Anda di halaman 1dari 13

KESYOGUNAN ASHIKAGA

Para sejarahwan mencatatkan masa pemerintahan Kesyogunan Ashikaga dalam tempoh yang

pelbagai. Jeffrey P. Mass dan William B. Hauser dalam ‘ The Bakufu In Japanese History’ pula

mencatatkan antara tahun (1336-1573M)[1]. Manakala, Kozo Yamamura dalam ‘The Cambridge

History of Japan’ pula mencatatkan di antara lingkungan tempoh masa (1336/1338-1573M).  apa

yang boleh disimpulkan disini, tempoh masa (1336-1573M) merupakan tempoh masa

pemerintahan yang paling tepat. Pengakhiran Kesyogunan Kamakura yang berakhir pada tahun

1333[2] menyebabkan wujudnya Zaman Kesyogunan Ashikaga. Pada tahun 1333, Maharaja Go-

daigo (1288-1339M) telah berjaya menggulingkannya.  Kejayanya disebabkan sokongan yang

telah diberi oleh beberapa orang jeneral yang utama seperti Kusunoki Masashige (1294-1336M),

Nitt Yoshisada (1301-1338M) dan Ashikaga Takauji (1305-1358M).  Selepas itu kuasa politik

kembali semula kepada Maharaja Go-Daigo.  Namun, maharaja Go-Daigo tidak dapat

mempertahankan kuasa hal ehwal politik Jepun dengan lebih lama dan hanya bertahan selama

tiga tahun sahaja[3].  Ini kerana menjelang tahun 1335M, Maharaja Go-Daigo telah kehilangan

hak kekuasaan politiknya disebabkan kerajaan imperial yang diketahui oleh Maharaja Go-daigo

tidak berjaya menghapuskan kuasa kelas tentera di wilayah-wilayah. Apa yang lebih penting, 

kerajaan juga tidak berjaya mengawal kuasa shugo dan jito. 

      Ashikaga Takauji muncul semula dengan membantu Maharaja Go-Daigo untuk

menggulingkan Kamakura Bakufu dan memperolehi peluang untuk memberontak dan

menentang kerajaan imperial pada tahun 1335M.  Maharaja Go-daigo telah diusir keluar dari

Kyoto pada tahun 1336M.  Takauji kemudiannya menabalkan seorang Maharaja lain untuk

menaiki takhta.  Go-daigo telah menubuhkan Kerajaan Imperial saingan di Yoshino yang terletak

berhampiran Nara. Pada tahun 1392M, para pengganti Go-daigo telah dibawa balik ke Kyoto
oleh keluarga Ashikaga yang menjanjikan bahawa warisan pengganti-pengganti Go-Daigo akan

menaiki takhta secara bergilir-gilir dengan Takauji menentukannya.  Walaubagaimanapun,

keluarga Ashikaga tidak menunaikan janji mereka dimana para pengganti Go-Daigo tidak pernah

menaiki takhta selepas itu.  Menjelang tiga tahun kemudian iaitu dalam tahun 1338M, Takauji

melantik dirinya sebagai Sei-I-Taishigun[4].  Beliau telah mengasaskan Bakufu yang baru. 

Beliau telah menubuhkan kerajaan ketenteraan yang kedua di Jepun.  Bakufu inilah yang

akhirnya dikenali sebagai Kesyogunan Ashikaga.          

     Zaman  Kesyogunan Ashikaga ini tidaklah sehebat zaman Kamakura dan Tokugawa.

Kesyogunan Ashikaga turut dikenali dengan nama Muromachi Bakufu kerana namanya diambil

sempena pembinaan sebuah istana baru di Muromachi (Kyoto) pada tahun 1378M oleh Bakufu

Ashikaga ketiga iaitu Yoshimitsu (1358-1408M). Kesyogunan Ashikaga juga turut dipindahkan

ke Kyoto. Keadaan ini telah menjadikan Kyoto sebagai ibu negara politik Jepun dan secara tidak

langsung struktur pemerintahannya adalah berlandaskan Kesyogunan Kamakura. Walau

bagaimanapun, jika dilihat dari segi kawalan politik, ternyata Kesyogunan Ashikaga telah gagal

melaksanakan kawalan ke atas kelas tentera wilayah dan Daimyo atau tuan-tuan tanah feudal.

Disebabkan faktor ini, era Ashikaga dilihat sebagai zaman berlakunya masalah politik dan sosial.

Namun apa yang penting juga disini, zaman pemerintahan Kesyogunan Ashikaga telah memberi

impak kepada kemajuan Jepun dalam bidang ekonomi, sosial dan politik itu sendiri.  Bagi

membincangkan mengenai Kesyogunan Ashikaga, tumpuan akan diberikan dari aspek politik,

ekonomi dan sosial yang melibatkan pemerintahan selama lebih kurang 273 tahun.

Politik dan pemerintahan era Kesyogunan Ashikaga


     Umumnya kita dapat melihat dengan jelas bahawa Kesyogunan Ashikaga masih meneruskan

corak pemerintahan dan pentadbiran Zaman Kamakura. Walau bagaimanapun, pada waktu ini

telah berlaku pertambahan kuasa di kalangan Jito, Shugo, Daimyo dan Samurai. Jito merupakan

jawatan yang diberikan pelbagai maksud serta takrifan seperti polis, pengurus, hakim dan

pelbagai autonomi ke atas estet dan tanah awam. Tugas atau peranannya adalah mengenai

perkara yang berkaitan dengan tanah awam dan persendirian di setiap wilayah. Manakala syugo

pula bertanggungjawab sebagai ‘high constable’ atau pegawai tinggi polis bagi mengawal setiap

wilayah sama ada dalam menyediakan khidmat kawalan mahupun dalam membanteras kegiatan

jenayah contohnya dalam kes-kes pembunuhan dan pemberontakan. Penguasaan golongan ini

telah menyebabkan pengaruh dan kuasa pemerintah Ashikaga berkurangan. Sistem politik dan

pentadbiran Kesyogunan Ashikaga dapat diperhatikan melalui wujudnya tiga buah jabatan. Ia

merangkumi Samurai Dokoro (ketenteraan), Mandokoro ( pentadbiran), dan Manchujo

(Mahkamah Agung). Samurai Dokoro merupakan sebuah jabatan yang dipertanggungjawabkan

dalam mengendalikan semua urusan dalam hal ehwal tentera seperti hak istimewa, obligasi-

obligasi, harta benda, pangkat dan lain-lain untuk kakitangan tentera. Atas tujuan ini, seorang

ketua yang bergelar Kumonjo telah dilantik. Tujuan sebenar pemusatan semua hal ehwal tentera

di bawah satu autonomi jabatan adalah untuk memastikan golongan Daimyo (tuan-tuan tanah

feudal) berada di bawah kawalan Bakufu. Keadaan ini disebabkan Samurai Dokoro inilah yang

merupakan seseorang yang dipertanggungjawabkan dalam menentukan kegiatan harian Daimyo

termasuklah urusan perkahwinan, perbelanjaan dan sebagainya. Selain itu juga, pemusatan ini

dibuat bertujuan untuk mendisiplinkan golongan perwira atau samurai di bawah  satu sistem dan

peraturan yang akhirnya mengangkat kedudukan golongan tentera dalam kelas sosial. Sementara

itu, Mandokoro pula bertanggungjawab dalam menguruskan pelbagai urusan harian Bakufu
manakala Manchujo ditugaskan dalam membicarakan kes-kes awam serta berkait rapat dalam

pengurusan Mahkamah Agung.

             Dalam sistem pentadbiran Kesyogunan Ashikaga yang bercorak ketenteraan ini, terdapat

Syogun-Syogun yang dipertanggungjawabkan dalam mentadbir Jepun pada masa tersebut.

Walau bagaimanapun, syogun-syogun ini dianggap kurang berkepimpinan dan berwibawa

seperti Minamoto Yoritomo pada era zaman Kesyogunan Kamakura.

Nama Pemerntah Tempoh Pemerintahan


1- Takauji (1305-1358) 1338-1358
2- Yoshiakira (1330-1367) 1359-1367
3- Yoshimitsu (1358-1408) 1368-1394
4- Yochimochi (1386-1428) 1394-1423
5- Yoshikazu (1407-1425) 1423-1425
6- Yoshinori (1394- 1441) 1429-1441
7- Yoshikatsu (1434-1443) 1441-1443
8- Yoshimasa (1436-1490) 1443-1473
9- Yoshihisa  (1465-1489) 1473-1489
10- Yoshitane (1466-1523) 1490-1443  , 1508-1521
11- Yoshizumi (1480-1511) 1493-1508
12- Yoshiharu (1511-1550) 1521-1546
13- Yoshiteru (1536-1565) 1546-1565
14- Yoshihide (1540-1568) 1568
15- Yoshiaki (1537-1597) 1568-1573 (turun takhta 1588)
Senarai pemerintah Kesyogunan Ashikaga daripada Takauji (1338-1358M) hingga Yoshiaki
(1568-1573M) dan turun takhta pada 1588.

Aspek ekonomi era Kesyogunan Ashikaga

     Keshogunan Ashikaga memberi beberapa perubahan dari sudut ekonomi yang membantu

perkembangan penting dalam sejarah tamadun Jepun.. Hal ini boleh dilihat dari sudut pertanian

dan perindustrian[5]. Dua tanaman dalam bidang pertanian iaitu tanaman gandum dan barli akan
diusahakan selepas penuaian padi. Manakala penggunaan kuda dan sapi telah dilakukan bagi

memudahkan segala aktiviti pertanian[6]. para pembesar juga pada ketika itu dilihat giat

memainkan peranan dalam memulihkan kembali ekonomi mereka akibat daripada peperangan

yang menyebabkan banyak daripada hasil tanaman rosak. Pelbagai langkah yang telah diambil

ialah dengan membina sistem pangairan dan saliran bagi disalurkan ke kawasan-kawasan sawah

padi. Ini ditambah lagi dengan wujudnya tanaman kapas dan teh yang telah diusahakan secara

meluas. Impak daripada pertanian tanaman teh menjadikan upacara minum teh di Jepun sebagai

satu kebudayaan yang terkenal hingga berkekalan ke hari ini.

       Selain daripada bidang pertanian, Syogun Ashikaga telah menyaksikan perkembangan

bidang perindustrian yang pesat.  Ini boleh dilihat melalui pengeluaran barang-barang tembikar

di bandar Seto di wilayah Owari yang telah menjadikan bandar tersebut sebagai pusat

pengeluaran barang-barang tembikar di Jepun[7]. Selain itu, barangan kraftangan seperti

barangan dapur yang diperbuat  daripada logam, kain tenunan dan pembuatan kertas turut

diperbuatkan. Industri pembuatan pinggan mangkuk juga turut berkembang rentetan daripada

peperangan asing yang meletus. Ini disebabkan pinggan mangkuk sangat diperlukan dan pada

masa tersebut peralatan ini merupakan suatu yang baru di Jepun.

     Dalam bidang perindustrian juga terdapat perkembangan baju kalis senjata tajam telah

diperkenalkan dan digunakan secara meluas terutama sewaktu berlakunya peperangan. Pada

kebiasaannya, kain kapas, sutera dan keluli akan digunakan bagi menghasilkan baju kalis senjata

yang bermutu tinggi. Kemunculan persatuan-persatuan kewangan seperti ‘tanomoshiko’ atau

‘mujinko’ juga menunjukkan bahawa berlaku perkembangan ekonomi pada zaman Kesyogunan

Ashikaga[8]. Pusat-pusat kewangan seperti pusat pertukaran wang, kedai-kedai beras dan sake
(sakaya) turut berkembang pesat terutamanya di wilayah-wilayah seperti Sakai, Kuwana, Hakata

dan Ise.

     Industri perlombongan pesat dijalankan dan pengeluaran emas, perak serta tembaga

bertambah dengan banyaknya. Apabila ekonomi telah berkembang dengan pesatnya,

pengkhukusan mula berlaku dan bilangan tukang-tukang, saudagar-saudagar telah bertambah

dengan berganda[9]. Organisasi-organisasi yang serupa dengan guilds/persatuan ( yang dipanggil

dalam bahasa jepun ) mula wujud. Organisasi-organisasi ini memonopoli pengeluaran dan

pemasaran sebarang baranga khusus.

      Seperti zaman Kamakura, Jepun pada waktu ini telah mengadakan hubungan dengan negara

China[10]. Antara kejayaan shogun ashikaga ialah mereka berjaya menjalankan hubungan

perdangan dengan kerajaan Ming di China. Pada masa yang sama iaitu pada tahun 1938 ketika

ketika kekuasaan Yoshimitsu, Dinasti Ming telah berkuasa di China[11]. Rundingan diantara

Yoshimitsu dengan Maharaja Ming telah membuka jalan antara dua negara berkenaan. Diantara

tahun 1404-1410, lima misi perdagangan termasuk 38 kapal Jepun telah belayar daripada

pelabuhan Jepun ke China[12]. Kesan daripada perdagangan dengan China ini telah memberi

kesan yang baik kepada Jepun iaitu beberapa pelabuhan seperti pelabuhan Hijogo, Hakata dan

Sekai bertambah maju[13]. Selain itu, kekayaan yang berjaya dikumpulkan melalui pengaruh zen

kepada monastri dan Bakufu telah memberikan sumbangan yang besar dalam menghasilkan

pembinaan kuil-kuil yang indah, istana dan rumah-rumah persinggahan. Ekonomi wang juga

berkembang dengan pesat dan proses ini dipercepatkan oleh kemajuan perdangan tempatan

dengan luar negeri terutamanya dengan china[14]. Melalui perdagangan yang dijalankan dengan

negara China, Jepun telah menukarkan barangannya dengan wang tembaga dari China.
Penggunaan wang tembaga dari China telah menjadi asas dalam perdagangan utama di negara

Jepun.

     Golongan suci zen telah memainkan peranan penting dalam melaksanakan segala urusan yang

berkaitan dengan pengendalian, penghantaran dan penerimaan kargo. Mereka juga turut menjadi

rakan kongsi dan juga pakar kewangan yang berwibawa dalam perdagangan. Kemajuan dalam

sistem ekonomi kewangan telah mewujudkan sistem pajak gadai yang menyaksikan golongan

yang tidak memiliki tanah telah dikenakan bayaran dan bunga yang sangat tinggi. Namun,

terdapat juga usaha untuk menamatkan perdagangan di antara China dan Jepun oleh beberapa

pemerintah Kesyogunan Ashikaga. Misalnya, Yoshimochi yang merupakan anak kepada

Yoshimitsu. Walaubagaimanapun, selepas itu usaha perdagangan telah disambung semula oleh

Yushimori dengan menghantar perwakilan kemaharajaan China iaitu Xuan-Ce atau Hsuan-Tee

dengan tujuan memperbaharui perdagangan.

           

    Hubungan perdagangan juga telah diadakan dengan orang-orang Portugis sejak abad ke-16

lagi[15]. Ini merupakan ekoran daripada tiga orang Portugis telah karam di lautan dan terdampar

di Tanegashima iaitu sebuah pulau kecil di selatan Kyushu. Senjata  yang dikenali dengan nama

‘matchlock muskets’ telah dibawa bersama-sama dan ini telah menarik hati penduduk Jepun yang

sukakan peperangan pada ketika itu. Pelbagai jenis kapal perdagangan Portugis telah datang ke

pelabuhan Kyushu dalam tempoh dua tahun. Kedatangan mereka adalah bertujuan untuk menjual

barangan dagangan seperti senjata api, kain kapas dan sutera China untuk ditukarkan dengan

perak dan tembaga Jepun.

            Sementara itu, pembangunan dalam negeri dan perdagangan luar telah memberikan

kemajuan yang besar dalam Zaman Ashikaga. Penggunaan mata wang sedang giat dilakukan.
Terdapat juga sesetengah daripada pemilik tanah dan petani lebih menggemari membayar cukai

daripada penggunaan wang berbanding menggunakan beras. Kemajuan yang dicapai dalam

penggunaan sistem ekonomi kewangan telah mewujudkan sistem pajak gadai. Dengan ini

golongan yang tidak memiliki tanah akan ditindas kerana diberikan bayaran serta bunga yang

sangat tinggi. Keadaan ini akhirnya membawa kepada rusuhan akibat daripada kegagalan

mengawal ketenteraman awam.

Aspek sosial era Kesyogunan Ashikaga

Seni lukis

            Zaman Kesyogunan Ashikaga telah menyaksikan perkembangan yang pesat dalam

bidang seni lukis. Ini berikutan daripada kehadiran dua pelukis agung iaitu Tosa Mitsunobu

(meninggal dunia pada tahun 1523M) dan Kano Motonabu (1476-1599M)[16]. Yoshimitsu

merupakan salah seorang penaung dalam bidang seni lukis dengan usahanya dalam pembinaan

pusat kesenian perak. Selain itu, beliau turut membina taman-taman bunga yang cantik untuk

beristirehat. Yoshimitsu merupakan salah seoerang pengiring kepada pelukis zen iaitu Naomi.

Beliau juga mengeluarkan pengecat dakwat ‘ monochrome’ iaitu penggunaan secara berhati-hati

dakwat hitam dan penggunaan kertas yang sangat istimewa amat dititikberatkan. Lukisan yang

penuh dengan unsur-unsur kesenian amat digalakkan pada zaman ini. Ia dikenali dengan nama

‘sparingly and boldly’ yang merupakan suatu teknik percikan yang sangat menarik[17].

Penggunaan warna yang banyak adalah tidak digalakkan kerana salah seorang pelukis terkenal

Sheshu (1420-1500M) pernah menyatakan bahawa pelbagai warna akan membutakan

pemandangan atau lebih jelasnya akan menjadikan sesebuah lukisan kurang menarik. Sheshu

merupakan seorang budak shubunis yang telah menjadi salah seorang pelukis agung di

Jepun[18]. Dalam usaha melahirkan pelukis yang berbakat dua orang rahib Buddha zen iaitu
Shubun dan Josetsu yang menetap di kuil Shokuji telah menjadi guru yang bertauliah pada waktu

itu. Pelukis-pelukis agung seperti Motonobu dan Mitsunobu merupakan antara pelukis yang

berjaya dilahirkan oleh mereka.

Seni bina

     Pemerintah Kesyogunan Ashikaga iaitu Yoshimitsu telah memajukan bidang seni dengan

pembinaan Pavilion Emas ( Kinkaku) di Kitayama. Kinkaku merupakan bangunan yang dibuat

dengan kayu dan ditempatkan di kawasan yang sesuai berasaskan ajaran Buddha[19], Satu lagi

seni bina Jepun yang hebat ialah semasa pemerintahan Yoshimasa pada tahun 1449 apabila

beliau membina Pavilian Perak (Ginkaku) dalam kebunnya[20]. Walau bagaimanapun,

pembinaannya telah dianggap sebagai satu pembaziran. Kinkaku dan Ginkaku mempunyai tiga

platform Buddha dan bangunan ini sentiasa memberikan cerita ganjil dan pelik.

Seni Lanskap

     Pada zaman Ahikaga, kesenian Jepun berasakan landskap taman yang ditiru berdasarkan

kepada corak kuil zen dan istana golongan bangsawan[21]. Ianya memaparkan kagungan alam

dan sejajar dengan itu pembinaan jambatan, pulau-pulau dan sungai buatan manusia juga turut

dilakukan tetapi dengan penuh berhati-hati bagi memastikan hasilnya akan lebih bermutu. Bagi

memberikan seni ‘landscape’ atau pemandangan yang cantik,  batu-batu besar juga turut

digunakan bagi diletakkan di sekeliling binaan.

Muzik dan tarian

     Aspek kebudayaan seperti muzik dan tarian merupakan suatu kebudayaan yang sering

dipertonjolkan pada zaman Muromachi[22]. Ini disebabkan ia merupakan salah satu cara yang

dapat memberikan hiburan pada setiap orang.  Atas sebab itu, Sarugaku (sejenis pengajukan

komik) dan Dengaku ( sejenis muzik dan tarian) menjadi sangat popular di kalangan rakyat
biasa[23]. Manakala ‘no drama’ terkenal di kalangan aristokrat dan bangsawan tempatan. Ia

biasanya memaparkan tema Shinto dan Buddhist dalam ceritanya[24]. No play pula

dipersembahkan diatas pentas melibatkan pelakon lelaki yang memakai topeng dan memakai

jubah yang disulam dengan cantik dimana mereka melakonkan kedua-dua peranan lelaki dan

perempuan[25]. Selain itu juga dapat dilihat upacara teh dan penyusunan bunga (Ikebana)

menjadi amat popular terutamanya dalam kalangan aristokrat[26].

Keagamaan

     Dari segi keagamaan, zaman Ashikaga ini memperlihatkan kemunculan beberapa mazhab

agama Buddha seperti Jodo Shinsu yang menjadi lebih popular[27]. Ringkasnya, agama Buddha

mengatakan bahawa dunia adalah tidak wujud. Ini disebabkan ia penuh dengan penderitaan.

Walau bagaimanapun, apabila penderitaan ini berjaya dikenal pasti, maka penderitaan akan

berakhir. Hakikatnya, Buddhisme di Jepun memperlihatkan dua aspek yang berbeza berdasarkan

dua golongan masyarakat. Golongan pertama memperlihatkan bahawa mereka menerima ajaran

Buddha manakala golongan kedua  sanggup menerima satu agama yang penuh dengan disiplin.

biara-biara (terakoya) telah wujud dengan cepat pada zaman ini[28].

Faktor-Faktor  Kejatuhan Kesyogunan Ashikaga.

Masalah  kepimpinan

     Pembaziran yang dilakukan oleh Yoshimitsu dalam bidang kesenian di Kyoto menyebabkan

pelbagai perkara yang terjadi. Ini dapat diringkaskan melalui tahun-tahun tersebut iaitu pada

1361-1362,berlakunya sebanyak sembilan letupan gempa bumi, wabak penyakit yang menular

yang boleh menyebabkan kematian. Pada tahun 1362, kemarau melanda dengan dahsyatnya

menyebabkan berlakunya masalah kebuluran. Pada tahun 1365, berlakunya banyak kebakaran

serta berleluasanya penyakit cacar di kalangan rakyat. Manakala pada tahun 1369, telah berlaku
gempa bumi yang paling teruk. Pada tahun 1379, Yoshimitsu telah membina Muromachi-dai

yang dikenali sebagai Hana-No-Gosho (Tempat yang dipenuhi dengan pelbagai jenis bunga).

Kesan daripada penggunaan wang yang banyak menyebabkan masalah kebuluran semakin

buruk.

     Sewaktu pemerintahan Yoshimasa, keadaan di Kyoto juga adalah sama seperti di bawah

pemerintahan datuknya iaitu Yoshimitsu. Pada tahun 1447-1448, berlakunya rusuhan di kalangan

warganegara serta kebangkitan golongan pelampau yang mencabar kerajaan. Pada tahun 1447,

berlaku lebih banyak kejadian gempa bumi dan selama tujuh bulan berlakunya banjir yang

menyebabkan jambatan Gojo dan Seto  musnah. Keadaan ini telah mengorbankan ramai

penduduk. Masalah wabak penyakit yang melanda selama tujuh bulan dan dianggarkan setiap

hari melebihi seribu orang penduduk meninggal dunia pada tahun 1449. Pada tahun 1454 iaitu

pada  29 September telah berlaku rusuhan-rusuhan menentang kerajaan.

Perang Onin  ( 1467-1477M )

     Perang onin ini dikatakan penyebab utama kejatuhan Kesyogunan Ashikaga. Perang Onin

yang berlaku ini berlangsung pada 1467 hingga 1477[29]. Perang Onin berlaku melibatkan dua

kumpulan yang bersaing antara satu sama lain[30]. Perang ini berpunca daripada suatu

perselisihan yang sengit di antara dua keluarga Kavei yang memperlihatkan kumpulan-kumpulan

ini telah dipimpin oleh Hosokawa dan Yamana. Perang Onin ini telah memusnahkan Kyoto yang

bertindak sebagai ibu negara Jepun pada Zaman Kesyogunan Ashikaga. Campur tangan turut

berlaku dari kalangan tuan-tuan tanah feudal yang akhirnya menyebabkan berlakunya

perselisihan keluarga dan huru-hara yang bertambah dahsyat. Pergaduhan, rompakan dan

pembakaran yang berlaku bertahun-tahun telah menghancurkan Kyoto dan kawasan-kawasan

disekitarnya[31]. Pada tahun 1473M, kedua-dua Hosokawa dan Yamana telah meninggal dunia
dan menyebabkan peperangan ini berterusan selama beberapa tahun sehingga 1478M.  Akhirnya,

kumpulan Hosokawa telah memperolehi kemenangan. Semenjak dari tahun 1478M, kumpulan

Hosokawa mula meluaskan pengaruh dan kuasanya ke atas Syogun-Syogun Ashikaga.

Keluarga Hosokawa dan pengaruhnya terhadap Kesyogunan Ashikaga.

     Kejatuhan Kesyogunan Ashikaga banyak dipengaruhi oleh keluarga Hosokawa. Ini kerana

keluarga ini sering  melantik dan melucutkan jawatan dalam Kesyogunan Ashikaga dengan

sesuka hati. Peristiwa ini telah berlaku dalam tempoh tahun 1490M hingga 1550M. Di antara

tempoh tersebut telah menyaksikan perlantikan lima orang Syogun yang akhirnya terpaksa turun

takhta oleh keluarga Hosokawa.  Pada tahun 1565M Syogun Ashikaga yang ke-13 telah dibunuh

dan digantikan oleh Ashikaga Yoshihide yang kemudiannya meninggal dunia pada tahun

1568M. Selepas kematian ayahnya, Yoshiaki kemudiannya telah dilantik oleh Oda Nobunaga

yang merupakan seorang daimyo yang paling berkuasa di Jepun[32].

Yoshitane   (Dilantik 1490) Turun takhta 1493

Yoshizumi   (Dilantik Turun takhta 1508

1493) Turun takhta 1521

Yoshitane   (Dilantik 1508) Turun takhta 1545

Yoshiharu  (Dilantik 1521)      Dibunuh 1565

Yoshiteru    (Dilantik Meninggal dunia 1568

1545) Dipecat 1573

Yoshihide   (Dilantik1565)

Yoshiaki      (Dilantik

1568)
                                 Syogun-Syogun Ashikaga dari tahun 1940
Oda Nobunaga merupakan seorang daimyo yang berasal dari wilayah Owari[33]. Oda Nobunaga

telah memasuki Kyoto ketika era pemerintahan Yoshiaki[34]. Yoshiaki kemudiannya telah

dipecat oleh Oda Nobunaga pada 1573 yang menyebabkan berakhirnya Kesyogunan Ashikaga.

Kesimpulan

     Walaupun Kesyogunan Ashikaga tidak mempunyai sejarah poltik dan ketenteraan sehebat era

Kamakura, namun ia telah berperanan besar dalam dari segi pertumbuhan ekonomi, kebudayaan

dan sosial Jepun. Kebudayaan Jepun telah berkembang seperti kesenian, muzik, drama dan

dalam adab minum teh. Kejatuhan Kesyogunan Ashikaga telah menimbulkan huru-hara politik

untuk suatu jangka masa waktu yang dikenali sebagai Sengoku jidai atau dipanggil sebagai era

peperangan[35].

Anda mungkin juga menyukai