Anda di halaman 1dari 12

INSTITUT PERGURUAN TEMENGGONG IBRAHIM

MTE3073E


PEMBELAJARAN
KONSTRUKTIVISME

DISEDIAKAN OLEH:

SURAINI BINTI SUIP
ZURINAWATI BINTI MAHDI
WAN HASNAH BINTI WAN SHAFEI
Proses pembelajaran adalah aktif dan dinamik.
berkembang sedikit demi sedikit sepanjang hayat
seorang individu.
Membina atau konstruk ilmu pengetahuan dengan
usaha sendiri.
Pembelajaran merupakan satu proses yang aktif dan
pelajar membina konsep baharu atau pengetahuan
baharu berasaskan pengalaman.
Setiap individu mempunyai perwakilan pengetahuan
sendiri melalui pengalaman yang dialami.
Pembelajaran berlaku apabila ketidakseimbangan
berlaku di antara kerangka dengan maklumat baharu.

TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME
TOKOH- TOKOH
Jean Piaget,
Jerome Bruner,
Lev Vygotsky,
John Dewey
Seymour Papert
- Menurut penyokong konstruktivisme,
apabila manusia berhadapan dengan
sesuatu yang tidak diketahui, mereka akan
ingin memahaminya.
Menurut teori konstruktivisme,
pengetahuan adalah produk minda yang
dibina dengan pengalaman dan input baharu
yang diterima melalui deria-deria sebagai
hasil persepsi

Pembelajaran konstruktivisme adalah
pembelajaran aktif dan dinamik. Ia terhasil
daripada pengubahsuaian idea-idea yang
sedia ada dengan input melalui proses
asimilasi dan akomodasi dalam skema.

Setiap pelajar yang menerima maklumat akan
memprosesnya secara kognitif untuk mencerminkan dan
membayangkan keperluan, sifat semula jadi, pemikiran,
sikap, kepercayaan dan perasaannya sendiri.

Ahli konstruktivis menganggap bahawa ilmu
pengetahuan tidak boleh wujud di luar minda tetapi dibina
dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar.

Ilmu pengetahuan dibina melalui proses saling
mempengaruhi di antara pembelajaran lampau dengan
pembelajaran terbaru yang berkaitan.

Prinsip-prinsip Konstruktivisme








Implikasi Teori Konstruktivisme Dalam Bilik Darjah
1. Pembinaan Ilmu Pengetahuan Kendiri
- Pelajar membina pengetahuan sendiri daripada pengalaman,
interaksi sosial dan persekitaran.
2. Penaakulan dan Penggunaan Logik Diaplikasikan Secara
Aktif
- Pelajar menyedari bahawa ilmu atau maklumat yang ada
padanya tidak serasi dengan penerangan baharu, pelajar tersebut
akan bermotivasi untuk membetulkan ketidakseimbangan dalam
dirinya. Pelajar berusaha menerima informasi baharu dan
menganalisisnya sebelum menerima atau menolak.
3. Penggunaan Bahan Bantu Belajar
- Pelbagai bahan bantu mengajar yang menarik disediakan oleh
guru untuk membantu pelajar dalam proses pembelajaran kendiri
dan cepat menguasai ilmu baharu.




4. Penglibatan Secara Aktif
- Para pelajar boleh membina ilmu pengetahuan dengan
melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti-aktiviti
pembelajaran dan pelajaran.

5. Strategi Pembelajaran
- Guru perlu merancang dan menggalakkan
pembelajaran kumpulan koperatif, pembelajaran
berasaskan projek dan pendidikan kajian luar yang
memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk
mengendalikan pembelajaran kendiri mereka. Pelajar
perlu merancang strategik pembelajaran yang berkesan
untuk diri sendiri serta membuka refleksi dan menilai
tentang pembelajaran yang telah berlaku.




PENUTUP
Sebagai kesimpulannya, teori konstruktivisme ini amat
menekankan bahawa pembelajaran merupakan suatu proses
yang aktif dan dinamik. Para pelajar dapat membina konsep
dan pengetahuan baharu berasaskan pengalaman-
pengalaman yang mereka perolehi. Melalui pengalaman
mereka, setiap individu mempunyai perwakilan pengetahuan
sendiri. Pembelajaran ini seterusnya berlaku apabila
ketidakseimbangan berlaku di antara kerangka dengan
maklumat baharu. Teori ini amat sesuai sekali untuk
diaplikasikan ke dalam proses pembelajaran dan pelajaran
seiring sistem pendidikan masa kini yang menuntut supaya
setiap individu yang berkaitan mengaplikasikan kemajuan
teknologi yang tersedia pada masa kini



SEKIAN, TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai