Anda di halaman 1dari 39

Kegiatan Ekonomi Feudalisme dan Kapitalisem di Jerman.

Pertanian

1.

Pada abad ke-16M, bidang pertanian merupakan sumber utama

ekonomi Jerman yang diusahakan oleh 90% masyarakat petaninya. Petani di Jerman masih bergantung kepada tuan tanah dan terikat dengan sistem perhambaan. Kegiatan pertanian yang dijalankan

masih menggunakan kaedah primitif.


2.

Kegiatan pertanian di Jerman menggunakan sistem tiga bidang

pertanian iaitu tanah yang diusahakan ditanam dengan tanaman


bijirin (gandum, oat, barli dan kekacang), peralatan yang digunakan seperti tenggala masih diperbuat daripada kayu dan

menggunakan binatang menggemburkan tanah. Selepas musim


menuai, binatang ternakan dilepaskan untuk meragut rumput.

3.

Petani Jerman dibebani dengan masalah cukai tanah

dan tidak bebas melakukan kerja lain seperti memburu,

menagkap ikan dan memotong rumput. Mereka dikawal dan


ditindas oleh golongan tuan-tuan tanah.

4.

Penindasan yang dilakukan ini telah membawa kepada

pemberontakan petani di wilayah tengah dan selatan

Jerman. Pemberontakan ini berlaku dari tahun 1524 hingga


1525 untuk menuntut kebebasan dan hak-hak lain dari golongan tuan-tuan tanah atau bangsawan.

5.

Golongan petani menuntut beberapa pembaharuan

bagi mengubah hidup mereka seperti mereka dibenarkan

melakukan kegiatan lain selain bertani, sistem perhambaan


dihapuskan dan menuntut tanah-tanah awam diserahkan kepada mereka untuk diusahakan. 6. Malangnya, pemberontakan ini gagal dan telah

menyebabkan 100 000 orang petani telah terkorban. Walau

bagaimanapun, perjuangan golongan petani ini mendapat


perhatian pemerintah dan akhirnya pembaharuan telah dijalankan dalam bidang perhatian

Antara pembaharuan yang dijalankan ialah membina


terusan iaitu Terusan Frederick William yang menghubungankan Sungai Order dengan Sungai Elbe, mengecualikan cukai kepada petani selama 10 tahun, menggalakkan penternakan lembu susu, melaksanakan pembahagian tanah kepada petani,

mengalakkan migrasi ke kawasan pertanian baru


dibuka dan menggabungkan tanah-tanah pertanian.

7.

Kerajaan Jerman juga mewujudkan pengkhususan pekerjaan

dan pengeluaran mengikut wilayah seperti wilayah Necker dengan penanaman anggur dan wilayah Pomerania khusus untuk pengeluaran pertukangan.

8.

Walaupun pembaharuan telah dilaksanakan dan meningkatnya

hasil pengeluaran di Jerman, namum golongan petani tetap tidak

berubah. Mereka masih terikat dengan golongan tuan-tuan tanah dan


masih menjadi golongan serf seperti di sungai Elbe. Pada akhir abad ke-18M, kerajaan Jerman telah menghapuskan sistem serf dan golongan petani telah dibebaskan sepenuhnya.

Perdagangan dan Perindustrian

1.

Perdagangan tertumpu di bandar seperti Luberk,

Hamburg dan Bremen. Pelabuhan Hanseatic diVenice telah menjalankan perdagangan entreport iaitu

membawa masuk barangan logam, bulu binatang,


barangan kulit dan kain bulu. Barangan yang dieksport pula seperti rempah ratus, barangan timur, sutera, barangan kaca, senjata dan kertas. Barangan ukiran dari selatan Jerman telah dieksport ke luar negara dan menjadi

barangan penting dalam hubungan perdagangan dengan


Belanda.

2.

Bandar-bandar di Jerman telah mengalami perkembangan yang

pesat pada tahun 1740, iaitu menjadi pusat pemasaran lembu dan bijirin, pusat pentadbiran dan penempatan pedagang serta tukangtukang. Kegiatan perdagangan semakin berkembang di Jerman dari abad ke-16M hingga abad ke-18M iaitu barangan dagangan dibawa melalui jalan darat dari utara Itali ke pelabuhan entreport Jerman

Selatan.
3. Pada abad ke-16, industri tekstil diusahakan secara besarbesaran di Jerman untuk pasaran dalaman dan untuk eksport. Jerman

telah mengusahakan perusahaan sutera dan masyarakat desanya


mengeluarkan pakaian berasaskan kain bulu dan linen. Manakala masyarakat bandarnya pula menggunakan mesin untuk mewarnakan,

memutihkan kain dan memasarkannya.

4.

Kegiatan perindustrian semakin berkembang apabila

kerajaan mengadakan pembaharuan seperti membina jalan

raya di Hesse dan Baden-Durlach pada akhir abad ke-18M.


Kerajaan juga telah menambah tenaga buruh iaitu Raja Frederick William I mengambil tentera sebagai tenaga buruh yang dibayar gaji untuk bekerja di kilang kain kapas dan bulu. Kerajaan juga telah mewujudkan kerjasama antara dengan

pihak swasta atau persendirian seperti kilang senjata di Berlin


(1722) dan kilang cermin Neuhaus (1720).

5.

Industri kraf tangan juga telah berkembang di kawasan pedalaman Jerman seperti di Bohemia. Bidang penenunan telah dimonopoli oleh pekerja wanita iaitu seramai 200 000 orang. Wilayah ini telah menjadi pembekal bahan eksport industri Jerman ke negara Amerika dan Eropah. Industri ini turut berkembang ke Chemnitz iaitu penduduknya menjadi pemintal benang di rumah.

6.

Kepesatan ekonomi di Jerman membawa kepada pengukuhan

kedudukan saudagar melalui penubuhan pelbagai organisasi perniagaan baru sehingga organisasi perniagaan tradisional seperti kesatuan tukang dan kesatuan saudagar mula hilang peranannya.

Institusi Kewangan

1.

Institusi kewangan seperti bank telah ditubuhkan di Jerman

yang banyak memberi bantuan kewangan atau modal kepada pedagang Jerman. Peruntukan modal ini membantu merancakkan urusan perdagangan termasuklah dengan Sepanyol dan Portugal. Barangan buatan kilang Jerman dipasarkan di Lisbon dan Sevile. Pada abad ke-18M, bandar Frankfurt menjadi tumpuan penduduk ekoran kepesatan ekonomi perbankan dan perdagangan.

2.

Perkembangan perbankan ini telah melahirkan keluarga

Fuggers Augburg yang kaya di jerman dan Eropah dengan memiliki aset sebanyak 200 000 gulden dan telah meningkat kepada 4 juta gulden pada tahun 1546. Mereka telah melaburkan modal dalam perlombongan raksa di Sepanyol dan perkapalan serta memberi pinjaman kepada Maharaja Rom

Suci.

KEGIATAN EKONOMI

FEUDALISME DI PERANCIS

PERTANIAN

1.

Pada abad ke-16M, Perancis juga masih

bergantung kepada bidang pertanian yang diusahakan


oleh masyarakat yang tinggal di desa. Petani masih terikat dengan tuan-tuan tanah dan perlu berkhidmat

kepada mereka di bawah sistem manor. Mengikut


sistem ini, petani akan tinggal di tanah milik tuan tanah, mengusahakan tanah tuan tanah, membekalkan kayu api, membina jalan dan membayar cukai kepada tuan tanah.

2.

Kegiatan pertanian di Perancis menggunakan

kaedah tanah lapang iaitu tanah-tanah ini dibahagi

kepada 3 bahagian atau pusingan penanaman. Pusingan


pertama akan ditanam dengan tanaman bijirin seperti oat dan barli pada musim bunga, kemudian ditanam dengan gandum pada musim luruh dan pusingan yang terakhir tanah tersebut dibiarkan kosong. Ketika ini

binatang ternakan seperti kuda dan lembu akan


dilepaskan untuk meragut rumput yng tumbuh.

3.

Walau bagaimanapun, berlaku perubahan secara perlahan

dalam bidang pertanian di selatan Perancis apabila golongan


bangsawan telah mula memajak dan menyewakan tanah mereka kepada petani untuk mendapatkan keuntungan. Petani tidak lagi

menjadi hamba atau serf tetapi telah menjadi penyewa tanah yang
bebas.

4.

Petani telah digelar sebagai metayers di mana mereka bukan

sahaja bertani tetapi telah melakukan pekerjaan lain seperti menternak lembu daging dan lembu susu kemudian dijual di pasar-

pasar.

5.

Bagi memajukan bidang pertanian, Raja Henry

IV telah mengarahkan menterinya Duke


Sullymemajukan bidang pertanian di Perancis. Beliau telah memperkenalkan beberapa pembaharuan seperti menghapuskan cara lama yang dilakukan oleh petani, membekalkan biji benih percuma, membiayai kegiatan

penternakan, larangan memusnahkan hutan dan


mengeringkan paya dikeluar, dan membangunkan kemudahan pengangkutan jalan raya, jambatan dan terusan.

6.

Pembaharuan ini telah menjadikan Perancis

sebagai pengeluaran bijirin dan anggur merah dan hasil ini telah menjadi bahan dagangan utama Perancis ke Eropah seperti Belanda. Tanaman malberi dan penternakan ulat sutera juga telah

diusahakan di Perancis. Ini telah mendorong


berlakunya peningkatan pendapatan petani dan membawa perkembangan bandar Paris, Lyons dan Marseilles.

7.

Semasa pemerintahan Raja Louis XIV,

pembaharuan dalam bidang pertanian juga turut


dilaksanakan oleh menteri Jean-Baptiste Colbert.

Antara pembaharuan yang dilaksanakan ialah


peralatan pertanian petani tidak dibenarkan dirampas akibat hutang, menggalakkan aktiviti penternakan lembu dan kuda, membaiki jalan raya, membina terusan dan menyelaraskan cukai antara wilayah.

8.

Walaupun kegiatan ekonomi pertanian

berkembang pesat tetapi petani kekal miskin dan ditindas oleh golongan tuan tanah. Golongan petani masih lagi dibebani dengan pembayaran cukai langsung dan cukai tidak langsung. Cukai langsung

seperti cukai pendapatan, cukai keluarga dan cukai


harta manakala cukai tidak langsung pula cukai

garam dan cukai seigneur.

9.

Kehidupan petani bertambah sukar bila

berlaku kemeleseten ekonomi pada tahun


1787-1789, tanaman tidak menjadi, kenaikan

harga gandum, kekurangan makanan dan


pelbagai tekanan lain. Akhirnya golongan

petani telah bangkit menentang dan berjaya


menumbangkan rejim feudal pada tahun 1789.

Perdagangan

1.

Kekayaan Portugal dan Sepanyol dalam

penjelajahan dan perdagangan luar mendorong Perancis meluaskan tanah jajahan dan meluaskan perdagangan di seberang laut. Perancis memulakan penjelajahan dan membuka pusat perdagangan di India dan Amerika Utara. Ini telah membolehkan Perancis memonopoli perdagangan bulu dan membuka petempatan di Amerika.

2.

Pada tahun 1620-an, Perancis telah

membuka petempatan di Hindia Barat, pangkalan di Chandernagore timur India dan pada tahun 1642 pula membuka bandar Montreal. Perkembangan perdagangan turut berlaku dalam negara iaitu bandar-bandar perdagangan telah muncul seperti bandar Champagne, Lyon dan Beaucaire.

3.

Untuk menggalakkan lagi perdagangan di

Perancis, beberapa pembaharuan telah dilaksanakan olehJean-Baptiste Colbert seperti membina gudang

senjata di Toulan dan pelabuhan, membina kapal di


Rochefort, Calaeis, Brest dan Havre, melengkapkan pasukan tentera laut, menggalakkan pembukaan petempatan baru, menggalakkan migrasi golongan profesional dari luar Perancis, dan meyakinkan raja

untuk berperang bagi meningkatkan perdagangan.

4.

Perdagangan di Perancis juga dapat

berkembang kerana bantuan Raja Louis XIV seperti mengenakan tarif cukai yang tinggi kepada barangan asing dan kapal asing yang menggunakan pelabuhan Perancis serta memberi bantuan kewangan kepada industri perkapalan.

5.

Pembaharuan dan dasar yang dilaksanakan ini

telah mendorong berkembangnya beberapa industrikraf


tangan berdasarkan daerah di Perancis seperti industri gelas di Paris; industri sutera di Lyon; industri kain bulu; pembukaan ladang tebu di San Domingo, Martinique dan Guadeloupe serta menjadi pembekal

gula ke Eropah; perdagangan Perancis dengan Sepanyol


meningkat; dan Levant menjadi pusat perdagangan utama.

Institusi Kewangan

1.

Perkembangan perdagangan adalah didorong

oleh perkembangan institusi kewangan di Perancis.


Menjelang tahun 1500, pedagang tidak perlu

membawa wang dengan banyak untuk urusan


perdagangan. Penubuhan institusi kewangan ini

banyak memudahkan urusan perdagangan


dan kutipan cukai di Perancis.

2.

Sistem perbankan di Perancis

berkembang pesat pada abad ke-18 dengan

penubuhan institusi kewangan dan perbankan


sepeti Paris Bourse (1724), Caisse Escompte

(1776), Loterie Royale (1783).

Bidang Perindustrian

1.

Pada abad ke-16M, industri tekstil iusahakan secara besar-

besaran untuk pasaran dalam negeri dan dieksport. Kain dan teknik pengeluaran sutera dari China dibawa masuk oleh pedagang Arab ke

Eropah dan ini membolehkan Perancis mengeluarkan sendiri kain


seperti di Tuscany.

2.

Industri kain telah berkembang di desa dan mereka berjaya

mengeluarkan pakaian berasaskan kain bulu dan linen. Manakala masyarakat bandar pula menggunakan mesin untuk mewarnakan dan

memutihkan kain sebelum dipasarkan.

3.

Di Perancis industri pertukangan juga

berkembang iaitu tukang yang berkelayakan akan

bekerja tanpa menerima upah selama beberapa tahun di


rumah guru atau ahli pertukangan sebelum membuka pusat pertukangan sendiri apabila mereka kembali ke tempat asalnya. Mereka akhirnya menubuhkan kesatuan tukang untuk menjaga hasil pertukangan mereka.

Barangan pertukangan Perancis seperti perabut telah


mendapat tempat di pasaran pada tahun 1770.

4.

Perkembangan perdagangan dan galakan

daripada kerajaan telah mengukuhkan

kedudukan golongan saudagar @ borjois


sehingga menyaingi kedudukan golongan

aristokrat dalam bidang politik.

Kesimpulan Perkembangan ekonomi feudalisme di Perancis begitu ketara dengan berlakunya banyak perubahan dalam sektor pertanian, perdagangan, perindustrian dan perbankan. Perkembangan ini telah memberi kelebihan kepada golongan saudagar sehingga boleh menyaingi kedudukan golongan aristocrat. Walau bagaimanapun, kemajuan ini tidak dinikmati sepenuhnya oleh golongan petani sehingga mereka bangkit melancarkan pemberontakan dan akhirnya berjaya menumbangkan rejim feudal.

Anda mungkin juga menyukai