Anda di halaman 1dari 3

HURAIKAN SISTEM EKONOMI FEUDALISME DI

JERMAN DAN PERANCIS PADA ABAD KE-16


HINGGA ABAD KE-18
Pada abad ke-16,Perancis juga mengamalkan sistem ekonomi feudalisme
yang hampir sama dengan Jerman.Jerman dan Perancis mula mengorak
langkah dalam bidang ekonomi.Sistem ekonomi feudalisme yang diamalkan
oleh Jerman dan Perancis dapat dilihat dalam 3 bidang iaitu
pertanian,perindustrian dan perbankan.Antara kegiatan ekonomi
feudalisme di Perancis ialah kegiatan pertanian.Pada abad ke-16 Perancis
juga masih bergantung pada bidang pertanian yang diusahakan oleh
masyarakat yang tinggal di desa.Petani juga akan tinggal bersama di tanah
milik tuan tanah.
Antara aktiviti petani kepada tuan tanah ialah mengusahakan
tanah,membekalkan kayu api,membina jalan dan membayar cukai
kepada tuan tanah.Kegiatan pertanian di Perancis juga menggunakan
kaedah tanah lapang iaitu tanah-tanah yang dibahagi kepada 3
bahagian. atau pusingan penanaman.Pusingan pertama akan ditanam
dengan tanaman bijirin seperti oat dan barli pada musim
bunga,kemudian ditanam gandum pada musim luruh dan pusingan
terakhir tersebut dibiarkan kosong.Ketika ini binatang ternakan juga
seperti kuda dan lembu akan dilepaskan untuk meragut rumput
yang tumbuh.Selain itu,petani bukan sahaja bertani tetapi melakukan
pekerjaan menternak lembu daging dan lembu susu kemudian dijual
di pasar-pasar.
Seterusnya,bidang perindustrian.Pada abad ke-16 industri tekststil
usahakan secara besar-besaran untuk pasaran dalam negeri dan
dieksport.Kain dan teknik pengeluaran sutera dari China dibawa masuk oleh
pedagang Arab ke Eropah dan ini membolehkan Perancis mengeluarkan
sendiri kain seperti di Tuscany.Industri kain juga telah berkembang di
desadan mereka berjaya mengeluarkan pakaian berasaskan kain bulu
dan linen.Manakala masyarakat bandar pula menggunakan mesin untuk
mewarnakan dan memutihkan kain sebelum dipasarkan.Perkembangan
perdagang dan galakan daripada kerajaan telah mengukuhkan kedudukan

golongan saudagar@borjois sehingga menyaingi kedudukan


golongan aristokrat dalam bidang politik.
Selain itu ialah institusi kewangan.Perkembangan perdagangan juga
adalah dorongan oleh perkembangan institusi kewangan di
Perancis.Menjelang tahun 1500,pedagang tidak perlu membawa wang
dengan banyak untuk urusan perdagangan.Penubuhan institusi
kewangan banyak memudahkan urusan perdagangan dan kutipan
cukai di Perancis.Sistem perbankan di Perancis berkembang pesat pada
abad ke-18 dengan penubuhan institusi kewangan dan perbankan
seperti Paris Bourse(1724),caisse escompte(1776) dan Loterie
Royale(1873).
Manakala sekitar abad ke-16 di Jerman, bidang pertanian pula
merupakan sumber utama ekonomi masyarakat Jerman.Sebagai
contoh,petani masih bergantung kepada tuan tanah dan terikat
dengan sistem perhambaan.Selain itu,kegiatan pertanian masih
dijalankan menggunakan kaedah primitif iaitu masih menggubakan sistem
tiga bidang.Peralatan yang digunakan seperti tenggala masih diperbuat
daripada kayu.Tenaga binatang digunakan untuk membantu dalam aktiviti
pertanian.Golongan petani merupakan golongan miskin yang
tertindas.Mereka terbeban dengan cukai tanah dan tidak ada kebebasan
melakukan kerja lain.Ini menyebabkan golongan petani memberontak dan
bangkit menentang golongan bangsawan,dan mereka menuntut hak hak
dan kebebasan mereka,contohnya,kehidupan yang bebas seperti
memasuki hutan dan pergi berburu,pemansuhan amalan
perhambaan,menuntut untuk mendapatkan semula tanah awam.Walau
bagaimanapun,perkara tersebut mendapat perhatian daripada
pemerintah Jerman.Pemerintahan Jerman mula melakuakan perubahan
dan pembaharuan dalam bidang pertanian,antara pembaharuan
dilakukan ialah pembinaan terusan Frederick,mengecualikan cukai selama 10
tahun,penghapusan serf,pembahagian tanah pertanian untuk menggalakkan
pertanian.
Selain itu ialah perindustrian.Pada abad ke-16,industri tekstil
diusahakan secara besar-besaran di Jerman.Perusahaan sutera juga
berkembang pesat.Masyarakat desa turut terlibat dalam perusahaan
menghasilakan pakaian berasaskan kain bulu dan kain linen.Muncul
kilang-kilang tekstil pada abad ke-18 di Bohemia.Perdagangan tertumpu di
bandar seperti Luberk,Hamburg dan Bremen.Venice muncul menjadi
pelabuhan utama dan penting.Bandar-bandar baru turut muncul

berikutan kepesatan perusahaan bijirin,pertukangan dan pemasaran


lembu.Perkembangan industri semakin rancak ekoran wujudnya
kerjasama antara kerajaan dengan pihak swasta.Sebagai
contoh,pembinaan kilang senjata di Spandau,Berlin.Kepesatan ekonomi di
Jerman membawa kepada pengukuhan kedudukan
saudagar(borjois).Golongan saudagar ini kemudiannya menubuhkan
pelbagai organisasi perniagaan baru sehingga menenggelamkan
organisasi perniagaan tradisional seperti kesatuan saudagar.
Akhir sekali ialah dalam bidang perbankan,institusi kewangan seperti
bank juga mula ditubuhkan.Bank-bank di Jerman banyak memberi
bantuan kewangan atau modal kepada pedagang Jerman.Peruntukan
modal ini membantu merancakkan urusan perdagangan termasuklah
dengan Sepanyol dan Portugal.Barangan buatan kilang Jerman dipasarkan di
Lisbon dan Sevile.Pada abad ke-18,bandar Frankfurt menjadi tumpuan
penduduk ekoran kepesatan ekonomi perbankan dan perdagangan.
Kesimpulannya,perkembangan ekonomi feudalisme di Jerman dan Perancis
begitu pesat dengan melakukan banyak perubahan dalam sektor
pertanian,perindustrian dan perbankan.Hasil keluaran pertanian yang
banyak membawa kepada berkembangnya industri dan perdagangan yang
didominasikan oleh golongan saudagar.Ekonomi feudalisme di Jerman dan
Perancis banyak didorong oleh peranan yang dimainkan oleh golongan
petani.

Anda mungkin juga menyukai