Anda di halaman 1dari 2

SMKASMT6 SEJARAH DUNIA (TEMA 4)

Soalan : Huraikan faktor-faktor yang mendorong Penubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO)
pada tahun 1949.

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara yang dikenali sebagai NATO ditubuhkan pada 4 April
1949. NATO ditubuhkan untuk mewujudkan sistem pertahanan bersama yang melibatkan
semua negara anggota. Pertubuhan ini juga berperanan memelihara kedaulatan negara-negara
anggota dan membendung pengaruh komunis yang disebarkan oleh Soviet Union. Terdapat Pengenalan
beberapa faktor yang mendorong penubuhan NATO.

Menyekat fahaman komunis. Fakta

Terdapat beberapa faktor yang mendorong penubuhan NATO antaranya ialah menyekat
fahaman komunis. Ini adalah kerana fahaman komunis mula tersebar secara meluas di Eropah Huraian/
yang diterajui oleh Rusia. NATO diharap menjadi benteng untuk menyekat pengaruh komunis. Contoh
Ideologi komunis yang diasaskan oleh Karl Max boleh menggugat idealogi kapitalisme yang
dilaksanakan oleh kuasa Bersekutu untuk memonopoli ekonomi dunia.

Sebagai contoh, Rusia telah berjaya menyebar dan mengukuhkan pengaruh komunis di negara-
negara Eropah Timur. Perkembangan komunis di negara- negara Eropah Timur menimbulkan
kebimbangan kepada Amerika Syarikat dan Britain.

Tegasnya dapat dikatakan bahawa menyekat pengaruh komunis di Eropah merupakan salah
Penegasan Isi
satu faktor yang mendorong terbentuknya NATO.

Menyekat dasar ketenteraan Rusia. Fakta


Selain itu, perlumbaan negara-negara besar semakin ketara pada ketika ini untuk mengukuhkan
kedudukan dan pengaruh. Rusia juga turut bertindak demikian melalui pengukuhan aspek Huraian/
ketenteraan untuk menyaingi kuasa Amerika Syarikat. Keadaan ini menyebabkan Rusia mula Contoh
menjalankan dasar ketenteraan dan perluasan pengaruh di Eropah dan dalam masa yang sama
menyebarkan ideologi komunis. Perkembangan ini telah menimbulkan kebimbangan kepada
Amerika Syarikat yang berusaha untuk menjadi kuasa besar dunia.
Sebagai contoh, Rusia berjaya mengukuhkan kedudukan dan kekuatan ketenteraan di negara-
negara Eropah Timur yang prokomunis. Rusia telah berjaya membentuk angkatan tentera laut,
darat yang kuat bagi menangkis serangan kuasa imperialis lain.

Tegasnya dapat dikatakan bahawa NATO diwujudkan bagi membentuk pakatan untuk Penegasan Isi
menghadapi ancaman Rusia yang mula melebarkan pengaruh melalui aspek ketenteraan.
Menghalang kebangkitan Jerman. Fakta

Faktor seterusnya ialah mengahalang kebangkitan Jerman untuk menjadi kuasa besar dunia. Huraian/
Jerman sudah mempunyai pengalaman dalam Perang Dunia Pertama dan Kedua yang mana Contoh
kuasanya adalah setanding dengan kuasa imperialis lain. Selepas tamatnya Perang Dunia ke-2,
Jerman masih menjadi ancaman kepada dunia terutama Eropah yang mana Jerman berusaha
untuk maju dalam pelbagai aspek. Kebangkitan Jerman melahirkan kebimbangan dalam
kalangan negara Eropah terutama Britain dan Perancis. Sebagai contoh, negara-negara Eropah
mahu menyekat kebangkitan Jerman yang dikhuatiri akan mencetuskan pergolakan dunia.
Dalam konteks ini, pakatan ketenteraan seperti NATO dapat menyekat kebangkitan Jerman
sebagai kuasa tentera yang akan mengancam kestabilan politik di benua Eropah.
SMKASMT6 SEJARAH DUNIA (TEMA 4)

Penegasan Isi
Tegasnya dapat dikatakan bahawa ancaman kebangkitan Jerman dalam bidang ketenteraan
merupakan salah satu faktor penubuhan NATO.

Penglibatan Amerika Syarikat Fakta

Penubuhan NATO juga berkait rapat dengan rancangan Amerika iaitu ingin menjadi ketua
dalam pertubuhan antarabangsa. Ini adalah kerana penubuhan NATO bertujuan melibatkan
secara langsung Amerika Syarikat dalam hal ehwal ketenteraan dan politik di benua Eropah. Huraian/
Contoh
Penyertaan Amerika Syarikat dalam NATO bertujuan untuk memastikan pertubuhan ini
memainkan peranan yang lebih efektif. Sebagai contoh, tentera Amerika Syarikat ditempatkan
di Jerman dan Turki selepas tamat Perang Dunia Ke-2 supaya komunis dapat disekat.
Tegasnya dapat dikatakan bahawa penglibatan Amerika Syarikat secara langsung di Eropah Penegasan Isi
merupakan salah satu faktor penubuhan NATO.

Mengambilalih peranan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Fakta

Ini adalah kerana penubuhan NATO bertujuan mengatasi ketidakyakinan Eropah terhadap
kemampuan PBB dalam menangani konflik dunia. PBB tidak berupaya memainkan peranan
Huraian/
sebagai pertubuhan yang boleh mengekang sebarang konflik dengan berkesan. Kelemahan Contoh
utama PBB ialah badan dunia itu tidak memiliki pasukan tentera sendiri yang mana secara
jelas memperlihatkan PBB masih lemah untuk menangani isu dunia terutama melibatkan
peperangan. Sebagai contoh, NATO memiliki tentera sendiri bagi menjamin keselamatan dan
kedaulatan negara anggota.

Tegasnya kegagalan PBB untuk menangani krisis dunia membawa kepada NATO berusaha
Penutup Isi
untuk mengambil peluang ini untuk menjadi sebuah pertubuhan yang berpengaruh.

Sebagai kesimpulan dapatlah dikatakan bahawa terdapat beberapa faktor penubuhan NATO.
Keadaan politik yang tidak menentu era Perang Dingin menyebabkan kerjasama dalam bidang
Kesimpulan
kententeraan dianggap perlu. Selepas Perang Dingin berakhir, NATO tidak dibubarkan. NATO
terus menyusun strategi bersaing sesama sendiri bagi mengukuhkan pengaruh masing- masing.

Anda mungkin juga menyukai