Anda di halaman 1dari 6

Perkembangan Ilmu di England

Pengenalan
Perkembangan ilmu di Eropah tercetus kesan daripada gerakan Renaisans yang bermula di Itali pada
abad ke-14. Renaisans bermula sekitar abad ke-14 dan mencapai kemuncaknya pada abad ke-16. Di
England, Renaisans bermula pada era pemerintahan Ratu Elizabeth. Perkembangan keilmuan di
Eropah dapat dilihat dalam beberapa peringkat seperti yang ditunjukkan dalam rajah berikut;


Zaman renaisans membawa kepada perkembangan dalam bidang keilmuan termasuk dalam agama,
politik, sosial dan ekonomi. Aliran pemikiran seperti humanisme, individualisme dan kritis turut
berkembang.

1. Renaisans


Renaisans bermula di Itali [1350] dan akhirnya merebak ke seluruh Eropah. Zaman renaisans
dianggap sebagai zaman pemulihan semula selepas tragedi Black Death dan masalah politik yang
melanda Eropah pada abad ke-14.
Semasa berlangsungnya zaman renaisans, berlaku perubahan dalam masyarakat Eropah yang
mencakupi beberapa aspek.
i. Aspek Keintelektualan
- Mementingkan semangat inkuiri / penyelidikan / ingin tahu.
- Menekankan pemikiran logik & falsafah.
- Contoh karya terkenal;
i. Andreas Vesaius menulis buku De humani Corporis Fabrica atau Fungsi Badan Manusia
menekankan tentang pembedahan dan anatomi.
ii. Buku tulis Nicolaus Copernicus mengandungi pergerakan bumi mengenai matahari.

ii. Aspek Politik
Zaman renaisans telah membawa kepada pembentukan monarki baharu seperti
Portugal, England, Belanda dan Perancis. Pada abad ke-15, berlaku perubahan dalam
sistem pemerintahan di Eropah. Perubahan ini meliputi'
a. Kuasa raja [meningkat]
b. Kuasa bangsawan [dikurangkan]
c. Usaha untuk menguasai gereja

iii. Aspek Sains
Zaman renaisans merupakan permulaan kepada Revolusi Sains yang tercetus pada abad ke-17. Ahli-
ahli sains pada ketika itu mula;
a. Menekankan kaedah saintifik yg bertentangan dengan pendapat tokoh lama seperti
Aristotle.
b. Mementingkan aspek pemerhatian dalam kajian.
c. Hasil penemuan mesti disertakan dengan bukti empirikal.
Tokoh terkenal yang mendukung penggunaan kaedah saintifik ialah Nicolaus Copernicus, Galileo dan
Francis Bacon.


iv. Aspek Seni dan Seni Bina
Zaman renaisans menyaksikan pengenalan dan perkembangan teknik seni realistik. Teknik ini
berkembang dan menjadi permulaan kepada kaedah seni baru yang menggambarkan alam semula
jadi secara realistik. Sebagai contoh, Leonardo da Vinci melukis anatomi manusia dan alam semula
jadi.
Perkembangan seni bina dapat dilihat dalam reka bentuk bangunan purba. Basilika St. Peter
merupakan contoh seni bina agung yg dibina dengan menggabungkan kemahiran tokoh terkenal
seperti Michelangelo, Raphael dan Sangallo.


2. Reformasi Protestan


Reformasi ini dipelopori oleh tokoh seperti Martin Luther dan John Calvin. Antara faktor tercetusnya
reformasi ini ialah;

i. Ketidakpuasan hati dengan doktrin, ritual dan organisasi Gereja Roman Katolik [GRK]. Sebagai
contoh, penjualan sijil indulgences iaitu surat pengampunan bagi orang Kristian yang berdosa yang
diamalkan oleh pihak gereja.

ii. Merupakan usaha pembaharuan GRK.
Golongan reformis berusaha menghapuskan doktrin palsu dan juga amalan rasuah dalam kalangan
penguasa gereja.
Reformasi ini diperluaskan lagi dengan perkembangan alat percetakan dan kejatuhan empayar Rom
Timur.

Pada Oktober 1517, Martin Luther mengeluarkan 95 tesis. Antara kandungan tesis ini termasuklah;
a. Mengkritik Paus
b. Mengkritik amalan rasuah
c. Mengkritik amalan salah laku seks penguasa gereja
Perkembangan media cetak banyak membantu penyebaran idea reformasi. Kitab Bible telah
diterjemahkan ke dalam bahasa Jerman sekaligus telah meransang perkembangan literasi. Kesan
daripada greakan reformasi ini, kebanyakan negara di utara Eropah menjadi penganut aliran
Protestan dan negara2 di selatan Eropah masih mengekalkan aliran GRK.



3. Revolusi Sains
Zaman renaisans yang bermula di Itali telah berkembang ke seluruh Eropah. Perkembangan ini telah
melahirkan masyarakat yang lebih maju. Pada abad ke-16 dan ke-17, banyak penemuan baru dalam
bidang sains. Kepercayaan lama yang dianggap karut dan misteri yang ditakuti oleh manusia telah
diganti dengan ilmu dan akal [bersifat ilmiah dan logik].
Revolusi sains tercetus didorong oleh faktor seperti;
i. Penciptaan mesin cetak: memudahkan penyebaran penemuan atau idea baru.
ii. Reformasi Protestan: telah melahirkan masyarakat yang celik ilmu sekaligus berjaya menyerap
ilmu baru.
iii. Kegiatan eksplorasi / penjelajahan: Membawa kepada penemuan baru tentang alam semula jadi
seperti haiwan, tumbuhan dan astronomi.
Kemunculan dan perkembangan Revolusi Sains telah menjadi batu asas kepada perkembangan sains
moden. Ilmu pengetahuan berkembang pesat dengan penemuan dan idea baru yang tidak wujud
sebelum ini.

Tokoh Revolusi Sains


Revolusi Sains yang berkembang di Eropah telah membawa perubahan besar dalam penemuan dan
juga pemikiran2 baru. Hasil penemuan dan idea baru ini membawa kepada gambaran dan
penjelasan yang lebih luas dan tepat tentang alam semesta.
4. Zaman Pencerahan
Perkembangan Revolusi Sains telah membawa kepada munculnya Zaman Pencerahan. Zaman
pencerahan merujuk kepada era perubahan masyarakat daripada zaman kegelapan @ kejahilan
kepada zaman baru yang lebih moden. Antara tokoh terkenal di Zaman Pencerahan ialah;
i. John Locke
ii. Voltaire
iii. Montesquieu [menulis buku Spirit of The Laws]
iv. Charles Louis de Secondat

Kesimpulan
Zaman renaisans telah melahirkan masyarakat Eropah yang berpengetahuan. Perkembangan dalam
bidang intelektual, agama, sains dan kesenian telah membawa perubahan yang besar dalam aspek
pemikiran dan kehidupan masyarakat Eropah. Ramai tokoh yang muncul dengan penemuan dan idea
baru sehingga mendorong kepada pembentukan masyarakat yang lebih moden.

Anda mungkin juga menyukai