Anda di halaman 1dari 14

Pertanian di Belanda pada abad

ke-17 hingga abad ke-18


Iklim Belanda yang sederhana
membolehkan pertanian menjadi
punca ekonomi yang utama.
Belanda mempunyai tanah yang subur
dan sungai utama seperti Sungai
Rhine dan Sungai Maas serta beberapa
terusan yang membantu
perkembangan ekonomi Belanda.
Sistem pengairan yang baik digunakan
untuk mengairi tanaman.
Petani mengusahakan tanaman
sayuran-sayuran untuk memenuhi
permintaan di bandar.
1.Pengeluaran pertanian Belanda
meningkat kerana penebusgunaan
tanah yang dilaksanakan.
Pada abad ke-17, penyaliran tanah
secara besar-besaran telah dijalankan.
Benteng-benteng yang dibina
menggunakan dinding tanah,kadang-
kadang kayu yang diperkukuhkan dan
dilitupi rumput. Sejenis alat digunakan
untuk mengepam air yang berlebihan
dari kawasan rendah. Penyelenggaraan
sistem ini memerlukan usaha bersama
dan menjadikan Belanda jurutera enjin
hidrolik yang terbaik pada zaman itu.
2.Belanda juga merupakan pengasas
dalam inovasi pertanian. Pertanian
bergilir telah diperkenalkan oleh
petani-petani Belanda.
Tanah telah dituai hasilnya tidak
dibiarkan begitu sahaja. Sementara
menunggu masa untuk menanam
semula, tanaman lain seperti lobak,
kacang pis, dan sebagainya diselang-
selikan dengan bijirin-bijirin untuk
memastikan kesuburan tanah.
Malah, penggiliran tanaman dengan
bijirin membolehkan mereka membela
haiwan ternakan dan menggunakan
najis haiwan tersebut sebagai baja
untuk tanah.
Walaupun Belanda merupakan negara
yang maju dalam pertanian, negara ini
tetap terpaksa mengimport bijirin
untuk kegunaan penduduk kerana
penduduknya sangat padat.
3.Petani di Belanda juga mengusahakan
penternakan haiwan secara intensif.
Belanda memiliki kawasan yang sesuai
untuk memberi makan lembu dan
mengemukakan lembu-lembu
sebelum penyembelihan.
Perdagangan lembu disembelih
berkembang dari tahun 1500 hingga
tahun 1660.
Tetapi langkah-langkah perlindungan
pihak Belanda yang mahu
menggalakkan penggemukkan lembu
di rumah belaan menyebabkan
penguncupan perdagangan lembu
antarabangsa tahun 1660-1750.
4.Perdagangan/ pengimportan gandum
Walaupun pertanian merupakan
segmen terbesar dalam ekonomi
Belanda, pengeluaran bijirin di
Belanda tidak dapat bersaing dengan
permintaan kerana pertambahan
penduduk akibat migrasi dari wilayah
selatan.
Wilayah-wilayah di kawasan rendah
seperti Delta Rhine, Scheldt, dan
sungai Meuse secara turun-temurun
telah bergantung kepada gandum
yang diimport dari selatan ( Perancis
dan wilayah walloon ).
Perdagangan gandum dengan Baltik
telah menjadi sumber utama
pekerjaan bagi Belanda bukan sahaja
dalam bidang maritim tetapi juga
dalam hal menguruskan bekalan.
Perdagangan ini dibaratkan sebagai
ibu perdagangan. Ini bermaksud
perdagangan yang tertua dan teguh
merangkumi perkapalan, Kelasi dan
komoditi. Dalam jangka masa
panjang, gandum dari Baltik telah
memajukan sektor perkapalan,
perdagangan, dan industri
pembuatan.
Ekonomi pertanian di Belanda telah
menggalakkan petumbuhan ekonomi
perdagangan dan seterusnya industri
perkapalan.
Bincangkan faktor-faktor perkembangan
sektor pertanian di Belanda pada abad ke-17
hingga ke-18.
(Buku Oxford m/s 498)

Anda mungkin juga menyukai