Anda di halaman 1dari 5

Pada abad ke-16M, Perancis juga mengamalkan sistem ekonomi

feudalisme yang hampir sama dengan Jerman. Masyarakat


Perancis juga masih terikat dengan sistem feudal iaitu
penguasaan golongan bangsawan dan tuan tanah ke atas
golongan petani. Ekonomi feudalisme di Perancis boleh dilihat
dalam 4 bidang iaitu pertanian, perdagangan, perindustrian dan
institusi kewangan.
Pertanian
1. Pada abad ke-16M, Perancis juga masih bergantung kepada
bidang pertanian yang diusahakan oleh masyarakat yang tinggal
di desa. Petani masih terikat dengan tuan-tuan tanah dan perlu
berkhidmat kepada mereka di bawah sistem manor. Mengikut
sistem ini, petani akan tinggal di tanah milik tuan tanah,
mengusahakan tanah tuan tanah, membekalkan kayu api,
membina jalan dan membayar cukai kepada tuan tanah.
2. Kegiatan pertanian di Perancis menggunakan kaedah tanah
lapang iaitu tanah-tanah ini dibahagi kepada 3 bahagian atau
pusingan penanaman. Pusingan pertama akan ditanam dengan
tanaman bijirin seperti oat dan barli pada musim bunga,
kemudian ditanam dengan gandum pada musim luruh dan
pusingan yang terakhir tanah tersebut dibiarkan kosong. Ketika ini
binatang ternakan seperti kuda dan lembu akan dilepaskan untuk
meragut rumput yng tumbuh.

3. Walau bagaimanapun, berlaku perubahan secara perlahan dalam


bidang pertanian di selatan Perancis apabila golongan bangsawan
telah mula memajak dan menyewakan tanah mereka kepada
petani untuk mendapatkan keuntungan. Petani tidak lagi menjadi
hamba atau serf tetapi telah menjadi penyewa tanah yang bebas.
4. Petani telah digelar sebagai metayers di mana mereka bukan
sahaja bertani tetapi telah melakukan pekerjaan lain seperti
menternak lembu daging dan lembu susu kemudian dijual di
pasar-pasar.
5. Bagi memajukan bidang pertanian, Raja Henry IV telah
mengarahkan menterinyaDuke Sully memajukan bidang
pertanian di Perancis. Beliau telah memperkenalkan beberapa
pembaharuan seperti menghapuskan cara lama yang dilakukan
oleh petani, membekalkan biji benih percuma, membiayai
kegiatan penternakan, larangan memusnahkan hutan dan
mengeringkan paya dikeluar, dan membangunkan kemudahan
pengangkutan jalan raya, jambatan dan terusan.
6. Pembaharuan ini telah menjadikan Perancis sebagai pengeluaran
bijirin dan anggur merah dan hasil ini telah menjadi bahan
dagangan utama Perancis ke Eropah seperti Belanda. Tanaman
malberi dan penternakan ulat sutera juga telah diusahakan di
Perancis. Ini telah mendorong berlakunya peningkatan
pendapatan petani dan membawa perkembangan
bandar Paris, Lyons dan Marseilles.
7. Semasa pemerintahan Raja Louis XIV, pembaharuan dalam
bidang pertanian juga turut dilaksanakan oleh menteri JeanBaptiste Colbert. Antara pembaharuan yang dilaksanakan ialah
peralatan pertanian petani tidak dibenarkan dirampas akibat
hutang, menggalakkan aktiviti penternakan lembu dan kuda,
membaiki jalan raya, membina terusan dan menyelaraskan cukai
antara wilayah.
8. Walaupun kegiatan ekonomi pertanian berkembang pesat tetapi
petani kekal miskin dan ditindas oleh golongan tuan tanah.
Golongan petani masih lagi dibebani dengan pembayaran cukai
langsung dan cukai tidak langsung. Cukai langsung seperti cukai

pendapatan, cukai keluarga dan cukai harta manakala cukai tidak


langsung pula cukai garam dan cukai seigneur.
9. Kehidupan petani bertambah sukar bila berlaku kemeleseten
ekonomi pada tahun 1787-1789, tanaman tidak menjadi,
kenaikan harga gandum, kekurangan makanan dan pelbagai
tekanan lain. Akhirnya golongan petani telah bangkit menentang
dan berjaya menumbangkan rejim feudal pada tahun 1789.

Sektor Perdagangan
1. Kekayaan Portugal dan Sepanyol dalam penjelajahan dan
perdagangan luar mendorong Perancis meluaskan tanah jajahan
dan meluaskan perdagangan di seberang laut. Perancis
memulakan penjelajahan dan membuka pusat perdagangan di
India dan Amerika Utara. Ini telah membolehkan Perancis
memonopoli perdagangan bulu dan membuka petempatan di
Amerika.
2. Pada tahun 1620-an, Perancis telah membuka petempatan di
Hindia Barat, pangkalan di Chandernagore timur India dan pada
tahun 1642 pula membuka bandar Montreal. Perkembangan
perdagangan turut berlaku dalam negara iaitu bandar-bandar
perdagangan telah muncul seperti bandar Champagne, Lyon dan
Beaucaire.
3. Untuk menggalakkan lagi perdagangan di Perancis, beberapa
pembaharuan telah dilaksanakan oleh Jean-Baptiste Colbert
seperti membina gudang senjata di Toulan dan pelabuhan,
membina kapal di Rochefort, Calaeis, Brest dan Havre,
melengkapkan pasukan tentera laut, menggalakkan pembukaan
petempatan baru, menggalakkan migrasi golongan profesional
dari luar Perancis, dan meyakinkan raja untuk berperang bagi
meningkatkan perdagangan.
4. Perdagangan di Perancis juga dapat berkembang kerana bantuan
Raja Louis XIV seperti mengenakan tarif cukai yang tinggi kepada
barangan asing dan kapal asing yang menggunakan pelabuhan

Perancis serta memberi bantuan kewangan kepada industri


perkapalan.
5. Pembaharuan dan dasar yang dilaksanakan ini telah mendorong
berkembangnya beberapa industri kraf tangan berdasarkan
daerah di Perancis seperti industri gelas di Paris; industri sutera di
Lyon; industri kain bulu; pembukaan ladang tebu di San Domingo,
Martinique dan Guadeloupe serta menjadi pembekal gula ke
Eropah; perdagangan Perancis dengan Sepanyol meningkat;
dan Levant menjadi pusat perdagangan utama.
Bidang Perindustrian
1. Pada abad ke-16M, industri tekstil iusahakan secara besarbesaran untuk pasaran dalam negeri dan dieksport. Kain dan
teknik pengeluaran sutera dari China dibawa masuk oleh
pedagang Arab ke Eropah dan ini membolehkan Perancis
mengeluarkan sendiri kain seperti di Tuscany.
2. Industri kain telah berkembang di desa dan mereka berjaya
mengeluarkan pakaian berasaskan kain bulu dan linen. Manakala
masyarakat bandar pula menggunakan mesin untuk mewarnakan
dan memutihkan kain sebelum dipasarkan.
3. Di Perancis industri pertukangan juga berkembang iaitu tukang
yang berkelayakan akan bekerja tanpa menerima upah selama
beberapa tahun di rumah guru atau ahli pertukangan sebelum
membuka pusat pertukangan sendiri apabila mereka kembali ke
tempat asalnya. Mereka akhirnya menubuhkan kesatuan tukang
untuk menjaga hasil pertukangan mereka. Barangan pertukangan
Perancis seperti perabut telah mendapat tempat di pasaran pada
tahun 1770.
4. Perkembangan perdagangan dan galakan daripada kerajaan
telah mengukuhkan kedudukan golongan saudagar @ borjois
sehingga menyaingi kedudukan golongan aristokrat dalam bidang
politik.

Institusi Kewangan
1. Perkembangan perdagangan adalah didorong oleh
perkembangan institusi kewangan di Perancis. Menjelang tahun
1500, pedagang tidak perlu membawa wang dengan banyak
untuk urusan perdagangan. Penubuhan institusi kewangan ini
banyak memudahkan urusan perdagangan dan kutipan cukai di
Perancis.
2. Sistem perbankan di Perancis berkembang pesat pada abad ke18 dengan penubuhan institusi kewangan dan perbankan
sepeti Paris Bourse (1724), Caisse Escompte (1776), Loterie
Royale (1783).
Kesimpulan
Perkembangan ekonomi feudalisme di Perancis begitu ketara
dengan berlakunya banyak perubahan dalam sektor pertanian,
perdagangan, perindustrian dan perbankan. Perkembangan ini
telah memberi kelebihan kepada golongan saudagar sehingga
boleh menyaingi kedudukan golongan aristocrat. Walau
bagaimanapun, kemajuan ini tidak dinikmati sepenuhnya oleh
golongan petani sehingga mereka bangkit melancarkan
pemberontakan dan akhirnya berjaya menumbangkan rejim
feudal.

Anda mungkin juga menyukai