Anda di halaman 1dari 29

SEJARAH DUNIA

TEMA 4 : NASIONALISME DAN PEMBENTUKAN


NEGARA BANGSA
TAJUK : Dekolonisasi Dan Pengambilan Kadaulatan
SUB TAJUK : Dekolonisasi Dan Pengambilan
Kedaulatan China
SOALAN : Huraikan Faktor-faktor Yang Menyebabkan
Berlakunya Revolusi China Pada Tahun 1911
PENGENALAN
Revolusi China 1911 bertujuan untuk menggulingkan dinasti
Manchu
yang memerintahkan China sejak tahun 1644.

Orang Cina mengusahakan Gerakan Islah & Gerakan pembaharuan


Machu untuk memulihkan kekuasaan kerajaan Manchu
yang dipercayai telah kehilangan mandat untuk memerintah
negara.

Usaha tersebut gagal untuk mengukuhkan kedudukan kerajaan


Manchu & menyebabkan muncul Gerakan Revolusioner di bawah
pimpinan Dr. Sun Yat Sen.

Kerajaan Manchu berjaya ditumbangkan apabila Maharaja Hsuan-


tsung turun daripada taktha pada 12 Februari 1912.
FAKTOR-FAKTOR TERCETUS REVOLUSI CHINA

Kelemahan Kerajaan Manchu

Ketiadaan Pemimpin Yang Cekap

Sentimen Anti Manchu

Kesengsaraan Sosial

Masalah Ekonomi

Peranan Dr. Sun Yat Sen


1. KELEMAHAN KERAJAAN MANCHU
Kerajaan Manchu mengalami kemerosotan dalam
bidang pentadbiran & ketenteraan sejak pertengahan
abad ke-19.
Kelemahan dalam bidang pentadbiran:
a) Tidak cekap menjalankan pentadbiran
b) Tidak mengambil langkah untuk membaiki taraf
hidup rakyat & tidak menjaga kebajikan rakyat
c) Pengawai-pengawai kerajaan Manchu mengamalkan
amalan rasuah
d)Mengenakan cukai yang lebih tinggi sehingga
menambahkan beban golongan petani
Kelemahan dalam bidang ketenteraan:
(a) Mengalami kekalahan dalam peperangan seperti
Perang Candu I & II, & Perang China-Jepun (1894-
1895)
(b)Terpaksa menandatangani perjanjian-perjanjian yang
berat sebelah dengan kuasa-kuasa Barat seperti
Perjanjian Nanking (1842) & Protokol Boxer (1901)
(c) Rakyat juga hilang kepercayaan terhadap kerajaan
Manchu & berazam untuk menggulingkan dinasti
2.KETIADAAN PEMIMPIN YANG CEKAP
Tiada pemimpin-pemimpin yang cekap&berwibawa
di China selepas kematian Maharani Dowager &
Maharaja Kuang-Hsu pada tahun 1911
selepas kematian Dowager, Hsuan-tung yang berusia
3
tahun dilantik sebagai Maharaja. Manakala
ayahnya,
Putera Chun dilantik sebagai Pemangku Raja.
Putera Chun tidak mempunyai kebijaksanaan
politik
Ketiadaan pemimpin-pemimpin yang cekap
mendorong rakyat melancarkan pemberontakan
3. SENTIMEN ANTIMANCHU
Sentimen antiManchu yang amat menebal dalam kalangan orang cina
turut menyumbung kepada pencetusan revolusi China 1911

Gerakan ini dilancarkan oleh golongan yang masih setia kepada dinasti
Ming

Sejak tahun 1644, orang Cina menubuhkan pakatan-pakatan sulit untuk


melancarkan pemberontakan bagi mengulingkan dinasti Manchu.

Antara pemberontakan antiManchu:


Tahun Pembenrontakan
1673-1681 Pemberontakan Kongsi Gelap Three Feudaries
1796-1804 Pemberontakan Teratai Putih
1850-1864 Pemberontakan Taiping
4. KESENGSARAAN SOSIAL
Antara tahun 1885-1911 bilangan penduduk di China
meningkat daripada 337 juta orang kepada 430 juta orang

Pertambahan pesat penduduk tidak seimbang dengan


pertambahan dalam pengeluaran hasil pertanian

Perkembangan ini menyebabkan berlaku masalah


kekurangan bekalan makanan & kemerosotan taraf hidup
rakyat

Kesengsaraan sosial yang dihadapi oleh rakyat


menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat
terhadap kerajaan Manchu
5.MASALAH EKONOMI
Kejadian banjir & kemarau yang berlaku antara tahun
1910-1911 menjejaskan pengeluaran hasil pertanian
Wujud kebuluran di wilayah Kiangsu, Shantung,
Anhui, Chekiang & Hupeh
Masalah ekonomi bertambah buruk apabila kerajaan
Manchu mengenakan cukai-cukai yang tinggi
Kerajaan Manchu terpaksa mengenakan cukai untuk;
(a)pembinaan landasan kereta api
(b)pembelian senjata
(c)bayar ganti rugi perang China-Jepun (1894-1895)
(d)menghadap pemberontakan Boxer 1900
Cukai yang tinggi tambah penderitaan rakyat hingga
mereka terpaksa gadai tanah kepada tuan-tuan tanah
6.PERANAN DR. SUN YAT SEN
Tokoh yang memainkan peranan penting dalam gerakan
menentang kerajaan Manchu

Dilahirkan pada 12 November 1866 di daerah Hsiang-shang


Kwangtung di China Selatan

Menerima pendidikan Barat di Sekolah Mubaligh Anglican &


Kolej
Oahu di Honolulu, Hawai

Pada tahun 1887, beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang


perubatan di Queens College di Hong Kong

Semasa melanjutkan pelajaran di Hong Kong, beliau mula


menceburkan diri dalam bidang politik
SUMBANGAN DR. SUN YAT SEN

Menubuhkan Pertubuhan Revolusioner


Menubuhkan Parti Revolusi
Menyebarkan Perasaan Anti Manchu
Mengemukakan Ideologi Revolusi
Melancarkan Pemberontakan
Pengaruh Intelektual China
Pengaruh Gerakan Pembaharuan
Peranan Golongan Pelajar
Kemajuan Sisitem Perhubungan
Kerajaan Memiliknegaraan Jalan-jalan
Kereta Api
MENUBUHKAN PERTUBUHAN
REVOLUSIONER
Sebuah pertubuhan revolusioner iaituHsing Chung-hui di Honolulu, Hawai pada
tahun 1894

Matlamat utama pertubuhan tersebut adalah mengugulingkan kerajaan Manchu

Mendapat sokongan daripada orang Cina di seberang laut untuk melancarkan


pemberontakan

Pada tahun 1895, golongan revosioner merancang menawan Canton untuk


dijadikan sebagai ibu pejabat Hsing Chung-hui

Apabila percubaan mereka gagal, Dr. SunYat Sen mendapat perlindungan di


Jepun & menubuhkan cawangan Hsing Chung-hui di Yokohama Jepun
MENUBUHKAN PARTI
REVOLUSI
oMenubuhkan Parti Revolusi yang dikenali sebagai Tung Meng-hui di Tokyo pada tahun
1905
oTung Meng-hui merupakan gabungan Hsing Chung Hui dengan dua buah persatuan
revolusioner, iaitu Hua Hsing-hu & Kung Fu-hui
oAntara matlamat utama parti ialah;
i) menjatuhkan kerajaan Manchu
ii)menubuhkan karajaan republik
iii)menjadikan tanah-tanah hak kerajaan
iv)menghapuskan penguasaan kuasa-kuasa asing di China
oCawangan-cawangan Tung Meng-hui ditubuhkan di Brusells, San Francisco, Singapore,
Tanah Melayu & Honolulu manakala di China cawanagn tersebut di tubuhkan di bandar-
bandar utama
oMenerusi cawangan-cawangan di seberang laut, beliau memungut wang & merekrut
sukarelawan bagi melaksanakan pemberontakkan
MENYEBARKAN PERASAAN
ANTIMANCHU
Dr. Sun Yat Sen menyampaikan ceramah bagi menanam perasaan
antiManchu dalm kalangan
rakyat Cina

Beliau juga menulis rencana-rencana dalam akhbarnya Min Pao di Tokyo

Gerakan revolusioner Dr. Sun Yat Sen mendapat sokongan daripada;


(a) pelajar-pelajar
(b)rakyat yang tidak berpuas hati terhadap kezaliman Manchu
(c)kongsi-kongsi gelap
(d)tentera yang mendapat latihan Barat
MENGEMUKAKAN IDEOLOGI
REVOLUSI
Dr. Sun Yat Sen mengemukakan ideologi atau prinsip perjuangan .

Beliau berjaya mempengaruhi orang ramai menerusi ideologi tersebut

Beliau juga mengemukakan Tiga Prinsip Rakyat (San Min Chu). Antaranya ialah:

Ideologi Prinsip
Nasionalisme Rakyat harus menumpahkan taat setia kepada negara
(Min-tsu chui-i) Melibatkan penyatuan bangsa Cina, Mongol, Manchu, Tibet&orang Islam

Demokrasi *Kerajaan yang menjamin kedaulatan rakyat ditubuhkan


(Min-chuan) *Pentadbiran dikendalikan oleh pegawai-pegawai yang mahir
Kebajikan Sosial *kuasa digunakan untuk menentukan keperluan rakyat .
(Min-sheng Chui-i) *pembahagian sama rata hak milik tanah untuk membaiki kehidupan
petani
MELANCARKAN
PEMBERONTAKAN

Antara tahun-tahun 1895-1911, Dr. Sun Yat Sen dan pengikut-pengikutnya merancang &
melancarkan 10 pemberotakan di China

Pemberontakan-pemberontakan tersebut menjejaskan martabat dan maruah kerajaan


Manchu.
PENGARUH INTELEKTUAL
CHINA

>Golongan intelektual turut memainkan peranan dalam perkembangan idea revolusi dalam
kalangan rakyat China

>Antara tokoh-tokoh yang menyemai benih pembaharuan di China adalah Kang Yu-wei & Liang
Chi-chao yang menubuhkan Persatuan Pelindung Maharaja ( Emperor Protection Society)

>Mereka mengemukakan pelbagai perubahan politik yang harus dilaksanakan di China.


Antaranya ialah;
a) pemerintahan monarki berpelembagaan
b) penubuhan institusi-institusi politik seperti parlimen dan perlembagaan

>kegiataan golongan intelektual telah menambahkan keinginan bagi melaksanakan


perubahan-perubahan politik di China
PENGARUH GERAKAN
PEMBAHARUAN
Garakan Pembaharuan seperti Gerakan Islah 1898 meletakkan asa bagi kebangkitan
Revolusi China

Semasa Gerakan Islah 1898, beberapa rancangan dilaksanakan golongan reformis untuk
menguatkan & memajukan China

Idea yang dikemukan oleh golongan reformis seperti Wang Tao(1828-1897) & Ho
Kai(1858-1917) telah memberikan inspirasi kepada pemimpin-pemimpin Cina
melancarkan revolusi terhadap kerajaan Manchu

Pelbagai pembaharuan radikal yang dilancarkan oleh Maharaja Kuang-hsu atas arahan
Kang Yu-wei meniggalkan kesan yang amat mendalam dalam kalangan pemimpin Cina
untuk melancarkan revolusi
PERANAN GOLONGAN PELAJAR

Pelajar-pelajar Cina yang mendapat pendidikan di luar negara turut memainkan peranan
dalam kemunculan Revolusi China

Pelajar-pelajar ini terdedah kepada ideologi Barat seperti demokrasi, sosialisme,


liberalismi dan kebebsan hak asasi manusia

Revolusi Perancis & penyatuan negara bangsa di Itali & Jerman turut memberi
dorongan kepada pelajar-pelajar melancarkan revolusi

Pelajar-pelajar yang menuntut di Jepun menyebarkan idea revolusi menerusi akhbar-


akhbar seperti Kuo Min Pao & China kurun ke-20
KEMAJUAN SISTEM
PERHUBUNGAN
Kemajuan dalam sistem perhubungan seperti jalan kereta api, telegraf &
pos turut memainkan peranan dalam pencetusan Revolusi China &
membantu idea revolusioner disebarkan

Sistem perhubungan juga mengeratkan hubungan antara golongan


nasionalis & memudahkan mereka melakukan perancangan revolusi

Akhbar-akhbar tempatan turut memainkan peranan. Sebagai contoh,


Akhbar Min Pao yang menjadi lidah rasmi Tung Meng-hui memainkan
peranan dalam penyebaran idea-idea revolusioner
KERAJAAN MEMILIKNEGARAKAN
JALAN-JALAN KERETA API
Kerajaan Manchu telah membuat keputusan untukmemiliknegarakan jalan-jalan kereta
api di seluruh China
Pemimpin-pemimpin di wilayah membantah dasar kerajan Manchu kerana;
a)pemimpin wilayah kehilangan kuasa untuk megendalikan perkhidmatan kereta api
b)pendapatan yang diperoleh oleh wilayah terjejas
Kerajaan Manchu telah membuat keputusan keputusan untuk membina landasan kereta
api yang menghubungkan Canton-Hankow & Hankow-Chengtu
Keputusan kerajaan Manchu unyuk mendapatkan pinjaman sebanyak $16 juta daripada
Britain, Perancis & Amerika Syarikat menimbulkan kebimbangan pemimpin-pemimpin
wilayah kerana;
a) kuasa-kuasa asing menguasai sistem pengangkutan negara
b) kedaulatan negara terjejas
PERJALANAN REVOLUSI CHINA
Tentera revolusioner di bawah pimpinan Kolonel Li Yuan-hung melancarkan
pemberontakan untuk menggulingkan kerajaan Manchu serta menawan Hankow &
Hanyang pada bulan Oktober 1911 & berjaya menawan Wuchang pada 10 Oktober.

Menjelang awal bulan bulan Disember 1911, wilayah-wilayah di bahagian selatan ,


tengah, dan barat daya dikuasai oleh tentera revolusioner menyebabkan kerajaan
Manchu meminta bantuan Yuan Shih-kai untuk menunpaskan tentera revousioner.

Pada akhir bulan Oktober 1911, Yuan Shih-kai berjaya menawan Hankow & Hanyang
serta mengukuhkan kedudukan kerajaan Manchu di bahagian timur laut China.

Pada 8 November 1911, Yuan Shih-kai dilantik sebagai Perdana


Menteri oleh Perhimpunan Nasional.
Pada 29Disember 1911, Gerakan Revolusioner menubuhkan sebuah kerajaan
sementara di Nanking & Dr. Sun Yat Sen dilantik sebagai Presiden Sementara
manakala Li Yuan Huang dilantik sebagai Naib Presiden.

Pada awal bulan Disember 1911, tenteraYuan Shih-kai berjaya menawan Nanking
daripada golongan revolusioner ini menyebabkan kerajaan Manchu & golongan
revolusioner mengadakan Persidangan Damai di Shanghai. Mereka bersetuju
mengadakan gencatan senjata & menubuhkan kerajaan republik di China

Pada 12 Februari 1912, Maharaja Hsuan-tung yang berumur 6 tahun turun daripada
taktha kerajaan. Dalam pada itu, Yuan Shih-kai diberi mandat untuk menubuhkan
sebuah kerajaan republik .

Pada 15 Februari 1912, Perhimpunan Nasional Sementara


melantikYuan Shih-kai sebagai Presiden Sementara .
KESIMPULAN
Revolusi China yang dipimpin oleh Dr. Sun Yat Sen berjaya
menggulingkan kerajaan Manchu pada tahun 1911

Revolusi untuk menggulingkan kerajaan Manchu dilancarkan


oleh tentera revolusioner di bawah pimpinan Kolonel Li yuan-
Hing

Pada 12 Februari 1912, pemerintahan Manchu berakhir apabila


Maharaja Hsuan-tung turun dariada takhta
1 2 3 4 5

10 9 8 6
7

11
SOALAN
12 13 14 15

20 19 18 17 16

Anda mungkin juga menyukai