Anda di halaman 1dari 20

SISTEM EKONOMI DI

INDONESIA 1
CIRI-CIRI
EKONOMI
TRADISIONAL
DI INDONESIA
KEGIATAN EKONOMI SARA DIRI

• Kegiatan ekonomi sara diri seperti pertanian merupakan


kegiatan utama di Indonesia.
• Kegiatan pertanian sara diri yang utama ialah tanaman
padi yang ditanam oleh penduduk peribumi di sepanjang
dataran pantai lanar, lembah, lembangan dan lereng
gunung berapi yang diteres.
• Misalnya, padi sawah ditanam secara giat di Pulau Jawa
dan Madura, Bali dan Sulawesi kerana tanahnya yang
subur dan terdapat sistem pengairan yang baik. Padi
sawah dituai pada bulan April setiap tahun.
• Selain padi sawah, padi huma atau padi bukit juga
ditanam oleh masyarakat peribumi Indonesia.
• Selain itu, perikanan, memungut hasil
hutan, berburu, perlombongan dan
perdagangan secara kecil-kecilan turut
dijalankan.
• Sumber terhad dan untuk keperluan
keluarga sahaja. Lebihan hasil akan
ditukarkan untuk mendapatkan keperluan
asas yang lain.
PENGGUNAAN TEKNOLOGI PRIMITIF

• Aktiviti sara diri hanya menggunakan peralatan tradisi seperti


cangkul, tajak dan tenggala yang ditarik oleh kerbau atau
lembu untuk membajak tanah.
• Hasil yang diperoleh amat sedikit dan hanya mampu
menampung keperluan keluarga.
• Sebelum musim hujan, petani akan membakar kawasan hutan.
Pembakaran hutan akan dilakukan sebanyak tiga kali
• Pertanian dijalankan selama 2 hingga 3 tahun di kawasan yang
sama. Selepas itu, petani akan berpindah ke tempat lain dan
melakukan kaedah yang sama iaitu kaedah sistem pertanian
pindah.
JENIS TANAMAN DIPELBAGAIKAN

• Masyarakat tempatan menanam pelbagai


jenis tanaman lain seperti jagung untuk
menambahkan hasil pengeluaran
makanan.
• Jagung ditanam di Madura, Jawa Timur
dan Sumatera sebagai tanaman makanan
kedua.
• Tanaman Jagung mula diperkenalkan oleh
orang Portugis dari Amerika Selatan pada
abad ke-16.
• Selain jagung, tebu dan kelapa juga
ditanam.
• Tebu ditanam di Cheribon, dataran pantai
utara, bahagian tengah Jawa, Yogyakarta
dan Surakarta.
• Kelapa pula terdapat di seluruh pelosok
Indonesia. Pokok kelapa hidup subur di
kawasan yang mempunyai suhu yang
tinggi, hujan yang lebat dan tanah yang
gembur.
• Petani juga turut mengusahakan tanaman
rempah ratus seperti buah pala, bunga
cengkih dan kayu cendana.
• Bunga cengkih banyak ditanam di Pulau
Muluku, buah pala di Pulau Bonda dan
kayu cendana di Pulau Timur.
KEGIATAN PERDAGANGAN SECARA KECIL-KECILAN

• Masyarakat tempatan juga mengusahakan


perdagangan secara kecil-kecilan antara
kawasan pedalaman dengan kawasan pantai di
pelabuhan.
• Kegiatan ini dijalankan antara pedagang kecil
dan saudagar Jawa dengan penduduk di
kawasan pedalaman yang membawa hasil
kampung ke pelabuhan.
• Pedagang kecil dan para saudagar Jawa
membawa barangan seperti garam, rempah-
ratus, periuk belanga, kain dan candu untuk
didagangkan di kawasan pedalaman.
• Garam didagangkan oleh saudagar Jawa
dan Cina ke kampung-kampung di
kawasan pedalaman.
• Garam amat diperlukan oleh penduduk di
kawasan pedalaman dan menjadi
barangan dagangan penting serta
mendapat pasaran yang baik
CIRI-CIRI
EKONOMI
KOMERSIAL DI
INDONESIA
KEGIATAN PERTANIAN SEBAGAI SUMBER EKSPORT

• Kedatangan penjajah Belanda telah membawah


kepada kemerosotan ekonomi tradisional di
Indonesia kerana Belanda mengutamakan
tanaman sebagai sumber eksport.
• Pada tahun 1830, Gabenor Jeneral Belanda,
Baron Van Den Bocsh memperkenalkan Sistem
Tanaman Paksa.
• Di bawah dasar ini, Petani diminta
mengasingkan satu perlima kawasan tanah
mereka untuk tanaman eksport yang ditentukan
oleh pihak Belanda
• Pada peringkat awal, tumpuan diberikan kepada
tanaman kontan untuk tujuan eksport seperti tebu,
kopi dan nila. Tidak lama kemudian, tanaman lain
diperkenalkan seperti teh, tembakau, lada hitam, kayu
manis, pohon kina dan kapas. Selepas itu, beras
disenaraikan sebagai tanaman wajib.
• Kegiatan ekonomi komersial di Indonesia semakin
berkembang maju apabila Dasar Liberal
diperkenalkan pada tahun 1863 untuk menggantikan
Sistem Tanaman Paksa. Dasar ini memberi tumpuan
kepada tanaman eksport untuk keperluan pasaran di
Eropah seperti getah, kelapa sawit dan koko.
• Usaha Belanda menggalakkan tanaman eksport telah
meningkatkan hasil pertanian di Indonesia. Pada
tahun 1860-1885, nilai keluaran estet pertanian
bertambah sebanyak 10 kali ganda.
• Misalnya, pengeluaran gula telah meningkat daripada
152 595 tan metrik pada tahun 1870 kepada 300 000
tan metrik pada tahun 1885.
PENGENALAN SISTEM MATA WANG
• Pengenalan sistem ekonomi komersial di Indonesia
telah membuka ruang kepada pengenalan sistem mata
wang dalam kegiatan ekonomi dan kehidupan
masyarakat tempatan.
• Perkembangan pesat perusahaan gula di Pulau Jawa
menyebabkan ramai tenaga buruh peribumi dari
pulau-pulau lain diambil bekerja dan dibayar
menggunakan mata wang.
• Peluasaan ekonomi komersial telah menarik minat
kemasukan pelabur asing dan pemodal swasta ke
Indonesia untuk membuka ladang bagi menanam
tanaman eksport.
• Golongan petani dan buruh-buruh mula
dibayar upah dalam bentuk mata wang
oleh pengusaha ladang dan kilang milik
swasta.
• Petani tidak lagi perlu menjual hasil
tanaman untuk mendapatkan wang bagi
menjelaskan hutang kepada tuan tanah
tetapi mereka bekerja dan diberi upah
dalam bentuk wang oleh pengusaha
ladang.
PENGUASAAN EKONOMI OLEH
PENGUASA CINA DAN EROPAH
• Belanda juga telah membuat perjanjian dengan pengusaah
Cina dan Eropah untuk mengutip cukai dan membeli hasil
tanaman daripada petani dengan harga yang telah ditetapkan
melalui ‘dasar beli murah, jual mahal.
• Sejak tahun 1833, Belanda telah memonopoli tanaman kopi
apabila mewajibkan semua hasil kopi dijual pada Belanda
dengan kadar yang telah ditetapkan.
• Syarikat Hindia Timur Belanda diberikan hak mengangkut
hasil tanaman tersebut ke Belanda untuk dijual.
• Pada tahun 1870, Undang-undang Pertanian de Waal telah
diperkenalkan bagi membolehkan pemodal dan pengusaha
swasta bebas menyewa tanah daripada penduduk tempatan
mengikut perjanjian jangka pendek dengan syarat-syarat
tertentu.
PENGENALAN EKONOMI PASARAN
BEBAS (Laissez-faire)
• Perlaksanaan Dasar Liberal telah membuka ruang
lebih luas kepada pengusaha persendirian Belanda
dan Eropah untuk melibatkan diri dalam kegiatan
ekonomi komersial di Indonesia.
• Di bawah dasar ini, pemodal swasta telah membuka
kilang dan ladang-ladang besar untuk tujuan
komersial di luar Pulau Jawa, terutama di Sumatera,
Sulawesi dan Kalimantan.
• Pada tahun 1870, Undang-undang Pertanian de Waal
diluluskan untuk membolehkan perusahaan swasta
berkembang pesat tanpa menjejaskan struktur tradisi
masyarakat tempatan.
• Melalui undang-undang ini, tanah-tanah yang tidak
diduduki atau dikerjakan akan diisytiharkan sebagai
milik kerajaan. Pemodal swasta dibenarkan menyewa
tanah-tanah ini daripada kerajaan dan tempoh
penyewaan ialah selama 75 tahun.
• Pemodal swasta juga dibenarkan menyewa tanah
penanaman di Jawa dan kepulauan luar daripada
pemilik tanah tempatan. Tempoh penyewaan
berlangsung selama 35 tahun.
• Penglibatan pemodal swasta dalam kegiatan ekonomi
komersial, tanpa campur tangan kerajaan di Indonesia
telah membawa kepada kemunculan sistem ekonomi
pasaran bebas (laissez-faire).
• Amalan dasar ekonomi pasaran bebas oleh pemodal
swasta telah mewujudkan sistem dwi-ekonomi di
Indonesia yang bermaksud :
(a) sistem ekonomi kapitalis yang berasaskan
pengeluaran bahan mentah.
(b) sistem ekonomi tradisi yang berasaskan
ekonomi sara diri.
• Sistem ekonomi kapitalis yang dikuasai oleh pemodal
swasta. Barat bermotifkan keuntungan terus
berkembang pesat seiring dengan kegiatan ekonomi
sara diri yang bersifat sara diri masih digunakan oleh
peniaga kecil, petani dan nelayan setempat.
KESIMPULAN

• Masyarakat tempatan di indonesia


mengamalkan kegiatan ekonomi
tradisional yang bersifat sara diri sebelum
kedatangan kuasa Barat.
• Setelah kedatangan Belanda di Indonesia,
Sistem Ekonomi Komersial telah
berkembang seiring dengan penjajahan
politik dan sosial.

Anda mungkin juga menyukai