Anda di halaman 1dari 2

Nur Zahidah 6B4

Bincangkan perubahan pemikiran yang berlaku ke atas masyarakat Eropah selepas Zaman
Renaisans.

Istilah Renaisans bermaksud kelahiran semula iaitu melahirkan masyarakat Eropah


yang lebih berpengetahuan dalam beberapa bidang iaitu bidang intelektual, sastera, dan seni.
Pemulihan budaya ini bermula di Itali pada tahun 1350 hingga tahun 1600 dan akhirnya
merebak ke Eropah. Renaisans di Itali merupakan zaman pemulihan budaya yang
merangkumi tempoh kira-kira dari abad ke-14 hingga abad ke-17. Zaman pemulihan budaya
ini kemudiannya merebak ke seluruh Eropah. Terdapat beberapa perubahan pemikiran yang
berlaku ke atas masyarakat Eropah selepas Zaman Renaisans.

Antara perubahan yang berlaku ialah, dari aspek seni dan seni bina. Zaman Renaisans
menyaksikan pengenalan dan perkembangan teknik seni realistik. Teknik ini berkembang dan
menjadi permulaan kepada kaedah seni baru yang menggambarkan alam semula jadi secara
realistik. Sebagai contoh, Leonardo da Vinci melukis anatomi manusia dan alam semula jadi.
Selain itu, perkembangan seni bina dapat dilihat dalam reka bentuk bangunan purba. Basilika
St. Peter merupakan contoh seni bina agung yang dibina dengan menggabungkan kemahiran
tokoh terkenal seperti Michealangelo, Raphael dan Sangallo. Selain itu, seni juga dapat
melahirkan masyarakat yang lebih bersedia menzahirkan emosi mereka pada Zaman
Renaisans. Penzahiran emosi atau perasaan ini telah dicerminkan dalam muzik, lukisan, dan
ukiran yang dihasilkan. Dari segi psikologinya, unsur begini berjaya memupuk dan
melahirkan budaya yang menyuburkan keyakinan diri. Penzahiran emosi ini berjaya
melakukan perubahan dalam sikap masyarakat terhadap pendidikan yang menekankan
pemikiran logik, saintifik, falsafah dan metafizik. Pendidikan baru ini juga menekankan
tanggungjawab sosial seseorang dalam masyarakat.

Bukan itu sahaja, Renaisans turut menyaksikan perubahan intelektual. Perubahan


intelektual ini mementingkan semangat inkuiri, penyelidikan dan sifat ingin tahu yang ketara
iaitu dalam cara berfikir tentang alam semesta dan kaedah dalam menjelaskan fenomena
semula jadi. Buku bertajuk De humani Corporis Fabrica (Fungsi Badan Manusia) oleh
Andreas Vesalius telah memberi pengetahuan tentang peranan pembedahan, pemerhatian, dan
pandangan mekanistik anatomi. Selain itu, buku karya Nicolaus Copernicus pula
menceritakan bahawa bumi bergerak mengelilingi matahari. Zaman Renaisans ini merupakan
permulaan kepada revolusi sains yang tercetus pada abad ke-17 dan mereka melarikan diri
daripada terikat dengan ancaman gereja.

This study source was downloaded by 100000844047438 from CourseHero.com on 03-24-2022 10:00:29 GMT -05:00

https://www.coursehero.com/file/113027494/ESEI-PERUBAHAN-ZAMAN-RENAISANSdocx/
Seterusnya, dari aspek sains, zaman Renaisans merupakan permulaan kepada revolusi
sains yang tercetus pada abad ke-17. Revolusi sains ini dapat mewujudkan idea-idea yang
menyumbang kearah Revolusi Saintifik dan membawa kepada kemunculan beberapa sains
moden. Ahli-ahli sains pada ketika itu mula menekankan kaedah saintifik yang bertentangan
pendapat dengan tokoh lama seperti Aristotle iaitu mementingkan aspek pemerhatian dalam
kajian dan hasil penemuan hendaklah disertakan dengan bukti Empirikal. Perkembangan ini
telah melahirkan masyarakat yang lebih maju. Contohnya, Isaac Newton telah menghasilkan
revolusi sains dalam bidang graviti dan beliau telah menghasilkan sebuah teori iaitu ‘Law of
Universal Gravitation’. Selain itu, Francis Bacon telah memperkenalkan kaedah eksperimen,
taakulan dan induktif khusus kepada umum.

Akhir sekali, Zaman Renaisans telah mencetuskan revolusi dalam pemikiran politik.
Masyarakat pada Zaman Renaisans telah menolak gereja. Mereka mula mengamalkan
pemikiran bebas kearah sekular iaitu mengasingkan bidang politik dengan agama.
Seterusnya, Zaman Renaisans telah membawa kepada pembentukan monarki baharu seperti
Portugal, England, Belanda dan Perancis. Buktinya, pada abad ke-15, berlaku perubahan
dalam sistem pemerintahan di Eropah seperti sistem republilk, sistem raja berperlembagaan,
sistem persekutuan dan sistem kesatuan. Perubahan ini meliputi peningkatan kuasa raja,
kuasa golongan bangsawan dikurangkan dan usaha untuk menguasai gereja telah
dilaksanakan. Contoh tokoh pemikiran politik ialah Charles Louis Montesquieu yang telah
menulis buku yang bertajuk ‘Spirit of The Laws’.

Kesimpulannya, perubahan ini menjadikan Eropah sebagai sebuah tempat yang penuh
dengan idea-idea baharu dan sekaligus menjadi asas bagi perkembangan Gerakan Intelektual
di Eropah pada abad ke-18. Seterusnya, ramai tokoh yang muncul dengan penemuan dan idea
yang baharu sehingga mendorong kepada pembentukan masyarakat yang lebih
berpengetahuan dan moden di Eropah.

This study source was downloaded by 100000844047438 from CourseHero.com on 03-24-2022 10:00:29 GMT -05:00

https://www.coursehero.com/file/113027494/ESEI-PERUBAHAN-ZAMAN-RENAISANSdocx/
Powered by TCPDF (www.tcpdf.org)

Anda mungkin juga menyukai