Anda di halaman 1dari 9

BORANG KAJI SELIDIK 1 Maklumat diri Nama Guru Umur Jantina Nama sekolah No telefon : Radizam bin A.

Kadir : 45 tahun : Lelaki : SK LKTP Air Tawar 5 : 078953848 KSSR: 4 tahun

Pengalaman Mengajar : KBSR :15 tahun

1.

Adakah cikgu pernah menghadiri kursus KSSR? Ya , pada tahun 2010.

2.

Berapa pula jumlah masa yang diperuntukkan mengajar Matematik KSSR? 6 waktu seminggu.

3. Apakah perbezaan di antara KSSR dan KBSR yang paling utama? Dalam fokus KBSR terdapat hanya 3M iaitu membaca, menulis, mengira. Ini berbeza dengan KSSR yang ditambah lagi elemennya menjadi 4M iaitu membaca, menulis, mengira serta menaakul. Ini jelas menunjukkan bahawa KSSR banyak penambahbaikan. Jika merujuk kepada matlamat umum pelaksanaan, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) adalah satu transformasi pendidikan, iaitu proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah. Pelaksanaan KSSR adalah sangat bertepatan dan sesuai pada masanya. Maka dengan itu, pengenalan kepada KSSR ini diharapkan dapat membaharui kurikulum sedia ada dan memastikan ianya relevan dengan keperluan pendidikan semasa.

4. Pada pendapat cikgu, apakah kekuatan KSSR? Ada beberapa kekuatan dalam KSSR. Antaranya adalah : Fokus 3M iaitu membaca, menulis dan mengira yang di laksanakan sejak KBSR ditambah dengan satu lagi aspek iaitu menaakul menjadikannya 4M. Menerapkan elemen kreativiti dan inovasi, keusahawanan, teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran . KSSR masih mengekalkan prinsip KBSR dengan mempunyai penambahbaikan iaitu menggunakan pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, pendidikan sama rata untuk semua murid serta pendidikan seumur hidup. 5. Apa pula kelemahan yang dikenal pasti dalam KSSR? Guru tidak dibenarkan membandingkan murid serta meletakkan skala yang

menunjukkan kedudukan mereka seperti digunakan sebelum ini. Tiada sistem peperiksaan dan ini mungkin menyebabkan tiada persaingan di antara murid di dalam kelas.

6.

Adakah KSSR mampu membantu guru meningkatkan penguasaan matematik

di

kalangan murid sekolah rendah dan keberkesanannya? Seperti yang kita sedia maklum, dalam KSSR terdapat banyak pembaharuan dilakukan serta penambahbaikan dari banyak aspek. Jika dilihat sekali imbas sekalipun, kurikulum baru ini sudah semestinya mampu membantu guru meningkatkan penguasaan matematik.

7. Adakah KSSR Matematik relevan dengan sistem pendidikan pada masa kini? Ya, sangat relevan tetapi perlu penambahbaikan.

8. Pada pandangan cikgu, apakah penambahbaikan yang perlu dalam KSSR ini? KSSR ini sangat baik namun begitu penerangan yang lebih jelas dan terperinci perlu diberikan kepada semua guru apa yang sepatutnya dilaksanakan dari segi strategi pengajaran dan pembelajaran dalam usaha mencapai kemahiran 3M iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul.

BORANG SOAL SELIDIK 2

Nama Umur Jantina Nama sekolah No telefon

: Rafiah binti Md. Ali : 45 tahun : Perempuan : SK LKTP Air Tawar 5 : 078953848 KSSR: 4 tahun

Pengalaman Mengajar : KBSR :13 tahun

1.

Adakah cikgu pernah menghadiri kursus KSSR? Ya , pada tahun 2010.

2.

Berapa pula jumlah masa yang diperuntukkan mengajar Matematik KSSR? 6 waktu seminggu.

3. Apakah perbezaan di antara KSSR dan KBSR yang paling utama? Dari segi bahan kurikulum, KBSR menggunakan sukatan pelajaran yang sentiasa diubah mengikut keadaan manakala KSSR menggunakan pendekatan baru iaitu Dokumen Standard Kurikulum. Ini kerana KSSR banyak menggunakan modul-modul selaras dengan standard kurikulum.

4. Pada pendapat cikgu, apakah kekuatan KSSR? Ada beberapa kekuatan dalam KSSR. Antaranya adalah : Pengukuran tahap pembelajaran murid kini dapat dilakukan menerusi standard prestasi yang berupaya menentukan tahap penguasaan mereka mengikut band bermula dari satu hingga enam.

Segala perkembangan murid dapat dipantau apabila hasil kerja mereka t disimpan dalam portfolio. Dokumen itu merekodkan kegiatan dan pencapaian murid sepanjang sesi persekolahannya untuk rujukan guru dan ibu bapa. Mengurangkan tekanan peperiksaan awam, memperkukuh Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan memperbaiki pembelajaran murid secara berterusan dengan lebih berkesan.

5. Apa pula kelemahan yang dikenal pasti dalam KSSR? Guru perlu menyimpan tahap penguasaan murid melalui sistem atas talian di mana sistem ini tidak beroperasi dengan lancar dan menyebabkan proses kemasukan band tidak lancar. Menambahkan beban kerana guru perlu memasukkan evidens murid di dalam fail dan banyak proses lagi yang terpaksa guru hadapi. 6. Adakah KSSR mampu membantu guru meningkatkan penguasaan matematik di

kalangan murid sekolah rendah dan keberkesanannya? Ya, dengan adanya pentaksiran yang dibuat oleh guru hampir setiap hari. Ini secara tidak langsung dapat meningkatkan penguasaan murid dalam matematik.

7. Adakah KSSR Matematik relevan dengan sistem pendidikan pada masa kini? Ya, sangat relevan tetapi perlu penambahbaikan.

8. Pada pandangan cikgu, apakah penambahbaikan yang perlu dalam KSSR ini? Saya sangat mengharapkan supaya sistem kemasukan tahap penguasaan murid dipertingkatkan lagi supaya proses pentaksiran dapat berjalan dengan lancar tanpa masalah.

BORANG SOAL SELIDIK 23 Nama Umur : Rafidah binti Sariat : 43 tahun

Jantina Nama sekolah No telefon

: Perempuan : SK LKTP Air Tawar 5 : 078953848 KSSR: 2 tahun

Pengalaman Mengajar : KBSR :15

1.

Adakah cikgu pernah menghadiri kursus KSSR? Ya , pada tahun 2011.

2.

Berapa pula jumlah masa yang diperuntukkan mengajar Matematik KSSR? 6 waktu seminggu.

3. Apakah perbezaan di antara KSSR dan KBSR yang paling utama? KBSR lebih kepada kurikulum berorientasikan peperiksaan untuk murid-murid manakala KSSR mengutamakan pentaksiran kepada setiap murid di mana murid akan dinilai melalui band 1 hingga 6. 4. Pada pendapat cikgu, apakah kekuatan KSSR? Walaupun ujian bertulis masih dijalankan seperti dulu, proses penilaianKSSR mengambil kira kemahiran insaniah dan kebolehan yangditonjolkan murid dalam kelas. Menambah satu lagi kemahiran di mana Fokus 3M iaitu membaca, menulis dan

mengira yang dilaksanakan sejak KBSR ditambah dengan satu lagi aspek iaitu menaakul menjadikannya 4M. Murid diberi latihan yang merupakan pentaksiran dan kemudian dinilai dengan pemberian band 1-6. Secara tidak langsung murid akan diberi latihan selepas setiap topik yang diajar.

5. Apa pula kelemahan yang dikenal pasti dalam KSSR?

Murid mungkin akan tertekan kerana perlu menjawab pentaksiran bukan hanya tertumpu pada satu mata pelajaran tetapi dalam semua mata pelajaran. Ini boleh menyebabkan murid tidak fokus dalam pelajaran. Guru tidak pasti apakah kaedah dan pendekatan yang perlu digunakan oleh mereka semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam usaha untuk menerapkan dan meningkatkan kemahiran menaakul kepada murid-murid. 6. Adakah KSSR mampu membantu guru meningkatkan penguasaan matematik di

kalangan murid sekolah rendah dan keberkesanannya? Ya, guru perlu memberi penekanan terhadap kefahaman murid tentang apa yang dipelajari supaya murid tersebut dapat melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang bermakna serta memberi kesan kepada mereka. Guru juga perlu memainkan peranan yang penting dalam mengaplikasikan Matematik dalam kehidupan seharian supaya murid dapat melihat subjek Matematik secara keseluruhan dan bukan hanya pada satu skop di dalam bilik darjah semata-mata.

7. Adakah KSSR Matematik relevan dengan sistem pendidikan pada masa kini? Ya, sangat relevan tetapi perlu penambahbaikan.

8. Pada pandangan cikgu, apakah penambahbaikan yang perlu dalam KSSR ini? Kebanyakan guru mengharapkan pendedahan dan kursus yang memfokuskan kemahiran menaakul diberi kepada guru-guru. Tajuk dalam Matematik KSSR terlalu banyak. Mungkin boleh dikecilkan tajuk supaya murid dapat memahami sesuatu tajuk dengan lebih berkesan.

Anda mungkin juga menyukai