Anda di halaman 1dari 12

Tema 4: Nasionalisme dan

Pembentukan Negara Bangsa


4.2 Konflik Antarabangsa
4.2.1 Perang dunia Pertama
Dalam topik ini pelajar perlu mengetahui:

 Latar belakang Perang Dunia Pertama


 Faktor Perang Dunia Pertama
 Kesan Perang Dunia Pertama
Pengenalan
 Perang Dunia Pertama berlangsung antara tahun 1914 hingga 1918 dan hanya berlaku
dalam kalangan negara2 Eropah. Negara2 Eropah yang terlibat dalam peperangan ini ialah
Jerman, Bratain, Rusia, Perancis, Austria Hungary, Serbia, itali Belgium dan Turki
 Negara2 di Asia dan Afrika turut dilibatkan apabila wilayah di kedua2 benua tersebut
menjadi rebutan negara2 Eropah untuk dijadikan tanah jajahan
 Perang dunia pertama melibatkan dua pihak iaitu Perikatan kuasa Tengah(Tripple Alliance)
yang terdiri Jerman, Austria- Hungary dan Itali dengan Pakatan Bertiga (Tripple Entente)
yang diwakili oleh Rusia, Perancis dan Britain.
 Perang dunia pertama bermula apabila Jerman melancarkan serangan terhadap Belgium
pada 4 Ogos 1914.Perang ini berlangsug selama 4 thn dan berakhir apbila Jerman dan
sekutu sekutunya ditewaskan oleh tenterta bersekutu.
 Perang ini ditamatkan dengan perjanjian Versailles yang dimeterai antara pihak yang
menang dan pihak yang kalah
Faktor Perang dunia Pertama

1. Kegagalan 2. Imperialisme 3.
Pakatan Tentera Kuasa2 Barat Perlumbaan
Senjata

5.
4. Pengaruh Kebangkitan 6. Krisis
Autokrasi semangat Balkan
nasionalisme
Faktor 1: Kegagalan Pakatan tentera
 Kegagalan pakatan tentera merupakan antara punca tercetusnya perang ini. Pada
Peringkat awal, Sistem pakatan dibentuk apabila Jerman Berjaya mengalahkan
Perancis pada tahun 1870. Tujuan pembentukan pakatan antara Triple Allaince
dan Triple Entente ini adalah untuk menyekat mana2 kuasa yang lebih kuat
daripada lawannya atau mengimbangi kuasa negara2 terbabit
 Kepentingan wujudnya keadaan ini adalah untuk memastikan kestabilan politik
antara kuasa2 berkenaan terutamanya selepas kejatuhan Kerajaan Turki
Uthmaniyah.
 Selepas tahun 1900, situasi mula berubah apabila timbulnya perasaan saling
mencurigai antara kuasa2 berkenaan selepas kejatuhan kerajaaan Islam tersebut
 Rusia berusaha mengukuhkan pengaruhnya dalam kalangan bangsa Slav,
bertembung pula dengan tindakan Austria Hungry yang berhasrat menguasai
negara2 Balkan seperti Bosnia dan Serbia
Faktor 2: Imperialisme kuasa2 Barat
 Imperialisme merupakan salah satu kaedah yang digunakan oleh kuasa2 Barat
bagi meluaskan kuasa dan pengaruh. Pada abad ke 20 kuasa2 Barat kian hebat
khususnya Jerman dan Britain memandangkan kedia2 negara ini adalah begara
Industri Di Eropah
 Revolusi perindustrian yang tercetus di Eropah menyebabkan kausa2 barat
berlumba2 menguasai tanah jajahan. Contohnya Jerman dan Perancis
bertelingkah untuk menguasai Morocco hingga hamper tercetus peperangan,
manakala Britain pula curiga terhadap usaha Jerman untuk menguasai tanah
jajajahn di Asia dan Afrika
 Persaingan untuk menguasai tanah jajahan menimbulkan pemusuhan dalam
kalangan kuasa2 Barat dan keadaan ini telah menyebabkan tercetusnya Perang
Dunia Pertama
Faktor 3- Perlumbaan Senjata
 Fenomena perlumbaan senjata berlaku dalam kalangan negara yang berhasrat
meluaskan kuasanya dan pengaruhnya khususnya Jerman
 Kuasa2 barat berlumba2 untuk mengumpul senjata bagi meningkatkan kekuatan
ketenteraan masing2.
 Contohnya Jerman dan Britain bersaing untuk menambahkan kekuatan tentera
laut masing2. Bagi mengukuhkan kedudukannya sebagai kuasa laut yang unggul
Britain telah membina kapal perang laut canggih jenis Dreadnought
 Perancis dan Rusia meningkatkan kekuatan tentera darat negara masing2.
 Akibat daripada keadaan ini negara2 Eropah mula memperuntukkan
perbelanjaan yang besar bagi meningkatkan kekuatan ketenteraan mereka.
Kecenderungan ini menjadi pemangkin kepada tercetusnya Perang Dunia Pertama
Faktor 4: Pengaruh Autokrasi
 Pengaruh Autokrasi dikaitkan dengan senario politik di jerman. Senario yang berlaku ialah
apabila politik negara Jerman dikuasia oleh golongan tentera
 Contohnya golongan aristocrat yang memerintah Jerman, Rusia Austia Hungry memainkan
peranan dalam mencetuskan Perang Dunia Pertama. Golongan ini menggunakan perang sebagi
akat untuk mengukuhkan pengaruh mereka.
 Contohnya Mahajara Jerman, Kaiser Wihem II mengambil langkah untuk membangunkan
system pertahanan negara dan beliau bercita2 mewujudkan empayar Jerman yang kuat dan
berpengaruh di Eropah
 Antara usaha yang dilakukan oleh Kaiser Wilhem II untuk mengukuhkan tenteranya ialah
dengan membina kapal2 perang peluru berpandu (torpedo) dan menggali terusan Keil agar
kapal2 petang yang besar dapat berlabuh
 Tindakan Maharaja Kaiser ini telah menimbulkan rasa curiga mencurigai dalam kalangan kuasa2
Barat yang lain
 Tegasnya, tindakan golongan autokrasi menggunakan perang bagi mengukuhkan kedudukan
meletakkan asas bg perang dunia pertama
Faktor 5: Kebangkitan semangat nasionalisme

 Kebangkitan semanagt nasionalisme yang melampau menimbulkan pemusuhan dalam


kalangan negara2 bangsa di Eropah
 Orang Jerman menganggap diri mereka sebagai bangsa tuan yang paling berkuasa di
dunia. Sikap ini menyebabkan Jerman tidak dapat menerima kebangkitan negara eropah
lain khusunya Peancis
 Semangat nasionalisme mendorong Perancis untuk mendapatkan kembali wilayah Alsace
dan Lorrainyang diserahkan kepada Jerman ekoran kekalahan Perancis dalam Perang
Perancis –Prusia
 Britain pula tidak dapat menerima kebangkitan kuasa2 Barat lain dalam meningkatkan
kekuatan tentera laut
 Kesimpulannya, kebangkitan semangat nasionalisme yang melampau turut memainkan
peranan dalam tercetusnya Perang Dunia Pertama
Faktor 6: Krisis Balkan
 Pemusuhan Austria Hungry dengan Serbia emnimbulkan ketegangan di Rantau Balkan.
 Pembunuhan Archduke Ferdinand iaitu waris takhta Austria Hungry ini merupakan faktor
serta merta tercetusnya Perang Dunia Pertama
 Kerajaan Austria Hungry telah menuduh Serbia terlibat dengan pembunuhan di Sarejevo.
Keadaan ini telah menyebabkan Austria Hungry bertindak mengisytiharkan peperangan ke
atas Serbia yang menyebabkan Rusia bertindak balas memberi bantuan kepada sekutunya
iaitu Serbia.
 Keadaan bertambah buruk apabila Jerman turut campur tangan membantu Austria Hungry
dan mengisytiharkan Perang terhadap Rusia
 Perancis turut sama menyertai konflik dengan harapan akan memperoleh kembali dua
buah wilayahnya iaitu Alsace dan Lorraine yang berada di tangan Jerman.
 Senario semakin tegang apabila Tindakan Jerman menceroboh Belgium untuk menyerang
Perancis mnakalan Britain pula menyertai Rusia dan Perancis dan keadaan ini te;ah
membawa kepada perang dunia pertama
Kesimpulan

Kesimpulannya Perang Dunia pertama telah meberikan impak yang


besar dalam aspek politik, ekonomi dan social. Perang ini telah
menyebabkan pemerintahan Monarki di Jerman, Rusia dan Turki
tumbang dan digantikan dengan pemerintahan demokrasi. Perang ini
juga telah menyebabkan ekonomi merosat dan berlaku pelbagai
masalah social seperti kehilangan nyawa dan sebagainya.
Sekian.
Terima
Kasih

Anda mungkin juga menyukai