Anda di halaman 1dari 4

Zaman Renaissance

Zaman Renaissance merupakan satu sempadan antara zaman kegelapan dan


pencerahan di Eropah. Bincangkan pengertian Renaissance dan sumbangannya di
Eropah.

Pengenalan :
Latar belakang Eropah zaman gelap iaitu zaman tertutup dari sudut ekonomi, politik dan
sosial serta pemikiran yang dikuasai oleh pihak gereja. Rakyat pula pada ketika itu
terpaksa bergantung kepada golongan bangsawan.

Latar belakang Eropah selepas zaman gelap iaitu zaman berlaku perubahan sikap dam
membuka minda serta membawa fahaman baru.

Isi-isi
Pengertian Renaissance

Renaissance berasal dari bahasa Perancis yang bermaksud pemulihan atau


menghidupkan semula aspek kebudayaan dengan memberi penekanan terhadap
pemulihan budaya meliputi aspek ilmu pengetahuan seperti sains, sastera dan seni
klasik yang pernah menjulang Eropah sebagai pusat peradaban dunia pada ketika itu.
Zaman Renaissance berlangsung selama dua abad dari pertengahan abad ke 14
sehingga pertengahan abad ke 16. Ianya bermula di Itali kemudian telah merebak ke
seluruh Eropah melalui perkembangan intelektual dan pemikiran manusia.
Zaman kebangkitan atau kelahiran semula dan pemulihan budaya masyarakat Eropah.
Hasil daripada Renaissance telah membuka jalan kepada kelahiran pelbagai aliran baru
Eropah hingga abad ke 18 seperti Humanisme, rasionalisme, nasionalisme dan
absolutisme.
Sumbangan Renaissance Kepada Eropah

Kemunculan aliran pemikiran yang mementingkan kebebasan akal seperti alam baru
Eropah hingga abad ke 18 seperti Humanisme, rasionalisme, nasionalisme dan
absolutisme berani mempersoalkan kepercayaan dan cara pemikiran lama yang
diamalkan selama ini secara langsung melemahkan kekuasaan golongan feudal.
Itali telah menjadi pusat ilmu yang terkenal di Eropah pada abad ke 15. Hal ini terjadi
apabila Kota constntinople dikuasai oleh Islam telah jatuh ke tangan orang Barat pada
tahun 1453. Keadaan ini telah menyebabkan ramai para ilmuan Islam berhijrah ke
pusat-pusat perdagangan di Itali. Ini menyebabkan Itali menjadi pusat intelektual
terkenal di Eropah pada masa itu.

Renaissance telah membentuk masyarakat perdagangan yang berdaya maju. Keadaan


ini telah melemahkan kedudukan dan kekuasaan golongan feudal yang sentiasa
berusaha menyekat perkembangan ilmu dan masyarakat di Eropah.
Melahirkan tokoh-tokoh pemikir seperti Leonardo de Vinci yang terkenal sebagai
pelukis, pemuzik dan ahli falsafah serta jurutera. Michelangelo merupakan tokoh seni,
arkitek, jurutera, penyair dan ahli anatomi.

Melahirkan ahli-ahli sains terkenal seperti Copernicus dan Galileo.


Melahirkan ahli matematik seperti Tartaglia dan Cardan yang berusaha menghuraikan
persamaan ganda tiga. Tartaglia orang pertama yang menggunakan konsep matematik
dalam ketenteraan iaitu mengukur tembakan peluru mariam. Cardan terlibat dalam
penghasilan ilmu algebra.

Selain itu, Renaissance telah melahirkan tokoh-tokoh perubatan di Eropah. Antara


tokoh perubatan terkenal iaitu William Harvey yang telah memberi sumbangan dalam
kajian peredaran darah.Renaissance telah melahirkan masyarakat yang lebih progresif
dan wujud semangat inquiri sehingga membawa kepada aktiviti penjelajahan dan
penerokaan.
Kesan Zaman Renaissance

Manusia pada zaman Renaissance amat didorong oleh semangat inkuiri. Semangat ini
telah meninggalkan kesannya dalam pelbagai bidang. Bidang ini termasuklah seni lukis,
seni ukir, persuratan, politik, ekonomi dan sosial.

Politik
Dari segi politik, perkembangan yang signifikan pada Zaman Renaissance ialah
kemunculan monarki baru. Kekuatan dan kekuasaan monarki baru ini diasaskan
kepada kewujudan kerajaan pusat dan kesatuan kebangsaan.Kekuasaan monarki ini
telah diperkukuhkan lagi dengan amalan pembayaran cukai secara langsung kepada
kerajaan pusat.

Apabila kuasa raja bertambah kukuh, maka, dengan sendirinya kuasa gereja dan kuasa
golongan bangsawan bertambah kurang.Monarki baru ini terdapat di Portugal, Castile
dan Aragon (Sepanyol), England, Perancis dan Belanda.

Ekonomi

Zaman ini juga memperlihatkan kegiatan ekonomi sara diri kian pupus.
Sebaliknya, sistem perdagangan tempatan dan antarabangsa semakin berkembang
dan meluas. Inilah yang kemudiannya menimbulkan kegiatan penjelajahan dan
penerokaan yang berkembang seiring dengan kemajuan dalam bidang matematik,
geografi, kartografi (teknik melukis peta) dan astronomi.
Dalam hal ini, semangat Renaissance yang menekankan ciri-ciri inkuiri, keobjekifan,
dan eksperimen jelas telah bertanggungjawab merintis jalan kepada pembangunan dan
perkembangan pelbagai ilmu sains seperti biologi, fizik, kimia dan perubatan.
Sosial

Dari sudut sosial, zaman ini telah menampakkan unsur-unsur perubahan dalam
pemikiran dan gaya hidup manusia. Manusia pada Zaman Renaissance lebih bersedia
menzahirkan emosi mereka. Penzahiran emosi atau perasaan ini telah dicerminkan
dalam muzik, lukisan, dan ukiran yang dihasilkan.Dari segi psikologinya, unsur begini
berjaya memupuk dan melahirkan budaya yang menyuburkan keyakinan diri.Satu lagi
kesan sosial yang penting ialah perubahan sikap masyarakat terhadap pendidikan yang
menekankan pemikiran logik, saintifik, falsafah dan metafizik.Pendidikan baru ini juga
menekankan tanggungjawab sosial seseorang dalam masyarakat.Oleh itu, Zaman
Renaissance telah melahirkan "manusia Renaissance" yang mempergunakan
sepenuhnya keupayaan minda mereka dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan bagi
memajukan kehidupan manusia.Salah satu pengajaran yang dapat kita raih daripada
Zaman Renaissance ialah kita harus mempunyai sifat inkuiri dan berani untuk
meneroka perkara dan bidang baru untuk mencapai kejayaan dalam semua jurusan.

Anda mungkin juga menyukai