Anda di halaman 1dari 7

Soalan 11: Bincangkan ciri-ciri kemajuan

masyarakat maritim di Portugal pada


abad ke-16 hingga 17 masihi.
PENDAHULUAN • Masyarakat maritim merujuk kepada masyarakat yang menjalankan
kegiatan ekonomi berasaskan kelautan seperti perdagangan, perikanan,
pengumpulan hasil laut, perkapalan, penerokaan dan penjelajahan.
• Perkembangan ini menyebabkan lahirnya masyarakat maritim yang
terdiri daripada pelayar, peneroka, pelaut dan pedagang.
• Oleh itu, Terdapat beberapa ciri kemajuan yang dicapai oleh masyarakat
maritim di Portugal pada abad ke-16 hingga 17 masihi.
FAKTA 1 • Antara ciri kemajuan yang dicapai oleh masyarakat maritim di Portugal ialah kemajuan
dalam kegiatan ekonomi.
• Masyarakat maritim di Portugal mengalami kemajuan yang pesat dalam kegiatan ekonomi
terutamanya aktiviti perdagangan.
• Kegiatan perdagangan berjalan dengan pesat apabila munculnya pelabuhan seperti Lisbon
Antwerp, Sines, Aveiro dan lain-lain.
• Ekspedisi ke Timur juga telah menyebabkan Portugal dapat menguasai perdagangan dunia.
• Pedagang Portugal dapat memperoleh rempah ratus, sutera dan batu permata dari Timur
dan membawa hasil hutan dan bahan pencelup dari Brazil.
• Dengan demikian, mereka dapat memperoleh barang-barang tersebut pada kadar harga
yang rendah dan memecah monopoli saudagar-saudagar Islam.
• Selain perdagangan, masyarakat Portugal juga terlibat dalam aktiviti menangkap ikan,
mengumpul hasil laut dan membina kapal.
• Jelaslah bahawa, kegiatan ekonomi masyarakat maritim di Portugal yang berkait rapat
dengan aktiviti kelautan membawa kepada kemajuan masyarakat ini pada abad ke-16
hingga 17 masihi.
FAKTA 2 • Selain itu, ciri kemajuan masyarakat maritim di Portugal ialah kemajuan
dalam petempatan.
• Masyarakat maritim Portugal tinggal berhampiran persisir pantai, lembah
sungai, pelabuhan atau bandar pelabuhan yang terletak di muara sungai.
• Petempatan di persisir pantai yang utama ialah di Semenanjung Iberia yang
dikelilingi oleh Lautan Atlantik memudahkan mereka menjalankan kegiatan
seperti perdagangan, menangkap ikan dan mengumpul hasil laut.
• Sebagai contoh, pelabuhan Lisbon dan Antwerp yang menjadi tumpuan
masyarakat telah muncul sebagai pusat pengumpulan dan pengedaran
barang dagangan Portugal.
• Pelabuhan ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti tempat
menyimpan barang, tempat penginapan, bekalan air dan pusat berjual-beli.
• Maka, kawasan tersebut menjadi tumpuan petempatan penduduk dan
menyumbang kepada perkembangan masyarakat maritim di Portugal. Pada
abad ke-16 hingga 17 masihi.
FAKTA 3 • Di samping itu, ciri kemajuan masyarakat maritim di Portugal ialah kemajuan dalam
teknologi perkapalan dan pelayaran.
• Masyarakat maritim Portugal mempunyai kemahiran dalam pembinaan kapal dan perahu.
• Kapal-kapal yang dibina mempunyai kemampuan untuk belayar di lautan luas.
• Contohnya, mereka mahir membina kapal jenis Caravel seberat 2000 tan, berteknologi
tinggi dan mampu melakukan pelayaran jarak jauh seperti ke Timur.
• Dalam pada itu, masyarakat maritim Portugal mempunyai kemahiran dalam pelayaran.
• Tokoh yang telah memainkan peranan penting dalam teknolagi pelayaran ialah Putera
Henry yang telah mengasaskan sebuah sekolah pelayaran di Sagres.
• Kewujudan sekolah ini juga membolehkan masyarakat Portugal terdedah kepada ilmu
nautika.
• Antara peralatan yang dicipta ialah kompas magnetik, astrolab, carta pelayaran dan reka
bentuk kapal.
• Kompas magnetik digunakan untuk menentukan arah pelayaran.
• Astrolab yang digunakan oleh pelaut Portugal merupakan hasil ciptaan orang Arab.
Kegunaan alat ini adalah untuk menentukan kedudukan kapal ketika berada di tengah
laut.
• Mereka juga telah mencipta peta benua Eropah yang terkini dan peta yang dihasilkan
mempunyai catatan yang tepat mengenai sesuatu wilayah.

• Jelaslah bahawa, kemajuan teknologi perkapalan dan pelayaran merupakan satu ciri
penting yang menyumbang kepada kemajuan masyarakat maritim di Portugal.
FAKTA 4 • Akhir sekali, ciri kemajuan masyarakat maritim di Portugal ialah kemajuan dalam penjelajahan dan
penerokaan.
• Masyarakat Portugal merupakan perintis dan telah melancarkan beberapa ekspedisi untuk mencari
jalan laut ke Timur.
• Penglibatan orang Portugal dalam bidang penjelajahan dan penerokaan dapat dikesan sebelum abad
ke-16 lagi.
• Portugal mempunyai tokoh pelayar yang hebat akibat dari galakan yang diberi oleh pemerintahnya.
• Antara contoh tokoh yang terlibat dalam ekspedisi penerokaan dan penjelajahan ialah Batholomew
Diaz yang telah belayar ke Tanjung Pengharapan; bahagian selatan Afrika pada tahun 1487.
• Vasco Da Gama berjaya mengelilingi Tanjung Harapan dan belayar sampai ke Malindi. Beliau pernah
mendapat bantuan Ibn Majid untuk merentasi Lautan Hindi dan berjaya sampai ke Calicut, India
pada tahun 1498.
• Pada tahun 1503, Francisco de Almeida memulakan usaha menguasai jalan perdagangan ke Timur
sehingga berlaku pertembungan dengan pedagang Arab yang akhirnya menyebabkan Portugal
menguasai jalan perdagangan di Laut Arab dan Laut Hindi.
• Lopez de Squeira dihantar ke Melaka pada tahun 1509 menyebabkan Melaka jatuh kepada Portugal
pada tahun 1511.
• Jelaslah, kegiatan penerokaan dan penjelajahan melengkapkan lagi ciri kemajuan masyarakat
maritim di Portugal apabila negara ini dapat menguasai laluan perdagangan ke Timur.
PENUTUP • Kesimpulannya terdapat banyak ciri kemajuan yang dicapai oleh
masyarakat maritim Portugal terutamanya dalam kegiatan perdagangan,
perkapalan dan pelayaran, penerokaan dan penjelajahan.
• Perkembangan ini menyebabkan Portugal muncul sebagai kuasa maritim
yang hebat di dunia pada abad ke-16 dan ke-17.

Anda mungkin juga menyukai