Anda di halaman 1dari 6

1.

Rasional:

Aktiviti perkhemahan adalah antara aktiviti-aktiviti utama kegiatan kokurikulum di sekolah. Melalui aktiviti ini, unsur- unsur asas pembangunan
kemanusiaan dipupuk secara hands on dengan para peserta dipupuk dengan sifat
mulia seperti bertoleransi , bertolak ansur, tolong menolong, berdisiplin dan lebih
mengutamakan kepentingan bersama daripada kepentingan peribadi.
Aktiviti perkhemahan juga mendedahkan para peserta kepada cabaran- cabaran
fizikal dan mental yang secaratidak langsung memantapkan semangat juang dan
keyakinan diri masing masing
Seterusnya, perkhemahan yang dilaksanakan secara sistematik dan
bersepadu , secara tidak langsung mewujudkan peluang kepada para peserta
mengembangkan kemahiran kognitif, afektif dan psikomotor masing masing.
Misalnya dengan menjalani aktiviti jungle tracking, para pelajar bukan sahaja dapat
pengetahuan tentang flora dan fauna , tetapi juga kemantapan kekuatan fizikal dan
kematangan emosi, selain daripada memperolehi kemahiran ikhtiar hidup dalam
keadaan terdesak serta mencabar
2.
Latar Belakang :
Selaras dengan rasional di atas. Sekolah Kebangsaan LKTP Air Tawar 5 akan
menganjurkan Perkhemahan unit Uniform 2012 dengan hasrat memberi peluang
kepada pelajar menyertai perkhemahan secara terancang dan sejajar dengan cita
cita melahirkan generasi pelajar yang dinamik dan berkualiti serta seimbang dari
segi jasmani, emosi , Rohani dan Intelek.Program ini juga diharapkan dapat
memberi peluang kepada pelajar untuk membina dan memupuk integrasi di
kalangan pelajar dalam usaha membentuk generasi alaf baru yang berkemahiran
membina dan mengembangkan jaringan hubungan dan kesatuan antara pelbagai
kaum demi mewujudkan sebuah bangsa Malaysia yang harmonis dan bersatu padu
3.
Matlamat:
Sesuai dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan,maka program ini dirancang sebagai sebahagian daripada usaha
berterusan untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi dan
intelek serta berpotensi untuk memberi sumbangan kepada kesejahteraan dan
kemajuan diri sendiri, masyarakat, bangsa, Negara dan agama.Untuk membantu
merealisasikan matlamat utama di atas, maka pelaksanaan perkhemahan ini
adalah bertujuan unuk melahirkan generasi pelajar yang berwawasan, mempunyai
imej kendiri positif, berakhlak mulia serta berfikiran matang sehingga mampu
menangani masalah dan pancaroba hidup seterusnya. Melalui aktiviti yang
dilaksanakan, adalah diharapkan agar para peserta memupuk kesedaran dan
kefahaman perlunya mengamalkan prinsip prinsip berorganisasi ke arah mencapai
matlamat diri dan organisasi, membina sahsiah yang berdaya saing, berdaya tahan
dan berdaya juang yang tinggi,menghargai dan mencintai nilai nilai budaya
bangsa yang relevan dengan perkembangan semasa.
4.
4.1
4.2

Objektif:
Mendedahkan para peserta kepada aspek aspek asas perkhemahan.
Melatih para peserta berkomunikasi di antara satu sama lain.

4.3

Melatih para peserta melaksanakan aktiviti aktiviti kehidupan seharian


secara teratur dan berdisiplin
4.4
Mendedahkan para pelajar dengan pelbagai kemahiran ikhtiar hidup.
4.5
Memberi peluang kepada para peserta menjalani latihan latihan lasak dan
mencabar.
4.6
Memberi peluang kepada para peserta mengembangkan kreativiti masing
masing dalam bidang kesenian dan kebudayaan
4.7
Membimbing para pelajar menghayati dan mengamalkan rukun
rukun beragama dan kehidupan bermoral
5.

Tema:
CINTAI ALAM SEKITAR

6.

Konsep Pelaksanaan:

6.1
6.2
6.3
6.4
6.5
6.6
6.7
6.8
6.9

Perkhemahan akan dilaksanakan berdasarkan konsep Pembelajaran melalui


aktiviti. Untuk mempraktikkan konsep ini, beberapa aktiviti khusus telah
dirangka dengan menggabungkanunsur-unsur berikut:Pemupukan semangat kerjasama dan berpasukan.
Penerapan nilai nilai murni kemanusiaan.
Pemupukan ketahanan mental dan pengawalan emosi
Pengukuhan disiplin kendiri
Pengukuhan disiplin berpasukan
Pengukuhan keimanan dan ketakwaan
Pembinaan daya saing dan daya juang yang tinggi
Penyemaian ciri ciri kepimpinan berwibawa.
Menjana keriangan dan keseronokan bersama secara integratif danharmoni

7.

Aktiviti :
Aktiviti yang akan diadakan akan dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu aktiviti
tanpa pertandingan dan aktiviti pertandingan.

SENARAI AKTIVITI PERTANDINGAN

8.

bil
1
2
3
4
5
6
7

aktiviti
Kawad kaki sebaris
Pertolongan cemas
Masakan rimba
Kraftangan
Gajet
Ikatan
Memasang khemah

8
9
10

Lari berhalangan
Gubahan
Malam Kebudayaan
Ketetapan dan pelaksanaan:

pengendali
Platun ALFA & Platun ECKO
Platun BRAVO
Platun CHARLIE
Platun DELTA
Platun ECKO
Platun FOSROT
Platun ALFA & Platun
FOSROT
Platun BRAVO
Platun CHARLIE
Platun DELTA

8.1
8.2
8.3
8.4

Tarikh: 16 hingga 18 Oktober 2012


Hari: Jumaat - Ahad
Tempat: Pusat Kokurikulum, SK Johor Kampung
Majlis Perasmian Penutup
a)Tarikh
: 18 Oktober 2012
b)Hari
: Ahad
c)Masa
:12.00 Tengahari
d)Tetamu Kehormat
: YDP PIBG SK LKTP Air Tawar 5

9.

Maklumat Penyertaan:
Setiap badan uniform akan diwakili oleh semua pelajar tahun 5 dan 6 .
Anggaran bilangan peserta perkhemahan ialah seramai 90 orang.
Bilangan ahli Unit Beruniform 2012

Platun
Platun
Platun
Platun
Platun
Platun

UNIT
BERUNIFORM
ALFA
BRAVO
CHARLIE
DELTA
ECKO
FOSROT

10.

Jawatankuasa Kerja Perkhemahan Badan Uniform 2012

Penaung:
Pengerusi:
Naib Pengerusi:
Naib Pengerusi 2:
Naib Pengerusi 3:
Penyelaras:
Setiausaha:
Bendahari:
Ahli Jawatankuasa:
Elektrik / Siaraya:

LELAKI
TAHUN 5
TAHUN 6
4
6
3
6
2
5
3
5
3
4
4
5

PEREMPUAN
TAHUN 5
TAHUN 6
3
2
3
3
2
6
3
4
3
5
2
4

En. Mohd Noor bin Endut YDP PIBG SK LKTP Air Tawar 5
En Abu Bakar Ahmad Guru Besar, SK LKTP Air Tawar 5
En Kassim bin Ibrahim GPK Ko-Kurikulum SKAT5
Pn. Jamaliah Bt Jamali GPK Hal Ehwal Murid
En. Sanip Bin Salim GPK Kurikulum
Pn. Azlinda Bt Mustakin
Cik Halimah Bt Misran
Pn Hazlina Bt Salam

En. Wahab Bin Salim


En Hakim Bin Lokman
Hadiah / Cenderahati
Pn Rosina bt mohd Ali
Pn Armah Bt Nawawi
Persiapan Tempat En Radizam/Pn Rafiah Bt Mohd Ali
Pn Zaniza Bt Rohani
Makan / Minum
Pn Rafidah Bt Hassan
Pn Rafiah Bt Sariat
Pn norazlin bt zakaria
Sijil /Buku Program Cik Siti Halimah Bt Misran
Pn Jamiezma Bt Jemangin
Kerohanian
En. Hakim Bin Othman
Tapak Perkhemahan
En Qayyum B Mahfuz
Apresiasi seni
Pn. Norazlin bt Zakaria
Dokumentasi
Pn Zaniza Bt Md Rohani

11.Anggaran Perbelanjaan:
Bil
1
2

12.

perkara
Makan murid
Hadiah pertandingan

Butiran

Jumlah
(RM)
RM35 X 90 orang
3150.00
Johan
250.00
N.Johan
150.00
Ketiga
120.00
Peserta terbaik (L/P) 2 X RM10
70.00
JUMLAH
3740.00

Peraturan tetap perkhemahan:


a)
Setiap penyertaan mestilah di atas kerelaan sendiri dengan
kebenaran bertulis dari ibu bapa atau penjaga
b)
Semua peserta diwajibkan mematuhi semua peraturan yang
ditetapkansemasa menyertai perkhemahan.
c)
Setiap peserta dikehendaki menginap di dalam khemah yang telah
ditetapkan. Sebarang permohonan untuk menginap di luar
kawasan perkhemahan tidak akan dilayan.
d)
Tiada siapa peserta pun yang akan dibenarkan
meninggalkan perkhemahan, kecuali dengan kelulusan kem komandan
atau guru bertugas.
e)
Membawa masuk sebarang bentuk senjata atau sebarang peralatan
yang boleh digunakan sebagai senjata adalah dilarang
f)
Peserta juga dilarang sama sekali membawa barang- barang kemas
atau barang barang lain yang berharga , termasuklah peralatan
elektronik
g)
Para peserta dilarang sama sekali daripada memasuki kawasan
kawasanlarangan yang ditandakan atau ditetapkan oleh Jawatankuasa
Pelaksanatermasuklah kawasan penginapan jurulatih atau pegawai
bertugas dankawasan perkhemahan peserta berlainan jantina.
h)
Semua peserta dikehendaki sentiasa mematuhi arahan arahan
yangdikeluarkan dari semasa ke semasa, khususnya semasa
melaksanakanaktiviti aktiviti di sepanjang perkhemahan.
i)
Semua pihak yang terlibat dalam perkhemahan dilarang merokok
dalam kawasan perkhemahan dan membuang sampah di merata-rata
tempat.
j)
Semua peserta perlu sensitive kepada keperluan keselamatan
sepanjang masa.
k)
Tidak dibenarkan berinteraksi dengan orang luar tanpa kebenaran dari
pihak penganjur.
l)
Peserta diwajibkan mengerjakan solat berjemaah di surau pada waktu
yang ditetapkanoleh kem komandan.
m)
Setiap peserta, tidak dibenarkan berkeliaran di luar khemah masingmasing, selepas jam 12.00 tengah malam

JADUAL AKTIVITI PERKHEMAHAN


Masa/Hari

JUMAAT

SABTU

AHAD

5.30 am

BANGUN/SIAP DIRI/SOLAT/RIADAH

7.30 am

SARAPAN PAGI & PEMERIKSAAN PAGI

8.30 am

PERTOLONGAN CEMAS

MEMBERSIH TAPAK

9.30 am

MASAKAN RIMBA

12.30tgh

REHAT
MAKAN TENGAHARI
SOLAT ZUHUR

MAJLIS PENUTUP
DAN
PENYAMPAIAN HADIAH
JAMUAN

2.00 pm

TIBA DARI SEKOLAH


PENDAFTARAN
MENDIRIKAN KHEMAH

PERTANDINGAN
GUBAHAN

4.00 pm

TAKLIMAT KEM
KOMANDEN

KRAFTANGAN

5.00 pm

KAWAD KAKI SEBARIS

LARI BERHALANGAN

7.00 pm

MAKAN
SOLAT MAGHRIB
SOLAT ISYAK

MAKAN
SOLAT MAGHRIB
SOLAT ISYAK

9.00 pm

KEMBARA MALAM

MALAM KEBUDAYAAN

11.00 pm

MINUM MALAM &TIDUR

MINUM MALAM &TIDUR

13.

BERANGKAT
PULANG
KE RUMAH

Harapan:
Kejayaan perkhemahan ini amat bergantung kepada kerjasama semua pihak.
Demikian juga,sokongan dan bantuan ehsan dari semua pihak akan secara
langsung turut menyumbang kepada kejayaan itu.
DISEDIAKAN OLEH
OLEH

DISEMAK OLEH

DISAHKAN

(AZLINDA MUSTAKIN)
PENYELARAS UNIT BERUNIFORM
SKAT

..

2012

Kertas
Kerja
PROGRAM PERKHEMAHAN
UNIT BERUNIFORM SKAT 5
2012
Tarikh:
16 HINGGA 18 OKTOBER 2012

Masa:
2.00 PETANG JUMAAT
12.30 TENGAHARI AHAD

Tempat:
PUSAT KOKURIKULUM
SK JOHOR KAMPONG

5 TAHUN

Anda mungkin juga menyukai