujuan pertanian.

Dengan adanya sistem pengairan kawasan pertanian dapat diperluaskan dan diusahakan
secara insentif.

masyarakat Agraria Belanda juga membina kincir angin untuk menyalurkan air daripada
tanah yang ditebusguna bagi tujuan pertanian

6 Berkemahiran mengekalkan kesuburan tanah


Mereka mencipta pelbagai teknik dan kaedah untuk meningkatkan kesuburan tanah
pertanian. Baja asli digunakan untuk meningkatkan kesuburan tanah pertanian.

Antara baja asli yang digunakan ialah najis binatang ternakan yang diperoleh daripada
kawasan ternakan.

7 Pengenalan kaedah pertanian baru

Antara kaedah petanian yang dijalankan ialah menjalankan kegiatan pemugaran tanah
pertanian bagi mengekalkan kesuburan tanah. Peralatan tengala baru telah dicipta dan
digunakandi Gelderland.

Kaedah pengiliran tanaman juga mula dipraktikkan pada abad ke16 dan 17 bagi
mengekalkan kesuburan tanah. Antara tananaman yang digilirkan ialah menanam tanaman
sengkuan dan kekacang berselang dengan tanaman bijirin. Sistem ini dipraktikkan dengan
meluas di wilayah Waes pada tahun 1644. Sistem ini terus diamalkan di selatan Edegem di
wilayah Brabant pada tahun 1800

8 Penambakan laut untuk kawasan pertanian

Aktiviti penambakan laut telah dijalankan untuk meluaskan kawasan pertanian. kesannya
pada suku pertama abad ke-17 kerajaan Belanda bukan sahaja berjaya meningkatkan
keluasan kawasan pertanian tetapi juga meningkatkan hasil pertanian

Penutup

Usaha kerajaan Belanda ini telah member peluang pekerjaan kepada masyarakat tempatan
dan ekonomi Belanda juga mencapai tahap kegemilangan pada abad ke-17.

Pada abad ke-17, kejayaan Belanda dalam pertanian membolehkan Belanda menyimpan
bekalan bijirin untuk tempoh dua belas tahun. Apabila peperangan berlaku antara England
dan Prancis pada tahun 1672, Belanda masih boleh menjual bijirin dalam pasaran di Eropah.

Namun, awal abad ke-18 menyaksikan kejatuhan Belanda dalam ekonomi antarabangsa
apabila mendapat saingan daripada Negara Eropah yang lain seperti England

CIRI-CIRI MASAYARAKAT AGRARIA DI CHINA

Masyarakat Agraria merupakan masyarakat yang kegiatan dan pengeluaran ekonominya


bertumpu kepada pertanian. Kegiatan pertanian merujuk kepada aktiviti bercucuk tanam,
penternakan pemungutan hasil hutan dan sungai. Masyarakat agraria mempunyai
kemahiran menghasilkan makanan sendiri , bermula dengan pertanian pindah sehinggalah
mengusahakan pertanian tetap. Abad ke-16 dan ke-17 menyaksikan masyarakat agraria
berada di bawah pemerintahan dan penguasaan Dinasti Ming dan Dinasti Ching di China.

Antara ciri-ciri masyarakat agraria di China ialah mereka mendirikan petempatan bertumpu
di sekitar kawasan yang subur sama ada di lembah sungai, kawasan tanah pamah atau
dataran, kawasan berbukit yang mempunyai sistem saliran yang baik. Tumpuan kawasan
petempatan ialah antara kawasan Timur Laut China dengan Mongolia, iaitu dataran loes yang
subur serta diairi oleh Sungai Kuning. Di sebelah selatan Sungai Kuning pula terletak
kawasan tengah yang luas dan diairi oleh Sungai Yangtze yang sememangnya memberikan
sumbangan dam mempengaruhi kehidupan dan aktiviti masyarakat agraria di China.
Masyarakat agraria mengusahakan penanaman padi sawah sebagai aktiviti ekonomi utama
bagi mendapatkan bekalan makanan. Pada peringkat awal, masyarakat agraria di China
mengamalkan kegiatan ekonomi sara diri iaitu menjalankan aktiviti sekadar untuk
menampung keperluan harian sahaja. Oleh itu, masyarakat ini dikaitkan dengan masalah
kemiskinan dan kesengsaraan terutamanya apabila negara menghadapi masalah bencana
alam seperti banjir dan kemarau. Lebihan pengeluaran akan dijual kepada penduduk bandar
dan golongan yang tidak terlibat dengan aktiviti pertanian seperti tukang-tukang, saudagar
dan golongan agama. Pendapatan yang diperoleh daripada jualan berkenaan digunakan
untuk membeli biji benih, membaik pulih peralatan, menguruskan belanja kematian ,
menderma dan menyertai jamuan yang diadakan sekali sekala. Masyarakat ini juga
menjalankan penanaman bijirin lain seperti gandum, barli, sekoi dan di kawasan tanah tinggi
mengusahakan tanaman padi huma dan kekacang.

Masyarakat agraria mengamalkan aktiviti pertanian secara kolektif (bersama) dan tidak
mengutamakan hak individu. Segala hasil yang diperoleh akan dinikmati bersama. Oleh sebab
matlamat utama kegiatan ekonomi hanyalah untuk keperluan diri semata-mata, masyarakat
agraria di China menjalankan aktiviti harian menggunakan peralatan lama, namun masih
memberikan pulangan yang diharapkan disebabkan penggunaan baja najis binatang yang
mampu meningkatkan produktiviti. Mereka mewujudkan ladang-ladang kolektif atu dikenali
sebagai sistem pao-chia yang diusahakan secara berkelompok . Pada zaman pemerintahan
Dinasti Ching, golongan bangsawan memainkan peranan utama mengawasi sistem ini untuk
mengawal kaum petani sekali gus memudahkan kerja-kerja pemungutan cukai yang
merupakan salah satu sumber pendapatan utama negara China.

Pada zaman Dinasti Ming, masyarakat agraria mula mengalami perubahan iaitu mampu
menguruskan sistem saliran secara sistematik, petani mampu membina terusan bagi
mengawa aliran sungai, mengairi kawasan pertanian dengan mencukupi dan memastikan
tidak berlaku limpahan yang membawa kepada berlakunya banjir. Pada zaman ini juga,
berlaku pengenalan kaedah tanaman bergilir, tanaman dua musim(benih padi vietnam), dan
pengkhususan dalam pertanian selain daripada pengenalan tanaman makanan baharu seperti
jagung, ubi kentang manis serta kacang telah sedikit sebanyak mengubah kehidupan
masyarakat agraria di China.Masyarakat tani di China telah terlibat dengan ekonomi
kapitalisme dengan mengusahakan tanaman komersial seperti tembakau, kapas, mulberi dan
tebu.

Konklusinya, masyarakat agraria di China merupakan komuniti yang penting bukan sahaja
kerana sumbangannya dalam penghasilan barang makanan , tetapi yang paling penting
golongan ini merupakan kelompok terbesar dalam masyarakat.

Pemerintah amat mementingkan golongan ini bukan sahaja sebagai sumber pendapatan
utama negara melalui dasar percukaian malah boleh dimanfaatkan sebagai tenaga kerahan
jika negara diancam oleh musuh.

Anda mungkin juga menyukai