Anda di halaman 1dari 5

Sistem Sosial di Vietnam dan Indonesia

§ Susun lapis masyarakat Vietnam dibentuk melalui sistem feudal yang diambil dari
China dan pengaruh ajaran agama Confucius.
§ Susun lapis masyarakat Indonesia pula semakin jelas dan tersusun selepas
kemunculan kerajaan islam di Sumatera dan Pulau Jawa.

Isi-isi penting

Konsep Masyarakat

§ Masyarakat Asia Tenggara mengamalkan sistem sosial yang bercorak tradisional


berasaskan sistem feudal. Sistem sosial masyarakat Asia Tenggara terdiri
daripada golongan pemerrintah dan golongan diperintah. Golongan pemerintah
merangkumi raja dan bangsawan manakala golongan diperintah terdiri daripada
rakyat biasa.
§ Sistem sosial yang diamalkan oleh masyarakat Asia Tenggara terutama di
Vietnam dan Indonesia menunjukkan pembahagian lapissan masyarakat yang
jelas antara golongan yang memerintah dan diperintah. Masyarrakat Vietnam dan
Indonesia mengalami perubahan yang besar apabila kedudukan golongan yang
memerintah semakin lemah dan hilang kuasa akibat pengenalan sistem
pentadbiran Barat setelah berlakunya imperalisme pada abad ke-19 dan awal
abad ke-20.

Susun lapis masyarakat Vietnam

1. Maharaja
§ Maharaja berada pada kedudukan yang paling atas dalam susun lapis masyarakat
Vietnam dan berkuasa mutlak. Maharaja mewarisi takhta secara warisan
mengikut keluarga atau dinasti seperti Nguyen dan Tuc. Maharaja diwajibkan
mendapat pendidikan confucius yang baik. Maharaja dianggap suci dan sering
dikaitkan dengan ajaran Buddha serta perlu ditaati. Baginda dianggap ‘Anak
Syurga’ yang mendapat mandat untuk memerintah daripada Tuhan.
§ Kebijaksanaan maharaja akan menentukan kesejahteraan rakyat. Oleh itu,
sekiranya seseorang maharaja mengabaikan tanggungjawabnya terhadap rakyat,
maka tindakan itu akan memberi kesan kepada negara.

2. Golongan Cendekiawan (Mandarin/Quan)

§ Golongan Mandarin mempunyai kedudukan paling tinggi dan berpengaruh dalam


masyarakat Vietnam kerana merupakan pemerintah sebenar yang
bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas maharaja. Golongan Quan atau
Mandarin mendapat pendidikan tinggi berdasarkan keupayaan mereka menguasai
ajaran Confucius.
§ Golongan Mandarin merupakan perantara maharaja dengan rakyat seperti
menyampaikan maklumat atau perintah maharaja kepada golongan bawahan.
Mereka juga bertanggungjawab mengutip cukai, menjaga kebajikan rakyat dan
keamanan negara serta mengetuai upacara keagamaan Buddha di Pagoda. Quan
ditugaskan mengetuai kementerian seperti kementerian kewangan dan
kementerian kehakiman.

3. Rakyat

§ Dalam struktur susun lapis masyarakat Vietnam, golongan bawahan terdiri


daripada rakyat biasa dan petani. Meskipun golongan ini mewakili kumpulan
terbesar ddalam susun lapis masyarakat Vietnam namun mereka tidak
mempunyai kuasa dalam pemerintahan. Rakyat biasa yang pandai dan
berpengetahuan dalam ajaran Confucius dengan mendalam berpeluang menjadi
pegawai tinggi awam atau kerajaan. Ini membuktikan mobiliti sosial wujud dalam
sistem sosial di Vietnam. Rakyat biasa juga melakukan aktiviti seperti menenun
kain atau menghasilkan tembikar.
§ Golongan petani menduduki hierarki sosial yang paling bawah tetapi dipandang
tinggi dalam masyarakat kerana peranannya membekalkan makanan kepada
penduduk. Petani menjalankan kegiatan ekonomi sara diri, iaitu mananam padi
sawah.

Susun Lapis Masyarakat Indonesia

Struktur masyarakat di Acheh

1. Sultan

§ Sultan berada pada kedudukan teratas dalam hierarki sosila masyarakt


Acheh.Sultan Acheh merupakan ketua agama Islam dan menjadi pelindung
kepada masyarakat Acheh.
§ Sultan mengetuai kerajaan dan bertanggungjawab menyatukan rakyat,
memakmurkan negara dan menjamin keselamatan negara. Sultan Acheh
berkuasa mutlak dengan memerintah seluruh negara dan keseluruhan jajahan
takluknya.

2. Kerabat Diraja
§ Menduduki kedudukan kedua selepas sultan dalam hierarki sosial masyarrakat
Acheh.
§ Kerabat diraja merupakan keturunan bekas sultan yang pernah memerintah
Acheh.

3. Pembesar/Uleebalang/Golongan Bangsawan/Ulama
§ Pembesar atau Uleebalang mempunyai kedudukan yang tinggi dan penting dalam
hierarki sosial di Acheh kerana mereka merupakan tulang belakang pemerintahan
dan pertahanan. Mereka menggunakan gelaran Teuku. Golongan bangsawan pula
terbahagi kepadda dua, iaitu yang terdiri daripada kerabat diraja atau bukan
kerabat diraja.
§ Ulama menjadi penasihat agama Islam kepada sultan. Ulama mempunyai
kedudukan yang tinggi dalam masyarakat dan dihormati kerana ketinggian
ilmunya dan sering menjadi rujukan kepada masyarakat setempat. Ulama diberi
gelaran Tengku sesuai dengan kedudukannya dalam masyarakat.

4. Rakyat

§ Rakyat menduduki kedudukan paling bawah dalam hisrarki sosila masyarakat


Acheh. Rakyat terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat kelas rendah.
§ Rakyat menjadikan aktiviti pertanian dan kelautan sebagai pekerjaan utama
seperti petani, nelayan, pelayar dan pedagang.

Struktur masyarakat di Pulau Jawa

1. Sultan

§ Sultan mempunyai kedudukan yang paling tinggi dalam susun lapis masyarakat di
Pulau Jawa seperti Sultan Aagong. Sultan berkuasa mutlak dalam pemerintahan
di wilayah dan jajahan takluknya.
§ Sultan merupakan ketua agama Islam dan giat menyebarkan agama Islam
melalui penaklukan dan peluasan kuasa. Baginda dianggap istimewa, mempunyai
sifat luarbiasa, berdaulat serta tidak boleh diderhaka. Sultan juga dianggap
Khalifah Allah di muka bumi dan pemimpin bagi umat Islam
2. Priyayi atau Bangsawan

§ Priyayi menjadi penghubung antara sultan dengan rakyat jelata.Hubungan antara


golongan bangsawan dan petani adalah rapat dan bersepadu. Mereka juga
merupakan pemimpin kerohanian atau agama dalam masyarakat jawa.
§ Priyayi mempunyai hubungan kekeluargaan dengan sultan atau kerabat diraja.
Priyayi sangat dihormati dan dipercayai oleh rakyat. Golongan Priyayi berkuasa
ke atas masyarakat peribumi dan ketua adat tempatan (Bupati).

3. Golongan Rakyat

§ golongan rakyat tidak memiliki tanah tetapi menyewa tanah daripada golongan
bangsawan. Mereka bercucuk tanam sebagai aktiviti harian seperti menanam
padi.
§ Rakyat memberi khidmat dengan mengerjakan tanah milik bangsawan,
melaksanakan tugas yang diberikan dan menjadi askar apabila tuan tanah terlibat
dengan peperangan

Anda mungkin juga menyukai