Anda di halaman 1dari 9

SEJARAH STPM

HURAIKAN PENGLIBATAN AMERIKA


SYARIKAT DAN UNITED KINGDOM
DALAM PERTUBUHAN PERJANJIAN
ATLANTIK UTARA (NATO)

940/1
•4 April 1949 •29 Mac 2004
•           Amerika Syarikat •          Bulgaria
•         Belanda •         Estonia
•         Belgium •           Latvia
•           Kanada •          Lithuania
•        Denmark •         Romania
•         Iceland •         Slovakia
•         Itali •           Slovenia
•          Luxembourg •1 April 2009
•         Norway •         Albania
•         Perancis •           Croatia
•         Portugal •5 Jun 2017
•           United Kingdom •           Montenegro
•18 Februari 1952 •26 Mac 2020
•         Greece •           Macedonia Utara
•9 Mei 1955
•         Turki
•30 Mei 1982
•         Sepanyol

•12 Mac 1999
•           Hungary
•          Poland
•         Republik Czech
PENDAHULUA
1. Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) ditubuhkan pada tahun
N
1949 sebagai tindak balas terhadap ancaman pencerobohan Soviet Union ke
atas Eropah Barat selepas Perang Dunia Kedua.

2. Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara merupakan sebuah gabungan


pertahanan negara- negara Eropah.

3. Anggotanya hingga hari ini bergabung dan berjanji untuk memastikan


keselamatan dan kebebasan negara-negara anggotanya.

4. Amerika Syarikat, United Kingdom dan sekutunya di Eropah bimbang


Kesatuan Soviet akan meluaskan pengaruhnya di Eropah timur dan seluruh
dunia jika sesuatu tidak dibuat untuk membendungnya.
1. UNITED KINGDOM SEBAGAI PERANCANG UTAMA
PEMBENTUKAN NATO
• United Kingdom merupakan negara yang menyusun strategi dengan melibatkan
Amerika Syarikat dalam proses pembentukan NATO.

• Hal ini dapat dibuktikan dengan koleksi surat-surat Ernest Bevin, Setiausaha Luar
Britain dari tahun 1946 hingga 1951.

• Dokumen Foreign Office yang diterajui oleh Parti Buruh di British sememangnmya
menyusun strategi supaya pertubuhan eropah itu disertai oleh Amerika Syarikat.

• Tambahan pula kegagalan Liga Bangsa yang tidak disertai oleh Amerika Syarikat
menyebabkan United Kingdom berusaha keras untuk membawa masuk Amerika
Syarikat ke dalam NATO.

• Tegasnya, rancangan United Kingdom ini berjaya menyembunyikan peranan mereka


sebagai perancang utama penubuhan NATO.
2. UNITED KINGDOM TIDAK MAMPU MENGHADAPI ANCAMAN
KUASA SOVIET UNION SECARA BERSENDIRIAN.

• Presiden Herry S. Trumen belum bersedia menghadapi ancaman Soviet Union. Pihak
United Kingdom perlu membuat perancangan jangka Panjang untuk melibatkan Amerika
Syarikat

• United Kingdom menggunakan krisis antarabangsa antara Soviet Union dengan Amerika
Syarikat sebagai sandaran penglibatan Amerika Syarikat dalam penubuhan NATO.

• Rancangan Rusia untuk mengukuhkan kekuatan tentera di negara-negara Eropah Timur


yang pro komunis telah menimbulkan kebimbangan Amerika Syarikat

• Tuntasnya, penyertaan Amerika Syarikat ke dalam NATO boleh menjamin keberkesanan


usaha mengekang kemaraan ideologi komunis di Eropah
3. PENGLIBATAN AMERIKA SYARIKAT DALAM NATO DILIHAT SEBAGAI
KUASA BESAR YANG MEMAINKAN PERANAN UTAMA DALAM SOAL
PERTAHANAN DAN KESELAMATAN DI EROPAH BARAT.

• Tujuan penubuhan NATO adalah untuk menghalang kebangkitan semula ketenteraan Jerman
di Eropah dan menghalang penyebaran ideologi komunis dan ketenteraan Rusia di Eropah.

• NATO melibatkan Amerika Syarikat kerana Amerika Syarikat dilihat sebagai sebuah kuasa
besar yang mempunyai keupayaan untuk mengekang kemaraan ideologi komunis dan
ketenteraan Rusia di Eropah.

• Keupayaan yang dimiliki oleh Amerika Syarikat dapat mengatasi ketidakyakinan Eropah
terhadap kemampuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam menangani konflik
dunia kerana PBB itu sendiri tidak memiliki pasukan tentera sendiri.

• Tegasnya, penyertaan Amerika Syarikat dalam NATO jelas bertujuan untuk memastikan
pertubuhan ini memainkan peranan dengan lebih efektif dan berkesan.
4. PENGLIBATAN AMERIKA SYARIKAT ADALAH SINONIM KEPADA
NATO DAN NATO ADALAH AMERIKA SYARIKAT.

• NATO yang didominasi oleh Amerika Syarikat menyebabkan Soviet


Union memandang pertubuhan itu sebagai Amerika Syarikat dan bukan
sebagai kesatuan negara-negara Eropah Barat.

• Amerika Syarikat menunjukkan kekuasaannya dalam NATO sewaktu


terlibat dalam Perang Dingin antara Amerika Syarikat dengan Soviet
Union.

• Amerika Syarikat menggunakan negara-negara anggota NATO sebagai


penampan kepada penularan kuasa Soviet Union di Eropah Barat.

• Tegasnya, dominasi Amerika Syarikat jelas diperlihatkan dalam NATO


terutama dalam setiap operasi ketenteraan yang mereka jalankan.
KESIMPULAN
1. Rancangan United Kingdom membawa masuk Amerika Syarikat ke
dalam NATO telah berjaya dan hasilnya NATO dilihat berkesan
mengekang penularan ideologi komunis dan ketenteraan Rusia.

2. United Kingdom dan Amerika Syarikat menunjukkan komitmen


yang sangat kuat untuk memastikan kesinambungan, keutuhan dan
kestabilan NATO sebagai sebauh institusi pertahanan di Eropah.

3. Peranan yang dimainkan kedua-duanya berhasil memastikan


keamanan dan keselamatan di Eropah dan NATO dilihat menjadi
sebuah perjanjian pertubuhan keselamatan yang berjaya bukan
sahaja di Eropah tetapi juga di peringkat dunia.

Anda mungkin juga menyukai