Anda di halaman 1dari 8

China atau Tionghua (Cina Tradisional: ; Cina Ringkas: ; pinyin: Zhnggu; WadeGiles: Chung-kuo) merujuk kepada beberapa negeri,

negara dan budaya yang telah wujud selama kira-kira 3,500 tahun di Asia Timur. China yang wujud pada hari ini dikenalpasti wujud sebagai suatu tamadun, negeri atau negara mahupun beberapa tamadun, negeri atau negara yang berkecempung di tempat yang sama.

Dengan kewujudannya sebagai salah suatu entiti yang paling lama wujud di permukaan dunia ini dan pengamalan salah satu daripada sistem tulisan paling lama di dunia Sejarah China seringkali dikarekterkan sebagai satu yang dipenuhi nostalgia divisi dan penggabungan semula diantara masa-masa peperangan atau , dan yang ganas. Keluasan kawasan negara ini berkembang daripada satu titik tolak punca di , dan keberkesanan/kelajuannya bergantung kepada nasibnya untuk menelan kawasan-kawasan timur, dan Asia Tengah. Selama beberapa abad lamanya, juga merupakan antara tamadun yang termaju di dunia dan pusat pengaruh Asia timur dengan kesan kuat yang masih dirasai pada hari ini

Menjelang abad ke 19 dan 20, pengaruh politik, ekonomi dan ketenteraan China jatuh, dan pada masa yang sama, kuasa-kuasa Barat dan Jepun muncul sebagai kuasa baru dunia. SemiKolonisme muncul di sesetengah kawasan-kawasan China pada akhir abad ke 19 dengan pengambilan Hong Kong oleh British, Macau oleh Portugis dan Taiwan oleh Belanda dan Sepanyol. Empayar Jepun juga meceroboh China pada Perang Dunia II. musnah dengan penubuhan Republik China pada tahun 1912 oleh Sun Yat-sen. Kendatipun begini, empat dekad yang berlalu selepas itu menampakkan kegagalan negara baru ini mempertahankan dirinya diserang , Perang China-Jepun II, dan Perang Saudara China dimana ahli Kuomintang nasionalis terpaksa bertempur dengan Parti Komunis China Gongchandang.

Selepas kemenagan Komunis di China berikutan berakhirnya perang itu, pemimpinnya Mao Zedong mengistiharkan Republik Rakyat China pada tahun 1949 dan memaksa Republik China bersama kerajaan Kuomintangnya berundur ke pulau Taiwan, yang diperintah ia sejak berakhirnya Perang Dunia II. Dalam satu pertikaian yang terus berlangsung, Kuomintang yang kini kehilangan mandat memerintah di Taiwan diganti pemimpin baru yang mahu mewujudkan yang merdeka bagi pulau itu. Kerajaan komunis di tanah besar menentang ini dan berjanji akan berperang dengan Taiwan semula jika ia berlaku. Kerajaan di Taiwan juga masih memerintah cebisan pulau wilayah Fujian China dan secebisan di Laut China Selatan.

Rencana Utama: Sejarah China, Sejarah Republik China (19121949; 1949Sekarang di Taiwan), (1949Sekarang)

Maharaja pertama China, Qin Shi Huang. China merupakan antara pusat terawal tamadun manusia. Tamadun China juga merupakan salah satu daripada sedikit tamadun yang menciptakan sistem tulisannya yang tersendiri. Tamadun lain yang menciptakan tulisan tersendiri hanyalah Mesopotamia (Golongan Sumer), , India, para Maya di Amerika Selatan dan tamadun Mesir purba. pertama menurut sumber sejarah China merupakan Dinasti Xia; akan tetapi tidak terdapat bukti arkilogi yang mengesahkan kewujudan dinasti ini. Dinasty pertama yang dapat disahkan

merupakan Dinasti Shang yang menduduki lembah sungai daripada kurun ke 18 sehinggalah ke kurun ke 12 sebelum masihi (SM). Dinasti Shang pula digulingkan oleh Dinasti Zhou yang mengambil alih pemerintahan daripada kurun ke 12 sehingga ke kurun ke 5 SM. Kerajaan ini berpusat akan tetapi ini semakin terhampus dengan pemberian secara bebas tanah jajahan kepada bangsawan-bangsawan sehingga timbulnya negeri-negeri bebas dan kuat pada . Negeri-negeri ini hanya memberikan sedikit pengiktirafan kepada kerajaan pusat Zhou. Negeri-negeri ini kemudian dipusatkan semula dibawah pemerintahan satu pada tahun 221 SM, iaitu maharaja Qin Shi Huang yang membawa kepada penubuhan Dinasti Qin, iaitu peyatuan semua tanah jajahan pertama dibawah China. Lebih daripada seratus etnik wujud di China. Walau bagaimanapun,Bangsa Han tetap merupakan bangsa terbesar. Bangsa ini mempunyai pelbagai ciri-ciri budaya dan bahasa sehinggakan dianggap oleh sesetengah pihak sebagai satu gabungan bangsa-bangsa lebih kecil kedalam bangsa lebih besar yang mempunyai bahasa dan budaya yang sama. Sepanjang sejarah China, terdapat pelbagai bangsa yang wujud dan kemudiannya diasmilisasikan kedalam Bangsa Han atau terus lenyap tampa meninggalkan sebarang kesan. Bangsa Han kemudiannya mengalami lebihan populasi. Pada masa yang sama, ramai di dalam identiti Han ini telah mengekalkan ciri-ciri bahasa dan budaya mereka yang tersendiri. Bangsabangsa asing yang lain juga telah membantu membentuk identiti Han dari bahasa dan budaya, sepagai contoh, menyimpan rambut dalam bentuk tocheng berasal daripada praktis yang memerintah pada era Dinasti Qing. Terminologi merujuk kepada semua rakyat China tampa mengira etnik mereka. Kerajaan Republik Rakyat China mengiktiraf sebanyak , dengan yang terbesar merupakan Bangsa Han. Jumlah penduduk China adalah 1.3 bilion. Dengan populasi dunia kesemuanya dianggarkan merupakan sebanyak 7.2 bilion, China merupakan rumah kepada lebih kurang 20% daripada manusia di dunia ini. Kurangkan kawalan jumlah kelahiran dan promosi penambahan penduduk semasa era pemerintahan Mao Zedong mewujudkan letupan demografi yang mewujudkan sebanyak 1.3 bilion penduduk pada hari ini. Sebagai tindak balas terhadap masalah ini, kerajaan PRC menjadikan satu polisi kawalan kelahiran, yang secara amnya dikenali sebagai . Bangsa Han bercakap dengan lidah yang tidak dapat difahami antara satu sama sendiri mereka, dan diklasifikasikan oleh para guru bahasa sebagai bahasa-bahasa berlainan, tetapi dianggap sebagai pelbagai "dialek" atau "bahasa domestik" oleh bangsa-bangsa Cina itu sendiri. Dialek-dialek ini berkongsi satu cara tulisan standard yang dikenali sebagai "Tulisan Cina Vernakular" atau "baihua" yang dipakai semenjak abad ke 20-an dan berasaskan Bahasa Mandarin Baku, iaitu bahasa bercakapan standard dari segi tatabahasa dan jumlah perkataan. Satu lagi standard tulisan adalah Bahasa Cina Klasik yang digunakan untuk menulis bahasa China oleh para sasterawan semenjak beribu tahun lamanya sebelum abad ke 20-an. Cara ini tidak lagi digunapakai semenjak abad ke 20-an, kendatipun, ia masih merupakan sebahagian daripada kurikulum sekolah menengah China, jadi ia masih difahami oleh sesetengah individu China. Selain daripada bahasa piawai iaitu Mandarin, dialek lain biasanya tidak ditulis, satu pengecualian adalah dialek Kantonis, yang ada masa dituliskan dalam keadaan tidak formal.

Agama-agama utama di China adalah: Taoisme - jumlah sebenar tidak diketahui Buddha - jumlah sebenar tidak diketahui [lebih kurang 8%] Kristian - 2 ke 4% (diperoleh daripada kajian Barat, hasil kajian China rasmi menunjukkan kurang daripada 1%) Islam - 1% ke 2% Falun Gong - jumlah sebenar tidak diketahui (tidak mengakui dirinya sebagai "agama", meskipun menurut pandangan akademik merupakan amalan kerohanian, jumlah mengikut Falun Dafa yang dihebohkan turut dianggap tidak boleh dipercayai) Meskipun Republik Rakyat China secara rasminya merupakan negara ateis (tidak beragama) namun kepercayaaan agama masih diamalkan di bawah pengawasan ketat oleh kerajaan. Mengikut sejarah, Taoisme dan agama Buddha sejak sekian lama merupakan agama-agama utama masyarakat Cina, dan masih diamalkan oleh masyarakat Cina di luar kawalan secara langsung daripada Republik Rakyat. Kebelakangan ini, Falun Gong, satu amalan kerohanian yang menggabungkan amalan agama Buddha dan Taoisme, telah menctuskan kontroversi besar setelah kerajaan Republik Rakyat China melabelkannya sebagai ajaran sesat yang jahat dan memulakan cubaan menghapuskannya. Falun Gong sendiri menafikan bahawa dirinya merupakan ajaran sesat atau agama. Falun Gong mengakui mempunyai kira-kira 70-100 juta orang pengikut, bilangan yang lebih tinggi sedikit daripada anggaran pihak luar, namun jumlah yang setepatnya masih tidak diketahui. Pengikut kumpulan ini lazimnya memprotes untuk menentang penindasan yang dikenakan terhadap mereka, di dalam dan luar negara.

Sejarah Islam di China Seni bina

Masjid China Tokoh utama Ma Bufang Yusuf Ma Dexin Zheng He Liu Zhi Kumpulan Puak

Rakyat Tibet Bandar/Wilayah Islam Xinjiang Ningxia KashgarBudaya

Khat Kotak ini: papar sunting Islam mempunyai pusaka yang kaya di China. Agama itu telah wujud di China itu sejak Dinasti Tang apabila seorang sahabat Nabi Muhammad, , telah diutuskan sebagai seorang perwakilan rasmi kepada pada 650 M. Maharaja itu menyamakan antara antara agama Islam dengan ajaran Confucius dan memerintah pembinaan masjid pertama di China.[1] Sebuah ciri terkenal masyarakat-masyarakat Muslim di China adalah kemunculan bagi makmun wanita.[2] Suatu bentuk , , dan telah ditubuhkan dengan baik di China. Haji adalah seorang penulis terkenal menurut tradisi ini. Seni, pendidikan dan kesusasteraan

A porcelain workshop in city, . mempunyai sejarah yang lama dan padat serta masih berterusan, sebahagiannya kesan perkembangan teknologi sewaktu . Sebelum itu, manuskrip Klasik dan catatan keagamaan (terutama ajaran Confucius, Taoisme, dan Buddha) ditulis dengan tangan menggunakan (awalnya mencakar cangkerang) dan diedar kepada rakyat jelata. Akademi para pengaji yang ditaja oleh kerajaan empayar ditubuhkan untuk mengulas hasil-hasil ini dalam kedua-dua bentuk dicetak dan ditulis. Ahli kerabat diraja kerap menyertai perbahasan sebegini. Berpuluh ribu hasil tulisan purba masih bertahan lama hingga masa kini dan lebih lagi, daripada hingga fatwa Dinasti Qing, yang ditemui setiap hari, secara formalnya digunakan untuk tujuan perubatan Cina. Ahli falsafah, pengarang dan penyair Cina sejak sekian lama menjadi ahli masyarakat yang disanjung tinggi dalam pelbagai segi, dan memainkan peranan penting dalam mengekalkan dan memupuk budaya empayar ini. Akan tetapi tindakan sesetengah ilmuwan melakarkan

cara hidup para rakyat China yang biasa dalam gambaran yang tidak disukai menimbulkan kemarahan kerajaannya. (Lihat dan ) Para orang China telah mencipta pelbagai seperti , dan erhu, yang telah berkembang penggunaan mereka di sebanjang Asia Timur dan tenggara khususnya di kawasan pengaruh China. Alat muzik adalah asas bagi pelbagai alatan muzik "free-reed" Barat. mempunyai pelbagai variasi dan cara penulisan sepanjang sejarah China, dan telah pada pertengahan abad ke 20 an. merupakan seni yang tinggi statusnya di China, lebih tinggi daripada dan muzik sekalipun. Disebabkan kaligrafi disamakan pengunaannya dengan seorang pegawai kerajaan yang terpelajar, ia menjadi komersial dan para tulisan mereka menjadi . Variasi dan keindahan landskap China merupakan sumber inspirasi lukisan-lukisan China yang agong. Lihat untuk mengetahui dengan lebih lanjut., sushi dan adalah seni warisan lama di China dan berkenbang ke Jepun dan Korea.

Aplikasi matematik di China tradisional adalah dalam seni bina dan geografi. Pi() telah dikira oleh ahli matematik sehingga angka ketujuh. telah digunakan di China seawal abad ke 14 M. telah ditemui oleh ahli matematik lebih awal daripada kelahiran Pascal. Kajian dalam cabang sains biologi amat ekstensif, dan rekod sejarah masih digunapakai sehingga ke hari ini, terutama dalam tradisional. dan amat tinggi pencapaiannya semasa beberapa waktu dalam sejarah, dan dilihat sebagai innovatif dalam sesetengah bidang. Mereka terus memainkan peranan yang penting dalam komuniti perubatan antarabangsa, dan telah diiktiraf dalam beberapa abad kebelakangan ini sebagai . Satu contoh adalah , sekapipun ia dipertikai sesetengah pihak. Akan tetapi, tidak diterima kerana kepercayaan bahawa satu mayat tidak boleh dicabuli. Namun, terdapat ramai doktor yang telah meningkatkan pemahaman am tentang anatomi dengan melanggar peraturan berkenaan pencabulan ini. Alkimia merupakan kimia Taoisme, berlainan dengan kimia moden. Astrologi Cina dan selalu digunakan untuk ramalan.

Inovasi ketenteraan termasuk dan , (asap dari biji sawi terbakar), daripada serbuk air limau, untuk merancang pertempuran, layang-layang yang boleh dinaiki, tombak berbakar, roket, ubat bedil, grenad ubat bedil, proto-pistol, pelbagai jenis senapang berkaitan peluru dan . Bahasa Cina dalam pertuturan Terdapat tujuh golongan bahasa Cina yang paling dikenali, iaitu (menurut saiz populasi penuturnya): Mandarin (Cina Tradisional: , Cina Ringkas: atau [nama lama]) (Cina Tradisional: , Cina Ringkas: ) Kantonis (Cina Tradisional: , Cina Ringkas: ) Min (Cina Tradisional: , Cina Ringkas: ) Xiang () Hakka ( atau ) Gan (Cina Tradisional: , Cina Ringkas: ) Baru-baru ini, para pengkaji bahasa Cina juga dapat membezakan 3 lagi kumpulan daripada tujuh-tujuh kumpulan tersebut: Jin (Cina Tradisional: , Cina Ringkas: ) dari Mandarin Hui () dari Wu Ping (Cina Tradisional: , Cina Ringkas: ) yang sebahagiannya dari Kantonis Terdapat juga banyak lagi golongan lebih kecil yang belum diklasifikasi, seperti: dialek Danzhou yang ditutur di Danzhou, Pulau Hainan; Xianghua (), tidak patut dikelirukan dengan Xiang (), yang ditutur di Hunan barat; dan Shaozhou Tuhua, yang ditutur di Guangdong utara. Bahasa Dungan yang ditutur di Asia Tengah, amat rapat dengan bahasa Mandarin. Namun, bahasa ini tidak dianggap sebagai dialek Cina kerana ditulis dalam dan ditutur oleh penduduk-penduduk di luar China yang tidak dianggap sebagai orang Cina.

Bahasa Cina dalam penulisan Perhubungan antara bahasa Cina yang ditutur dan yang ditulis agak rumit, disebabkan kenyataan bahawa semasa variasi-variasi Cina ditutur banyak berevolusi sejak berabad-abad lamanya, bahasa Cina ditulis pula tidak banyak berubah. Sehingga abad ke-20, kebanyakan penulisan Cina formal adalah dalam bentuk wnyn (), yang bermaksud bahasa klasik, yang amat berbeza daripada mana-mana dialek Cina dari segi tatabahasa dan perbendaharaan kata, serupa dengan Bahasa Latin yang banyak berbeza daripada bahasa-bahasa Romance moden. sejak peristiwa 1919, piawaian formal bagi penulisan bahasa Cina beralih kepada bentuk bihu (/), atau Cina Vernakular,

yang berdasarkan tatabahasa dan perbendaharaan kata Mandarin, maka dijadikannya sebagai tulisan Cina baku. Aksara China Penulisan Bahasa Cina menggunakan aksara Cina (/ Pinyin: hnz), yang berbentuk logogram: setiap 'huruf'nya melambangkan suatu morfim (seunit dalam bahasa yang mempunyai maksud). Bukan sahaja sebagai piktograf (gambaran yang membawa maksud), bahkan juga aksara Cina banyak membawa maksud . Hanya beberapa aksara yang dibentuk daripada piktograf. Pada tahun 100 Masihi, ilmuwan masyhur bernama sewaktu zaman Dinasti Han menggolongkan aksara-aksara kepada 6 jenis, cuma 4% daripadanya berbentuk piktograf, dan 82% yang lain sebagai gabungan fonetik yang terdiri daripada unsur radikal yang membayangkan maksud, serta unsur fonetik yang menunjukkan sebutan bagi aksara tersebut. Pelbagai gaya penulisan dipamerkan dalam seni Cina, merangkumi skrip cop mohor (, zhuanshu), skrip rumput atau tulisan cepat (, caoshu), skrip rasmi (, lishu) dan skrip standard (, kaishu). Artis kaligrafi boleh menulis dalam bentuk aksara tradisional atau diringkaskan, tetapi mereka agak menjurus kepada bentuk tradisional bagi seni tradisi lama. Seperti abjad Rumi, terdapat pelbagai yang wujud untuk pencetakan bahasa Cina, yang mana sebilangan besarnya banyak berteraskan gaya-gaya artis individu atau sekolah-sekolah kaligrafi. Tatabahasa Secara amnya, kesemua variasi bahasa Cina ditutur merupakan , yang mana variasi-variasi tersebut bergantung kepada tatabahasa (susun kata dan struktur ayat) dan bukannya (perubahan dalam bentuk perkataan melalui perubahan bunyi). Oleh itu, variasi-variasi tersebut banyak menggunakan partikel tatabahasa untuk melambangkan aspek dan penghayatan tatabahasa. Bahasa Cina menampilkan susun kata , dan seperti kebanyakan bahasa-bahasa Asia Timur yang lain, kerap membina ayat melalui binaan . Sungguhpun Bahasa Cina tidak ada , namun adanya sistem penjodoh bilangan yang menyeluruh, satu lagi ciri-ciri yang juga ada pada bahasa negara jiran (tetapi tidak tergolong dalam famili bahasa yang sama) seperti Bahasa Jepun dan Korea. Lihat penjodoh bilangan bahasa Cina bagi liputan menyeluruh perihal ini.

Anda mungkin juga menyukai