Anda di halaman 1dari 4

PERANG DUNIA PERTAMA TELAH MENINGGALKAN KESAN DALAM BIDANG

POLITIK, EKONOMI DAN SOSIAL KEPADA DUNIA. BINCANGKAN.

PENGENALAN

 Perang Dunia Pertama tercetus antara tahun 1914 hingga 1918 yang hanya melibatkan
negara-negara Eropah.
 Pihak yang terlibat dalam perang ini ialah Triple Alliance (Perikatan Kuasa Tengah) yang
dianggotai oleh Jerman, Austria-Hungary dan Itali, dan Triple Entente (Pakatan Bertiga) yang
dianggotai oleh Rusia, Perancis dan Britain.
 Terdapat pelbagai kesan yang dapat kita lihat khususnya dalam bidang politik dan sosial.

ISI-ISI PENTING

KESAN POLITIK

1. Keruntuhan pemerintahan monarki


 Perang ini menamatkan sistem beraja di benua Eropah, khususnya di Jerman, Rusia dan
Turki.
 Tahun 1925, Khalifah Turki Uthmaniyyah turun takhta selepas kepimpinan diambil alih Turki
Muda ekoran kekalahan Turki dalam Perang Dunia Pertama.
 Perkembangan ini meruntuhkan empayar Turki yang meliputi sebahagian daripada Eropah
seperti Bulgaria.
 Perang ini juga menyebabkan sistem beraja di Jerman tamat.
 Dalam keadaan ekonomi dan sosial yang tenat dan keadaan perang yang tidak menentu,
Kaiser William II bersedia turun takhta dan mendapat suaka politik di Belanda.
 Empayar Austria-Hungary turut mengalami kemusnahan apabila Dinasti Habsburg tamat.
 Berlaku pemberontakan yang dicetuskan oleh bangsa-bangsa yang pernah dikuasai seperti
Pole, Slovak, Czech dan Finn.
 Di Rusia, perang ini menamatkan pemerintahan Tsar yang memerintah Rusia selama 400
tahun.
 Pada peringkat awal perang, Rusia sentiasa dikalahkan oleh Jerman yang membuktikan
kelemahan kerajaan Tsar.
 Selepas Perjanjian Brest Litovsk, Rusia hilang suku wilayahnya di Eropah kepada Jerman dan
tiga suku sumber arang batu dan beri turut diserah.
 Tsar Nicolas II terpaksa menyerah kuasa kepada kerajaan sementara dan keluarganya
dibunuh.

2. Kemunculan negara-negara baharu.


 Perjanjian Versailles telah mengubah peta Eropah dan banyak negara-negara baharu muncul.
 Keruntuhan empayar Rusia membentuk Poland, Finland, Estonia, Latvia dan Lithuania.
 Pemberontakan di Austria oleh penduduk bangsa asing melahirkan Hungary, Romania dan
Yugoslavia.
 Perpecahan empayar Turki Uthmaniyyah membebaskan banyak kawasan dibawah
pengaruhnya seperti Syria, Lebanon dan Iraq.

3. Kebangkitan ideologi baharu seperti Demokrasi dan Sosialisme.

1
 Di Turki, sebuah kerajaan republik diasaskan di bawah kepimpinan Mustafa Kamal Ataturk
pada tahun 1923.
 Selepas Kaiser William II dibuang negeri, Parti Sosialis Demokrat di bawah pimpinan
Griendrich Ebertt telah membentuk Republik Weimer sebuah kerajaan demokratik tetapi
masih menggunakan khidmat golongan tentera.
 Kerajaan-kerajaan republik muncul di negara-negara baharu seperti Czechoslovakia, Poland,
Latvia dan sebagainya.
 Austria juga menjadi sebuah republik apabila pemerintahan Habsburg dihapuskan.
 Di Rusia, parti-parti politik ditubuhkan.
 Golongan pekerja menubuhkan Parti Buruh Demokratik Sosial yang kemudian dikenali
sebagai Parti Komunis.
 Parti ini berpecah kepada dua.
 Golongan Bolsheviks yang dipimpin oleh Vladimir Lenin mencetuskan revolusi yang
mengasaskan kerajaan komunis yang pertama.

4. Kehilangan kekuasaan Jerman.


 Jerman kehilangan wilayah dan jajahan takluknya.
 Wilayah Alsace dan Lorainne diserah kepada Perancis.
 Wilayah Euphen dan Malmedy diserah kepada Belgium.
 Wilayah Saar yang kaya dengan arang batu di serah kepada Perancis.
 Wilayah ini diletakkan di bawah pengawasan Liga Bangsa bagi tempoh 15 tahun.
 Perancis dibenarkan menjalankan aktiviti perlombongan di daerah ini.
 Keadaan ini menimbulkan rasa tidak puas hati Jerman.
 Jerman juga perlu mengiktiraf kemerdekaan Belgium, Poland dan Czechoslovakia.
 Jerman juga hilang tanah jajahannya di Afrika dan Asia kepada pihak pemenang.
 Cameron dan Togoland diserah kepada Britain dan Perancis.

5. Penubuhan Liga Bangsa.


 Liga Bangsa ditubuhkan pada tahun 1819.
 Tujuan penubuhannya adalah untuk menjaga keamanan serta mengelak daripada berlakunya
peperangan.
 Liga Bangsa berpusat di Geneva.
 Disertai oleh kebanyakan negara Eropah kecuali Rusia.
 Amerika Syarikat juga tidak menyertainya.
 Liga Bangsa diharapkan dapat menyelesaikan masalah antara negara melalui mesyuarat dan
perundingan.
 Namun demikian, Liga Bangsa gagal menyekat peperangan.

6. Termeterinya perjanjian versailles

 Ditandatangani pada tahun 1919 telah menamatkan perang dunia pertama. Perjanjian ini di
anggap tidak adil kerana pihak yang kalah dipaksa menerima syarat-syarat yang berat sebelah.
Jerman terpaksa menerima hukuman yang berat daripada pihak yang menang (Triple
Entente). Antara syarat yang mesti dipatuhi oleh Jerman ialah menyerahkan 12% daripada
jumlah penduduknya, menyerahkan 13% daripada daerahnya termasik ¾ hasil besi dan 1/5
hasil arang batu, membayar ganti rugi dan pemapasan perang yang tinggi dan mengurangkan
tenteranya daripada 400 000 orang kepada 200 000 menjelang 30 september 1919 dan 100
000 menjelang 13 mac 1920.
 Matlamat perjanjian ini adalah untuk melumpuhkan Jerman sebagai satu kuasa besar. Rakyat
Jerman begitu marah dan terhina dengan syarat-syarat tersebut. Perdana menteri Jerman ,
philipp scheldemann meletak jawatan sebagai tanda protes. Para perwakilan Jerman ke

2
versailes terpaksa menurunkan tandatangan mereka kerana yakin Jerman tidak mampu untuk
ingkar dan berperang semula.

B)    KESAN EKONOMI

1)    Berlaku Inflasi dan kekurangan bekalan makanan Di Jerman,

 kekurangan bekalan makanan menyebabkan berlakunya masalah inflasi dan terpaksa


mengenakan catuan terhadap bahan makanan yang penting seperti roti, kentang, susu dan
daging sehingga menyebabkan rusuhan anti-kerajaan pada tahun 1917 di Berlin dan Leipzip
yang melibatkan hampir 300,000 orang pekerja.
 Di Rusia, timbul masalah dalam sektor pertanian akibat kekurangan buruh kerana 4 juta
buruh dalam sektor ini dikerah menyertai pasukan tentera. Keadaan tersebut menyebabkan
pengeluaran pertanian terus berkurangan.
2)    Kejatuhan Nilai Mata Wang

 Pada tahun 1922, nilai mata wang Jerman iaitu Mark telah menjunam turun hingga kurang
daripada seperseratus daripada nilainya pada tahun 1914.
 Pengeluaran industri Jerman juga terjejas. Pengeluaran arang batu dan besi Jerman juga
berkurangan daripada jumlah pengeluaran sebelum perang.
3)    Sistem pengangkutan terganggu

 Pada tahun 1916, sistem pengangkutan tidak berfungsi. Kepincangan sistem pengangkutan
memberi kesan kepada tentera Rusia yang berada di medan peperangan kerana bekalan gagal
dihantar kepada pasukan yang memerlukan bantuan.
4)    Penutupan kilang/kekurangan bahan bakar

 Pemerintahan Tsar di Rusia turut menghadapi masalah dalam belanjawan kerana terpaksa
mengagihkan peruntukan dalam bidang pendidikan dan perumahan kepada bidang
ketenteraan.
 Lebih memburukkan keadaan ialah kesan perang yang berterusan menyebabkan kilang yang
ditutup semakin bertambah dan Rusia menghadapi kekurangan bahan bakar yang serius.
5)    Berlaku mogok/revolusi rakyat

 Keresahan dalam kalangan masyarakat juga berlaku dan mogok yang melibatkan 3 juta
pekerja terjadi pada tahun 1916. Keadaan seperti ini memudahkan rakyat melancarkan
revolusi terhadap pemerintahan Tsar.
6)    Beban hutang

 Pertempuran yang berlaku di utara Perancis menyebabkan keupayaan pengeluaran Perancis


merosot kepada 70% bagi arang batu, 81% bagi keluli dan 63% bagi besi.
 Setelah perang tamat, Perancis terpaksa menanggung hutang luar yang amat besar. Maka
tidak hairanlah dalam Perjanjian Versailles, wakil Perancis menuntut ganti rugi yang besar
terhadap Jerman.
7)    Amerika Syarikat dan Jepun menguasai pasaran dunia

3
 Pasaran dunia mula diambil alih oleh Amerika Syarikat dan Jepun. Perkara ini amat dirasai
oleh negara-negara Eropah terutamanya Britain, sebuah negara industri yang sebelum ini
menguasai peratus perdagangan terbesar di dunia.
 Perang Dunia Pertama menyebabkan Britain kehilangan 1/3 daripada perdagangan luarnya.

KESAN SOSIAL

1. Korban nyawa dan kecederaan.


 Perang ini banyak mengorbankan nyawa. Kira-kira 8.5 juta tentera terkorban dan 12.5 juta
orang awam terkorban.
 Dari segi harta benda pula, peperangan ini mengakibatkan kemusnahan yang bernilai AS $36
760 juta.
 Britain kehilangan 750 000 rakyatnya iaitu 9% daripada jumlah penduduk lelakinya yang
berumur 45 tahun ke bawah.
 Bilangan yang cedera dianggarkan berjumlah 2 juta orang.
 Lebih kurang 1.4 juta rakyat Perancis terkorban dan 3.5 juta orang cedera.
 Angka ini melibatkan hampir 10% jumlah rakyat lelakinya yang cergas dan ini merupakan
satu kehilangan besar kepada Perancis. Tambahan pula, Perancis mengalami kadar
pertumbuhan penduduk yang rendah.

2. Pencemaran udara / bumi.


 Pencemaran udara dan bumi turut berlaku kesan penggunaan senjata kimia yang meluas
dalam pertempuran sengit di Marne dan Somme.

KESIMPULAN:

 Kesimpulannya, kesan-kesan Perang Dunia Pertama mendorong tercetusnya Perang Dunia


Kedua.
 Hubungan antarabangsa masih renggang selepas perang.
 Jerman berasa tidak puas hati terhadap Perjanjian Versailles kerana perjanjian ini dianggap
tidak adil dan telah menjejaskan maruah serta kedaulatan negara Jerman.
 Itali juga tidak puas hati kerana tidak diberikan tanah jajahan walaupun berda dalam
kumpulan menang.
 Liga Bangsa juga gagal menyekat pencerobohan Jerman ke atas Austria, Jepun ke atas China
dan Itali ke atas Abyssina.
 Keadaan ini mendorong kebangkitan pemerintahan diktator di Jerman dan Itali yang
mencetuskan Perang Dunia Kedua.

Anda mungkin juga menyukai