Anda di halaman 1dari 22

MUQADDIMAH

Alhamdulillah, bersyukur kami kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat kami menyiapkan tugasan yang diberikan ini.

SUMBANGAN SARJANA ISLAM DALAM PEMBINAAN TAMADUN BARAT tajuk yang dikupas oleh kami sesungguhnya memberikan banyak manafaat dan membuka minda kami.

Selepas membuat kajian dan mencari bahan mengenai tajuk ini, banyak kesedaran dan keinsafan yang hadir . Menyusuri perjalanan tokoh-tokah sarjana Islam dalam mencari ilmu, melakukan kajian, menghasilkan tulisan, risalah seterusnya kitab-kitab menjadikan diri kami cukup kerdil di dalam lautan ilmu, umpama setitis air di lautan.

Sesungguhnya hasil penulisan ini hanyalah sedikit nilainya memandangkan dapatan ini diperolehi dengan bantuan buku-buku dan internet serta hasilnya melalui ketikan jari, berbanding dengan Sarjana Islam yang dikaji. Mereka mencari ilmu berdasarkan ketakwaan dan tanggungjawab berat kepada ALLAH, dengan harapan kajian dan penemuan mereka memberi manafaat berguna kepada umat Islam.

Dengan rasa rendah diri , penuh keinsafan dan tanggungjawab, kami menyiapkan tugasan ini, dengan harapan hasil tugasan kami ini dapat membantu perkembangan ilmu yang memberi manafaat, kepada diri kami sendiri khususnya, masyarakat dan seterusnya dapat mentauhidkan ALLAH dan membesarkan keagungan ISLAM.

WASSALAM

SUMBANGAN SARJANA ISLAM DALAM PEMBINAAN TAMADUN BARAT

Pengenalan

Perkataan tamadun merangkumi kebudayaan,peradaban kemajuan(kebendaan dan kerohanian) dan sopan santun. Tamadun Islam tidak seperti tamadun barat yang hanya terbatas kepada kemajuan kebudayaan semata mata tetapi merupakan kemajuan yang serentak dengan kerohanian. Tamadun Islam juga berbeza dengan tamadun dunia yang lain kerana meletakkan ad-Din sebagai asas yang membentuk tamadun berbanding tamadun lain yang diasaskan oleh manusia. Tahun 600 hingga 1000 masihi merupakan zaman kegelapan barat, ia disebabkan pemisahan antara ilmu dengan agama yang dilakukan oleh pihak gereja yang menyebabkan masyarakatnya menjadi mundur dalam bidang ekonomi, keilmuan dan kerohanian. Pada zaman kegelapan barat inilah ilmuan Islam tumbuh dan bercambah dan memperkukuhkan ketamadunnanya. Pengaruh pemikiran Islam ke atas barat bermula dari abad ke-11 sehingga abad ke-13 dan abad ke-14 Masihi. Pada abad ke-13 masihi,kerajaan Islam Mughal telah diserang dan dimusnahkan. Ini mengakibatkan banyak khazanah Islam musnah dan dipindahkan ke dunia barat. Pada masa yang sama ini jugalah, dunia barat khususnya Eropah mula membina tamadun mereka dengan menggunakan ilmu yang diasaskan oleh sarjana Islam.

Di antara ilmu-ilmu yang diasaskan oleh sarjana Islam yang diguna pakai oleh barat ialah: Sains Perubatan Sains Kimia Sains Botani Sains Fizik Astronomi Matematik Kejuruteraan Falsafah Kemasyarakatan

SAINS PERUBATAN Di antara sarjana Islam yang terkenal dalam bidang sains ialah Ibnu Sina1. Kemashuran beliau dalam bidang sains melangkaui dunia Islam. Eropah mendapat pengetahuan ilmu sains menerusi kehebatan ilmu Ibnu Sina. Buku karangannya Al Qanun fi al-Tibb telah diterbitkan di rom pada tahun 1593 dan dialihbahasakan kedalam bahasa Inggeris dengan judul Precepts of Medicine. Dalam masa tidak sampai 100 tahun buku tersebut telah dicetak ke dalam 15 buah bahasa. Pada abad ke-17, buku tersebut telah dijadikan sebagai bahan rujukan asas di universitiuniversiti Itali dan Perancis. Sehingga abad ke-19 bukunya masih diulang cetak dan dijadikan rujukan oleh pelajar-pelajar perubatan.

2
1

Nama asalnya ialah Abu Ali al- Hussain Ibn Abdallah Ibn Sina. Dilahirkan di Kampung Afsyara,Bukhara,Asia Tengah. Keturunan Iran dan ayahnya berasal dari Balkh. Menjadi doktor perubatan ketika berumur 17 tahun. Dikenili sebagai Avicenna di barat.

Selain itu buku perubatan lain karangan beliau, Remedies of the Heart juga menjadi rujukan pelajar-pelajar perubatan. Buku tersebut mengandungi huraian berkaitan 760 jenis penyakit dan cara pengubatannya. Pengiktirafan dunia barat terbukti terhadap kepakarannya sehingga belau dianugerahkan gelaran Zenith.2

Ibnu Sina merupakan tabib pertama yang menerangkan secara tepat penyakit meningitis, beliau juga menemui bagaimana penyakit tibi berjangkit dan menjelaskan penyakit yang menyebabkan penyakit kuning(jaundice) Antara sarjana Islam lain yang terkenal dalam bidang perubatan ialah Al-Razi3 Al-Razi tiada bandingannya dalam dunia perubatan. Beliau adalah guru kepada tokoh perubatan terkenal, Ibnu Sina. . Al-Razi merupakan ahli perubatan pertama yang membezakan antara cacar dan campak. Al-Razi adalah orang pertama membuat jahitan pada perut dengan benang diperbuat daripada serat. Beliau juga menyediakan beberapa jenis ubat daripada tunbuh-tumbuhan dan tanaman. Beliau juga merekodkan banyak kes klinik dengan tepat dan membahagikan ubat kepada tiga kategori iaitu galian(mineral), sayuran dan benda hayat(biological) serta menjelaskan fungsi masing-masing.

Zenith. merupakan gelaran yang tertinggi dalam bidang perubatan, pengiktirafan tersebut diberikan oleh dunia barat sebagai

mengiktiraf kepakarannya dalam bidang perubatan.

Nama asalnya ialah Abu Bakar Muhammad bin Zakaria Al-Razi. Dilahirkan pada tahun 240 Hijrah bersamaan 854 Masihi di Ray,

Iran dan meninggal dunia pada tahun 320 Hijrah bersamaan 932 Masihi.

Beliau pernah diberi gelaran Jalinus Arab (Galen of the Arab) kerana ketokohannya sebagai pengarah di Hospital Baghdad dan telah menghasilkan 224 buah buku, di mana 140 buah daripadanya adalah dalam bidang perubatan. Buku karya Al-Razi yang termasyhur ialah Al-Hawi Fi Ilm Al-Tadawi. Buku-buku karangan beliau telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa dan menjadi bahan rujukan serta panduan doktor di Eropah hingga abad ke-17. Sebuah buku karangan beliau yang bertajuk Al-Mansuri mengandungi keterangan tentang pembedahan seluruh tubuh manusia. Kira-kira 40 manuskrip beliau masih tersimpan di muzium dan perpustakaan di Iran, Paris, Britain, Rampur dan Bankipur. Ali ibn Al-Abbas al-Ahwazi merupakan Sarjana perubatan Islam pertama yang membuat penjelasan terperinci mengenai hubungan rangkaian urut dengan arteri. Beliau juga menerangan kepayahan menyembuhkan penyakit tibi. Beliau juga mencipta pelbagai jenis pil, bedak, sirap, salap dan sebagainya. Abu al-Qasim Khalaf Ibn al-Abbas al-Zahrawi r.h4 (936-1013M) merupakan tokoh Sarjana Islam pembedahan Negara Sepanyol yang amat terkenal. Beliau digelar sebagai "Bapa Pembedahan Moden". Beliau mengenengahkan banyak penemuan penting tentang pembedahan biasa, kaedahkaedah mengeluarkan batu daripada pundi kencing, pembedahan mata dan gigi, pemotongan organ dari tubuh badan dan sebagainya. Beliau juga menulis tentang gynaecollogi. Karyanya sentiasa menjadi rujukan pada masa kini dan diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa.

4
4

Abu Al-Qasim Al-Zahrawi merupakan seorang lagi tokoh perubatan Arab yang terkenal. Beliau dilahirkan pada tahun 936M di Zahra, Cordova, ibu negeri Sepanyol. Nama sebenar tokoh yang dikenali sebagai Albucasis di Eropah ini ialah Abul Qasim Khalaf ibn Al-Abbas. Al-Zahrawi pernah berkhidmat dengan Raja Sepanyol, Raja Al-Hakam II bidang pembedahan dan beliau digelar sebagai "Bapa Pembedahan Moden" menghembuskan nafas yang terakhir, pada tahun 1013M selepas 77 tahun dalam bidang perubatan.

Al-Zahrawi seorang pakar bedah yang dikagumi dan dihormati ramai. Menurut Will Durant, Sepanyol pada masa tersebut telah menjadi tumpuan orang Eropah untuk menjalani rawatan pembedahan. Dr. Campbell dalam bukunya, "Sejarah Perubatan Arab" menyatakan bahawa prinsip perubatan Al-Zahrawi telah menjadi asas Kurikulum Perubatan Eropah. Penemuan-penemuan dan penghasilan risalah serta kitab oleh Tokoh-tokoh Sarjana Islam ini banyak memberi manafaat kepada umat Islam khususnya dan dunia pada hari ini. Penemuan-penemuan dan penghasilan risalah serta kitab oleh mereka inilah membolehkan dunia sains perubatan berkembang begitu maju sehingga ke hari ini.

SAINS KIMIA

Ahli kimia yang paling awal ialah Khalid Ibn Yazid5. Beliau telah mengambil langkah awal dengan menterjemahkan teks kimia Iskandariah. Beliau juga telah menghasilkan sebuah kitab tentang kimia yang bertajuk Al-Hararat dan telah menulis wasiat tentang kimia kepada anaknya. Beliau juga banyak menghabiskan perbelanjaan untuk menghasilkan emas dan mengadakan peralatannya melalui kimia.

Bidang kimia mencapai kemuncaknya dengan cepat dalam abad ke-8 dengan kemunculan Jabir Ibn Hayyan yang banyak menghasilkan penulisan tentang kimia dan mengemukakan kaedah percubaan sains. banyak Penuntut-penuntut Jabir Ibn Hayyan juga

menghasilkan penulisan mengikut doktrin Jabir Ibn Hayyan . Himpunan

penulisan ini dikenali sebagai Korpus Jabir.

5
5

.Merupakan

Khalifah Umaiah yang pertama dan cucu kepada Muawiyah .Hidup pada abad ke-7.

Kitab al-Sabin dan kitab al-Mizan merupakan asas kepada kimia latin yang mula berkembang pada abad ke-15M. Seorang pengkaji sejarah terkemuka , Holmyard mengesahkan fakta bahawa Jabir adalah bapa kimia moden dan menegaskan tidak wujud kimia sebelum Jabir. Pada awal abad ke-9M, Uthman Ibn Suwayddari Ahkim, Mesir telah menghasilkan sebuah kitab Mushaf al-Jamaah iaitu sebuah teks kimia Latin yang amat popular pada abad pertengahan dan zaman Renaissance. Muhammad Abu Zakariyya al-Razi(865-925M) atau lebih dikenali sebagai Al-Razi. AlRazi telah menghasilkan sebuah buku berjudul Kitab al-Asrar ,Kitab al-Sirr al-Asrar, al-Hawi dan Al-Madkhal al-Thalim.6 Buku ini masih menjadi rujukan ahli kimia

terkemuka di Eropah kerana Ar-Razi msih mengekalkan bahasa simbol kimia di dalam penulisannya.

SAINS BOTANI

Dalam bidang botani pula, umat Islam telah memberi sumbangan yang besar kepada tamadun dunia. Bidang botani telah menarik minat dan perhatian khusus pakar sains Islam kerana kepentingan tumbuh-tumbuhan dan hasilnya dalam perubatan yang amat diperlukan oleh masyarakat Islam ketika itu. Di kota-kota besar seperti Cordova, Kaherah, Bahgdad dan Fez terdapat taman bunga yang cantik dan indah serta pelbagai jenis pohon buah-buahan. 6

Dalam kitab-kitab

ini, Al-Razi telah membuat penerangan yang lebih teliti mengenai proses pemejalwapan, penyulingan,

penghabluran, penurasan dan sebagainya. Perjumpaan dan penerangan proses pengasingan dan penceraian ini adalah sangat penting kerana tanpa pengetahuan kepada proses ini adalah amat sukar untuk menyediakan bahan bagi sesuatu pengujian.

Diantara tokoh-tokoh Islam dalam bidang botani ialah; Al-Raisa Ibn Jarit (meninggal 1193M) menulis mengenai limau dan rubab dan penggunaannya. Al-Ghafiqi dari Cordova telah menerbitkan sebuah buku mengenai tumbuh-

tumbuhan dan 50 batang jenis pokok buah-buahan dan telah dijadikan rujukan oleh pakar-pakar lain dan barat selepasnya. Al-Nabati telah menghasilkan sebuah buku yang bertajuk Al-Rihlah yang

menceriakan tentang tumbuhan yang dijumpainya semasa menjalankan penyelidikan sehingga ke Sepanyol ,Afrika Utara, Arabia dan Lautan Merah. Al-Baitar7 merupakan murid kepada Al-Nabati telah menyusun sebuah buku yang menyenaraikan 1400 tanaman daripada item yang berbeza. Bukunya yang berjudul alMughni fi al-Adwiyah al-Mufradah dan al-Jamifi al-Adwiah al-Mufradah merupakan sebuah buku yang paling berpengaruh dalam bidang farmakologi. Kajian itu telah membantu mengenal pasti jenis akar kayu dan tumbuh-tumbuhan yang berkhasiat dan dapat digunakan dalam bidang perubatan. Sebahagian buku ini telah diterjemahkan kedalam bahasa Latin, Perancis dan Jerman pada abad ke-15M sehingga 1756M. Kitab kedua Al-Baitar yang bertajuk al-Mlughni fi al-Adwiya al-Mufrada

(Komprehensif Kitab Obat dan Gizi) membincangkan mengenai adalah ubat bebas. Beliau telah memperincikan lebih dari seribu item seperti tanaman, mineral dan haiwan. Ibnu al-Baitar adalah doktor pertama yang kompleks dan menggunakan tanaman herba untuk mengubati kanser dan tumor. Ibn al-Baitar melakukan penelitian pada tanaman dan ubat-ubatan sampai dia meninggal pada tahun 1248 Masihi di Damaskus.

Al-Baitar , nama asalnya Ahmad bin al-Baitar dilahirkan di kota Andalusia Malaga pada tahun 1197 Masehi. Ia menerima pendidikan pertama di Sevilla daripada Abul Abbas Ahmad dan seorang ahli botani terkemuka Al-Nabati.

Pada abad ke 12M, Ibn Arabi telah menulis sebuah buku tentang botani. Al-Damiri menghasilkan sebuah buku yang bertajuk Hayyat al Hayawan dan sebahagiannya diterjemahkan kedalam bahasa Inggeris oleh A.S.G Jayakar Menurut Sarton8, pencapaian umat Islam dalam bidang botani adalah jauh lebih hebat daripada pencapaian yang pernah diwarisi bangsa Yunani.

SAINS FIZIK

Pencapaian fizik Islam dapat dilihat dari tiga sudut, iaitu fizik teori, penciptaan alat dan peralatan serta penulisan buku dan risalah-risalah fizik. Para Saintis Islam telah mengkaji dengan mendalam masalah asas fizik seperti force, power, motion, gravity, vacuum, cahaya, sound, had laju cahaya dan sebagainya. Beberapa konsep dan teori penting fizik telah diketengahkan dan dikembangkan oleh komoditi saintis Islam. Ibnu Sina telah mengkaji fizik teori dan memperjelaskannya didalam tulisannya

mengenai mayl (kecenderungan) dalam menerangkan projectile montion. Fizik teori ini diperincikan penjelasannya oleh Abu al Barakah al Baghdadi. Ibn al-Haytham telah menulis sebuah buku yang bertajuk Al-Manazir. Dalam

kitabnya beliau telah menghuraikan mengenai momentum iaitu konsep yang kedua terpenting yang dikembangkan oleh saintis Islam. Istilah yang digunakannya untuk menjelaskan momentum ialah quwwat al-harakah Konsep Fizik Teori ini menjadi asas dalam perkembangan fizik dunia.

Sarton merupakan penulis buku Introduction to the Hisrtory of science.

Ibn Al-Haytham telah membuat penemuan dalam disiplin optik. Hasil kajiannya, beliau menyangkal dan membetulkan teori fizik Greek yang menyatakan dalam proses penglihatan, cahaya bergerak dari mata menuju ke objek dan membuktikan proses yang sebenarnya berlaku, adalah sebaliknya. Di samping pencapaian dalam fizik teori, ahli sains Islam banyak menerbitkan hukum fizik baru dalam menerangkan fenomena alam seperti pembiasan cahaya dalam menerangkan kejadian pelangi,pembentukan imej di atas cermin,pembesaran imej yang dihasilkan di atas kanta,proses kejadian bunyi dan fenomena gema dan bunyi. Qutb al-Din al-Shirazi ialah saintis pertama yang telah berjaya menerangkan secara saintifik bagaimana proses berlakunya kejadian pelangi. Al-Jaldaki pula telah menghasil kajian mengenai fanomena gema dan bunyi .

Keluarga Bani Musa9,telah memberikan sumbangan yang begitu besar dalam teori fizik. Mereka telah menghasilkan kajian memperkenalkan asas menyukat gravity dan mengkelaskan benda logam dan bukan logam. Al-Khazini r.h. pula banyak menjalankan kajian dan mengenengahkan dapatan

mengenai pekara yang berkaitan mekanik dan hidrostatik.

ASTRONOMI

Sejarah dalam bidang Astronomi sebenarnya telah diasaskan oleh pakar Islam. Ilmu Bintang di dalam Al-Quran telah menjadi dorongan yang kuat kepada orang Arab yang cenderung dengan ilmu tersebut. Antara tokoh astronomi Islam yang terkenal, ialah Al- Sufi. Nama asalnya ialah Abd Rahman ibnu Abu Al-Hussin Al Sufi. Beliau di kenali dengan nama Azophi di dunia barat. 9

Keluarga Bani Musa ialah Musa bin Sakir dan anak-anaknya Muhammad Ahmad bin Musa dan Hassan al-Biruni Ibn Musa

Diantara hasil tulisan beliau yang amat terkenal ialah Kitab Al-Kawakib As- Sabit AlMusawwar yang menerangkan tentang kedudukan buruj bintang. Al-Sufi juga adalah saintis pertama yang menerangkan tentang kewujudan bulan dan galaksi di angkasaraya. Al-Sufi juga telah membetulkan senarai bintang Ptolemy dan melakukan anggaran magnitud. Al-Sufi juga menulis mengenai astrolab dan mencari beberapa kegunaan mengenainya. Beliau menerbitkan bukunya yang terkenal Book of Fixed Stars pada tahun 964. Dalam keterangan dan gambar mengenai Andromeda, beliau memasukkan A Little Cloud yang sebenarnya adalah Andromeda Galaxy M31. Bukunya Kitab al-Kawatib al-Thabit al-Musawwar merupakan hasil karya yang unggul dalam astronomi stellar. Bukunya boleh didapati dalam Bahasa Arab dan diterjemah dalam Bahasa Perancis oleh Schjellerup dan ia dikatakan penting sehingga kini bagi kajian pergerakan dan kepelbagaian. Disebabkan sumbangannya yang besar dalam bidang astronomi, sebuah kawah di bulan dinamakan Kawah Azophi yang mempunyai diameter 47.0 kilometer dalam sembilan bahagian peta bulan dan terletak 22.1 Selatan 12.7 timur. Bear dan Madler dalam tugasannya terkenal Der Mond pada 1837 menyebut kawasan permukaan bulan sempena nama al-Sufi (Azophi). Al-Sufi dikagumi, disegani dan dihargai bukan sahaja oleh umat Islam malah barat juga banyak merujuk kepada tulisan-tulisan beliau. Sarjana Barat banyak mengambil ilmu daripada Sarjana Islam dengan menterjemahkan buku-buku karangan mereka Antara Sarjana Islam yang dicedok ilmunya oleh barat ialah Al-Khawarizmi. Al-

Khawarizmi telah menjalankan kajian tentang astronomi dan hasil penemuannya dibukukan .

10

Kitab- kitab Al-Khawarizmi telah diterjemahkan ke bahasa Latin oleh Adelard of Bath dan John of Siville pada tahun 520H/1126M dan telah menjadi rujukan asas di Timur dan Barat dalam penulisan penulisan ilmu bumi pada zaman selepasnya. Buku-buku karangan al-Battani juga telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin oleh Alfonso. Di antara Sarjana Astronomi Islam yang lain ialah Nasiruddin al-Tusi10 , atau lebih dikenali sebagai Al-Tusi. Al-Tusi telah menghasilkan satu jadual pergerakan planet yang sangat tepat dan satu katalog bintang. Beliau menerbitkannya di bawah tajuk al-Zij alIlkhani (Jadual Ilkhan) terdapat di C.A Nullino di Rom pada 1899. Jadual tersebut dibangunkan berdasarkan pencerapan selama 12 tahun dan yang pertama berdasarkan pencerapan tulen. Al-Tusi adalah antara orang pertama di kalangan ahli astronomi Muslim yang mengetengahkan beberapa kesilapan serius dalam model-model Ptolemy berdasarkan prinsip-prinsip mekanik dan mengubahsuainya. Sumbangan Al-Tusi dalam bidang astronomi amat besar dan karya beliau masyhur di Eropah dan China. Al-Battani adalah di antara tokoh Asrtonomi Islam yang terkenal, banyak menulis bukubuku mengenai astronomi dan trigonometri. Bukunya yang terkenal ialah mengenai huraian astronomi dalam daftar yang kemudiannya diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada abad ke-12, diberi tajuk DeScienta Stellarum - De Numeris Stellarum et Motibus. Bab ke 13 dalam bukunya mengenai astronomi bertumpukan pada trigonometri. Terjemahan lama buku ini terdapat di Vatican. Antara tokoh Sarjana Astronomi Islam lain yang memberikan sumbangan dalam

pembinaan tamadun barat ialah, Muhammad Ibn Ibrahim al Farazi.

11

10

Ahli Astronomi Dinasti Bani Umaiyah yang terakhir. Merupakan pengarah Pusat Kaji Bintang Umaiyah yang di bina oleh Hulugu Khan. Jadual Astronominya yang bertajuk Al-Zij al-Ilkhani tersebut ditulis sebagai tanda penghormatan beliau kepada Ilkhani Hulagu Khan .

Muhammad Ibn Ibrahim al Farazi telah menterjemahkan sebuah buku astronomi dari India bertajuk `Siddharta` ke Bahasa Arab pada tahun 155H/771M. Seterusnya beliau menterjemahkan pula`Jadual Pahlavi` yang diberi nama `Zij`. Buku tersebut juga telah memberikan sumbangan dalam pembinaan ilmu astronomi barat. Abu Ishaq Ibrahim Ibn Yahya Al-Zarqali pula telah menyusun Jadual Toledo(Table of Toledo) yang memberikan sumbangan yang amat bemakna dalam bidang astronomi. Beliaulah yang bertanggungjawab mencipta safihah sebagai penyempurnaan kepada astrolab yang dicipta oleh Muhammad bin Ibrahim al-Farazi. Beliau mahir dalam menentukan gerhana matahari dan telah mencipta sebuah kompas untuk menentukan jarak antara bulan dan bumi dan di antara bintang-bintang dan matahari. Ahli astronomi Eropah bernama Romond telah menulis karya astronominya berdasarkan karya Ibn al-Zarqiyali (Azarchel). Muhammad bin Musa telah mencipta astrolab (jam matahari). Beliau juga telah mencipta sebuah alat yang dapat mengukur bulatan dunia. Pada abad ke 12M, Abu Solet telah mencipta sebuah alat yang dapat menimbulkan semula kapal yang sudah tenggelam. Umat islam juga telah berjaya mencipta kompas yang digunakan dalam pelayaran di laut. Dengan itu pelayaran di laut dan kegiatan perdagangan telah berkembang dengan lebih pesat. Selain itu, pengaruh ilmuan Islam dalam ketamadunan barat dapat dilihat di dalam penggunaan istilah Astronomi. Terdapat beberapa istilah astronomi yang dipinjam

daripada Bahasa Arab, antaranya ialah Alsumut dan Nadir (nazir). Umat islam juga telah berjaya mencipta kompas yang digunakan dalam pelayaran di laut.

12

MATEMATIK

Sarjana Islam telah memberikan sumbangan yang amat besar dan bermakna di dalam bidang perkembangan ilmu matematik. Salah satu sumbangan paling besar sarjana Islam dalam bidang ini ialah memperkenalkan sistem angka baru, termasuklah angka sifar. Sistem angka mula diperkenalkan ke Arab oleh Sarjana Islam India bernama Sinhid. Sistem nombor ini telah memainkan peranan yang besar dalam bidang matematik. Tanpa sistem nombor dan angka adalah amat sukar bagi manusia untuk menentukan kuantiti yang difikirkan atau diperlukan untuk penjumlahan. Al-Khawarizmi merupakan antara Sarjana Islam Matematik yang banyak memberikan sumbangan kepada tamadun dunia. Beliau juga adalah pengasas Algebra11. Beliau mengarang sebuah kitab yang terkenal iaitu Al-Kitab Al-Muktasar fi Hisab al-Jabr WalMukabalah. Kitab ini telah diterjemahkan ke bahasa Latin dan digunakan hingga abad ke10h/16M, dan dijadikan teks asas yang digunakan di universiti-universiti di Barat. Al-Khawarizmi juga telah membangunkan sistem perpuluhan yang membentuk keseluruhan sistem angka, algorithm atau algorism. Beliau mempunyai kepintaran mengubahsuai, mereka bentuk dan memperkenalkan beberapa simbol yang sistematik terutamanya angka sifar. Jadual Al-Khawarizmi dan Habasy al-Habib turut membantu mempercepatkan angka amat terkenal di dunia. Tokoh metematik seperti Fibonci,Master Jacob dan Leornardo telah terpengaruh dan mencedok teori Matematik Al-Khawarizmi dalam kajian mereka. Leonardo Fibonacci of Pisa telah mencedok ilmu teori matematik Al-Khawarizmi dan menulis sebuah buku yang bertajuk Liberabci . Liberabci telah dijadikan bahan bacaan asas ahli matematik di Eropah. 13

11

Nama Algebra diperolehi daripada buku matematik beliau yang terkenal iaitu Al-Kitab Al-Muktasar fi Hisab al- Jabr Wal-Mukabilah.

Adelard dan Morley dari Britain telah menterjemahkan karya Al-Khawarizmi yang menulis tentang teori geometri dalam matematik dan statistik. Beliau telah menggunakan nombor arab dalam terjemahannya. George Purbach, pakar matematik dari Vienna pada abad ke 15M banyak berpandukan pada kajian yang dilakukan oleh ahli matematik Islam Ibn al-Zarqiyali. Ibn al-Zarqiyali adalah pakar matematik rajah segi tiga. Al-Khatayam telah melakukan kajian dalam kaedah matematik dan menghasilkan satu kaedah yang dinamakan Kaedah Hisab Al-Khatayam. Kaedah Hisab Al-Khatayam telah diterjemahkan ke bahasa Latin oleh kedalam bahasa Inggeris. Gerard of Cremona seterusnya diterjemahkan

KEJURUTERAAN

Keterampilan orang Islam dalam bidang kejuruteraan lebih banyak tertumpu dalam bidang kejuruteraan awam. Sumbangan Sarjana Kejuruteraan Islam tersebar melalui Andalus(Sepanyol) dan Itali. Pada zaman pemerintahan Khalifah Umar, jurutera dalam bidang kejuruteraan awam hidrologi, telah menghasilkan pembinaan beberapa buah terusan. Terusan yang utama ialah terusan yang pembinaannya memakan masa selama enam bulan dan panjangnya kira-kira 110km. Jurutera-juretera awam Islam di Parsi pula telah memperkenalkan teknologi air bawah tanah. Bandar Isfahan di Parsi adalah sebuah bandar yang dikelilingi padang pasir dan Sungai Zayandirud mengalir melalui bandar ini. Jurutera-juretera awam ketika itu telah mengalirkan sungai ke beberapa anak sungai yang digunakan untuk pertanian dan minuman. 14

Di Sajistan dan Parsi terdapat beberapa buah kincir angin yang teknologinya dibina oleh orang Islam. Teknologi ini dibina untuk mendapatkan sumber tenaga dari angin melalui kaedah kincir angin. Setiap kilang di negara Islam dijalankan oleh kuasa air(water mills). Kincir angin digunakan untuk mengepam air untuk pertanian dan perkilangan. Menurut Joseph Needham sejarah kilang yang menggunakan kuasa angin sebenarnya bermula di Iran, sebelum ditiru oleh barat. Teknologi ini telah mendapat perhatian dari seluruh dunia dan ia merupakan penggerak utama perindustian, sehinggalah kuasa tenaga wap diperkenalkan semasa Revolusi Perindustrian di Eropah. Dalam bidang perkilangan, Kilang membuat senjata di kota-kota besar Islam seperti Cordova dan Baghdad adalah yang pertama diasaskan di dunia. Ianya telah memberikan sumbangan besar kepada Eropah. Pada awal abad ke-8M, Jurutera-jurutera Islam telah mempelajari teknologi membuat kertas dan mendirikan beberapa buah kilang kertas di Samarqand dan Baghdad sebelum akhir abad ke-8M. Jam air dan jam mekanik merupakan rekaan orang Islam. Tokoh yang terkenal dalam bidang ini ialah Ibn Rustam al-Khurasani dan Ibn Hatyam Terdapat rekod yang menyatakan bahawa pada awal abad ke-9M, Harun Al-Rashid telah menghadiahkan sebuah jam air kepada Raja Charlemange telah dicipta oleh Ibn Hatyam. Seorang tokoh yang terkenal dalam bidang kejuruteraan awam Ibn Rustam. Untuk tujuan pengangkutan air, kapal-kapal telah dibina dan digunakan untuk pelayaran. Jarum megnetik (magnetic needles) digunakan untuk menentukan kedudukan arah perjalanan dalam pelayaran.

15

FALSAFAH

Al-Farabi merupakan sarjana Islam dalam bidang Falsafah yang terkenal. Beliau juga merupakan guru kepada Ibnu Sina. Pemikiran falsafah Al- Farabi telah menjadi rujukan Ibnu Sina bagi menghasilkan bukunya Al- Najah seterusnya menghidupkan pemikiran Aristotle yang diagung-agungkan dalam bidang falsafah barat. Buku karangannya AlNajah juga telah menjadi rujukan ahli falsafah barat. Di antara tokoh-tokoh falsafah Islam lain yang dicontohi oleh orang-orang Eropah ialah Al-Kindi, Ibn Tufayl dan Ibn Rushd. Ibn Tufayl dalam karyanya Hayy Ibn Yakzan yang mengungkapkan bahawa manusia boleh mengenal tuhan tanpa wahyu dan guru telah mempengaruhi pemikiran orang Eropah. Karya ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin oleh Rojer Bacon dan diterbitkan bersama-sama teks arab di Oxford pada tahun 1671. Karya tersebut juga telah diterjemahkan ke bahasa-bahasa Eropah yang lain. Mereka bukan sekadar menterjemah, malah menghayatinya melalui penciptaan kisahkisah berdasarkan idea yang dikemukakan dalam buku tersebut. Antara kisah tersebut ialah Robinson Crusoe yang di hasilkan pada abad ke 18M. Begitu juga idea falsafah Ibn Rushd telah mempengaruhi ahli falsafah Eropah sejak abad ke 12M lagi. Menurut Renen12, falsafah Ibn Rushd telah diamalkan secara rasmi oleh golongan terpelajar di Itali, pada abad ke-16M. Ibn Khaldun juga merupakan seorang tokoh Sarjana Islam yang terkenal dalam bidang falsafah sejarah dan sosiologi. Sumbangan beliau dalam bidang tersebut telah

mendominasi pemikiran para cendikiawan dunia sehingga ke hari ini. 16

12

Ernest Renan(28Feb1823-12Okt1892) seorang Prancis filsuf dan penulis. Berasal dari Brittany terkenal kerana pengaruh karya-

karya sejarah, agama Kristian dan politik teori.

Keagungan Ibn Khaldun mendapat pengiktirafan yang tinggi di kalangan sarjana Islam dan Barat. June Wanniski menganggap Ibn Khaldun sebagai pemikir dunia yang ulung dan di antara lima orang yang paling terkemuka dalam seluruh sejarah umum manusia. P.K.Hitti dalam bukunya History of the Arabs menyatakan Ibn Khaldun adalah ahli falsafah yang teragung yang dilahirkan oleh Islam dan seorang pemikir teragung untuk semua zaman.

KEMASYARAKATAN

Dalam bidang kemasyarakatan konsep keadilan, hak individu serta penyertaan rakyat memberi pendapat, memberi layanan baik tehadap tawanan perang, etika peperangan seperti melindungi nyawa kanak-kanak, orang tua dan kaum wanita yang dianjurkan oleh Islam merupakan nilai baru bagi mereka. Tokoh-tokoh yang dicontohi dalam aspek keadilan sosial ialah Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat termasuk `Abu Bakar, `Umar, `Uthman dan `Ali . Ibn Khaldun merupakan pengasas kepada bidang sosiologi atau bidang kemasyarakatan. Sumbangan beliau amat bernilai dan menjadi asas para cendikiawan dunia hingga ke hari ini. Buku-buku beliau telah banyak diterjemahkan kedalam banyak bahasa dan

memberi pengaruh dalam perkembangan ilmu. Kitab beliau yang termasyhur dalam bidang kemasyarakatan ialah al-Muqaddimah yang bermaksud pendahuluan. Kitab ini menjadi sumber rujukan utama bagi ahli-ahli sejarah dan juga kemasyarakatan. Kitab ini yang mengupas mengenai pengaruh

psikologi, ekonomi, alam dan juga sejarah kontemporari.

17

PENUTUP

Penghijrahan sarjana barat ke negara Islam dan aktiviti penterjemahan yang dijalankan oleh sarjana barat merupakan fasa pertama pemindahan pemikiran Islam ke barat.

Sarjana Barat yang pertama datang ke negara Islam ialah Constantine of Africa(101787M) dan diikuti oleh Robert Chester (1110-60M), Jew Moses Farache (1285M) dan Gerald of Cermonar (1114-87M). Universiti pertama di barat yang didirikan di Salerno dan Naples of King Roger menjadi pemangkin kepada pemindahan ilmu-ilmu islam ke barat. Peristiwa Perang Salib yang bermula pada tahun 1097M, memberikan kesan yang besar kepada pemindahan ilmu Islam ke dunia barat. Perang tersebut berlaku selama 130 tahun dan melalui 7 siri perperangan. Dalam tempoh inilah segala ilmu pengetahuan , corak pemerintahan, pengendalian perhidmatan awam berpindah ke barat. Pada abad ke13M, Kerajaan Islam Mughal telah diserang dan dimusnahkan. Ini mengakibatkan

banyak khazanah islam dimusnahkan dan dipindahkan kedunia barat.Pada masa inilah Eropah mula membina tamadun mereka. Umat Islam pada hari ini baru menyedari bahawa banyak percangahan fakta sebenar yang berlaku mengenai kegemilangan tamadun Islam. Ini menyebabkan ramai orang Islam menggangap bahawa Barat adalah destinasi terpenting mereka dalam mencari ilmu pengetahuan, terutamanya dalam bidang sains dan teknologi. Sedangkan ilmu

sebenarnya terkandung di dalam Al-Quran dan Sarjana Islam dulunya menggangap mencari dan mengkaji ilmu bukanlah kerana nama tetapi merupakan tanggungjawab yang berat dipikul sebagai hamba Allah. Wallahu Alam.

18

LAMPIRAN

Ibnu Sina dan kitab-kitab karangannya.

Ibnu Khaldun

Al-Razi

Al-Zahrawi

Al-Khawarizmi

Al-Farabi

Al-Biruni

Al-Batutah

Kandungan

ms

Muqaddimah Isi Kandungan

i ii

Pengenalan

Sumbangan Sarjana Islam Dalam Pembinaan Tamadun Barat Dari Sudut :

Sains Perubatan Sains Kimia Sains Botani Sains Fizik Astronomi Matematik Kejuruteraan Falsafah Kemasyarakatan

2 5 6 8 9 13 14 16 17 18

Penutup Lampiran Biblografi Senarai Rujukan

Rujukan

Azhar Hj. Mad Aros (2004). Tamadun Islam Dan Tamadun Asia, Selangor :Oxford Fajar Sdn. Bhd. Mohd Liki Hamid (2006). Pengajian Tamadun Islam, Batu Caves : PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Mustafa Haji Daud (1991). Tamadun Islam, Selangor : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Ghazali Darusalam (2001). Tamadun Islam Dan Tamadun Asia, Selangor : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Sumbangan Islam Kepada Tamadun Dunia (2010, Feb 25). (Online), Diperolehi: www.tayibah .com/eIslam/tamadun.htm. Kesan Tamadun Islam Terhadap Dunia Matematik (2010, Feb 25). (Online). Diperolehi : http://tamadun.ump.edu.my/

Anda mungkin juga menyukai